Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan

KANDUNGAN:
Pelaksanaan KBAT di Sekolah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di
merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan Sekolah
kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun Persekitaran Pembelajaran KBAT
dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh.
Ciri-ciri Murid KBAT
Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan
Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah
KBAT
dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan Cadangan Bilik Darjah KBAT
pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada Perkongsian Amalan Terbaik
pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Pelaksanaan KBAT: Peranan
SISC+
Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam
Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling


menyokong serta memainkan peranan masing-masing. Guru-guru
khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan
abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu
dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir
guru dan murid terutama dalam konteks Kemahiran Berfikir Aras

Contoh aktiviti KBAT yang dilaksanakan di dalam bilik Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan
darjah dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang
digariskan dalam PPPM 2013-2025.
Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian dalam
Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga
diberi sokongan untuk membantu mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar
Kementerian
Definisi KBAT Persekitaran Pembelajaran KBAT
Keupayaan untuk mengaplikasi 1. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk inkuiri,
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam penyelesaian masalah, penyelidikan dan berasaskan projek
membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat 2. Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah. Guru dan
keputusan, berinovasi dan berupaya murid menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan
mencipta sesuatu penyoalan aras tinggi semasa PdP

Pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah 3. Pengajaran dan Pembelajaran akan berubah menjadi
melalui perubahan dalam kurikulum, Pembelajaran dan Pemudahcaraan:
pedagogi dan pentaksiran
Guru berperanan mengajar dan murid belajar semasa
melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah; dan
Kurikulum
Apabila aras pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi,
Ditulis secara eksplisit dalam guru berperanan sebagai pemudah cara semasa murid
dokumen kurikulum belajar

Ciri-ciri Murid KBAT


Pedagogi
Pelbagai strategi PdP yang Murid yang suka bertanya dan boleh
menerapkan KBAT seperti alat memberi cadangan penyelesaian
berfikir, soalan aras tinggi dan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.
inkuiri Penggunaan bahan rangsangan seperti
soalan aras tinggi dapat menggalakkan
murid berfikir dengan lebih mendalam,
Pentaksiran membuat kesimpulan dan refleksi,
Soalan berbentuk aras tinggi seterusnya mengaplikasikan pengetahuan
dalam peperiksaan pusat tersebut dalam situasi sebenar.

Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan KBAT


Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai
aktiviti berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat
mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara
berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta
membuat penyelidikan dan membuat penerokaan secara
terancang dan berstruktur.

Cadangan Bilik Darjah KBAT


Bilik Darjah merujuk kepada di mana
berlakunya pengajaran dan pembelajaran.
Murid juga boleh dipupuk dengan KBAT
dalam situasi sebenar seperti samasa
lawatan dan projek atau kerja lapangan.
Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan
paparan hasil murid di dalam bilik darjah
dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur
bilik darjah berpusatkan murid di mana
murid duduk dalam kumpulan yang
membolehkan murid mudah berinteraksi
dan berkolaborasi. Guru menggunakan
bahan sokongan yang dapat meningkatkan
pemikiran murid.
Sumber: Buku KBAT, Bahagian Pembangunan Kurikulum

Anjakan Mac 2015


Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT Dalam PdP Di Sekolah-sekolah:
Peranan SISC+
Kumpulan Pembimbing Pakar Peningkatan
Sekolah atau SISC+ memainkan peranan
penting dalam mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru bagi memupuk Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi. SISC+ secara berterusan
membimbing guru-guru meningkatkan
kemahiran pedagogi untuk melaksanakan aktiviti
yang menarik dan berkesan bagi murid mereka.
Menurut Pn Zurain Bakri, SISC+ subjek Bahasa
Malaysia dari PPD Alor Gajah, Melaka, SISC+
bertanggungjawab memastikan guru-guru diberi
pendedahan secukupnya mengenai pedagogi
Sesi latihan peningkatan pedagogi oleh SISC+ PPD Alor
abad ke-21 demi merealisasikan aspirasi Gajah kepada guru-guru
pendidikan Negara.

Aktiviti
pembentangan
murid di dalam
bilik darjah
dapat
membantu
meningkatkan
murid dalam
KBAT

Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun 2


di SJKT Ladang Kemuning Kru,
Alor Gajah, Melaka. Aktiviti
Guru SK Bukit Beringin Masjid berkumpulan dengan bimbingan
Tanah Melaka membimbing dan teknik interaksi yang sesuai
murid untuk memberi respon daripada guru dapat mencetuskan
kepada stimulus yang KBAT dalam kalangan murid
memerlukan jawapan KBAT

Aktiviti KBAT
dalam kelas
Semangat Matematik-
kerjasama dalam membina
menyiapkan tugas segiempat
secara berkumpulan sama dalam
dapat memupuk nilai
segiempat
toleransi dan
semangat kekitaan

Anjakan Mac 2015


Pelaksanaan KBAT Didalam Bilik Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan untuk murid. Aktiviti seperti perbincangan
kumpulan, pembentangan dan pentaksiran rakan sebaya dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid
dengan peranan guru lebih sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Buletin Anjakan meninjau aktiviti yang
dijalankan untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 di SMK Putrajaya Presint 8 (1) baru-baru ini.

Murid diberi peluang untuk Perbincangan antara guru dan Pentaksiran rakan sebaya
mempamerkan nota kumpulan di murid sentiasa berlaku di dalam menggunakan kad visual
papan putih kelas, selaras dengan Aspirasi Murid memudahkan guru mengenal pasti
untuk meningkatkan kemahiran tahap pemahaman murid dlam
dwibahasa suatu topik

Semasa saya di sekolah rendah belum ada penekanan kepada aktiviti Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Di dalam kelas, kami lebih banyak diberi latihan kerana ketika itu saya menduduki
peperiksaan UPSR. Selepas waktu sekolah kami diberi kelas tambahan di mana kami
menjawab soalan-soalan peperiksaan. Tetapi pengalaman di Tingkatan Satu dan Dua di
sekolah menengah ini agak berbeza. Di kelas kami duduk secara berkumpulan dan kami
diberikan tugasan untuk dikongsi dan dibentangkan. Saya rasa lebih seronok sebab dalam
kelas kita aktif, boleh bergerak dan buat pembentangan, jadi kalau kelas petang kita tidak
mengantuk atau rasa bosan. Dulu saya rasa malu bercakap di hadapan kelas tapi sekarang
lebih yakin. Soalan yang diberikan sekarang agak tricky, kita perlu fikir betul-betul, guna
imajinasi dan pengetahuan daripada subjek-subjek lain juga. Saya suka sebab kita dapat lebih
banyak peluang untuk berbincang dan ada ruang juga untuk menilai kerja rakan-rakan kita.

Ahmad Farhan, Tingkatan 2, SMK Putrajaya Presint 8(1)

Dengan adanya penekanan kepada KBAT ini, guru-guru akan lebih kreatif dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pedagogi yang lebih menarik untuk mencetuskan semangat inkuiri dalam diri
murid.
Jika adaApabila
sebarangmurid berkongsi
cadangan maklumat
dan maklumat berkaitanyang
PPPM,mereka
hantarkanperolehi daripada sumber di luar bilik
kepada kami.
darjah, mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi. Pelbagai nilai
dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas sesuai dengan Anjakan ke 3 PPPM
2013-2025. Di sekolah ini kami memastikan guru-guru diberi latihan berterusan untuk
melaksanakan aktiviti KBAT melalui sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan selepas
Kementerian Pendidikan Malaysia
sekolah
Aras 3, atau pada hujung
Blok E9,Kompleks minggu
E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Pn Nor Hayati Ishak
info@padu.edu.my
Penolong Kanan 1
+03 8872 1605 SMK Putrajaya Presint 8(1)

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia


Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

info@padu.edu.my
+03 8872 1605

Anjakan Mac 2015

Anda mungkin juga menyukai