Anda di halaman 1dari 6

Amalan Budi Bahasa

Berbuah lebat buah bidara


Dipetik Raja waktu pagi
Bila khianat pada manusia,
Lemaskah bahasa,tenggelamkah Budi

Dihujung selat sesudah senja,,


Teratai di kolam tampak serinya;
Dikandung adat budi bahasa,
Dicemar wang ringgit mana manisnya?

Berenang beriring si anak sepat


Dapat ditangkap si anak cina
Orang berharta dipuja dihormat
Si miskin daif mengapa dihina?

Malaysiaku Gemilang

Terbang sekawan anak jentayu


Singgah bermalam di balik pohonan
Rakyat Malaysia teguh bersatu
Apa resipi menjadi adunan?

Celana dibeli di negeri Sabah


Buat hadiah sanak saudara
Pelbagai kaum hidup muhibah
Bagaimana ia dapat dijana?

Burung pipit burung kedidi,


Hinggap di pokok di p0h0n pedada;
Malaysiaku Gemilang aspirasi terkini,
Terbelakah ia slogan semata?
Sayangi Keluarga

Mekar harum bunga kemboja


Menjadi hiasan taman larangan
Sayang menyayang peribadi mulia
Mengapa sukar dipertahan?

Burung terbang di p0h0n kuini,


Singgah sebentar di hujung kota;
Sayangi keluarga amalan terpuji,
Terbelakah ia slogan semata?

Tangkap ikan berumpan cacing


Menjadi tradisi zaman berzaman
Tolong menolong agenda penting
Mengapa ia sukar diamalkan.

Cintai Alam Sekitar

Kampung Melayu di Indrapura


Mekar indah si bunga rumput
Kitar semula agenda Negara
Mengapa sukar di sahut?

Tumbuh subur bunga cempaka,


Tepinya semau berduri-duri
Alam sekitar keluarga kita,
Terbelakah ia di alaf baru?

Merah kenanga tepian desa,


Pauh berbunga di ambang sinaran;
Khazanah alam ditebang semua,
Sejauh mana bertunjang peraturan?

Semangat Perpaduan
Pohonan selasih menyirna siantan,
Melayang puspa patah berkurang;
Jalinan perpaduan pembina kekuatan,
Dibayang apa berpatah arang?

Tumbuh lalang di di bawah kemboja,


Puspa pedada berseri terserlah
Kemakmuran dijulang martabat negara,
Mengapa ternoda di kaki penjajah?

Lembah nan permai di tanjung memikat,


Subur cendana di baruh meranti;
Muhibbah disemai bertambah muafakat,
Dilentur apa dek keruh hati?

Budaya Membaca

Bawa kitab pergi madrasah


Ayuhlah mengaji bersama saya
Budaya membaca dimartabat sudah
Apakah kaedah dapat dibudaya?

Pergi ke pasar hari Selasa,


Mari membeli kuih putu;
Pustaka kita sepi sentiasa,
Mengapa ia jadi begitu?

Sejadah imam tunggal di depan


Susun sejadah ikut kiblatnya
Kem Membaca meriah sambutan
Terisikah matlamat tanpa kerjasama?

Gaya Hidup Sihat

Pergi ke pasar berpakaian indah,


Pakailah baju seluar sukan;
1Murid 1Sukan dicanang sudah,
Tercapailah matlamat terisikah sasaran?

Duduklah adik mendengar cerita,


Dengar cerita makanlah ker0p0k;
Hidup sihat amalan kita,
Bagaimana ia dapat dipupuk?

Mel0mpat si katak di tepi semak,


Mel0mpat tinggi ranting berduri,
Lambakan pr0duk pembakar lemak
Bagaimana mungkin jadi begini?

Keselamatan Jalan Raya

Mari bersama mencari akar,


Mencari akar di tepi paya,
Jalan berlubang tiada berpagar
Selamatkah kita di jalan raya?

Bunga raya merah kesumba,


Dibelit sawa di p0k0k tebu;
Jalan raya medan berlumba,
Mengapakah sudah terjadi begitu?

Cantik mengambang duhainya bulan


Menjadi perhatian igauan sang pungguk
Berhemah di jalan dilaung-laungkan
Bagaimana ia dapat dipupuk?

Kebersihan Diri

Burung terkukur merdunya suara,


Merdu lagi bunyi ombak,
Sifar sampah agenda negara,
Mengapa sepi tidak bertindak?

Nyaman buana mbak menghempas


Mari berdendang si burung garuda
Badan dijaga bersih dan kemas
Mengapa wabak masih dibicara?

Merpati putih terbang di awan


Datang menerpa si burung helang
Kebersihan diri amalan harian
Mengapa sekarang sibuk dicanang?

Makanan Seimbang

Riang berdendang anak m0nyet


Panjat sekawan menuju ke hutan
Makanan seimbang makanan berkhasiat
Mengapa membazir menjadi pilihan?

Ikan dibeli si anak Sahlan


Dibeli juga sayur pelaga
Makanan berkhasiat satu sl0gan
Mengapakah 0besiti makin berkuasa?

Di tepi pinang subur cemara,


Bunga berserak tampak cemerlang;
SIfar 0besiti misi negara,
Mengapa lemak masih dijulang?

Pengguna Bijak

Harum mewangi si bunga tanjung


Anak raja di taman larangan
Harga barang kian melambung
Apa punca jadi demikian?
Kembang harum bunga cempaka
Pohon cemara ditumbuhi lalang
Beribu pr0duk sajian mata
Lahirkah rakyat gilang-gemilang?

Minum petang air teh tarik


Bersama kita sama merasa
Harga barang melambung naik
Bagaimana pula nasib bangsa?

Sepakat Membawa Berkat

Tampak serasi kandis berkelipan,


Bertingkah pedada pohonan berduri;
Rentak inovasi merintis hidupan,
Berkatkah sepakat menongkah realiti?

Pohonan selasih menyirna siantan,


Melayang puspa patah berkurang;
Jalinan kasih pembina kekuatan,
Dibayang apa berpatah arang?

Putera ayahanda berkain pelikat


Berkain pelikat menabur pupuk
Jiran sepakat membawa berkat
Bagaimana ia dapat dipupuk?

Anda mungkin juga menyukai