Anda di halaman 1dari 3

(R) Realistik Orang yang berpersonaliti realistik menghadapi persekitaran-

persekitaran secara konkrit dan fizikal. Mereka mempunyai kebolehan teknikal,


makanikal dan binaan. Mereka lebih suka menyendiri, berhemat, keras hati,
materialistik, tidak fleksible dan kurang celik akal. Contoh pekerjaan, operator mesin
dan pemandu lori dan tukang kayu.

(I) Intelektual Orang yang berpersonaliti intelektual menguruskan persekitaran dengan


menggunakan kecerdasan. Individu ini lebih berminat terhadap pekerjaan yang
bercorak saintifik dan teoritis. Mereka suka membuat pemerhatian, menganalisis,
menilai dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam. Contoh pekerjaan, ahli-ahli
sains, kimia, antropologi, fizik, scientist dan ahli kaji cuaca.

(A) Seni Orang yang berpersonaliti seni menghadapi persekitarannya dengan


mencuota bentuk-bentuk dan hasil-hasil seni. Mereka bersifat imaginatif, sensitif, sedia
mengalah, emosi, flesibel dan tidak selesa dengan kerja berstruktur tinggi. Mereka lebih
meminati pekerjaan yang berkaitan dengan seni muzik, sastera, seni lukis, drama dan
ukiran. Contoh pekerjaan, pelukis, penulis skrip, pelakon, designer dan pereka fesyen.

(S) Sosial Orang yang terkenal dengan kemahiran sosialnya. Mereka menikmati
pekerjaan yang bercorak pendidikan, terapi, agama dan aktiviti yang berkaitan dengan
khidmat masyarakat. Mereka suka bekerja dengan orang dan suka membatu dan
memahami masalah orang lain. Mereka bersifat riang, suka bersosial,
bertanggungjawab, suka menolong dan mesra. Contoh pekerjaan, guru, kaunselor dan
pengarah agensi kebajian.

(E) Keusahawan Mereka mempunyai sifat pandai memujuk, bijak berbahasa, agresif,
berkeyakinan diri, suka menunjuk-nunjuk dan dominan. Mereka berminat dalam bidang
keusahawan, pengurusan perniagaan. Mereka tertarik dengan ruang dan politik serta
suka memimpin dan mempengaruhi orang lain. Contoh pekerjaan, pegawai bank,
pengurus, pentadbir, ahli politik dan eksekutif perniagan.

(C) Konvensional Mereka mempunyai cara penyelesaian masalah yan stereotaip dan
tidak asli. Mereka kelihatan kemas, mempunyai kawalan diri yang baik, melakukan
perkara secara terperinci, bersifar akur, sukar dilentur, cekap, cemat, berstruktur dan
tidak imaginatif. Mereka lebih meminati kerja-kerja perkeranian dan perkiraan yang
biasanya berkaitan dengan peniagaan. Contoh pekerjaan, kerani, akauntan, juruaudit,
penyimpan kira-kira dan kerani bank.

Markah skor yang tertinggi ialah 24 dalam komponen S telah menunjukkan bahawa
Azlan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kepuasan jika dia bekerja
sebagai kaunselor, pekerja sosial, sumber manusia guru atau guru.

Saya juga akan membimbing Azlan menfokus kepada komponen Seni kerana
markah yang kedua tinggi dalam komponen Seni berdasarkan keputusan ujian SDS
Azlan. Orang yang berada dalam kumpulan Seni lebih menyukai dan berminat dalam
aktiviti yang berkaitan dengan seni. Dia sering diminta untuk melukis mural di dinding
sekolah dan sangat berminat dalam bidang seni lukisan. Oleh itu, Azlan boleh
membuat pertimbangan untuk sebagai seorang designer atau pelukis dalam masa
depannya.

Di samping itu, Azlan juga dapat menfokus kepada komponen Konvensional


(C) kerana dia mendapat skor yang ketiga tinggi antara enam komponen tersebut.
Orang yang bersifat konvensional (C) suka dengan pekerjaan konvensional seperti
analis kewangan. Oleh itu, saya juga akan bercadang Azlan memilih kerja-kerja
perkeranian dan perkiraan yang biasanya berkaitan dengan peniagaan.

Menurut University of Missouri (2010), kemungkinan kerjaya untuk skor Azlan


boleh menjadi penasihat, guru atau patologis pertuturan. Untuk tidak membazirkan
bakat melukis, Azlan boleh diberikan cadangan untuk menjadi kaunselor yang
menggunakan terapi seni. Selain daripada itu, dia juga boleh cuba untuk menjadi
seorang guru seni atau seorang guru yang khusus dalam disleksia. Berdasarkan
laporan itu, seni boleh membantu murid-murid yang menghadapi masalah disleksia.
Penggunaan seni boleh membantu murid tersebut dalam mengingati kata-kata yang
lebih baik dan mencapai yang lebih baik dalam bidang akademik. Kesimpulannya, Azlan
akan diberi pilihan untuk menjadi penasihat atau guru.

Jika Azlan tidak begitu meminati tentang pekerjaan yang saya sarankan tersebut
dan masih ingin menjadi seorang pelumba motosikal, dia boleh diajar beberapa cara
untuk mencapai impiannya. Menurut padanan kod-kod The Occupational Finder (TOF)
yang ideal bagi seorang pelumba motosikal ialah RES. Azlan mempunyai skop SDS
sangat tinggi dalam komponen S tetapi agak skor yang rendah untuk komponen R dan
E. Sebagai seorang guru bimbingan dan kuanseling, saya akan mencadangkan dia
untuk menimba ilmu pengetahuan mekanik dan menghadiri kursus-kursus mekanik
serta boleh menjalankan praktikal dalam bidang ini. Azlan juga boleh menyertai diri
dalam perlumbaan motosikal supaya dapat melatih penghakiman dan keberaniannya
dalam perlumbaan motosikal. Akhir sekali, dia juga boleh menggunakan personalitinya
seperti sabar, penyayang, suka membantu, bijaksana dan mesra untuk membina
hubungan yang baik dengan pelumba lain. Oleh itu, dia boleh mempunyai lebih banyak
peluang untuk mempelajari kemahiran perlumbaan daripada orang lain.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kaunseling dan bimbingan, cadangan di


atas perlu diberitahu kepada Azlan supaya dapat membantu dia dalam membuat
keputusan dengan sendiri dan memilih kerjaya yang sesuai untuk dirinya.

Anda mungkin juga menyukai