Anda di halaman 1dari 5

EDU3108 - Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat,
watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula
ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux
(2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan
yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau
fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau
tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,bagaimana
manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995)
menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku
seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip
moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika
memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara
yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan
dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau behavioral science
yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai
tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan
kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya. Menurut Martin [1993],
etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as theperformance index or
reference for our control system". Oleh demikian, etika akan memberikan batasan ataupun
standard yang akan mengatur pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam
pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini
kemudian dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat
berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi
sebagai alat untuk mengadili segalatindakan yang secara logika-rasional umum (common
sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa
yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk
kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.Selain dari itu, kerana kelompok profesional
merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan
latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua
kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama
sendiri. Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode
etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan
profesi, dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun
penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan
bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila
dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika
profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa
etika profesi, apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh
menjadi sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan
nilai-nilai idealisme danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun
kepercayaan yangdiberikan kepada para golongan profesional ini. Maka Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip
berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik, Pengerak ke arah Kebaikan,Memperkotakan
apa yang dikatakan,Berdisiplin dan beradab,Menghargai dan bertanggungjawab.
Tanggungjawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Bersikap
adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai
pelajar kecuali kepada merekayang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar
seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar
di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan
tingkahlaku yang dapatmemberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha


mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan
rumahtangga. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang bolehmenjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawabdan
berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkahlaku yang
sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan
baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atauberbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam
kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-
penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial. Sentiasa bersedia membantu
rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharudalam profesion perguruan. Sentiasa
mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan. Akan
menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila
ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan

CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN

Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)boleh
dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.

i. Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam
pekerjaannya.

ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping sabar
menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.

iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar ia jugamembimbing dan


menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa sahaja

Ciri mengajar yang memberikan hasil.

seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-ness") dalam


apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga mempunyai stail
yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran, nilai dan budaya,
peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran memotivasi serta
kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

Seseorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang
dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat danterbuka, melihat alam dan
kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh(banyak) di samping melihat,
menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yangbanyak. Falsafah Pendidikan
Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin
dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu
mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya factor perubahan yang berlaku tidak
menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor
globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia.
Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita
kehilangan jatidiri.

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti
profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut :
Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila
ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan
kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor
ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi.
Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati
wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah. Selain daripada itu,
juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca
oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion
keguruan. Laksanakan program peningkatan profesionalisme guruMelalui program
berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah IPG
mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti
membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta
meningkatkan profesionalisme guru. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada
guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek,
bertepatan matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi
memperkasakan sekolah kebangsaan. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di
padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain.
Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara
kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar Guru perlu menyusun dan menentukan
keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam
teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan
menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di
mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan
kakitangan sekolah. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara
jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme
dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmudengan menekankn
konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan
digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992)
menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan akan memberikan lebih
pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka
yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves
merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu
ialah Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan
pembangunan pelajar. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar,
mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan
profesionalisme pendidik. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan
idea yang diciptauntuk mencapai matlamat mereka. Menganjurkan perjumpaan secra
tetap bertujuan berbincang mengenai masalahpelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat,
meneliti semula penilaian dan pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk
membina alat bantu mengajar

RUJUKAN

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam
perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor
Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. PenerbitUniversiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai