Anda di halaman 1dari 2

A) Sebutkan kepentingan cara mengatasi masalah pengamatan.

(5m)

L1- Murid dapat mengingati huruf abjad seperti huruf a, b, c dan d yang telah guru
ajar.

L2- Murid dapat mengaplikasikan operasi asas tambah dalam kehidupan seharian.

L3- Murid dapat belajar untuk menggunting dengan menggunakan cara yang betul.

L4- Murid akan berasa lebih bersemangat untuk belajar.

Guru telah menggunakan cara seperti latih tubi, ulangan dan modelling untuk
mengatasi masalah pengamatan. Kepentingan cara mengatasi masalah
pengamatan ialah murid dapat mengingati huruf abjad seperti huruf a, b, c dan d
yang telah guru ajar. Apabila murid tidak dapat mengingat huruf abjad, guru
boleh menyebut huruf abjad secara berulangan dan menyuruh murid untuk
mengulang sebutan guru. Apabila murid mengulang sebutan guru secara
berulangan, murid dapat mengingat huruf abjad dengan lebih mudah. Selain itu,
murid dapat mengaplikasikan operasi asas tambah dalam kehidupan seharian.
Setelah guru mengajar operasi asas tambah kepada murid, guru akan memberi
latih tubi kepada murid. Murid dikehendaki untuk menyelesaikan masalah seperti
satu tambah satu dan murid dapat membeli barang dengan menggunakan wang.
Seterusnya, murid dapat belajar untuk menggunting dengan menggunakan cara
yang betul. Hal ini demikian kerana guru akan mendemonstrasikan cara untuk
menggunting langkah demi langkah kepada murid. Murid akan berasa lebih
bersemangat untuk belajar kerana murid dapat menyentuh dan merasa bahan
maujud yang telah guru sediakan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan

-mengatasi masalah pengamatan

-menjimatkan masa.

- mencapai objektif PdP.


b) Kemukakan contoh strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
pengamatan penglihatan, pendengaran dan taktil.

L1- Penglihatan- kaedah cari haiwan

L2- Pendengaran- kaedah dengar dan sebut

L3- Taktil- kaedah menggunting kertas

Kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pengamatan pendengaran


ialah kaedah mendengar dan menyebut nama alat muzik. Murid perlu menyebut
nama alat muzik yang telah mereka dengar dan mereka dapat mengingat
kembali bunyi alat muzik yang telah mereka dengar mengikut turutan.

Seterusnya, pendekatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah


pengamatan taktil ialah kaedah menggunting kertas. Murid dapat melatih
kemahiran motor halus kerana mereka perlu menggunting kertas dengan
menggunakan jari-jari mereka.

Anda mungkin juga menyukai