EDUP 2033
Penulisan Akademik
TEORI PEMBELAJARAN UNTUK PENINGKATKAN PERKEMBANGAN
KOGNITIF MURID
Proses adaptasi mempunyai dua bentuk dan terjadi secara semula jadi, iaitu
asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses perubahan apa yang difahami sesuai
dengan struktur kognitif yang ada sekarang, sementara akomodasi adalah proses
perubahan struktur kognitif sehingga dapat difahami. Dengan kata lain, apabila individu
menerima maklumat atau pengalaman baru maka maklumat tersebut akan diubahsuai
sehingga sesuai dengan struktur kognitif yang telah sedia ada. Proses ini disebut
asimilasi. Sebaliknya, apabila struktur kognitif yang telah sedia ada perlu disesuaikan
dengan maklumat yang diterima, ini disebut sebagai akomodasi.
Proses belajar yang dialami seorang kanak-kanak pada tahap sensosri motor
tentu akan berbeza dengan proses belajar yang dialami oleh seorang kanak-kanak pada
tahap preoperasional, dan akan berbeza pula dengan mereka yang sudah berada pada
tahap operasional formal. Secara umum, semakin tinggi tahap perkembngan kognitif
seseorang akan semakin teratur dan semakin abstrak cara pemikirannya. Guru
seharusnya memahami tahap-tahap perkembangan kognitif para muridnya agar dalam
merancang dan melaksanakan proses pembelajarannya sesuai dengan tahap-tahap
tersebut. Pembelajaran yang dirancang dan dilaksaknakan tidak sesuai dengan
kemampuan dan tidak aka nada mknanya bagi siswa.
Keterlibatan murid-murid secara aktif dalam belajar amat penting, kerana hanya
dengan penglibatan murid-murid secara aktif maka proses asimilasi dan akomodasi
pengetahuan dan pengalaman dapat berjalan dengan baik. Untuk menarik minat dan
meningkatkan prestasi belajar adalah dengan mengkaitkan pengalaman atau maklumat
baru dengan struktur kognitif yang telah dimiliki oleh murid-murid. Pemahaman dan
prestasi akan meningkat jika bahan-bahan pembelajaran disusun dengan
menggunakan pola atau logik tertentu, dari sederhana ke kompleks. Belajar memahami
akan lebih bermakan dari pada belajar menghafal. Adanya perbezaan individual pada diri
murid perlu dititikberatkan kerana faktor ini sangat mempengaruhi keberhasilan belajar
murid-murid.
Konsep Perkembangan Vygotski juga adalah berkaitan dengan kognitif. Pandangan yang
mampu mengakomodasi sociocultrasl revolution dalam teori belajar dan pembelajaran
oleh Lev Vygotsky. Ia menyatakan bahawa jalan fikiran seseorang harus difahami dari
latar social-budaya dan sejarahnya. Maksudnya, untuk memahami fikiran seseorang
bukan dengan cara menelusuri apa yang ada disebalik otaknya dan pada kedalaman
jiwanya, melainkan dari asal usul tindakan sedarnya, dari interaksi sosial yang dibayangi
oleh sejarah hidupnya. Peningkatan fungsi-fungsi mental seseorang berasal dari
kehidupan sosial atau kelompoknya, dan bukan dari individu itu sendiri.
Interaksi sosial demikian antara lain berkait erat dengan aktiviti-aktiviti dan bahasa
yang digunakan. Kunci utama untuk memahami proses-proses sosial psikologi manusia
adalah melalui tanda-tanda atau lambang yang berfungsi sebagai mediater. Tanda-tanda
atau lambang tersebut merupakan produk dari lingkungan sosio cultural dimana
seseorang berada. Mekanisme teori yang digunakannya untuk menjelaskan hubungan
antara pendekatan sosio cultural dan fungsi mental dalam pendekatan sosiokultral dan
manusia sebagai tempat berlangsungnya proses mental.
Bimbingan atau bantuan dari orang dewasa atau rakan yang lebih mahir sangat
efektif untuk meningkatkan produktiviti belajar. Bantuan-bantuan tersebut tentunya
mestilah sesuai dengan konteks sosio-kultural atau ciri-ciri para pelajar. Kumpulan para
pelajar yang cannot solve problem meskipun telah diberikan berbagai bantuan, perlu
diturunkan ke kumpulan yang lebih rendah belajarnya sehingga mahir. Mereka juga
berada pada zone of proximal development nya sendiri, dan oleh kerana itu mereka perlu
memanfaatkan bantuan yang disediakan. Sedangkan kumpulan yang telah mampu
menyelsaikan masalah secara sendiri harus ditingkatkan ujiannya.
Kesimpulannya, teori yang diketebgahkan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky
mempunyai nilai yang tersendiri. Namun yang paling penting peranan seorang guru tetap
sama dlam mendidik dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Pangkat seorang
guru memang berat tetapi siapalah seorang guru jika tidak berkonban dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi pembimbing kepada murid-murid.