Anda di halaman 1dari 4

SMA TELOK KEMANG

MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA 2017 KALI PERTAMA

TARIKH : 05 JANUARI 2017

MASA : 9.00 MALAM

HARI : KHAMIS

TEMPAT : BILIK GERAKAN SMA TELOK KEMANG

KEHADIRAN

1. EN. ABD JAMAL BIN ABU SAMAH (WAKIL PPD PD)


2. EN. ZULHISHAM BIN ZAKARIA (GPK HEM)
3. EN. JALIL BIN ABDUL MANAP (KETUA WARDEN)
4. EN. YUSMAHAIRI BIN MD YUSOB (WARDEN ASPURA)
5. EN. AHMAD TARMIZI BIN YUSOFF (WARDEN ASPURA)
6. PN. NORA AINUN BT ABDUL KADIR (WARDEN ASPURI)
7. CIK MASMARINA AZLIN BT MUSTAFFA (WARDEN ASPURI)
8. PN. NORHAYATI BT MD NOR (PENYELIA ASRAMA)

AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerana dapat menghadiri mesyuarat dan
mengadakan Mesyuarat Pengurusan Asrama untuk pertama kali pada tahun ini. Pengerusi berharap
semoga pembangunan asrama dapat dijalankan bagi mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar
khasnya dan sekolah secara umumnya.

2.0 UCAPAN WAKIL PPD PORT DICKSON

Beliau menyatakan dan menghuraikan agenda mesyuarat petang ini adalah untuk membincangkan
perkara-perkara berikut:

2.1 Penghuni Asrama


Murid yang tinggal di asrama adalah murid cemerlang. Warden perlu bertegas supaya murid
atau penghuni asrama sentiasa akur dan mengikuti rutin yang telah ditetapkan.

Tindakan : Warden Asrama


2.2 Warden Asrama
Warden wajib mempunyai surat lantikan untuk memastikan warden selamat dari sebarang isu
dan tindakan pihak-pihak berkaitan. Tugas sebagai warden amat memerlukan komitmen yang
sangat tinggi. Warden bertindak sebagai ibu atau bapa di asrama. Warden perlu kenal pelajar-
pelajar yang tinggal di asrama dan juga perlu mempunyai hubungan rapat dengan pelajar.
Kebajikan para pelajar perlu dititikberatkan. Warden juga perlu sentiasa bersama dengan para
pelajar setiap waktu.
Tindakan : Warden Asrama
2.3 Peraturan dan disiplin asrama
Peraturan asrama yang dibuat hendaklah didokumenkantasikan. Peraturan asrama hendaklah
sentiasa terpampang di setiap premis di asrama seperti di dalam dorm dan juga di dalam
tandas. Peraturan asrama dibukukan. Untuk melicinkan pengurusan asrama, buku-buku
pemantauan, buku kehadiran, buku keluar masuk pelajar asrama serta buku laporan bertugas
hendaklah diwujudkan atau dilengkapkan. Tindakan mesti dikuatkuasakan dan perlu
bertindak mengikut kewajaran. Perkara-perkara tentang prosedur dan peraturan asrama
hendaklah diadakan secepat mungkin.
Tindakan : Warden Asrama

2.4 Prasarana
Pemegang tangga asrama perlu diperbaiki. Keadaan yang berkarat dan terkopak mungkin
boleh menyebabkan berlaku kecederaan kepada penghuni asrama. Bilik Ampaian perlu diurus
dan diselenggara dengan baik. Sentiasa berikan penekanan terhadap kebersihan dan juga
keselamatan semasa berada di tandas. Sebarang kerosakan hendaklah dbuat aduan dengan
secepat mungkin. Persekitaran asrama hendaklah sentiasa bersih, ceria dan kondusif. Adakan
hari terbuka asrama bagi memberi peluang kepada ibu bapa penjaga mengetahui kekurangan
yang ada di asrama.
Tindakan : Warden Asrama

3.0 UCAPAN GPK HEM

3.1 Beliau menyatakan tentang perbincangan yang diadakan bersama para pentadbir mengenai
pengecualian warden daripada senarai giliran guru bertugas mingguan. Keistimewaan itu di
harap dapat membantu para warden lebih fokus dan berkomitmen untuk menjalankan tugas

Tindakan : Warden Asrama

3.2 Beliau memaklumkan bahawa bermula Februari, bahawa pada setiap Khamis, Program
Makan Beradab akan dilakukan pada masa makan malam, sebelum waktu maghrib. Para
Warden boleh berbincang untuk menyediakan menu makanan yang berlainan dari hari-hari
biasa.
3.3 Tindakan tegas akan diambil kepada pelajar yang membuat kerosakan. Sekiranya kerosakan
dikesan, dan tiada siapa yang mengaku, denda akan diberikan terhadap semua penghuni
asrama.
Tindakan : Warden Asrama
3.4 Jadual tugasan untuk AJK Arama perlu disediakan. Sekiranya ada permasalahan,
perbincangan mesti dijalankan.
3.5 Kedatangan asrama hendaklah direkodkan di dalam buku yang disediakan. Ketua Dorm
menjadi pencatat. Buku Kedatangan perlu diserahkan kepada penyelia asrama.
3.6 Buku kedatangan waktu persediaan, buku laporan bertugas, buku pemantauan kerosakan dan
juga borang keluar masuk perlu disemak pada setiap bulan.
Tindakan : Warden Asrama
3.7 Segala rekod pembayaran akan diselia dan disimpan oleh penyelia asrama
Tindakan : Penyelia Asrama
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Cik Siti Farehan binti Musa memberitahu banyak almari berada pada kondisi yang tidak
memuaskan.
Tindakan : Penyelia Asrama
4.2 En. Fitri selaku penyelia asrama menyatakan bahawa bilangan bantal tidak mencukupi.
Beliau memberitahu permohonan untuk bekalan bantal akan dibuat.
Tindakan : Makluman
4.3 En. Mohd Noor bin Mazuki mencadangkan supaya pihak asrama mengadakan projek
bersama dengan dewan makan terhadap pokok mempelam yang ditanam untuk dibuat barang
perniagaan. Beliau menyatakan bahawa hasil yang diperolehi boleh dijadikan dana untuk
kewangan sekolah.
4.4 Pn. Zaleha binti Meran memberitahu bahawa Borang Pemantauan Asrama hendaklah
digunakan sepenuhnya.
Tindakan : Makluman
4.5 En. Fitri bin Baharudin memberitahu bahawa bilangan cawan dan pinggan mangkuk di dewan
makan tidak mencukupi. Banyak pinggan mangkuk yang hilang. Teguran tentang sampah
sarap bersepah di laluan ke kantin dan dewan makan.
Tindakan : Makluman
4.6 Pn. Zamrud binti Ridzuan menyarankan setiap hari di antara waktu solat maghrib dan isya
diadakan tazkirah atau kuliah yang boleh menyentuh hati para pelajar
4.7 Ustaz Mohd Noor bin Mazuki menyatakan bahawa semua pelajar wajib keluar dari asrama
selepas waktu solat Asar untuk beriadah dan bersukan.
Tindakan : AJK Asrama
4.8 YM Tengku Alias bin Tengku Samsudin mencadangkan tentang satu peti rawatan kecemasan
perlu ada pada setiap bilik warden.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid
4.9 Cik Umi Kalsom mencadangkan satu system siaraya perlu diwujudkan untuk pemberitahuan
dan juga system loceng perlu diadakan untuk ingatan dan pemberitahuan waktu-waktu
tertentu seperti waktu makan, waktu lampu dipadamkan dan sebagainya.
5.0 PENUTUP
Tuan Pengerusi berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk memantapkan dan melicinkan
pengurusan asrama pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang akan dating.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(TENGKU ALIAS BIN TENGKU SAMSUDIN) (NORAINI BT ABDUL LATIF)

Warden Asrama Guru Penolong Kanan HEM

SMA DATO HAJI TAN AHMAD SMA DATO HAJI TAN AHMAD

Anda mungkin juga menyukai