Anda di halaman 1dari 10

TEKS JURUACARA

KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA


SK SERI INTAN, KALI KE 18
TAHUN 2016

ACARA SKRIP CATATAN

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


TETAMU Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Zuraida Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan.
Selamat datang tuan.

ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim.
Mohsin Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia, Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim,
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Yang Berusaha En. Zainal bin Samsudin, Guru Besar SK Seri
Intan
Yang Berbahagia En. Kamarolzaman bin Hj Shaari,
Yang DiPertua PIBG SK Seri Intan
Yang Dihormati En. Taserip bin Borhan. NYDP PIBG SK Seri Intan
Yang Berusaha YM Pn. Raja Rohani Raja Haroon, PK
Pentadbiran,
Yang Berusaha Cik Hjh Normadiah binti Othman, GPK HEM
Yang berusaha En Azli bin Samad , GPK Kokurikulum
merangkap Pengurus Kejohanan Sukan & Olahraga kali ke-18,
Yang berusaha En. Nor Hazhar bin Ismail, GPK Petang SK Seri
Intan,
Yang Dihormati Para Pegawai Kejohanan, AJK PIBG, AJK
Kejohanan, para tetamu, para ibu bapa, guru-guru serta para
peserta kejohanan sekalian.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Kejohanan Sukan dan


Olahraga SK Seri Intan kali ke-18 tahun 2016.

Alhamdullillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,


dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah kita bersama-sama
menjayakan Kejohanan Sukan dan Olahraga pada pagi ini.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 1


ACARA SKRIP CATATAN

Selamat datang kami ucapkan,


Tuan dan puan ke kejohanan sukan,
Mengatur langkah peserta perbarisan,
Lintas hormat sebagai pembukaan.

Para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama saksikan


PERARAKAN
MASUK lintas hormat oleh kontinjen rumah-rumah sukan
PERBARISAN yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

Bagi memulakan majlis Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke 18


Zuraida
ini, kejohanan dimulakan dengan lintas hormat oleh ketua kontinjen,
pembawa bendera kejohanan , pembawa panji-panji dan diikuti
kontinjen rumah-rumah sukan.

Mengorak langkah jalan seiring, MUZIK ON


Kemas teratur pelbagai hiasan,
Merah, biru, hijau dan kuning,
Semangat kejituan, lambang kesukanan.

Hadirin sekalian,
SAMPAI DI
Mendahului perbarisan ialah ketua kontinjen, KON
Adik _________________________________________. KUNING

Diikuti 6 orang pelajar yang membawa Bendera Kejohanan dan


pembawa panji-panji.

TABIK HORMAT Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan


SAMPAI DI
Yang berbahagia Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Mohsin KON MERAH
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Diiringi oleh Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin
Guru Besar SK Seri Intan,
ke pentas bagi menerima tabik hormat.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan tuan.

Sekarang ketua kontijen akan memberi tabik hormat kepada TABIK


Yang Berbahagia, Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim HORMAT

Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,


diiringi pembawa bendera kejohanan.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 2


ACARA SKRIP CATATAN

PERBARISAN Memulakan perbarisan rumah-rumah sukan pada pagi ini ialah,


Pasukan Rumah Biru atau Wira.
Zuraida *Ada/ Tiada
Pasukan Wira berwarna biru,
persem
Mengatur langkah jalan bergandingan,
bahan
Bersemangat waja pahlawan melayu,
kemenangan & kejuaraan akan dibuktikan

Menyusul pula Pasukan Rumah Kuning atau Putra *Ada/ Tiada


persem
Kuning berdaulat lambang diraja,
bahan
Semangat waja utuh di dada ,
Kemenangan dijulang wawasan bersama,
Pahlawan maju ke depan kekalkan juara.

Mohsin Mengorak langkah pasukan Rumah Hijau atau Satria

Hijau harmoni tangkas bergaya,


Dalam diam tersemat juara,
Impian melonjak mencipta nama,
Satria gagah semangat membara.

Mengakhiri perbarisan pada pagi ini ialah pasukan Rumah Merah


atau Saga

Merah menyala lambang berani


Tampak segak tampan bergaya,
Menjadi juara niat di hati,
Bersemangat kental pahlawan negara .

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,
kerana sudi menerima tabik hormat sebentar tadi.

BACAAN DOA Tuan-tuan dan puan-puan,

Zuraida Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon doa, * Back up


semoga majlis kejohanan sukan ini memperoleh keberkatannnya. Ust Haizal
Untuk itu , majlis menjemput Ustaz Zahab bin Ahmad
untuk memimpin bacaan doa.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 3


ACARA SKRIP CATATAN
Dipersilakan tuan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN Seterusnya,
PERASMIAN VIP
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
Mohsin Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,

Di iringi oleh Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin ,


Guru Besar, SK SERI INTAN
untuk menyampaikan ucapan - dan seterusnya - merasmikan
Kejohanan Sukan & Olahraga - SK SERI INTAN, kali ke-18 pada tahun
2016.

Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

(Ketua kontijen beri arahan senang diri.)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia. Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,

kerana sudi menyempurnakan perasmian - Kejohanan Sukan dan


Olahraga kali ke18 ini.

* Majlis menjemput Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin ,


Guru Besar, SK SERI INTAN CENDERAM
untuk menyampaikan cenderamata kepada. ATA VIP
Yang berbahagia Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,
sebagai tanda terima kasih.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 4


ACARA SKRIP CATATAN

UPACARA Seterusnya,
MENAIKKAN Marilah sama-sama kita saksikan upacara menaikkan bendera
BENDERA
kejohanan.
KEJOHANAN

Zuraida
Nyanyian lagu sekolah Menyerlah.

Hadirin diminta sama-sama berdiri - apabila lagu sekolah Seri Intan LAGU
dinyanyikan - oleh murid-murid dan peserta-peserta kejohanan. SEKOLAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

IKRAR Hadirin yang dihormati sekalian,


KEJOHANAN

Mohsin Seterusnya ialah lafaz ikrar kejohanan.


Dipersilakan wakil murid Adik ___________________________
selaku ketua kontinjen - mara ke hadapan
diiringi ketua-ketua rumah - untuk melafazkan ikrar kejohanan .
IKRAR
Dipersilakan. DIBACA
DAN WAKIL
Demikianlah tadi lafaz ikrar kejohanan oleh
MURID
Adik __________________________________
PUSING
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERBARISAN Hadirin sekalian,


KELUAR
Semua peserta perbarisan akan berbaris keluar menuju ke khemah
Mohsin masing-masing.

Mengatur langkah menghayun tangan,


Berjuang dengan semangat kesukanan,
Berbaris megah mengukir senyuman
Enggan tewas mahukan kemenangan.

Cantik manis putera dan puteri ,


Langkah teratur disusun rapi,
Kini pahlawan siapkan diri,
Beradu tenaga sekuat hati.

Penyampaian <<RUJUK TEKS PENYAMPAIAN HADIAH>>


Hadiah Padang

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 5


ACARA SKRIP CATATAN

Hadirin sekalian,
ACARA
BERMULA Kejohanan Sukan dan Olahraga - SK SERI INTAN kali ke -18
akan berlangsung sebentar lagi.
Zuraida
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya - mempersilakan
pegawai-pegawai kejohanan pada pagi ini berada di tempat
permulaan acara.
Terima kasih.

<< RUJUK TEKS PENGUMUMAN ACARA >>


<< RUJUK TEKS PENYAMPAIAN HADIAH >>

UPACARA Hadirin sekalian,


PENUTUP
Selesai sudah acara-acara yang telah dipertandingkan sebentar
Zuraida
tadi.
Kita telah menyaksikan peserta-peserta kejohanan menunjukkan
bakat mereka.
Pihak majlis merakamkan syabas dan tahniah kepada para peserta
kejohanan dan
Majlis meramkan jutaan terima kasih kepada para pegawai
kejohanan yang sama-sama mengembleng tenaga dalam
menjayakan kejohanan ini.

Seterusnya,

Majlis mepersilakan semua peserta, pasukan rumah-rumah dan


pegawai-pegawai kejohanan - mara ke hadapan khemah
jemputan - bagi meneruskan - upacara penutupan rasmi dan
penyampaian hadiah.

UCAPAN GURU Yang Berbahagia, Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim
BESAR
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang,
Mohsin Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin, Guru Besar SK Seri Intan
Yang Berbahagia En. Kamarolzaman bin Hj Shaari. YDP PIBG SK SERI
INTAN,
barisan Guru-guru Penolong kanan, Pegawai-pegawai kejohanan ,
tuan-tuan, puan-puan - dan para peserta sekalian.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 6


ACARA SKRIP CATATAN
Alhamdulillah. Kejohanan Olahraga Kali ke 18. tahun 2016, telah
dapat dilangsungkan dan disempurnakan dengan jayanya.

Kini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin, Guru Besar SK SERI INTAN
menyampaikan ucapan - dan menutup rasmi Kejohanan Sukan &
Olahraga kali ke -18.

Dipersilakan tuan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

PENYAMPAIAN Hadirin Sekalian,


HADIAH Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Hadiah,

Zuraida Untuk itu majlis mempersilakan


di iringi oleh
.
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah.

Berikut diumumkan ,

KEPUTUSAN PERBARISAN RUMAH-RUMAH


PERBARISAN
JOHAN disandang oleh............................
NAIB JOHAN disandang oleh ................................
SAGUHATI KE 3 diberikan kepada ..............................
dan saguhati ke 4 ......................................

JOHAN Seterusnya diumumkan.


KESELURUHAN
JOHAN KESELURUHAN PEREMPUAN
P/L
Dengan pungutan mata sebanyak ..........................
Mohsin
telah disandang oleh rumah ....................

JOHAN KESELURUHAN LELAKI


Dengan pungutan mata sebanyak ...........................
telah disandang oleh rumah ...........................

Sekarang diumumkan
OLAHRAGAWATI

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 7


ACARA SKRIP CATATAN
OLAHRAGAWATI SK Seri Intan TAHUN 2016
OLAHRAGAWAN
Dengan mendapat ................pingat emas,
...............pinggat perak dan ..............pingat gangsa
telah disandang oleh .........................................
dari pasukan ......................

OLAHRAGAWAN SK Seri Intan TAHUN 2016

Dengan mendapat ..............pingat emas


............pingat perak dan ..............pingat gangsa
telah disandang oleh .....................................
dari pasukan ........................
JOHAN
KESELURUHAN
Kini tibalah saat yang dinantikan,
Zuraida
kita akan umumkan secara rasmi Johan Keseluruhan Rumah Sukan.

Johan Keseluruhan Rumah Sukan bagi


Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-18
SK Seri Intan jatuh kepada...... DRUM-ROLL
Rumah..............................................

Dipersilakan ketua guru Rumah .............................. untuk menerima


hadiah piala pusingan.

Terima kasih diucapkan kepada


..
kerana sudi menyampaikan hadiah. .

UPACARA Hadirin sekalian,


MENURUNKAN Sebagai penutup majls Kejohanan Olahraga kali ke 18 ini,
BENDERA
sama-samalah kita saksikan upacara menurunkan bendera
KEJOHANAN
kejohanan.
Mohsin

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha En. Azli bin Samad ,
selaku Pengurus Kejohanan untuk menerima bendera kejohanan
dan seterusnya menyerahkan bendera kejohanan

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 8


ACARA SKRIP CATATAN
kepada Yang Berusaha En Zainal bin Samsudin, Guru Besar SK Seri
Intan.
Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

NYANYIAN Sebelum majlis bersurai, marilah kita sama-sama berdiri dan


LAGU
NEGARAKU menyanyikan lagu Negaraku.
NEGARAKU
Zuraida
Majlis merakamkan terima kasih.
Dengan berkumandangnya lagu Negaraku itu tadi,
maka Kejohanan Sukan dan Olahraga SK Seri Intan
kali ke 18 ini akan melabuhkan tirainya.

Kepada semua peserta, pegawai-pegawai kejohanan dan para


ibu bapa yang sama-sama menjayakan majlis ini dari awal hingga
akhir, majlis merakamkan jutaan terima kasih daun keladi, tahun
hadapan kita jumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 9


PENGUMUMAN Hadirin Sekalian,
ACARA &
KEDUDUKAN Sebentar lagi akan berlangsung Acara ....... - ............ P/L ...................
LORONG
Berikut diumumkan kedudukan lorong peserta,
Lorong 1......... dari rumah .........

Acara ...... - ................. P/L ...................

PENGUMUMAN Tuan-tuan dan puan-puan,


KEPUTUSAN Berikut diumumkan keputusan rasmi bagi
RASMI
Acara ......... - ................ P/L..............
Tempat pertama ................... dari rumah ..............
# Dengan catatan masa / jarak ketinggian / jarak rejaman /
jarak balingan / jarak lompatan........................ saat/ meter
Tempat Kedua .......... dari rumah ............. #
Tempat Ketiga ........... dari rumah ............. #

Keputusan rasmi Acara ......... - ................ P/L..............

PENGUMUMAN Hadirin Sekalian,


PENYAMPAIAN Marilah kita mengalihkan pandangan kita ke pentas juara.
HADIAH
Majlis beralih ke upacara pengalungan pingat.
Bagi menyempurnakan majlis, majlis menjemput
Yang Berusaha ...................................................... Mengiringi
Yang Berhormat ...........................................................
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.


Bagi Acara ...........
Pingat Emas dimenangi oleh ......................... dari rumah .........
Pingat Perak disandang oleh ........................ dari rumah ..........
Pingat Gangsa dimenangi oleh .................... dari rumah .........

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Majlis merakamkan


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
........................................ atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Teks Juruacara Kejohanan Olahraga & Sukan | nurzuraida 10

Anda mungkin juga menyukai