Anda di halaman 1dari 8

DP. Jilid 10, Bil.

1/2010 Pengurusan Pendidikan

Politik Dalaman Sekolah dan Impaknya Kepada Sekolah: Satu Penerokaan

Nor Azmawati Abdul Rahman,


Nordin Abd Razak,
Mohammad Zohir Ahmad
Hazri Jamil

Pendahuluan

Kejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah banyak bergantung kepada tanggungjawab dan
komitmen guru. Komitmen guru dipercayai menjadi faktor yang paling kritikal dalam
menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Nir, 2002) dan seterusnya menentukan kejayaan
sistem pendidikan dan persekolahan. Tambahan pula, komitmen guru adalah sangat berkait
rapat dengan prestasi kerja guru (Tsui & Cheng, 1999) dan sangat mempengaruhi serta
memainkan peranan penting dalam pencapaian murid (Park, 2005; Riehl & Sipple, 1996).
Komitmen guru bergantung kepada faktor persekitaran dalaman sekolah seperti kualiti ke-
hidupan kerja guru. Salah satu dimensi kualiti kehidupan kerja guru ialah keperluan politik
yang merujuk kepada sejauh mana keadaan dalaman organisasi sekolah dapat memenuhi
keperluan politik guru, iaitu: demokrasi dan autonomi, kepercayaan dan kejujuran rakan se-
kerja dan keadilan (Nor Azmawati Abdul Rahman, 2009). Kewujudan politik dalaman sekolah
berpotensi untuk mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan seterusnya komitmen guru.
Makalah ini akan membincang tentang kewujudan politik dalaman sekolah dan impaknya
kepada sekolah lebih-lebih lagi kepada komitmen kerja guru.

Kualiti Kehidupan Kerja Guru dan Politik Dalaman Sekolah

Kualiti kehidupan kerja guru merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan
keperluan hidup guru sebagai pekerja dan individu dipenuhi oleh organisasi sekolah. Kualiti
kehidupan kerja guru yang baik lebih berperanan dalam memberikan motivasi dan kepuasan
kerja guru di sekolah berbanding ganjaran ektrinsik dan intrinsik (Mohd Othman Yussoff,
1996; Mohd Roodzi Aziz, 1997). Holt (1998) menghuraikan kualiti kehidupan kerja sebagai
satu konsep cara persekitaran kerja itu menjadi bermakna kepada pekerja sehingga mereka
bermotivasi untuk melaksanakan tugas dan mencapai kepuasan kerja. Manakala bagi Yuosuf
(1996) kualiti kehidupan kerja merupakan satu frasa generik yang melindungi perasaan
pekerja untuk setiap dimensi kerja termasuk ekonomi, ganjaran serta faedah, keselamatan
pekerjaan, suasana kerja, organisasi, hubungan interpersonal dan penilaian intrinsik.
Fitzsimmons (2002) pula, mendefinisikan kualiti kehidupan kerja sebagai suatu keadaan atau
kriteria kerja yang dapat membina motivasi, semangat, kualiti dan kepuasan kerja para
pekerjanya. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa kualiti kehidupan kerja adalah satu
konstruk yang komprehensif bertujuan untuk membangunkan diri individu (pekerja) yang
melibatkan kebaikan dan kesejahteraan pekerja seperti memberikan pengalaman kerja yang

79
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010

bermanfaat, memenuhi keperluan peribadi pekerja sebagai individu serta mengelakkan


tekanan dan kesan-kesan negatif akibat kerja. Berkaitan dengan kualiti kerja guru di sekolah,
Nordin Abdul Razak et al. (2009 in-progress) mengoperasionalkan kualiti kehidupan kerja
sebagai keupayaan organisasi sekolah dan persekitaran kerja di sekolah yang dapat membina
dan memenuhi keperluan-keperluan guru yang diukur dengan 4 keperluan iaitu keperluan
psikologi, keperluan sosial, keperluan politik dan keperluan ekonomi. Keperluan politik
berkait rapat dengan politik dalaman organisasi sekolah.

Manakala politik dalaman organisasi adalah tingkah laku politik yang berlaku di dalam
persekitaran dalaman sesebuah organisasi seperti sekolah yang juga merupakan sebuah entiti
organisasi (Katz & Kahn, 1978). Pfeffer dan Group (1992) pula mentakrifkan politik
organisasi sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang untuk memperolehi,
meningkat dan menggunakan kuasa serta sumber-sumber lain untuk menjadikan mereka
sebagai golongan yang diutamakan dalam sebarang situasi dan keadaan. Menurut Cropanzano
(1995), aktiviti politik dalaman organisasi merupakan tindakan mempengaruhi orang lain
untuk memperoleh kuasa bagi mencapai objektif peribadi walaupun terpaksa mempergunakan
orang lain. Politik dalaman organisasi juga dilihat sebagai satu percubaan mempengaruhi
orang lain di dalam organisasi untuk mencapai tujuan peribadi (Rusinah, Sabariah, Suhaimi &
Ramayah, 2003). Sementara itu, Mintzberg (1983) melihat politik dalaman organisasi sebagai
alat dominasi sosial yang digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencengkam pihak
lain dalam organisasi yang sama. Moorhead dan Griffin (1992) mengaitkan konsep politik
sebagai kuasa atau gelagat seseorang untuk mendapatkan, memantapkan dan menggunakan
kuasa untuk memperoleh sumber yang diingini.

Kini politik dalaman organisasi semakin subur wujud dan menular ke dalam setiap organisasi
terutamanya organisasi yang mempunyai sumber-sumber yang terhad (Rusinah et al., 2003).
Menurut Rusinah et al. lagi, apabila organisasi menghadkan sumber atau kekurangan sumber
dari yang sepatutnya, para pekerja mula melaksanakan taktik atau tingkah laku politik untuk
menjaga keperluan dan kepentingan sumber asal serta berusaha mengekalkan status-quo
mereka. Politik dalaman organisasi ini bertambah buruk lagi dengan kekurangan peraturan
dan undang-undang organisasi serta pengurus-pengurus organisasi yang lemah dan tidak
profesional dalam membuat keputusan. Keputusan-keputusan penting organisasi dibuat secara
kabur dan sangat bergantung atas budi bicara serta kepentingan diri tanpa pertimbangan yang
sewajarnya berdasarkan peraturan dan undang-undang organisasi.

Dalam makalah ini, politik dalaman sekolah dimaksudkan sebagai satu percubaan tingkah laku
atau lisan ahli organisasi sekolah sama ada secara individu atau berkumpulan yang
berstrategik untuk mempengaruhi dan mempergunakan warga sekolah yang lain terutamanya
guru-guru demi menjaga kepentingan peribadi, melindungi sumber dan mengekalkan status
quo atau jawatan yang disandang.

80
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Pengurusan Pendidikan

Kewujudan Politik Dalaman Organisasi Sekolah

Sebagai sebuah organisasi, sekolah juga tidak dapat lari dan terdedah kepada elemen-elemen
dalaman organisasi yang membawa kepada kewujudan politik dalaman sekolah. Sekolah
mengalami proses dan aktiviti yang biasa berlaku dalam sesebuah organisasi seperti penurunan
kuasa, pembahagian tugas dan tanggungjawab, pengagihan sumber, proses membuat
keputusan, penyeliaan dan juga perhubungan atau interaksi antara ahli organisasi (Abdul
Shukor Abdullah, 1991). Sebagai sebuah entiti sosial, sekolah mempunyai sumber yang terhad
untuk ahli-ahlinya seperti perjawatan hakiki, kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan juga
mobiliti sosial. Keadaan ini membawa kepada persaingan antara ahli-ahli organisasi
(khususnya guru-guru) yang mempunyai kehendak dan keperluan peribadi tersendiri yang
perlu dipenuhi sebagai individu.

Dalam usaha mendapatkan sumber yang terhad, penglibatan dalam pengagihan kuasa,
keutamaan peranan dalam proses membuat keputusan penting organisasi, mengelakkan
birokrasi dalam hierarki, mendapatkan kepercayaan daripada kumpulan pentadbir,
pengurangan tugas dan sebagainya demi kepentingan dan keselesaan peribadi tanpa disedari
telah menimbulkan konflik antara ahli organisasi sekolah. Konflik dalaman organisasi sekolah
diburukkan lagi dengan sikap keengganan memahami dan bertoleransi yang berpunca daripada
kematangan emosi yang rendah (Rusinah et al., 2003). Konflik yang wujud dalam organisasi
sekolah ini merupakan antara faktor-faktor yang akhirnya membawa kepada aktiviti politik
dalaman organisasi.

Terdapat beberapa konflik yang berlaku dalam organisasi dan konflik-konflik ini menjadi
faktor kepada aktiviti politik yang membawa kepada perlakuan taktik-taktik politik dalam
organisasi. Pfeffer (1981) menjangkakan aktiviti politik sering berlaku di bawah tiga keadaan,
iaitu: (i) konflik dalam mencapai matlamat, strategi dan sumber, (ii) konflik dalam proses
membuat keputusan penting untuk organisasi, dan (iii) konflik dalam pembahagian kuasa anta-
ra ahli organisasi. Robbins (1996) pula memberikan lima faktor asas kepada berlakunya aktiviti
politik dalam sesebuah organisasi iaitu kekaburan matlamat, kekurangan sumber, perubahan
teknologi dan persekitaran, keputusan yang tidak diprogramkan dan perubahan organisasi.
Allen, Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) pula telah mengenalpasti beberapa taktik
politik dalam aktiviti politik yang biasanya dilakukan di dalam organisasi, iaitu: (i) mengawal
perolehan sumber maklumat daripada disebarkan kepada ahli organisasi yang lain;
(ii) berusaha membina sokongan daripada pihak atasan yang lebih berkuasa; (iii) cuba merapat
dan menyesuaikan diri dengan pihak yang lebih berkuasa; (iv) berusaha membina tanggapan
pihak atasan yang menyenangkan untuk dirinya dan membina tanggapan yang tidak
menyenangkan pihak atasan kepada ahli organisasi yang lain; dan seterusnya (v) menyalah atau
menyerang pihak lain.

Konflik dan perlakuan taktik-taktik politik dalam organisasi boleh juga dilihat dalam konteks
sekolah. Konflik yang berlaku lebih kepada konflik antara pihak pengurusan sekolah dengan
guru. Konflik juga boleh berlaku dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi sekolah misalnya

81
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010

antara Pengetua/Guru Besar dengan Penolong-Penolong Kanan; konflik antara pihak


pengurusan tertinggi sekolah dengan guru-guru kanan mata pelajaran (yang juga dikategorikan
sebagai sebahagian daripada pihak pengurusan sekolah); dan konflik antara kelompok-
kelompok guru tertentu misalnya antara guru-guru senior dengan guru-guru yang baru dan juga
mungkin konflik antara guru yang berlainan bidang atau disiplin. Di sekolah, konflik boleh
berlaku keadaan seperti yang dinyatakan oleh Pfeffer (1981). Manakala taktik politik dalam
aktiviti politik yang biasanya berlaku di dalam organisasi seperti yang dikemukakan oleh
Allen, Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) juga boleh berlaku di sekolah.

Politik Dalaman Sekolah dan Impaknya

Politik dalaman sekolah boleh memberikan impak atau implikasi positif dan juga negatif sama
ada terhadap individu atau organisasi. Menurut Vigoda (2000), politik dalaman organisasi
merupakan satu proses sosial yang biasa dan mempunyai impak pro dan kontra. Vigoda
berpendapat politik dalaman organisasi mungkin berperanan untuk memberikan manfaat
kepada pekerja seperti meningkatkan kedudukan dan kejayaan atau menyebabkan
ketidakfungsian pekerjaan seperti menimbulkan kerugian, kehilangan kuasa dan perasaan
negatif terhadap orang lain.

Robbins (1996) menegaskan bahawa politik dalaman organisasi merupakan aktiviti yang tidak
diperlukan sebagai sebahagian daripada peranan formal individu dalam organisasi kerana
aktiviti tersebut mempengaruhi pengagihan sumber, peluang, kelebihan dan kelemahan yang
terdapat dalam organisasi. Politik dalaman organisasi atau sekolah boleh memberikan impak
atau implikasi positif dan juga negatif sama ada terhadap individu atau organisasi. Dalam hal
ini, Robbins (1996) telah menyatakan kesan positif politik dalaman organisasi, antaranya,
ialah: (i) politik dalaman organisasi dapat memperbetulkan kelemahan dan ketidakfungsian
sistem; (ii) dapat memastikan ahli organisasi yang paling berpengaruh menjadi pemimpin
organisasi; (iii) dapat membolehkan organisasi mendedahkan halangan yang dihadapi melalui
sistem pengaruh yang sah; (iv) dapat memastikan setiap isu atau permasalahan diperdebatkan
dengan mendalam; dan (v) akhirnya dapat memudahkan laluan bagi membolehkan pengurus
organisasi membuat keputusan. Bagi Kumar dan Ghadially (1989), antara hasil positif politik
dalaman organisasi adalah kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat dan status, meningkatkan daya
saingan dan posisi, memiliki kuasa dan kedudukan, dapat melakukan perubahan yang strategik,
mencapai tujuan organisasi dan peribadi, kejayaan mengimplementasikan polisi-polisi baru
organisasi, kejayaan pengurusan dan meningkatkan ekspresi kendiri.

Meskipun politik dalaman organisasi memberi kesan yang positif, namun secara umumnya,
politik dalaman dianggap sebagai suatu perkara yang tidak baik, tidak adil, tidak sihat dan tidak
diperlukan di tempat kerja. Politik dalaman organisasi cenderung mempunyai perspektif nega-
tif yang menumpu kepada tingkah laku manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang
lain demi kepentingan diri (Feris & King, 1996; Ganz & Muray, 1980). Beberapa kajian yang
telah dilakukan membuktikan politik organisasi mempunyai hubungan atau kesan negatif
terhadap pengurusan sumber tenaga kerja, memanipulasi keputusan organisasi dan menganggu
komunikasi antara rakan sekerja (Drory, 1993), prestasi kerja yang menurun dan ketidaktelusan

82
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Pengurusan Pendidikan

dalam membuat keputusan organisasi (Eisenhardt & Bourgeois, 1988) dan tingkahlaku yang
kadang-kadang melampaui batas (Liden & Mitchell, 1988). Hasil dari penyelidikan-
penyelidikan yang telah dilakukan terhadap persepsi politik dalaman organisasi menunjukkan
bahawa politik dalaman organisasi menyebabkan persekitaran dalaman kerja gagal untuk
berfungsi (Parker et al., 1995).

Rusinah et al. (2003) mengenal pasti beberapa hasil negatif daripada kajian-kajian politik
dalaman organisasi yang telah dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini dan antaranya ialah
menambahkan tekanan dan ketidakpuasan kerja, menurunkan tahap komitmen pekerja terhadap
organisasi, prestasi kerja yang semakin menyusut, mewujudkan halangan dalam komunikasi
ahli-ahli organisasi dan akhirnya menambahkan niat untuk berhenti kerja. Vigoda dan Kapun
(2005) dalam kajian mereka Perceptions of politics and perceived performance in public and
private organisations menunjukkan bahawa politik organisasi merupakan salah satu faktor
yang berpotensi untuk mempengaruhi prestasi kerja pekerja sama ada dalam organisasi awam
mahupun swasta.

Dapatan-dapatan ini memberikan justifikasi potensi politik dalaman organisasi dalam


mempengaruhi hasil, prestasi dan mutu kerja pekerja serta cenderung untuk mempengaruhi hal
pengurusan organisasi seperti dalam membuat keputusan, kenaikan pangkat dan juga
pemberian ganjaran. Politik dalaman organisasi juga dilihat memberi kesan buruk terhadap
produktiviti dan prestasi kerja pada peringkat individu dan organisasi (Vigoda, 2000). Walau
bagaimanapun,
kajian-kajian yang dilakukan tentang kewujudan kepada politik dalaman organisasi masih lagi
kurang terutamanya yang menyelidiki politik dalaman sekolah. Kajian yang dilakukan oleh
Rusinah et al., (2003) yang meneliti faktor yang mempengaruhi politik dalaman organisasi
pendidikan di Malaysia iaitu Factor Associated Perception of organizational politic in the
government higher education institutions. Hasil dapatan ini secara tidak langsung menunjuk-
kan politik dalaman organisasi menganggu tingkah laku pekerja organisasi dan persekitaran
kerja menjadi negatif. Kajian Nor Azmawati Abdul Rahman (2009) menunjukkan bahawa
semakin tinggi politik dalaman yang wujud dalam sekolah maka semakin rendah atau menurun
kualiti kehidupan kerja guru di sekolah. Politik Dalaman Sekolah (PDS) mempunyai dua
dimensi iaitu dimensi Politik Pentadbir dan politik dalam kalangan guru iaitu Politik Guru (Nor
Azmawati Abdul Rahman, 2009). Politik Pentadbir adalah taktik dan aktiviti politik yang
dilakukan oleh kumpulan pentadbir dalam organisasi sekolah seperti guru besar dan guru-guru
penolong kanan (iaitu pentadbiran, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum). Sementara itu, Politik
dalam kalangan guru pula adalah tingkahlaku dan taktik politik guru-guru untuk mengelakkan
konflik dengan pentadbir sekolah dan dengan guru-guru. Dapatan kajian juga menunjukkan
politik dalaman sekolah yang melibatkan politik dalam kalangan pentadbir sekolah adalah
lebih tinggi daripada politik dalam kalangan guru-guru.

Hasil daripada dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan tentang kesan-kesan kewujudan
politik dalaman organisasi yang lebih menampakkan keburukan berbanding memberi kebaikan
kepada individu mahupun organisasi. Justeru, tingkah laku politik organisasi dan fenomena

83
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010

politik dalaman organisasi ini perlulah dielakkan dan dikaji faktor-faktor yang mendorong
kewujudannya.

Penutup

Politik dalaman organisasi sekolah wujud dan memberikan kesan positif dan negatif kepada
sekolah. Jika diuruskan dengan baik berdasarkan perspektif yang sihat dan positif dengan
mengambil kira peraturan dan undang-undang yang ada serta keikhlasan dalam bekerja,
politik dalaman sekolah dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada kelicinan
pengurusan dan pencapaian sekolah. Namun yang banyak berlaku ialah politik dalaman
sekolah lebih memberi kesan negatif berbanding dengan kesan positif kepada ahli organisasi
iaitu guru. Hal ini berkait dengan perspektif negatif yang melihat politik sebagai tingkah laku
manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang lain demi kepentingan diri. Pentadbir
sekolah sebagai pihak yang berautoriti dilihat menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada
pada mereka dalam mengurus perjalanan sekolah. Dapatan kajian yang menunjukkan politik
dalam kalangan pentadbir sekolah adalah lebih ketara berbanding dengan politik dalam
kalangan guru menunjukkan pengaruh dan kuasa pentadbir sekolah. Namun kajian yang
mendalam dan menyeluruh tentang politik dalaman organisasi sekolah dan impaknya kepada
sekolah adalah perlu dalam mengungkai persoalan yang berkaitan.

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Allen, R., Madison, D., Porter, L., Renwick, P., & Mayes, B. (1979). Organizational politics:
Tactics and characteristics of its actors. California Management Review, 22(1), 475-
483.

Cropanzano, R. (1995). Progress in organizational justice: Tunnelling through the maze. Inter-
national review of industrial and organizational psychology, 12(2), 317-372.

Drory, A. (1993). Perceived political climate and job attitudes. Organization Studies, 14(1), 59
-71.

Eisenhardt, K., & Bourgeois III, L. (1988). Politics of strategic decision making in high-
velocity environments: Toward a midrange theory. Academy of Management Journal,
31(1), 737-770.

Ferris, G., & King, T. (1996). Politics in Human Resources Decision: A Walk on the Dark
Side. Organizational Dynamics, 20(1), 59-71.

Fitzsimmons, P. (2002). Teaching Reading in Paradise: A Fijian Principal Coping with


Change. Reading Online, 5, 8.

Gandz, J., & Murray, V. (1980). The experience of workplace politics. Academy of Manage-

84
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Pengurusan Pendidikan

ment Journal, 23(1), 237-251.

Holt, T. (1998). Quality work and conflicting quality objectives. New York: Elsevier Science
Ltd.

Katz, D., & Kahn, R. (1978). The social psychology of organizations. New York: John Wiley.

Kumar, P., & Ghadially, R. (1989). Organisational politics and its effect upon members of
organisations. Human Relations, 42(4), 305-314.

Liden, R., & Mitchell, T. (1988). Ingratiatory behaviors in organizational settings. Academy of
Management Review, 13(1), 572-587.

Mintzberg, H. (1983). Power in and around organizations: Prentice Hall.

Mohd Othman Yussoff (1996). Komitmen terhadap organisasi di kalangan guru-guru sekolah
menengah Daerah Bandar Baharu, Kedah., Universiti Utara Malaysia, Sintok.
(bahan tidak diterbitkan).

Mohd Roodzi Aziz (1997). Komitmen Terhadap Organisasi di Kalangan Guru-guru Sekolah
Rendah Bandar dan Luar Bandar. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (bahan tidak
diterbitkan).

Moorhead, G., & Griffin, R. (1992). Organizational behavior: Managing people and organi-
zations: Boston: Houghton Mifflin.

Nir, A. E. (2002). School-based management and its effect on teacher commitment. Interna-
tional Journal of Leadership in Education, 5(4), 323-341.

Nor Azmawati Abdul Rahman. (2009). Politik dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja guru
dan hubungannya dengan komitmen guru. Laporan Praktikum Sarjana Pendidikan
(bahan tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Nordin, Abdul Razak, Hazri Jamil, Mohd Hashim Othman, & Mohammad Zohir Ahmad.
(2009). Soal selidik Kualiti Kehidupan Kerja Guru (Teacher Quality Work Life):
Geran Penyelidikan Universiti. Pulau Pinang (akan diterbitkan): Universiti Sains
Malaysia.

Park, I. (2005). Teacher commitment and its effects on student achievement in American high
schools. Educational Research and Evaluation, 11(5), 461-485.

Parker, C., Dipboye, R., & Jackson, S. (1995). Perceptions of organizational politics: An in-
vestigation of antecedents and consequences. Journal of Management, 21(5), 891.

Pfeffer, J. (1981). Power in organizations. Boston: Pitman.

Pfeffer, J., & Group, S. V. M. (1992). Managing with power. Boston, Mass.: Harvard Business
School Press .

85
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010

Riehl, C., & Sipple, J. (1996). Making the most of time and talent: Secondary school organiza-
tional climates, teaching task environments, and teacher commitment. American Edu-
cational Research Journal, 33(4), 873-901.

Robbins, S. P. (1996). Essentials of organizational behavior. New Jersey: Prentice Hall.

Rusinah, S., Sabariah, S., Mohd Suhaimi, S., & Ramayah, T. (2003). Factors associated with
perceptions of organizational politics in the goverment higher educations institu-
tions. Paper presented at the Asian Academy of Management.

Tsui, K., & Cheng, Y. (1999). School organizational health and teacher commitment: A con-
tingency study with multi-level analysis. Educational Research and Evaluation, 5(3),
249-268.

Vigoda, E. (2000). Organizational politics, job attitudes, and work outcomes: Exploration and
implications for the public sector. Journal of Vocational Behavior, 57(3), 326-347.

Vigoda-Gadot, E., & Kapun, D. (2005). Perceptions of politics and perceived performance in
public and private organizations: A test of one model across two sectors. Policy and
Politics, 33(2), 251276.

Yousuf, A. (1996). Evaluating the quality of work life. Management and Labour Studies, 21
(1), 515.

86

Anda mungkin juga menyukai