Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BALAPAN DAN PADANG MSSD ROMPIN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM),
Peraturan-Peraturan Am MSSM, Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan
Sekolah Sekolah Daerah (Rompin) 2017

2. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN & UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

BIL ACARA L18 L15 L12 P18 P15 P12


1 100 M X X X X X X
2 200 M X X X X X X
3 400 M X X X X
4 800 M X X X X
X X X X X X
5 MELONTAR PELURU
5.45 KG 4.55 KG 2.72 KG 4.00 KG 4.00 KG 2.72 KG
6 LOMPAT JAUH X X X X X X
7 LOMPAT TINGGI X X X X X X
X X X X
8 MELEMPAR CAKERA
1.50 KG 1.00 KG 1.00 KG 1.00 KG
X X X X
9 MEREJAM LEMBING
700 G 600 G 600 G 600 G
10 4 X 100M X X X X X X
JUMLAH 10 10 6 10 10 6

3. HADIAH - HADIAH
3.1. Acara individu : Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja

3.3. Acara Pasukan : Empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki
tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

4. CARA PERTANDINGAN
4.1. Setiap sekolah atau kelompok adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2)
orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara lari berganti -
ganti.
4.2. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

KUMPULAN UMUR INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI


18 tahun dan ke bawah 3 termasuk acara terbuka 1
15 tahun dan ke bawah 3 termasuk acara terbuka 1
12 tahun dan ke bawah 2 2

5. PENDAFTARAN PESERTA
5.1. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat SEBELUM ATAU PADA 07 MAC 2017 (SELASA) dengan
menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang dihantar oleh Jawatankuasa Pertandingan. Butir -
butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan.Borang yang telah lengkap diisi
hendaklah diemailkan kepada Jawatankuasa Pertandingan di alamat :
olahraga.rompin@gmail.com : u/p : En Mazlan Yusof (h/p : 012-4418861 @ 014-5294202) .

5.2. Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Iari berganti-ganti juga
mestilah didaftarkan.

5.3. Peserta-peserta Kategori 12 Tahun setiap sekolah hendaklah menyertakan satu salinan Surat
Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah yang berkenaan.

2
5.4. Peserta-peserta Kategori 18 Tahun dan 15 Tahun WAJIB membawa kad pengenalan asal atau
setarafnya dengannya sebagai Pengesahan Rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya
TIDAK AKAN DITERIMA. (Rujuk Peraturan AM MSSM)

6. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
6.1. Mesyuarat Pengundian

6.1.1. Mesyuarat Pengesahan dan undian lorong akan diadakan pada


10 MAC 2017 (JUMAAT) DI BILIK MESYUARAT , PEJABAT PELAJARAN
DAERAH ROMPIN , JAM 9.00 PAGI

6.1.2. Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah
disahkan selewat-Iewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh
dilakukan dalam mesyuarat tersebut.(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN /
PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN)

6.2 Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan

Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 14 MAC 2017 (SELASA) DI BILIK
MESYUARAT , SMK PONTIAN JAYA , JAM 9.00 MALAM. Semasa taklimat ini hanya penarikan
diri tanpa penggantian dibenarkan.

6.3. Penarikan diri semasa kejohanan dijaIankan:

6.3.1. Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa taklimat pengurus-pengurus
pasukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI dengan
mengemukakan surat pengesahan Pegawal Perubatan Kejohanan maka peserta itu
dianggap menarik diri tanpa sebab. OIeh itu peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai
lagi manamana acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil
bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara yang didaftarkan
atas namanya.

6.4. Penggantian dalam acara Iari berganti-ganti ;-

6.4.1. Penggantian dalam acara Iari berganti-ganti dihadkan kepada 2 orang peserta yang
didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan pada
peringkat saringan (separuh akhir) hingga ke peringkat akhir.

7. MELAPORKAN DIRI PESERTA


7.1. Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan
45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas
itu, mereka akan diiringi hingga ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

7.2. Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus ke Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan.

7.3. Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan
di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran /
pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

7.4. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju Iari masing-masing.

7.5. Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.
3
8. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
8.1. Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari arena pertandingan
oleh Penyelia Peserta

8.2. Bagi acara balapan : selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di
lorong masing-masing sambil berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor mereka dan balik ke khemah peserta dengan serta merta tanpa masuk ke
arena semula.

9. MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan sahaja.

10. UKURAN TINGGI PERMULAAN


Bagi acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:

UMUR LELAKI PEREMPUAN


18 tahun ke bawah 1.40 meter 1.05 meter
15 tahun ke bawah 1.25 meter 1.00 meter
12 tahun ke bawah 1.05 meter 0.90 meter

12.CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

12.1 Kedudukan pasukan akan ditentukan melalui pungutan pingat Emas, Perak
dan Gangsa. Sekiranya pungutan pingat emas sama maka pungutan pingat
seterusnya akan diambil kira.

13.SEPARUH AKHIR

13.1. Lima (5) Separuh Akhir


Pemenang setiap separuh akhir dan tiga (3) pencatat masa terpantas akan Iayak memasuki
Peringkat Akhir

13.2 Empat (4) Separuh Akhir


Pemenang setiap separuh akhir dan empat (4) pencatat masa terpantas akan Iayak memasuki
Peringkat Akhir.

13.3. Tiga (3) separuh Akhir


Dua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga
separuh akhir Iayak ke Peringkat Akhir.

13.4. Dua (2) separuh akhir


Tiga (3) peserta pemenang dan setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatat masa
terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir.

13.5. Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang
dihadkan pada para 13.1, 13.2 dan 13.3, maka penentuan kelayakan jika berlaku kedudukan yang
sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.

13.6. Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli
Juri Rayuan.

4
14. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara - perkara berikut:

14.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut
boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan
dikemukakan kepada MSSM (Rompin) kelak.

14.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

i) Lima Belas (15) minit setelah keputusan rasmi umumkan bagi acara pusingan awal.

ii) Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara - acara
peringkat akhir.

14.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang
pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)
dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.

15. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiap - tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Olahraga MSSM (Rompin) berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
undang undang olahraga KAOM terkini, peraturan peraturan Am MSSM atau peraturan
peraturan pertandingan kejohanan olahraga MSSM (Rompin). Termasuk TIDAK MEMBENARKAN
penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

16. HAL-HAL LAIN

16.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai - pegawai. Individu yang
tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut

16.2. Selain daripada Pegawai - Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta peserta yang
mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN

16.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,


kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:
-Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan dan stadium.
-Semasa Kejohanan dijalankan.
-Di dalam dan di luar kawasan stadium.
-Di tempat-tempat penginapan.

16.4. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-
langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat
mana yang munasabah.

5
17. HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN SEKOLAH.

BIL SEKOLAH / KELOMPOK HURUF NOMBOR


1 SMK Rompin R 001 HINGGA 100
2. SMK Tanjung Gemuk S 001 HINGGA 100
3 Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah T 001 HINGGA 100
4 SMK Tekek U 001 HINGGA 100
5 SMK Sungai Puteri G 001 HINGGA 100
6 SMK Seri Rompin N 001 HINGGA 100
7 SMK Muadzam Shah M 001 HINGGA 100
8 SMK Agama Pahang Muadzam Shah A 001 HINGGA 100
9 Kolej Vokasional Muadzam Shah V 001 HINGGA 100
10 SMK Muadzam Jaya J 001 HINGGA 100
11 Maktab Rendah Sains Mara Z 001 HINGGA 100
12 SMK Keratong K 001 HINGGA 100
13 SMK Bandar Tun Razak B 001 HINGGA 100
14 SMK Perantau Damai D 001 HINGGA 100
15 SMK Perwira Jaya P 001 HINGGA 100
16 SMK Chanis H 001 HINGGA 100
17 SMK Selancar E 001 HINGGA 100
18 SMK Selendang L 001 HINGGA 100
19 SMK Pontian Jaya F 001 HINGGA 100
20 SMK Rompin Permai W 001 HINGGA 100
21 SM Agama Al-Hasanah Y 001 HINGGA 100
22 SM Agama Rompin X 001 HINGGA 100
KELOMPOK
21 MSS Kelompok Pantai Utara U 001 HINGGA 100
22 MSS Kelompok Pantai Selatan S 001 HINGGA 100
23 MSS Kelompok Muadzam Shah M 001 HINGGA 100
24 MSS Kelompok Chanis C 001 HINGGA 100
25 MSS Kelompok Bandar Tun Razak R 001 HINGGA 100

Anda mungkin juga menyukai