Anda di halaman 1dari 1

SKW 1102-APLIKASI KOMPUTER

SANG KANCIL DAN SANG GAJAH

Bermulalah kisah pada suatu petang Sang Kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam
hutan belantara.Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba Sang Kancil telah terjatuh ke
jurang yang amat dalam.Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia,Sang Kancil pun berfikir,Macam
mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini.Setelah lama berfikir namun
tiada idea yang bernas untuk Sang Kancil keluar dari lubang tadi,namun Sang Kancil
tetap tidak mahu berputus asa.Dalam kebuntuan mencari idea,Sang Kancil telah
terdengar bunyi tapak kaki yang besar.Kalau bunyi tapak kaki macam ni,ni tak
lain,mesti gajah ni!Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian Sang Gajah yang lalu itupun menegur Sang Kancil,Eh Sang Kancil,tengah
buat apa?Tanya si Gajah.Menyelamatkan diri!Jawab Sang Kancil.Dari apa?Tanya
gajah lagi.Dari bahaya ,cuba tengok atas,langit nak runtuh,dah hitam.Balas Sang
Kancil.Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai Sang Kancil bulat-bulat.Habis tu
macam mana nak selamatkan diri?Tanya si gajah.Masuklah sekali dalam lubang
ini,kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini.Tanpa berfikir panjang Sang
Gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya.Kemudian
Sang Kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan
terus keluar dari lubang yang dalam itu. Haha,padan muka engkau,selamat
aku.Kemudian Sang Kancil pun berlalu pergi meninggalkan Sang Gajah yang masih
terpinga-pinga di dalam lubang tadi.

R01SPK16F060

Anda mungkin juga menyukai