Anda di halaman 1dari 3

SMK CHALOK MODEL KHAS

21450 SETIU TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PROGRAM:

CERAMAH ANTI DADAH 2018

TARIKH:

17 OKTOBER 2018 (AHAD-RABU)

TEMPAT

DEWAN CAKNA, SMK CHALOK MODEL KHAS

ANJURAN

JK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa), UNIT BIMBINGAN


KAUNSELING (UBK), UNIT DISIPLIN DAN BIDANG KEMANUSIAAN
CERAMAH ANTI DADAH 2018

PADA: 17 OKTOBER 2018 (RABU)


TEMPAT: DEWAN CAKNA, SMK CHALOK MODEL KHAS

1.0 PENGENALAN
Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis
negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh
yang demikian, kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat awal perlu diterapkan bagi
melahirkan generasi bebas dadah. Untuk mencapai matlamat ini, seseorang perlu
mempunyai pengetahuan tentang bahaya dan kesan sampingan najis dadah, mempunyai
ketahanan diri yang tinggi, sikap yang positif serta mengamalkan nilai-nilai agama dan
budaya yang murni.

2.0 MATLAMAT
Untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tinggi mengenai bahaya dadah,
bersikap positif dan mengamalkan nilai-nilai agama dan budaya yang murni. Selain itu,
mereka juga akan diberi input secara umum tentang bahan terlarang ini dari aspek
kandungan, risiko pengambilan dan faktor ketagihan berlaku.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkat kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat umur
mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
3.2 Memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai jenis-jenis dadah dan bahaya
dadah.
3.3 Menanam sifat benci kepada dadah dalam diri pelajar.
3.4 Memberi kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah menjadi punca keruntuhan
akhlak remaja dan satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang.

4.0 SASARAN
Pelajar tingkatan tiga

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


5.1 Tarikh : 17 Oktober 2018

6.0 ANJURAN

JK PPDa, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Bidang Kemanusiaan
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN
7.1 Penyelarasan program oleh PK HEM,Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin
dan Bidang Kemanusiaan
7.2 Kerjasama penuh daripada pihak pengurusan sekolah.
7.3 Pengisian berbentuk ceramah dan pameran oleh pegawai Agensi Anti Dadah
Kebangsaan.

8.0 TENTATIF PROGRAM


- Rujuk lampiran A -

9.0 JAWATANKUASA
- Rujuk lampiran B –

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Pendapatan

1. Sumbangan PIBG SMKC - RM400

Jumlah - RM400

Perbelanjaan

1. Makanan VIP (RM6 x 5 orang) = RM30


2. Makanan AJK (RM5 x 20 orang) = RM100
3. Makanan pelajar (RM3 x 100 orang) = RM

Jumlah = RM400

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar cadangan program ini akan disokong penuh oleh semua warga
sekolah bagi memastikan perjalanan program yang dirancang akan berjaya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………. ………………………………………………………
(PN. MUKHAIRYAH MOKHTAR) (PN. HJH. RUSMAWATI MAHMOOD)
Setiausaha PPDa, Pengetua,
SMK Chalok Model Khas SMK Chalok Model Khas

Anda mungkin juga menyukai