Anda di halaman 1dari 1

5.

Rumusan

Pendidikan hari ini bukan lagi semata-mata untuk melahirkan modal


insan, tetapi misi penting negara ialah meningkatkan jumlah bakat atau modal
intelektual negara. Oleh itu, Kemahiran Belajar lagilah berperanan penting
dan tidak harus dipandang remeh oleh masyarakat. Setiap lapisan
masyarakat haruslah mengambil inisiatif untuk menguasai Kemahiran Belajar
yang merangkumi banyak aspek di mana setiap aspek mempunyai kegunaan
dan kelebihannya untuk membantu kita memperoleh ilmu pengetahuan.
Kualiti pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui penguasaan
kemahiran belajar. Jadi, kemahiran belajar harus diterapkan secara langsung
tidak kira di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah ataupun universiti.

Sebagai pendidik, guru sendiri juga harus melengkapkan diri dengan


ilmu tentang kemahiran belajar supaya ilmu tersebut dapat disalurkan kepada
pelajar secara terus atau tidak langsung melalui proses pembelajaran dan
pengajaran. Kemahiran belajar bukan hanya untuk dipelajari, namun pelajar
perlu menguasainya agar dapat memilih strategi belajar mengikut kesesuaian
konteks pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pencapaian. Selain itu,
pelajar juga perlu bersikap positif dalam pembelajaran dan sentiasa
bersungguh-sungguh berusaha untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang. Kemahiran belajar mampu mengubah pola pemikiran pelajar di
samping dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu berganding bahu dalam
usaha menerapkan serta membudayakan kemahiran belajar dalam kalangan
pelajar agar usaha positif ini dapat membuahkan hasil yang baik, iaitu
menjana kecemerlangan pelajar, selaras dengan aspirasi kementerian, iaitu
melahirkan modal insan intelektual dan berketerampil.

14

Anda mungkin juga menyukai