Anda di halaman 1dari 4

TITIAN MEMORI: MENINGKATKAN DAYA

MENGINGAT NAMA-NAMA RASUL ULUL AZMI


MURID DARJAH TIGA HAMBALI

Penyelidik
Ustazah Suzilawati Binti Md. Saleh@Masrom
Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Johor Bahru
Jalan Kerambit, Taman Seri Tebrau,
80050 Johor Bahru

Abstrak

Tujuan saya menghasilkan kajian ini adalah untuk membantu murid


murid dalam menghafal nama nama rasul. Selain itu, dengan melaksanakan
kajian ini juga saya dapat mengenali dengan lebih dekat bahawa anak anak
murid saya akan menunjukan sikap minat belajar apabila saya
menggunakan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

1. Refleksi Pdp Lalu

Saya telah mengajar topik Rasul-rasul Ulul Azmi di dalam mata


pelajaran Pendidikan Islam bagi darjah tiga Hambali. Sewaktu sesi soal
jawab dijalankan, saya telah mengenal pasti lima orang murid tidak dapat
mengingat nama-nama Rasul Ulul Azmi dengan baik.
Hasil semakan latihan menggunakan lembaran kerja yang diedarkan,
saya juga mendapati bahawa murid-murid tersebut tidak dapat
menjawab soalan berkaitan nama-nama Rasul Ulul Azmi dengan betul.
Setelah ujian bulanan dijalankan, saya amat terkejut apabila mendapati
murid-murid yang sama masih lagi gagal menyenaraikan nama-nama
Ulul Azmi dengan betul.
2. Isu keprihatinan/fokus kajian

Berdasarkan refleksi yang diberikan, kajian ini akan memfokuskan


kepada masalah yang dihadapi oleh murid iaitu mengingati nama-
nama Rasul yang digelar Ulul Azmi.
Dengan membantu mereka mengingati nama-nama Rasul Ulul Azmi,
saya yakin bahawa mereka dapat menyebut, menyenarai dan mengingat
topik ini dengan baik di samping dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan cemerlang.

3. Objektif umum kajian

Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap kefahaman murid-murid


terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

4. Objektif khusus

i. Murid-murid dapat menyebut nama-nama Rasul Ulul Azmi


ii. Murid-murid dapat menyenaraikan nama-nama Rasul Ulul
Azmi
iii. Murid-murid dapat mengingati nama-nama Rasul Ulul Azmi
iv. Murid-murid dapat menjawab soalan berkaitan nama-nama
Rasul Ulul Azmi

5. Kumpulan sasaran

Kajian ini disasarkan kepada lima orang pelajar Tiga Hambali


6. Pelaksanaan kajian

1. Tinjauan Masalah

Sebelum kajian dijalankan, satu tinjauan masalah dijalankan


dengan tujuan untuk memahami masalah yang telah dikenal pasti
tersebut dengan lebih mendalam.
Sebaik sahaja markah ujian bulanan diperoleh, guru
menjalankan analisis jawapan dan mendapati bahawa masalah
yang dihadapi oleh murid-murid untuk mengingat nama-nama
Rasul Ulul Azmi masih berlaku.
Guru mengadakan temu bual dengan murid-murid tersebut
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka.

2. Analisis Markah Latihan Dan Ujian

3. Aktiviti yang akan dilaksanakan

Teknik Mneumonik

Huruf pangkal
i. Guru menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu
maklumat.
ii. Guru menggunakan huruf pangkal nama-nama Rasul Ulul Azmi
mengikut urutan iaitu Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan
Muhammad dengan sebutan NIMIM.
Membuat ayat berdasarkan huruf pangkal

i. Guru menggunakan huruf pangkal untuk membina satu ayat.


Huruf pangkal berfungsi untuk memberi satu kekunci bagi
sesuatu istilah atau perkataan yang diperlukan.

ii. Guru membina ayat yang terdiri daripada huruf pangkal nama-
nama Rasul Ulul Azmi iaitu N.I.M.I.M menjadi suatu ayat :

Nana Ingin Menyanyi Ikut Muzik

iii. Guru meminta murid mengulang dan mencatat di dalam buku


nota.

iv. Guru menampal formula pada papan kenyataan di dalam kelas.

v. Selepas seminggu, guru menguji ingatan murid dengan


mengadakan ujian khas.

7. Jadual pelaksanaan

8. Refleksi kajian

Setelah saya melaksanakan kajian ini, saya dapati murid lbih


mudah kta dekati disamping, guru juga perlu kreatif dalam
menjalankan aktiviti dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai