Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS

SEKOLAH
RENDAH

C)

KEMAHIRAN
SAINTIFIK

KEMAHIRAN SAINTIFIK 0
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

NOTA KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN MANIPULATIF


kemahiran yang membolehkan murid kemahiran psikomotor dalam
mempersoalkan sesuatu dan mencari penyiasatan sains
jawapan secara bersistem.

Memerhati Mengguna & mengendali


Mengelas peralatan sains dan bahan
Mengukur menggunakan dengan betul
nombor Menyimpan peralatan sains &
Membuat inferens bahan dengan betul dan selamat
Meramal Membersihkan peralatan sains
Berkomunikasi dengan cara yang betul
Menggunakan perhubungan Mengendalikan specimen hidup
ruang & masa & bukan hidup dengan betul dan
Mentafsir maklumat cermat
Mendefinasi secara operasi Melakar spesimen, bahan &
Mengawal pembolehubah peralatan sains dengan tepat
Membuat hipotesis
Mengeksperimen

KEMAHIRAN PROSES SAINS

1. Memerhati
Pemerhatian Kualitatif pemerhatian menggunakan semua/ sebahagian deria
untuk menerangkan perubahan dari segi warna, bentuk dan sebagainya.
Pemerhatian Kuantitatif - pemerhatian yang melibatkan nombor sama ada
menggunakan alat pengukur atau membuat anggaran

KEMAHIRAN SAINTIFIK 1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

2. Mengelas
Kebolehan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan
perbezaan melalui pemerhatian.
Petunjuk :
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan
Mengumpul berdasarkan sifat sepunya
Menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek
Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan

3. Mengukur dan Menggunakan Nombor


kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan
penggunaan alat berunit piawai.
Petunjuk :
Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
Menggunakan alat dengan betul
Mencatat bacaan dengan betul
Mencatat unit dengan betul
Menentukan kejituan ukuran tertentu
Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

4. Membuat Inferens
Kemahiran membuat kesimpulan awal yang munasabah/ logik untuk
menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini mungkin
benar atau tidak benar.

5. Meramal
Kemahiran meramal adalah kemahiran yang melibatkan kemahiran membuat
jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

6. Berkomunikasi

KEMAHIRAN SAINTIFIK 2
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan


mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti lisan,
tulisan, graf, gambar, gambar rajah, jadual atau model.
Aktiviti berkomunikasi melibatkan :
Kenalpasti ciri umum sekumpulan item
Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna
kepada rakan
Merekod maklumat dari kajian
Meneliti maklumat yang ingin disampaikan
Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuaian
Menyedia/ merancang bahan yang diperlukan untuk penyampaian
Menggunakan bahan rujukan
Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu,


isipadu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.

8. Mentafsirkan data / maklumat


Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk memberi penerangan yang rasional
tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang diperolehi.

9. Mendefinisi Secara Operasi


Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
Petunjuk:
Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman
sendiri.
Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

10. Mengawal Pemboleh ubah


Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas
dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu
pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan

KEMAHIRAN SAINTIFIK 3
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah
yang lain dimalarkan.

Tiga jenis pembolehubah:


Pemboleh ubah yang dimanipulasi/ pembolehubah tidak bersandar
Pemboleh ubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk
menghasilkan perubahan kepada pembolehubah lain.

Pemboleh ubah bergerak balas/ pembolehubah bersandar -


pemboleh ubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pemboleh
ubah lain. Pemboleh ubah ini diperhatikan sepanjang eksperimen.

Pemboleh ubah malar atau pembolehubah tetap pemboleh ubah yang


dikekalkan tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pemboleh
ubah ini boleh mempengaruhi pemboleh ubah bergerak balas tetapi
ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannya ke atas semua
percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains
hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi
dan pembolehubah bergerak balas.

11. Membuat Hipotesis


Kenyataan umum yang difikirkan benar dan menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa. Walaupun begitu kenyataan berkenaan perlu diuji terlebih dahulu untuk
menentukan kebenarannya.
Penerimaan atau penolakan hipotesis yang dikemukakan bergantung kepada
hasil kajian yang dijalankan bagi menentukan kebenaran atau kesahihan
hipotesis berkenaan.

12. Mengeksperimen
Melibatkan perbuatan membuat perancangan yang melibatkan perkara-perkara:
Menentukan rekabentuk eksperimen
Mengenal pasti alat /bahan eksperimen
Mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat.
Mengenal pasti kaedah untuk mencari kesan kepada pertumbuhan oleh
jenis biji benih dan kuantiti air melalui eksperimen yang sama.
Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan
supaya keputusan yang tepat dan jitu diperolehi.

KEMAHIRAN SAINTIFIK 4
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

KEMAHIRAN SAINTIFIK 5

Anda mungkin juga menyukai