Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Kebanyakan murid dapat memahami konsep wang dan boleh mengira wang yang
diberikan kepada mereka. Namun, menurut H.C. Foo (2008), perkara yang menjadi masalah
utama ialah di mana dalam buku teks hanya berfokus kepada membeli barang dan jumlahnya
sahaja. Secara umumnya, semua orang tahu apa itu wang. Wang atau duit merujuk sesuatu
objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai
medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urus niaga lain.

Pada dasarnya pengajaran konsep wang haruslah meliputi keseluruhan konsep kewangan
iaitu pendapatan, membelanjakan wang, penyimpanan wang, pinjaman wang dan pengongsian
wang. Menurut Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanadan (2013),
pendapatan merujuk kepada bagaimana kanak-kanak menerima wang, membelanjakan wang
merujuk kepada bagimana kanak-kanak membuat keputusan menggunakan wang mereka,
penyimpanan merujuk kepada wang yang anak-anak diketepikan untuk beberapa kegunaan masa
depan, Pinjaman bermakna bahawa wang boleh didapati untuk kegunaan pada masa sekarang
tetapi perlu dibayar balik pada masa akan datang dengan kos tambahan dan perkongsian
bermakna berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang kurang bernasib baik dan
tanggungjawab seperti membayar cukai yang diperlukan bagi semua orang.

Di dalam tugasan ini, lebih kepada memberi fokus kepada konsep penyimpanan wang,
pengongsian wang, strategi untuk menarik minat murid terhadap penjimatan dan pengongsian
wang dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan wang bagi
pelajar berpencapaian rendah. Menurut Siti Faaizah Ismail (2007), kebanyakan orang dewasa
hari ini tidak dapat menguruskan wang dengan baik kerana mereka tidak diajar mengendalikan
wang sejak kecil. Sekiranya ingin melihat anak-anak membesar dengan tanggungjawab pada
wang, latih anak-anak mengendalikan wang setiap masa. Jelaskan kepada kanak-kanak
kepentingan membuat simpanan di bank.

Selain itu, menurut Siti Faaizah Ismail (2007), melatih anak-anak memberi sumbangan
kepada masyarakat adalah elemen penting dalam mendidik anak-anak berkongsi wang ataupun
barang-barang milik mereka. Melatih kanak-kanak memberi sumbangan dapat melatih sifat
murah hati dalam diri anak-anak, tidak pentingkan diri sendiri, sikap suka menolong dan prihatin
pada masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan. Bak kata pepatah, tangan yang memberi
itu lebih baik dari yang menerima. Pengalaman ini boleh mengajar kanak-kanak memberi
daripada hati bukan hanya kerana tanggungjawab. Pemilihan strategi untuk menarik minat
dikalangan kanak-kanak terhadap penyimpanan dan pengongsian wang serta aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk penyelesaian masalah yang melibatkan wang bagi murid berpencapaian
rendah adalah penting dalam mendidik kanak-kanak kepentingan menguruskan kewangan dan
menghargai nilai wang mereka miliki.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang bersekolah mulai di peringkat sekolah rendah ataupun


sekolah menengah wajar melatih diri berbelanja secara berhemah, walaupun ikut sebenar, duit
boleh dihabiskan sekelip mata sahaja. Mereka wajar belajar berjimat cermat, membuka akaun
simpanan di mana-mana bank dan memasukkan wang untuk simpanan. Mereka boleh
menggunakan wang tersebut untuk masa hadapan seperti kemasukan ke sekolah, kolej atau
universiti serta membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan.
STRATEGI UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENYIMPANAN DAN
PERKONGSIAN WANG

Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam


wang. Penekanan terhadap asas wang bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran kepada
murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-
murid. Melalui pengalaman bermakna murid-murid akan membina makna terhadap wang dan
seterusnya berupaya mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, seseorang guru seharusnya bukan hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau
konsep sahajalah penting untuk pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strategi
untuk mencapai sesuatu matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Norziana Ibrahim (2011), strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula,
seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar
tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi
pengajaran.

Menurut Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanadan (2013), adalah
penting untuk guru untuk berkomunikasi dengan murid tentang perkara-perkara yang konkrit
berkaitan dengan wang. Murid-murid perlu tahu bagaimana wang diperolehi, dipindahkan,
dibelanjakan, menderma, berkongsi, dipinjam atau disimpan memberi peluang kepada guru-guru
untuk mengajar kanak-kanak bagaimana dunia wang itu berfungsi dan bagaimana untuk
membuat keputusan berkaitan dengan wang.

Terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
wang untuk menarik minat murid terhadap penyimpanan dan pengongsian wang. Di sini saya
ingin berkongsi strategi-strategi yang dicadangkan iaitu:
Strategi Pertama : Kempen Kenali Kedudukan Kewangan Anda.

Tajuk : 10.0 Wang sehingga RM 1000000

Standard Kandungan : 10.8 Faedah

Standard Pembelajaran : 10.8.2 Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan untuk mencapai
matlamat kewangan jangka pendek.

Strategi yang pertama digunakan ialah Kempen Kenali Kedudukan Kewangan Anda di
mana melalui strategi ini murid dapat menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian
mereka, masyarakat dan alam pekerjaan. Strategi Kempen Kenali Kedudukan Kewangan Anda
merupakan satu strategi di mana murid akan mengetahui punca dapatan kewangan murid, aliran
keluar wang mereka dan merancang perbelanjaan harian mereka. Strategi ini juga menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam menjayakan kempen ini adalah melatih
murid mencatatkan perbelanjaan harian murid, dan melalui aktiviti ini dapat membantu murid
mengenal pasti perbelanjaan mereka serta merekodkan setiap sen yang mereka belanjakan
walaupun ia hanya minuman ringan dari kedai atau membeli makanan di kantin ke dalam buku
rekod kewangan mereka.

Dengan cara ini, ia dapat membantu murid untuk mengenal pasti di mana duit anda yang
paling banyak dibelanjakan dan seterusnya dapat mengurangkan perbelanjaan ke atas kategori
tersebut. Ini juga dapat mengawal perbelanjaan murid serta memainkan peranan penting dalam
menyediakan bajet peribadi murid. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat menggalakkan murid
untuk membuat tabungan untuk masa depan mereka.

Selain itu, dalam kempen ini juga boleh diselitkan aktiviti main peranan di mana guru
akan memilih beberapa orang pelajar yang berkebolehan untuk melakonkan situasi yang diberi.
Antara contoh yang diberi ialah situasi bapa yang dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi dan
bapanya tidak mempunyai wang simpanan dan anak-anak masih bersekolah dan memerlukan
wang untuk membeli barang keperluan. Murid akan melakonkan watak di dalam situasi yang
diberi dan murid lain akan memerhatikan lakonan tersebut.
Kemudian guru akan bersoal jawab dengan murid dan membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan untuk membincangkan situasi tersebut dan apa yang berlaku sekiranya murid
berada ditempat anak tersebut dan sekiranya murid mempunyai tabungan sendiri. Setiap
kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing. Disini murid akan mengalami situasi
tersebut dan menggunakan situasi dan bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk aktiviti
perbincangan. Selain itu, guru akan menerangkan kepada murid diakhir pembentangan murid
tentang kelebihan menabung dan berkongsi wang kepada orang yang memerlukan.

Dalam strategi ini juga, guru perlu menerangkan kepada murid bahawa untuk mencapai
matlamat kewangan, murid perlu menyimpan duit secara konsisten supaya dapat mencapai target
yang diingini. Simpanan adalah bahagian penting dalam pelan pengurusan wang. Jadikan
menyimpan suatu tabiat baik yang perlu dilakukan oleh murid. Guru juga perlu menekankan
bahawa selain menyimpan, menyumbang duit kepada mereka yang memerlukan merupakan satu
perkara yang harus dijadikan amalan dalam hidup bermasyarakat supaya dapat membantu
meringankan beban orang lain.

Strategi Kedua : Kempen Menabung

Tajuk : 10.0 Wang sehingga RM 1000000

Standard Kandungan : 10.8 Faedah

Standard Pembelajaran : 10.8.2 Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan untuk mencapai
matlamat kewangan jangka pendek.

Strategi yang digunakan ialah kempen menabung. Kempen ini merupakan satu lagi
strategi yang boleh digunakan untuk menarik dan menggalakkan lebih murid untuk menabung
selaras dengan saranan kerajaan kepada rakyat untuk meningkatkan tabungan. Dalam strategi
kempen menabung ini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan bagi menjayakan kempen
menabung ini.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan menerusi kempen ini ialah aktiviti membuat tabung dari
bahan terbuang atau kitar semula seperti membuat tabung dari botol air mineral. Melalui aktiviti
membuat tabung ini murid akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Murid akan
dibekalkan bahan untuk membuat tabung dari botol air mineral dan menghiasnya dalam
kumpulan.

Murid akan menghasilkan tabung berdasarkan tayangan slaid power point yang
disediakan. Setelah aktiviti membuat tabung selesai guru akan mengedarkan kepada setiap
kumpulan sejumlah wang perbelanjaan seminggu dan meminta murid merekodkan simpanan ke
dalam tiga tabung yang disediakan di dalam kumpulan iaitu tabung perbelanjaan, tabung
simpanan dan tabung berian dan segala arahan akan diberikan melalui komputer dan LCD.
Setiap kumpulan akan berbincang bagaimana mengagihkan wang untuk ketiga-tiga tabung dan
membuat pembentangan kewangan mereka.

Setelah selesai pembentangan kumpulan, guru akan memaparkan tayangan video


berasaskan animasi tentang manfaat menyimpan dan berkongsi wang dengan orang lain. Melalui
aktiviti ini murid dapat mengetahui cara menyimpan dengan betul dan menetapkan matlamat
jangka pendek terhadap simpanan yang dilakukan. Tabung yang dihasilkan dalam aktiviti
kumpulan akan diberikan kepada murid yang tidak mempunyai tabung dalam setiap kumpulan
dan ini akan menerapkan nilai murni di kalangan murid untuk berkongsi atau menyumbang hasil
kerja kepada orang yang memerlukan.

Selain itu, guru juga boleh meminta jasa baik dari pihak bank untuk datang ke sekolah
bagi mengadakan ceramah tentang faedah menabung kepada murid-murid serta bagaimana cara
untuk murid menyimpan secara konsisten untuk manfaat pada masa akan datang contohnya
tabung haji selain daripada menyimpan murid akan mendapat faedah dan faedah yang diberi
akan ditolak zakat dan ini secara tidak langsung dapat membantu atau menyumbang kepada
orang yang memerlukan.

Akhir sekali guru akan meminta murid untuk mengisi jadual perbelanjaan, penyimpanan
dan berian untuk tempoh masa satu bulan mengikut perbelanjaan harian yang murid dapat dari
ibu bapa dan setiap murid akan membentangkan hasil pengiraan masing-masing dengan
menjumlahkan wang yang mereka dapat selama sebulan, wang dibelanjakan, wang yang
disimpan dan wang untuk berian.
Strategi ketiga: Jualan amal

Tajuk : 10.0 Wang sehingga RM 1000000

Standard Kandungan : 10.9 Pelan Perbelanjaan dan Simpanan

Standard Pembelajaran : 10.9.1 Menyediakan rekod kewangan untuk mencapai matlamat

kewangan.

Strategi yang digunakan adalah jualan amal. Strategi jualan amal adalah satu strategi
yang menggabungkan pelbagai aktiviti untuk mencapai objektif yang diharapkan iaitu melatih
murid untuk menyumbang dan dalam masa yang sama murid dapat mengetahui cara
mendapatkan wang tambahan untuk menabung pada masa yang akan datang.

Antara aktiviti yang dapat dijalankan dalam jualan amal ini ialah jualan rantai kunci yang
diperbuat dari barang terbuang, makanan ringan, barang mainan yang didermakan untuk tujuan
amal kepada yang memerlukan. Setiap kumpulan akan menyiapkan tugasan masing-masing
seperti menyediakan rantai kunci dari barang terbuang, menyediakan makanan ringan dan
dibungkuskan dan mengumpulkan barang permainan yang didermakan untuk dijual untuk tujuan
amal.

Setiap kumpulan akan menjalankan jualan amal dan akan memberitahu jumlah wang yang
terkumpul hasil dari jualan amal yang dilakukan. Hasil dari jualan amal setiap kumpulan akan
dikira oleh setiap kumpulan dan akan digabungkan dan guru akan berbincang dengan murid hasil
kutipan jualan akan disalurkan ke mana berdasarkan cadangan guru dan keutamaan kepada
sesiapa yang lebih memerlukan wang tersebut.

Di akhir jualan amal, guru akan memberitahu kepentingan menyumbang atau menderma
wang kepada orang yang memerlukan serta pentingnya aktiviti menabung kepada murid agar
boleh digunakan dikemudian hari sekiranya keadaan memerlukan atau sekiranya keluarga
ditimpa kesusahan wang hasil tabungan yang disimpan boleh digunakan untuk tujuan berikut
selain dari matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
JUSTIFIKASI

Justifikasi Strategi Pertama

Proses Pembelajaran dan Pengajaran yang menarik dan berkesan sangat digalakkan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya dapat menarik
perhatian murid-murid supaya lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk
menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu berinisiatif
untuk memberi kefahaman kepada semua murid tentang konsep yang hendak disampaikan. Guru
juga perlu memikirkan strategi yang berkesan untuk membantu murid dalam memahami sesuatu
konsep yang ingin disampaikan.

Dalam mengajar topik wang serta menerapkan sikap menyimpan dan menyumbang saya
telah mencadangkan strategi Kempen Kenali Kedudukan Kewangan Anda yang menggabungkan
isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Penggunaan strategi ini mampu mewujudkan kejayaan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan penyimpanan wang dan pengongsian wang.

Di dalam strategi ini juga ada menggunakan aktiviti main peranan supaya ianya dapat menarik
minat murid untuk memberi lebih perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Pollock (2006), teknik Main Peranan juga akan meningkatkan fungsi pengetahuan, kombinasi
pengetahuan asas, pengetahuan tentang prosedur ( mengetahui bagaimana memiliki
kemahiran ) dan pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang persekitaran untuk menggunakan
kemahiran tersebut). Dalam kajian yang dibuat oleh Maciej Karwowski dan Marcin Soszynski
(2008), mereka mendapati bahawa penggunaan kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran akan meningkatkan kreativiti pelajar, merangsang imaginasi pelajar dan
meningkatkan motivasi belajar.

Aktiviti seperti mencatatkan perbelanjaan harian murid serta merekodkan setiap sen yang mereka
belanjakan walaupun ia hanya minuman ringan dari kedai atau membeli makanan di kantin ke
dalam buku rekod kewangan mereka dan melalui strategi ini dapat membantu murid mengenal
pasti perbelanjaan mereka serta murid boleh mengetahui cara untuk melakukan tabungan
terhadap kewangan mereka seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan
kemahiran dan prestasi murid dalam topik wang serta dapat menggalakkan murid dalam aktiviti
penyimpanan dan pengongsian wang.

Justifikasi Strategi Kedua

Strategi Kempen Menabung adalah satu tabiat yang mulia. Menabung bermaksud
menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Menabung memberi banyak faedah kepada
murid dan antara kebaikan menabung ialah murid dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat
dalam kehidupan seharian. Melalui Kempen Menabung juga dapat menyemai sifat-sifat yang
baik seperti prihatin dengan nasib orang lain dan dapat menarik minat murid untuk menyimpan
dan berkongsi wang dengan orang lain dalam erti kata lain menderma wang untuk kabaikan
bersama.

Melalui strategi kempen menabung ini dapat membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik.
Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid
seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui strategi ini secara tidak
langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Melalui aktiviti
membuat tabung, ianya dapat meningkatkan kreativiti murid serta menarik minat murid untuk
membuat penyimpanan dan pengongsian.

Di dalam strategi kedua ini juga, aktiviti membuat tabung yang melibatkan guru hanya bertindak
sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada
kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan
tersebut dan ini boleh membentuk sifat kepimpinan di kalangan murid serta meningkatkan
keyakinan murid terhadap kemampuan diri sendiri dalam menyelesaikan tugas yang diberi.

Dalam strategi ini juga, aktiviti seperti penyampaian ceramah dari pihak bank tentang faedah
menyimpan wang di dalam bank merupakan strategi dalam menggalakkan murid menyimpan
serta menyumbang kepada Negara serta orang yang memerlukan melalui zakat yang telah ditolak
dari faedah diterima dari pihak bank serta menjamin keselamatan wang yang disimpan. Selain
itu, melalui strategi ini guru dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan
menyumbang wang kepada orang yang memerlukan melalui tayangan video atau keratan akbar
yang tentang penderitaan orang yang memerlukan.

Justifikasi Strategi Ketiga

Strategi Jualan Amal merupakan satu aktiviti yang baik dalam menggalakkan murid
menyumbang wang dalam menggalakkan murid menyumbang wang kepada orang-orang yang
memerlukan bantuan. Melalui jualan amal murid dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti
yang berfaedah disamping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid seperti prihatin
terhadap nasib yang menimpa orang lain.

Selain itu, melalui aktiviti jualan amal ini juga dapat memberi idea kepada murid tentang
bagaimana mereka dapat menambahkan pendapatan mereka untuk tujuan menabung serta
menyumbang pada masa yang akan datang. Murid akan lebih gigih untuk mendapatkan
pendapatan yang lebih untuk mencapai sesuatu matlamat kewangan mereka. Ini dapat melatih
murid supaya lebih berdikari dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki tanpa mengharapkan
duit dari ibu bapa murid itu sendiri.

Melalui aktiviti perbincangan dalam strategi ini, murid dapat bertukar-tukar fikiran di
antara ahli dalam kumpulan serta meningkat pemikiran kreatif dan kritis murid dalam memberi
idea serta cadangan tentang matlamat kewangan berdasarkan jumlah wang yang mereka ada serta
ke mana mereka akan sumbangkan derma berdasarkan kutipan wang terkumpul dan ini juga
dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid seperti sifat prihatin, baik hati, suka
membantu dan lain-lain lagi.

Melalui jualan amal ini juga dapat membantu murid merancang matlamat kewangan secara
efisen dalam membantu orang yang memerlukan serta melatih murid bagaimana untuk mencari
duit dengan usaha sendiri disamping memberi kepuasan kepada murid terhadap apa yang mereka
lakukan dalam membantu orang yang memerlukan.
Kesan keseronokan daripada aktiviti jualan amal ini dapat meningkatkan kesedaran murid
tentang betapa pentingkan wang dalam kehidupan seharian, jadi murid perlulah berjimat cermat
dalam kehidupan seharian supaya dapat menyimpan wang berlebihan untuk kegunaan di masa
yang akan datang serta murid boleh menyumbang sebahagian wang simpanan mereka kepada
orang yang memerlukan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PENYELESAIAN


MASALAH YANG MELIBATKAN WANG BAGI PELAJAR BERPENCAPAIAN
RENDAH

TAJUK : 10. Wang Sehingga RM1 000 000

STANDARD KANDUNGAN : 10.7 Penyelesaian masalah melibatkan wang

STANDARD PEMBELAJARAN : 10.7.1 Menyelesaikan masalah harian menggunakan


pelbagai instrumen pembayaran yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban,
pembahagian, gabungan operasi tambah dan tolak, gabungan operasi darab dan bahagi nilai
wang.

HASIL PEMBELAJARAN :

Diakhir pembelajaran murid dapat :-

1) Murid dapat mengenalpasti operasi yang terlibat dalam masalah harian yang melibatkan
wang sehingga RM1000 000

2) Murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan wang sehingga RM 1 000 000
dalam aktiviti seharian.

BAHAN BANTU MENGAJAR :

Duit mainan
Risalah promosi harga barang

Kad soalan sutuasi

Alatan yang hendak dijual beserta tanda harga.

Kertas manila dan marker pen

Aktiviti :

Fasa 1 ( permulaan/ mencungkil idea)

1. Membuat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dang teknik penyoalan secara lisan.

2. Guru memperkenalkan nilai duit menggunakan tayangan slaid power point.

3. Bersoal jawab tentang gabungan wang. Contohnya: RM 10 dengan RM 5 berapa jumlahnya.

Fasa 2 (menstruktur semula)

1. guru menulis nilai wang ringgit dan sen dan murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan
oleh guru. Contoh RM 35.20

2. guru menyebut nilai wang dan murid menulis nilai wang.

3. guru menampal kad situasi dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah


berdasarkan model polya.

4. guru menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah iaitu langkah pertama murid perlu
memahami masalah, langkah kedua murid perlu merancang strategi penyelesaian masalah,
langkah ketiga melaksanakan aktiviti dan langkah ke empat menyemak semula.

5. guru menunjukkan beberapa contoh soalan dan meminta murid menulis jawapan dihadapan
kelas.

Fasa 3 (aplikasi idea)


1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai
empat orang ahli.

2. guru meminta setiap kumpulan membahagikan kepada 1 orang penjual, 2 orang pembeli dan
1 orang pencatit.

3. setelah diberi tugasan masing-masing guru akan memberikan sejumlah wang kepada penjual
untuk tujuan pemulangan baki.

4. setiap penjual akan bergerak ke stesen yang ditetapkan dan setiap pembeli akan mengambil
sampul arahan berserta wang di dalam sampul. Murid akan membaca arahan dan melakukan
aktiviti membeli seperti yang diarahkan di dalam kad.

5. Pembeli dan pencatat perlu menyemak harga barang menggunakan risalah promosi harga
barang dan memastikan jumlah wang yang dibawa mencukupi.

6. Pencatat akan mencatat jalan penyelesaian masalah yang diberi di atas kertas manila yang
disediakan.

Fasa 4 (aktiviti pengukuhan)

1. guru meminta setiap ahli kumpulan menyemak semula aktiviti jual beli yang dijalankan dan
melihat jalan penyelesaian yang telah dicatatkan.

2. setiap wakil kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

3. guru akan memberikan markah bagi setiap jawapan yang betul mengikut langkah-langkah
yang telah diterangkan.

4. kumpulan yang memperoleh markah tertinggi akan diberi ganjaran.

Fasa 5 (Refleksi/ Penutup)

1. guru membuat penegasan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil apabila menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang melibatkan nilai wang sehingga RM 1 000 000.
2. murid menyatakan semula langkah-langkah yang perlu diambil apabila menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah.

3. guru menekankan bahawa setiap murid perlu membeli barang menggunakan jumlah wang
yang ada mengikut keperluan supaya tidak berlaku pembaziran serta wang yang lebih boleh
disimpan di dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan.

CONTOH SOALAN YANG MELIBATKAN MASALAH HARIAN DALAM


PENGGUNAAN WANG BAGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERSERTA
PENYELESAIAN MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA

SOALAN 1

Harga sebuah buku tulis adalah RM 0.70. Jika harga meningkat 1.5 kali, berapakah harga bagi 15
buah buku tulis yang sama?

Penyelesaian :-

Harga sebuah buku tulis adalah: RM0.70.Selepas harga ditingkatkan: 1.5 kali ganda
daripada harga sebenarCari harga untuk 15 buah buku latihan.= (1.5 x RM 0.70) x 15= RM 1.05
x 15= RM 15.75Jawapan: Harga bagi 15 buku tulis adalah RM 15.75Daripada soalan ini, murid
boleh menaakul bagaimana mencari harga selepas harga buku tulis ditingkatkan. Dengan
menggunakan jawapan itu, murid perlu berfikir untukmencari harga bagi 15 buah buku tulis.
Penaakulan matematik amat penting dalam soalan iniuntuk menyelesaikan masalah di atas ini.
Tetapi persoalan di sini, adakah murid gemar atau suka dengan cara atau kaedah tradisional yang
guru jalankan di sini. Jawapannya, pasti tidak, kerana murid pasti akan bosan dengan pelajaran
dan ini akan menyebabkan mereka semakin malas untuk berfikir.Bagi mengatasi cabaran di atas,
salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran tajuk Wang yang menarik dan
bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual.
Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan
menemui jawapan melalui pengalaman murid meneroka sendiri dengan guru sebagai
pemudahcara atau fasilitator. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-
kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk membuat
generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep
matematik melalui aktivitimenyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat (Mok
Soon Sang, 1996)

SOALAN 2

Jalil mempunyai RM8.00. Jumlah wang kepunyaan Jalil, Mahmud dan Bolhan ialah RM30.00.

Jumlah wang kepunyaan Jalil, Mahmud dan Dahlan ialah RM40.00. Jika jumlah wang

kepunyaan keempat-empat mereka ialah RM52.00, berapakah jumlah wang kepunyaan

Mahmud?

Penyelesaian :
Dengan membandingkan Rajah 1 dan 3

Jumalah wang kepunyaan Dahlan = RM 52 RM 30

= RM 22

Dengan membandingkan Rajah 1 dan 2 :

Jumlah wang kepunyaan Bolhan = RM 22 RM 10

= RM 12

Daripada Rajah 1:

Jumlah wang kepunyaan Mahmud = RM 22 RM 12

= RM 10
KESIMPULAN

Kanak-kanak mendapat banyak pengetahuan mengenai wang melalui penggunaan wang


dalam kehidupan harian mereka. Belajar untuk mengira dan menggunakannya serta mengecam
duit, penggunaan wang syiling adalah kemahiran asas yang penting perlu diketahui oleh murid-
murid sebelum ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Penggunaan atau perbelanjaan duit
merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak,
darab dan bahagi selain kemahiran berbahasa. Memahami serta mengetahui pertukaran nilai
wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.

Selain dari aktiviti jual beli murid juga perlu didedahkan dengan aktiviti penyimpanan atau
menabung serta pengongsian wang. Menyimpan wang atau menabung merupakan kemahiran
hidup individu sepanjang hayat ia disifatkan sebagai dana keperluan kecemasan dan bagi
mencapai segala matlamat yang ada. Murid-murid perlulah didedahkan dengan budaya
menabung dan berkongsi wang supaya dapat melahirkan generasi yang boleh menguruskan
kewangan dengan baik serta menerapkan nilai-nilai murni sejak dari kanak-kanak lagi.

Penggunaan strategi yang berkesan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran supaya
dapat menarik minat murid untuk belajar menyimpan wang dan berkongsi wang dengan orang
yang lebih memerlukan. Bagi murid-murid yang tidak diingatkan mengenai kepentingan
menyimpan wang dan berkongsi wang, mereka mungkin akan menghabiskan kesemua wang
saku itu termasuk membeli sesuatu barangan yang tidak berfaedah berbanding murid-murid yang
tahu matlamat penyimpanan dan perkongsian pasti akan menyimpan, jika ada lebih, katanya.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah juga hendaklah bersesuaian dengan
murid-murid. Bagi murid-murid yang berpencapaian rendah aktiviti simulasi jual beli dapat
menarik perhatian mereka supaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Menurut Rosazizi Abdul Rahim & Nani Menon(2003), menyatakan konsep memahami
wang adalah perkaitan nombor dengan nilai sesuatu nombor itu. Konsep ini agak rumit namun ia
dapat diperkenalkan secara mudah melalui permainan jual beli dan pengalaman menggunakan
wang dapat menguatkan lagi kefahaman mereka dengan konsep wang.
RUJUKAN

Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanandan. (2013). Teaching of

Elementary Mathematics Part IV: money. (2nd ed) Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Nor Afzan Mohamad Yusof. (2013). Belajar urus duit. Diperolehi pada 28 Mei 2015 daripada:

http://www2.bharian.com.my/articles/Belajarurusduit/Article/cetak

Norziana Ibrahim. (2011). Strategi, Pendekatan, Kaedah Dan Teknik. Diperolehi pada 15 Mei

2015 daripada : http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-

kaedah-dan-teknik.html

Noor Zaliza binti Zahari, Noriha binti Mohamad Nawawi dan Roslina binti Ghazali, (2011).

Strategi Pengajaran dan Pendekatan Mengajar. Diperoleh pada 20 Jun 2015 daripada

Siti Faaizah Ismail. (2007). Didik Anak Urus Wang : Simpanan. (1nd ed) Kuala Lumpur :

PTS Professional Publishing. Sdn. Bhd.

Siti Faaizah Ismail. (2007). Didik Anak Urus Wang : Perkongsian. (1nd ed) Kuala Lumpur :

PTS Professional Publishing. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai

  • Seni
    Seni
    Dokumen19 halaman
    Seni
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • HBMT 3303
    HBMT 3303
    Dokumen12 halaman
    HBMT 3303
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Kraftangan
    Kraftangan
    Dokumen12 halaman
    Kraftangan
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Seni
    Seni
    Dokumen15 halaman
    Seni
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Pelaporan PJ Akuatik Tahun 5
    Pelaporan PJ Akuatik Tahun 5
    Dokumen50 halaman
    Pelaporan PJ Akuatik Tahun 5
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Rukun Islam
    Rukun Islam
    Dokumen3 halaman
    Rukun Islam
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Contoh RPH Abad 21
    Contoh RPH Abad 21
    Dokumen2 halaman
    Contoh RPH Abad 21
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Matlamat OLAHRAGA
    Matlamat OLAHRAGA
    Dokumen5 halaman
    Matlamat OLAHRAGA
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat
  • Portfolio
    Portfolio
    Dokumen32 halaman
    Portfolio
    ronaldoshimmy
    Belum ada peringkat