Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Bin Ramli, Ketua

Pegawai PPD Kerian.

( sehingga berdiri pada tempat yang telah ditetapkan)

Hadirin diminta berdiri.

( Selepas habis semua lagu )

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Terima kasih.

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Bin Ramli, Ketua Pegawai PPD Daerah Kerian
merangkap Ketua Kontigen Negeri Perak,

Yang Berusaha Tuan Haji Fisal Bin Shafiee, PPD HEM Daerah Kerian,

Yang Berusaha, Encik Mohd. Zuandy Bin Sukery, PPD Kualiti Daerah Kerian,

Yang Dihormati Tuan Haji Zulkifli Bin Ramli, PTPS Negeri Perak,

Encik Shahidan,Pengurus kontingen, penolong-penolong pengurus, jurulatih-


jurulatih serta rakan-rakan atlet catur sekalian.

SIRIH BERHIAS SEULAS PINANG,


INDAH BUDAYA WARISAN ZAMAN,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA KALAM

Pihak majlis berasa penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran
semua ke majlis Penyerahan Bendera Perak ke MSSM pada malam ini.

Terima kasih jua atas luangan masa, komitmen serta kesudian untuk turut sama
memeriahkan majlis. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh
cemerlang dan gemilang.

Bagi memulakan majlis kita pada malam ini dijemput Saudara Muhamad Hidayat B
Azhar untuk membacakan doa. Dipersilakan..

~ BACAAN DOA ~

Majlis merakamkan perhargaan kepada Saudara Muhamad Hidayat di atas


bacaan doa sebentar tadi.
Agenda majlis ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil atlet catur Negeri
Perak, Saudara Muhammad Khairul Izwan Haiqal Bin Kamaruddin. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(HABIS UCAPAN IZZUAN)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Bin Ramli, Ketua Pegawai PPD Kerian untuk
menyampaikan amanat beliau sekaligus menyempurnakan upacara penyerahan
bendera Negeri Perak kepada wakil atlet catur. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

~UCAPAN ~

UPACARA PENYERAHAN BENDERA

PENGHULU READY UNTUK SORAK

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pegawai PPD Kerian
kerana sudi memberikan ucapan dan menyempurnakan upacara penyerahan
bendera negeri Perak sebentar tadi. Adalah menjadi harapan kami agar kata-
kata semangat yang telah diluahkan tadi menjadi pembakar semangat untuk kita
berjuang di arena catur MSSM 2017

Demikianlah berakhirnya majlis kita pada malam ini. Diharapkan Pasukan Perak
dapat merealisasikan impian untuk mendapat TOP 3 di Kejohanan MSSM nanti. In
Sha Allah.

Kita sudahi majlis ini dengan TASBIH KAFARAH DAN SURAH AL-ASR.
Terima kasih saudari pengerusi majlis, Cik Damia.
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Bin Ramli, Ketua Pegawai PPD Daerah Kerian
merangkap Ketua Kontigen Negeri Perak,
Yang Berusaha Tuan Haji Fisal Bin Shafiee, PPD HEM Daerah Kerian,
Yang Berusaha, Encik Mohd. Zuandy Bin Sukery, PPD Kualiti Daerah Kerian,
Yang Dihormati Tuan Haji Zulkifli Bin Ramli, PTPS Negeri Perak,
Pengurus kontigen, penolong-penolong pengurus, jurulatih-jurulatih serta rakan-rakan
atlet catur sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Salam sejahtera, Salam Perak Aman
Jaya, Salam Perak Excellent dan salam Negaraku Malaysia.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul
pada malam ini bersempena Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak ke Kejohanan
Catur MSSM yang akan berlangsung di Negeri Pahang nanti.
Terlebih dahulu, saya selaku wakil atlet catur Negeri Perak ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang hadir terutama Tuan Ketua Pegawai PPD Kerian dan
pasukannya yang tidak jemu-jemu datang untuk menjenguk kami sepanjang latihan
pusat ini. Mana tahu selepas ini Tuan PPD ada merancang untuk memberi duit saku
kepada kami semua pula. Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih ini kami tujukan kepada Team Pengurusan
dan Kejurulatihan Catur Negeri Perak yang sanggup meninggalkan ahli keluarga di
rumah semata-mata untuk menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada kami di sini.
Sesungguhnya, sesuatu kejayaan tidak dapat direalisasikan jika tiada sokongan padu
daripada pihak tuan puan semua.
Saya mewakili atlet catur Negeri Perak ingin memohon ampun dan maaf jika
sepanjang kami berada dalam team ini ada tutur kata dan kelakuan kami yang
mengguris perasaan semua.
Saya juga menyeru kepada semua rakan-rakan atlet dan diri saya sendiri agar
sentiasa memfokuskan usaha terhadap matlamat kejayaan yang telah disasarkan.
Saya percaya, sekiranya kita sentiasa fokus kepada kejayaan, berfikir secara positif,
mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak bersikap sambil lewa, kejayaan akan
menjadi milik kita. Johan bukan beerti mereka kuat. Tewas bukan beerti kita lemah. Kita
tewas kerana strategi yang salah. Mereka menang kerana strategi yang tepat. Namun
demikian, PERAK TETAP HEBAT!!! Kemenangan dan kejayaan pasukan kita bukan
kerana kelemahan pasukan lawan, tetapi kita memang KUAT dan kita selayaknya
MENANG. KITALAH JUARA YANG BERGAYA. PERAK.. EXCELLENT!!!!
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai