Anda di halaman 1dari 2

Kisah Abu Nawas: Menampar pipi Sultan

Pada suatu hari, Abu Nawas singgah di rumah kenalannya yang berbangsa Yahudi. Di sana
berlangsungnya permainan muzik yang begitu meriah. Ramai orang yang menontonnya.
Semua tetamu yang hadir harus terlibat dalam permainan muzik itu termasuklah Abu Nawas
yang baru saja masuk. Ada yang bermain kecapi, ada yang menari dan pelbagai lagi. semuanya
bersuka ria.
Ketika para tetamu sudah kehausan, tuan rumah menghidangkan kopi kepada para hadirin.
Masing-masing mendapat secawan kopi termasuklah Abu Nawas. Ketika Abu Nawas hendak
meminum kopi itu, dia ditampar kenalannya yang berbangsa Yahudi itu. Kali pertama
ditampar Abu Nawas tidak peduli namun dia terus-terus ditampar setiap kali mengangkat
cawan minumannya hingga tamparan yang diterima Abu Nawas pada malam itu cukup banyak
sehingga permainan muzik itu selesai sekitar pukul 2 pagi.
Dalam perjalanan pulang Abu Nawas berfikir,
Jahat benar perangai Yahudi itu, suka menampar tetamu begitu saja. Kelakuan seperti itu
tidak boleh dibiarkan berlaku di mana-mana pun. tapi apa dayaku untuk melarangnya dari
terus berkelakuan begitu sampai bila-bila? hati Abu Nawas tertanya-tanya. Tiba-tiba dia
mendapat satu akal. Lalu dia bergegas pulang ke rumah.
Keesokan harinya, Abu Nawas mengadap Sultan Harun Ar-Rasyid di istana.
Ampun tuanku, ternyata terdapat suatu permainan yang belum pernah patik kenal dalam
negeri ini tuanku dan permainannya sangatlah aneh, lapor Abu Nawas.
Di mana tempatnya? soal baginda sultan.
Di tepi hutan sana tuanku, jawab Abu Nawas.
Kalau begitu marilah kita pergi lihat, ajak baginda sultan.
Nanti malam saja kita pergi berdua tuanku kerana permainan itu dilakukan hanya pada
malam hari dan tuanku hendaklah berpakaian sebagaimana rakyat biasa, kata Abu Nawas lalu
baginda sultan Harun Ar-Rasyid pun bersetuju.
Malam itu, setelah bersolat Isyak maka berangkatlah sultan Harun Ar-Rasyid dan Abu Nawas
ke rumah lelaki Yahudi itu. ketika sampai di sana, kebetulan lelaki Yahudi itu sedang asyik
bermain muzik bersama teman-temannya. Baginda sultan dan Abu Nawas pun dipersilakan
duduk.
Ketika diminta untuk menari, baginda sultan yang berpakaian rakyat biasa menolak hingga
akhirnya baginda dipaksa menari serta ditampar pipinya kanan kiri. Ketika itu barulah baginda
sedar bahawa baginda telah dipermainkan oleh Abu Nawas. Namun apakan daya baginda
tidak mampu melawan orang-orang yang turut serta bermain di rumah lelaki Yahudi
tersebut.
Maka menarilah baginda sultan sehingga keringat membasahi seluruh tubuhnya yang gendut
itu. kemudian barulah kopi diedarkan kepada semua tetamu. Waktu itu pula, Abu Nawas
mengambil peluang untuk pulang ke rumah dengan alasan hendak ke bilik air sebentar.
Biar baginda merasakan sendiri keadaan itu kerana salahnya sendiri yang tidak pernah
mengetahui keadaan rakyatnya dan hanya percaya kepada laporan para menteri, fikir Abu
Nawas dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Manakala baginda sultan yang masih berada di rumah lelaki Yahudi itu terus-terus ditampar
ketika cuba mengangkat cawan kopinya. Setiap kali baginda melakukannya, setiap kali itulah
juga kedua pipinya ditampar sehingga baginda tidak dapat merasa walaus etitik pun air
kopinya. Lewat pagi barulah baginda dapat melepaskan diri dari permainan itu.
Sebaik tiba di istana, baginda sultan Harun Ar-Rasyid segera memerintahkan pengawalnya
untuk memanggil Abu Nawas.
Wahai Abu Nawas, sungguh kurang ajar sekali perbuatanmu malam tadi. engkau
membiarkan baginda sultan dimalukan seperti itu di depan rakyatnya sendiri, marah baginda
sultan dengan muka merah padam.
Mohon ampun wahai tuanku. Sebenarnya, malam sebelum itu patik juga telah diperlakukan
seperti mana yang telah tuanku diperlakukan. Patik ingin melaporkannya secara jujur kepada
tuanku tetapi bimbang jika tuanku tidak percaya. Dari itu, patik mendapat akal untuk
membawa tuanku ke sana agar tuanku mengetahuinya dengan mata kepala sendiri perilaku
rakyat tuanku yang tidak senonoh itu, jelas Abu Nawas membela diri.
Mendengar keterangan Abu Nawas, maka fahamlah baginda sultan makna tindakan Abu
Nawas itu. lalu baginda menyurut beberapa orang pengawalnya memanggil lelaki Yahudi
tersebut supaya mengadapnya.
Wahai Yahudi, mengapa sebabnya engkau menampar baginda sultan malam tadi? tanya
baginda sultan Harun Ar-Rasyid marah.
Ampun tuanku, sesungguhnya patik tidak tahu jika tuanku turut serta berada di rumah patik
malam tadi. jika sekiranya patik tahu, nescaya patik tidak akan berbuat seperti itu, jawab
lelaki Yahudi itu, cuba membela diri.
Namun malang baginya apabila baginda sultan menolak kata-katanya. Oleh kerana menampar
orang termasuk dalam perbuatan maksiat maka baginda sultan mengambil tindakan tegas
dengan memerintahkan lelaki Yahudi itu dipenjarakan.
Sejak saat itu, sultan Harun Ar-Rasyid sangat mengambil tahu perihal tingkah laku rakyatnya.
Sesungguhnya baginda amat berterima kasih atas laporan yang dibuat oleh Abu Nawas itu.

Anda mungkin juga menyukai