Anda di halaman 1dari 5

SEK. MEN. KEB.

GADONG
PETI SURAT 178,
89808 BEAUFORT

KERTAS KERJA
PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR TINGKATAN ENAM
SMK GADONG
2017/2018

ANJURAN:
MPPT6 SEMEGA
SESI 2016/2017

TEMPAT:
SMK GADONG

25 SEPTEMBER-29 SEPTEMBER 2017

MENJANA KETERBUKAAN MINDA


KERTAS KERJA PEMILIHAN MPP T6 2017

Pendahuluan
MPP T6 SEMEGA akan melaksanakan PEMILIHAN MPP PRA-U SMK Gadong
2019. Aktiviti tersebut dirancang memandangkan keperluan mendedahkan para pelajar
terhadap teknik pengurusan mendekatkan pelajar dengan alam kenegaraan dan
mengaplikasi pembelajaran Pengajian Am . Impak dari pelaksanaan pilihanraya ini
diharap para pelajar dapat mengetahui teknik pilihanraya yang disimulasikan dari
prosedur pilihanraya yang sebenar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap
mendapat memberi kesan motivasi yang menggalakkan daripada para pelajar. Semoga
aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain
sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
tenaga pengajar S.M.K Gadong khususnya MPP T6 SEMEGA dan tenaga pengajar SMK
Gadong.

Matlamat
Matlamat utama Pemilihan MPP T6 SMK Gadong ini adalah bagi memberi satu
suntikan semangat dalam mengubah suasana pembelajaran yang lebih matang dan
memberi keyakinan dalam mengenengahkan MPP T6 SEMEGA dalam kalangan pelajar
secara tidak lansung bertepatan dengan Tingkatan Enam yang dinaik taraf kepada T6 . Di
samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan
nama baik S.M.K Gadong di peringkat sekolah mahu pun melalui tinjauan rambang,
potensi dalam pembelajaran dan keputusan peperiksaan.

Objektif
1. Memberi pengalaman dalam simulasi pilihanraya yang sebenar.
2. Menyuntik semangat kecemerlangan dalam diri pelajar .
3. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
4. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap unsur kenegaraan.
5. Memberi kesedaran terhadap peri pentingnya kejayaan dalam pembelajaran
membawa perubahan masa depan pelajar, keluarga dan masyarakat.
6. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri dalam suasana pengurusan
sesuatu program.
7. Menyemai sikap menghormati antara para pelajar dan sikap menghormati guru
dalam menuntut ilmu.

Rasional
Rasional mengadakan Pemilihan MPP T6 SMK Gadong 2017 ini adalah sesuai
dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya potensi pelajar dalam
bidang pembelajaran digarap melalui unsur psikologi dan motivasi dalaman. Di samping
itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim MPP T6 SMK Gadong
2019.
Jawatankuasa

Penaung : En. Abd Ghani Bin Md Ali (Pengetua S.M.K Gadong)

Penasihat : En. Mohd Rosli Bin Suhailin (PK-Tingkatan Enam)

En. Haszami Bin Mat Zaini (Guru Ko-Kum T6)

Penyelaras : En. Muhamad Fared Zulkafli

Anggota Suruhanjaya Pemilihan


1. Pn. Normadiah Liasmat
2. Pn. Norzalina Arshad
3. En. Rosli Suhailin
4. En. Tukiman Ratin
5. En. Hazami
6. Cik Auriela
7. En. Khantan
8. Cik Siti Harinah
9. En. Raffi Maksin
10. En. Rozlee Ghafur

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi Pemilihan MPP T6 SMK Gadong 2016 ini ialah semua
pelajar tingkatan enam rendah sesi 2017/2018.

Strategi
(lihat lampiran).

Keterangan Program
Program ini melibatkan pelajar tingkatan enam rendah S.M.K Gadong.Manakala
Program ini akan dilaksanakan selama 7 hari.
Tarikh : 25 September 2017 sehingga 29 September 2017
Tempat : Bilik Seminar, SMK Gadong

Jadual Pelaksanaan
(lihat lampiran)

Bahan/Sumber/Kewangan
Jawatankuasa penganjuran akan berbincang dengan pihak pentadbiran tentang
peruntukan pilihanraya

Instrumen penilaian
Instrumen penilaian yang akan digunakan ialah senarai semak dan refleksi dari peserta.
Penilaian/ pelapor
Laporan kursus secara bertulis dan laporan akan diserahkan kepada pegawai berkenaan
bagi penyataan aktiviti MPP T6 SMK Gadong

Penutup
Pemilihan MPP T6 SMK Gadong 2017 ini memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam
usaha membentuk imej sekolah yang positif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(MUHAMAD FARED ZULKAFLI) (MOHD ROSLI SUHAILIN)
Guru Kokurikulum, PK Tingkatan Enam,
Tingkatan Enam, SMK Gadong,
S.M.K Gadong. Beaufort.

Disahkan oleh,

(ABD GHANI MD ALI)


Pengetua,
SMK Gadong,
Beaufort.
LAMPIRAN 1
Anggaran Perbelanjaan
BIL Tugas Anggaran Catatan
1. Pubilisiti - banner 150.00
2. Peralatan 50.00
Jumlah RM200.00

LAMPIRAN 2
PROSES PILIHANRAYA MPP PRA-U SEMEGA
SESI 2017
1. Fasa taklimat (25/09/2017):
Hari selasa. Selepas sesi P&P berakhir. Dalam fasa ini para pelajar akan
dimaklumkan tentang rasional dan objektif tentang pilihanraya MPP T6 serta
prosedur perjalanan pilihan raya.

2. Fasa penamaan calon (26/09/2017):


Dijalankan selama satu hari sahaja. Borang pencalonan boleh diperolehi melalui
daripada penyelaras .Sebarang pencalonan mestilah menyatakan nama pencadang
dan penyokong. Jawantankuasa Pemilihan MPP akan menolak pencalonan yang
tidak lengkap)

3. Fasa Pengumuman Calon (27/09/2017):


Jika proses pencalonan berjalan dengan lancar. Pengumuman calon-calon yang
akan bertanding dibuat pada hari khamis. Sejurus pemakluman calon-calon yang
akan bertanding dilaksanakan, sesi penerangan tentang kempen pilihan raya akan
dijalankan. Termasuk melantik agen calon untuk berkempen. Sebarang jawatan
yang hanya ada seorang pencalonan akan dianggap menang tanpa bertanding.

4. Fasa Kempen (27/09-28/09/2017):


Dalam fasa ini, calon-calon yang menerima penamaan membuat persediaan untuk
berkempen. Calon-calon akan melobi dengan menyediakan perkara-perkara
seperti berikut; bahan-bahan edaran, poster, pamflet, kain rentang, ucapan awam
dan pengumuman manifesto calon-calon.

5. Fasa Debat Pilihanraya (28/09/2017):


Calon-calon memperkenalkan diri dan menyatakan visi dan misi masing-masing
terhadap jawatan yang disandang dan tanggung jawab yang bakal digalas.
Penyelaras akan mengemukakan soalan lisan berkenaan dengan topik berkaitan
isu semasa dan dijawab spontan oleh calon.

6. Fasa pengundian (29/09/2017):


Sesi pengundian secara tertutup akan dijalankan di Bilik Seminar mulai jam 8.00-
10.00 pagi. Jika segalanya berjalan dengan lancar, pengumuman keputusan
pilihanraya akan diumukan oleh PK Tingkatan Enam pada jam 11.00 pagi pada
hari yang sama.

Anda mungkin juga menyukai