Anda di halaman 1dari 3

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA..DAN SALAM SATU MALAYSIA

Mencari timba SDi anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang ke SK empila

Yang dihormati dan diraikan barisan rombongan SK Kujang Mawang, barisan SLT peneraju
Sk. Empila, rakan-rakan guru sekalian...

Alhamdulillah ,syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya jua ,kita dapat
bersama-sama berkumpul di pagi ini.Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima
kasih kepada barisan rombongan SK Kujang Mawang kerana sudi nemilih sekolah kami SK
Empila sebagai sesi lawatan..

Guru-guru serta pelajar-pelajar sekelian,

1.Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan En. Abd Razak B Klontong PK 1 SK Empila untuk menyampaikan ucapan
aluan serta penerangan ringkas mengenai SK Empila.Dipersilakan.

Bersarang terkukur di daun palas


burung kelicap di daun selasih
Ucapan pun sudah penerangan pun jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

terima kasih diucapkan kepada En. Abd Razak atas taklimat yang telah disampaikan..

Guru-guru serta pelajar-pelajar sekelian,

Tidak lengkap sekiranya kehadiran cikgu2 dan pelajar2 sekalian ke sekolah kami tidak
disajikan dengan sesuatu ilmu yang bermanfaat.

Program diteruskan dengan aktiviti Pembelajaran Luar kelas (iaitu LW). Dimana cikgu2 dan
pelajar2 sekalian akan bergerak ke kelas bersama barisan SLT dan SVG untuk meninjau
persekitaran kelas. Cikgu2 dan pelajar2 sekalian akan bergerak mengikut
__________________________.

Guru-guru serta pelajar-pelajar sekelian,

Program diteruskan dengan sesi aktiviti perkongsian PdP yang akan dikendalikan oleh Puan
Felina sebagai Koordinator dalam aktiviti tersebut.Majlis mempersilakan.

Guru-guru serta pelajar-pelajar sekelian, (Aban)


5.Aktiviti seterusnya ialah sekali lagi perkongsian PdP sesi ke 2. Untuk itu kita menjemput
En .Aban Suut menerangkan perlaksanaan dalam aktiviti btersebut. Majlis mempersilakan.

6. Majlis kita teruskan dengan sesi perkongsian mengenai ___________________________


sk Amanah. Dengan itu kita menjemput puan Mazzyiah untuk menerangkan serba sedikit
perlaksanaan PdPPc yang telah dijalankan di sekolah kami. Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi penjelasan______________________________.
Majlis merakam jutaan terima kasih,

Guru2 & pelajar2 sekalian (Planery)

Menjadi rutin dalam PdP yang telah kami laksanakan akan dibuat penilaian/AFL untuk
memastikan keberhasilan PdP tersebut. Di setiap sudut ada ditampalkan 3 warna yang
menujukkan lambang 3 perasaan. Tuan-puan boleh bergerak mana2 sudut mengikut
pencapaian masing2.

7. Sesi soal jawab

Sekarang majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.sekiranya ada sebarang persoalan/permasalahan
dipersilakan untuk bertanya.

8. Bagi penutup aktiviti kita pada hari ini, tuan-puan sekali lagi diminta untuk mengisi borang
maklum balas keberkesanan atau penambahbaikan sepanjang tuan-puan mengikuti
program/lawtatan pada hari ini. (terangkan 2 star,1 wish)

9. Dengan berakhirnya sesi maklum balas itu tadi,maka selesai sudah program /majlis kita
pada hari ini..sekali lagi, kami dari warga sk Empila. mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kerana memilih sekolah kami antara destinasi lawatan.
Kami juga menyususn sepuluh jari memohon maaf jika ada kekurangan dan kesalahan bahasa
sepanjang pengendalian program hari ini.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang di caci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Baliknya tuan-puan penuh harapan
Didiklah murid demi masa hadapan.

DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK MENJAMU SELERA SEADANYA DI


BELAKANG.

SEKIAN.TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai