IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Program Latihan Dan
Motivasi Yang Holistik
http://iqclassmanagement.blogspot.com
iqclassmanagement@yahoo.com BENGKEL
MELANGKAH KE ALAM REMAJA
(MeKAR)
*Disediakan untuk rujukan umum
Disediakan oleh:
PENGENALAN BENGKEL| Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalah
amat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat
Malaysia, baik di bandar atau luar bandar menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kini
lebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara yang lebih kepada
budaya keseronokan dan bermewah-mewahan.
Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hedonisme ini merupakan budaya penjajahan yang
memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dan memerintah serta
menjajah pemikiran serta budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak
bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika
tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin
ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan.
Budaya hidup remaja hari ini sudah mula melihat kehidupan bebas dan tidak berpegangan adalah
cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada
budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila
agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka.
Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di
IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman
dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang
perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran pada hari ini.
Modul Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR ini diharapkan akan dapat memberikan
mereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat
memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika mereka
tidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan
dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa
melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.
1
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
4. Bengkel ini menggunakan pendekatan ceramah 50%, permainan bermodul 25% serta
perbincangan dan pembentangan 25%.
5. Sasaran penyertaan bengkel adalah dari kalangan pelajar tahun 6 (persediaan ke sekolah
menengah), tingkatan 1 dan 2 iaitu pelajar yang berumur dari 12 hingga 14 tahun.
PENUTUP| Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan
kecemerlangan peserta yang menyertai bengkel ini secara khususnya dan keseluruhan peserta
secara amnya. Apa yang diharapkan daripada MeKAR, akan dapat memberikan pengukuhan dan
menambahkan pengertian hidup sebagai ahli masyarakat pada diri setiap peserta disamping
menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya
bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam
pembinaan masyarakat yang cemerlang.
2
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
7.50 pagi Majlis pembukaan dan penyerahan peserta kepada IQ Class Management*
2. Alat tulis;
3. Buku nota @ catatan
3
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
4
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
3.1.2. Untuk memberikan kesedaran bahawa semua mahu menjadi remaja yang baik
dan cemerlang;
3.1.3. Untuk menjelaskan kesilapan yang remaja lakukan dalam mengambil tindakan
untuk meneruskan kehidupan serta;
3.1.4. Untuk mengetahui kepentingan memberikan kepercayaan, mendengar nasihat
dan mencari kepastian kepada kebenaran.
5. Kesimpulan Bengkel
5.1. Objektif sesi:
5.1.1. Untuk mengingati semula isi kandungan penting bengkel;
5.1.2. Untuk memberikan pesanan dan nasihat akhir serta;
5.1.3. Untuk memberikan penekanan kepentingan menghadiri bengkel ini.
5
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
6
Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja
Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL,
FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan
Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri
Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan
jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta
Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin
namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta
pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau
berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam
namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana.
Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and
Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class
Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management.
Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan
pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan
pembinaan organisasi serta dakwah Islam.
Bagi melaksana program ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class
Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).