Anda di halaman 1dari 13

1.

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran

bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2

seramai 2 orang.

Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui

pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian

ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja ,

menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.

Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan

Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan

menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran

yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini

membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing.

Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat

membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para

pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar

dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-

kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid

Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK.
Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak
masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut
dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi
masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang
belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas .

Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung
tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka
sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan
mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata
pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran
Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam


kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan
sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka
selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta
mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat
semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku
kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua.
Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk
mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat
untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-
murid saya .

2. FOKUS KAJIAN

Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal


perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah
mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Antaranya murid tidak
dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat,
mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat
daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan
baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint


mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan
keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut :

i. Objektif umum

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan


melengkapkan perkataan kvkv

ii. Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut


sukukata dengan betul.
murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam
menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk
meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan kvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh


Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah
dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid


semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati
murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )

Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk


mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu
dilengkapkan oleh murid .

Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah


terlibat dalam kajian ini.
Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoy
o,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya
bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan
gambar.

KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual
1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang
ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang
diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara
interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang
dikehendaki dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari

Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan


kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid
menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-
murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan


Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a) Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b) Eja dan sebut perkataan
c) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
d) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.


Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010
Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .


Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan
berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan
lagu tersebut.

Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba ba
be be be be
bi bi bi
bi bi bi
be be be be be be
bu bu bu bu bu bu
bo bo bo
bo bo bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba ba ba ju

be be be si
bi bi bi ru

bi bi bi ri
be be be be be ca

bu bu bu bu bu ku

bo bo la

bo bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1

Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu

sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk

menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan

perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit

sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan.

Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat

menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan


Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan
membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.
Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan
menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara
sukukata dan perkataan tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut

perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya

sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara

menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid

dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan

menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan,


mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv
berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3

Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat
menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan,
padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak
membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan
menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid
terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah
berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan
perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang
diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4

Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan

perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan

perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv.

Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan

perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan

tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan

sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS

1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk


Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan
24 perkataan kvkv yang diberikan.

Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20


perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoy
o,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya
bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid
berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam
jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan
perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan
Penilaian dan refleksi
Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa
Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint
khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan
dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan
dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat
melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara
lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-
bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa
mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada
sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak
lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.


Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan
kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi
powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI
Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah
penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara


Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,
Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009

OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR,


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

__________________________________

Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui

pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan _____________. Pemerhatian ini khusus

untuk melihat

_________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________.

Saya telah menggunakan kaedah ___________ iaitu menggunakan

___________ dalam pengajaran dan pembelajaran yang

____________________________ memberikan respon --------- dari kumpulan sasaran

yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini

membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing.

Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat

membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para

pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar

dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-

kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid

Pemulihan Khas .

Anda mungkin juga menyukai