Anda di halaman 1dari 2

BIDANG : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

TAJUK : KEMAHIRAN ANALISIS KRITIKAL

MASA : 60 MINIT

SASARAN : TAHUN 6

OBJEKTIF :

1) Memupuk kerjasama dalam kalangan murid.

2) Menyemai nilai murni dalam diri murid.

3) Meningkatkan penguasaan dan ilmu pengetahuan murid .

4) Memperkasakan kepekaan murid

5) Merangsang murid bagi meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian

LANGKAH / PROSEDUR :

1) Fasilitator menulis nama beberapa watak tokoh yang terkenal di kepingan kertas
kecil dan mengulungnya.

2) Fasilitator menyediakan balang/bekas dan meletakkan kepingan kertas tersebut ke


dalam balang atau bekas yang telah disediakan.

3) Peserta diminta duduk dalam bulatan yang besar

4) Muzik akan dimainkan dan bekas atau balang tersebut akan dihantar dalam bulatan.

5) sekiranya muzik dihentikkan maka peserta yang memegang bekas atau balang
tersebut perlu mencabut sekeping kertas daripada balang atau bekas yang
disediakan tadi.

6) Seterusnya, melakukan aksi dan isyarat berkaitan dengan tokoh yang dipilih hasil
daripada cabutan tadi.

7) Peserta-peserta lain harus meneka siapakah tokoh yang dimaksudkan oleh peserta
di hadapan menerusi aksi dan isyarat yang ditunjukkannya.

8) Peserta sama sekali tidak dibenarkan untuk bercakap atau mengeluarkan sebarang
jenis bunyi.

9) Lagu akan dimainkan dan bekas atau balang tersebut akan dihantar sesama peserta
secara berulang sehingga lagu berhenti bagi peserta seterusnya.
BAHAN YANG DIPERLUKAN :

1) Kertas A4 dan Kertas Warna 10 keping

RUMUSAN :

Pada akhir permainan ini, murid dapat menyatakan perasaan dan emosi mereka
terhadap aktiviti membuat analisis secara kritikal iaitu menerusi aktiviti meneka tokoh
melalui isyarat dan aksi yang dilakukan.

FALSAFAH :

1. Kita mestilah pandai menganalisis secara kritikal.


2. Kita haruslah peka terhadap segala perkara.
3. Kepekaan dan tumpuan dengan penuh perhatian sangat penting dalam setiap
perkara yang kita lakukan.
4. Kita haruslah melibatkan diri dalam aktiviti yang menyenangkan emosi dan perasaan
kita.

Anda mungkin juga menyukai