Anda di halaman 1dari 7

KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

Tajuk
Tapak pameran serangga

Hasil pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat :
1. Mengenal pasti jenis-jenis bahan pembinaan tapak pameran serangga
2. Mengenal pasti jenis-jenis dan saiz kayu dalam reka bentuk produk
3. Mengenal pasti jenis pengikat serta cara penggunaannya
4. Mengenal pasti nama, fungsi alatan tangan, mesin dan cara penggunaannya.
5. Mengenal pasti proses mengukur, menanda, memotong dan membina produk
6. Membuat kerja kemasan produk dan mengenali bahan kemasan serta kaedah
penggunaannya.
7. Menghasilkan lukisan teknik :-
a. Isometri
b. Ortografik
c. Oblik
d. Hamparan
e. Keratan

Alatan/Bahan
Alatan :
1. Gergaji kayu elektrik

Rajah 1
2. Jigsaw

Rajah 2
KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

3. Pembaris keluli

Rajah 3
4. Sesiku L

Rajah 4

5. Kikir parut

Rajah 5
KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

6. Pneumatic stapler

Rajah 6

7. Kertas Las

Rajah 7
Bahan :

1. Papan

Panjang Lebar Tebal Kuantiti


250 mm 120 mm 3 mm 1
250 mm 20 mm 3 mm 2
250 mm 55 mm 3 mm 2
120 mm 40 mm 20 mm 2

Jadual 1 : saiz kayu

2. Medium Density Fibreboard (MDF) - 55 mm x 250 mm (2 keping)


3. Glu PVA
4. Tepung penyumbat

Langkah langkah keselamatan


1. Pastikan bengkel sentiasa teratur dan bersih dari aspek fizikal
2. Sentiasa praktikkan peraturan keselamatan
3. Susun atur alatan dengan kemas
KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

4. Pastikan tugasan dijalankan dengan teratur dan sistematik mengikut jadual yang
ditetapkan
5. Amalkan nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, dan mematuhi
peraturan

Memakai
tudung/ikat rambut

Memakai sarung
tangan

Kasut bertutup dan


tapak getah

Lengan baju dilipat Memakai apron

Rajah 8 : Pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel

Prosedur
1. Menyediakan peralatan dan bahan untuk membuat projek tapak pameran serangga.
2. Papan diukur berdasarkan saiz yang telah ditetapkan dengan menggunakan sesiku L
dan pembaris seperti jadual 1.
3. Papan dipotong dengan menggunakan gergaji kayu elektrik bagi papan yang
mempunyai saiz 120 mm x 40 mm x 20 mm manakala bagi papan yang nipis (3 mm )
dipotong dengan menggunakan jigsaw.
4. Penjuru papan diratakan dengan menggunakan kikir.

Rajah 9 : Meratakan penjuru papan dengan menggunakan kikir


KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

5. Permukaan papan dilicinkan dengan menggunakan kertas las bagi menghilangkan


kesan calar atau tanda-tanda kecil pada permukaan kayu.

Rajah 10 : Melicinkan permukaan papan dengan kertas las

6. Bahagian yang bersaiz 120 mm x 40 mm x 20 mm dicantumkan bersama bahagian


papan bersaiz 250 mm x 120 mm x 3 mm dengan menggunakan pneumatic stapler

.
Rajah 11 : Mencantumkan bahagian papan dengan pneumatic stapler

7. Bahagian yang bersaiz 250 mm x 20 mm x 3 mm dicantumkan dengan


menggunakan glu PVA

Rambut kemas dan


pendek

Rajah 12 : Mencantumkan bahagian papan dengan glu PVA


KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

8. Glu PVA disapu pada permukaan papan bersaiz 250 mm x 55 mm x 3 mm dan


dicantumkan bersama Medium Density Fibreboard (MDF).
9. Kedua-dua bahagian pada rajah 11 dan langkah 8 dicantumkan bersama secara
serong dengan menggunakan glu PVA

Rajah 12

10. Projek yang telah siap dibiarkan seketika agar glu PVA pada papan betul-betul
kering.
11. Pengikis digunakan untuk menyumbat liang atau ira kayu dengan tepung penyumbat
12. Permukaan projek dibersihkan dan dilicinkan dengan kertas las setelah tepung
penyumbat kering.

Rajah 13 : Tapak pameran serangga


KPD4046 KAEDAH MENGAJAR (AT31D)

Perbincangan

Melalui projek tapak pameran serangga kami dapat mempelajari cara-cara


menggunakan alatan dan mesin dengan cara yang betul sesuai dengan fungsinya.
Langkah-langkah keselamatan yang terdapat di bengkel dapat memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan kami disamping itu pendedahan kepada pengurusan bengkel
dan kecanggihan teknologi dapat membantu kami mempraktikkan di sekolah kelak.

Kekangan yang wujud semasa kami menjalankan projek ini adalah kurangnya
peralatan yang dapat digunakan dalam satu masa. Selain itu, persekitaran bengkel yang
sesak menyukarkan kami menjalankan kerja kayu. Keselamatan bengkel perlu
dipertingkatkan agar tiada sebarang kecelakaan berlaku semasa menjalankan aktiviti di
bengkel.

Kesimpulan

Reka bentuk dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
seharian kita. Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan
selesa. Melalui projek ini kami dapat mempelajari sifat bahan seperti papan yang
mempunyai jenis dan ketebalan yang berlainan serta kegunannya. Kami juga dapat
mengenal nama, dan fungsi alatan tangan dan mesin, cara mengguna dan menyenggara
mesin. Disamping itu, kami dapat mempelajari membuat lakaran reka bentuk dan
merancang pembinaan. Proses mengukur,menanda,memotong,membina dan mencantum
bahan projek dapat dipelajari. Melalui projek ini kami dapat mengetahui alat dan bahan
kemasan serta cara yang sesuai untuk membuat kemasan projek. Selain itu, kami dapat
mempelajari cara menghasilkan lukisan teknik seperti isometri, ortografik, oblik, keratan dan
hamparan bagi projek tapak pameran serangga ini.

Anda mungkin juga menyukai