Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

( Laporan antara 8-10 muka surat )

NAMA PELAJAR : MOHD SHUKRI BIN MUDA


NO KAD PENGENALAN : 720102-11-7003
PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI
NAMA PROJEK : INTERVENSI PAKOBOGA
TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU
1.0 TUJUAN PROJEK

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memperbaiki kelemahan lakuan servis
kaki yang telah dikenal pasti melalui pengajaran dan pembelajaran dalam
pelajaran pendidikan jasmani tahun lima. Berdasarkan refleksi yang telah
dijalankan, kelemahan dan punca masalah telah dikenal pasti. Oleh sebab itu,
perancangan membina intervensi baru untuk memperbaiki kelemahan dilakukan
bagi mengatasi kelemahan sedia ada. Hal ini bertujuan untuk mencapai objektif
utama kemahiran khusus servis mula atas.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

2.1 Objektif Umum


Meningkatkan teknik dan kemahiran lakuan servis mula atas dalam permainan
sepak takraw.

2.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan lakuan servis mula atas dengan mengapilkasikan kaedah latih
tubi PAKOBOGA kepada murid tahun lima dalam permainan sepak takraw.
ii. Meningkatkan penguasaan teknik lakuan servis atas dengan
mengaplikasikan kaedah latih tubi PAKOBOGA.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Terdapat tiga proses tindakan yang dilakukan dalam melaksanakan projek ini
iaitu proses tindakan sebelum, semasa dan selepas. Hal ini diterangkan secara
terperinci seperti dalam jadual 3.1.
Jadual 3.1 : Proses tindakan yang yang dilakukan sepanjang projek

Projek ini adalah merupakan satu alat yang digunakan untuk latihan servis kaki
yang dilaksanakan selama 4 minggu. Menurut Blessing (1995), peningkatan
tahap kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam hingga lapan
minggu menjalani sesi latihan. Peningkatan ini merangkumi kemahiran teknik,
taktik termasuk aspek psikologi dan stamina yang berlaku ke atas seseorang
individu. Program latihan ini dijalankan sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada
setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tempoh masa selama 45 minit dijalankan
bagi setiap sesi latihan. Setiap sesi latihan akan melibatkan 3 set, di mana setiap
set di antara 5 hingga 10 kali ulangan. Menurut Meyer (2010), tempoh masa 45
minit bagi setiap sesi latihan adalah sesuai bagi pelajar sekolah menengah.
Namun saya mengambil masa latihan ini selama 30 minit mengikut jadual
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah di sekolah.

BULAN/ HARI/MASA AKTIVITI CATATAN


TAHUN
Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
Mac kelonggaran otot. 5 10 minit.
2015 Bompa

Minggu 4 -Kemahiran servis kaki berpasangan


dan secara individu dengan
menggunakan bola ringan.
-Rakam video
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki duduk berpasangan.
-Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak. (5 kali
ulangan)
-Cooling down.

Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


April kelonggaran otot.

Minggu ke 1 -Bukaan kaki berdiri berpasangan.


- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak (5 kali ulangan)
-Cooling down.

Minggu ke 2 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.

Minggu ke 3 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan
bola gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan
bola gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.

4.0 REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:

Berdasarkan pengalaman menyiapkan kertas cadangan untuk projek ini,


terdapat berbagai kekuatan, kelemahan serta kekangan untuk menjalankan
projek ini di sekolah. Walau bagaimanapun, setelah membuat perbincangan
dengan pensyarah pembimbing serta rakan seperjuangan serta bantuan
daripada rakan guru di tempat sekolah bertugas yang lebih berpengalaman,
saya dapat memilih tajuk projek ini. Saya memilih projek ini adalah melihat
kepada konsep bagaimana cara seorang guru menyampaikan pengajaran yang
berkesan khususnya dalam penguasaan teknik lakuan servis kaki. Kita sedia
maklum bahawa terdapat pelbagai inovasi atau pun alat yang boleh diterima
pakai dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

Bahan ataupun alat yang digunakan dalam projek saya adalah kotak bola
takraw dijadikan sebagai palang untuk aktiviti latihan murid-murid tahun lima
sepanjang pengajaran pendidikan jasmani dalam kemahiran serivis kaki. Alat
yang dipilih ini adalah terjamin keselamatan dalam kalangan murid ini kerana
kotak bola takraw adalah ringan dan diperbuat daripada kertas tebal. Kekuatan
seterusnya saya memilih bahan-bahan terbuang selain daripada kotak takraw
saya mengambil kotak susu sekolah dan kotak kasut untuk dijadikan palang
kotak yang agak murah.

Selain daripada itu, pada peringkat permulaan saya agak terlalu sukar untuk
memperkenalkan latihan ini kepada murid-murid tahun lima. Mungkin ini kerana
murid-murid masih belum biasa menggunakan palang kotak. Namun setelah
murid-murid sudah biasa dengan keadaan itu mereka sudah suka melakukan
aktiviti latihan palang kotak. Setelah diperkenalkan semua murid dapat
melakukan aktiviti ini pada waktu petang yakni di luar masa pengajaran dan
pembelajaran. Akhirnya murid-murid tahun lima di sekolah kebangsaan Pulau
Omadal ini menjadikan alat ini sebagai permainan mereka.

b) Kelemahan Projek:

Projek ini menggunakan peralatan seperti kotak yang terbuang seperti kotak bola
takraw, kotak kasut dan kotak susu sekolah. Alatan ini banyak kelemahannya
antaranya ialah sekiranya kotak ini diletakkan terdedah terkena cahaya dan
hujan pastinya alatan ini mudah rosak dan tidak tahan lama. Seorang guru yang
menjadikan peralatan ini sebagai alat dalam pengajaran hendaklah menjaga alat
ini supaya tidak terdedah kerana alat ini mudah rosak.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berikut adalah merupakan cadangan penambahbaikan pada masa akan datang;


i. Menggunakan tempoh latihan yang lebih panjang dua hingga tiga bulan
dan menggunakan jadual latihan yang diatur secara sistematik.
ii. Guru boleh mengubah dan menambah lebih banyak variasi latihan seperti
servis pada bola yang berbuai.
iii. Guru boleh mencuba supaya murid belajar posisi lain contoh perejam. Ini
kerana murid sudah menguasai kemahiran servis mula atas yang
sesungguhnya bukaan kaki pun perlu kepada perejam untuk memukul
bola di atas (suaian akrobatik).

6.0 KESIMPULAN

Hasil daripada projek yang dijalankan ini, saya dapati bagi mengubah lakuan
yang sudah biasa iaitu servis mula bawah kepada servis mula atas yang
melibatkan pelaku (tekong) dalam permainan sepak takraw memerlukan satu
proses pembelajaran yang pelbagai dan bukan hanya melakukan aktiviti-aktiviti
latihan yang berfokus kepada teknik lakuan sahaja. Ini adalah kerana pelakuan
memerlukan keberanian untuk melakukan tindakan yang boleh mengakibatkan
kecederaan. Sebagai contoh, pelakuan membuka kaki sambil melayang dan
pada masa yang sama untuk menambahkan lagi bukaan kaki yang tinggi kaki
dirian sebelah kaki hendaklah mengimbang dalam keadaan badan berdiri pada
bebola kaki.

Sebagai rumusan projek saya, penggunaan intervensi yang inovasi dapat


meransang murid untuk berminat mencuba dan seterusnya melakukan aktiviti. Ini
juga sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada murid lebih-lebih lagi
sekiranya digunakan secara terancang dan sistematik berserta aktiviti-aktiviti
yang menarik. Kesimpulanya, dapatan projek PAKOBOGA adalah satu latihan
pembelajaran yang menarik yang boleh murid menguasai teknik lakuan dan
kemahiran servis mula atas. Semoga hasil daripada projek ini dapat
dimanafaatkan dan boleh dijadikan panduan oleh guru-guru pendidikan jasmani
di sekolah dan juga jurulatih-jurulatih sukan khususnya permainan sepak takraw
di sekolah prestasi tinggi sukan (SPTS) dan program kementerian satu murid
satu sukan (1M1S).

Anda mungkin juga menyukai