Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PROJEK INTERVENSI PAKOBOGA

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Dengan Kerjasama

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU OMADAL SEMPORNA

2015

1
1.0 PENDAHULUAN

Program Internship adalah merupakan program yang perlu dilaksanakan


dalam kalangan guru-guru PPG yang terlibat dalam pengajian di IPG. Antara
program-program yang perlu dilakukan dan dilaksanakan ialah melaksanakan
projek yang berunsurkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini


mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan
inovasi yang mana dituntut terhadap golongan guru pada masa kini. Ia juga
dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup seorang guru
pendidikan jasmani supaya menjadikan sumber alat-alat yang terpakai
dijadikan alat inovasi untuk menarik minat murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Murid-murid dijadikan kumpulan sasaran memandangkan generasi


inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di
luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah
yang lebih baik kelak. Melalui program ini juga, para guru dan masyarakat
setempat akan didedahkan dengan kaedah pengajaran yang berinovasi.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memperbaiki kelemahan lakuan


servis kaki yang telah dikenal pasti melalui pengajaran dan pembelajaran
dalam pelajaran pendidikan jasmani tahun lima. Berdasarkan refleksi yang
telah dijalankan, kelemahan dan punca masalah telah dikenal pasti. Oleh
sebab itu, perancangan membina intervensi baru untuk memperbaiki
kelemahan dilakukan bagi mengatasi kelemahan sedia ada. Hal ini bertujuan
untuk mencapai objektif utama kemahiran khusus servis mula atas.

2
2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif Umum


Meningkatkan teknik dan kemahiran lakuan servis mula atas dalam
permainan sepak takraw.

2.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan lakuan servis mula atas dengan mengapilkasikan kaedah
latih tubi PAKOBOGA kepada murid tahun lima dalam permainan sepak
takraw.
ii. Meningkatkan penguasaan teknik lakuan servis atas dengan
mengaplikasikan kaedah latih tubi PAKOBOGA.

3.0 SASARAN PROJEK

Murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Pulau Omadal seramai 11


orang.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Terdapat tiga proses tindakan yang dilakukan dalam melaksanakan projek ini
iaitu proses tindakan sebelum, semasa dan selepas. Hal ini diterangkan
secara terperinci seperti dalam jadual 3.1.

Jadual 4.1 : Proses tindakan yang yang dilakukan sepanjang projek

Projek ini adalah merupakan satu alat yang digunakan untuk latihan servis
kaki yang dilaksanakan selama 4 minggu. Menurut Blessing (1995),
peningkatan tahap kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam
hingga lapan minggu menjalani sesi latihan. Peningkatan ini merangkumi
kemahiran teknik, taktik termasuk aspek psikologi dan stamina yang berlaku
ke atas seseorang individu. Program latihan ini dijalankan sebanyak 3 kali
seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tempoh masa

3
selama 45 minit dijalankan bagi setiap sesi latihan. Setiap sesi latihan akan
melibatkan 3 set, di mana setiap set di antara 5 hingga 10 kali ulangan.
Menurut Meyer (2010), tempoh masa 45 minit bagi setiap sesi latihan adalah
sesuai bagi pelajar sekolah menengah. Namun saya mengambil masa latihan
ini selama 30 minit mengikut jadual pengajaran dan pembelajaran sekolah
rendah di sekolah.

BULAN/ HARI/MASA AKTIVITI CATATAN


TAHUN
Isnin -Pemanasan badan, regangan dan
Mac kelonggaran otot. 5 10 minit.
2015 Bompa

Minggu 4 -Kemahiran servis kaki berpasangan


dan secara individu dengan
menggunakan bola ringan.
-Rakam video
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki duduk berpasangan.
-Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak. (5 kali
ulangan)
-Cooling down.

Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


April kelonggaran otot.

Minggu ke 1 -Bukaan kaki berdiri berpasangan.


- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak. (5 ulangan)

4
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras dada
dengan palang kotak (5 kali ulangan)
-Cooling down.

Minggu ke 2 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras muka
dengan palang kotak. (5 ulangan)
-Cooling down.

Minggu ke 3 Isnin -Pemanasan badan, regangan dan


kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan
bola gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.
Rabu -Pemanasan badan, regangan dan
kelonggaran otot.
-Bukaan kaki berdiri berpasangan.

5
- Latih tubi sepak mula atas aras
pinggang dengan palang kotak dan
bola gantung. (5 ulangan)
-Cooling down.

6
5.0 CARTA ORGANISASI

AJK INDUK PROGRAM

PENASIHAT
EN. ABDUL SIE BIN DAMSE
GURU BESAR

PENGERUSI
EN. TUDLUN BIN MAMBALUSAN
YDP PIBG SK PULAU OMADAL

TIM. PENGERUSI
EN. MUHAMMAD HANAFIAH BIN KASIRAN
GURU PENOLONG KANAN 1

SETIAUSAHA
EN. MOHD. ZAHARI BIN TIBIN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN

BENDAHARI
PUAN SITTI KASHAR BINTI TAWASIL

AJK KECIL
EN. ROSBECT BIN BADJI
EN. MUHAMAD NASIR BIN BAHARUDDIN
USTZ KAIRULIZWAN BIN NAWI
MUHAMMAD FAIZ BIN SHAKRI
PN. MUSSAH BINTI KUWASA
CIK NAFSARIAH BINTI ABDUL RASAS
CIK BUNGA RASA BINTI HJ. BULLAH

7
AJK PELAKSANA PROJEK

PENASIHAT

En. Abdul Sie bin Damse

Guru Besar

PENGERUSI

En.Tudlun bin Mambalusan

YDP Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)

TIMBALAN PENGERUSI

En. Muhammad Hanafiah bin Kasiran

Guru Penolong Kanan 1

SETIAUSAHA

En. Mohd. Zahari bin Tibin

Ketua Paniti Pendidikan Jasmani & Kesihatan

BENDAHARI

Pn. Sitti Kashar binti Tawasil

Pembantu Tadbir Kewangan

8
AJK PERALATAN AJK MAKAN/MINUM
1. En. Hanafiah bin Kasiran 1. Pn. Mussah binti Kuwasa
2. En. Tularan bin Sabtuhari 2. Pn. Siti Kashar binti Tawasil
3. Pn. Naisah binti Tangki 3. Pn. Kartina binti Walu

AJK PUBLISITI AJK KESELAMATAN


1. En. M. Nasir bin Baharuddin 1. En. Mujaji bin Abd. Laji
2. En. Khairulizwan bin Nawi
3. Pn. Kabilah binti Hj. Katluaan

BAJET PROGRAM GOTONG-ROYONG

BIL PERKARA HARGA


1 BOLA TAKRAW 2 BIJI RM50
2 KOTAK -
3 MAKAN DAN MINUM RM100

JUMLAH RM150

PENUTUP

Program projek inovasi ini adalah merupakan program penambahbaikan pengajaran


dan pembelajaran sekolah khususnya guru-guru pendidikan jasmani. Secara tidak
langsung semangat guru-guru dalam inovasi dapat diterapkan dalam diri masing-
masing dalam menjayakan program projek seumpama ini. Diharap program seperti
ini dapat diteruskan pada masa akan datang .

9
Disediakan oleh,

MOHD ZAHARI BIN TIBIN


Ketua Panitia PJK

Disemak oleh,

EN. HANAFIAH BIN KASIRAN


Guru Penolong Kanan I

Disahkan oleh,

EN. ABDUL SIE DAMSIE


Guru Besar

10

Anda mungkin juga menyukai