Anda di halaman 1dari 6

HBEF2803

FELLESCIA CHEK ANAK PEAI


NO MATRIKULASI : 760126135122-001
Mybuchai22903@oum.edu.my

HBEF2803
Tugasan 2 Aktiviti 1

CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN DAN MELAKSANAKAN SEMINAR

1.0 Pengenalan

Seminar pendidikan adalah suatu kegiatan penyampaian karya ilmiah tentang pendidikan yang
direncanakan di presentasekan sumber atau peneliti dalam mengambil kesimpulan dan tujuan
persamaan pendapat tentang hasil karya ilmiah tersebut demi mengambil kebenaran isi dari hasil
karya ilmiah.Seminar juga membawa maksud sebuah pertemuan khusus yang memiliki teknis dan
akademis yang tujuannya untuk melakukan studi menyeluruh tentang suatu topik tertentu dengan
pemecahan suatu permasalahan yang memerlukan interaksi di antara para peserta seminar yang
dibantu oleh seorang guru besar ataupun cendikiawan.Seminar pada umumnya merupakan suatu
bentuk instruksi akademis, baik di lembaga akademis atau ditawarkan oleh sebuah organisasi
komersial atau profesional.

2.0 Persediaan Sesuatu Seminar

Sebenarnya, mengendalikan sesuatu seminar bukanlah satu tugasan yang sangat sukar. Namun,
tugas ini memerlukan perancangan awal yang teliti. Setiap seminar yang sempurna dan berjalan
1
dengan baik memerlukan perancangan pada tahap awal(persediaan), pada tahap pertengahan
(perlaksanaan) dan pada tahap akhir (selepas). Seminar adalah salah satu saluran ilmu yang penting.
Setiap organisasi sama ada badan berkanun, swasta ataupun institusi pendidikan sentiasa
menganjurkan seminar bagi memastikan peserta mendapat input yang bermanfaat.

Fellescia Chek 760126135122-001


HBEF2803

Untuk melaksanakan seminar sebaiknya dibentuk sebuah AJK Induk Pelaksana yang dipimpin
oleh seorang ketua,sekretaris dan bendahari ditambah dengan Ahli Jawatankuasa Kerja . AJK yang
dibentuk haruslah bersesuaian dengan kehendak tugas seperti mengurus urusan surat-menyurat,
peserta,kemudahan atau peralatan seminar dan sebagainya .Agar perlaksanaan seminar dapat
berlangsung dengan lancar ,maka pihak penganjur perlu mengenalpasti tugas-tugas yang harus
dikerjakan,dan menentukan siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya. Tugas-tugas itu
misalnya menyangkut soal siapa yang menghubungi penceramah ,apakah tajuk ceramah ,anggaran
perbelanjaan dan dari manakah sumbernya , bilangan peserta dan siapakah peserta yang disasarkan ,
tempat seminar dilaksanakan dan tarikh perlaksanaan seminar tersebut . Satu mesyuarat khas perlu
diadakan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar .

Perkara pertama yang paling penting penganjur perlu ambil perhatian ialah tempat.Tempat
mengadakan seminar tersebut haruslah bersesuaian agar memudahkan perjalanan aktiviti seminar
tersebut .Tempat tersebut haruslah selesa untuk tetamu jemputan dan semua orang yang hadir
termasuklah penceramah .Selesa maksudnya disini ialah luas,tidak terlalu panas atau sejuk dan bersih
serta cantik dipandang mata.Ini agar penerimaan isi ceramah sampai dan dapat diterima dengan
mudah.

Selain dari itu,penganjur juga perlu mengambil kira anggar belanjawan ceramah
tersebut.Belanjawan untuk peruntukan makan minum semua yang terlibat dan saguhati penceramah
perlulah diambil kira.Ini akan membantu melancarkan lagi perjalanan program tersebut.

Penganjur juga perlu mengambilkira dari segi siapakah yang hendak dijemput.Ini penting
kerana memudahkan bahagian AJK Protokol menyusun tempat duduk mengikut protokol yang betul
mengikut pangkat dan darjah keutamaan .Ianya perlu mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai
golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan ,bukan pegawai kerajaan dan orang awam .
Penyusunan tempat duduk mengikut protokol dalam majlis rasmi seperti ini sangat penting bagi
menyusun atur acara majlis, untuk tertib ketibaan dan tertib kepulangan tetamu .
2

Satu lagi yang sangat penting yang perlu disediakan di peringkat persediaan ialah pengedaran
surat jemputan.Surat jemputan perlu diedarkan awal suaya pihak penganjur dapat mengenalpasti
sesiapa saja yang dijemput dapat hadir atau tidak.

Fellescia Chek 760126135122-001


HBEF2803
3.0 Perlaksanaan Seminar

Semasa perlaksanaan seminar tersebut ,penganjur perlu mengambilkira atau memastikan


beberapa perkara. Diantara yang sangat penting dan perlu diambil perhatian ialah :-
i. Ruang seminar.
AJK yang bertanggungjawab harus menyediakan ruang seminar yang memadai dan sesuai untuk
penyelenggaraan acara tersebut. Hal yang perlu diperhatikan iaitu cara mengatur tempat duduk.
Tempat duduk selain disesuaikan dengan bentuk ruangan juga disesuaikan dengan maksud seminar.
Seminar biasanya sarat dengan pengumpulan idea-idea, oleh itu cara letak tempat duduk harus
mencerminkan demokratis.
ii. Lampu penerangan.
Penganjur juga harus memperhatikan tata lampu ruang seminar. Harus diperiksa apakah penerangan
yang ada sudah cukup, terlalu terang atau kurang terang. Usahakan menggunakan cahaya lampu yang
tidak terlalu terang sehingga sinar yang keluar tidak menyilaukan mata.

iii. Sistem audio


Sistem audio adalah berkaitan dengan sistem suara . Ianya termasuklah alat-alat pengeras suara
beserta kelengkapannya. Sering terjadi alat pengeras suara bermasalah, maka seminar yang sepatutnya
berjalan dengan lancar , akhirnya tidak berjalan lancar hanya karena masalah pengeras suara . Maka
sebelum seminar bermula penganjur perlu memastikan penataan sistem suara ini berfungsi dengan
baik . Bagi memastikan kelancaran sistem suara biasanya disediakan pula pengeras suara tanpa
kawat(Wireless Microphone). Semua peralatan ini haruslah diuji sebelum acara yang sebenarnya
bermula .
iv. Alat tulis.
Alat tulis juga diperlukan semasa seminar dijalankan .Diantara alat tulis yang diperlukan ialah seperti
kertas kosong,pen,pensel ,jadual acara dan bahan-bahan seminar yang dimasukkan ke dalam fail
poket . Selain daripada penganjur juga perlu menyediakan LCD , komputer atau laptop khas untuk
penceramah .
3

v. Makanan dan minuman.


Penganjur juga harus menyediakan makanan dan minuman. Sekiranya seminar dijalankan selama satu
hari ,maka penganjur perlu menyediakan makanan dan minuman seperti berikut :-

Fellescia Chek 760126135122-001


HBEF2803
Masa Perkara
10.00 a.m Minum Pagi
12.30 tengahari Makan Tengahari
3.00 p.m Minum Petang
Sekiranya seminar dijalankan selama dua hari pula,pihak penganjur perlu menyediakan tempat tinggal
untuk peserta yang datang dari tempat yang jauh. Makanan dan minuman disediakan seperti di
bawah :-

Hari Masa Perkara


7.00 a.m Sarapan pagi
HARI PERTAMA 12.00 tengahari Makan Tengahari
3.00 p.m Minum Petang
6.30 p.m Makan Petang
7.00 a.m Sarapan pagi
HARI KEDUA 12.00 tengahari Makan Tengahari
3.00 p.m Minum Petang
6.30 p.m Makan Petang
Penganjur harus memastikan makanan dan minuman yang disediakan adalah bersesuaian dan
mencukupi.AJK yang mengendalikan bahagian makanan dan minuman perlu sentiasa ada ketika
waktu makan dan minum ini berjalan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Semasa seminar sedang berjalan ,AJK yang terlibat dalam bahagian-bahagian tertentu
haruslah sentiasa bersedia dalam bidang masing-masing .Ini bagi memastikan seminar tersebut
berjalan dengan lancar hingga selesainya seminar tersebut .

4.0 Selepas seminar

Apabila sesuatu seminar selesai dilaksanakan sekali lagi semua AJK Induk dan AJK Pelaksana
akan bermesyuarat .Agenda utama mesyuarat tersebut ialah post morterm perlaksanaan seminar
tersebut. 4

Tujuan post morterm dibuat adalah untuk mengetahui sama ada seminar tersebut mencapai
objektif atau tidak.Selain dari itu ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan yang membawa

Fellescia Chek 760126135122-001


HBEF2803
kepada kejayaan perlaksanaan seminar tersebut.Pada masa yang sama ianya untuk mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi ketika seminar dijalankan .

Setelah segala kekuatan dan kelemahan perelaksanaan seminar telah dikenalpasti , maka sesi
refleksi pula akan dibuat .Dalam sesi refleksi ,penganjur akan cuba menambahbaik segala
kekeatan.Bagi setiap kelemahan pula akan dicari cara mengatasinya.Ini bagi mengelakkan kesilapan
yang sama berulang kembali apabila menjalankan seminar pada suatu masa nanti .

Akhir sekali pihak penganjur akan membuat laporan berkenaan seminar tersebut.Laporan ini
sangat penting dan mesti disediakan selepas sesuatu seminar dojalankan .Laporan adalah sebagai
panduan dan rujukan pada masa akan datang .

5.0 Kesimpulan

Perlaksanaan seminar memberi banyak manfaat .Ianya membolehkan kita menilai sesuatu iaitu
yang berkaitan dengan topik seminar.Selain daripada itu ianya menambahkan lagi ilmu didada. Oleh
yang demikian perlaksanaan seminar dikalangan golongan guru amat penting.Ini bagi memperbaiki
diri khasnya dalam bidang perguruan.

Seorang guru juga perlu tahu cara yang betul dan berkesan bagi menjalankan seminar.Ini bagi
membolehkan guru dapat menganjurkan seminar di sekolah-sekolah untuk rakan-rakan guru yang lain
, dikalangan ibu bapa atau pun dikalangan penduduk setempat .Kemahiran melaksanakan seminar
akan membantu dalam melaksanakan seminar dengan lancar dan jayanya .

Rujukan

http://searches.viview.com/search/web?fcoid=417&fcop=bottomnav&fpid=2&q=seminar+pendidikan
...diakses pada 7 Februari 2015
5

https://massofa.wordpress.com/2010/12/18/pelaksanaanseminar/......diakses pada 7 Februari 2015

Fellescia Chek 760126135122-001


HBEF2803
http://sri-kartika.blogspot.com/2012/09/pengertian-tujuan-dan-fungsi-seminar.html......diakses pada 7
Februari 2015

https://dpi302pekik.wordpress.com/seminar-desain/bagaimana-menjalankan-seminar-dan-workshop/
.....diakses pada 9 Februari 2015

https://www.mailarchive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg49013.....diakses pada 10
Februari 2015

http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/Pengurusan%20Majlis%20Rasmi.pdf ....diakses
pada 10 Februari 2015

https://yenypurwantotechnical.wordpress.com/2014/07/11/pelaksanaan-seminar/ ....diakses pada 17


Februari 2015

https://www.scribd.com/doc/111212252/Tata-Cara-Pelaksanaan-Seminar ........diakses pada 17


Februari 2015

Fellescia Chek 760126135122-001

Anda mungkin juga menyukai