Anda di halaman 1dari 3

Agenda 6: Penyampaian Sijil Kepada AJK PIBG Sesi 2014/2015.

6.1 Semua AJK PIBG bagi sesi 2014/2015 menerima sijil penghargaan masing-masing kecuali
yang tidak hadir.

Agenda 7: Pemilihan dan Perlantikan AJK PIBG Sesi 2014/2015.

7.1 Encik Rizal bin Zakaria mencadangkan Encik Helmy bin Arshad dilantik semula sebagai YDP
PIBG bagi sesi ini. Cadangan disokong sebulat suara.

7.2 Encik Suresh a/l Armugam mencadangkan Encik Rizal bin Zakaria selaku NYDP PIBG bagi sesi
ini serta disokong oleh Puan Hajjah Suhaimy binti Yahaya.

7.3 Guru Besar mengumumkan Setiausaha dan Bendahari PIBG bagi sesi ini adalah dari kalangan
guru di mana Puan Ardilawati binti Abdul Latif dan Puan Jalilah binti Mohd Hanafiah dikekalkan
dalam jawatan masing-masing dalam PIBG.

7.4 YDP mencadangkan agar AJK lama dikekalkan seperti En. Zaidi, En. Rizal, En. Azharudin, En.
Suresh, Pn. Hanizam, Pn. Hjh. Suhaimi En. Johari, dan juru audit bertauliah dikekalkan kecuali mereka
yang ingin menarik diri. Guru Besar menolak cadangan ini dengan meminta senarai AJK dipilih
semula secara terbuka.

7.5 Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru PIBG oleh ahli mesyuarat, dengan mencadangkan 17
nama dalam kalangan ibu dan bapa. Daripada jumlah itu, seramai 10 nama telah mendapat undian
tertinggi seterusnya dipilih sebagai ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi ini bersama-sama 4 orang guru
SK Taman Seroja.

7.5 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi ini adalah seperti berikut:

AHLI JAWATAN KUASA


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEROJA
SESI 2015/2016

Penasihat : Puan Hajah Noredzan binti A. Bakar


Yang Dipertua : Encik Helmy bin Arshad
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Rizal bin Zakaria
Setiausaha : Puan Ardilawati binti Abd Latif
Bendahari : Puan Jalilah binti Mohd Hanapiah
AJK : Encik Roslee bin Abd Wahab
: Puan Asmidar Neng binti Ahmad
: (Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan)
: Encik Suhaimi bin Othman
: Encik Suresh A/L Armugam
: Puan Hajah Suhaimy Bin Yahaya
: Puan Aisyah binti Yunus
: Puan Liza binti Baharom
: EncikAbas
: Dr.Zulkefly
: Encik Bazrul
Juruaudit 1 : Encik Meor Rosazman Bin MdIdris.
Juruaudit 2 : Pusan Suriani
JawatankuasaTambahan : Encik Khirul Anuar Bin Mohd Amin
: Encik Salim Bin Joyo

Agenda 8: Usu lBertulis.

8.1 Encik Saidi bin Ismail mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan lawatan keluar negeri
untuk tujuan penanda aras dan melahirkan produk yang cemerlang.

8.1.1 YDP member maklum balas bahawa pihak pibg dan sekolah tiada dana khusus untuk
program yang dicadangkan. Namun begitu, jika ada pihak yang mahu menyumbang, amatlah dialu-
alukan.

8.2 Encik Ghazali bin Abdul Majid mencadangkan agar tandas yang rosak diperbaiki.
Dicadangkan juga agar ada pemantauan daripada guru semasa murid rehat di kantin.

8.2.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah dalam usaha untuk membaik pulih
kerosakan tandas dan menjamin ia akan disiapkan dengan kadar segera. Jika ada ibubapa yang mahu
menyumbang, ia amat digalakkan.

8.2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa pemantauan keatas murid sewaktu rehat di kantin
sememangnya dijalankan oleh guru-guru bertugas daripada Unit Kantin.

8.3 Encik Jamaluddin bin Muhammad Said mencadangkan agar pengurusan sekolah dan PIBG
menjalankan kerjasama pintar dengan NGO serta badan sukarelawan tempatan. Beliau juga
mencadangkan agar pihak sekolah menjadikan Koperasi Wawasan Seroja Berhad sebagai rakan niaga
strategik agar mendatangkan manfaat khususnya untuk pendidikan anak-anak. Beliau turut
mencadangkan agar pihak sekolah menetapkan sesi persekolahan murid mengikut tahap agar
seimbang jumlah bilangan murid pada sesi pagi dan sesi petang bagi menyelesaikan masalah kelas
yang dihadapi oleh pihak KAFA. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah membuat kajian
menyeluruh mengenai punca kemerosotan prestasi UPSR sejak kebelakangan ini dengan memberikan
contoh keputusan UPSR bagi tahun 2011 dan 2014 yang mencatatkan jurang yang besar.

8.3.1 YDP memaklumkan bahawa tender kantin dipilih secara telus dan sesiapa sahaja
boleh memohon untuk mendapatkn tender. Malah, tender kedai buku juga dipilih secara telus dan
pemilihan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

8.3.2 Guru Besar memaklumkan penentuan sesi persekolahan ditentukan oleh pihak PPD.
Namun akan diperbincangkan bersama-sama ibu bapa sebelum keputusan diambil.

8.3.3 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sememangnya membuat analisa
terhadap keputusan UPSR yang diterima. Namun untuk membandingkan keputusan UPSR mengikut
ranking adalah tidak wajar berdasarkan jumlah keseluruhan A yang diperolehi murid di sesebuah
sekolah memandangkan ia perlu dilihat dari segi purata nilai gred komulatif (PNGK) yang diperolehi
oleh sekolah. Bagaimana pun, PNGK yang diperolehi sekolah masih berada di tahap cemerlang iaitu
2.00 bagitahun 2014 dengan kedudukan keenam berbanding tahun 2011 dengan PNGK 2.04 biar pun
berada pada kedudukan kedua dalam daerah Sepang.

8.3.4 Guru Besar mengharapkan agar ibu bapa dapat memantau anak-anak di rumah di
samping pihak sekolah akan berusaha dari semasa kesemasa untuk membimbing murid-murid ke
arah peningkatan prestasi yang cemerlang.

Agenda 9: UsulLisan

9.1 Encik Roslee bin Abdul Wahab mencadangkan agar sumbangan sebagai ahli PIBG sebanyak
RM50.00 dikekalkan bagi setiap keluarga.

9.1.1 YDP menjelaskan bahawa cadangan itu diperlukan untuk menjalankan pelbagai
aktiviti program sekolah.

Agenda 10: UcapanPenangguhan

10.1 Encik Amran bin Risman mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG
atas penganjuran mesyuarat ini.

10.2 Encik Amran bin Risman bersetuju dengan jumlah RM50.00 untuk sumbangan PIBG bagi
setiap keluarga untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah.

10.3 EncikAmran bin Risman bersetuju bahawa penglibatan daripada ibu bapa amat diperlukan
dalam aspek idea, tenaga dan dana untuk membantu pihak sekolah menjalankan usaha peningkatan
prestasi murid. Beliau turut berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM2000.00 kepada pihak
sekolah.

10.4 Yang Dipertua PIBG mewakili barisan AJK PIBG sesi 2015/2016 mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir ke mesyuarat pada hari ini dan akan melaksanakan amanah yang telah di
pertanggungjawabkan dengan baik.

10.5 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.07 minit petang.

Anda mungkin juga menyukai