Anda di halaman 1dari 3

3.

0 PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

3.1 Matlamat Pengajaran

Matlamat pengajaran ialah satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada
keperluan-keperluan yang lebih terperinci. Ianya merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang
idea, satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat
juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah laku.
Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan. Matlamat
adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau
bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan sebab penilaian pembelajaran murid
bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan
umum bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat
boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik.

3.1.1 Matlamat Pengajaran Saya

Dalam pengajaran saya, saya menetapkan tiga matlamat utama. Matlamat pengajaran saya
adalah:
berusaha untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di dalam bidang ini dengan
kefahaman yang maksimum dan contoh relevan berserta dengan aktiviti pengajaran
yang menarik.

Seterusnya berusaha untuk meninggikan nilai kemahiran di dalam penilaian berteraskan


pengukuhan pembelajaran yang jelas.

Matlamat yang terakhir adalah menyempurnakan pembelajaran dan pengajaran secara


efisien berlandaskan rancangan instruksional serta objektif kursus.

3.1.2 Kepimpinan Masa Depan

Kepimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi


sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai sesuatu tujuan Ia juga
merupakan suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk
mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka
menggunakan sejumlah pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya. Pengetahuan
adalah maklumat bagi seseorang sebagai landasan untuk melakukan suatu tindakan dalam
situasi perubahan, sehingga individu atau organisasi mampu bertindak dengan cara yang
berbeza dan lebih efektif. Melalui pengetahuan dan informasi, seseorang diharapkan
menghasilkan tindakan yang tepat iaitu dengan memilih dan menilai pelbagai alternatif tindakan
serta bagaimana tindakan tersebut harus diimplementasikan agar sesuai dengan hasil yang
diinginkan.

Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin masa
depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka dalam bidang kepemimpinan, iaitu:

1. Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua tindakannya.


2. Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas pada akal-fikiran, sikap
dan prinsip-prinsip moral. Tidak membuat keputusan berdasarkan keinginan, perasaan,
atau faktor emosional lainnya yang bersifat terlalu subjektif;
3. Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa depan. Pemimpin yang efektif
membayangkan apa yang mereka inginkan dan bagaimana mendapatkannya. Mereka
biasanya memilih keutamaan yang berasal dari nilai-nilai dasar mereka.
4. Menginspirasi mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala hal yang ia lakukan.
Menunjukkan keteladanan dan ketahanan dalam mental, fizikal, dan spiritual yang
dengannya seseorang pemimpin akan mudah menginspirasi orang lain untuk meraih
puncak kejayaan;
5. Cerdas Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa mencari tugas yang
mencabar;
6. Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada semua orang. Menyedari
bahwa prasangka adalah musuh keadilan. Bersikap empati dan peka terhadap
perasaan, nilai-nilai, kepentingan, dan kesejahteraan orang lain;
7. Berwawasan luas Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif dan memiliki pandangan
jauh ke depan;
8. Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski menghadapi risiko atau
rintangan yang berat. Selalu menampilkan ketenangan dan kepercayaan diri meski pun
dalam keadaan stres;
9. Tepat membuat keputusan Memiliki penilaian yang baik tentang pelbagai persoalan,
dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang terbaik pada waktu yang tepat;
10. Imaginatif Mampu melakukan perubahan pada waktu yang sesuai , dengan
menggunakan pemikiran, rancangan, dan metod yang tepat pula. Juga mampu
menampilkan kreativiti dengan menciptakan hala tuju baru yang lebih baik, sekaligus
mencari idea yang inovatif untuk memecahkan masalah.

3.1.3 Ringkasan Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan

BIL PERKARA SASARAN PENILAIAN AKHIR


TAHUN

1. Pentaksiran 1. Semua murid dapat menguasai kemahiran


2M.

2. Murid mendapat sekurang-kurangnya tahap 2


penguasaan 4M dalam pentaksiran IPPK.

2. Pengajaran 1. Semua murid menghadiri setiap kelas yang


diadakan

2. Semua murid faham pengajaran dan


pembelajaran yang disampaikan

3. Memastikan proses pengajaran dan


pembelajaran mengikut sukatan

4. Memastikan sukatan dihabiskan mengikut


rancangan pelajaran tahunan

3. Sahsiah Dan 1. Memastikan sifar ponteng bagi setiap kelas


Disiplin yang diajar.

2. Memastikan tiada murid terlibat dengan kes


disiplin berat.

Anda mungkin juga menyukai