Anda di halaman 1dari 10

Tugas guru SKK dan SBT bukan sahaja sebagai tenanga pengajar tetapi juga perlu merancang

proses pengajaran dan pembelajaran, menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari mengisi


rekod dalam buku kedatangan, ringkasan mengajar, borang kesiharan dan rekod kemajuan murid,
kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan dan hal-hal perkeranian yang
lain. Untuk mendapat dan mengekalkan status SKK dan SBT, guru-guru tersebut juga perlulah
sentiasa meningkatkan profesionalnya, merancang program jalinan untuk muridnya dan
menggunakan banyak masa dalam melatih muridnya dalam ko-kurikulum. Hal ini demikian
kerana SKK bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah malah
mempunyai kebitaraan akademik serta kokurikulum yang dapat mewatakkan sekolah.

3.0 Faktor-faktor

aktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkanguru!guru


mengalami masalah stress. #enurut sah Sulaiman $/001(, guru merupakanpengurus
pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan,kemahiran dan
nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkantanggungjawab
guru untuk menyediakan maklumat!maklumat untuk diajar tidaksemudah yang
disangkakan. )uru juga dibebankan dengan tugas!tugas lain sepertitugas pentadbiran
sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah,menjadi penasihat
persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan olehpihak sekolah atau
2abatan +endidikan 3egeri dan sebagainya. +erkara ini mungkindilihat mudah oleh
sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggikepada para guru
kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yangberkaitan dengan
akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari.Tambahan pula,
adakalanya tugas!tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggusehingga menyebabkan
guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersamakeluarga. Ia menjadi
menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh*ementerian +elajaran
#alaysia sehingga wujudnya satu 2awatankuasa *has bagimengkaji bebanan tugas
guru yang terlampau banyak.
Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi
cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik
perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada
emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres.

punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi.
Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam
kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang
seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerjaadalah amat penting
bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepadaguru tersebut. Jika
berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yangtidak berkesan maka ini
boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan
ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti
kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain
terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang
tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah,
mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru
besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti
kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk
mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa
beberapa jam mahupun beberapa hari.

Kepimpinan guru besar juga merupakan satu faktor yang menyumbang gangguan
emosi dalam kalangan guru SBT dan SKK. Pemimpin yang berwibawa merupakan salah
satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Seiring dengan
peranan utamanya sebagai seorang pentadbir sekolah, seseorang guru besar itu juga
seharusnya mempunyai pelbagai kebolehan seperti menginterpretasikan perubahan
dalam iklim dan budayasekolah, berkemahiran dalam mengaplikasikan tingkah laku
kepimpinan yang bersesuiandengan situasi yang berlainan di samping mampu
meningkatkan moti3asi dan kepuasankerja guru dengan mengurangan tekanan kerja
yang dihadapi oleh tenaga pengajar ini.

https://www.academia.edu/15619143/TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_GURU_BESAR
_DAN_HUBUNGANNYA_DENGAN_TEKANAN_KERJA_GURU_SEKOLAH_RENDAH
_DI_KUANTAN

Dewasa ini, guru-guru berhadapan dengan pelbagai perubahan dan reformasi


pendidikan yang menyumbang kepada tekanan kerja. Selain itu, guru-guru turut dibebani
dengan pelbagai tugas yang diluar dari skop tugas utamanya seperti menghadiri
mesyuarat, mengendalikan program-program murid, mengurus kerenah pelajar dan ibu
bapa, berhadapan dengan kerenah pentadbir serta tugas-tugas pengurusan lain
yangmelibatkan penggunaan sumber-sumber yang terhad serta kekangan masa
(Lemaire, 2009)

Menurut Sapora Sipon (2007), tekanan yang dihadapai oleh guru akan
menyebabkan guru berada dalam keadaan yang murung, mengalami kekecewaan,
tekanan jiwa dan kebimbangan. Sekiranya guru gagal menangani permasalahan ini
iaakan bakal memberi kesan negatif terhadap mutu pengajaran serta akan
membantutkanusaha kerajaan Malaysia dalam mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikan negara. Malah Kyriacou & Sutchliffe (1978) turut
berpendapat yang sama dimana tekanan yang di hadapi oleh guru akan mengganggu
emosi guru yang seterusnya akan menyebabkan guru tidak dapat menangani perubahan-
perubahan dalam pendidikan dan turut tidak dapat mewujudkan satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif.

Faktor Peribadi

Bebanan Kerja

Kepimpinan Guru Besar


- tidak bertimbang rasa kepada guru-guru.

http://library.oum.edu.my/repository/677/1/faktor_stres_fazura.pdf

Kekangan masa

Kekangan masa ditakrifkan sebagai, masa yang tidak mencukupi untuk


berehat dan menjalankan tugas berkaitan pengajaran dan pembelajaran
(menghabiskan sukatan pelajaran, membuat persediaan mengajar, memberi
tumpuan kepada pelajar secara individu, menanda buku) dan yang tidak berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran (mengisi borang, menyediakan kertas kerja dan
laporan dan mesyuarat).

Hubungan dengan Rakan sekerja

Karenah Pelajar

Karenah pelajar merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan salah l

aku yang ditunjukkan oleh pelajar. Antaranya adalah pelajar yang kurang sopan,
membuat bising, bersikap negatif terhadap pelajaran dan tidak bermotivasi.

4.0 Langkah-langkah

Peranan Kerajaan

Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan
berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran
telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang
ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari
penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru. Selain itu, tokoh akademik
termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah
meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap
kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar
pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-
tugas seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas
sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban
kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan
juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan kemudahan sekolah terutamanya di
kawasan pedalaman agar menyediakan suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi
guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan. Bagi
seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya
dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang
cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru
bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu
sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan.
Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi
yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara
sistematik.

Mencegah terjadinya stres atau burnout adalah lebih baik daripadamengubatinya.


Penyelidik menyarankan agar pencegahan burnout ini dilakukan lebih awal. Langkah-
langkah pencegahan pula hendaklah diambil pada tahappengurusan (perubahan dalam
persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu(memperkuat resos guru untuk
mengawal stres).

https://www.scribd.com/document/139412384/Tugasan-Tekanan-Emosi-Guru

Banyak intervensi ataupencegahan awal yang boleh diambil dalam sistem sekolah.
Salah satunya adalah latihan atau sesi pengenduran yang dilaksanakan untuk peserta
meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi
atau menulis jurnal.Selain itu, bengkel mengenai pengurusan masa, program
pementoran untukguru novis, pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional
perlu bagi mencegah guru burnout. Dalam bengkel menguruskan stres bererti latihan
untukmembolehkan individu mengawal pemikiran diri, jadual persekitaran, emosi dan
caramenangani masalah. Matlamat terakhir adalah suatu kehidupan
seimbang,mempunyai masa untuk bekerja, hubungan dan rekreasi serta ketahanan
untukmenangani tekanan dan menghadapi cabaran masa depan.Intervensi di sekolah
boleh diambil untuk mencegah berlakunya burnout dalamkalangan guru. Antaranya
adalah aktiviti-aktiviti perkembangan profesional guru,latihan rekreasi, bengkel mengurus
stres dan masa, latihan pemakanan, senamandan menambah baik keadaan bekerja,
persekitaran bilik darjah, isu gaji, salingmemahami budaya dan mengadakan peristiwa
atau perayaan pelbagai agama dansebagainya.Secara ringkasnya, seorang guru itu
perlulah meningkatkan kecerdasanemosinya agar mereka dapat mengurangkan burnout
dan mewujudkan suasanakerja yang kondusif. Guru harus mempunyai kesedaran diri
untuk mengenal pastiemosi diri dan impaknya semasa menggunakan rasa hati untuk
membimbingnyadalam membuat keputusan. Keseimbangan emosi dan tingkah laku guru
perlu untuk menyesuaikannya menghadapi tertentu. Kesedaran sosial juga penting agar
gurudapat memahami dan bertindak balas positif terhadap emosi lain.
Pengurusanhubungan juga amat penting untuk guru merangsang, mempengaruhi
danberhubungan dengan orang lain selain mengurus konflik dalam kalangan rakan
sekerja

https://www.scribd.com/doc/183282337/Cara-Menangani-Stress-Dalam-
Kalangan-Guru-docx

Untuk mengatasi masalah stress dalam kalangan guru, pelbagai langkah boleh
diambil. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh
mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal
terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti
aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan
perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu, seseorang guru
patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan
makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol
kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara
hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi
atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran
mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat
persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi

elain daripada aktiviti fizikal yang dapat menghilangkan stress, seorang guru juga
patut menguasai kemahiran pengurusan masa. Kebanyakan guru-guru muda yang baru
diserapkan di sekolah kebanyakan tidak pandai menguruskan masa sendiri
sehinggakan mereka cenderung untuk mencampurkan tugas rasmi dengan aktiviti-
aktiviti yang lain. Kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan
yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka
berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu,
kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada
kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya,
seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu
yang secukupnya untuk kegunaan diri.

Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu


memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Didapati tugas guru di sekolah bukan
sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana
tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan
data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja
diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu
bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula
sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat
setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti
bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang
disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk
dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah
di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu
pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi
semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam
peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap
penghasilan sumber manusia

. Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru. Antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama
dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru telah
dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan
mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan
pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan,
memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Kyriacou (1987)
juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan
fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi
pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru.
Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem
ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru
untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan. Jadi dengan adanya
hubungan yang rapat dengan rakan sekerja, masalah-masalah yang dihadapi dapat
dikongsi bersama dan meringankan beban guru tersebut

Bukan guru sahaja yang perlu bertanggungjawab terhadap stress yang dihadapi.
Pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Pihak
berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari
semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan
masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti
guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya,
pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat
Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan
untuk membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain,
seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani
sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan. Hubungan yang baik antara
guru dan pihak pengurusan akan mewujudkan suasana yang harmoni yang akhirnya
akan mewujudkan satu organisasi yang mantap.

Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi
mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa
sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian,
guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang
memudaratkan ini. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh
para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang
baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini
memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang
mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di
sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid
secara khususnya. Jadi tahap kesihatan diri seorang guru haruslah dipantau dari masa
ke semasa. Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat
beban kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan
tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah
menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak
dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh
itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh
semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam kalangan guru
kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja
kepada individu tetapi juga imej organisasi

5.0 Kesimpulannya

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa


yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian
sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru. Profesion keguruan dan tugas guru
merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar,
malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti
kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru.
Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab
utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif. Boleh
dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan
kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau
diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi
segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal
ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja
kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab
guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para
guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja
dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan
tekanan emosi memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di
dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan
mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu
tetapi juga imej organisasi.Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan
membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula
skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-
cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam
keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai