Anda di halaman 1dari 12

TITIAN MEMORI:

MENINGKATKAN DAYA MENGINGAT


NAMA-NAMA RASUL ULUL AZMI
MURID TINGKATAN 3 IHSAN

PENYELIDIK
USTAZ ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD RADZI
USTAZ MOHD FUAD BIN OTHMAN
USTAZAH RAHMAH BINTI YAHAYA
USTAZAH ROSLAH BINTI KAMARI
USTAZAH AMIRAH ZAWANAH BINTI WAKHI
ANUAR
USTAZAH SUZILAWATI BINTI MD.
SALEH@MASROM

SMA JAWAHIR AL-ULUM,


83200 SENGGARANG, BATU PAHAT

REFLEKSI PDP LALU


Saya telah mengajar topik Rasul-rasul Ulul Azmi di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi kelas Tingkatan 3 Ihsan.
Sewaktu sesi soal jawab dijalankan, saya telah mengenal pasti
lima orang murid tidak dapat mengingat nama-nama Rasul
Ulul Azmi dengan baik.
Hasil semakan latihan menggunakan lembaran kerja yang
diedarkan, saya juga mendapati bahawa murid-murid tersebut
tidak dapat menjawab soalan berkaitan nama-nama Rasul
Ulul Azmi dengan betul.
Setelah ujian bulanan dijalankan, saya amat terkejut apabila
mendapati murid-murid yang sama masih lagi gagal
menyenaraikan nama-nama Ulul Azmi dengan betul.

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN


Berdasarkan refleksi yang diberikan, kajian ini akan
memfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh murid iaitu
mengingati nama-nama Rasul yang digelar Ulul Azmi.
Dengan membantu mereka mengingati nama-nama Rasul Ulul
Azmi, saya yakin bahawa mereka dapat menyebut, menyenarai
dan mengingat topik ini dengan baik di samping dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

OBJEKTIF UMUM KAJIAN


Kajian ini bertujuan meningkatkan
tahap
kefahaman
murid-murid
terhadap mata pelajaran Pendidikan
Islam.

OBJEKTIF KHUSUS
i.

Murid-murid dapat menyebut nama-nama Rasul Ulul Azmi

ii. Murid-murid dapat menyenaraikan nama-nama Rasul Ulul


Azmi
iii. Murid-murid dapat mengingati nama-nama Rasul Ulul Azmi
iv. Murid-murid dapat menjawab soalan berkaitan nama-nama
Rasul Ulul Azmi

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini disasarkan kepada lima orang
pelajar lelaki dalam tingkatan 3 Ihsan

CADANGAN TINDAKAN
1. Tinjauan Masalah
Sebelum kajian dijalankan, satu tinjauan masalah dijalankan
dengan tujuan untuk memahami masalah yang telah dikenal
pasti tersebut dengan lebih mendalam.
Sebaik sahaja markah ujian bulanan diperoleh, guru
menjalankan analisis jawapan dan mendapati bahawa
masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk mengingat
nama-nama Rasul Ulul Azmi masih berlaku.
Guru mengadakan temu bual dengan murid-murid tersebut
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka.

ANALISIS MARKAH LATIHAN DAN UJIAN


Markah Latihan & Ujian Tingkatan 3 Ihsan
Bil.
Nama
Latihan Topikal Ujian Bulanan
1.
Salleh bin Ali
0/5
0/5
2.
Ramli b. Mansor
0/ 5
1/5
3.
Jamil b. Jalil
1/5
2/5
4.
Kadiran b. Supaat
1/5
1/5
5.
Sukimi b. Tugiran
1/5
0/5

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN


TITIAN MEMORI
Teknik Mneumonik
Huruf pangkal
i.

Guru menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu


maklumat.

ii. Guru menggunakan huruf pangkal nama-nama Rasul Ulul Azmi


mengikut urutan iaitu Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan
Muhammad dengan sebutan NIMIM.

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN


Membuat ayat berdasarkan huruf pangkal
Guru menggunakan huruf pangkal untuk membina satu ayat. Huruf pangkal
berfungsi untuk memberi satu kekunci bagi sesuatu istilah atau perkataan
yang diperlukan.
Guru membina ayat yang terdiri daripada huruf pangkal nama-nama Rasul
Ulul Azmi iaitu N.I.M.I.M menjadi suatu ayat :
Nana

Ingin Menyanyi Ikut Muzik

Guru meminta murid mengulang dan mencatat di dalam buku nota.


Guru menampal formula pada papan kenyataan di dalam kelas.
Selepas seminggu, guru menguji ingatan murid dengan mengadakan ujian
khas.

JADUAL PELAKSANAAN
Bil.

Aktiviti

Tarikh/tempoh

1.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data


awal

10 April 2016

2.

Menulis proposal

11 April 2016

3.

Memurnikan proposal

12 April 2016

4.

Merancang aktiviti

13 April 2016

5.

Melaksanakan tindakan

14 April 2016

6.

Analisis data

14 April 2016

7.

Refleksi kajian

15 April 2016

8.

Menulis laporan kajian

16 April 2016

9.

Membentang hasil kajian tindakan

17 April 2016

10.

Pemurnian laporan

18 April 2016

11.

Serahan laporan ke BPI

24 April 2016

Anda mungkin juga menyukai