Anda di halaman 1dari 6

SITUASI KEDUDUKAN GURU MASA DULU BERBANDING SEKARANG

Memang tidak dapat dinafikan, dulu para pendidik mempunyai status yang tinggi

dalam hierarki masyarakat. Jikalau kita lihat senario pada masa dulu, ibu bapa itu sendiri

yang menyuruh guru merotan anak-anak mereka jika mereka degil atau malas. Jika kita

lihat contoh lain pula, guru agama memang amat dihormati oleh murid-murid dan ibu

bapa. Contohya bila sesi mengajar al-quran, murid-murid akan pergi ke rumah guru.

Mereka bukan saja datang untuk menuntut ilmu daripada guru, tetapi juga membantu

guru membuat kerja-kerja rumah seperti mengisi air di dalam tempayan, memetik pucuk-

pucuk ubi dan mencari kayu api. Kadang-kadang murid membawa beras dan gula untuk

guru mereka. Ibu bapa pula, jika terserempak dengan guru di mana-mana, mereka pasti

akan menengur dan menyapa guru. Di sini bolehlah disimpulkan bahawa guru

mempunyai status yang tinggi pada zaman dahulu, dan amat dihormati dan digeruni oleh

ibu bapa dan murid-murid. Berbanding dengan situasi pada zaman sekarang, kedudukan

ekonomi ibu bapa sekaligus pelajar itu sendiri yang lebih baik menyebabkan hormat

mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka

tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga

menjadi punca pelajar melawan guru. Anak-anak pada zaman sekarang terlalu di

manjakan. Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan

lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-murid. Sebab itulah para ibu bapa

menganggap guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus peperiksaan. Tugas

guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik

masa kini dianggap sebagai kerja yang perlu dilakukan oleh guru.
Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar. Pasti banyak

tafsiran yang berbeza mengenai guru yang jahat. Kalau seorang murid sekolah rendah,

pasti katanya guru yang jahat akan memberi latihan atau kerja rumah yang banyak. Jelas

di sini keikhlasan guru yang memberi latihan atau kerja rumah untuk meningkatkan

kemahiran disalah ertikan. Ibu bapa tidak nampak bahawa guru lagi banyak

menghabiskan masanya untuk menyemak latihan atau kerja rumah murid-muridnya.

Dalam hal ini, ibu bapa yang kurang faham akan beranggapan guru memberi kerja rumah

yang banyak sebagai mendera anak mereka.

Murid-murid sekolah menengah, pasti mengatakan guru yang jahat akan selalu

menghalang atau mengawal mereka dari segi kesalahan. Sekali lagi keikhlasan guru yang

cuba mendisiplinkan mereka disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi mereka lupa, bahawa

guru melakukan semua itu cuma untuk kebaikan mereka juga. Bagi sesetengah pihak ibu

bapa yang sibuk dengan pekerjaan, pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam

kehidupan seharian. Mereka pasti tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak

mereka. Tetapi bila guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka, ibu bapa

akan cepat melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka

sahaja.

Ibu bapa seharusnya sedar, naluri seseorang kanak-kanak dan remaja

sememangnya nakal dan setiasa mempunyai perasaan yang suka memberontak. Proses

mendisiplin pula amat rumit dan berhadapan dengan pemberontakan jiwa anak-anak.

Proses mendisiplinkan di tahap remaja atau buluh lebih menyukarkan dan sebab itu ibu

bapa mengelak untuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang psikologi

mahupun rotan. Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap pemberontakkan anak-anak
mereka ini. Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan lari dari rumah atau melakukan

perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan sebagainya. Institusi sekolah yang

bersedia memainkan peranan itu, menggariskan beberapa garis panduan dan disiplin yang

semata-mata mahu mendidik dan mengawal tingkah laku pelajar yang pada peringkat

usia sebegini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan persekitaran. Alangkah baiknya

pihak ibu bapa pula menghormati dan berterima kasih kepada para guru dan pihak

sekolah kerana secara tidak langsung mengambil alih tugas mereka bagi mendisiplinkan

dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Semua tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru untuk mendisiplinkan murid-murid,

dengan niat untuk membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi ahli masyarakat

yang berguna suatu hari nanti.


PANDANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) TENTANG

MASALAH ANTARA IBU BAPA DAN GURU SERTA KES-KES YANG

BERLAKU

Terdapat banyak kes-kes yang berlaku yang melibakan masalah ibu bapa dan guru.

Contohnya, Akhbar Berita Harian, 31 Oktober 1996 melaporkan kejadian mengenai

tindakan sekumpulan penduduk menyerang seorang guru dan pengetua Sekolah

Menengah Agama Al-Irsyad di Kampung Kurnia, Kuatan. Insiden tersebut telah dapat

menunjukkan tahap keseriusan hubungan yang renggang di antara guru dan masyarakat

setempat. Hubungan erat serta penghormatan guru dahulu kala telah lupus akibat ditelan

zaman. Terdapat satu kes lagi yang dilaporkan di akhbar yang mana ibu bapa di salah

sebuah sekolah menengah membuat laporan palsu bahawa anaknya dipukul, ditendang

dan ditolak oleh guru disiplin sekolah itu hingga patah tangan dan lebam.

Selain itu, ada juga dilaporkan tentang kes guru merogol dan mendera pelajar.

Terbaru ialah kes di Sabah iaitu 200 pelajar direndam di dalam kolam kotor oleh guru

mereka kerana membuang tuala wanita di dalam tandas.

Berkenaan kes-kes di atas, ibu bapa sepatutnya tidak menyerahkan sepenuh

tanggungjawab kepada guru semata-mata. Mereka juga perlu mengambil tahu tentang

perihal anak masing-masing. Berkenaan tugas pendidikan di sekolah, ibu bapa

seharusnya lebih bersikap toleransi dan meletakkan kepercayaan kepada guru. Ini kerana,

tujuan guru merotan hanyalah untuk mendisiplinkan murid-muridnya sahaja. Jika


terdapat kecederaan pada anak-anak yang mungkin disebabkan kesan rotan, ibu bapa

perlulah berbincang terlebih dahulu dengan pihak sekolah dan tidak perlu bersikap ego

sehingga melaporkan ke media massa tanpa usul periksa. Pihak ibu bapa hari ini sering

mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang

dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan

jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil

bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa

pertimbangan yang wajar.

Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak

media sebagai tempat mengadu hal. Sebaik-baiknya ibu bapa perlulah mendapat

keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan.

Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan

menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Dalam pandangan mereka, pasti guru

tidak adil dan jahat. Malah ada yang menuduh guru sengaja mencari peluang untuk

memukul kerana membenci muridnya. Keadaan ini pasti sering membawa kepada

laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri

Berkenaan kes yang betul-betul melibatkan salah laku guru seperti rogol dan dera

pelajar, sewajarnya ujian seperti MedSI dilaksanakan untuk memilih calon-calon bakal

guru yang layak memegang amanah berat ini. Perkara seperti ini amat penting untuk

menjamin pendidikan Negara seterusnya melahirkan guru yang boleh menjadi role-model

serta ikutan kepada pelajar dan masyarakat,


Rujukan:

Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50.

Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan Komuniti. Berita Harian.

Idlan Rabihah Zakaria, P.C, How dan Alene Jeyakumar. (1998, June 19).
Respect Us! And We'll Respect You. New Straits Times.

Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa.

Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p. 18.

N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa Peduli? Massa, p. 56.

Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53.

Syuhada Choo Abdullah. (1996, September 2). Ibu Bapa , Guru Perlu Saling Memahami.
Berita Harian.

Website 2007 GilaRemaja ; khusus untuk remaja-remaja Dijana oleh Wordpress Edit
oleh chah_el

Anda mungkin juga menyukai