Anda di halaman 1dari 6

2.

0 Pengenalan

Isu ajaran sesat bukan sesuatu yang asing lagi buat umat Islam dalam kamus
kehidupan manusia.kerana ia hadir sejajar dengan kehidupan manusia. Allah juga
ada menyebut tentang ajaran sesat ini dalam Surah Fussilat ayat 25 iaitu:

















































Maksudnya: Dan kami adakan untuk mereka teman-teman rapat( jin dan manusia,
lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat)
mengenai perkara-perkara dunia yang ada dihadapan mereka, serta perkara-perkara
akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman azab
atas mereka bersama-sama umat-umat (yang sesat) dari jin dan manusia terdahulu
daripada mereka. sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi
(bawaan hidupnya).

3.0 Definisi Ajaran Sesat

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan ajaran membawa pengertian


segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala
perkataan sesat pula didefinisikan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah
(tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan) dan menyimpang dari jalan yang
benar. Maka, ajaran sesat ini membawa maksud segala ilmu yang diajar dengan cara
menyimpang dari perkara atau ajaran asal yang benar dan disebarkan secara meluas
kepada orang lain.

Bahagian Akidah , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mentakrifkan


ajaran sesat dalam Engku Ahmad Zaki (2007) sebagaiSebarang ajaran atau amalan
yang di bawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa
ajaran Islam dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada

1
hakikatnya ajaran dan amalan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan
al-Sunnah (muka surat 32)

Dr. H.O.K. Rahmat S.H. (1983) dalam Ajaran Sesat: Disebalik lipatan sejarah
Islam oleh Dr. Engku Ahmad Zaki (2013) memberi definisi ajaran sesat sebagai
ketidakmurnian akidah Islam disebabkan palitan dan adunan pengaruh-pengaruh
yang berasal daripada bumi Nusantara sendiri seumpama kepercayaan Dinamisme
dan Animisme Nusantara ataupun yang datang daripada luar seperti Yahudi, Nasrani,
Hindunisme, Buddhisme dan sebagainya yang menyerap masuk ke dalam akidah
Islam yang murni sehingga menjadi tercemar.

4.0 Analisis ajaran sesat daripada tokoh agama

Berdasarkan temuramah bersama seorang tokoh agama iaitu Ustaz Md. Zuki Bin
Hashim iaitu seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, didapati bahawa ajaran sesat dalam kalangan masyarakat
Malaysia agak meruncing. Hal ini kerana wujudnya pelbagai gerakan ajaran sesat
yang menular dan menyerap masuk kedalam masyarakat.

Jika dilihat pada hari ini, penyelewengan akidah menjadi semakin rumit seiring
dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Penyebaran ajaran salah ini
sukar dikesan kerana ia tersebar dengan meluas melalui medium media sosial seperti

Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya. Pengguna aplikasi ini


kadang-kadang tidak menyedari bahawa status yang dimuat naik barangkali boleh
membawa kepada kemudaratan kepada diri dan akidah orang lain.

Seterusnya, gejala penyebaran ajaran sesat ini banyak tersebar di negeri-negeri


yang islamik, contohnya negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini kerana, masyarakat
di negeri tersebut memilih menggunakan rawatan alternatif untuk berubat iaitu
dengan menggunakan bomoh. Golongan tersebut bukan sahaja taksub, malah
sanggup menghabiskan duit yang cukup banyak bagi mendapatkan sesuatu rawatan.
Perkara ini sangat berbahaya kepada akidah umat Islam yang menganggap bomoh
sebagai penyembuh dan bukannya Allah s.w.t. Kes ini jarang berlaku di negeri yang

2
educated seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan sebagainya kerana mereka
lebih memilih perubatan yang natural seperti hospital sebagai rawatan utama mereka.

Selain itu juga, ajaran sesat juga melibatkan golongan terpelajar seperti
pensyarah di universiti tempatan. Contoh ajaran sesat yang mereka ikuti ialah ajaran
Syiah. Mereka ini tertarik dengan pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai
oleh puak Syiah dan menjadikan mereka antara pengikut golongan tersebut. Hal ini
sangat membimbangkan kerana pensyarah-pensyarah yang terlibat kerana mereka
mempunyai pengaruh yang besar dalam institusi pengajian tinggi.

Usaha bagi membanteras gejala ajaran sesat ini perlu bermula dari awal lagi iaitu
sejak mereka kecil. Hadis Nabi iaitu yang bermaksud: Setiap bayi yang lahir itu
dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia
Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)

Sebagai salah satu cara yang boleh dilakukan ialah, para guru perlu mengambil
tanggungjawab dengan menerangkan kepada pelajar tentang bahaya ajaran sesat
yang berlaku di negara kita. Guru boleh mengambil pendekatan dengan
menerangkan konsep pengajaran dengan lebih mudah dan jelas terutamanya dalam
subjek Pendidikan Islam yang berkaitan akidah. Contohnya, guru boleh mengadakan
aktiviti nyanyian, lakonan dan sebagainya bagi memberi kefahaman kepada pelajjar
kerana aktiviti ini sangat dekat dengan pelajar.

Selain itu, ajaran sesat sangat mudah mendapat pengaruh masyarakat melalui
beberapa faktor. Antaranya ialah taksub dengan sesorang yang dianggap idola dan
sanggup melakukan apa sahaja demi idola tersebut. Perkara ini mampu
menggunggat akidah kerana keyakinan mereka terhadap idola tersebut sama taraf
dengan kemuliaan nabi. Seterusnya, ialah faktor kemiskinan. Kebiasannya orang
kampung yang tidak mampu merawat penyakit dengan pihak hospital, mereka
memilih untuk berubat dengan bomoh. Kebanyakan bomoh yang dirujuk ialah bomoh
yang menggunakan perantaraan makhluk halus dan perkara ini boleh menjadi syrik
apabila mereka yakin bahawa makhluk tersebut sebagai tempat pergantungan
mereka sebagai penyembuh penyakit.

5.0 Langkah-langkah mengatasi penyelewengan akidah.

3
Antara langkah yang dapat diambil bagi mengatasi penyelewengan akidah ialah
berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:Telah menceritakan kepada kami Aliy bin Al-Mundzir Al-Kuufiy : Telah


menceritakan kepada kami Muhammad bin Fudlail : Telah menceritakan kepada kami
Al-Amasy, dari Athiyyah, dari Abu Saiid. Dan Al-Amasy dari Habiib bin Abi Tsaabit,
dari Zaid bin Arqam radliyallaahu anhumaa, mereka berdua berkata : Telah bersabda
Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam : Sesungguhnya aku telah meninggalkan
untuk kalian sesuatu yang sekiranya kalian berpegang teguh dengannya, niscaya
kalian tidak akan tersesat sepeninggalku, salah satu dari keduanya itu lebih besar
dari yang lain, yaitu;Kitabullah adalah tali yang Allah bentangkan dari langit ke bumi,
dan itrahku ahli baitku, dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang
menemuiku di telaga, oleh karena itu perhatikanlah oleh kalian, apa yang kalian
perbuat terhadap keduanya sesudahku".

Hadis nabi ini jelas menunjukkan bahawa dengan berpegang teguh dengan
al-Quran dan al-Sunnah ini dapat membawa manusia kearah kebenaran tanpa
keraguan lagi padanya. Seterusnya ialah menguatkuasakan undang-undang yang
lebih ketat agar pengasas serta pengikut-pengikut ajaran sesat ini tidak berupaya

4
menyebarkan ajaran mereka dengan lebih meluas. Hal ini kerana menurut Engku
Aziz (2007) Perlembagaan Malaysia membataskan bidang kuasa Mahkamah
Syariah hanya berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang tidak disebut dalam
senarai Persekutuan seperti tidak boleh membicara dan menghukum orang-orang
yang tidak menganut agama Islam kerana bidang kuasanya hanya kepada orang
Islam sahaja.(muka surat 103-104)

Selain itu, para pelajar perlu didedahkan dengan bahaya penyelewengan akidah
ini di sekolah dan tanggungjawab ini bukan hanya bergantung kepada guru
matapelajaran Pendidikan Islam sahaja, malah dipertanggungjawabkan ke atas
semua pihak sekolah. Contohnya, para guru disekolah boleh menganjurkan program
Gallery Walk yang memaparkan tentang akidah-akidah yang salah serta
mengadakan forum yang menerangkan tentang bahaya ajaran sesat kepada
masyarakat.

Seterusnya, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai satu


badan agama yang diiktiraf boleh menyebarkan tentang ajaran akidah yang sahih dan
memberi pendedahan tentang ajaran sesat yang harus dielakkan melalui media
sosial seiring dengan kemajuan dunia kini yang sangat pantas dari segi penyebaran
sesuatu maklumat melalui medan ini. Selain itu, pihak berwajib perlu meluaskan lagi
risikan tentang penyelewengan akidah dalam kalangan masyarakat agar masalah ini
dapat diatasi lebih awal sebelum menjadi barah dalam masyarakat. Akhir sekali,
sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa berdoa dan menaruh segala pengharapan
kepada Allah dalam usaha mengatasi masalah penyelewengan akidah ini.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak daripada peringkat atas sehingga ke peringkat


bawah perlu menggembleng tenaga bagi mengatasi ajaran sesat yang berlaku di
negara kita agar ia tidak semakin membarah dalam masyarakat kita. Syeikh Fathi
Yakan (2010) menjelaskan bahawa umat Islam pada hari ini perlu berkerja demi Islam
atau dalam kata lain berjuang untuk menentang anasir yang cuba menggugat
kesucian Islam.

5
6

Anda mungkin juga menyukai