Anda di halaman 1dari 24

APA ITU CATAN

Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap
seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna
yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau
akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga
boleh digunakan menghasilkan catan. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-
bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan
yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan . Catan selalunya berfungsi menceritakan
sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis
meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang
diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Contoh-contoh catan

Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, setiap seni mempunyai bahasa
yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu
yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri. Biasanya bahan
untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam
Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali
atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya
ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan
sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga
boleh dicerah warnanya.

Sumber:
http://cikgusharifahofficial.blogspot.my/2013/04/apa-itu-catan.html
MOTIF DAN SEJARAH BATIK DI MALAYSIA

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak


abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik
secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan
ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan
dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis,
mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Terengganu.

Motif Batik

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan
Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan,
bunga-bungaan, dan haiwan.

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap
dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap
untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan
hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-
warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-
kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju,
kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari MAS dibuat daripada
batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian,
batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas
televisyen dan lain-lain lagi. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang
menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
DIY BOTOL PLASTIK

Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh dijadikan pelbagai
projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai
projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber
pendapatan..

Pasu bunga dan Bekas Pensel

Bekas tanaman sayuran organik

Sarang burung

Anda mungkin juga menyukai