Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 Penulisan Akademik

Perkembangan individu terbahagi kepada banyak aspek, iaitu fizikal, kognitif, bahasa,
sosio emosi, dan kendiri. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk
& Margetts, 2007). Jean Piaget mengemukakan teori perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagi
perkembangan fizikal peringkat akhir kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun, beliau
berpendapat kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot yang kecil dengan baik. Teori
yang dikemukakan Piaget ini dapat dibuktikan melalui tulisan kanak-kanak yang menjadi lebih
kemas dan teratur. Seorang kanak-kanak kecil bermula dengan menggenggam sebatang
pensel sebelum dia dapat memegangnya, dan kemudian diikuti dengan menulis. Di sini, kita
dapat lihat bagaimana berkembangan otot-otot kecil menjadi lebih baik serta mereka
berupaya mengawalnya. Begitu juga semasa menggunakan pelbagai jenis alat pertukangan
seperti penukul, paku dan sebagainya.

Perkembangan kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir,


memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing Menurut Piaget, terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu
peringkat Sensorimotor, peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat
Operasi Formal. Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi
menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada
peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi
mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak
berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk
skema-skema baru. Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun
aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema. Pemikiran kanak-
kanak pada peringkat Pra operasi bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka tentang objek
bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata. Sebagai contoh, sepuluh keping kad sama saiz
diletakkan secara dua baris, iaitu lima keping kad setiap baris, dan satu baris dipanjangkan.
Kanak-kanak akan mengatakan baris yang lebih panjang tersebut mempunyai lebih kad
daripada baris yang pendek, walaupun kedua-dua baris tersebut mempunyai bilangan kad
yang serupa. Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun,
kanak-kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit.
Contohnya, jika air di dalam cawan, dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka
dapat tahu bahawa kuantiti air tersebut masih sama. Seterusnya ialah peringkat Operasi
Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh
melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan fakta. Sebagai contoh, mereka boleh memberi
idea kepada punca kemalangan jalanraya. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara
abstrak, iaitu menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak.

Perkembangan moral membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral


secara peringkat. Lawrence kolhberg berpendapat moraliti berkembang secara universal
dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Tahap 1 ialah Pra-
Konvensional. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan
diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat 1 merupakan orientasi kepatuhan dan hukuman.
Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih
tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul
atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Peringkat 2 pula ialah Orientasi ganjaran
peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu
perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas
mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah
yang dianggap baik dan sebaliknya. Tahap 2 ialah Konvensional. Dalam tahap ini, individu
sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa,
guru dan komuniti Peringkat 3 merupakan Orientasi perlakuan baik. Individu pada tahap ini
menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Peringkat 4 pula ialah
akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Individu pada peringkat ini menghormati
undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan
sanggup pula memperjuangkannya. Tahap 3 ialah Pos-Konvensional. Pada tahap ini, individu
rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka
mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Peringkat 5 merupakan Etika kontrak
sosial dan hak individu. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi
percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6 pula ialah Etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini, individu menunjukkan ciri-ciri
tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan
dan maruah pada peringkat tertinggi. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas
kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah
ditetapkan.

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta


memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-
kanak yang hidup dalam keluarga yang harmoni sering diberi peluang untuk mendapatkan
pengahargaan dan mempunyai sosioemosi yang sihat. Keadaan sebaliknya akan berlaku
kepada kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak harmoni. Melalui didikan yang
sempurna dan kasih-sayangyang diberikan oleh ibu-bapa, kanak-kanak boleh menjadi
individu yang bertanggungjawab kepad diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

(800 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai