KOMPILASI ABSTRAK
SEMINAR PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN PPG TAHUN 2013
Pendidikan Matematik, Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan TESL, Pendidikan Muzik,
Pendidikan Khas, Pendidikan Pra Sekolah, Pendidikan Sains dan Pendidikan Islam
Ambilan Jun 2011
TERBITAN:
Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Durian Daun, Melaka
2015
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi dan isi kandungan
dalam prosiding ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapat keizinan dari Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
KETUA EDITOR:
Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed
EDITOR
Dr. Norida binti Berhan
Dr. Mohd. Hanafi bin Abu Bakar
Pn. Anisah binti Alias
Dr.Narendra Kumar a/l Anopchand
Dr.Kamaruddin bin Abu Hassan
Pn. Mahani binti Ismail
En. Zakariyah bin Julas
Ketua-Ketua Unit PPG
i|ms
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
KATA ALU-ALUAN
REKTOR, IPGM
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Seminar
Penyelidikan Tindakan Program Pensiswazahan Guru berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada
Pengarah dan seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka atas komitmen padu dalam
menjayakan seminar ini.
Dalam Kompilasi Abstrak ini banyak perkongsian dan percambahan ilmu yang berkaitan pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk diamalkan. Pendekatan yang kreatif dan inovatif
seumpama itu, selaras dengan pengisian pedagogi alaf ke-21 seharusnya semakin rancak dan giat
diusahakan di dalam bilik darjah. Aktiviti pedagogi ini menjurus kepada pencapaian matlamat utama
pendidikan negara yang memberi fokus kepada impak yang besar di dalam bilik darjah selaras
dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selain itu, saya percaya dalam usaha melaksanakan seminar dan menghasilkan Buku Kompilasi
Abstrak ini, banyak ilmu dan pengalaman telah diperoleh. Pengalaman-pengalaman yang bermakna
ini dapat meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan sekali gus dapat menyumbang ke arah
melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, dan berkebolehan
memimpin. Perkara ini seumpama ini akan dapat memaksimumkan keberhasilan murid untuk
mencapai Anjakan yang ke-10 dalam PPPM.
Saya berharap penyelidikan, inovasi dan penerbitan ini akan dijadikan budaya dalam profesion
keguruan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan seminar ini sama ada sebagai
peserta atau ahli jawatankuasa. Sumbangan dan usaha murni untuk menjayakan seminar dan
penerbitan Kompilasi ini amat dihargai dan mudah-mudahan diberkati Allah.
ii | m s
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH, IPGK PEREMPUAN MELAYU
Assalamuakalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Kompilasi Abstrak
sempena Seminar Penyelidikan Tindakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011 ini
dapat diterbitkan.
Kompilasi ini merupakan koleksi abstrak Seminar Penyelidikan Tindakan yang dianjurkan oleh IPG
Kampus Perempuan Melayu pada 18-19 April 2015. Penganjuran seminar ini sememangnya selari
dengan hala tuju perancangan untuk menyebarluaskan dapatan kajian tindakan guru-guru sekolah
yang mengikuti kursus Penyelidikan Tindakan.
Seminar ini juga telah memberi peluang kepada pelajar PPG berkongsi dapatan kajian mereka dengan
para peserta. Saya berasa gembira kerana kajian tindakan khususnya dan penyelidikan amnya diberi
tumpuan yang sewajarnya di peringkat sekolah dan institut perguruan. Perkara seumpama ini
menyumbang kepada usaha meningkatkan perkembangan profesionalisme keguruan dan kualiti
pendidikan. Saya yakin kandungan kompilasi ini akan membantu pelajar lain untuk mendapatkan
data-data sebagai rujukan.
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Seminar Penyelidikan
Tindakan PPG ambilan Jun 2011 dan Jawatankuasa Kompilasi Abstrak kerana telah menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan seminar dan menyiapkan penerbitan seperti ini. Semoga
usaha seperti ini akan berterusan. Sekian, selamat maju jaya.
iii | m s
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
KATA ALU-ALUAN
KETUA JABATAN PIPK, IPGK PM
Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, saya merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011
dapat direalisasikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg.Tuan
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kerana sudi hadir merasmikan seminar
penyelidikan Tindakan PPG ini. Kehadiran Tuan memberi semangat kepada warga IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka kerana sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menjayakan Seminar Penyelidikan
Tindakan ini. Banyak perkara baharu yang kami belajar dalam usaha meningkatkan kualiti sesuatu
program yang dilaksanakan. Semoga ilmu ini dapat diguna pakai dan dijadikan amalan bukan sahaja
oleh pelajar PPG juga kepada barisan pensyarah IPG Kampus PM yang dedikasi.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ketua Jabatan yang terlibat
dalam Penyelidikan Tindakan ini yang memberi kepercayaan kepada Jabatan Penyelidikan, Inovasi
dan Profesionalisme Keguruan menguruskan Seminar ini. Tahniah dan syabas kepada semua Ketua
Unit dan Pelajar PPG yang tidak serik menimba ilmu dalam menjayakan seminar dan menerbitkan
Kompilasi Abstrak ini. Kekuatan dan keseimbangan dari segi emosi, kerohanian, fizikal dan intelek
yang pelajar tunjukkan membuktikan bakal graduan ini sudah layak dianugerahkan segolong ijazah
dalam masa terdekat ini.
Saya yakin dan percaya tanpa jalinan kerjasama padu dan komitmen yang tinggi daripada semua
pihak seminar seumpama ini tidak akan dapat dilaksanakan. Yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang. Biarpun banyak kekangan, halangan dan dugaan namun segala-galanya
dijadikan sebagai penggerak dan pembuka pintu untuk merealisasikan medan percambahan ilmu dan
perkongsian pintar ini.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa atas usaha gigih dalam menghasilkan kompilasi
abstrak penyelidikan dalam seminar ini. Semoga kompilasi abstrak ini dapat dijadikan panduan dan
rujukan dalam usaha menyebarluaskan disiplin ilmu penyelidikan dan dapatan kajian selaras dengan
usaha-usaha mencapai matlamat pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
iv | m s
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011
IPGK PEREMPUAN MELAYU
Selain pengalaman dan ilmu menghasilkan satu kajian tindakan, kami telah mendapat ilmu
menganjurkan seminar. Pengalaman bermakna dan berharga ini akan membantu kami untuk
mempraktikkannya di sekolah supaya penyelidikan dan inovasi menjadi budaya di sekolah untuk
memberi impak yang besar kepada pencapaian murid.
Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
YBhg.Tuan Rektor yang sudi memberi sokongan kepada kami, Puan Pengarah IPG Kampus
Perempuan Melayu, Melaka yang sangat prihatin dan mengambil berat, Ketua Jabatan Penyelidikan,
Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Ketua-ketua Jabatan, semua pensyarah, Ketua-ketua Unit
PPG, Jawatankuasa Seminar dan semua pelajar PPG yang menjadi tonggak sehingga berjayanya
seminar dan penerbitan Kompilasi Abstrak ini. Sesungguhnya jika tidak dipecahkan ruyung manakan
mendapat sagunya.
v|ms
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
: Timbalan Pengarah,
IPGK Perempuan Melayu Melaka
vi | m s
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
vii | m s
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015
SENARAI KANDUNGAN
Md Zamri Bin
Sahmizawati bt Kamis
Ng Sock Lean
Roslina Bt Zakaria
Kesan Penggunaan Kad Turun Lif dalam Pembelajaran Menolak
Nombor Satu Digit Daripada Nombor Dua Digit dengan
Mengumpul Semula bagi Murid Tahun 1
162 93
Rosna Norin Bt Abdul Sehat
Noraini Bt Ali
Shahidah Bt Zainuddin
Mazlina Bt Mazlan
Penggunaan Teknik Simpan dan Sambung dalam
Menyelesaikan Penambahan dalam Lingkungan 20
181 103
Mohd Bukhairy bin Zulkefli
Tan Pei Yi
Meningkatkan Kemahiran Membaca Notasi dalam Permainan
Rekoder Melalui Penggunaan Perisian Power Point Interaktif
226 Murid Tahun 4 127
Julitah Bt Minhad
414 Using Poems In Teaching Grammar (Simple Past Tense) For Year 234
4 Berlian Pupils In SK Parit Bunga Ledang, Johor
J.P.Roslin Jayaraman
ABSTRAK 1
Kemahiran membaca merupakan komponen yang penting dalam sesuatu kurikulum dan
menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang
itu tidak dapat meneroka buku ilmiah atau pun buku bacaan berbentuk hiburan bagi
memperolehi informasi yang baru. Pelbagai kaedah dan teknik yang boleh guru aplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bacaan di dalam bilik darjah. Permainan bahasa
adalah salah satu daripada kaedah ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau
keberkesanan serta peningkatan tahap penguasaan kemahiran bacaan murid-murid yang
lambat membaca di sekolah melalui permainan bahasa . Di samping itu juga kajian ini bagi
menentukan sama ada permainan bahasa mampu menarik minat murid-murid di sekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan. Untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, satu
kajian terhadap kumpulan Linus telah dijalankan. Seramai lima orang murid Tahun 3A
Linus Sekolah Kebangsaan Daerah Muar telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini.
Subjek kajian adalah dipilih secara rawak mudah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
bahawa permainan bahasa memberikan kesan yang positif serta mampu membantu murid-
murid Tahun 3 dalam penguasaan kemahiran bacaan mereka. Permainan bahasa juga
terbukti dapat menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bacaan
kerana kaedah ini amat bersesuaian dengan naluri semula jadi kanak-kanak yang suka
bermain.
ABSTRAK 2
Kajian ini saya laksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kelemahan anak didik dalam
menguasai kemahiran membaca lancar. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji
masalah murid untuk membatang suku kata sesuatu perkataan dalam petikan menggunakan
Teknik SUKAWA, iaitu Teknik Suku Kata Warna. Tiga orang responden tahun 2 di sebuah
sekolah di daerah Ledang menjadi subjek kajian. Tinjauan awal yang dijalankan berdasarkan
ujian awal dan analisis dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Model kajian yang
digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Model Lewin & Laidlaw. Data dikumpul melalui
pemerhatian berstruktur, rakaman video dan juga ujian akhir. Hasil analisis yang telah
menunjukkan seorang subjek kajian telah melepasi tahap sederhana pada kitaran pertama dan
dua lagi subjek kajian masih berada dalam tahap rendah. Selepas ketiga-tiga subjek kajian
menjalani proses intervensi kitaran kedua, kesemua mereka telah menampakkan peningkatan
dalam membatang suku kata . Hal ini telah membuktikan bahawa Teknik SUKAWA amat
berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membatang suku kata
sesuatu perkataan. Cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya, penggunaan audio
dan teks boleh digunakan untuk membantu murid membatang sesuatu suku kata seterusnya
melancarkan bacaan teks dengan lebih cepat dan berkesan.
Kata kunci: membatang suku kata, Teknik SUKAWA, Model Lewin & Laidlaw
ABSTRAK 3
Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam , menyebut huruf dan sukukata
, membatang dan membaca perkataan , ayat seterusnya petikan. Kajian ini meliputi aspek
membaca perkataan yang mengandungi sukukata kv + kvk. Ianya merupakan salah satu
konstruk yang diuji dalam program LINUS. Kegagalan murid menguasai bacaan perkataan
sukukata ini menjejaskan penguasaan kemahiran membaca seterusnya. Tujuan kajian ini
untuk membantu serta menguji sejauh mana keberkesanan teknik bermain meningkatkan
kemahiran membaca. Lumrahnya , bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak kanak. Melalui teknik
bermain , kanak kanak akan belajar lebih gembira dan menimbulkan suasana seronok
seterusnya timbul minat dan memberi tumpuan dalam pembelajaran. Diharapkan teknik
bermain ini dapat dijalankan serta diberi penambahbaikkan bagi meningkatkan kemahiran
membaca terutama bagi murid murid pemulihan.
ABSTRAK 4
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan teknik nyanyian dalam meningkatkan kemahiran
membaca KV+KV murid Tahun Dua. Intervensi dilakukan terhadap empat orang subjek
kajian yang terdiri daripada muridTahun Dua di Sekolah Kebangsaan Seremban, Negeri
Sembilan menggunakan Suku Kata Berwarna. Dapatan kajian diperoleh melalui pemerhatian,
temubual, soal selidik dan analisis dokumen serta praujian dan pascaujian. Selepas intervensi
diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teknik nyanyian
kepada subjek kajian, semua subjek kajian menunjukkan perubahan yang positif. Subjek
kajian berasa seronok untuk belajar dan menunjukkan keyakinan diri untuk bergaul dengan
rakan lain di dalam kelas. Kajian ini membuktikan Suku Kata Berwarna mampu membantu
meningkatkan kemahiran membaca KV+KV murid Tahun Dua.
ABSTRAK 5
Norbaya bt Harun
Ramly b Abu
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran saya, selain menilai sejauh manakah penggunaan kaedah J-Dana dapat
membantu murid menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kata nama khas
merupakan salah satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang perlu
dipelajari oleh setiap murid. Namun sebahagian kecilnya keliru tentang penulisan huruf besar
dan kecil dalam kata nama. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis huruf besar pada
pangkal kata nama khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Subjek kajian terdiri
daripada tiga orang murid Tahun 2 iaitu seorang murid perempuan dan dua orang murid
lelaki. Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, praujian,
pascaujian dan semakan buku latihan. Tindakan yang dijalankan selama dua minggu, dua hari
digunakan untuk melaksanakan intervensi. Data intervensi kemudiannya dikumpulkan
melalui ujian awal dan ujian akhir serta pemerhatian terhadap buku latihan . Hasil daripada
data yang dianalisis, didapati semua responden telah memperolehi peningkatan yang tinggi
dalam ujian akhir yang dilaksanakan selepas intervensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah J-Dana ini sangat membantu subjek menguasai kemahiran menulis huruf besar pada
pangkal kata nama khas.
ABSTRAK 6
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan Kad Berwarna
Tertingkap dalam membantu murid Tahun Satu membaca perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup . Intstrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca,
pemerhatian dan temu bual. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang murid
Tahun Satu Gemilang, Sekolah Kebangsaan Seri Jong , Muar. Kajian ini melibatkan enam
sesi pengajaran selama tiga puluh minit bagi setiap sesi. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan penggunaan Kad Berwarna Tertingkap dapat meningkatkan kebolehan murid
membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dengan lancar.
Kata Kunci : Kemahiran Membaca, Kad berwarna tertingkap, suku kata tertutup
ABSTRAK 7
ABSTRAK 8
Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan rumus SAK-MATA menggunakan jadual
maklumat dalam membantu meningkatkan kemahiran murid membina dan menulis ayat
lengkap yang gramatis dengan peluasan predikat dalam ayat. Kajian telah dijalankan ke atas
empat orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Segamat, Johor sebagai subjek
kajian. Pemilihan subjek dilakukan melalui tinjauan awal iaitu pemerhatian, analisis dokumen
dan ujian pra. Berdasarkan hasil tinjauan ini, murid masih lemah untuk mengembangkan
predikat ayat yang dibina berdasarkan gambar rangsangan. Keadaan ini tidak seharusnya
berlaku kerana mereka sudah berada di Tahun Lima. Oleh itu, penggunaan rumus SAK-
MATA telah diperkenalkan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat
lengkap yang gramatis melalui kaedah penyoalan. Pelaksanaan intervensi kajian pula
dilakukan secara latih tubi. Instrumen yang digunakan bagi proses pengumpulan data ialah
ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Analisis data secara kuantitatif
telah digunakan dalam kajian ini dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Hasil analisis
data menunjukkan terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa penggunaan rumus SAK-MATA dapat
membantu meningkatkan kemahiran membina ayat lengkap yang gramatis dengan peluasan
predikat dalam ayat dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu murid dalam pelahiran
penulisan yang bermutu.
ABSTRAK 9
Menulis adalah merupakan salah satu pintu gerbang kepada pembelajaran dan bersesuaian
dengan tuntutan ke arah pembentukan masyarakat yang celik huruf serta bermaklumat.
Kebolehan untuk menguasai kemahiran menulis akan dapat membantu dalam penguasaan
ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada murid. Namun demikian tidak dinafikan
masalah keciciran dalam menguasai kemahiran menulis masih berlaku dalam kalangan murid
di sekolah rendah di negara kita. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana
penggunaan buku garis tiga dalam teknik latih tubi akan dapat memperbaiki kemahiran
menulis terutamanya dalam penulisan huruf besar dan huruf kecil. Dalam kajian ini, mengkaji
bagaimana untuk mengatasi masalah penulisan huruf besar dan huruf kecil menggunakan
buku garis tiga akan dapat memperbaiki cara menulis huruf besar dan huruf kecil. Sampel
kajian adalah terdiri terdiri daripada sepuluh orang pelajar tahun 2 di sebuah sekolah di
kawasan Tanjung, daerah Melaka Tengah. Teknik latih tubi telah dipilih agar sampel kajian
akan sentiasa ingat tentang cara penulisan huruf besar dan huruf kecil. Data dikumpul melalui
lembaran kerja garis tiga sampel kajian. Selain itu, sampel kajian juga akan ditemu bual.
Instrumens kajian ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Hasil analisis menunjukkan
teknik latih tubi dapat membantumengurangkan kesilapan menulis huruf besar dan huruf
kecil. Hasil dapatan dari kajian ini juga akan dapat menambah baik pengajaran saya.
ABSTRAK 10
Tujuan kajian ini untuk mengatasi kelemahan pemahaman membaca dalam bahasa Melayu
bagi murid SJK aliran Cina Tahun 5. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan
tenik SQ3R ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Respondan kajian terdiri darpada empat orang murid tahun lima sekolah jenis kebangsaan
Cina di daerah Jasin. Respondan kajian terdiri daripada empat orang nurid yang boleh
membaca dengan baik tetapi tidak memahami apa yang telah dibaca dan memerlukan
bimbingan guru sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjuan awal telah
dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian latihan yang diberi. Hasil tinjuan didapati murid-
murid ini tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Selepas dijalankan intervensi terdapat peningkatan yang memberangsangkan. Latihan yang
diberi dapat dijawab dengan baik dan menunjukkan kesan positif apabila murid-murid dapat
berinterksi semasa soal jawab. Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa teknik SQ3R
dapat mengatasi kelemahan pemahaman membaca dalam kalangan murid. Saya berharap
teknik ini dapat saya gunakan untuk mengajar dalam bahagian sistem bahasa pula bagi
mengukuhkan perbendaharaan murid-murid saya.
ABSTRAK 11
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis
karangan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2
UPSR. Sampel kajian melibatkan seramai 4 orang murid. Kajian ini memfokuskan kepada
penulisan karangan. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra dan pemerhatian yang
menunjukkan murid lemah dalam penulisan karangan. Mereka didapati pasif terhadap
pengajaran dan pembelajaran formal di dalam kelas. Teknik tapak dan tukar diperkenalkan
kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid terutama dalam penulisan karangan. Melalui teknik tapak dan tukar yang diperkenalkan
didapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis karangan semakin meningkat. Murid
tersebut telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi, seringkali aktif dan responsif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
teknik Tapak dan Tukar sangat berkesan membantu murid lemah menulis karangan
bertemakan persekitaraan murid-murid.
Kata Kunci : teknik tapak dan tukar, persekitaraan murid, penulisan karangan.
ABSTRAK 12
Norlizah bintiMohd
Robiah binti Mohamad
Kajian yang dijalankan ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran tanda baca iaitu huruf besar, tanda noktah, tanda koma, tanda seru dan tanda soal
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu terutama Tahap Dua. Reka bentuk kajian ini berdasarkan
kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos kepada kumpulan
eksperimen.Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid tahun lima dari sebuah
sekolah kebangsaan di Masjid Tanah, Melaka. Ujian sikap dalam bentuksoal selidik dan ujian
pencapaian menulis tanda baca dengan betul digunakan dalam kajian ini untuk
mendapatkan data dan dapatan data dianalisis secara kuantitatif. Hasil analisis pencapaian
murid telah menunjukkan peningkatan murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa kaedah yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan
dalam membantu murid menguasai penulisan tanda baca. Pelaksanaan kajian tindakan ini
berdasarkan Model Action Research Cycle yang diadaptasikan daripada model kajian
Kemmis dan Mc Taggart (1988). Kesimpulanya teknik latih tubi dan penggabungjalinan
elemen seni iaitu mewarna tanda baca, hurufbesar, tanda noktah, tanda koma, tanda seru dan
tanda soal telah berjaya meminimumkan kesalahan murid dalam menulis tanda baca pada
tempat yang betul.
ABSTRAK 13
mendapati bahawa kedua-dua subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dan baik
dalam ujian pos berbanding ujian pra. Keputusan membuktikan bahawa kaedah yang
digunakan sangat sesuai dan berkesan serta dapat membantu dalam peningkatan penguasaan
kemahiran mengeja dan menyebut perkataan KV + KVK dan secara tidak langsung
meningkatkan kemajuan subjek kajian dalam kemahiran membaca. Antara cadangan untuk
kajian seterusnya ialah perisian tersebut perlu lebih mesra pengguna supay dapat membantu
murid menjalankan aktiviti dengan lebih jelas dan lancar.
ABSTRAK 14
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan menulis bagi murid Tahun 6. Kajian yang
dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan Kaedah C&A secara berpandu ketika proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Subjek kajian terdiri
daripada tiga orang murid Tahun 6 Usaha disalah sebuah sekolah kebangsaan di Melaka.
Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid dalam kumpulan lemah yang memerlukan
bimbingan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kajian model Kurt Lewis (1948) sebagai panduan. Pemilihan subjek kajian yang
dipilih berdasarkan tulisan yang sangat lemah.Terdapat tiga kesalahan utama yang dilakukan
oleh subjek kajian iaitu pembentukan huruf, menulis di atas garisan dan jarak menulis di
antara perkataan dengan perkataan.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja
murid, ujian permulaan, soalselidik, temubual serta pemerhatian untuk meningkatkan
kemahiran menulis cantik dan kemas dengan mengunakan kaedah C&A. Kaedah C&A
menggunakan buku berkotak, buku garis satu dan penggunaan jari untuk menjarakkan
perkataan. Setelah aktiviti ini dilaksanakan prestasi subjek kajian menunjukkan peningkatan
dan perubahan dalam kemahiran menulis. Rumusannya, kajian yang telah dijalankan ini
sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan subjek kajian terhadap kemahiran menulis.
ABSTRAK 15
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan samaada penggunaan teknik mengesan huruf
konsonan dalam membaca perkataan KV+KVK dan KVK+KV dapat meningkatkan
keupayaan murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KVK dan KVK+
KV. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kajian ini dilaksanakan keatas 4 orang murid tahun satu
di salah sebuah sekolah di Batu Berendam. Subjek kajian merupakan murid LINUS yang
gagal dalam ujian saringan 1 yang dijalankan pada penghujung bulan Mac tahun satu.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian tidak berstruktur dan Ujian
Pra. Hasil tinjauan mendapati kesemua murid yang gagal, tidak melepasi konstruk yang
ditetapkan. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menggunakan teknik mengecam
apabila dua huruf konsonan bergabung ia tidak akan menghasikan bunyi. Ini bagi
membezakan cara mengeja perkataan KV + KVK dan KVK + KV. Keputusan ujian pasca
menunjukkan terdapat peningkatan markah murid. Dapatan soal selidik mendapati pelajar
dapat mengeja dengan lebih cepat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia dijalankan.
ABSTRAK 16
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat
dan membaca perkataan KVKVK dengan jelas dan betul. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti bahawa pelaksanaan KaedahBunga yang digunakan dapat membantu murid
yang menghadapi masalah tersebut. Dalam tinjauan awal yang telah dilakukan melalui
pemerhatian, analisis hasil kerja dan temubual bersama guru mata pelajaran dan guru kelas,
dapatlah disimpulkan bahawa murid lemah dalam membunyikan dan mengingati suku kata
KVKVK yang ada dalam isi pelajaran. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap murid Tahun 2
di sebuah sekolah di Ledang, Johor. Seramai 4 orang telah dipilih sebagai subjek kajian yang
terdiri daripada 3 orang lelakidan 1 orang perempuan. Instrumen yang digunakan untuk
pengumpulan data ialah pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Penggunaan kaedah terbukti
apabila subjek kajian menunjukkan peningkatan dengan 2 orang subjek kajian mendapat
100% dalam pencapaian ujian pos berbanding dalam ujian pra yang telah dijalankan.
Kesimpulannya, penggunaan Kaedah Bunga berkesan untuk meningkatkan keupayaan
murid dalam membaca, mengeja dan membunyikan perkataan KVKVK, seterusnya
membantu menarik minat murid untuk membaca bahan-bahan bacaan yang terdapat di
persekitaran mereka.
Kata Kunci : Kaedah Bunga, subjek kajian, perkataan KVKVK, membaca, latih-tubi.
ABSTRAK 17
ABSTRAK 18
Zainah Alias
Robiah Mohamad
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan
murid Tahun 3. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat majmuk yang
betul menggunakan teknik BARIS SEDIA. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid
tahun 3 di salah sebuah sekolah di Tengkera, Melaka. Kajian ini menggunakan modul
Johnson (2002). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, soal selidik
dan ujian pra. Hasil kajian sebelum intervensi mendapati subjek kajian sukar memahami
teknik membina ayat majmuk. Dua kesilapan utama yang dilakukan oleh subjek ialah
penggunaan kata hubung yang tidak sesuai dan susunan ayat selepas kata hubung. Subjek
kajian akan mengulangi semula ayat yang sama. Melalui teknik BARIS SEDIA, subjek kajian
dapat memahami konsep ayat majmuk secara pengalaman langsung. Kenyataan ini disokong
dengan adanya peningkatan yang ditunjukkan sepanjang proses intervensi dan ujian pos yang
telah dijalankan. Proses intervensi ini juga berjaya meningkatkan rasa seronok dikalangan
subjek kajian sepanjang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
ABSTRAK 19
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah
latih tubi ansur maju mengecam dan mewarna atau singkatannya LATAM CAMAR dalam
menyelesaikan masalah kesilapan menulis huruf besar dalam penulisan. Kajian ini bertujuan
untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar dalam penulisan terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek kajian ini
terdiri daripada 3 orang murid dari Tahun 6 yang masih menulis huruf kecil pada permulaan
ayat dan pada kata nama khas. Pemilihan subjek dilakukan melalui pemerhatian dan melalui
hasil penandaan tugasan bertulis. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat dan pada huruf awal kata nama khas. Tinjauan awal yang dibuat melalui
ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf
besar. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah LATAM CAMAR yang menekankan teknik
latih tubi ansur maju yang melibatkan penggunaan warna untuk mensifarkan kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar. Bagi meningkatkan penguasaan murid, Model Kemmis dan
Mc Taggart telah digunakan sebagai panduan melaksanakan kajian tindakan ini. Saya telah
menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis
huruf besar pada permulaan ayat dan pada huruf awal kata nama khas semakin meningkat
berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan minat dan sikap yang lebih positif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: latih tubi ansur maju, mengecam dan mewarna huruf besar
ABSTRAK 20
Sikap dan tingkah laku 10 orang murid Tahun 2 Pahlawan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran pemahaman Bahasa Melayu menunjukkan mereka tidak begitu
berminat dengan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Punca masalah yang utama ialah
kerana mereka begitu sukar untuk memahami petikan yang dibaca. Maka fokus kajian ini
adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi
membantu murid tersebut berminat membaca dan memahami setiap petikan bacaan yang
diberi melalui Kentang Panas. Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal
dalam ujian pemahaman. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran pemahaman menunjukkan bahawa semua item, skor min yang dicapai adalah di
bawah 3. Setelah Kentang Panas ini digunakan, maka didapati 10 orang murid tersebut dapat
menjawab soalan-soalan pemahaman yang diberi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan
menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian pemahaman tersebut. Min minat yang dicapai
selepas program juga telah meningkat kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran
murid dalam pemahaman telah dapat ditingkatkan dengan penggunaan Kentang Panas ini.
Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan pengajaran dan pembelaja ran
bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan
inovasi guru.
ABSTRAK 21
Kemahiran membaca merupakan tiga daripada kemahiran yang mesti dikuasai oleh pelajar.
Oleh yang demikian kajian yang dijalankan ini bertujuan membantu pelajar yang lemah
dalam menguasai kemahiran membaca perkatan yang mengandungi KVKVK bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Kajian ini berdasarkan saringan LINUS, ujian awal dan
ujian akhir. Subjek kajian terdiri daripada 3 orang murid Tahun Dua Arif di salah sebuah
sekolah kebangsaan dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Hasil tinjauan menunjukkan
murid masih gagal menguasai kemahiran membaca. Oleh yang demikian perancangan
tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan pembacaan murid. Teknik Jemput-
Jemput (JJ ), iaitu ransangan terhadap peningkatan telah digunakan. Murid-murid
mengecam huruf-huruf A Z, Sebutan secara berulang perkataan KV+KVK, atau latih tubi.
Keputusan ujiaan akhir telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan daripada
kajian ini menunjukkan subjek telah berjaya dirangsang seterusnya berusaha secara
maksimum meningkatkan daya ingatan mereka sehingga berjaya membaca perkataan
KV+KVK dengan betul.
ABSTRAK 22
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menulis huruf besar dengan betul pada
pangkal ayat dan kata nama khas. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid dari kelas
tahun tiga di sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Subjek kajian yang dipilih
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal ayat dan kata
nama khas yang lemah. Terdapat satu pola kesilapan yang telah dikenal pasti iaitu subjek
tidak menulis huruf besar di tempat yang betul. Penggunaan Teknik Paintuwarna
diperkenalkan untuk membantu subjek menulis huruf besar pada tempat yang betul.
Instrumen yang digunakan ialah ujian, pemerhatian dan soal selidik. Kajian ini menggunakan
Model Kemmis Mc. Taggart sebagai panduan. Melalui teknik Paintuwarna yang dijalankan
subjek dapat menguasai kemahiran menulis huruf besar pada tempat yang betul. 2 subjek
berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam latihan yang dilakukan. Keputusan ujian
tersebut amat memberangsangkan. Teknik Paintuwarna amat berkesan dan sesuai untuk
mengatasi masalah kesalahan menulis huruf besar pada pangkal ayat dan kata nama khas.
ABSTRAK 23
Kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid membezakan penggunaan kata sendi
nama dari dan daripada bagi murid Tahun 5 dalam aspek tatabahasa.Dalam kajian ini
tumpuan diberikan kepada lima orang murid yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan
duaorang murid perempuan. Kesemuanya adalah berbangsa Melayu. Kaedah MAT dan
NAB digunakan sebagai satu kaedah untuk membantu murid yang menghadapi masalah
bagi membezakan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada. Kaedah ini merangsang
murid supaya berkeyakinan,berani mencuba serta aktif apabila ujian pra atau ujian post
dijalankan.Setelah satu bulan teknik ini dilaksanakan,didapati bahawa 100% daipada
kumpulan sasaran dapat menguasai kemahiran ini.Tambahan pula,murid juga menunjukkan
minat yang positif serta bersemangat untuk belajar apabila aktiviti ini dijalankan dalam
bentuk permainan.Kaedah ini juga turut membantu pelajar untuk meningkatkan peratus
kelulusan sekolah terutamanya dalam peperiksaan UPSR kelak.
Kata kunci : teknik permainan, kata sendi nama, kaedah MAT dan NAB
ABSTRAK 24
ABSTRAK 25
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membuat ulasan nilai dalam bahagian C
Bahasa Melayu Kertas 2. Kajian ini melibatkan 10 orang murid dari kelas 6 Budiman SK.
Belimbing Dalam kerana mereka telah mengalami masalah dalam mencetuskan nilai murni.
Oleh itu, modul Cetusan telah digunakan bagi meningkatkan kemahiran membuat ulasan
nilai dalam bahagian C Bahasa Melayu Kertas 2 ini. Modul Cetusan yang saya gunakan
ialah permainan Menuju ke Bintang. Kajian ini telah dilaksanakan selama 4 minggu. Hasil
daripada analisis dokumen dan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa subjek kajian dapat
mencetuskan nilai murni dengan betul dan berlakunya peningkatan ketara terhadap
pencapaian subjek kajian. Kesemua subjek kajian telah melepasi markah yang minimum
dalam bahagian C ini. Oleh itu, kajian ini telah dapat membantu meningkatkan pencapaian
subjek kajian dan amalan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah.
ABSTRAK 26
Anum bt.Umat
Norida binti Berhan (Ph.D)
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membolehkan subjek kajian menguasai kemahiran
menulis karangan jenis peristiwa dalam bahasa Melayu, melalui teknik penggunaan akronim
TaTu PUAH JB sebagai pencetus idea. Subjek kajian terdiri daripada 29 orang murid Tahun
5 dari sebuah sekolah jenis kebangsaan yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertama mereka. Subjek kajian dikenal pasti menghadapi masalah memperoleh idea
untuk penulisan karangan. Penggunaan akronim ini berupaya mencetus idea subjek kajian
sekali gus menyusunatur idea dari perenggan ke perenggan mengikut kronologi peristiwa
yang diperihalkan. Keputusan yang direkodkan melalui pengumpulan data akhir
menunjukkan kejayaan kajian berdasarkan peningkatan markah karangan pada Bahagian B
Kertas 2 Penilaian Pertengahan Semester 1. Subjek kajian turut menunjukkan minat untuk
mempelajari singkatan isi baharu bagi jenis karangan yang lain. Ini telah dapat memupuk
minat mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknik ini perlu diteruskan bagi memastikan kelangsungan minat dan
pencapaian para subjek kajian khasnya dan murid-murid lain amnya.
ABSTRAK 27
Kajian yang dijalankan memfokus kepada masalah meningkatkan kemahiran murid mengenal
huruf a hingga z. Kajian ini melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada lima orang murid
kelas satu Maju iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Pada tinjauan
awal, kajian dijalankan melalui pemerhatian dan ujian pra. Hasil dapatan melalui ujian pra
ialah semua subjek kajian gagal dalam ujian yang dijalankan. Bagi mengatasi masalah
tersebut, saya menggunakan teknik bingo bagi membantu murid mengenal dan mengingat
huruf. Borang soal selidik dan ujian pos telah digunakan terhadap subjek kajian selepas
pelaksanaan kajian tindakan dijalankan. Berdasarkan ujianakhir kajian yang telah dijalankan,
seramai tiga orang subjek kajian telah menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam
pencapaian berbanding ujian awal kajian. Hal ini menunjukkan bahawa teknik permainan
binga yang digunakan sangat berkesan dalam membantu murid lemah mengenal huruf a
hingga z.
ABSTRAK 28
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah membina ayat. Dalam
bahagian penulisan bina ayat Kertas 2 Bahasa Melayu ini, murid-murid dikehendaki menulis
lima ayat berpandukan gambar grafik. Bagi menghasilkan ayat, murid-murid dikehendaki
memindahkan maklumat daripada gambar rajah grafik dalam bentuk pembinaan ayat yang
lengkap dan gramatis. Tinjauan awal yang dibuat melalui peperiksaan pertengahan tahun,
murid-murid tahap 2 masih tidak dapat menaakul maklumat tersurat atau tersirat dalam
gambar grafik dan memperoleh markah yang baik dalam bahagian ini walaupun latihan secara
latih tubi individu telah dilaksanakan. Pengajaran dan pembelajaran melalui teknik
perbincangan berpandukan bahan bergambar fotostat yang dibekalkan sehelai bagi setiap
orang murid masih amat mengecewakan kerana target untuk memastikan semua murid kelas
ini mendapat markah 12% atau sekurang-kurangnya 10% daripada 20% masih belum
tercapai. Melalui tinjauan dan post mortem yang telah saya buat, saya dapati punca utama
murid tidak dapat markah lulus atau 50% kerana mereka tidak dapat menfokuskan maklumat
dengan tepat dan memperluaskan predikat ayat berdasarkan gambar grafik. Hal ini
mencelikkan diri saya untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku. Justeru
itu, saya telah menghasilkan kaedah yang diberi nama Foto (1F), Fokus (2F), dan Fikir
(3F).atau akronimnya 3F. Saya memilih kaedah ini kerana latihan yang saya fokuskan
dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan pemerhatian murid pada maklumat
tersurat dalam foto (gambar grafik), fokus (memberi tumpuan/menaakul) dan Fikir (berfikir
atau bersoalan) seperti bagaimana, mengapa, di mana, bila dan apa serta siapa dalam proses
pembinaan ayat yang lebih lestari.
ABSTRAK 29
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah teknik latih tubi dapat memantapkan
penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun lima. Di samping itu, kajian tindakan ini
juga bertujuan untuk meningkatkan tumpuan dan fokus murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Subjek kajian terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan
dari kelas 5 Ungu di sebuah sekolah di Bachang, Melaka. Instrument kajian terdiri daripada
borang soal selidik, ujian pra, Kenali Saya, Mari Mengingat, Bersama Saya dan ujian
pasca. Data dikumpul melalui penyelidikan kuantitatif iaitu data berangka dan ketepatan.
Analisis data yang digunakan dalam kajian ini berbentuk deskritif yang menggunakan
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi selepas
rawatan diberikan kepada subjek kajian. Peratus markah dalam Ujian Pasca meningkat
sebanyak 60% peratus. Daripada dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa teknik latih
tubidapat membantu meningkat dan memantapkan penggunaan tanda baca dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Cadangan untuk kajian seterusnya ialah dengan latih tubi
interaktif.
ABSTRAK 30
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan teknik pengajaran guru. Seramai 28 orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada teknik mengajar
Bahasa Malaysia Penulisan Bahagian C. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan
menunjukkan murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh itu, saya
telah menggunakan teknik BASRIE untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam
menghasilkan ulasan yang melibatkan nilai. Saya menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dan didapati penguasaan murid semakin memuaskan berbanding sebelumnya.
Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
ABSTRAK 31
Kajian ini dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap masalah tidak tahu menulis huruf
besar dalam ayat Bahasa Melayu bagi pelajar bukan Melayu. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra, soal selidik,temubual serta pemerhatian.
Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak tahu menulis huruf besar di tempat yang sesuai
ketika menyalin atau membuat ayat. Kemahiran menulis dengan betul adalah sangat penting
bagi setiap murid untuk mendapat markah yang tinggi. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh dua orang murid Tahun 5 di dalam menulis huruf besar dengan betul dalam ayat maka
saya mengaplikasikan penggunaan carta huruf dan kaedah CAMDAWAR. Amalan
menggunakan garisan pada awal menulis dapat melatih murid-murid menulis dengan betul.
Amalan ini akan berterusan dan menjadi budaya menulis sehingga mereka dewasa. Jadi tidak
timbul masalah tulisan yang terlalu kecil, buruk dan sukar dibaca. Saya memperkenalkan
kaedah carta huruf serta penerangan tentang penggunaan huruf besar dengan betul dalam
menulis ayat. Seramai 2 orang responden dan 3 orang guru terlibat dalam kajian ini. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dan dijalankan selama
20-30 minit mengikut peruntukan masa yang diberi. Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan
peningkatan pencapaian prestasi pelajar dan pelajar jelas berminat dengan kaedah tersebut.
ABSTRAK 32
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah garisan
secara ansur maju dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul dan kemas
serta menambah baik amalan pengajaran saya. Kemahiran menulis merupakan salah satu
kemahiran 3M yang mesti dikuasai oleh murid Tahun 1. Dua orang murid dari sebuah sekolah
di kawasan Melaka Tengah, telah dipilih untuk dijadikan sebagai subjek kajian. Pengkaji
telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dalam kemahiran menulis
huruf dengan betul dan kemas. Bagi mengatasi masalah kekemasan tulisan murid, pengkaji
telah menggunakan kaedah garisan secara ansur maju. Kaedah garisan yang digunakan ialah
kaedah garisan garis tiga dan seterusnya beransur kepada kaedah garisan dua. Dalam kajian
ini juga melibatkan pembelajaran masteri iaitu setelah murid berjaya menguasai kemahiran
menulis pada kertas garisan tiga, murid akan diberi latihan pada kertas garis dua pula. Kaedah
ini dinamakan sebagai ansur maju dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid
terhadap tulisan yang betul dan kemas di kalangan murid Tahun 1 yang menjadi fokus utama
dalam kajian ini.
ABSTRAK 33
Fokus kajian ini adalah mengenai murid yang mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran mengenal huruf. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid dengan penggunaan kaedah Libur Abjad dalam membantu murid
menguasai kemahiran mengenal huruf konsonan b, d, p, q, m dan n. Terdapat tiga
kemahiran yang dikaji untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf iaitu
Kemahiran Lisan, Kemahiran Menunjuk Huruf dan Kemahiran Mewarna Huruf. Subjek
kajian terdiri daripada dua orang murid tahun satu yang mempunyai masalah dalam
kemahiran mengenal huruf. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan senarai semak
manakala instrumen lain yang turut digunakan adalah pemerhatian dan temu bual. Dapatan
daripada analisis data pasca menunjukkan subjek telah mencapai tahap penguasaan mengenal
huruf yang sangat memberangsangkan selepas menggunakan kaedah bacaan kuat dan diikuti
kaedah pengulangan. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah Libur Abjad
dapat membina pengetahuan sedia ada murid seterusnya disimpan sebagai ingatan jangka
panjang. Rumusannya, kaedah ini sangat berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan
murid tahun satu dalam kemahiran mengenal huruf melalui penggunaan kaedah Libur
Abjad.
Kata kunci : Libur Abjad, huruf konsonan, menunjuk huruf, mewarna huruf
ABSTRAK 34
Md Zamri bin
Noor Sham Binti Sabtu
ABSTRAK 35
Kajian yang dijalankan memfokuskan kepada masalah untuk menghasilkan nilai-nilai murni
melalui petikan penulisan karangan kertas dua bahagian C. Melalui isi-isi penting ini murid
akan menghasilkan rumusan sebuah karangan seperenggan yang merangkumi ayat yang jitu
dan gramatis. Fokus utama kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid
membuat rumusan dengan membina ulasan yang tepat dan mengandungi ayat-ayat yang
gramatis berdasarkan kehendak soalan yang dikemukakan. Kajian ini melibatkan responden
yang terdiri daripada enam orang murid dari kelas 5 Cerdik. Sampel kajian terdiri daripada
tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Pada tinjauan awal, kajian
dijalankan melalui pemerhatian dan ujian pra. Hasil dapatan melalui ujian pra ialah semua
responden tidak dapat menjawab kehendak soalan, ini menyebabkan hasil penulisan mereka
hambar dan dikategorikan dalam kedudukan gred C dan gred D. Bagi mengatasi masalah
tersebut, pengkaji telah menggunakan kaedah 5kita dengan melengkapkan kerangka jadual
untuk membina ulasan. Borang soal selidik dan ujian pos telah digunakan terhadap responden
selepas pelaksanaan kajian tindakan dijalankan. Berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan,
seramai enam orang responden telah menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding
ujian pra. Purata peningkatan markah ialah antara 25 hingga 45 peratus. Hal ini menunjukkan
kaedah 5 kita dengan melengkapkan kerangka jadual dapat meningkatkan kemahiran
membina ulasan di kalangan responden. Seterusnya, pengkaji mencadangkan beberapa kajian
lain yang boleh dilaksanakan dan diperluaskan seperti penggunaan kerangka kaedah 5 kita
diubahsuaikan dalam penulisan Bahagian B Bahasa Melayu kertas dua agar hasil penulisan
murid berjaya menerbitkan kesinambungan ayat yang dihasilkan.
Kata kunci : Membentuk kerangka 5 kita, melengkapkan kerangka 5 kita ,rumusan nilai
murni secara gramatis. Kaedah 5 kita.
ABSTRAK 36
ABSTRAK 37
Kajian ini untuk menangani masalah kekeliruan pengecaman huruf b dan huruf d dalam
kalangan murid Tahun 1 di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan
Kaedah Sebuncit dalam membantu menangani kekeliruan pengecaman huruf b dan d
dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Kajian ini bertitik tolak daripada masalah murid-murid
Tahun 1 tidak dapat menyebut huruf dengan betul dan tidak dapat membaca perkataan dengan
betul. Bagi mengenal pasti responden, ujian diagnostic telah dijalankan. Sampel kajian terdiri
daripada lima orang murid Tahun 1 di Muadzam Shah, Pahang. Tinjauan awal mendapati
murid-murid Tahun 1 ini mengalami masalah kekeliruan dalam pengecaman huruf b dan
d. Kelima-lima murid memperoleh skor yang rendah iaitu 17% semasa ujian pra dijalankan.
Dapatan daripada ujian Pos menunjukkan peningkatan sebanyak 50% setelah Kaedah
Sebuncit dilaksanakan. Hasil kajian ini mendapati kelima-lima respondan menunjukkan
perubahan yang positif. Kesimpulannya, kajian ini mendapati Kaedah Sebuncit dapat
membantu murid-murid Tahun 1 dalam menangani masalah kekeliruan pengecaman huruf b
dan d dan seterusnya membantu melancarkan amalan dalam kalangan murid-murid Tahun 1.
ABSTRAK 38
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Ruangan Nilai dalam
meningkatkan pencapaian dan tumpuan murid- murid 5 Ihsan Bahasa Melayu agar dapat
mengesan,menulis dan menghuraikan nilai murni/pengajaran dalam Penulisan Bahagian C .
Kajian ini melibatkan 19 orang murid di SK Seri Biram, Pekan, Pahang. Sampel kajian dipilih
secara bertujuan iaitu terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang setara. Murid-murid kelas 5 Ihsan menghadapi masalah dalam penulisan
Bahagian C (mengesan, menulis dan menghuraikan nilai murni/pengajaran). Masalah yang
timbul ialah kebanyakkan mereka hanya menyalin semula ayat tanpa menulis nilai murni
yang sepatutnya. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari
pendekatan menggunakan formula yang paling mudah bagi murid-murid untuk menjawab
soalan bahagian C tanpa menyalin semula soalan tersebut sebagai jawapan. Oleh itu Kaedah
Ruangan Nilai telah diperkenalkan. Melalui Kaedah Penulisan Ruangan Nilai ini murid-
murid dapat mengenal nilai-nilai murni dan seterusnya dapat mengembangkan ayat menjadi
ayat yang baik dan gramatis. Dapatan daripada kajian, sebelum ini murid menjawab soalan
tanpa ada garis panduan dan teknik yang teratur telah berubah. Melalui pendekatan baru ini
ayat-ayat yang dibina oleh murid-murid semakin teratur dan murid dapat mengesan nilai
murni atau pengajaran dengan mudah dalam petikan berdasarkan formula yang diberi.
Sebagai rumusan teknik ini dapat menjadikan murid-murid bertambah yakin untuk menjawab
soalan penulisan bahagian C. Keputusan kajian berjaya meningkatkan peningkatan murid-
murid dalam mengesan nilai-nilai murni.
ABSTRAK 39
Kajian tindakan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Panjang Sari, Muar. Kajian ini
melibatkan murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan masalah penguasaan kemahiran menulis
karangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji menjalankan kajian terhadap 30
orang murid sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Penyelidikan ini
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tentang kemahiran menulis karangan.
Penyelidik menggunakan pendekatan proses untuk mengatasi masalah ini. Dalam Kajian
Tindakan ini, pengkaji mengumpul data melalui soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Kajian
ini memberi maklumat yang sangat bererti kepada penyelidik dan berpendapat pendekatan
proses adalah positif dan boleh membantu untuk meningkatkan pencapaian penguasaan
kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Panjang
Sari, Muar. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pendekatan proses dapat membantu
meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Selain daripada itu hasil
kajian mendapati pendekatan proses dapat memudahkan murid menulis surat kiriman tak
rasmi dan juga membantu murid mendapat markah yang baik dalam ujian.
ABSTRAK 40
Kajian ini adalah satu kajian tindakan yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan
imbuhan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan
bunyi huruf p, s, t dan k. dengan menggunakan teknik nyanyian enjit-enjit mencari jodoh.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana teknik nyanyian dapat membantu kanak-
kanak menguasai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah
untuk meningkatkan penguasaan imbuhan meN apabila bergabung dengan kata dasar di
kalangan pelajar.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, semakan kerja murid,
pemerhatian dan temubual. . Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam imbuhan
meN apabila bergabung dengan kata dasar. Peserta kajian diberikan intervensi dengan
menggunakan teknik nyanyian enjit-enjit mencari jodoh. Data dianalisis dengan
menggunakan analisis ujian pra dan ujian pos. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid
Tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan markah dalam ujian pra dan ujian
pos. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Perbezaan markah ini
menunjukkan penguasaan imbuhan telah bertambah dengan menggunakan kaedah nyanyian
enjit-enjit mencari jodoh. Bagi cadangan kajian seterusnya, pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah nyanyian enjit-enjit mencari jodoh haruslah dikekalkan kerana kaedah
ini mudah, seronok dan senang difahami.
ABSTRAK 41
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam Penulisan Bahagian A
dengan menggunakan teknik SAKat. Kajian ini memfokuskan pada aspek pengembangan ayat
agar setiap ayat yang dibina oleh murid mempunyai keterangan serta lebih gramatis. Kajian
ini melibatkan responden seramai 5 orang murid Tahun 4 Merah. Sampel kajian ini terdiri
daripada dua orang murid Melayu, dua orang murid Cina, dan seorang murid India. Pada
tinjauan awal, kajian dimulakan dengan melakukan pemerhatian melalui latihan bertulis dan
ujian pra. Hasil analisis yang dilakukan terhadap keputusan ujian pra, didapati semua
responden memperoleh markah antara 02 hingga 05 sahaja. Atas inisiatif pengkaji, teknik
SAKat telah digunakan untuk membimbing responden dalam aspek pengembangan ayat.
Setelah melalui kelas bimbingan, satu ujian pos telah dijalankan. Hasilnya, 4 orang responden
ini telah Berjaya menunjukkan peningkatan ke tahap baik dan memuaskan manakala seorang
daripadanya telah mencapai tahap cemerlang. Ini membuktikan bahawa teknik yang
digunakan telah dapat membantu responden mengembangkan ayat menjadi ayat yang
gramatis. Seterusnya, pengkaji ingin mencadangkan satu kajian lain yang bersesuaian dengan
murid Tahap 1 iaitu pembinaan ayat majmuk berbilang predikat.
Kata kunci : Penulisan Bahagian A, pengembangan ayat, keterangan serta lebih gramatis,
teknik SAKat, menunjukkan peningkatan, kelas bimbingan.
ABSTRAK 42
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Ledang, bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran mengeja perkataan suku kata tertutup KVK kepada tiga orang murid
LINUS Tahun 1 melalui penggunaan Buku LEB. Penghasilan Buku LEB; lihat, eja dan baca
dihasilkan melalui gabungan kaedah pandang sebut (VAK) dan gabungan bunyi kata
(KGBK). Tinjauan awal berdasarkan ujian pra, menunjukkan murid masih tidak dapat
menguasai kemahiran mengeja perkataan suku kata KVK. Bagi mengatasi masalah ini satu
tindakan telah diambil iaitu penggunaan Buku LEB. Buku LEB merupakan sebuah naskhah
yang dihasilkan dalam bentuk gambar dan perkataan. Melalui penggunaannya, murid
dibimbing mengeja perkataan suku kata tertutup KVK dengan mengenal pasti perkataan
melalui gambar seterusnya mengeja suku kata KV diikuti dengan KVK. Ejaan akan dibuat
pertama bagi suku kata KV dan diikuti suku kata KVK dengan mengaitkan sebutan yang
ingin dieja dengan fonik huruf. Kajian ini dijalankan mengikut reka bentuk kajian tindakan.
Data untuk kajian diperoleh melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, rekod kemajuan
murid dan temu bual. Analisis ujian ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor
bagi ketiga-tiga subjek. Berdasarkan hasil pemerhatian, rekod kemajuan murid dan temu bual,
menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Buku LEB dapat
mengatasi ketidakupayaan murid mengeja perkataan suku kata KVK.
Kata Kunci : mengeja perkataan suku kata KVK, murid LINUS, Buku LEB
ABSTRAK 43
Kajian tindakan ini dijalankan untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
dan murid dalam menguasai kata ganda dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
Seramai empat orang murid Tahun 5 iaitu dua orang murid perempuan dan dua orang murid
lelaki Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah terlibat dalam kajian ini. Data-data kajian telah
dikumpulkan serta ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu ujian, pemerhatian dan juga
temu bual. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos, borang senarai semak dan
juga soalan-soalan temu bual. Berasaskan analisis data ujian pra dan ujian pos, berlaku
peningkatan peratusan skor markah murid sebanyak dalam ujian pos berbanding dengan ujian
pra. Borang senarai semak juga telah menunjukkan keputusan yang meningkat iaitu murid
dapat menguasai penggunaan kata ganda dalam ayat dengan baik. Dapatan kajian ini juga
telah menunjukkan bahawa kesemua empat orang murid yang ditemubual bersetuju bahawa
kaedah Pembelajaran Koperatif yang digunakan oleh guru dapat membantu mereka
meningkatkan kefahaman dalam menggunakan kata ganda yang betul dalam ayat. Pada
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah Pembelajaran Koperatif
dalam kajian tindakan ini dapat memberikan impak yang positif dalam pembelajaran murid
untuk meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan kata ganda dalam ayat.
ABSTRAK 44
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah kesan PROBBUJ dapat
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Kenanga di Sekolah
Kebangsaan Batu Anam, Segamat, Johor. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang
murid Tahun 5 Kenanga. Murid-murid ini diberikan jadual PROBBUJ untuk meningkatkan
minat membaca dalam kalangan murid. Murid-murid perlu membaca mengikut jadual yang
telah disediakan dalam program ini. Minat murid-murid ini diukur dengan peningkatan
bilangan bahan bacaan Bahasa Melayu yang dibaca berdasarkan buku rekod bacaan NILAM
dalam jangkamasa lapan minggu. Hasil dapatan data dianalisis menggunakan kaedah
deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sebelum kajian
dijalankan dan selepas kajian dijalankan. Peratus bilangan bahan bacaan yang dibaca
meningkat dari minggu pertama sehingga minggu ke lapan. Sebelum kajian dijalankan murid-
murid ini hanya membaca sebuah buku sahaja sepanjang minggu tersebut. Namun begitu,
setelah kajian dijalankan dan menggunakan kaedah PROBBUJ murid-murid membaca
pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, ensiklopedia dan kamus.
Kaedah PROBBUJ ini telah dapat meningkatkan minat murid-murid membaca kerana
penjadualan bahan bacaan yang disarankan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan peratus
pencapaian markah peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.
ABSTRAK 45
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan suku kata berwarna dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu murid-murid Tahun 1. Kajian
ini juga bertujuan murid-murid dapat membaca perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung dengan betul. Ujian Pra dan Ujian Pasca serta kaedah pemerhatian
digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan seramai tiga orang murid di sebuah
sekolah di daerah Melaka Tengah. Murid-murid ini ialah murid-murid Tahun1 Perdana.
Model yang digunakan di dalam kajian ini ialah Model Lewin (1946) dan Laid Law (1992)
yang mengandungi lima fasa iaitu mengenal pasti masalah, merancang tindakan, pelaksanaan
tindakan, mengumpul data dan menganalisis data serta membuat refleksi. Selain itu, kajian
ini digunakan untuk mengukur penguasan murid agar dapat membaca dengan betul. Ujian-
ujian selepas pengajaran dan pembelajaran juga diberikan kepada murid untuk membuat
latihan dan mengukur penguasaan yang telah dipelajari. Kajian ini mendapati penggunaan
suku kata berwarna dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid Tahun
1 setelah melaksanakan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan terhadap mereka. Oleh
yang demikian, selain dapat meningkatkan kemahiran membaca, murid-murid juga
menunjukkan sikap positif terhadap pelajaran dan mereka lebih bermotivasi untuk belajar jika
dibandingkan dengan sebelum ini.
ABSTRAK 46
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid pasca linus yang lemah dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. Hanya empat orang murid pasca linus yang terlibat dalam kajian ini. Saya
memfokuskan kepada kemahiran membaca perkataan bersuku kata tertutup kvk + kvkk.
Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan bahawa murid kurang
lancar membaca perkatan bersuku kata tertutup walaupun mereka telah lepas daripada kelas
linus. Saya memilih teknik permainan kad bagi mengatasi masalah ini. Beberapa langkah
telah dirancang bagi memastikan responden benar-benar menguasai kemahiran membaca ini.
Saya dapati ada perbezaan antara pembelajaran sekarang dengan yang sebelumnya, responden
telah dapat menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup dengan teknik permainan kad
yang menyeronokkan itu. Peningkatan dari ujian pra ke ujian pos bagi responden A ialah
sebanyak 30%, responden B ialah sebanyak 25%, responden C 40% dan responden D
sebanyak 50%. Pada akhir kajian ini mendapati bahawa responden telah menunjukkan
perkembangan yang aktif dan agresif, dan pembelajaran juga semakin menyeronokkan.
Kata kunci: membaca perkataan sukukata tertutup kvk + kvkk, murid pasca Linus. Teknik
Permainan Kad.
ABSTRAK 47
Kajian ini dihasilkan adalah untuk mengkaji bagaimana penggunaan lagu-lagu dan nyanyian
dalam Bahasa Melayu terutamanya lagu kanak-kanak dapat membantu murid-murid tahun
satu di Sekolah Kebangsaan Jementah, Segamat mengingati kembali perbendaharaan kata
Bahasa Melayu yang dipilih. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada
penggunaan lagu-lagu dapat membantu murid-murid meningkatkan kemampuan untuk
menyimpan dan mengingati kembali perbendaharaan kata yang telah dipelajari. Seramai 21
orang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Jementah yang dilibatkan kerana mempunyai
prestasi kemahiran Bahasa Melayu mereka rendah. Ujian Pra dan Ujian Pasca telah digunakan
untuk melihat peningkatan dalam mengingat kembali perbendaharaan kata yang telah
dipelajari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lagu-lagu boleh membantu kanak-kanak
mengingat kembali perbendaharaan kata yang telah dipelajari. Di samping, kanak-kanak
dilihat seronok dan terhibur dengan sesi pengajaran yang dijalankan.
ABSTRAK 48
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gemerah yang mempunyai murid LINUS yang
masih belum menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka KVKV.
Memandangkan terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai suku kata
terbuka KVKV, teknik Gampsu atau nama panjangnya teknik Gambar Padan Suku kata.
Kajian melibatkan murid Tahun 1 Perdana yang mempunyai masalah membaca suku kata
KVKV tersebut. Teknik ini untuk memastikan semua murid Tahun 1 Perdana berkeupayaan
untuk menguasai asas literasi menggunakan teknik ini. Murid yang dikaji didapati sukar
mengingati perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kvkv. Oleh kerana penguasaan
kvkv antara asas kemahiran membaca, teknik Gampsu (Gambar Padan Suku kata) ini telah
diperkenalkan bagi mengatasi masalah membaca suku kata kvkv. Bermain telah diakui
penting untuk pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak oleh ramai penyelidik seperti
Moyles (1989), Bruce (1991), Hall dan Abbot (1991), Drake(2001), dan Brock (2009).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik Gampsu ini juga telah berjaya
membantu murid-murid LINUS Tahun 1 Perdana membaca suku kata KVKV.
ABSTRAK 49
Guru Bahasa Malaysia sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Malaysia
kerana terdapat ramai dalam kalangan murid yang tidak dapat menguasai aspek tatabahasa
dengan baik. Kemahiran tatabahasa ini perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini amat
berguna khususnya dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
melihat sejauh mana penggunaan kaedah Koperatif dalam meningkatkan penguasaan di
sebagai awalan dan kata sendinama dalam ayat bagi murid-murid Tahun 3. Di samping itu,
melalui kajian ini pengkaji dapat melihat seberapa banyak kekeliruan terhadap penggunaan
di sama ada sebagai awalan mahupun kata sendi nama oleh kumpulan sampel yang dikaji.
Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah Koperatif yang
dijalankan dapat menarik minat murid-murid dalam meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran Bahasa Melayu. Murid-murid juga akan lebih bermotivasi kerana dibantu oleh
ahli kumpulan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 4 orang dari kelas 3 Bestari yang
telah mendapat markah terendah daripada Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, ujian pra dan ujian pos tentang dua aspek
tatabahasa iaitu imbuhan awalan di dan kata sendi nama di. Pengkaji menganalisis data
berdasarkan maklum balas daripada boring soal selidik dan menggunakan Analisis Statistik
Deskriptif. Analisis Pencapaian digunakan untuk membandingkan ujian pra dengan ujian pos.
Diharapkan hasil kajian ini nanti dapat meningkatkan pencapaian matapelajaran Bahasa
Melayu khususnya dalam penulisan dan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan
UPSR.
ABSTRAK 50
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan perluasan predikat dalam ayat menggunakan rumus
WAH. Kajian dilakukan terhadap tiga orang murid tahun 4 di sebuah sekolah di Daerah
Jasin, Melaka. Pemilihan subjek dilakukan berdasarkan melalui tinjauan awal iaitu analisis
dokumen, diagnostic dan soal selidik. Berdasarkan tinjauan terhadap kajian ini didapati
murid-murid ini gagal mengembangkan bahagian predikat ayat yang dibina. Oleh kerana
mereka sudah pun berada di Tahun 4 mereka perlulah menguasai kemahiran membina ayat
lengkap. Jika kemahiran ini tidak dikuasai oleh mereka, maka mereka akan mengalami
masalah dalam pelahiran penulisan yang baik dan bermutu. Maka kajian yang akan dilakukan
ini diharap dapat membantu murid-murid ini membina ayat lengkap apatah lagi menggunakan
rumus WAH iaitu suatu rumus yang membantu murid membina ayat dengan perluasan
predikat berdasarkan tiga aspek utama iaitu Watak, Aktiviti dan Huraian. Perlaksanaan
intervensi kajian pula dilakukan secara latih tubi. Instrumen kajian yang digunakan bagi
proses pengumpulan data ialah ujian ( ujian pra dan ujian pos), analisis dokumen dan soal
selidik. Analisis data secara kuantitatif telah digunakan untuk kajian ini dan pelaporan kajian
adalah secara neratif. Hasil analisis data menunjukkan terdapat peningkatan markah dalam
ujian pos berbanding ujian pra. Dapatan keseluruhan kajian pula membuktikan bahawa
penggunaan rumus WAH dapat membantu meningkatkan kemahiran perluasan predikat
dalam ayat dengan lebih berkesan. Cadangan bagi kajian seterusnya ialah pengkaji lain
mengkaji penggunaan rumus WAH bagi subjek kajian yang lebih ramai.
ABSTRAK 51
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan
menyebut perkataan yang mengandungi suku kata KV + KVK menggunakan kaedah
warna.Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ledang. Responden terdiri dari empat
orang murid tahun satu yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan dari kelas 1 Bestari.Responden dipilih berdasarkan ujian penempatan murid tahun
satu. Hasil tinjauan mendapati responden bermasalah dalam kemahiran membaca terutama
perkataan KV + KVK. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kuantitatif iaitu
ujian pra dan ujian pos, pemerhatian, analisis dokumen dan senarai semak. Hasil analisis data
mendapati bahawa kemahiran murid murid menunjukkan peningkatan dalam menyebut
perkataan yang mengandungi suku kata KV + KVK. Dapatan kajian yang diperoleh bahawa
aktiviti membaca menggunakan kaedah dua warna dapat membantu meningkatkan kemahiran
murid menyebut perkataan yang mengandungi gabungan KV + KVK. Oleh itu, kajian
lanjutan berkemungkinan boleh mengaplikasikan proses membaca suku kata yang lebih sukar.
Kata Kunci : Menyebut sukukata KV+KVK, masalah kemahiran membaca, Teknik 2 warna
ABSTRAK 52
Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan dalam kalangan lapan orang murid Tahun 6 di
sebuah sekolah di Melaka. Penyelidikan tindakan melibatkan penggunaan kata sendi nama
yang tepat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan: Bahagian A iaitu membina lima
ayat gramatis dengan memindahkan maklumat berdasarkan gambar rangsangan. Murid-murid
perlu mendapat markah tahap cemerlang bagi iaitu 9 hingga 10 daripada keseluruhannya 10.
Proses intervensi melibatkan kaedah pengajaran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
yang menarik melalui penggunaan multimedia seperti menggunakan computer dan Liquid
Crystal Display (LCD) untuk memaparkan grafik yang berkaitan dengan isi pengajaran bagi
memudahkan penguasaan murid. Berdasarkan pencapaian gemilang sekolah dalam tempoh
lima tahun kebelakangan dari 2009 2013, semua peserta kajian ini disasarkan untuk
memperoleh gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas Penulisan UPSR. Justeru,
masalah yang dijadikan penyelidikan tindakan bagi mengatasi kelemahan murid-murid yang
terlibat yang sebenarnya berpotensi besar. Kesilapan tatabahasa asas akan menjejaskan
penguasaan kemahiran menulis secara keseluruhannya. Ujian pra, aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, ujian pasca dan soal selidik bagi mengenal pasti latar belakang individu
murid yang berkaitan dengan permasalahan dijadikan intervensi dan akhirnya semua lapan
orang peserta kajian didapati mencapai 100%. Sememangnya penggunaan bahan grafik dapat
meningkatkan dan memantapkan kemahiran menulis ayat yang gramatis.
ABSTRAK 53
Kajian ini adalah disasarkan kepada lima orang murid Tahun Lima Bestari Sekolah
Kebangsaan Ramuan China Kechil bagi meningkatkan prestasi mereka dalam penulisan
Bahasa Melayu menggunakan gambar bersiri. Tinjauan awal mendapati, subjek kajian ini
tidak dapat menulis karangan naratif dengan baik. Perkara ini menyebabkan subjek sukar
mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid mengenalpasti isi-isi
penting dan menghuraikan dengan betul. Kaedah mengumpul data dalam kajian ini melalui
ujian sebelum intervensi dan selepas intervensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa ada
peningkatan pencapaian murid-murid dari segi markah mereka. Selain itu kajian ini juga
menunjukkan ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran bagi seorang guru yang
mengajar mata pelajaran ini berbanding sebelumnya. Diharapkan kaedah yang digunakan ini
dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk meminati bidang penulisan naratif Bahasa
Melayu seterusnya melahirkan insan yang berilmu.
ABSTRAK 54
Kajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun Dua Fatanah di Sekolah
Kebangsaan Othman Shawal yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata tertutup
ng. Kajian tindakan ini bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan teknik permainan padanan gambar dan silang kata
dapat menguatkan daya ingatan murid dan membolehkan murid melancarkan pembacaan
mereka. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 2 Fatanah (LINUS) Sekolah
Kebangsaan Othman Shawal. Rumusan data yang diperoleh daripada ujian sebelum intervensi
juga didapati kelima-lima orang murid tidak dapat menguasai konstruk yang mengandungi
suku kata tertutup ng. Saya telah menjalankan aktiviti yang dirancang dan didapati kelima-
lima murid ini iaitu 3 orang menguasai peningkatan 50% dan 2 orang 40%. Kajian ini boleh
digunakan oleh para pendidik untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu
dalam kalangan murid-murid Tahun dua.
ABSTRAK 55
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran penggunaan tanda baca dalam penulisan ayat tanya dan ayat seru bagi mata
pelajaran Bahasa MelayuTahun 4 di SK Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai lima
orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal dibuat dengan
menggunakan borang soal selidik dan ujian pengesanan telah menunjukkan bahawa murid-
murid kurang peka dan kurang menitikberatkan penggunaan tanda baca dalam penulisan
mereka. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik suara atau nada untuk mengenal pasti jenis
ayat dan kemudian teknik warna pula digunakan untuk menanda tanda baca dalam penulisan
ayat. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang telah dirancang dan didapati penguasaan
murid semakin baik berbanding sebelumnya. Murid-murid juga semakin yakin apabila
membaca iaitu dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul mengikut jenis ayat, iaitu
ayat tanya dan ayat seru. Selain daripada itu, murid-murid juga telah menunjukkan sikap
lebih positif iaitu lebih peka dan berhati-hati dalam aktiviti penulisan ayat.
Kata Kunci: ayat tanya dan ayat seru, nada suara, tanda baca dan warna.
ABSTRAK 56
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina ulasan dalam kalangan murid
Tahun Lima dengan menggunakan kaedah ansur maju. Responden kajian terdiri daripada lima
orang murid kelas 5 Dedikasi, Sekolah Kebangsaan Gangsa, Alor Gajah, Melaka. Fokus
kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan
dengan cara yang betul. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen,
soal selidik, ujian satu dan ujian dua. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah
merancang tiga peringkat menggunakan kaedah ansur maju bagi meningkatkan kebolehan
murid menulis ulasan nilai murni. Peringkat yang pertama ialah Melagukan Nilai, peringkat
yang kedua Membina Jadual Ulasan dan peringkat yang ketiga Membentuk Perenggan.
Berdasarkan ujian selepas intervensi yang telah dijalankan pengkaji mendapati kelima-lima
responden ini menunjukkan peningkatan dalam pencapaian berbanding ujian sebelum
intervensi. Purata peningkatan markah adalah antara 30 hingga 50 peratus. Hasil kajian
menunjukkan penggunaan kaedah ansur maju ini telah dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran menulis ulasan nilai murni dalam Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Diharap
dengan dapatan kajian ini guru Bahasa Melayu dapat menjadikannya sebagai panduan semasa
mengajar kemahiran yang berkaitan.
ABSTRAK 57
PPG PengajianMelayu
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca perkataan
yang mempunyai dua gabungan suku kata terbuka dan suku kata tertutup KV+KVK dalam
menggunakan power point dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga
dijalankan untuk menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan power point dapat
membantu meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan KV+KVK. Subjek kajian
terdiri daripada tujuh belas orang murid LINUS dari Tahun Dua Dedikasi di SK Kem
Terendak 2. Tahap penguasaan membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid ini sangat
lemah. Data dikumpulkan melalui kaedah menganalisis dokumen, secara pemerhatian dan
ujian sebelum dan selepas intervensi. Hasil analisis semua dapatan data mendapati bahawa
subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian selepas intervensi
berbanding ujian sebelum intervensi. Keputusan membuktikan bahawa penggunaan power
point dalam pengajaran dan pembelajaran sangat sesuai digunakan dan berkesan serta
ABSTRAK 58
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan teknik klu penyoalan BDMSABg
dalam peta minda bagi penulisan karangan keperihalan. Kajian ini melibatkan 26 orang murid
tahun lima di Sekolah Kebangsaan Seri Bandar Jalan Air Leleh, dalam Daerah Melaka
Tengah, Melaka. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, dengan kumpulan
rawatan diajar dengan teknik klu penyoalan BDMSABg dalam peta minda. Penyelidikan ini
turut memberi peluang kepada pengkaji untuk menambah baik amalan mengajar pengkaji
dalam penulisan karangan keperihalan subjek Bahasa Melayu. Data telah dikumpul dengan
menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, ujian satu dan ujian dua dan analisis dokumen.
Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kaedah penggunaan klu penyoalan BDMSABg dalam peta minda berjaya membantu
26 orang responden dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan
minat dan motivasi mereka dalam menulis karangan keperihalan. Ia juga membantu pengkaji
sebagai penyelidik dan pendidik dalam menambah baik amalan mengajar. Diharapkan teknik
klu penyoalan BDMSABg yang dijalankan ini boleh dipraktikkan oleh guru-guru Bahasa
Melayu yang lain dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis karangan murid-murid
mereka.
ABSTRAK 59
Penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah keberkesanan
penggunaan lagu dalam meningkatkan prestasi murid Tahun satu Arif dalam mengeja dan
membaca perkataan suku kata tertutup. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang
murid dari Tahun satu Arif yang memperoleh markah rendah bagi ujian membaca dalam ujian
saringan yang lalu. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini telah dijalankan dengan tujuan untuk
membantu responden yang lemah dalam menguasai kemahiran membaca di kalangan murid
LINUS. Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menguji kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dicadangkan iaitu menggunakan power point berlagu dapat mengatasi masalah tersebut.
Murid tersebut adalah murid yang lemah dalam kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis.
Dapatan kajian mendapati murid amat berminat dalam nyanyian dan lagu. Justeru itu
pengajaran menggunakan bahan power point berlagu memberi kesan yang amat baik sekali
gus meningkatkan prestasi dan kemahiran membaca murid. Selain daripada menyeronokkan
ia juga adalah teknik belajar sambil berhibur. Melalui pemerhatian, murid lebih faham dan
mudah belajar. Data-data yang dikumpulkan adalah melalui peperiksaan pertengahan tahun,
ujian 1 dan ujian 2 manakala rumusan dan analisa dibuat dalam bentuk jadual, rajah dan juga
carta. Selain itu, data juga dapat dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik serta temu
bual secara spontan bersama responden. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai enam
orang responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian 1 berbanding
ujian 2. Terdapat dua orang responden telah memperoleh gred A, empat responden telah
memperoleh gred B, manakala empat orang responden telah memperoleh gred C dengan
menunjukkan jumlah peningkatan markah yang ketara.
ABSTRAK 60
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah membina perkataan yang dihadapi oleh murid
Tahun 2 dalam suku kata terbuka dan suku kata tertutup KV+KVK. Seramai tiga orang murid
LINUS dari Tahun 2 Arif Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Melaka terlibat
dalam kajian ini. Murud-murid ini telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan Dua Tahun
2014. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan
mendapati murid-murid ini lemah dan kurang mahir dalam menulis perkataan yang disebut
oleh guru dan menulis perkataan berdasarkan gambar rangsangan. Hal yang demikian
berdasarkan hasil kerja penulisan murid yang mendapati murid menulis dalam ejaan yang
salah. Bagi menangani masalah tersebut, Teknik kad digunakan untuk meningkatkan
penguasaan membina perkataan suku kata tertutup KV + KVK. Sebanyak empat sesi
pengajaran dalam tempoh dua minggu yang mengambil masa 30 minit bagi satu sesi
pengajaran dalam seminggu telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam
membina perkataan suku kata tertutup KV + KVK. Keputusan Ujian Dua telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid dalam membina suku kata tertutup KV + KVK. Dapatan kajian
menunjukkan murid berupaya membaca ayat secara berintonasi dan bermotivasi untuk belajar
bahasa Melayu dengan penuh minat.
ABSTRAK 61
Mengenal imbuhan apitan ke--an adalah salah satu kemahiran tatabahasa yang menjadi isi
pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3. Kemahiran ini perlu diajarkan kepada semua murid
supaya dapat diaplikasikan dengan betul di dalam penulisan mahupun dalam pertuturan
seharian. Terdapat permasalahan yang berlaku. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan kepada
murid. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat bagaimana keberkesanan kaedah e-Latih
Tubi dalam membantu murid-murid Tahun 3 mengenal perkataan berimbuhan apitan ke-
an. Terdapat tiga orang murid tahun 3 telah dipilih dari salah sebuah sekolah di Melaka
sebagai subjek kajian. Antara instrumen kajian yang dijalankan ialah latihan 1 dan latihan 2,
analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan
Model Lewin dan Laidlaw. Dapatan kajian sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan, dikumpul dan dianalisis. Intervensi yang dijalankan ke atas murid telah
memotivasikan murid untuk memberi fokus dan tumpuan yang lebih kerana slaid pengajaran
yang digunakan menarik minat murid-murid tersebut. e-Latih Tubi ini juga telah
meningkatkan pencapaian murid di dalam ujian mengenal pasti perkataan berimbuhan apitan
ke--an yang telah dijalankan. Pengkaji mencadangkan agar kaedah e-Latih Tubi ini
dapat ditingkatkan penggunaannya di sekolah-sekolah dalam membantu murid yang lemah
untuk mengenal perkataan berimbuhan apitan ke--an.
ABSTRAK 62
Kajian ini dijalankan yntuk meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar
tunggal murid tahun 5 dengan menggunakan teknik SABDiBa. Seramai tiga orang murid
Tahun 5 di sebuah sekolah pinggir bandar dalam kawasan Melaka Tengah telah terlibat dalam
kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan teknik SABDiBa dalam
meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui keputusan peperiksaan akhir tahun, pemerhatian berstruktur dan analisis
dokumen untuk mengenal pasti masalah subjek kajian. Hasil tinjauan yang dilakukan
menunjukkan subjek kajian tidak dapat membina ayat lengkap berdasarkan gambar tunggal
yang diberikan. Teknik SABDiBa merupakan kaedah yang sangat sesuai bagi
meningkatkan kemahiran membina ayat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Teknik ini telah dijalankan terhadap subjek setelah melihat kepada keputusan peperiksaan
akhir tahun semasa subjek berada di tahun 4. Sebanyak empat sesi intervensi telah dijalankan
selama dua minggu dalam dua kitaran kajian. Lembaran latihan, pemerhatian berstruktur dan
analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data tentang kajian. Data yang dikumpul
dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi pengujian latihan dan analisis mengikut tema
bagi pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Penganalisisan data digunakan dengan
mencari perbezaan pencapaian kesemua subjek kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan
bahawa teknik SABDiBa berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid membina ayat
berdasarkan gambar tunggal.
ABSTRAK 63
Kajian Tindakan dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan Modul Selan Osni
dalam membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca. Subjek
kajian terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 1Y yang tidak mencapai konstruk asas dalam
Saringan LINUS 2.0 yang dijalankan pada bulan Oktober 2014. Pengumpulan data
dilaksanakan melalui beberapa siri latihan dan Ujian Akhir. Hasil analisis data menunjukkan
3 orang subjek kajian ini menunjukan peningkatan kebolehan membaca yang
memberangsangkan semasa Ujian Akhir berbanding pencapaian semasa lathan 1. Terdapat 2
orang subjek kajian yang memperolehi markah penuh semasa Ujian Akhir dan mencatat
peningkatan yang sangat membanggakan. Keputusan Ujian Akhir ini telah membuktikan
bahawa penggunaan Modul Selan Osni yang diintegrasikan dengan bacaan berlagu sangat
berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan
efisien.
Kata kunci : Bacaan Berlagu Modul Selan Osni, membaca perkataan suku kata terbuka,
murid program LINUS
ABSTRAK 64
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu dua orang murid tahun satu yang bermasalah
ketika menyebut perkataan terdiri daripada suku kata KVKKV. Seorang murid langsung
tidak boleh menyebut perkataan jika tiada gambar rangsangan disertakan manakala seorang
murid lagi tidak boleh membatangkan suku kata awal dan akhir dengan betul. Masalah ini
dikenalpasti semasa proses pengajaran murid LINUS dijalankan. Kaedah Tiga Campur
Dua yang diperkenalkan merupakan kaedah yang dapat membantu murid terlibat semasa
menyebut perkataan KVKKV. Rumusan pelaksanaan kaedah ini saya dapati murid dapat
menyebut perkataan walaupun tiada gambar ditunjukkan dan mereka juga telah dapat
membatangkan suku kata dengan cara yang betul. Saya percaya kaedah yang diperkenalkan
ini akan dapat membantu murid-murid kelas lain yang masih belum menguasai suku kata
KVKKV. Harapan saya semua murid terlibat akan melepasi ujian saringan LINUS di Tahun
2 nanti .
Kata kunci : tiga campur dua, membaca perkataan, menguasai saringan LINUS
ABSTRAK 65
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan mengeja perkataan diftong dalam
kalangan murid Tahun Dua Arif menggunakan teknik permainan bahasa. Subjek kajian
merupakan lima orang murid Tahun Dua Arif di sebuah sekolah kebangsaan kawasan Alor
Gajah. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan prestasi murid mengeja perkataan diftong.
Pengkaji telah mengesan masalah ini bermula dari awal sesi pengajaran Bahasa Malaysia iaitu
sewaktu membuat semakan buku tulis subjek kajian dan hasil lembaran kerja yang
diselesaikan oleh subjek kajian. Pengkaji dapati subjek kajian sering melakukan kesalahan
yang sama setiap kali melibatkan aktiviti mengeja perkataan diftong. Pengkaji telah
merancang tiga tindakan untuk meningkatkan kebolehan murid mengeja perkataan diftong.
Tindakan pertama ialah teknik papan selit sebut suku kata. Tindakan kedua teknik papan
carta tempat melengkapkan suku kata dan tindakan ketiga teknik papan ingatan masa
mengeja dan menulis perkataan. Teknik ini dapat meningkatkan kebolehan murid mengeja
perkataan diftong.
ABSTRAK 66
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk menilai keberkesanan kaedah Asah Sampai
Tajam bagi meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam ayat Bahasa Melayu.
Reka bentuk kajian adalah berasaskan Model Kurt Lewin (1946). Subjek kajian adalah terdiri
daripada 5 orang murid Tahun 4. Empat jenis instrumen digunakan untuk mengumpul data
iaitu ujian, pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual. Dapatan daripada analisis
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam Ujian Pencapaian Pertama
berbanding Ujian Pencapaian Akhir. Data menunjukkan bahawa 80 peratus murid mendapat
gred A dalam Ujian Pencapaian Akhir berbanding 0 peratus dalam Ujian Pencapaian Pertama.
Perbezaan sebanyak 80 peratus ini menunjukkan bahawa kaedah Asah Sampai Tajam
berjaya meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar murid dalam penulisan ayat
Bahasa Melayu. Data soal selidik menunjukkan bahawa 100 peratus murid bersetuju kaedah
Asah Sampai Tajam dapat meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam
penulisan ayat. 100 peratus murid juga bersetuju bahawa penggunaan warna dalam latihan
yang dijalankan amat membantu mereka memperbaiki penguasaan penggunaan huruf besar
dalam penulisan ayat mereka. Oleh itu kaedah Asah Sampai Tajam ini boleh digunakan
oleh guru untuk memantapkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat
Bahasa Melayu.
ABSTRAK 67
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menjarakkan perkataan dalam tulisan
menggunakan kaedah jari telunjuk boneka dan menambahbaik kemahiran membaca melalui
tulisan yang telah dijarakkan. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid 3 Dinamik di
sebuah sekolah kebangsaan di Melaka. Kaedah penggunaan jari telunjuk boneka digunakan
untuk menjarakkan perkataan dalam tulisan semasa melaksanakan aktiviti menulis. Tinjauan
awal dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dan penganalisian data melalui buku
tulis, lembaran kerja dan tingkah laku. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah jari telunjuk boneka
memberi kesan positif terhadap peserta kajian. Ketiga-tiga orang murid ini dapat menyalin
ayat mudah dengan menjarakkan perkataan dalam tulisan menggunakan kaedah jari telunjuk
boneka. Tulisan mereka lebih kemas dan mudah dibaca. Penggunaan jari telunjuk boneka
dalam melatih murid-murid dalam tulisan diharapkan dapat memberi manfaat secara optima
kepada semua pihak. Kajian seterusnya adalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
tulisan murid sekolah rendah.
Kata Kunci: kaedah jari telunjuk boneka, jarak antara perkataan, aktiviti menulis
ABSTRAK 68
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis bentuk-
bentuk huruf dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Subjek kajian terdiri daripada lima
orang murid Tahun 1 Kekwa, Sekolah Kebangsaan Kerubong, Melaka. Tinjauan awal telah
dibuat melalui Ujian Saringan 1 dan hasil pemeriksaan tulisan mereka di buku latihan, temu
bual bersama guru mata pelajaran lain dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan
sebahagian kecil murid tidak dapat menulis huruf dan perkataan dengan tulisan yang kemas,
bengkang-bengkok dan tidak boleh dibaca, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat di
dalam buku latihan, saiz antara perkataan tidak sama, perkataan tidak dijarakkan dan menulis
perkataan bercampur huruf kecil dan huruf besar. Kajian ini telah menggunakan kaedah ansur
maju bagi meningkatkan kemahiran menulis sampel kajian. Kaedah ansur maju merupakan
kaedah di mana murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula
dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar hingga
mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa instrumen telah digunakan untuk proses
pengumpulan data antaranya soalan ujian, pemerhatian, soal selidik, latih tubi dan juga temu
bual. Berdasarkan data ujian selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa sampel kajian
telah menunjukkan perkembangan yang positif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
sampel kajian boleh menulis dengan kemas dan teratur. Kajian ini membuktikan bahawa
penggunaan kaedah ansur maju dapat meningkatkan kemahiran menulis yang lebih baik.
Penggunaan kaedah ini secara berterusan diharapkan dapat membantu guru-guru dalam
meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid tahun satu.
ABSTRAK 69
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan Teknik
Permainan Bahasa Pilih dan Tampal membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
penggunaan tanda baca. Penguasaan tanda baca dilihat dalam dua aspek iaitu tanda baca
koma dan noktah. Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid iaitu dua orang
murid perempuan dan dua orang murid lelaki daripada kelas 4 Bestari. Tinjauan awal untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi murid-murid dalam masalah tanda baca ini, telah
dijalankan dengan membuat pemerhatian cara murid menulis, tingkah laku murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, serta menganalisis latihan dan hasil kerja yang dibuat oleh
murid. Hasil daripada analisis tersebut, murid sememangnya tidak mahir menulis tanda baca
koma dan noktah ditempat yang betul apabila menulis ayat. Bagi menangani masalah
tersebut, teknik permainan bahasa pilih dan tampal telah didedahkan kepada murid dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah dijalankan intervensi dan diberikan latihan
yang berterusan, murid telah berjaya meningkatkan kemahiran menggunakan tanda koma dan
noktah di tempat yang betul. Penggunaan teknik ini membantu murid menggunakan tanda
baca koma dan noktah dengan betul.
ABSTRAK 70
Kajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun Satu Cerdik yang gagal menguasai
kemahiran membaca perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sebagai pengkaji saya telah memfokuskan kepada
kemahiran bacaan digraf dan konsonan bergabung dengan menggunakan kaedah Buku Besar.
Kajian ini telah melibatkan subjek kajian seramai lima orang. Tinjauan awal yang dilakukan,
didapati kelima-lima orang subjek kajian ini telah gagal untuk menguasai konstruk Bacaan
Perkataan Yang Mengandungi Digraf Dan Konsonan Bergabung dalam Saringan 2, Literasi
Tahun 2014. Rumusan data yang diperoleh daripada Ujian Sebelum Intervensi juga kelima-
lima orang subjek kajian tidak dapat menguasai bacaan tersebut. Kaedah Buku Besar telah
meningkatkan murid menguasai bacaan perkataan digraf dan konsonan bergabung antara 20%
hingga 20%. Kesimpulannya, penggunaan kaedah Buku Besar berjaya memenuhi kehendak
objektif kajian dan boleh dijadikan bahan bantu belajar yang berkesan.
ABSTRAK 71
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menyebut perkataan yang melibatkan
konsonan berganding (digraf) yang sering menyebabkan kecacatan sebutan dan kelancaran
bacaan. Seramai 8 orang daripada murid Tahun 2 yang masih berada dalam kelas Pendidikan
Pemulihan. SK Paya Panjang Muar telah dipilih sebagai lokasi subjek kajian. Objektif kajian
ini adalah untuk mengurangkan masalah seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang mempunyai digraf. Tinjauan awal
dijalankan dengan cara memberikan soalan sebelum intervensi kepada subjek kajian yang
sasarkan dan juga temu bual bersama guru-guru bahasa Melayu mengenai penguasaan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan ujian sebelum intervensi dijalankan dalam bentuk
soalan lisan dan tulisan di mana murid dikehendaki menyebut dan memadankan beberapa
perkataan yang melibatkan digraf contohnya digraf ny dan ng. beberapa kaedah dan
pendekatan digunakan dalam kajian ini dalam usaha meningkatkan penguasaan menyebut dan
mengeja perkataan yang melibatkan konsonan berganding (digraf). Fokus diberikan kepada
mengetahui punca masalah dan juga kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Kaedah
yang diguna pakai adalah menggunakan instrumen ujian sebelum intervensi, soal-selidik latar
belakang murid, pendekatan beberapa teknik pedagogi berkesan, temu bual dengan guru-guru
mata pelajaran Bahasa Melayu, ujian selepas intervensi merupakan di antara metadologi yang
akan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan mampu membantu murid Pendidikan
Pemulihan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian sekolah apabila murid Pendidikan
Pemulihan berkurangan.
ABSTRAK 72
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran subjek kajian
menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul menggunakan Jadual
ATMO. Dalam kajian ini saya telah memilih seramai tiga orang murid tahun 4 sebagai subjek
kajian. Mereka terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Hasil dapatan
daripada pentaksiran yang telah dijalankan didapati subjek kajian menghadapi masalah untuk
menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul mengikut fungsinya. Saya
memfokuskan kajian terhadap penggunaan kata sendi nama berkenaan mengikut fungsi yang
menunjukkan arah, tempat, masa dan orang atau objek. Instrumen yang saya gunakan untuk
mendapatkan data dalam kajian ini ialah ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi,
soal selidik dan temu bual. Dapatan daripada ujian selepas intervensi mendapati berlakunya
peningkatan yang lulus dengan cemerlang berbanding semasa ujian sebelum intervensi.
Subjek kajian mengatakan bahawa penggunaan Jadual ATMO dapat membantu mereka
menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul mengikut fungsinya.
Kesimpulannya, Jadual ATMO terbukti dapat meningkatkan penggunaan kata sendi nama
dari dan daripada dengan tepat mengikut fungsinya yang betul.
Kata kunci : kata sendi nama dari dan daripada menggunakan jadual ATMO
ABSTRAK 73
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan mengesan dan menulis ulasan nilai-
murni dalam kertas Bahasa Melayu penulisan bahagian C. Teknik yang digunakan dalam
kajian ini adalah teknik latih tubi. Subjek kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun
Lima Cerdas, Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka. Fokus kajian ini adalah untuk
meningkatkan prestasi murid terhadap penulisan ulasan nilai-nilai murni. Tinjauan melalui
dapatan ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan murid menghadapi masalah untuk
mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Bagi
mengatasi masalah murid ini pengkaji telah merancang tiga langkah yang perlu dilatih tubi
bagi meningkatkan kebolehan murid menulis ulasan. Langkah pertama latih tubi
Menjelmakan Nilai. Langkah kedua latih tubi membina ayat menggunakan Kotak Ayat
dan langkah ketiga menggabungkan ayat menggunakan penanda wacana. Ayat Saya Suka
DiA digunakan untuk murid mengingat penanda wacana yang hendak digunakan.
Berdasarkan data ujian selepas intervensi yang telah dijalankan, kelima-lima subjek kajian
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian skor markah berbanding ujian sebelum
intervensi. Purata peningkatan skor markah adalah antara 35 hingga 50 peratus. Dapatan
kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan prestasi terhadap semua subjek kajian melalui
tindakan yang dilaksanakan. Diharapkan teknik latih tubi yang dijalankan ini boleh
dipraktikkan oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain dalam usaha meningkatkan kemahiran
murid-murid mereka menulis ulasan nilai-nilai murni ke tahap yang lebih baik.
ABSTRAK 74
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membina ayat
majmuk dalam kalangan murid tahun 5 melalui kaedah permainan bahasa. Subjek kajian
terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Lendu, Alor Gajah,
Melaka. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan meneliti dan menilai latihan bertulis subjek
kajian. Hasil daripada tinjauan ini, didapati murid-murid ini masih tidak dapat membina ayat
majmuk dalam penulisan mereka. Kemahiran membina ayat majmuk yang gramatis amat
penting bagi menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A. Instrumen
kajian terdiri daripada borang pemerhatian, soal selidik, ujian sebelum intervensi, semasa
intervensi dan ujian selepas intervensi. Intervensi telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah permainan bahasa. Hasil analisis data mendapati kesemua subjek kajian telah
menunjukkan peningkatan markah dalam ujian selepas intervensi berbanding ujian sebelum
intervensi. Kaedah permainan bahasa ini mampu membantu guru menjadi kreatif dan inovatif
dalam mempelbagaikan teknik pengajaran bagi mencungkil minat dan meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk murid. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan
kaedah permainan bahasa telah dapat membantu murid meningkatkan penguasaan membina
ayat majmuk.
ABSTRAK 75
Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid membina ayat
menggunakan teknik 3P ini. Teknik ini boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran
murid-murid kelas 5A dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar yang
diberikan. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 6 orang murid dari kelas 5A di salah
sebuah sekolah yang terletak di Muar Johor. Kajian kualitatif ini telah dianalisis melalui
beberapa instrumen triangulasi seperti ujian bertulis, pemerhatian, analisis dokumen dan temu
bual. Empat jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca,
borang senarai semak, analisis dokumen dan soalan temubual. Diharap kajian tindakan ini
boleh membawa manfaat dan membantu pendidik dalam menyampaikan teknik untuk
membantu pelajar memahami teknik 3P apabila membina ayat yang gramatis menggunakan
cara yang mudah.
ABSTRAK 76
bahagian A Bahasa Malaysia Penulisan iaitu membina ayat berdasarkan gambar. Kata kerja
yang digunakan terlalu umum, contohnya penggunaan perkataan memasak untuk gambar
aktiviti menanak nasi. Tinjauan masalah dijalankan pada peringkat awal dengan meneliti
dan menilai latihan bertulis murid, mengadakan ujian pra dan soal selidik. Kaedah yang
digunakan pula adalah kaedah latih tubi berbantukan slaid Power Point. Kaedah ini
membuktikan bahawa aktiviti pembelajaran yang berulang-ulang dan kerap mampu
meningkatkan kemahiran menggunakan kata kerja yang tepat berdasarkan aktiviti di dalam
gambar. Kajian ini akan dapat digunakan oleh para pendidik dalam memastikan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan impak yang positif kepada murid-
murid.
Kata kunci : kata kerja transitif aktif, latih tubi, aplikasi melalui Power Point
ABSTRAK 77
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membuktikan bahawa murid dapat mengatasi masalah
kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri ketiga beliau. Seramai 6 orang subjekTahun 2
dari Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya, Pekan, Pahang telah menjalani satu set ujian
prabagi menguji kefahaman mereka. Fokus kajian adalah untuk mengatasi masalah
kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri ketiga beliau. Dapatan kajian menunjukkan
hasil yang positif di mana murid dapat menggunakan kata ganti nama diri beliau dengan
betul dan tepat di akhir kajian dilakukan. Hal ini dibuktikan dengan analisis graf hasil dari
dapatan ujian yang telah dijalankan.
Kata Kunci : kata ganti nama diri ketiga, beliau , tikar terbang
ABSTRAK 78
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan penggunaan buku kecil Rakan Kamus
dalam usaha meningkatkan kefahaman penggunaan kata kerja bagi meningkatkan markah
murid dalam ujian kefahaman Bahasa Melayu Kertas 1. Kajian ini melibatkan lima orang
murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka. Kajian ini juga melihat
keberkesanan kemahiran menggunakan Kamus Dewan dalam kalangan murid sebagai satu
langkah peningkatan kefahaman murid dalam penguasaan aspek tatabahasa pada masa
hadapan. Kaedah latih tubi digunakan untuk memantapkan kemahiran murid dalam kajian ini.
Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui ujian pra, soal selidik dan ujian pasca.
Data data yang diperolehi telah dianalisis dan dihuraikan secara terperinci. Data yang
diperolehi mendapati intervensi yang dilaksanakan membolehkan murid memupuk suatu
sikap belajar cara belajar sekali gus meningkatkan markah murid dalam keputusan ujian
kertas Bahasa Melayu Kefahaman. Dapatan perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca
menunjukkan peningkatan kefahaman murid dalam penggunaan kata kerja yang tepat
berpandukan gambar. Rumusannya, kajian ini berkesan dalam mengatasi masalah pemilihan
kata kerja yang tepat berpandukan gambar melalui penggunaan buku kecil Rakan Kamus.
Kata Kunci : Buku Rakan Kamus , Pemilihan Kata Kerja, Soalan Bergambar.
ABSTRAK 79
Kata kunci : Imbuhan awalan di dan kata sendi di, permainan bahasa.
ABSTRAK 80
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah pandang dan sebut
dapat meningkatkan kebolehan murid membaca perkataan yang mengandungi digraf ng, ny,
kh, gh, dan sy dalam ayat. Responden kajian terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 3
orang murid lelaki dari sebuah kelas pemulihan Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di
Muar, Johor yang menghadapi masalah tidak boleh membaca perkataan yang mengandungi
diagraf ng, ny, kh, gh dan sy secara lancar. Instrumen kajian terdiri daripada analisa
peperiksaan dan analisa sistem maklumat murid. Ujian pula merangkumi ujian pra dan ujian
pos. Pemerhatian berdasarkan catatan jurnal ialah pemerhatian terhadap perubahan tingkah
laku responden sepanjang kajian. Kajian telah dijalankan melalui tiga peringkat, iaitu
peringkat tinjauan masalah, peringkat pelaksanaan tindakan dan peringkat penilaian tindakan.
Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah pandang dan sebut dapat meningkatkan kebolehan murid membaca
perkataan yang mengandungi digraf ng, ny, kh, gh dan sy secara lancar.
ABSTRAK 81
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran Pendidikan Bahasa Malaysia
sekumpulan murid dalam satu kelas. Responden terdiri daripada 5 orang murid daripada
murid tahun 3 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Muar, Johor. Pemerhatian awal
mendapati bahawa punca masalah pembelajaran pendidikan Bahasa Malaysia bagi murid-
murid tersebut adalah kerana mereka gagal untuk membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup KVK. Natijah daripada kelemahan murid-murid ini, mereka
pasif dalam proses pengajaran dan tidak mengalami proses penaakulan dan deep learning,
Sehubungan itu, hasil daripada inkuiri secara deliberate oleh penyelidik ke atas literature
teori pembelajaran umum dan teori pembelajaran Pendidikan Bahasa Malaysia, terhasil
sesuatu pembelajaran Pendidikan Bahasa Malaysia yang menggunakan Teknik Dadu BSK
yang berbentuk permainan. Permainan ini dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia. Penambah baikan dibuat berasaskan maklum balas daripada
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa pelaksanaan aktiviti permainan
tersebut. Pemerhatian terhadap gerak balas murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
serta perubahan sikap terhadap mata pelajaran Pendidikan Bahasa Malaysia dianalisis untuk
melihat peningkatan murid menulis dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup KVK dengan tepat dan betul. Dapatan kajian ini menunjukkan teori pembelajaran
Abraham Maslow sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Dari segi penglibatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
pemerhatian oleh penyelidik menunjukkan bahawa interaksi dan gerak balas subjek kajian
dengan bahan pengajaran Dadu BSK, rakan sebaya dan guru turut jelas memperlihatkan
perubahan.
ABSTRAK 82
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid dalam mengeja dan
menyebut suku kata terbuka (KV) menggunakan dadu gergasi. Subjek kajian terdiri daripada
2 orang murid prasekolah X di sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Pemilihan
subjek kajian dilakukan melalui pemerhatian dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan
tahap kebolehan mengeja dan menyebut suku kata (KV) yang lemah. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart sebagai
panduan. Analisis data dilakukan secara kuantitatif manakala pelaporan kajian adalah secara
naratif. Hasil analisis data mendapati kedua- dua subjek kajian menunjukkan peningkatan
markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan dadu gergasi berjaya meningkatkan kebolehan
murid dalam mengeja dan menyebut suku kata terbuka (KV) dalam kalangan murid
prasekolah.
Kata kunci: dadu gergasi, mengeja dan menyebut suku kata (KV)
ABSTRAK 83
Penyelidikan Tindakan ini dilaksanakan dalam kalangan murid tahun 4 bagi meningkatkan
kefahaman penggunaan kosa kata yang tepat dalam ayat dan memupuk minat murid
menguasai kosa kata melalui permainan Teka Silang Kata. Seramai 6 orang murid daripada
sebuah sekolah di Parit Jawa Muar telah dipilih untuk menjadi responden bagi kajian ini.
Hasil tinjauan awal mendapati bahawa kebanyakkan murid tidak menguasai kosa kata dengan
baik dan menggunakan kosa kata yang salah dalam ayat. Hal ini demikian kerana mereka
tidak memahami maksud kosa kata tersebut. Permainan Teka Silang Kata didedahkan kepada
murid bagi menarik minat mereka untuk menguasai kosa kata. Insrumen kajian yang
digunakan ialah Ujian Awal, Ujian Akhir, temu bual dan soal selidik. Hasil analisis data
mendapati bahawa ada peningkatan pada prestasi murid dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir
iaitu sebanyak 93 %. Hasil kajian ini membuktikan permainan Teka Silang Kata dapat
membantu meningkatkan penguasaan kosa kata dengan baik. Implikasi kajian ini ialah murid-
murid dapat menguasai kosa kata dengan baik dan secara tidak langsung mereka juga dapat
menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
ABSTRAK 84
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan peta minda dan kata tanya dalam
meningkatkan kemahiran menulis isi-isi utama dan huraian isi karangan jenis fakta Bahasa
Melayu seorang murid Tahun Enam. Selain itu, penyelidikan ini juga membantu menambah
baik amalan keguruan saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Data dikumpulkan melalui
pemerhatian, temu bual dan latihan penulisan karangan Bahasa Melayu yang diberikan. Data
dianalisis melalui analisis kandungan dan pola yang kemudiannya disemak melalui triangulasi
sumber dan kaedah. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan peta minda dan kata tanya
meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta Bahasa Melayu terutama dalam
mengemukakan isi-isi utama peserta kajian. Amalan profesional saya sebagai seorang guru
Bahasa Melayu juga ditingkatkan melalui pengenalan peta minda dan kata tanya.
ABSTRAK 85
Tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran murid murid
dalam membina ayat tunggal dengan menggunakan tanda baca yang betul secara latih
tubi.Tinjauan awal yang dibuat adalah berdasarkan pencapaian murid-murid yang
berpencapaian sederhana dan lemah dalam ujian bulanan.Daripada tinjauan tersebut 8 orang
murid dipilih sebagai responden bagi kajian ini.Kemudian,perancangan cadangan kajian
bersesuaian dengan kemahiran akan dibuat bagi membantu responden tersebut.Langkah
seterusnya ialah mengenal pasti tindakan yang telah dirancang sama ada bersesuaian atau
tidak dengan kebolehan murid dilaksanakan.Fokus utama kajian ialah teknik latih tubi
menggunakan tanda baca huruf besar dan tanda nokhtah.(.) dalam membina ayat
tunggal.Pengkaji juga berharap dengan kajian ini juga dapat membantu murid-murid di
sekolahnya terutama murid tahun 1 yang lemah dalam menguasai kemahiran
tersebut.Pengkaji berasa perlu mengkaji dan mengambil langkah sewajarnya supaya pengkaji
dapat melahirkan murid yang mahir membina ayat dan karangan tanpa tiada kesalahan tanda
baca ketika mereka di Tahun 6 di mana pada ketika itu mereka akan menduduki UPSR.
ABSTRAK 86
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah konsep imbuhan di dan kata
depan di menggunakan teknik Pandang dan Tunjuk (PanTUN). Subjek kajian terdiri
daripada empat orang murid Kelas 5X di sebuah sekolah di Sungai Udang, Melaka. Pemilihan
subjek kajian dilakukan melalui pemerhatian dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan
tahap penguasaan penggunaan imbuhan di dan kata depan di yang kurang mahir.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik, senarai semak
pemerhatian, ujian pra, dan ujian pasca. Kajian ini menggunakan Model Kemmis & MC
Taggart sebagai panduan. Analisis data dilakukan secara kuantitatif manakala pelaporan
kajian adalah secara naratif. Hasil analisis data mendapati keempat-empat subjek kajian
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang
dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik Pandang dan Tunjuk berjaya
meningkatkan penggunaan imbuhan di dan kata depan di dalam kalangan murid Tahun
5X.
Kata kunci : Penggunaan imbuhan di dan kata depan di, teknik PanTUN
ABSTRAK 87
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah menulis kemas menggunakan
teknik latih tubi. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid Kelas 2Y di sebuah sekolah
di Daerah Melaka Tengah, Melaka. Pemilihan subjek kajian dilakukan melalui pemerhatian
dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan tahap penguasaan tulisan kemas. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian
pra, dan ujian pasca. Kajian ini menggunakan Model Kemmis & MC Taggart sebagai
panduan. Analisis data dilakukan secara kuantitatif manakala pelaporan kajian adalah secara
naratif. Hasil analisis data mendapati ketiga-tiga subjek kajian menunjukkan peningkatan
markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa teknik latih tubi berjaya meningkatkan penguasaan tulisan
kemas.
ABSTRAK 88
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah membaca lancar menggunakan
teknik kad kreatif (KaTif). Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid Kelas 2K di
sebuah sekolah di Ayer Keroh, Melaka. Pemilihan subjek kajian dilakukan melalui
pemerhatian dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan tahap penguasaan bacaan lancar.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang temu bual, borang soal selidik,
senarai semak pemerhatian, ujian pra, dan ujian pasca. Kajian ini menggunakan Model
Kemmis & MC Taggart sebagai panduan. Analisis data dilakukan secara kuantitatif manakala
pelaporan kajian adalah secara naratif. Hasil analisis data mendapati keempat-empat subjek
kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra
yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik Kad Kreatif berjaya
meningkatkan penguasaan bacaan lancar.
ABSTRAK 89
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan kemahiran menulis karangan
menyambung cerita dengan menggunakan teknik peta alir dalam kalangan murid tahun 6A di
sebuah sekolah di Segamat, Johor. Kajian ini berfokus pada aspek penulisan struktur
karangan untuk mengurangkan masalah kemahiran menulis karangan menyambung cerita
yang melibatkan 5 orang responden yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan seorang
murid perempuan. Kajian tindakan ini dijalankan mengikut model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang
soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian pra, dan ujian pasca. Langkah yang dijalankan
ialah ujian pra, intervensi dan ujian pasca, pemerhatian dan soal selidik tentang pengajaran
dan pembelajaran menulis karangan menyambung cerita dengan menggunakan peta alir. Hasil
analisis data menunjukkan 2 orang responden meningkat kepada skor baik dan 3 orang
responden meningkat kepada skor memuaskan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian
pra. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta alir dapat meningkatkan
kemahiran menulis karangan menyambung cerita dalam kalangan murid tahun 6.
Kata kunci : peta alir , model penyelidikan tindakan Kurt Lewin dan Laidlaw, karangan
menyambung cerita
ABSTRAK 90
Norsaidah bt Ali
Sarimah bt Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan masalah murid dalam menguasai abjad kecil a-z.
Kemahiran mengenal abjad kecil a-z merupakan salah satu daripada kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid. Berdasarkan kepada Ujian Diagnostik, tiga orang murid kelas 1K
di salah sebuah sekolah di Melaka Tengah telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam bab
berkenaan. Justeru bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam bab seterusnya
pembelajaran literasi dan kemahiran membaca, satu intervensi dicadangkan perlu bagi
membantu murid menguasai abjad kecil a-z. Intervensi telah dinamakan sebagai Terapi
Muzik. Dalam terapi muzik ini murid akan belajar melalui elemen-elemen muzik seperti
nyanyian, bunyi-bunyi dan sebagainya. Secara tidak langsung diharapkan dapat
meningkatkan fokus murid dalam pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah borang soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini
menggunakan model Laidlaw (1992) sebagai panduan. Analisis data dilakukan secara
kuantitatif manakala pelaporan kajian adalah secara naratif. Berdasarkan kepada analisis
Ujian pra dan Pos, ketiga-tiga orang murid dilihat mempunyai perkembangan markah dalam
ujian. Secara tidak langsung dapatan ini membuktikan terapi muzikal dapat membantu minat
murid terhadap pembelajaran dan menguasai pembelajaran.
ABSTRAK 91
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membezakan dan menulis
huruf kecil b dan d dengan betul dan tepat menggunakan kaedah bola besar. Subjek kajian
terdiri daripada 2 orang murid di sebuah sekolah di Jasin, Melaka. Pemilihan subjek kajian
dilakukan melalui pemerhatian dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan tahap
penguasaan kemahiran membezakan dan menulis huruf kecil b dan d yang lemah. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian
pra, dan ujian pasca. Analisis data dilakukan secara kuantitatif manakala pelaporan kajian
adalah secara naratif. Hasil analisis data mendapati kedua-dua subjek kajian menunjukkan
peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah bola besar berjaya meningkatkan penguasaan
kemahiran membezakan dan menulis huruf kecil b dan d dengan betul dan tepat dalam
kalangan murid tahun 1.
ABSTRAK 92
Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid menjelmakan nilai-nilai murni berdasarkan
petikan yang diberi. Fokus sampingan kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap kemahiran
murid untuk menghasilkan ulasan yang tepat berdasarkan isi-isi penting yang terdapat dalam
petikan. Seramai 4 murid Tahun 5 Kenanga terlibat sebagai subjek kajian dalam kajian ini.
Sampel kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kajian
ini pada peringkat awalnya dijalankan melalui pemerhatian dan ujian pra. Hasil ujian pra yang
dijalankan, didapati semua subjek kajian gagal dalam ujian yang diberi. Bagi mengatasi
masalah tersebut, pengkaji menggunakan teknik LAJEL. Dalam teknik ini aktiviti disusun
mengikut aras agar murid dapat mengikuti teknik ini tanpa tekanan. Dalam kajian ini borang
soal selidik dan ujian pos juga digunakan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian
murid berbanding ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Oleh itu pengkaji mendapati teknik
LAJEL ini dapat meningkatkan kemahiran menjelmakan nilai-nilai murni berdasarkan isi-isi
penting dalam sesebuah petikan. Seterusnya pengkaji mencadangkan kajian yang boleh
dilaksanakan ialah mengenai penggunaan penanda wacana dalam penulisan bahagian C ini.
ABSTRAK 93
Rodhiah bt Ibrahim
Sarimah bt Ahmad
ABSTRAK 94
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid-murid membina ayat
majmuk melalui pembelajaran secara berpasangan. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang
murid kelas 5 X di sebuah sekolah di kawasan Pagoh daerah Muar. Pemilihan subjek kajian
dilakukan melalui pemerhatian dan ujian pra. Subjek yang dipilih menunjukkan tahap
penguasaan membina ayat majmuk yang lemah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah borang soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini
menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart sebagai panduan. Analisis data dilakukan
secara kuantitatif manakala pelaporan kajian adalah secara naratif. Hasil analisis mendapati
kelima-lima subjek kajian menunjukkan perubahan dan peningkatan markah yang ketara
dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan
teknik belajar secara berpasangan telah berjaya meningkatkan penguasaan murid-murid tahun
5 X membina ayat majmuk.
ABSTRAK 95
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan imbuhan awalan meN terhadap murid
tahun 4. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput,
Lubok China, Melaka. Pemilihan responden di lakukan melalui penelitian beberapa dokumen.
Responden yang dipilih menunjukkan tahap penguasaan imbuhan awalan meN yang lemah.
Kesilapan yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menguasai dengan baik penggunaan
imbuhan awalan meN dengan baik .Teknik permainan bahasa diperkenalkan bagi membantu
murid untuk menyatakan imbuhan awalan dengan lebih mudah. Pelaksanaan intervensi
dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui kepelbagaian aktiviti permaianan. Istrumen
yang digunakan adalah pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Penelitian dokumen digunakan
untuk mengenal pasti murid yang lemah .Manakala ujian pra dan pos digunakan untuk
membuktikan keberkesanan sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Pemerhatian, ujian pra
dan ujian pos dijalankan untuk menyokong triangulasi data yang diperoleh. Kajian ini
menggunakan model lewin (1946) dan laidlaw (1992) sebagai panduan. Melalui teknik
permainan bahasa, responden dapat menguasai dengan baik imbuhan awalan meN. Hal ini di
sokong melalui peningkatan yang ditunjukkan dengan jumlah skor pemarkahan ujian pos
yang telah dijalankan .Keseluruhanya, pengaplikasian teknik permainan bahasa telah berjaya
membantu murid dalam penguasaan imbuhan meN dengan lebih tepat.
Kata kunci : imbuhan awalan meN, teknik permainan bahasa, kepelbagaian aktiviti
ABSTRAK 96
Sahmizawati bt Kamis
Roslan bin Rasip
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada
awal ayat, selepas noktah dan pada kata nama dalam kemahiran menulis iaitu mengedit.
Responden kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 Bistari dari Sekolah Kebangsaan
Seri Bekok Segamat Johor, yang masih lemah dalam mengedit ayat menggunakan huruf besar
dan titik noktah. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
menggunakan model Kurt Lewin (1946). Data terhasil melalui dapatan ujian pra dan ujian
pasca. Teknik permainan bahasa yang dilaksanakan adalah Mencari jalan pulang. Dapatan
kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian 5 orang murid dalam penguasaan
penggunaan huruf besar pada awal ayat, pada kata nama khas dan titik noktah ayat tunggal
dan ayat majmuk melalui teknik permainan bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik
permainan bahasa Mencari jalan pulang merupakan tindakan yang sangat berkesan dalam
meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dan titik noktah dalam kemahiran menulis
seterusnya boleh ditingkatkan dalam kemahiran seterusnya iaitu mengedit perenggan dalam
hasil penulisan.
ABSTRAK 97
Secara amnya kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan pengajaran mengemukakan isi karangan dengan berbantukan peta minda
bergambar dalam kalangan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Melekek. Dalam kajian
ini, responden yang akan diambil adalah terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5. Kajian ini
menggunakan kaedah peta minda bergambar bagi melihat keberkesanan kepada pencapaian
murid terpilih dalam mengemukakan isi karangan penulisan Bahasa Melayu. Kajian
dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan ialah soal
selidik tentang minat murid, data NILAM dan kertas ujian pra serta ujian pasca. Adalah
diharapkan kajian ini akan membantu guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
agar mereka dapat menarik minat murid untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam
menulis karangan.
ABSTRAK 98
Sarimah bt Hamid
Roslan bin Rasip
Kajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam meningkatkan
kemahiran menulis huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam
kalangan murid-murid tahun 2 Cerdas. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menulis huruf besar
pada permulaan ayat. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan
ABSTRAK 99
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis isi-isi
utama dan huraian isi karangan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid Tahun 6 Gemilang,
Sekolah Kebangsaan Padang Sebang. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid tahun
6. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, borang soal selidik, latihan penulisan karangan
Bahasa Melayu yang diberikan, ujian pra, ujian intervensi dan ujian pasca. Data dianalisis
secara kuantitatif dan pelaporan kajian dilakukan secara naratif. Hasil analisis data mendapati
keempat-empat subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian
pasca berbanding ujian pra yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan peta dakap dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Malaysia
terutama dalam mengemukakan isi-isi utama dan menghuraikan isi utama dalam perenggan.
ABSTRAK 100
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan teknik
permainan bahasa Roda Suku Kata dapat meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KV
dan KVK dalam kalangan murid LINUS 1 Delima. Kajian ini melibatkan seramai 8 orang
murid LINUS 1 Delima yang menghadapi masalah dalam mengeja suku kata KV dan KVK.
.Kajian ini dijalankan selama 4 minggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pra, ujian pos, pemerhatian, dan temubual.
Hasil dapatan kajian ini bahawa penggunaan teknik permainan bahasa Roda Suku Kata telah
berjaya membantu murid LINUS mengeja suku kata KV dan KVK dengan betul. . Secara
tidak langsung,permainan suku kata dan perkataan KV dan KVK dalam Roda Suku Kata, ini
dapat membantu meningkatkan penguasaan mengeja suku kata KV dan KVK dalam kalangan
murid yang belum menguasai perkataan KV dan KVK . Responden ini, telah dirawat dengan
Roda Suku Kata selama 60 minit setiap sesi rawatan. Kajian ini telah dapat diselesaikan
dalam tempoh 2 bulan. Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi
penguasaan bacaan KV dan KVK murid. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan
murid amat berminat untuk membaca. Namun, mereka masih belum dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lancar. Hal ini disebabkan, 8 orang murid tersebut belum dapat
mengeja suku kata KV dan KVK. Kesimpulannya, Roda Suku Kata telah berjaya memupuk
minat dan mempertingkatkan penguasaan mengeja suku kata KV dan KVK dengan lebih jelas
dan berkesan.
ABSTRAK 101
Kajian ini adalah satu penyelidikan mengenai masalah membaca dalam kalangan murid tahun
satu di salah sebuah kebangsaan yang terletak di Sungai Udang, Melaka. Kajian ini bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid LINUS dan membantu
murid LINUS menguasai kebolehan membaca suku kata tertutup dengan betul.Oleh yang
demikian, bagi memastikan tujuan tersebut dicapai,pengkaji menjalankan kajian lapangan
terhadap 4 orang murid yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Kajian dijalankan dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca sebagai bukti
sokongan dalam mengutip dan mengumpul data-data.Hasil analisis semua dapatan data
mendapati bahawa subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian pasca
berbanding ujian pra. Keputusan membuktikan bahawa penggunaan kaedah gabung bunyi
kata dalam pengajaran dan pembelajaran sangat sesuai digunakan dan berkesan serta
membantu dalam peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata tertutup. Secara
tidak langsung, ia dapat membantu subjek kajian dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca di samping dapat mengurangkan kadar peratusan murid LINUS di sekolah tersebut.
Kata kunci : kaedah gabung bunyi kata (KGBK),membaca, suku kata tertutup
ABSTRAK 102
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni
dalam kalangan murid Tahun 6 Azam dengan menggunakan Rumus HIKeTT. Respon dan
dalam kajian ini terdiri daripada 4 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Dato Demang
Hussin Bukit Katil Melaka. Kajian ini dijalankan setelah didapati respondan mendapat
markah yang rendah dalam Bahagian C Penulisan Bahasa Melayu. Respon dan didapati gagal
mengesan nilai murni dalam petikan dan menulis ulasan dengan baik berdasarkan keputusan
ujian diagnostik. Data dikumpulkan melalui soal selidik, pemerhatian, latihan, ujian pradan
ujian pasca. Hasil daripada data didapati keempat-empat respondan telah menunjukkan
peningkatan markah yang sangat tinggi dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang
dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Rumus HIKeTT sangat membantu murid-
murid bagi meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dalam Bahagian C Penulisan
Bahasa Melayu.
ABSTRAK 103
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran dalam operasi tolak
yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan Kaedah Ceti. Murid yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada tiga orang murid Tahun Tiga Intan di sebuah sekolah
di daerah Tangkak, Ledang, Johor. Instrumen kajian ini meliputi pemerhatian, ujian
diagnostik, ujian pra, ujian pasca dan temu bual. Ujian Pra dan Pasca dilaksanakan bagi
mengukur peningkatan pencapaian murid manakala temu bual dijalankan bagi menyokong
dapatan kajian yang diperolehi. Data yang dikumpulkan telah dianalisis dalam bentuk
statistik diskiptif iaitu melibatkan peratusan. Selepas Ujian Pasca dilaksanakan, adalah
didapati penggunaan kaedah yang dijalankan telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian
murid berbanding Ujian Pra. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa Kaedah Ceti
telah dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran menolak sebarang dua nombor
dengan mengumpul semula dengan lebih cemerlang.
ABSTRAK 104
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun empat dalam
operasi tambah nombor pecahan dengan menggunakan kaedah Count Dot. Kajian ini
dijalankan ke atas tiga orang murid Tahun 4. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah Ujian Pra dan Ujian Pasca manakala temu bual dan pemerhatian dijalankan bagi
menyokong dapatan kajian yang diperolehi. Keputusan Ujian Pasca telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid dalam menambah nombor pecahan amat memberangsangkan.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa kaedah Count Dot ini mendatangkan kesan yang
positif terhadap pencapaian murid dalam menambah nombor pecahan yang penyebutnya
hingga 10. Selain daripada menambah nombor pecahan, kaedah ini juga boleh digunakan
dalam menolak nombor pecahan penyebutnya hingga 10 cuma fokus perlu diberikan dalam
membina garisan menegak untuk mewakili penyebut bagi nombor pecahan itu.
Kesimpulannya, diharapan agar kaedah Count Dot ini dapat dimanfaatkan oleh para guru
bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik serta
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menambah nombor pecahan.
ABSTRAK 105
Ng Hui Yum
Zuraidah Baharin
PPG Matematik
Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kaedah praktis yang bertujuan untuk
menjana idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian yang lebih
praktikal dan efektif. Sehubungan dengan itu, murid-murid harus menguasai kemahiran ini
dengan baik. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir murid menghadapi kesukaran
dalam kemahiran transformasi dalam penyelesaian masalah matematik kerana tidak mampu
menggunakan operasi yang sesuai dalam soalan-soalan tersebut. Maka, kajian tindakan ini
dijalankan untuk menilai keberkesanan strategi SQRQCQ dalam meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid bermasalah dalam
pembelajaran. Murid kajian terdiri daripada tiga orang murid bermasalah dalam pembelajaran
Tahun 5. Data kajian tindakan ini diperoleh melalui pemerhatian dan set ujian pra-ujian pasca.
Keputusan kajian menunjukkan perbandingan peningkatan min markah ujian pra dengan ujian
pasca sebanyak 50 peratus dengan seorang murid kajian memperoleh peningkatan sebanyak
66 peratus dan dua orang murid kajian memperoleh peningkatan sebanyak 55 peratus dan 50
peratus masing-masing. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa strategi SQRQCQ bersesuaian
untuk membantu murid meningkatkan penguasaan dalam penyelesaian masalah matematik.
Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan dicadangkan menggunakan strategi ini bagi murid
Tahap Satu. Strategi ini boleh juga digunakan untuk mata pelajaran yang lain seperti Sains
kerana mata pelajaran ini juga memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi semasa
menyelesaikan masalah. Selain itu, strategi SQRQCQ boleh digunakan dalam topik
matematik yang melibatkan penyelesaian masalah matematik. Rumusannya, kajian tindakan
ini amat berkesan bagi meningkatkan penguasaan murid yang bermasalah dalam
pembelajaran menyelesaikan masalah matematik dalam topik Ukuran Panjang, Jisim dan
Isipadu Cecair serta dapat mengubah amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRAK 106
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan Model Permainan Congkak
dalam kemahiran bahagi sebarang nombor dengan satu digit dalam menangani masalah
sampel yang tidak dapat melaksanakan prosedur eksperimen dengan betul. Responden kajian
adalah seorang murid Tahun Dua yang menghadapi masalah dalam operasi membahagi
nombor. Pendekatan kajian ini dibuat secara kualitatif bagi mengumpul data. Tinjauan awal
mendapati punca masalah ini wujud adalah kerana responden bermasalah dalam sifir serta
tidak memahami konsep yang diterangkan oleh guru. Pengumpulan data dalam kajian
tindakan ini adalah melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Data-data yang diperolehi
telah dianalisis dan dihuraikan secara terperinci. Dapatan kajian mendapati bahawa
penggunaan Model Permainan Congkak mendatangkan kesan yang positif terhadap
peningkatan pencapaian pelajar dalam kemahiran membahagi sebarang dengan satu digit.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan Model Permainan Congkak dapat
meningkatkan minat dan penguasaan murid dalamn kemahiran bahagi ini. Hal ini
menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan berkesan kerana responden menunjukkan
perubahan yang positif apabila boleh membahagi dengan baik. Rumusannya, penggunaan
Model Permainan Congkak ini sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran bahagi sebarang nombor dengan satu digit.
ABSTRAK 107
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam melaksanakan
operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit melibatkan pengumpulan semula
menggunakan kaedah Ranting. Subjek kajian merupakan lima orang murid Tahun Lima.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menganalisis markah Peperiksaan Pertengahan Tahun,
temubual dengan murid-murid, pemerhatian jawapan dalam buku latihan dan keputusan Ujian
Pra. Analisis markah Ujian Pertengahan Tahun, lebih 32% peratus murid mendapat gred D
dan ke bawah. Melalui temubual, didapati kebanyakan daripada mereka tidak memahami
konsep pendaraban dan cara menagaplikasikannya. Ini amat jelas diperhatikan melalui cara
mereka menjawab soalan di dalam ujian Pra. Keputusan Ujian Pra dan Pasca diperoleh,
dianalisa menggunakan peratusan serta membuat perbandingan. Dapatan kajian ini
menunjukkan kesemua subjek kajian telah menunjukkan penguasaan kemahiran mendarab
lebih baik berdasarkan peningkatan daripada 60 peratus markah tertinggi untuk ujian Pra
kepada 100 peratus dalam ujian Pasca yang dijalankan. Ini membuktikan pendaraban Kaedah
Ranting telah membantu membina keyakinan dalam diri setiap subjek kajian untuk
menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya.
Kata kunci : Kaedah Ranting, analisis, ujian Pra dan Ujian Pasca
ABSTRAK 108
PPG Matematik
Sifir merupakan asas penting dalam Matematik yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sebelum menguasai kemahiran Matematik yang lebih kompleks, terutamanya yang
melibatkan operasi darab dan bahagi. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid yang lemah
dalam menguasai sifir 2 hingga 9. Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan
untuk menilai keberkesanan kaedah Magic Square dalam meningkatkan tahap penguasaan
sifir 2 hingga 9 bagi murid-murid arus perdana. Murid kajian terdiri daripada lima orang
murid Tahun 3 berumur 9 tahun. Data kajian ini diperoleh melalui pemerhatian dan set ujian
pra - ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan peningkatan markah ujian pasca melebihi
40 peratus berbanding ujian pra bagi kesemua murid kajian. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah Magic Square ini bersesuaian dengan keperluan belajar murid-murid serta
berkesan kerana dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam sifir 2 hingga 9.
Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan dicadangkan agar kaedah Magic Square digunakan
secara lebih meluas kepada semua murid, termasuklah kepada murid-murid pemulihan.
Rumusannya, kajian ini sangat berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan sifir 2 hingga
9 dalam kalangan murid Tahun 3, di samping dapat mengubah amalan pengajaran guru.
Kata kunci: Kaedah Magic Square, Penguasaan Sifir 2 Hingga 9, Kaedah Pemerhatian,
Ujian Pra dan Ujian Pasca
ABSTRAK 109
PPG Matematik
Murid-murid perlu menguasai kemahiran asas mendarab yang baik sebagai persediaan yang
kukuh untuk menguasai kemahiran mengira yang lebih kompleks. Kemahiran asas ini akan
membantu murid-murid menguasai kemahiran mengira yang lebih kompleks. Sehubungan
dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah Petak Beroda
dalam meningkatkan tahap penguasaan mendarab nombor dua digit dengan satu digit bagi
murid-murid Tahun 3. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 3 Kesidang. Data
kajian tindakan ini diperoleh melalui pemerhatian dan set ujian pra dan ujian pasca.
Keputusan kajian menunjukkan peningkatan min markah ujian pasca sebanyak 50.0 peratus.
Dua orang subjek memperoleh peningkatan sebanyak 40.0 peratus, seorang subjek mencapai
peningkatan sebanyak 50.0 peratus dan dua orang lagi memperoleh peningkatan sebanyak
60.0 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Petak Beroda bersesuaian
dengan keperluan belajar murid-murid. dan meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran mendarab nombor dua digit dengan satu digit. Sehubungan dengan itu, kajian
lanjutan dicadangkan agar kaedah Petak Beroda ini digunakan untuk kemahiran mendarab
yang lain dan tajuk operasi asas yang lain seperti tajuk bahagi. Kaedah ini boleh juga
digunakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah dalam penghafalan sifir.
Rumusannya, kajian tindakan ini sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid
tahun tiga dalam kemahiran mendarab nombor dua digit dengan satu digit di samping
mengubah amalan pengajaran guru.
Kata kunci : Kaedah Petak Beroda, mendarab nombor dua digit dengan satu digit,
pemerhatian, ujian pra, ujian pasca
ABSTRAK 110
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah Cekap Kumpul dalam meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim bagi murid yang
bermasalah. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengesan dan membimbing murid-
murid yang belum menguasai kemahiran menolak. Pelbagai kesalahan telah dapat dikesan
melalui pemerhatian, temu bual, ujian serta analisis dokumen seperti lembaran kerja, buku
tulis dan hasil skrip jawapan murid pada Ujian Pra yang dijalankan. Kumpulan sasaran terdiri
daripada murid tahun 2 yang lemah. Responden terdiri daripada seorang murid lelaki dan tiga
orang murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan
berjaya membantu semua responden dalam menyelesaikan pemasalahan murid dalam operasi
tolak dengan mengumpul semula dengan lebih mudah.
Kata kunci : kaedah cekup kumpul, kemahiran menolak, bentuk lazim, mengumpul semula
ABSTRAK 111
PPG Matematik
Murid-murid haruslah menguasai kemahiran operasi menambah dua pecahan wajar dengan
penyebut tidak sama sehingga 10 dengan baik sebelum murid-murid menguasai kemahiran
pecahan yang lebih kompleks dan pembelajaran Matematik bagi topik-topik yang lain. Walau
bagaimanapun, masih terdapat murid yang lemah dalam menguasai kemahiran operasi
menambah dua pecahan wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10. Oleh itu, kajian
tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran operasi menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10 dengan menggunakan kaedah
Caterpillar. Murid kajian terdiri daripada empat orang murid berumur 10 tahun. Instrumen
kajian ini adalah borang rekod pemerhatian, set ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data
mendapati bahawa kesemua murid kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keempat-empat murid kajian memperoleh
peningkatan sebanyak 100 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah
Caterpillar ini bersesuaian dengan keperluan belajar kanak-kanak serta berkesan kerana
dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menambah dua pecahan
wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10. Sehubungan itu, kajian lanjut dicadangkan
agar kaedah Caterpillar diteruskan dan dengan operasi penolakan dua pecahan wajar
dengan penyebut tidak sama sehingga 10. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menambah
dan menolak berturut-turut tiga pecahan wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10 pada
kajian yang akan datang serta mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang
melibatkan pecahan wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10. Rumusannya, kajian ini
sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut tidak sama sehingga 10.
Kata kunci: Kaedah Caterpillar, Menambah 2 Pecahan wajar dengan penyebut tidak sama
ABSTRAK 112
PPG Matematik
ABSTRAK 113
PPG Matematik
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran dan pengajaran dalam
kemahiran membundar nombor bulat hingga seratus kepada puluh yang terdekat
menggunakan garis nombor. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 12 orang
murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Rawang, Ledang, Johor. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah ini telah dijalankan dengan menganalisa buku latihan, evidens dan
ujian pra yang dilaksanakan. Berdasarkan analisa tersebut sebilangan besar murid didapati
belum menguasai kemahiran yang berkaitan. Kaedah Garis Bukit diperkenalkan sebagai
pendekatan pembelajaran dan pengajaran bagi membantu murid menguasai kemahiran
membundar nombor bulat hingga seratus kepada puluh yang terdekat. Secara ringkasnya
teknik ini membantu murid-murid mengingat kelompok nombor yang perlu dibundar pada
puluh bawah atau puluh atas. Penggunaan kaedah Garis Bukit ternyata menampakkan hasil
yang positif apabila keputusan ujian pasca menunjukkan pencapaian 100% responden
mendapat markah minimum 80%. Kajian tindakan ini juga secara tidak langsung
mengekalkan dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran matematik. Ditunjukkan
dengan penglibatan aktif murid dalam menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji. Untuk
kajian yang berikutnya, pengkaji akan mengubahsuai kaedah Garis Bukit untuk pembundaran
kepada ratus yang terdekat bagi murid Tahun Dua.
ABSTRAK 114
PPG Matematik
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menjawab
soalan berbentuk penyelesaian masalah melibatkan operasi tambah dan tolak untuk subjek
matematik menggunakan kaedah 5M bagi dari murid tahun 3. Sampal kajian ini terdiri
daripada tiga orang murid daripada Tahun 3USM. Mereka telah memperolehi markah yang
terendah dan banyak salah dalam bahagian penyelesaian masalah berdasarkan Ujian Bulan
Ogos ataupun Ujian diagnostik. Maka saya mengambil keputusan untuk meningkat
penyapaian murid ini dengan mengadakan kajian tindakan. Seterusnya saya mengadakan
Ujian Pra kepada tiga orang murid ini. Datanya tidak baik. Data dikumpulkan melalui ujian
bertulis iaitu ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data,
didapati peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra.
Keputusan penyelidikan tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah 5M yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah berbentuk penyelesaian masalah menggunakan
operasi tambah dan tolak adalah lebih sesuai. Hasil analisis data menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan markah murid-murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra iaitu ujian
Pra 33.3% dan Ujian Pasca sebanyak 93.3% maka perselisihan anata kedua ujian adalah 60%.
Hasil temu bual menunjukkan bahawa murid-murid memberikan respon yang positif bagi
penggunaan kaedah 5M ini. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan telah
menunjukkan bahawa kaedah 5M telah membantu murid-murid untuk menguasai dan
mengatasi masalah penyelesaian masalah menggunakan operasi tambah dan tolak.
ABSTRAK 115
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan Petak Ajaib dalam
kemahiran mendarab nombor lima digit dengan dua digit bagi murid Tahun Lima. Responden
kajian adalah terdiri daripada enam orang murid Tahun Lima yang menghadapi masalah
dalam operasi mendarab nombor. Tinjauan awal mendapati punca masalah ini wujud adalah
kerana responden bermasalah dalam sifir. Pengumpulan data dalam kajian tindakan ini adalah
melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dan
dihuraikan secara terperinci. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan Petak Ajaib
mendatangkan kesan yang positif terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam kemahiran
mendarab nombor lima digit dengan dua digit. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
penggunaan Petak Ajaib dapat meningkatkan minat dan penguasaan murid dalamn
kemahiran mendarab ini. Hal ini menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan berkesan
kerana responden menunjukkan perubahan yang positif apabila boleh mendarab dengan baik.
Rumusannya, penggunaan Petak Ajaib ini sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan
murid dalam kemahiran mendarab nombor lima digit dengan dua digit.
ABSTRAK 116
PPG Matematik
Penolakan dengan mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh
murid-murid berpencapaian rendah. Kajian Tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk menguji penggunaan Kaedah Kocek dalam meningkatkan kemahiran penolakan
dengan mengumpul semula. Responden kajian adalah empat orang murid tahun 2 Bestari SK
Chuah, Port Dickson. Manakala instrumen yang digunakan adalah Ujian Pra dan Pasca,
analisis dokumen, dan temubual. Dapatan kajian mendapati pencapaian responden telah
menunjukkan peratus peningkatan dimana dua responden menunjukkan peningkatan
sebanyak 66.67 %, seorang responden menunjukkan peningkatan sebanyak 83.33 % dan
seorang lagi 100%. Kesimpulannya, penggunaan Kaedah Kocek telah membantu murid
perpencapaian rendah dalam meningkatkan kemahiran penolakan dengan mengumpul semula.
ABSTRAK 117
PPG Matematik
Kaedah koperatif merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar untuk
menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Di samping itu, kaedah ini memberi peluang
kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah
koperatif dengan aplikasi teknik Team Pair Solo dalam pembelajaran matematik bagi soalan
berbentuk penyelesaian masalah yang melibatkan tajuk Nombor Bulat bagi 6 orang responden
dalam kelas 3H. Kajian ini dibuat bagi menentukan kaedah koperatif dengan aplikasi teknik
Team Pair Solo merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
jika dibandingkan dengan pembelajaran tradisional terutamanya dalam menyelesaikan
masalah Matematik yang kompleks. Responden terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang
perempuan yang berbangsa cina. Salah seorang daripada responden ialah seorang murid yang
bersikap hiperaktif. Instrumen kajian ini adalah borang pemerhatian, dokumen yang
merupakan latihan harian murid, traskrip temu bual dan lembaran kerja serta ujian selepas
intervensi dijalankan. Dapatan daripada analisis dapatan ujian menunjukkan responden
mencapai peningkatan dalam kemahiran menyelesaikan masalah melebihi 80%. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa kaedah koperatif dengan aplikasi teknik Team Pair Solo
bersesuaian dengan keperluan belajar kanak-kanak serta berkesan kerana dapat meningkatkan
penguasaan menjawab soalan penyelesaian masalah Matematik bagi murid-murid tahap
rendah sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian lanjutan dicadangkan agar kaedah koperatif
dengan aplikasi teknik Team Pair Solo ini diteruskan dan ditambah baik di peringkat tahap
tinggi sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Rumusannya, kajian yang telah
dijalankan ini sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah
Matematik terutamanya bagi tajuk Nombor Bulat. Diharap kajian ini dapat memberi manfaat
kepada warga pendidik dan murid khususnya dalam kemahiran penyelesaian masalah.
ABSTRAK 118
PPG Matematik
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan Kaedah Garis Lirus Leap dalam
meningkatkan penguasaan murid tahun 3 dalam operasi penolakan dengan pengumpulan
semula. Sampal kajian ini terdiri daripada dua orang murid Tahun 3 yang mendapat markah
terendah dalam ujian pra bagi topik penolakan melibatkan penggunaan pengumpulan semula.
Data dikumpulkan melalui ujian bertulis, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Hasil
analisis data mendapati peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos berbanding dengan
ujian pra. Keputusan penyelidikan tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
Leap meningkatkan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah murid-murid dalam ujian pasca
berbanding ujian pra iaitu min peratus markah ujian pasca telah bertambah kepada 84.6 %
daripada min peratus markah ujian pra iaitu sebanyak 64.3%. Hasil temu bual menunjukkan
bahawa murid-murid memberikan respon yang positif bagi penggunaan kaedah Garis Lurus
ini. Kaedah ini terdiri daripada dua langkah yang saling berkaitan antara satu sama lain yang
penyelesaian masalah soalan yang melibatkan penolakan dua digit dengan satu digit atau dua
digit dengan dua digit. Kaedah ini memudahkan cara untuk mempelajari soalan penolakan
antara dua nombor. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan telah menunjukkan
bahawa kaedah Garis Lurus Leap telah membantu murid-murid untuk mengatasi masalah
operasi tolak.
ABSTRAK 119
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah operasi
darab yang dihadapi oleh murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Kumpulan sasaran
kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 5 orang yang dikenalpasti sebagai murid
galus berdasarkan pencapaian peperiksaan Matematik. Tinjauan awal telah dijalankan melalui
beberapa cara seperti pemerhatian, sesi temubual dengan kumpulan sasaran, dan ujian pra
dengan memfokuskan tajuk operasi asas darab satu digit dengan satu digit dan dua digit
dengan satu digit tahun 5. Hasil daripada tinjuan ini didapati murid-murid menghadapi
masalah untuk menyelesaikan operasi asas darab. Kegagalan murid menyelesaikan masalah
darab ini, secara langsung mempengaruhi penguasaan tajuk-tajuk lain yang berkaitan operasi
darab, bahagi dan lain-lain. Akhirnya ia memberi kesan kepada pencapaian murid
keseluruhannya. Dalam kajian ini, pengkaji memperkenalkan satu kaedah yang dipanggil
kaedah silang lidi yang merupakan satu langkah yang perlu murid lakukan dalam menuju kea
rah penyelesaian masalah pendaraban. Sesi pembelajaran dan pengajaran yang telah
dijalankan melibatkan kaedah silang lidi ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk
menjawab soalan dengan lebih tepat dan cepat. Keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Pengkaji merasakan bahawa kaedah silang
lidi telah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi darab.
ABSTRAK 120
Fadhilah Bt Hj Md Padzil
Hoo Oee Jo
PPG Matematik
Kajian yang saya laksanakan ini adalah atas kesedaran dalam diri sendiri dengan usaha dan
ikhtiar yang dilakukan bagi mencari penyelesaian yang sesuai dan terbaik terhadap masalah
bahagi bagi murid tahun 3. Tinjauan awal mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran
dan kefahaman murid tahun 3 membahagi adalah lemah. Ini menunjukkan bahawa mereka
mengalami masalah tertentu dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan bahagi. Hasil
daripada proses pengajaran dan pembelajaran mendapati bahawa mereka sukar untuk
melaksanakan algoritma bahagi dalam bentuk lazim. Justeru, kajian tindakan ini dilaksanakan
bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran murid tahun 3
membahagi nombor 4 digit dengan 1 digit tanpa melibatkan baki menggunakan Kaedah
Gate. Subjek kajian dipilih berdasarkan tahap pencapaian yang lemah dalam ujian bahagi
selain sederhana pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014. Kajian ini
memfokuskan kepada penggunaan Kaedah Gate dalam usaha meningkatkan kemahiran
membahagi nombor 4 digit dengan 1 digit tanpa melibatkan baki berasaskan Model Kemmis
& McTaggart. Data-data yang dikumpulkan serta ditrangulasikan melalui tiga jenis kaedah
iaitu ujian, pemerhatian dan juga temu bual. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir diikuti dengan rawatan dan refleksi kendiri, borang
senarai semak dan juga soalan-soalan temu bual. Melalui dapatan data yang terkumpul
melalui markah ujian yang dijalankan, ianya dianalisis mengikut data kuantitatif secara
deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa sesi rawatan yang dijalankan ke atas subjek kajian
menghasilkan keputusan yang positif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah lain seperti Kaedah Gate yang digunakan untuk membahagi
dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap operasi bahagi 4 digit dengan 1 digit tanpa
melibatkan baki dengan lebih baik dan berkesan.
ABSTRAK 121
PPG Matematik
Kajian ini di jalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan operasi bahagi
menggunakan algoritma bentuk panjang dengan teknik J dan K. Seramai 7 orang
responden dari kelas 5 Mawar di S.K. Sebatu, Sungai Rambai Melaka. Tinjauan awal kajian
dengan menggunakan ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual, latihan dan lembaran kerja
telah dilakukan didapati wujud kekerapan pelajar melakukan kesilapan ketika membahagi.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini ialah analisis dokumen,
ujian diagnostik dan ujian pasca. Sebanyak 6 kali latihan dan dua kali ujian pasca telah
dijalankan dalam masa empat minggu. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan
markah antara ujian diagnostik, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Kesimpulannya, dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik J dan K berjaya meningkatkan
kefahaman murid menjawab soalan bahagi.
ABSTRAK 122
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk memantapkan kefahaman murid dalam matapelajaran
Matematik menerusi kaedah Nombor Ajaib. Responden bagi kajian ini terdiri daripada
enam orang murid, iaitu empat orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dari
Tahun Empat di SK Air Melaka di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data dikumpulkan
melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif seperti pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, analisis
dokumen dan soal selidik. Hasil analisis data didapati bahawa semua responden telah
menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan kajian
menunjukkan kaedah nombor ajaib ini mampu memantapkan kefahaman murid dalam topik
Membundarkan Nombor.
ABSTRAK 123
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor empat digit dengan nombor dua digit
dalam lingkungan 1 000 000 dengan menggunakan kaedah tangga. Seramai lima orang
murid tahun 5 Dedikasi di sebuah sekolah daerah Seremban dipilih sebagai peserta kajian.
Data dikumpul dengan menggunakan ujian pertama dan ujian kedua, analisisis dokumen dan
pemerhatian secara tidak langsung. Pengumpulan data ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam kemahiran mendarab nombor
empat digit dengan dua digit. Aspek ketelitian sentiasa ditekankan kepada peserta kajian
apabila menyelesaikan masalah pendaraban dengan menggunakan kaedah tangga.
ABSTRAK 124
PPG Matematik
Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang dihadapi
oleh murid Tahun 4 dalam subtajuk Pendaraban dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul
semula. Seramai 24 orang pelajar didalam kelas tersebut, namun kajian ini hanya ditumpukan
kepada 4 orang murid yang gagal menguasai kemahiran pendaraban ini. Pemilihan murid ini
adalah dibuat daripada Ujian Awal, temubual, serta buku latihan mereka. Hasil tinjauan
didapati subjek mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan masalah dalam mendarab dua
digit dengan dua digit. Maka sebagai kaedah alternatif Kaedah X digunakan untuk
membimbing subjek kajian. Kaedah X ini akan dijalankan selama 5 minggu. Keputusan
ujian Akhir menunjukkan peningkatan pelajar dalam menyatakan tanda yang sebenar dan
membanggakan. Kaedah X yang digunakan ini amat sesuai untuk meningkatkan kemahiran
murid dalam mendarab dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula.
ABSTRAK 125
Lee Ai Li
Ho Oee Jo
PPG Matematik
menunjukkan bahawa Arrow Space Method memberi kesan yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran pecahan
perseratus kepada perpuluhan dan seterusnya meningkatkan prestasi Matematik mereka.
Kata kunci: Penukaran pecahan perseratus kepada perpuluhan, Arrow Space Method,
subjek kajian,
ABSTRAK 126
PPG Matematik
Penolakan atau operasi kira tolak merupakan salah satu kemahiran asas Matematik.
Kemahiran penolakan ini adalah amat penting sebagai asas Matematik kanak-kanak kerana ia
merupakan salah satu daripada empat operasi yang wajib dipelajari di sekolah. Kajian ini
merupakan suatu kajian tindakan untuk melihat penggunaan Kad Garis Nombor dalam proses
pembelajaran fakta asas tolak. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah sekolah
kebangsaan di daerah Muar, Johor. Subjek kajian merupakan murid Tahun 1 Arif yang telah
dipilih iaitu seramai 12 orang murid. Model penyelidikan tindakan Kemmis dan Mc Taggart
telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang digunakan untuk mengutip data
adalah melalui pemerhatian, analisis dokumen dan juga ujian pra dan ujian pasca. Hasil kajian
mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara pada keputusan ujian operasi tolak yang
dijalankan di mana min peratusan semasa ujian pra dan pasca meningkat daripada 31.2%
kepada 64.4%. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan Kad Garis Nombor dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam operasi tolak. Beberapa cadangan dan
penambahbaikan dalam pengajaran operasi tolak juga dibincangkan.
Kata Kunci : Kad Garis Nombor, Operasi Tolak, Ujian Pra dan Pasca
ABSTRAK 127
PPG Matematik
Kata kunci : Petak Ajaib, Darab, Dua Digit Dengan Dua Digit
ABSTRAK 128
Ng Sock Lean
Narendra Kumar A/L Anopchand (Ph.D)
PPG Matematik
Kajian ini didjalankan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menjawab soalan
pembundaran nombor bulat. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
menjawab soalan pembundaran nombor bulat melalui kaedah q. 6 orang murid daripada
kelas Tahun 2 telah dipilih sebagai murid sasaran dalam kajian ini. Tinjauan awal untuk
mengenalpastikan masalah ini telah dijalankan dengan menganalisis ujian sebelum kajian
(Ujian Pra) yang dilaksanakan. Berdasarkan analisis ujian pra, terdapat sebilangan besar
murid belum menguasai kemahiran pembundaran nombor tiga digit kepada puluh yang
terdekat dengan baik. Oleh yang demikian, kaedah q telah diperkenalkan kepada murid-
murid bagi memudahkan murid-murid memahami dan mengingat proses menjawab soalan
pembundaran. Hasil pelaksanaan aktiviti intervensi yang dijalankan dalam kajian ini amat
positif kerana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti. Keputusan
Ujian Selepas Kajian (Ujian Pasca) telah menunjukkan peningkatan prestasi murid-murid
dalam menjawab soalan pembundaran. Peningkatan markah antara Ujian Pra dengan Ujian
Pasca membuktikan murid-murid dapat menguasai kemahiran menjawab soalan pembudaran
dengan baik melalui kaedah q. Kesimpulannya, kaedah q Berjaya meningkatkan minat dan
penguasaan kemahiran pembundaran di kalangan murid.
ABSTRAK 129
PPG Matematik
Kajiantindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penghafalan sifir lapan dengan
menggunakan kaedah jari dalam kalangan murid Tahun 3. Objektif khusus kajian tindakan ini
ialah meningkatkan kemahiran murid dalam menghafal sifir lapan dengan menggunakan jari,
penggunaan jari dapat memberikan jawapan bagi sifir lapan dalam masa yang singkat dan
penggunaan jari dapat menggurangkan kesilapan murid menambah secara berulang bagi sifir
lapan. Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 3 Amanah di sebuah sekolah daerah
Melaka Tengah. Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrument kajian.
Instrument ini digunakan bagi mengenal pasti peningkatan kemahiran murid dalam menghafal
sifir lapan dengan menggunakan jari. Pengumpulan data ini di analisis secara deskriptif. Hasil
analisis mendapati kelima-lima subjek menunjukkan peningkatan pada amalan tingkah laku
positif selepas intervensi berbanding sebelum intervensi dijalankan. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan jari dapat meningkatkan penghafalan sifir lapan dalam
kalangan murid Tahun 3.
ABSTRAK 130
Rozilayati Bt Ismail
Fatimah Binti Mustafa
PPG Matematik
Hasil refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pengkaji mendapati bahawa
tahap pencapaian matematik sebahagian murid agak rendah, terutamanya dalam tajuk tolak
dengan mengumpul semula. Melalui pemerhatian, analisis dokumen dan Ujian Diagnostik
didapati beberapa bentuk kesilapan sering dilakukan oleh murid, selain daripada gagal
memberi jawapan yang betul. kesilapan yang dikenalpasti antaranya ialah murid menolak
sebarang nombor kecil dengan nombor besar dan menolak bermula dari kiri. Oleh itu, kajian
tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid lemah Tahun 2 meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula menggunakan kaedah C-Line. Kaedah ini
memerlukan murid menguasai pelengkap sepuluh terlebih dahulu. Peserta kajian terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan
Ujian Diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, temu
bual dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu semua
peserta kajian menguasai dan menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul semula.
Antara kekuatan penggunaan kaedah C-Line adalah dapat membantu murid lemah
menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dengan lebih mudah di samping dapat
mengurangkan kesilapan dalam pengumpulan semula.
ABSTRAK 131
PPG Matematik
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah garis silang dalam
membina konsep asas pendaraban.Responden kajian terdiri daripada 5 orang kanak-kanak
berusia 9 tahun. Instrumen yang digunakan ialah ujian, latihan berperingkat dan analisis
dokumen. Dalam hasil analisis ujian diagnostic, responden didapati mengalami masalah
kefahaman konsep dalam pendaraban. Hasil analisis latihan A menunjukkan responden mula
memahami konsep yang diterapkan iaitu penambahan berulang dalam pendaraban.Ini
membuktikan bahawa responden semakin faham membuat proses darab dengan kaedah garis
silang.Analisis yang dilakukan terhadap ujian akhir menunjukkan peningkatan penguasaan
tajuk pendaraban dalam kalangan responden.Penggunaan kaedah garis silang dikalangan
responden membuktikan bahawa murid memahami konsep asas pendaraban.Kaedah garis
silang ini dicadangkan supaya digunakan dalam pembelajaran di sekolah.
ABSTRAK 132
PPG Matematik
Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan satu model matematik membolehkan murid
menguasai aritmetik mental. Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan
pengiraan secara mental. Pengiraan matemetik konvensional biasanya menggunakan model
lisan. Model lisan adalah sesuai bagi sebahagian murid manakala sebahagian murid lain lebih
memahami melalui model visual. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu
murid dalam meningkatkan kemahiran penguasaan penggunaan abakus untuk murid tahun 2
dalam operasi tambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan menggunakan kaedah
kad Abacus Twin. Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga orang murid yang dipilih
berdasarkan tahap pencapaian ujian diagnostik yang lemah. Terdapat beberapa kaedah
pengumpulan data yang digunakan dalam kajian iaitu ujian, temubual tidak berstruktur,
pemerhatian dan soal selidik, Hasil dapatan data yang dikumpul daripada sesi intervensi dan
markah ujian yang dijalankan, dianalisis mengikut data kuantitatif secara deskriptif. Hasil
daripada analisis mendapati, sesi intervensi yang dijalankan menghasilkan keputusan yang
positif serta meningkatkan minat dan keyakinan murid untuk memahami konsep tambah
dengan lebih jelas melalui kaedah kad Abacus Twin. Kesimpulannya, penggunaan Kaedah
kad Abacus Twin adalah amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid bagi
operasi tambah dengan menggunakan abakus.
Kata Kunci: Kaedah Kad Abacus Twin Tambah Mengumpul Semula Tahun 2
ABSTRAK 133
PPG Matematik
Kata Kunci : Penambahan pecahan penyebut tidak sama, Kaedah Papan Anyaman
ABSTRAK 134
PPG Matematik
Bahagi merupakan operasi asas yang sangat sukar dipelajari dan difahami oleh murid.
Kefahaman konsep bahagi merupakan sesuatu perkara yang diambil berat bagi membolehkan
murid memenuhi keperluan dalam memahirkan diri menguasai empat operasi asas selain
tambah, tolak dan darab. Tinjauan awal mendapati murid sering cuai dalam menyenaraikan
sifir dan sering melakukan kesilapan dalam menyelesaikan operasi bahagi bentuk lazim. Oleh
itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan
penguasaan murid tahun 4 dalam operasi bahagi menggunakan kaedah tetulang. Kajian ini
dilaksanakan ke atas empat orang murid yang dipilih berdasarkan tahap pencapaian ujian
diagnostik yang lemah. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
kajian iaitu ujian, temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan soal selidik, Hasil dapatan data
yang dikumpul daripada sesi intervensi dan markah ujian yang dijalankan, dianalisis
mengikut data kuantitatif secara deskriptif. Hasil daripada analisis mendapati, sesi intervensi
yang dijalankan menghasilkan keputusan yang positif serta meningkatkan minat dan
keyakinan murid untuk memahami konsep bahagi dengan lebih jelas melalui kaedah
Tetulang. Kesimpulannya, penggunaan Kaedah Tetulang amat berkesan dalam meningkatkan
penguasaan murid bagi operasi bahagi.
ABSTRAK 135
PPG Matematik
Kemahiran menukar unit ukuran panjang merupakan antara kemahiran yang diajar dalam
tajuk Ukuran Panjang di Tahun 5. Tinjauan awal mendapati penguasaan murid dalam
kemahiran ini masih berada pada tahap yang lemah. Antara masalah yang sering dihadapi
oleh murid ialah tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula. Justeru, kajian ini
dilaksanakan bagi membantu murid tahun Lima Abdullah menukar unit ukuran panjang
melibatkan operasi penolakan. Seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam
kemahiran menukar unit ukuran panjang menggunakan kaedah Rakan Sifar Saya. Lapan
orang responden dari kelas Tahun Lima Abdullah telah dipilih bagi menjalankan kajian ini.
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart. Antara
instrumen yang dipilih untuk memudahkan kajian ini pula ialah bahan bantu intervensi
Rakan Sifar Saya, teknik lagu untuk mengingat rumus ukuran panjang ,latih tubi, ujian,
analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Latih tubi dan ujian pencapaian dilaksanakan
untuk mengukur peningkatan pencapaian responden manakala temubual secara tidak formal
dan pemerhatian dijalankan untuk menyokong dapatan kajian yang diperolehi. Dapatan kajian
menunjukkan semua responden menunjukkan peningkatan pencapaian peratusan markah
antara ujian 1 dan ujian 2. Penggunaan kaedah Rakan Sifar Saya yang diperkenalkan telah
Berjaya meningkatkan pencapaian responden dalam menukar unit ukuran panjang.
ABSTRAK 136
PPG Matematik
Fokus kajian tindakan ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah Tamlak bagi meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam mata pelajaran matematik. Kajian ini
juga bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Tamlak terhadap murid yang bermasalah
pembelajaran di tahun 1. Responden kajian terdiri daripada lima orang murid tahun satu. Data
pra dan pasca dikumpul dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti pemerhatian,
temubual, ujian diagnostik dan semakan dokumen murid. Dapatan daripada analisa data
selepas kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan
proses mengumpul semula. Responden menunjukkan peningkatan pencapaian markah yang
diperolehi dalam ujian antara 80 hingga 100 peratus. Dapatan juga menunjukkan bahawa
perlaksanaan kaedah Tamlak dapat merangsang minat dan tumpuan responden terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan persekitaran yang terancang dan langkah
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap keupayaan dapat membantu meningkatkan
kemahiran operasi tolak responden. Bagi kajian lanjutan untuk meningkatkan kemahiran
operasi tolak murid bermasalah pembelajaran, terapi bermain boleh dijadikan sebagai langkah
intervensi. Rumusannya, kaedah Tamlak ini sangat berkesan sebagai satu kaedah pengajaran
untuk meningkatkan konsep mengumpul semula dalam operasi tolak terutama bagi murid
bermasalah pembelajaran. Selain dari itu, pengaplikasian kaedah Tamlak ini telah dapat
memperbaiki amalan pengajaran guru.
ABSTRAK 137
PPG Matematik
topik pembundaran. Hasil dapatan temu bual kumpulan sasaran juga memberikan maklum
balas positif. Ini menunjukkan mereka telah dapat menguasai kemahiran pembundaran yang
telah diajar oleh guru. Data yang telah diperolehi melalui instrumen dipaparkan dalam bentuk
jadual, graf dan peratusan bagi tujuan analisa data. Daripada hasil kajian kesemua kumpulan
sasaran menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Oleh
itu, ini menunjukkan bahawa penggunaan Kit Jalur Bundar dapat membantu murid menguasai
kemahiran tajuk pembundaran serta meningkatkan daya ingatan dan minat murid-murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRAK 138
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah Tangga
Ajaib iaitu kaedah alternatif dalam operasi penolakan dalam meningkatkan peratusan
menjawab dengan betul soalan yang melibatkan operasi penolakan. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid daripada murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar
Johor. Kajian ini dianalisis secara kualitatif menggunakan data yang dikumpulkan melalui
beberapa instrumen yang terlibat iaitu pemerhatian, temubual bersama responden, semakan
hasil kerja murid, ujian pra dan ujian pos. Kaedah yang digunakan dalam mengatasi masalah
kemahiran operasi penolakan bentuk lazim ialah dengan menggunakan kaedah alternatif iaitu
kaedah Tangga Ajaib. Dapatan kajian ini menunjukkan perkembangan yang positif bahawa
kaedah penolakan tangga ajaib berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab
soalan nombor bulat melibatkan operasi penolakan dalam lingkungan 10 000. Terdapat juga
kes dimana murid bersifat tegar dan tidak mengalami sebarang perubahan walaupun telah
dibimbing menggunakan kaedah tersebut. Ini menyokong teori Kognitif Pembelajaran iaitu
setiap murid berbeza penyerapan pengetahuannya dan dipengaruhi oleh masalah seperti
autisme, dileksia dan pelbagai lagi masalah pembelajaran. Data yang dianalisis kemudian
dibincangkan dan direkodkan. Diharap penyelidikan tindakan ini dapat memberi manfaat
serta membantu golongan pendidik dan pihak sekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan kemahiran penyelesaian masalah penolakan secara khususnya.
ABSTRAK 139
PPG Matematik
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid menyelasaikan masalah harian
matematik yang melibatkan empato perasi iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian dengan menggunakan Kaedah Kata Kunci. Lima orang murid tahun 3 di salah
sebuah sekolah di Melaka telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan
melalui ujian pra, analisis hasil kerja murid dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan
bahawa subjek kajian tidak dapat menyelesaikan masalah harian matematik yang melibatkan
empat operasi dengan menggunakan operasi matematik yang betul walaupun mereka telah
menguasai operasi matematik dengan baik. Justeru, pengkaji telah menggunakan Kaedah
Kata Kunci bagi membantu murid mengatasi masalah ini. Analisis data dibuat secara
kuantitatif berdasarkan markah ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan
Kaedah Kata Kunci yang diperkenalkan telah membantu murid menjawab betul soalan
penyelesaian masalah harian matematik dengan menggunakan operasi matematik yang betul.
Kata Kunci: Kaedah Kata Kunci, penyelesaian masalah harian, operasi matematik.
ABSTRAK 140
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Tahun 3 di dalam menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan operasi darab. Yang mana
masalah ini berpunca daripada kesukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang
dipelajari. Pada peringkat awal seramai 17 oang murid Tahun 3 sekolah kebangsaan dan
beberapa orang guru terlibat dalam kajian ini. Setelah dibuat saringan hanya 3 orang
respondan sahaja yang terlibat dalam menjalalankan kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan
kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab kerana mereka amat
lemah dalam mengingati sifir. Kesilapan juga berlaku dalam membina sifir melalui
penambahan berulang dan Jadual Sifir Pelbagai Guna. Perancangan tindakan difokuskan
kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan Kaedah Multi Logik iaitu
menggunakan petak ganjil, petak genap dan petak lima. Kaedah ini ditambah baik dari kaedah
Kotak Magikyang mana lebih menekankan kepada pembinaan jadual sifir dengan lebih
mudah tanpa melakukan kesilapan semasa proses pembinaan dilakukan. Keputusan ujian pos
telah menunjukkan peningkatan kebolehan murid-murid dalam membina sifir menggunakan
jadual khas yang telah diwujudkan. Dapatan dari kajian yang telah dijalankan pula
menunjukkan murid-murid bertambah yakin dalam membina sifir terutama sifir 3 hingga sifir
9 dalam masa yang lebih singkat.
Kata Kunci : Operasi Darab, Jadual Sifir Pelbagai Guna, Kaedah Multi Logik
ABSTRAK 141
PPG Matematik
Tujuan kajian adalah untuk meninjau dan menguji sejauh mana tahap penguasaan membina
sifir kotak dan keberkesanan penggunaan sifir kotak dalam penyelesaian melibatkan
kemahiran bahagi. Kajian dijalankan di sebuah sekolah dalam negeri Melaka. Kajian
melibatkan 4 orang subjek yang terdiri daripada murid tahun tiga dan dipilih selepas
menjalani 3 saringan. Kajian yang dilaksanakan menggunakan ujian bertulis, membaca sifir
dan menjawab sifir secara rawak. Kajian tindakan ini melibatkan penggunaan Teori
Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme di mana subjek kajian membina sifir kotak dengan
menggunakan pengalaman yang diperolehi untuk membina sifir kotak yang lain. Keputusan
kajian mendapati, setelah menguasai kemahiran membina sifir kotak, subjek kajian
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian pasca. Ujian kepantasan menjawab
menunjukkan masa menjawab juga menjadi singkat dan subjek kajian nampak lebih yakin
dengan jawapan yang ditulis. Subjek kajian lelaki dan perempuan menunjukkan persepsi dan
pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah membina sifir kotak ini.
Kaedah ini diharap dapat menjadi salah satu langkah alternatif kepada guru dan pelajar untuk
sama-sama menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRAK 142
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah jari dalam
membantu lima orang murid Tahun satu menguasai penolakan fakta asas yang melibatkan
pengumpulan semula. Pada masa yang sama, saya berpeluang menambah baik amalan
keguruan dari segi pengajaran saya dalam Matematik. Kaedah pengumpulan data yang
digunakan adalah melalui pemerhatian, temu bual dan ujian. Data-data ini dianalisis melalui
analisis kandungan, analisis pola dan analisis kuantitatif. Triangulasi kaedah dan sumber
dilaksanakan untuk mengesahkan data yang dikumpul dan dianalisis. Analisis data mendapati
kelima-lima orang murid Tahun satu menunjukkan penguasaan dalam penolakan fakta asas
yang melibatkan pengumpulan semula selepas kaedah jari digunakan. Kaedah jari juga
meningkatkan amalan kendiri sebagai Pendidik Matematik.
ABSTRAK 143
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan pengenalan KaedahPetak dalam
membantu tiga orang murid tahun empat dalam penguasaan penambahan pecahan yang
berbeza penyebut. Kaedah Petak yang diperkenalkan ini adalah berdasarkan penggunaan
bahan bantu mengajar yang telah dilaksanakan. Data dikumpul melalui pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen dan kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan,
analisis pola dan analisis kuantitatif dalam bentuk markah dan peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Kaedah Petak berupaya membantu peserta kajian menguasai
penambahan pecahan yang berbeza penyebut pada tahap yang memuaskan, di samping
membantu saya sebagai penyelidik dan pendidik dalam meningkatkan amalan kendiri saya.
Kata Kunci : Kaedah Petak, penambahan pecahan yang berbeza penyebut, Amalan kendiri
ABSTRAK 144
Hang In In
Faizah Binti Mohd Ghazali (Ph.D)
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah permainan UNOsifir dalam
meningkatkan kemahiran mencongak sifir 7, 8 dan 9. Kumpulan sasaran terdiri daripada dua
orang murid dari Tahun 4 yang menghadapi masalah dalam kemahiran mencongak sifir 7, 8
dan 9 dengan cepat dan tepat. Permaian UNOsifir ini adalah permainan kad yang
memerlukan kemahiran murid mencongak sifir dengan memadankan ayat sifir dengan
jawapannya.Data kajian dikumpul dengan menggunakan ujian congak awal, ujian congak
akhir, latihan, pemerhatian serta temu bual.Hasil dapatan menunjukkan peningkatan skor dan
pengurangan tempoh masa mencongak antara ujian congak awal dan ujian congak
akhir.Murid diperhatikan menunjukkan penguasaan kemahiran mencongak sifir yang baik dan
terdapat interaksi yang aktif dengan rakan sebaya.Murid juga menunjukkan minat yang baik
dalam pembelajaran mencongak sifir 7, 8 dan 9 semasa dalam permainan ini. Secara
kesimpulannya, permainan UNOsifir ini memberi kesan yang baik kepada murid dalam
pembelajaran kemahiran mencongak sifir 7, 8 dan 9 dengan tepat dan cepat.
ABSTRAK 145
PPG Matematik
Kajian Tindakan ini dijalankan untuk menguji keberkesanan teknik Rhyme Time dalam
membantu meningkatkan kemahiran fakta asas darab murid. Kajian ini telah dijalankan di
salah sebuah sekolah luar bandar di daerah Seremban. Responden terdiri daripada pelbagai
latar belakang dan rasia iaitu Melayu, India dan Etnik Orang Asal. Hasil daripada kajian telah
menunjukkan 4 daripada 5 responden telah Berjaya menguasai kemahiran kesemua fakta asas
darab. Ini membuktikan keberkesanan teknik Rhyme Time dalam meningkatkan kemahiran
fakta asas darab murid. Keputusan ujian juga telah menunjukkan perubahan positif dalam
memupuk minat murid kepada matematik.
ABSTRAK 146
Wusah Mohanadran
Halimah Binti Jantan
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Model Polya dalam meningkatkan
kemahiran menyelesaikan masalah matematik murid tahun 2 dalam kemahiran penyelesaian
masalah.Subjek kajian ini terdiri daripada dua orang murid Tahun 2 yang mendapat markah
terendah dalam ujian pra bagi kemahiran penyelesaian masalah.Data dikumpulkan melalui
ujian pertengahan tahun, ujian pra, pemerhatian dan temubual.Hasil analisis data mendapati
peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra.Keputusan
penyelidikan tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Model Polya dapat
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat operasi iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi.Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah
murid-murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra iaitu min peratus markah ujian pasca
telah bertambah kepada 61.25 % daripada min peratus markah ujian pra iaitu sebanyak 30
%.Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa murid-murid memberikan respon yang positif
bagi penggunaan kaedah Model Polya ini.Ini menunjukkan kaedah Model Polya berkesan
dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
ABSTRAK 147
PPG Matematik
Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakanobjektif
utama dalam pembelajaran matematik.Ia juga merupakan bentuk pembelajaranpada tahap
yang tertinggi (Gagne, 1985). Dalam penyelidikan tindakan ini, saya telah mengkaji masalah
yang dihadapi oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka. Dua orang
murid tahun 1 Kreatif telah dipilih sebagai subjek kajian ini.Sesi intervensi yang telah
dijalankan telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah dengan cepat, cekap dan tepat.Saya telah merancang satu kaedah
bagi membantu mereka.Kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah
Segi Empat Ajaib.Cara pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pra dan pasca,
pemerhatian dan temubual.Ujian pra dan pasca menunjukkan perubahan markah yang
memberangsangkan.Pemerhatian mendapati kedua-duanya berjaya menjawab soalan
penyelesaian masalah dengan cepat, berani ke hadapan dan tidak memerlukan bimbingan
guru untuk menjawab soalan.Temubual menunjukkan murid seronok dan gembira belajar
matematik. Dapatan kajian ini menunjukkan perkembangan yang positif bahawa kaedah Segi
Empat Ajaib berjaya meningkatkan kemahiran dan perubahan tingkah laku murid dalam
soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 20. Cadangan kajian
akan datang akan dilanjutkan kepada nombor yang lebih besar seperti 50, 100 dan seterusnya.
Data yang dianalisis kemudian dibincangkan dan direkodkan.
Kata Kunci : Kaedah Segi Empat Ajaib, ujian pra, ujian pasca
ABSTRAK 148
PPG Matematik
Murid murid perlu diberi perhatian khusus apabila mereka tidak dapat menguasai operasi
asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid yang dapat
menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Semua murid terdiri daripada pelbagai
keupayaan. Ada yang cepat menerima pengajaran yang di ajar dan ada yang lambat menerima
pengajaran yang diajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengesan murid- murid
yang belum menguasai kemahiran menolak serta membimbing murid-murid yang
menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menolak tersebut.Selain daripada itu, ianya
juga bertujuan membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran menolak tersebut.
Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun 1 iaitu 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan. Mereka ini baru selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Murid-
murid ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini hanya
menumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah rakan 10 . Tinjauan awal
telah dilakukan untuk mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan
congak, pemerhatian dan soal selidik. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menolak
yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan kaedah yang sesuai dan mereka dapat
mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk masa yang akan datang.
ABSTRAK 149
PPG Matematik
Kajian Tindakan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan pendekatan kolaboratif bagi
meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran Matematik di sekolah rendah.Sampel
kajian terdiri daripada 4 orang murid dari kelas Tahun 5 Bestari yang dikenalpasti mempunyai
prestasi yang rendah.Tinjauan awal pengkaji mendapati bahawa murid tidak memberikan
fokus dan agak pasif di dalam kelas.Tugasan secara individu seringkali tidak dilakukan
dengan betul dan menepati kehendak pengkaji.Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, murid lebih suka berbincang bersama rakan daripada bertanya dan berbincang dengan
pengkaji.Oleh yang demikian, pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan
kolaboratif bagi meningkatkan pemahaman murid dalam Matematik.Melalui pendekatan ini,
aktiviti seperti perbincangan, inkuiri penemuan dan main peranan diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra, ujian
pos, analisis dokumen dan pemerhatian.Dapatan hasil analisa markah latihan dan ujian
responden telah menunjukkan peningkatan selepas tindakan dijalankan.Hasil analisa
pemerhatian mendapati maklumbalas murid telah meningkat semasa melakukan aktiviti
kumpulan. Kesimpulannya, pendekatan kolaboratif telah membantu dalam meningkatkan
tahap prestasi murid dalam Pembelajaran Matematik di sekolah rendah.
ABSTRAK 150
PPG Matematik
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menambah dua nombor
perpuluhan dalam bentuk lazim dengan menggunakan kaedah papan titik
perpuluhan.Enam/Dua orang murid tahun 4 di salah sebuah sekolah di Johor telah dipilih
sebagai subjek kajian ini.Tinjauan awal dilaksanakan melalui ujian pra, analisis hasil kerja
murid dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa subjek kajian tidak dapat
menguasai penyusunan nombor titik perpuluhan apabila soalan yang diberikan melibatkan
operasi tambah 2 nombor titik perpuluhan yang terdapat 1, 2 atau 3 nombor titik perpuluhan.
Justeru, pengkaji telah menggunakan kaedah papan titik perpuluhan bagi membantu murid
mengatasi masalah ini.Papan titik perpuluhan telah diperkenalkan kepada murid dalam
memudahkan penyusunan nombor titik perpuluhan seterusnya mendapat jawapan yang
betul.Analisis data dibuat secara kuantitatif berdasarkan markah ujian pra dan ujian
pasca.Dapatan kajian menunjukkan kaedah papan titik perpuluhan yang diperkenalkan telah
membantu murid menjawab betul soalan dalam menambah dua nombor perpuluhan dalam
bentuk lazim.
Kata Kunci: Kaedah papan titik perpuluhan, titik perpuluhan, operasi tambah.
ABSTRAK 151
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran penguasaan sifir asas 7,8
dan 9 dalam membantu murid menjawab soalan operasi darab yang melibatkan sifir asas 7,8
dan 9 dengan cepat dan tepat. Tinjauan awal telah dilakukan melalui hasil kerja murid,
pemerhatian dan temu bual. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa murid tidak dapat
menghafal sifir asas 7,8 dan 9 dengan menggunakan kaedah tradisional. Seramai 2 orang
murid dari tahun 3 Kuning telah dipilih sebagai subjek kajian melalui tinjauan awal tersebut.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid , saya telah memperkenalkan kaedah Sifir
Expres Ketingting. Data dikumpul melalui ujian pra,ujian pasca, pemerhatian dan temu bual
bersama subjek kajian. Peningkatan kemahiran subjek kajian dapat dilihat dengan ketara
dalam markah ujian pasca. Kesemua subjek kajian berjaya menjawab semua soalan dalam
ujian pasca dengan betul dan tepat. Implikasi ke atas kajian ini membuktikan bahawa kaedah
Sifir Expres Ketingting merupakan satu kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam mata
pelajaran matematik.
Kata kunci : kaedah expres ketingting, darab, sifir asas 7,8 dan 9
ABSTRAK 152
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menambah nombor dua digit
dengan dua digit secara mengumpul semula dengan menggunakan Kaedah Tangga. Tinjauan
awal dilakukan melalui pemerhatian, analisis hasil kerja murid , ujian Pra dan temu bual.
Hasil tinjauan awal mendapati bahawa subjek kajian sukar menyelesaikan opeasi tambah
secara pengumpulan semula. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang murid Tahun 1. Bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh subjek kajian, saya telah memperkenalkan Kaedah
Tangga. Justeru, kajian ini dapat menilai sejauh manakah keberkesanan Kaedah Tangga
dalam menyelesaikan masalah murid lemah ketika menambah secara mengumpul semula.
Peningkatan kemahiran subjek kajian dapat dilihat dengan ketara dalam markah ujian Pasca.
Kesemua subjek kajian berjaya mendapat markah sebanyak 100 peratus dalam ujian Pasca.
Implikasi ke atas kajian ini membuktikan bahawa Kaedah Tangga merupakan satu kaedah
yang sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Matematik.
ABSTRAK 153
PPG Matematik
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 membundar
sebarang nombor dalam lingkungan 10 000 kepada puluh, ratus dan ribu yang terdekat
menggunakan kaedah Bukit Pembundaran. Tinjauan awal telah dilakukan melalui
pemerhatian, analisis hasil kerja murid dan temubual. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa
murid-murid kurang memahami konsep nilai tempat dan konsep pembundaran. Kajian ini
telah dijalankan terhadap lima orang murid Tahun 3 Maju. Untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid, saya telah memperkenalkan kaedah Bukit Pembundaran. Kajian ini
menggunakan bahan maujud berbentuk model bukit untuk membantu murid mengatasi
kelemahan dalam menyelesaikan masalah pembundaran. Data kajian ini telah dikumpul
dengan menggunakan kaedah Ujian Pra, Ujian Pasca, analisis dokumen dan temu bual. Hasil
analisis data ujian menunjukkan kesemua lima orang subjek kajian mencapai peningkatan
markah dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah Bukit Pembundaran dapat membantu murid Tahun 3 meningkatkan
kemahiran mereka membundar sebarang nombor dalam lingkungan 10 000 kepada puluh,
ratus dan ribu yang terdekat.
Kata Kunci : kemahiran membundar, kaedah bukit pembundaran, digit, nilai tempat.
ABSTRAK 154
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan berbentuk
pengiraan bahagi dalam bentuk lazim yang melibatkan nombor empat digit dan lima digit
dengan dua digit menggunakan Kaedah Jadual Sifir Petak sembilan. Subjek kajian terdiri
daripada tiga orang murid tahun 4 Bestari, Sekolah Kebangsaan Malim. Data kajian
dikumpulkan menggunakan kaedah temubual, ujian diagnostik, ujian pra, latihan dan ujian
pasca. Data seterusnya dikumpul dan dianalisis dalam bentuk kualitatif. Analisa kesilapan
kajian menunjukkan murid mengalami masalah membahagi nombor empat digit dan lima
digit dengan dua digit ketika menjawab soalan. Oleh itu sesi rawatan telah dilakukan
sebanyak tiga kali bagi membantu murid menangani permasalahan ini. Hasil dapatan
menunjukkan murid dapat menjawab soalan bahagi dengan betul menggunakan Kaedah
Jadual Sifir Petak Sembilan.
ABSTRAK 155
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai penggunaan kertas grid dalam
meningkatkan kemahiran pembahagian nombor perpuluhan dengan dua digit nombor.
Seramai tujuh orang murid daripada kelas 5 Biru di salah sebuah sekolah di bandar Bahau
telah dijadikan sebagai subjek kajian. Tinjauan awal menunjukkan subjek menghadapi
masalah membina sifir dua digit sebelum menyelasaikan pembahagian nombor perpuluhan
dengan dua digit. Hasil ujian pra didapati seorang memperolehi 56%, dua orang 44%, seorang
11% dan tiga orang 0%. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pra dan Pasca, semakan
buku latihan dan temu bual. Melalui semakan buku latihan subjek didapati subjek salah bina
sifir dua digit. Manakala hasil temu bual pula mendapati subjek tidak berminat dalam topik
ini. Hasil penyelidikan mendapati dengan menggunakan kertas grid, terdapat peningkatan
dalam kemahiran ini. Hasil Ujian Pasca menunjukkan peningkatan dua orang mendapat
markah 100%, seorang 89%, seorang 78%, dua orang dari 0% ke 67% dan seorang dari 0% ke
44%. Justeru itu, penggunaan kertas grid ini amat sesuai untuk meningkatkan kemahiran
pembahagian nombor perpuluhan dengan dua digit nombor.
ABSTRAK 156
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai kaedah Rekenrak dalam meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula dikalangan murid tahun satu yang terdiri
daripada 7 orang. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya menambah
baik amalan keguruan saya berhubung dengan kemahiran dan kaedah dalam menolak dengan
mengumpul semula. Kesukaran memahami mengumpul semula menyebabkan murid-murid
kurang mahir dalam menyelesaikan kemahiran menolak. Satu perancangan tindakan dibuat
bagi meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula menggunakan Kaedah
rekenrak. Sesi bimbingan dijalankan selama 4 minggu pada setiap hari Rabu selama satu jam.
Ia dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada pemerhatian,
temubual dan soal selidik menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan
pencapaian murid dalam Matematik. Hasil daripada ujian pra yang dijalankan dapati subjek
kajian memperolehi markah dari 0 % hingga 60% sahaja. Hanya 2 orang daripada 7 subjek
kajian telah lulus dalam ujian pra. Manakala 5 orang subjek kajian telah gagal dalam ujian
pra. Setelah kajian tindakan dilakukan, keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan
prestasi dimana kesemua subjek kajian mendapat lebih daripada 50%. Dua orang mendapat
100% ,seorang 80%, 2 orang lebih daripada 50% dan 2 orang lebih daripada 60%. Secara
keseluruhannya, Kaedah Rekenrak dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan
pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
ABSTRAK 157
Norazean Bt Nordin
Halimah Bt Jantan
PPG Matematik
ABSTRAK 158
Noorliyaton Bt Razali
Zakariyah Bin Julas
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknik Kekisi ,
untuk membantu subjek meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah dengan
pengumpulan semula. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid tahun 2 di salah sebuah
sekolah di pinggir bandar Melaka. Tinjauan awal menunjukkan subjek menghadapi masalah
semasa menambah dengan pengumpualan semula dalam lingkungan 1000. Hasil ujian pra
didapati subjek memperolehi markah 20%, 10% , 30% dan 0%. Dalam kajian ini, data
dikumpul dengan menggunakan Ujian Pra dan Pos, semakan buku latihan dan temu bual.
Melalui semakan buku tulis subjek didapati subjek membuat kesalahan menyusun mengikut
nilai tempat dan kecuaian menambah. Manakala hasil temu bual pula mendapati,
kebanyakkan mereka melakukan kecuaian meletak 1 pada nilai puluh sekiranya berlaku
penambahan mengumpul semula. Hasil penyelidikan mendapati, dengan menggunaan
Teknik Kekisi, terdapat peningkatan kefahaman subjek dalam kemahiran tersebut. Hasil
analisis Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu 80%, 90%,
100% dan 60%. Justeru itu penggunaan Teknik Kekisi ini, amat sesuai digunakan untuk
meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah dengan pengumpulan semula.
ABSTRAK 159
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknik Butang Baju
, untuk membantu subjek meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah nombor
perpuluhan dengan nombor bulat. Subjek kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di
salah sebuah sekolah di pinggir bandar Melaka. Tinjauan awal menunjukkan subjek
menghadapi masalah semasa menyusun nombor perpuluhan dan nombor bulat dalam bentuk
lazim. Hasil ujian pra didapati hanya seorang subjek memperolehi markah 40%, seorang 20%
dan selebihnya 0%. Dalam kajian ini, data dikumpul dengan menggunakan Ujian Pra dan Pos,
semakan buku latihan dan temu bual. Melalui semakan buku tulis subjek didapati subjek
membuat kesalahan menyusun mengikut nilai tempat dan kecuaian menambah. Manakala
hasil temu bual pula mendapati, terdapat miskonsepsi terhadap perbezaan antara nombor
perpuluhan dan nombor bulat. Hasil kajian mendapati, dengan menggunaan Teknik Butang
Baju, terdapat peningkatan kefahaman subjek dalam kemahiran tersebut. Hasil analisis Ujian
Pos menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu seramai 4 orang subjek
memperolehi markah 100% manakala selebihnya memperoleh markah 80%. Justeru itu
penggunaan Teknik Butang Baju ini, amat sesuai digunakan untuk meningkatkan
kefahaman dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat.
ABSTRAK 160
Rohani Bt Ramly
Halimah Bt Jantan
PPG Matematik
Murid - murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas
matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai
kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 1 Gigih Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1
dalam kemahiran menolak mengumpul semula dalam bentuk lazim. Selain itu, ia bertujuan
untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid murid yang lambat menguasai
kemahiran tersebut. Pelbagai kesalahan dan juga kesilapan yang dapat dikesan melalui
pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan analisis dokumen seperti
lembaran kerja, buku latihan, dan buku aktiviti. Hasil tinjauan mendapati bahawa murid
murid melakukan beberapa pola kesilapan seperti tidak mengumpul semula, tidak
mengurangkan nilai bagi nombor yang telah berlaku proses peminjaman, tidak menyusun
nombor mengikut nilai tempat yang betul dan kesilapan dalam pengiraan. Dua orang peserta
kajian telah dipilih berdasarkan kelemahan mereka menguasai penolakan dengan
pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid lelaki
dan seorang murid perempuan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan
menggunakan kaedah Pinjam Satu Kurang Satu . Sebanyak empat sesi bimbingan yang
dijalankan ke atas peserta kajian. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan instrumen ujian
pra dan ujian pos. Analisis perbandingan ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan
tertinggi adalah 100%. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan
murid lemah dalam kemahiran menolak mengumpul semula dalam bentuk lazim.
ABSTRAK 161
Roslina Bt Zakaria
Halimah Bt Jantan
PPG Matematik
ABSTRAK 162
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 1 dalam
menyelesaikan operasi tolak. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sama ada dan
bagaimana murid menguasai kemahiran menolak nombor dua digit dengan satu digit dengan
mengumpul semula menggunakan kaedah Turun Lif. Subjek kajian terdiri daripada 13
orang murid tahun 1. Ujian pra dilaksanakan untuk mengenal pasti kelemahan dan tahap
penguasaan murid terhadap kemahiran menolak nombor 2 digit dengan nombor 1 digit
dengan mengumpul semula. Selepas sesi intervensi menggunakan kaedah Turun Lif murid
diberikan ujian pos. Temu bual berstruktur dan pemerhatian terhadap murid dilaksanakan
untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang penggunaan kaedah Turun Lif itu. Data
dianalisis secara diskriptif dan ditunjukkan dalam jadual dan carta. Dapatan kajian
menunjukkan pencapaian murid antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan kesan yang
positif. Bilangan murid dapat menyelesaikan operasi tolak meningkat selepas intervensi
menggunakan kaedah Turun Lif. Maklum balas murid menyatakan kaedah ini mudah
digunakan. Penggunaan kaedah Turun Lif ini dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran terhadap operasi tolak.
ABSTRAK 163
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun Lima
Wira di Sekolah Kebangsaan Palong 8 (F) dalam kemahiran mendarab nombor lima digit
dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit. Rumusan
daripada tinjauan masalah menunjukkan bahawa murid sering kali membuat kesilapan dalam
meletakkan hasil darab mengikut nilai tempat dengan betul serta melakukan kecuaian semasa
menambah hasil darab semasa proses kumpul semula. Seramai lima orang murid telah dipilih
sebagai subjek kajian. Bagi mengatasi masalah ini, kad Zz diperkenalkan dan digunakan
untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran mendarab. Instrumen
kajian terdiri daripada pemerhatian berstruktur, analisis dokumen (Lembaran Kerja),
temubual berstruktur dan ujian pra-pos. Data yang diperolehi menggunakan instrumen kajian
dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan daripada intervensi yang dijalankan,
dapatan kajian menunjukkan bahawa kad Zz telah berjaya membantu murid menguasai
kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit
dengan nombor dua digit. Melalui sesi temubual yang dibuat juga menunjukkan pandangan
yang positif daripada subjek kajian terhadap penggunaan kad tersebut. Secara keseluruhannya
dapat dirumuskan bahawa kad Zz yang diperkenalkan ini dilihat dapat membantu mengatasi
masalah kemahiran mendarab yang dihadapi oleh subjek kajian.
ABSTRAK 164
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kad
Comel (iaitu satu jenis alat bantu untuk melengkapkan ayat matematik darab). Kad Comel
digunakan sebagai alat intervensi dalam pembelajaran kelas tahun dua bagi operasi darab.
Seramai 7 orang murid dari kelas 2 Adil dari Sekolah Kebangsaan Serkam Merlimau Melaka
telah dikenal pasti sebagai subjek kajian melalui ujian diagnostik. Intervensi dilakukan
dengan melatih subjek kajian. Data selepas intervensi dikumpul mengunakan instrumen
seperti soal selidik, ujian pra dan ujian pos serta borang pemerhatian. Borang soal selidik
bertujuan meninjau tentang minat mereka dalam matematik tajuk darab. Bagi ujian pra, dan
pos bertujuan untuk melihat tahap pencapaian mereka sebelum dan selepas didedahkan
dengan penggunaan Kad Comel. Hasil analisis data mendapati teknik Kad Comel berjaya
meningkatkan prestasi subjek kajian dalam melengkapkan ayat matematik darab bagi tahun 2.
Kesimpulannya, penggunaan kaedah Kad Comel dapat membantu murid dalam
melengkapkan ayat matematik darab bagi tahun 2.
ABSTRAK 165
Zurina Bt Meri
Yeow Kek Ong
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan apabila saya mendapati lima orang murid Tahun Tiga
yang saya ajar membuat kesilapan umum dalam penyelesaian operasi darab yang melibatkan
dua atau tiga digit dengan satu digit. Saya telah menggunakan teknik PELUK TIANG
iaitu teknik yang memerlukan murid-murid membuat garisan-garisan yang mewakili nombor
yang saya kenalkan sebagai tiang terlebih dahulu diatas kertas sebelum memulakan operasi
darab tersebut. Tiang dua mewakili operasi darab yang melibatkan dua digit dengan satu digit,
manakala tiang tiga pula mewakili operasi darab tiga digit dengan satu digit .Murid hanya
perlu meletakkan nombor soalan darab tersebut di tiang yang disediakan. Pemeriksaan buku
tulis, pemerhatian, temu bual, Ujian pos dan Ujian pra merupakan kaedah yang digunakan
untuk mengumpul data. Hasil kajian diharap dapat membantu murid-murid memahami
kemahiran matematik yang melibatkan operasi darab. Hasil analisis data mendapati teknik
peluk tiang ini berjaya membantu murid dalam menyelesaikan soalan operasi darab yang
melibatkan dua atau tiga, digit dengan satu digit dan menghapuskan kesilapan umum yang
dilakukan oleh murid-murid dan menambah keyakinan mereka dalam penyelesaian operasi
darab. Di samping itu, teknik peluk tiang turut menambah baik amalan saya dalam pengajaran
penyelesaian operasi darab.
ABSTRAK 166
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi menambahbaik amalan pengajaran guru dalam
meningkatkan kemahiran penukaran pecahan wajar kepada peratus dengan menggunakan
Petak Seratus. . Kajian ini melibatkan 2 orang murid Tahun 5 Sarjana dari Sekolah
Kebangsaan Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. Instrumen kajian meliputi ujian pra dan ujian
pos, pemerhatian dan analisis dokumen. Ujian pra dan ujian pos dilaksanakan untuk
mengukur peningkatan pencapaian murid-murid. Pemerhatian dan analisis dokumen
dijalankan bagi mengetahui sama ada penggunaan Petak Seratus membantu murid dalam
menukar pecahann wajar kepada peratus. Data yang diperolehi melalui instrumen dipaparkan
dalam bentuk jadual, graf palang dan peratusan bagi tujuan penganalisisan data. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan Petak Seratus dapat membantu murid memahami
konsep penukaran pecahan wajar kepada peratus.
ABSTRAK 167
Norhaslinda Bt Omar
Mohd Hanafi Bin Abu Bakar (Ph.D)
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi menambahbaik amalan pengajaran saya dalam
meningkatkan pemahaman murid bagi konsep pendaraban nombor dua digit dengan satu digit
dengan menggunakan Blok Asas Sepuluh. Kajian ini melibatkan 3 orang murid Tahun 4
Bestari dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson. Instrumen kajian
meliputi ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian dan temubual. Ujian Pra dan ujian pasca
dilaksanakan untuk mengukur peningkatan pencapaian murid-murid.Pemerhatian dan
temubual dijalankan bagi mengetahui sama ada penggunaan Blok Asas Sepuluh membantu
murid dalam memahami konsep pendaraban melibatkan nombor dua digit dengan satu digit.
Data yang diperolehi melalui instrumen dipaparkan dalam bentuk jadual, graf palang dan
peratusan bagi tujuan penganalisisan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan Blok Asas membantu murid memahami konsep pendaraban melibatkan nombor
dua digit dengan nombor satu digit.
ABSTRAK 168
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menolak sebarang dua nombor
secara mengumpul semula menggunakan kaedah Kawan Besar. Subjek kajian ini terdiri
daripada 4 orang murid tahun 1 Arif SK Gangsa. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan
ujian pasca. Hasil analisis data menunjukkan bahawa semua murid yang di jalankan kajian
keatasnya telah menunjukkan peningkatan prestasi dan lebih mahir dalam operasi tolak secara
mengumpul semula. Ke empat-empat subjek kajian telah mendapat markah yang penuh dan
menunjukkan markah yang tinggi dalam ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah Kawan Besar sangat membantu untuk meningkatkan kemahiran murid
untuk menjawab soalan melibatkan operasi penolakan secara mengumpul semula serta dapat
memahirkan murid operasi tambah yang memberi jawapan 10.
ABSTRAK 169
Noraini Bt Ali
Mohd Hanafi Bin Abu Bakar (Ph.D)
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada Teknik Tetingkap dapat membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran menambah dua nombor bercampur yang tidak sama
penyebut sehingga 10 di kalangan murid- murid tahun 5 Bestari di SK Paya Rumput.
Pemerhatian awal mendapati terdapat tiga orang murid yang masih menghadapi masalah
menguasai kemahiran ini dengan baik. Antara kelemahan utama mereka ialah tidak
menguasai fakta asas dengan baik, tidak memahami konsep pecahan setara serta tidak
menguasai kemahiran menambah pecahan dengan baik. Oleh itu, Teknik Tetingkap
diperkenalkan bagi memudahkan proses menyamakan penyebut pecahan sebelum
meneruskan proses menambah nombor bercampur yang terlibat serta membantu murid untuk
menulis jawapan akhir dalam bentuk termudah. Analisis data berdasarkan temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan menunjukkan bahawa teknik ini amat
berkesan untuk membantu meningkatkan penguasaasn murid dalam menambah dua nombor
bercampur yang tidak sama penyebut ini. Pada masa hadapan, Teknik Tetingkap ini boleh
diaplikasikan dalam tajuk lain dalam mata pelajaran Matematik.
Kata kunci : menambah dua nombor bercampur yang tak sama penyebut, Teknik Tetingkap
ABSTRAK 170
Norfazila Bt Saari
Mohd Hanafi Bin Abu Bakar (Ph.D)
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan kaedah Petak 9 dalam meningkatkan
penguasaan mendarab bagi operasi Matematik Tahun 3. Kajian ini dijalankan di salah sebuah
sekolah di daerah Melaka Tengah. Pengkaji telah memilih 2 orang murid perempuan berumur
9 tahun sebagai subjek kajian. Melalui tinjauan dan analisis masalah yang dijalankan pengkaji
mendapati subjek tidak boleh menyelesaikan operasi mendarab dua digit dengan 1 digit dalam
bentuk lazim kerana tidak tahu sifir. Proses tinjauan dan analisis masalah mentriangulasikan
tiga kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan dokumen. Proses triangulasi ini sangat penting
bagi pengkaji memastikan subjek kajian benar-benar bermasalah dalam mengingati sifir.
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah Petak 9 bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh subjek setelah membuat pemerhatian terhadap minat subjek. Bagi kajian
seterusnya pengkaji mencadangkan untuk menggunakan teknik jari untuk menghafal sifir.
ABSTRAK 171
Rohafizah Bt Taib
Mohd Hanafi Bin Abu Bakar (Ph.D)
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid pra sekolah dalam
meningkatkan kemahiran menolak dalam lingkungan 10 menggunakan teknik bermain Catur
Operasi. Kajian ini telah dilakukan di salah sebuah pra sekolah di daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan. Kemahiran menolak dalam lingkungan 10 merupakan asas pengiraan yang
penting pada peringkat murid pra sekolah. Seramai 3 orang murid dari kelas Pra Mutiara
sekolah tersebut telah dipilih untuk dijadikan responden. Satu tinjauan masalah telah
dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan ujian diagnostik.
Hasil analisis data yang telah dilakukan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dan
perubahan selepas menggunakan teknik bermain Catur Operasi. Kajian ini turut
mencadangkan penggunaan teknik bermain Catur Operasi bagi murid-murid linus untuk
tajuk menambah dan menolak dalam lingkungan 10.
ABSTRAK 172
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik Piramid ATM terhadap
kemahiran murid Tahun 5 dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan tempoh masa.
Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 Bestari dari sebuah sekolah di
Tangkak, Johor. Data dikumpulkan melalui lembaran kerja, semakan buku latihan,kaji selidik
dan temu bual. Hasil analisis data menunjukkan semua subjek kajian menunjukkan
peningkatan markah yang ketara dalam Lembaran kerja 2 berbanding Lembaran kerja 1.
Keempat-empat subjek kajian telah memperolehi markah penuh dan menunjukkan pencapaian
tertinggi di dalam lembaran kerja 2. Keputusan kajian menunjukkan penggunaan teknik
Piramid ATM dapat membantu dan meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan
masalah yang melibatkan tempoh masa.
ABSTRAK 173
Roshafiza Bt Md Ali
Norsiah Bt Bahari
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Pagar Serong
dalam penambahan dengan pengumpulan semula bagi murid Tahun 5. Kajian ini
dilaksanakan terhadap tiga orang murid Tahun 5 yang mengalami masalah dalam menambah
dengan mengumpul semula. Data yang dikumpul menggunakan kaedah temu bual,
pemerhatian, soal selidik dan ujian ( ujian pra dan ujian pos). Data data daripada ujian ini
dikumpul ,dianalisis, serta dinilai dan keputusan membuktikan bahawa kaedah pagar
serong ini sesuai digunakan untuk konsep penambahan dengan mengumpul semula. Data
dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan nilai peratus. Pengkaji mengaplikasikan
kaedah Pagar Serong ini kerana ia dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran
Matematik dengan penggunaan pelbagai kaedah. Hasil analisis data mendapati peserta
menunjukkan perubahan yang positif dengan hasil rawatan yang telah dijalankan. Keputusan
menunjukkan bahawa kaedah Pagar Serong sangat berkesan dalam kemahiran menambah
dengan pengumpul semula.
ABSTRAK 174
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kit BBHq terhadap kemahiran
pembundaran nombor bulat sehingga ratus terdekat bagi Matematik Tahun 2. Kit BBHq yang
diperkenalkan untuk membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas tentang
kemahiran pembundaran. Fokus kajian lebih tertumpu kepada usaha meningkatkan tahap
penguasaan konsep pembundaran tanpa bergantung kepada hafalan petua dan syarat-syarat
pembundaran. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan semakan buku latihan. Seramai
lima orang murid yang dikesan mengalami masalah. Terdapat beberapa jenis pola kesalahan
yang telah dikenalpasti ketika murid menjawab soalan pembundaran iaitu kesalahan
menambahkan 0 atau 1 pada tempat pembundaran, kesalahan membundar soalan yang
mempunyai nilai 9 pada tempat pembundaran dan kesalahan tidak menukarkan digit-digit
yang berada selepas nilai tempat pembundaran kepada sifar. Instrumen yang digunakan untuk
mengumpul data adalah Ujian Pra, Ujian Pos, temu bual dan semakan buku latihan. Selain itu,
Kit BBHq juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid
yang lambat menguasai kemahiran tersebut. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa Kit
BBHq ini berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran pembundaran bagi murid
tahun 2.
Kata Kunci : Kemahiran membundar, nombor bulat, ratus terdekat, puluh terdekat, Kit
BBHq
ABSTRAK 175
Shahidah Bt Zainuddin
Norsiah Bt Bahari
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menolak dua
nombor bercampur dengan penyebut yang sama hingga 10 bagi murid tahun 5 Adil. Terdapat
segelintir murid yang tidak menguasai kemahiran ini dengan baik dan sering melakukan
kesilapan semasa menolak. Seramai 5 orang murid yang terdiri dari tiga murid lelaki dan dua
orang murid perempuan dari kelas 5 Adil Sekolah Kebangsaan Serkam telah dipilih untuk
dijadikan sebagai murid kajian berdasarkan dari tinjauan awal yang telah dilaksanakan.
Daripada maklumbalas yang diperolehi melalui tinjauan awal, murid-murid ini menyatakan
bahawa mereka sukar menjawab soalan pecahan melibatkan operasi penolakan terutama
melibatkan nombor bulat. Kelemahan murid menjawab soalan-soalan menolak pecahan
adalah berpunca daripada kelemahan dalam memahami konsep pecahan itu sendiri. Instrumen
yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan ujian pra serta ujian pasca. Dapatan kajian
mendapati pencapaian murid kajian menunjukkan peningkatan di mana dua peserta
menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 84% dan 83%, dua lagi 67% dan
seorang lagi sebanyak 50%. Kesimpulannya, penggunaan kaedah L2D dapat membantu
murid dalam penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.
ABSTRAK 176
PPG Matematik
Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan dan mengatasi masalah
kelemahan murid dalam menjawab soalan matematik berbentuk penyelesaian masalah
matematik. Kajian ini tertumpu kepada 25 orang murid Tahun 3H. Daripada maklumbalas
yang diperolehi daripada kaji selidik, terdapat 3 orang murid sukar menjawab soalan
berbentuk penyelesaian masalah. Kelemahan murid dalam memahami masalah matematik
dan menterjemahkan masalah kepada ayat matematik dan seterusnya menggunakan operasi-
operasi yang sesuai bagi menyelesaikannya. Kajian ini dilaksanakan melalui soal selidik,
pemerhatian, ujian pra, ujian pasca dan diikuti dengan rawatan serta refleksi kendiri.
Pencapaian murid dalam ujian pasca telah menunjukkan murid telah dapat menguasai strategi
melukis gambar rajah. Dapatan kajian ini, strategi melukis gambar rajah dapat membantu
murid dalam penyelesaian masalah dan membantu guru dalam tajuk matematik yang lain.
ABSTRAK 177
Tee Gek Ni
Norsiah Bahari
PPG Matematik
Kata kunci: Kemahiran penyelesaian masalah, Analisis Kesilapan Newman, Model Polya
ABSTRAK 178
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik Road Block (RB) dalam
membantu empat orang murid Tahun Empat Arif untuk menguasai pembahagian nombor
bulat tanpa mengumpul semula dan menambah baik amalan pengajaran saya. Data dikumpul
melalui pemerhatian pada dekak-dekak, lembaran kerja, ujian dan temu bual. Kemudian, data
dianalisis menggunakan analisis pemerhatian, analisis dokumen, analisis ujian pra dan pos
serta analisis temu bual. Pelaporan kajian pula adalah secara naratif. Dapatan kajian
menunjukkan teknik RB berkesan dalam membantu empat orang peserta kajian berkenaan
menguasai konsep dan kemahiran pembahagian nombor bulat tanpa mengumpul semula.
Dicadangkan agar teknik RB digunakan dalam pembahagian nombor bulat dengan
pengumpulan semula dalam kajian seterusnya.
ABSTRAK 179
Badviah Bt Mazlan
Rozana @ Umi Kalthum Bt Sahul Hamid
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membundar nombor kepada
puluh yang terdekat menggunakan kaedah GPS. Kajian ini melibatkan enam orang murid
aliran perdana Sekolah Kebangsaan Mensudut Lama, Batu Anam, Segamat, Johor. Subjek
subjek telah dikenalpasti dan dipilih kerana mempunyai masalah dalam penguasaan
kemahiran memahami konsep membundarkan nombor. Subjek subjek mengalami kesukaran
dalam menentukan sama ada nombor yang hendak dibundarkan perlu ditambah satu atau
ditambah sifar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah akedah pemerhatian dan
temubual. Data data dipungut berdasarkan pemerhatian dan senarai semak daripada Ujian
Pra dan Ujian Pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa semua subjek menunjukkan
peningkatan yang ketara dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Secara keseluruhannya,
dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah GPS dapat meningkatkan
kemahiran membundar nombor kepada puluh yang terdekat bagi murid murid tahun tiga.
ABSTRAK 180
Mazlina Bt Mazlan
Rozana @ Umi Kalthum Bt Sahul Hamid
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran guru bagi mata
pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat.
Kaedah J-Mind (Jadual Minda) diaplikasikan bagi membantu murid-murid yang bermasalah
dalam penyelesaian masalah matematik berayat. J-Mind (Jadual Minda) merupakan satu
kaedah pengajaran di mana penggunaan jadual untuk murid mengenalpasti maklumat-
maklumat penting dan kata kunci (penggunaanan operasi) dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah matematik berayat. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang telah
dilaksanakan terhadap 6 orang respoden dari kelas 6 Anggerik di Sekolah Kebangsaan Air
Molek dan juga merupakan calon Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR). Data kualitatif
dan kuantitatif telah dipungut melalui analisis dokumen, ujian dan hasil soal selidik dan telah
dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian, semua responden telah menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat.
ABSTRAK 181
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran peserta kajian dalam
penambahan melibatkan nombor hingga 20. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan di sebuah
sekolah yang dikategorikan sekolah luar bandar dengan melibatkan empat orang peserta dari
tahun 1. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada prestasi melalui instrumen yang
digunakan iaitu, analisis dokumen, pemerhatian, dan refleksi guru. Reka bentuk kajian
tindakan terdiri daripada dua kitaran yang dilaksanakan secara berperingkat. Justeru, teknik
Simpan dan Sambung diperkenalkan sebagai intervensi bagi membantu murid menguasai
operasi tambah hingga 20 dengan mudah dan pantas. Analisis data adalah secara kualitatif
yang mana, hasil daripada analisis data yang dijalankan dapat menunjukkan kekuatan dan
kelemahan setiap peserta kajian secara jelas. Hasil daripada dapatan kajian, menunjukkan
teknik Simpan dan Sambung dapat membantu peserta kajian menguasai operasi asas tambah
dengan lebih tepat dan pantas. Ia disokong dengan analisis dokumen, senarai semak, dan
refleksi guru yang dijalankan terhadap peserta kajian. Perbandingan markah setiap peserta
kajian melalui ujian pra dan pos juga menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian bagi
setiap peserta kajian yang boleh dilihat secara jelas. Melalui analisis data bagi keduadua
ujian juga, dapat disimpulkan bahawa peserta kajian berjaya menambah fakta asas dalam
masa yang lebih pantas. kesimpulannya, penggunaan teknik Simpan dan Sambung jelas
menunjukkan peningkatan penguasaan dan kecekapan peserta kajian dalam penambahan
melibatkan nombor dalam lingkungan 20. Ia juga diharapkan dapat membantu murid dalam
operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim apabila
pembelajaran murid berkembang keperingkat yang lebih tinggi.
Kata kunci: operasi tambah, nombor dalam lingkungan 20, teknik simpan dan sambung.
ABSTRAK 182
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan apabila saya mendapati empat orang murid Tahun Lima
yang saya ajar membuat kesilapan umum dalam penyelesaian operasi bahagi untuk nombor
5-digit dengan 2-digit dalam bentuk lazim. Saya telah menggunakan konsep latih tubi
semasa pengenalan kaedah JCS iaitu Jadual Cerakin Sifir. Data dikumpulkan melalui Ujian
Pra, Perlaksanaan Pertama, Pelaksanaan Kedua dan Ujian Pasca. Hasil analisis data
mendapati bahawa semua responden menunjukkan peningkatan yang baik selepas setiap
pelaksanaan dan juga peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pasca berbanding Ujian
Pra. Terdapat dua responden yang mendapat markah yang penuh dengan menunjukkan
markah ujian yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah JCS berjaya
menghapus kesilapan umum yang dilakukan oleh murid dan menambah keyakinan mereka
dalam penyelesaian operasi bahagi. Di samping itu juga, kaedah JCS turut menambah baik
amalan saya dalam pengajaran penyelesaian operasi bahagi terutamanya dalam pembinaan
sifir dua digit dalam proses bahagi.
ABSTRAK 183
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendaraban nombor dua digit dengan
nombor dua digit menggunakan kaedah garisan silang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat,
pemahaman konsep dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Kajian ini melibatkan satu
kumpulan pelajar dari SJK TAMIL Port Dickson, sebagai kelas eksperimen. Kajian ini telah
dimulakan dengan soal selidik mengenai pandangan umum pelajar terhadap Matematik,
kemudian Ujian Pra dan seterusnya Ujian Pos dilakukan bagi melihat keberkesanan
pengajaran pendaraban dengan menggunakan kaedah garisan silang. Data yang diperolehi
dianalisa dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instruman tang telah
digunakan dalam kajian ini ialah maklumat pelajar, boring soal selidik, boring temubual dan
Ujian Pra dan Pos. Hasil kajian menunjukkan pembelajaran pendaraban dengan kaedah garis
silang dapat membantu murid dalam mencapai prestasi yang baik. Minat, sikap instrinsik
murid untuk belajar Matematik jelas kelihatan melalui aktiviti aktiviti yang pelajar
mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
ABSTRAK 184
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menambah
melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim menggunakan kaedah Susun Serong.
Empat orang murid telah menjadi peserta kajian ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lepas. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos, pemerhatian dan temubual semasa.
Analisis data menggunakan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Tinjauan awal
mendapati murid lemah dan keliru semasa melakukan operasi menambah yang melibatkan
pengumpulan semula. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan dalam aspek
kemahiran dan keyakinan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah menggunakan
intervensi yang diperkenalkan. Triangulasi dapatan kajian menunjukkan pola yang sama
dimana kesan positif dapat diperhatikan setelah proses intervensi dilaksanakansemasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah Susun Serong berjaya membantu
murid dalam menambah nombor melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.
Kata kunci: Operasi tambah, kaedah Susun Serong, murid sekolah rendah
ABSTRAK 185
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap pendaraban nombor
tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan Kaedah Tangga. Empat orang murid
Tahun 4 telah menjadi peserta kajian ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas.
Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pos. Selain itu, pemerhatian dan temubual semasa
dan selepas kajian yang dijalankan pada murid direkodkan. Peningkatan markah ujian murid
dalam Ujian Pos jelas menunjukkan murid-murid dapat mengaplikasikan Kaedah Tangga
yang diajar dengan baik. Dapatan kajian mendapati Kaedah Tangga berjaya membantu
empat orang murid Tahun 4 dalam menguasai konsep darab.
Kata kunci: Konsep pendaraban, nombor tiga digit dengan dua digit, Kaedah Tangga
ABSTRAK 186
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan apabila saya mendapati empat orang murid Tahun Empat
yang saya ajar membuat kesilapan dalam menyelesaikan operasi tambah nombor perpuluhan
dengan nombor bulat dalam bentuk lazim. Saya telah menggunakan dekak-dekak , manik, kad
nilai tempat dan kad nombor. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan
analisis dokumen untuk mengumpul data. Hasil analisis data mendapati penggunaan dekak-
dekak berjaya menghapuskan kesilapan umum yang dilakukan oleh murid-murid dan
menambah keyakinan mereka dalam penyelesaian operasi tambah nombor perpuluhan dengan
nombor bulat dalam bentuk lazim. Di samping itu, penggunaan dekak-dekak turut menambah
baik amalan saya dalam pengajaran penyelesaian pelbagai soalan yang melibatkan
penambahan nombor perpuluhan dan nombor bulat.
ABSTRAK 187
Zainun bt Buyong
Anuar b. Mohd Len
PPG Matematik
ABSTRAK 188
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menolak
dengan mengumpul semula menggunakan kaedah Kotak DTAT. Empat orang murid Tahun
3 telah dipilih untuk menjadi peserta kajian ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Data
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos. Selain itu, pemerhatian dan temubual semasa
dan selepas kajian yang dijalankan ke atas murid direkodkan. Analisis data menggunakan
analisis secara statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan kaedah Kotak DTAT telah berjaya
membantu murid-murid tersebut dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
Kata kunci: Penolakan dengan mengumpul semula, nombor dalam lingkungan 10 000,
Kotak DTAT.
ABSTRAK 189
Ng Yoke Wan
Rozaili Bin Mohd Ali
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk memperbaiki kelemahan murid yang berkaitan dengan
topik operasi darab. Masalah ini melibatkan nombor satu digit secara pengumpulan semula di
kalangan murid Tahun 3 pendaraban sebarang nombor dengan menggunakan kaedah Kekisi.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 5 murid Tahun 3 Kuning di sebuah sekolah jenis
kebangsaan cina di negeri Melaka. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis
latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan peperiksaan yang lepas berhubung dengan
kemahiran itu. Soal selidik murid digunakan bagi meninjau pandangan murid terhadap
kemahiran itu. Berdasarkan analisis tersebut, murid didapati belum menguasai kemahiran
mendarab yang melibatkan nombor satu digit. Bagi menangani masalah tersebut, satu kaedah
telah digunakan sebagai pendekatan baru kepada murid-murid bagi mengatasi masalah yang
mereka sedang hadapi ini. Murid-murid dilibatkan dengan pengambilan Ujian Pra yang
dirancang bagi menentukan tahap pengetahuan dan segala salah faham mereka tentang
pendaraban. Setelah melaksanakan Ujian Pra, lima sesi pembelajaran dilakukan bagi
mempertingkatkan kemahiran murid terhadap kaedah ini. Tindakan ini juga dapat membantu
murid untuk tidak kekok semasa mengaplikasikan kaedah ini di kelas. Di samping itu,
penguasaan dan kefahaman murid tentang tajuk yang dipelajari turut meningkat. Ujian Pasca
akan dibuat bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang digunakan. Hasil analisis data,
didapat 4 orang murid berjaya menunjukkan peningkatan dengan satu daripadanya mendapat
markah penuh. Keputusan kajian yang dibuat telah membuktikan bahawa kaedah Kekisi telah
berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam masalah pendaraban yang melibatkan nombor
satu digit.
ABSTRAK 190
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan operasi membahagi sebarang
nombor bulat dengan nombor dua digit dengan menggunakan kaedah SPAD Up And Down
berpandukan jadual sifir. Sampel diambil daripada murid-murid kelas 5K. Seramai 4 orang
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum telah dipilih. Tinjauan awal telah dilaksanakan
berdasarkan latihan dan ujian pra di dalam kelas . Hasil daripada tinjauan menunjukkan
bahawa penguasaan murid terhadap operasi bahagi sebarang nombor bulat dengan nombor
dua digit adalah sangat lemah dalam bentuk lazim. Para pelajar tidak dapat menghafal sifir
dengan betul semasa membuat latihan. Saya telah memperkenalkan kaedah SPAD-Up And
Down dengan berpandukan jadual sifir. Pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen
merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis secara analisis
kandungan dan analisis pola. Hasil analisis data mendapati kaedah SPAD berjaya
menghapuskan kesilapan umum yang dilakukan oleh murid-murid dan menambah keyakinan
mereka dalam penyelesaian operasi bahagi sebarang nombor kurang daripada bulat dengan
nombor dua digit dalam bentuk lazim. Keputusan daripada ujian pos menunjukkan
peningkatan penguasaan murid. Untuk memastikan pencapaian objektif ini lebih berkesan,
guru boleh melibatkan penyertaan murid dalam pembelajaran secara aktif untuk menarik
minat mereka terhadap pelajaran dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran pada
masa akan datang.
ABSTRAK 191
PPG Matematik
Kajian ini berfokus kepada murid Tahun 4 yang mengalami masalah kegagalan menulis ayat
matematik dengan betul untuk menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan
operasi bercampur tambah dan tolak. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid utuk
mentransformasikan masalah yang telah diberi. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian
, temubual dan analisis data untuk mengumpul data manakala proses menganalisis data dibuat
dengan menganalisis kandungan latihan pra dan latihan pasca yang telah dijalankan.
Keempat-empat peserta kajian dapat menggunakan Kaedah BUCK ini dengan betul semasa
menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Hasil
analisis data didapati kaedah BUCK berjayadan dapat menyelesaikan masalah berbentuk
cerita. Keputusan latihan pos juga menujukkan bahawa intervensi yang saya gunakan dalam
kajian ini iaitu kaedah buck telah berjaya sepenuhnya. Penggunaan Kaedah BUCK telah
banyak membantu saya dalam menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya
supaya murid-murid dapat mengaplikasikan kaedah yang terbaik bagi mereka.
Kata kunci: operasi bercampur tambah dan tolak, mentransformasi masalah, menulis ayat
matematik
ABSTRAK 192
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan apabila saya mendapati murid-murid saya di kelas
pemulihan tidak dapat menjawab soalan beroperasi darab. Murid-murid ini sukar untuk
mengingati dan menghafal sifir. Sehubungan itu, mereka gagal untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan operasi darab. Penggunaan pelbagai kaedah yang lain turut
dilaksanakan seperti kaedah jari, penambahan berulang dan kaedah visual untuk membantu
menangani masalah ini. Melalui pemerhatian, rakaman dan analisis dokumen untuk
mengumpul data, tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Seterusnya, kaedah Smart Sifir
diperkenalkan dan diajar cara penggunaannya. Selepas itu, sekali lagi saya memerhati dan
mengumpul data. Hasil analisis data mendapati bahawa penggunaan Smart Sifir berjaya
membantu murid-murid menghafal sifir dengan lebih mudah dan tepat. Justeru itu, keyakinan
mereka dalam penyelesaian operasi darab juga bertambah.
ABSTRAK 193
PPG Matematik
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu lima orang murid Tahun Satu
menguasai fakta asas penolakan dengan menggunakan My BFF. Kelima-lima orang murid
mendapat keputusan sederhana dalam peperiksaan yang lepas. Penyelidikan tindakan ini juga
memberi peluang kepada saya untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan kaedah My BFF berlandaskan prinsip kinestetik. Data kajian ini
dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data-data yang
dikumpul kemudiannya dianalisis dari segi kandungan dan pola. triangulasi masa dan
triangulasi sumber dijalankan untuk menyemak data-data yang telah dianalisis. Hasil analisis
data mendapati kelima-lima orang peserta murid telah menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan dari segi penguasaan kemahiran menjawab soalan fakta asas penolakan
melalui kaedah My BFF. Di samping itu, amalan kendiri saya dalam pengajaran dan
pembelajaran turut ditambah baik melalui kaedah My BFF.
ABSTRAK 194
PPG Matematik
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji impak Segi Tiga Pascal terhadap penguasaan
konsep dalam operasi tambah nombor satu digit dan satu digit secara spontan dalam
lingkungan 10 oleh empat orang Murid Tahun 1 dari SK X, Daerah Jasin, Melaka. Pemilihan
kumpulan sasaran dilakukan melalui hasil latihan kerja murid dan penyoalan lisan dalam
kelas. Kumpulan sasaran yang dipilih menunjukkan tahap penguasaan menambah secara
spontan yang sangat lemah dan mempunyai pola kesalahan yang sama. Penggunaan Segi Tiga
Pascal diperkenalkan untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menambah
secara spontan. Pelaksanaan intervensi telah dilakukan sebanyak dua kali. Instrumen yang
digunakan ialah analisis dokumen daripada ujian Diagnostik dan Ujian Pos. Seterusnya
menggunakan refleksi guru atau murid dan senarai semak daripada hasil soal jawab murid
dalam kelas bagi menyokong triangulasi data yang diperolehi. Hasil dapatan kajian
dihuraikan secara kualitatif. Kesimpulannya, intervensi ini berjaya meningkatkan minat serta
keyakinan murid untuk menyelesaikan masalah tambah secara spontan.
ABSTRAK 195
PPG Matematik
Kemahiran menukar ayat matematik kepada bentuk lazim adalah kemahiran yang perlu
dikuasi oleh murid tahun 1. Namun hasil pemerhatian, temu bual serta ujian pra menunjukkan
sebahagian murid tidak dapat menguasai kemahiran mengenal rumah nimbor yang betul
semasa menulis ayat matematik dalam bentuk lazim. Beberapa pelajar didapati sukar untuk
untuk menambah dengan menggunakan bentuk ini walaupun murid boleh menambah dengan
betul secara terus. Lantaran itu kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu seramai 4
orang murid tahun satu sebagai peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat
matematik kepada bentuk lazim dengan menggunakan kaedah Papan Nombor. Dalam kajian
ini semua data telah dibuat dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Data kajian dianalisi secara analisa kandungan dan analisa pola. Dapatan kajian
mendapati terdapat peningkatan kemahiran kemahiran menukar ayat matematik kepada
bentuk lazim di kalangan murid tahun 1. Kajian selanjutnya dicadangkan melibatkan
keberkesanan bentuk lazim dalam membantu murid menambah.
ABSTRAK 196
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menguasai fakta asas darab dengan menggunakan
kaedah Petak 100. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang murid Tahun 4. Tinjauan awal
dilaksanakan menggunakan ujian protim dan ujian pra menunjukkan bahawa penguasaan
murid terhadap fakta asas adalah lemah. Mereka tidak dapat menghafal sifir dengan betul dan
merujuk sifir darab di belakang buku latihan untuk menyiapakan latihan. Bagi menangani
masalah tersebut, satu kaedah Petak 100 diperkenalkan sebagai pendekatan baru. Instrumen
yang digunakan terdiri daripada pemerhatian, temu bual, dan ujian. Data dianalisis secara
analisis kandungan dan analisis pola. Hasil analisis data didapati 4 orang murid tersebut telah
berjaya menguasai fakta asas darab dengan penggunaan kaedah Petak 100. Keputusan
daripada ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam fakta asas darab.
Tambahan pula, penyelidikan tindakan ini telah juga menambah baik teknik pengajaran saya
dalam topik pendaraban. Kajian selanjutnya dicadangkan menggabungkan kaedah Petak 100
dengan kaedah lain seperti teknik jari atau nyanyian. Gabungan teknik-teknik ini
membolehkan murid belajar sifir darab dengan lebih mudah dan seronok.
ABSTRAK 197
PPG Matematik
Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran murid Tahun 2 Elit dalam
menyelesaikan masalah pembundaran nombor bulat sehingga ratus yang terdekat. Tinjauan
awal telah dilakukan melalui hasil kerja murid, pemerhatian dan ujian diagnostik. Hasil
tinjauan awal mendapati murid-murid melakukan beberapa pola kesilapan antaranya tidak
dapat mengenal pasti nilai tempat sa, puluh dan ratus. Seramai empat orang murid Tahun 2
Elit yang tidak menguasai kemahiran membundar telah dipilih sebagai sampel kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen dan
temu bual. Dapatan ujian menunjukkan tahap penguasaan murid meningkat dengan
memperolehi lingkungan 18 hingga 20 soalan yang dijawab dengan betul berdasarkan 20
soalan yang dikemukakan berbanding sebelum menggunakan "Hundred Charts". Hasil temu
bual yang telah dijalankan juga mendapati murid mempunyai respon yang positif terhadap
penggunaan kaedah ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan "Hundred Charts" telah
berjaya meningkatkan kemahiran murid membundar dan sekaligus mengatasi kelemahan
murid dalam menyelesaikan masalah pembundaran.
Kata kunci: "Hundred Charts", pembundaran nombor bulat hingga ratus terdekat
ABSTRAK 198
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-murid
Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Terdapat segelintir
murid Tahun 4 yang tidak dapat menguasai konsep operasi tambah yang melibatkan nombor
perpuluhan dan nombor bulat. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 26
orang murid Tahun 4 dari SK Bukit Tembakau, Merlimau. 6 soalan (Pra Ujian) mengenai
operasi menambah yang melibatkan nombor perpuluhan telah diberikan semasa sesi
pengajaran untuk meninjau kekuatan pelajar dalam konsep operasi menambah nombor
perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat segelintir
murid masih belum menguasai konsep tersebut, terutama soalan yang melibatkan
penambahan nombor bulat dengan nombor perpuluhan. Pelaksanaan kajian memperkenalkan
satu Kaedah Pengajaran iaitu MIND TABLE. Kaedah ini diaplikasikan supaya disamping
belajar, murid dapat menganalpasti nilai tempat perpuluhan. Dalam aktiviti ini, latihan akan
diberikan dengan melibatkan soalan penambahan perpuluhan dua digit dengan nombor bulat.
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat
memberangsangkan. Perbezaan skor antara Pra Ujian dengan Pos Ujian yang amat ketara bagi
semua membuktikan tahap penguasaan murid dalam operasi menambah nombor perpuluhan
dengan nombor bulat sehingga dua tempat. Murid-murid didapati lebih berani untuk
menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Ini bermakna pendekatan yang diambil dalam
Kajian Tindakan ini tepat. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan
kajian ini, saya berasa puas hati apabila melihat murid yang rendah pencapaiannya dalam
kajian ini turut melibatkan diri dan menyatakan seronok untuk menjawab soalan secara
tidak langsung. Didapati sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam
mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran.
ABSTRAK 199
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan murid menjawab soalan-soalan
Matematik yang melibatkan soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor satu digit.
Selain itu, kajian juga melihat keberkesanan penggunaan kaedah cerakinan berjaya memupuk
rasa yakin dalam diri murid apabila kaedah ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian tindakan ini juga bertujuan untuk mencari penyelesaian dalam
meningkatkan keupayaan dan kefahaman murid tentang nilai tempat serta pendaraban
melibatkan nombor satu digit. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 3 dari
sebuah sekolah di Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan. Pemilihan peserta kajian
dilakukan secara trangulasi iaitu melalui Ujian Pra yang dijalankan. Pengumpulan data kajian
dilakukan dengan menggunakan kaedah latihan dan pemerhatian. Penganalisian data-data dari
Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dibuat secara deskriptif. Dapatan kajian tindakan ini
diharapkan dapat membantu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
agar dapat membimbing dan memotivasikan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik
khususnya melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor satu digit.
ABSTRAK 200
PPG Matematik
Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid kelas 5 Inovatif
dalam mencari nilai anu bagi ayat matematik yang melibatkan penolakan dua nombor.
Seramai 4 orang murid telah menyertai kajian tindakan ini. Daripada pemerhatian dan
temubual yang telah dibuat, secara jujurnya murid tidak tahu bagaimana menjawab soalan
mencari nilai anu bagi ayat matematik yang melibatkan penolakan. Kajian tindakan
dilaksanakan melalui kaedah temubual, pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pos. Selepas Ujian
Pra, rawatan telah diberikan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Langkah-langkah dan kaedah pengajaran yang lebih efektif telah dapat
dipraktikkan dalam proses pengajaran. Dapatan kajian ini banyak membantu guru merancang
strategi pengajaran yang lebih berkesan. Peningkatan markah ujian murid dalam Ujian Pos
jelas menunjukkan murid-murid dapat mengaplikasi kaedah BERTEMU & BERPISAH
yang diajar dengan baik. Penggunaaan kaedah BERTEMU & BERPISAH amat berguna
bagi guru dan murid untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam ujian dan peperiksaan.
Dapatan daripada kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan
mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat
mengaplikasikan kaedah yang terbaik bagi mereka.
ABSTRAK 201
PPG Matematik
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap fakta
asas darab. Tiga orang murid Tahun 3 yang lemah dalam penguasaan fakta asas darab terlibat
di dalam kajian ini. Mereka tidak dapat memberikan jawapan fakta asas darab dengan tepat
menyebabkan pencapaian mereka dalam penguasaan fakta asas darab adalah lemah.
Instrumen kajian ini adalah pemerhatian, soal selidik dan temu bual, dan ujian sebagai
instrumen kajian. Kajian ini dilaksanakan menggunakan Petak GG yang merangkumi
kaedah penggunaan Petak Ganjil, Petak Genap dan soalan latih tubi yang menekankan kepada
peningkatan penguasaan fakta asas darab. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan
dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan murid terhadap penguasaan
fakta asas darab setelah sesi intervensi dijalankan ke atas mereka. Kenyataan ini dibuktikan
menerusi perbandingan peningkatan pencapaian murid di dalam Ujian Pra dan Ujian Pos yang
telah dijalani. Data ini dikukuhkan lagi melalui analisis soal selidik yang telah dijalankan ke
atas murid. Hasil soal selidik tersebut mendapati bahawa keseluruhan murid bersetuju bahawa
penguasaan fakta asas darab mereka telah dapat ditingkatkan melalui sesi intervensi yang
telah mereka jalani. Keputusan ini menunjukkan bahawa penggunaan Petak GG berkesan
dalam membantu murid meningkatkan penguasaan fakta asas darab mereka.
Kata kunci: Petak GG, Petak Ganjil dan Petak Genap, fakta asas darab
ABSTRAK 202
PPG Matematik
Kata kunci: Kit Pecahan, menambah pecahan dan penyebut tak sama.
ABSTRAK 203
PPG Matematik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pendaraban sebarang nombor
dengan nombor 2 digit dengan penggunaan kotak ajaib dan pendaraban Lattice ke atas
pencapaian empat orang murid tahun lima dalam topik pendaraban yang melibatkan sebarang
digit dengan 2 digit. . Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam
sifir. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak ajaib dalam
mempelajari sifir 2 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam
kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa
pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.
Justeru penggunaan kaedah pendaraban Lattice digunakan. Pengumpulan data kajian ini
terdiri daripada kaedah pemerhatian, ujian pra dan pos serta analisis dokumen. Data yang
dikumpul kemudian dianalisis kandungan dan pola. Penyemakan data dilakukan dengan
menggunakan triangulasi sumber dan masa yang sesuai untuk data yang dikumpul dan
diinterpretasi. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah kotak ajaib dan pendaraban Lattice
mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 2 sehingga sifir 9,
kemahiran mendarab, dan sikap pelajar.
ABSTRAK 204
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh 5 orang murid tahun 4
dalam menguasai kemahiran menambah dalam bentuk lazim. Kajian ini turut mengenalpasti
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan dapat membantu murid tersebut bagi
meningkatkan kemahiran menambah dalam bentuk lazim mereka. Kaedah yang digunakan
dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah kawan sepuluh.
Kata kunci: Meningkatkan kemahiran, menambah dalam bentuk lazim, kaedah kawan
sepuluh
ABSTRAK 205
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun tiga menguasai operasi bahagi nombor dua
digit dan satu digit menggunakan kaedah alternatif iaitu Kad Interaktif Bercetak. Kajian ini
mensasarkan tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan Tahun 3. Kaedah
pengajaran ini menggunakan Kad Interaktif Bercetak untuk mengantikan kaedah
pembelajaran biasa. Data kajian dikumpul menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pasca, soal
selidik sebelum dan selepas setiap ujian. Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan bagi melihat
perubahan skor sebelum dan selepas sesi intervensi. Hasil dapatan menunjukkan minimum
peningkatan skor antara Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah 60% dan peningkatan maksima
adalah sebanyak 100% (Jadual 4). Menerusi soal selidik dan analisis dokumen, didapati
murid telah berjaya menggunakan kaedah Kad Interaktif Bercetak untuk menyelesaikan
operasi bahagi nombor dua digit dan satu digit. Kesimpulannya, kaedah Kad interaktif
Bercetak ini dapat membantu murid berinteraksi dan bertindak balas dalam pengajaran dan
menjadikan pembelajaran dua hala yang lebih berkesan.
Kata kunci: Kaedah Kad Interaktif Bercetak, nombor dua digit, nombor satu digit
ABSTRAK 206
PPG Matematik
Pendaraban atau operasi kira barab merupakan salah satu kemahiran asas matematik.
Sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut
penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini
adalah untuk mengatasi masalah mendarab sebarang dua nombor dengan dua digit dengan
menggunakan kaedah Garis Silang. Seramai empat orang murid Tahun 4 dari Sekolah
Rendah Kebangsaan Ladang Lanadron, Panchor, Muar, Johor telah dipilih untuk dijadikan
sebagai peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca, analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual. Intervensi teknik Garis Silang diperkenalkan dalam
usaha meningkatkan kemahiran mendarab sebarang dua nombor dengan dua digit. Dapatan
menunjukkan terdapat peningkatan prestasi dan menarik perhatian peserta kajian dalam
penguasaan kemahiran mendarab sebarang dua nombor dengan dua digit. Pada masa yang
sama, kaedah ini juga dapat meningkatkan amalan pengajaran guru. Rumusannya, kajian ini
sangat berkesan dalam merangsang kesediaan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah Garis Silang.
Kata kunci: fakta asas darab, mendarab sebarang dua nombor, Garis Silang
ABSTRAK 207
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menyelesaikan operasi bahagi sebarang nombor
dengan satu digit menggunakan Jalur Sifir. Operasi bahagi merupakan salah satu operasi asas
yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Namun masih terdapat murid yang belum menguasai
operasi bahagi kerana mengalami masalah dalam cara penulisan operasi bahagi dan
penggunaan sifir dengan betul. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid tahun 5 dari salah
sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka telah dipilih berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan oleh penyelidik semasa di dalam kelas. Penyelidik telah memfokuskan kajian bagi
mengatasi cara penulisan dalam operasi bahagi. Perbandingan dapatan Ujian Pra dan Pasca
telah menggambarkan kaedah ini dapat membantu murid mengatasi kelemahan mereka.
Walaupun pelbagai halangan dihadapi kerana subjek terdiri daripada murid yang agak lemah.
Walau apa pun murid sudah mula menunjukkan minat dan keinginan yang tinggi untuk
mempelajari dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.
ABSTRAK 208
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Batu Anam,
Segamat, Johor meningkatkan dan menguasai kemahiran menjawab soalan berbentuk
penyelesaian masalah matematik bagi tajuk Nombor Bulat Hingga 100 000 dengan
menggunakan kaedah Jadual Kata Kunci (J Kata Kunci). Kaedah yang akan diperkenalkan
ini diharapkan dapat menambahkan minat dan keyakinan murid untuk menjawab soalan
penyelesaian masalah matematik sekali gus meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan
soalan berbentuk penyelesaian masalah dengan betul. Tinjauan awal mendapati bahawa murid
masih lemah dan tidak berminat untuk menjawab soalan penyelesaian masalah yang
melibatkan ayat-ayat panjang. Keadaan ini menjejaskan prestasi murid dalam mata pelajaran
Matematik terutamanya dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
Kajian ini tertumpu kepada 5 orang murid tahun 4 yang tergolong dalam kelas murid cerdik
tetapi lemah menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan betul dalam kelas ini. Saya
telah menggunakan pemerhatian, soal selidik, soalan pra ujian dan soalan pasca ujian untuk
mengumpul data kajian.
ABSTRAK 209
PPG Matematik
Kaedah Anak Tangga merupakan satu kaedah penyelesaian yang menekankan konsep
ketepatan di dalam menjawab soalan pendaraban. Kajian ini dijalankan adalah untuk
meninjau keberkesanan Kaedah Anak Tangga dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik yang melibatkan teknik pendaraban sebarang nombor dengan nombor dua digit.
Kajian ini di jalankan di salah sebuah sekolah di daerah Ledang, Johor. Seramai empat orang
murid tahun empat yang telah dipilih sebagai bahan kajian. Data kajian ini dikumpul dengan
menggunakan set soalan pendaraban, borang maklum balas responden serta soalan-soalan
temubual antara penyelidik dan responden. Dapatan kajian menunjukkan kaedah ini dapat
membantu responden bagi mengatasi kelemahan mereka. Kaedah ini juga telah memupuk
minat dan keyakinan responden yang tinggi dalam proses pembelajaran dengan menonjolkan
diri dalam aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini amat sesuai dipraktikkan oleh setiap murid.
Kata kunci: Set soalan pendaraban, sebarang nombor dua digit, Anak Tangga.
ABSTRAK 210
PPG Matematik
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kesan penggunaan kaedah Kotak Ajaib ke atas
pencapaian empat orang murid Tahun 3K dalam topik pendaraban yang melibatkan sebarang
digit dengan 1 digit. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan
pengajaran saya melalui penggunaan kaedah-kaedah tersebut. Pengumpulan data kajian ini
terdiri daripada kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif
diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil lembaran kerja murid manakala, data
kuantitatif diambil daripada dua ujian pencapaian dalam bentuk peratusan. Data yang
dikumpul kemudian dianalisis kandungan dan pola yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
Kerja-kerja penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi sumber dan masa.
Hasil analisis data mendapati kaedah Kotak Ajaib mendatangkan kesan yang positif terhadap
pencapaian empat orang murid berkenaan dalam sifir 2 hingga sifir 9 selain menambah baik
amalan pengajaran dan pembelajaran saya.
Kata kunci: Sifir 2 hingga 9, Kotak Ajaib, murid Tahun Tiga, pendaraban sebarang digit
dengan 1 digit.
ABSTRAK 211
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tujuh orang murid Tahun
Empat Cerdas dalam memahami konsep penukaran nombor pecahan ke nombor perpuluhan
dan sebaliknya melalui penggunaan kaedah Rumah Ajaib. Kajian ini juga memberi peluang
kepada saya selaku penyelidik untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran saya
dalam bilik darjah. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, Ujian pra dan pasca, temu
bual dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan
peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
kaedah Rumah Ajaib berkesan dalam membantu murid-murid Tahun Empat lemah
memahami konsep penukaran nombor pecahan ke nombor perpuluhan dan sebaliknya dalam
Matematik. Selain itu peserta kajian menyatakan mereka lebih berminat dalam
mempelajarinya dengan menggunakan kaedah tersebut. Amalan pengajaran dan pembelajaran
saya dalam pemahaman konsep penukaran nombor pecahan ke nombor perpuluhan dan
sebaliknya turut ditambah baik dengan menggunakan kaedah Rumah Ajaib.
ABSTRAK 212
PPG Matematik
Sifir merupakan salah satu komponen yang penting dalam operasi darab dan perlu dikuasai
oleh semua murid. Namun begitu masih ramai murid yang tidak menguasai sifir kerana tidak
suka menghafal dan membaca sifir. Kajian ini dijalankan bagi meneliti keberkesanan kaedah
Sifir Ajaib dalam membantu penguasaan sifir dengan mudah dikalangan murid-murid Tahun
4. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid menguasai
sifir dengan mudah. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah tiga orang murid Tahun
4 yang lemah dalam operasi darab. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di Daerah
Jasin, Melaka. Data dalam kajian ini telah dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil
analisis ujian pasca mendapati subjek kajian yang dikaji menunjukkan perubahan yang sangat
positif. Berdasarkan maklum balas murid menyatakan kaedah ini lebih membantu penguasaan
sifir dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman operasi darab dalam
matematik.
ABSTRAK 213
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah murid tahun 5 tentang miskonsepsi murid
bagi kemahiran asas dalam tajuk perpuluhan. Pada peringkat awalnya 21 orang murid tahun 5
telah diuji dengan soalan pra ujian. Ia bertujuan mengenal pasti tahap kebolehan murid bagi
tajuk perpuluhan. Pelbagai kesalahan dan kelemahan dapat dikesan. 2 orang murid daripada
21 orang tadi telah menghadapi miskonsepsi yang dikenal pasti dan seorang guru akan terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian dan temubual.
Perancangan tindakan adalah mengenal pasti setiap miskonsepsi yang dihadapi dan mencari
penyelesaian untuk mengurangkan miskonsepsi yang dihadapi. Dapatan kajian telah
membuktikan ramai murid menghadapi miskonsepsi operasi pendaraban dan pembahagian
berbanding operasi penambahan dan penolakkan. Oleh itu kajian yang dijalankan diharap
dapat membantu dalam mengurangkan miskonsepsi bagi tajuk perpuluhan serta memberikan
fahaman yang lebih mudah diguna dan diingati.
ABSTRAK 214
PPG Matematik
Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas
matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai
kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan
membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat
menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid-murid tahun 1
yang mempunyai jantina yang berbeza. Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi
perhatian supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak
dengan menggunakan kaedah sapu calit. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti
masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual.
Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu
saya menentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh
dipraktikkan untuk masa akan datang
ABSTRAK 215
PPG Matematik
Murid mampu membuat penolakan pecahan dengan mudah melibatkan pecahan antara
nombor bercampur dengan nombor bulat. Namun sukar membuat penolakan pecahan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur. Kajian ini menfokuskan kepada membantu murid
membuat penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur. Seramai 4
orang murid yang terdiri daripada empat orang murid dari kelas 5 Neptune Sekolah
Kebangsaan St. Francis telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian berdasarkan
daripada tinjauan awal yang telah saya buat. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian,
temubual dan ujian pra serta pasca. Dapatan kajian mendapati pencapaian peserta kajian
menunjukkan peningkatan di mana seorang peserta menunjukkan peningkatan sebanyak 60%,
dua lagi 80% dan seorang lagi mendapat 100%. Kesimpulannya, penggunaan kaedah
Alphabet N dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak pecahan antara nombor
bulat dengan nombor bercampur.
ABSTRAK 216
PPG Matematik
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun Dua dalam menjawab
soalan yang melibatkan penambahan sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan
mengumpul semula dari sa ke puluh, dan puluh ke ratus. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri
daripada 3 orang murid di sebuah sekolah rendah di daerah Jasin, Melaka. Pemilihan
kumpulan sasaran dilakukan melalui hasil latihan murid. Kumpulan sasaran yang dipilih
menunjukkan tahap penguasaan menambah dengan mengumpul semula yang sangat lemah.
Terdapat beberapa jenis pola kesalahan yang dikenalpasti iaitu kesalahan menulis jawapan
tanpa mengikut nilai tempat, dan jawapan yang ditulis tidak dikumpulkan semula pada rumah
nilai tempat yang lebih besar. Penggunaan Kaedah Tetrahedron diperkenalkan untuk
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menambah dengan mengumpul semula.
Perlaksanaan intervensi telah dilakukan sebanyak dua kali terhadap murid. Pendekatan kajian
secara gabungan kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi mengumpul data. Data dipereh
melalui temubual, dan soal selidik. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif peratusan
bagi melihat perbandingan markah yang diperolehi murid. Ujian Pra, Ujian Pasca dan
temubual yang dijalankan bertujuan menyokong triangulasi data yang diperolehi. Melalui
Kaedah Tetrahedron, murid dapat memahami konsep tambah dengan mengumpul semula
dengan baik. Ini disokong melalui Ujian Pasca dan latihan-latihan berterusan yang telah telah
dijalankan. . Kesimpulannya, intervensi ini berjaya meningkatkan minat serta keyakinan
murid untuk menyelesaikan masalah tambah dengan mengumpul semula.
ABSTRAK 217
PPG Matematik
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana murid telah menguasai kefahaman terhadap
topik penukaran unit ukuran panjang di kalangan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah
Segamat, Johor yang berpencapaian sederhana dalam subjek Matematik. Walaupun murid
sudah mempelajari tentang asas penukaran unit panjang yang melibatkan unit milimeter(mm),
sentimeter(cm), meter(m) dan kilometer(km), tetapi mereka masih menghadapi masalah
dalam penukaran unit. Justeru itu, Kaedah RI-RA telah diperkenalkan dan digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid dapat memahami konsep
seterusnya menyelesaikan soalan yang melibatkan penukaran unit ukuran panjang dengan
betul. Instrumen yang digunakan ialah ujian dignostik, ujian pra dan pasca, analisis dokumen,
soal selidik, pemerhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung dan
temubual. Merujuk kepada hasil analisis dapatan kajian, berlaku peningkatan dalam
pencapaian. Penguasaan kemahiran tersebut meningkat kepada 85% daripada pencapaian
yang asal hanya 30%. Berdasarkan temu bual dan soal selidik juga didapati tindakbalas yang
positif daripada murid. Berdasarkan analisis dan bukti yang diperolehi menjelaskan bahawa
kaedah yang digunakan oleh pengkaji telah berjaya membantu peserta kajian menyelesaikan
masalah yang dihadapinya ini.
ABSTRAK 218
PPG Matematik
Kata kunci: Fakta asas darab, pengumpulan semula, Model Segi Empat Sama
ABSTRAK 219
PPG Muzik
Kajian yang saya laksanakan ini adalah di atas kesedaran saya sendiri seperti anjakan
paradigma untuk keluar dari pemikiran negatif dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
perlaksanaan kajian saya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid-
murid 5 Bijak SK Merlimau Dua tentang penjarian rekoder dengan menggunakan kaedah
penomboran. Kumpulan sasaran saya untuk melaksanakan kajian saya adalah terdiri daripada
murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, Melaka. Seramai 23 orang murid
terlibat dalam kajian saya. Untuk melaksanakan kajian ini juga, saya menggunakan
instrument pemerhatian, soal selidik, temubual dan ujian amali. Seterusnya, tindakan
perlaksanaan saya adalah dengan menjalankan aktiviti dengan menggunakan sistem nombor
tersebut. Keputusan kajian saya adalah objektif kajian saya tercapai kerana hasil dapatan
menunjukkan peningkatan. Cadangan tindakan seterusnya ialah kaedah sistem nombor ini
boleh diteruskan dengan berfokus kepada kekemasan penjarian murid dan juga kaedah ini
boleh digunakan juga untuk memperbaiki mutu penghasilan ton rekoder.
ABSTRAK 220
PPG Muzik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikan pengajian saya terhadap penghasilan
ton rekoder murid. Berdasarkan pengalaman praktikum saya, saya mendapati bahawa
kebanyakan murid tidak dapat meniup rekoder dengan penghasilan ton yang baik . Saya telah
membuat tinjauan masalah terhadap 10 orang murid Tahun 4 Kuning pada pratikum di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuo Min Seremban. Saya mendapati faktor penglidahan
dan penjarian merupakan punca masalah ini. Maka, kajian tidakan ini bertujuan
menambahbaikkan pengajaran saya terhadap menghasilkan penghasilan ton rekoder yang
berkualiti dengan menggunakan strategi Modeling dan imitasi Orff Schulwerk. Invensi bagi
kajian tindakan ini dijalankan selama 4 minggu. setiap intervensi mengambil masa selama 60
minit dengan menggunakan instrument kajian seperti ujian sebelum rawatan, ujian selepas
rawatan dan pemerhatian. Keputusan ujian selepas rawatan telah menunjukkan kebanyakan
murid dapat meniup rekoder dengan penghasilan ton yang baik dan berkualiti. Secara
kesimpulannya, strategi Modeling dan Imitasi Orff Schulwerk telah berjaya
mempertingkatkan penguasaan kemahiran penghasilan ton rekoder murid saya.
ABSTRAK 221
PPG Muzik
Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat dan seterusnya
berupaya menulis nilai notasi muzik dengan betul menggunakan pendekatan permainan kad
imbasan notasi muzik iaitu kaedah bermain sambil belajar. Dalam kajian ini pendekatan
kaedah kad imbasan digunakan untuk menarik minat murid belajar dalam suasana yang lebih
menyeronokkan di samping mempelbagaikan tahap kecerdasan yang dimiliki oleh murid.
Subjek kajian terdiri daripada 10 orang pelajar tahun 5 Budiman yang telah dikenalpasti
melalui ujian diagnostik yang diberikan selepas topik ini diajar. Bagi mengetahui dan menguji
tahap perkembangan subjek sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah kad imbasan notasi
muzik ini, saya telah memilih 3 kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pos,
pemerhatian tidak berstruktur serta kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik.
Berdasarkan hasil dapatan ketiga-tiga kaedah ini telah menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan apabila 10 orang murid ini berupaya membaca dan menulis notasi muzik dengan
betul dan yakin. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah kad imbasan
notasi muzik telah membantu pelajar yang dibuat kajian ini dapat mengingat dan menulis nilai
notasi muzik dengan baik dan membawa kesan positif terhadap pencapaian mereka.
ABSTRAK 222
PPG Muzik
Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran bacaan semerta
dengan menggunakan kaedah permainan. Di samping itu, kajian ini juga untuk menarik minat
murid dalam pembelajaran muzik. Seramai 13 orang respondent terlibat dalam kajian ini iaitu
murid-murid 4J dari SJK (C) Cheng Siu 2. Guru melaksanakan penilaian melalui sesi soal
jawab untuk memilih populasi daripada sasaran. Seterusnya, aktiviti Memahami Garis
Baluk dijalankan semasa dalam kelas untuk mengenali kedudukan not-not pada garis baluk.
Di samping itu, aktiviti Bermain Kad Berhuruf dijalankan untuk meningkatkan lagi
kemahiran murid-murid dalam pengenalan kedudukan not. Aktiviti seterusnya iaitu
pertandingan Kad-kad yang Bergerak dijalankan sebagai pengimbas kembali kemahiran
yang telah dipelajari sebelum ujian amali dijalankan. Data dikumpul melalui pemerhatian dan
ujian amali. Dapatan kajian ini telah menunjukkan sebanyak 92 peratus murid-murid telah
meningkatkan kefahaman mengenai kedudukan not-not pada baluk. Selain itu, murid lebih
berminat, bermotivasi dan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan
bahawa kaedah permainan ini mampu meningkatkan pengetahuan seterusnya menguatkan
daya ingatan murid terhadap kedudukan not-not pada garis baluk. Murid-murid juga tidak
berasa bosan sangat semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Cadangan
kajian lanjutan adalah mengenai permainan rekoder secara bacaan semerta.
ABSTRAK 223
PPG Muzik
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Al-yakin
dalam penguasaan tempo bagi permainan alat perkusi menggunakan kastenet. Objektif kajian
ialah meningkatkan kemahiran murid dalam penguasaan tempo melalui permainan alat
perkusi kastenet. Saya menggunakan kaedah simbol dalam permainan alat perkusi kastenet.
Seramai 8 orang murid Tahun 4 Sk. Seri Tengah dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran lalu, ujian diagnostik
dan ujian pra. Hasil tinjauan mendapati murid tidak dapat menguasai nilai not dalam corak
irama sekaligus gagal memainkan kastenet dengan baik mengikut tempo yang betul.
Perancangan tindakan saya memfokuskan kepada kaedah penggunaan simbol dalam
permainan alat perkusi kastenet mengikut tempo yang betul. Rumusannya, keputusan ujian
pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah simbol ini, dapat membantu murid mempertingkatkan kemahiran dalam permainan
kastenet mengikut tempo.
ABSTRAK 224
PPG Muzik
Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat dan seterusnya
berupaya menulis nilai notasi muzik dengan betul dan t epat menggunakan kaedah Cute
Music Flash Card iaitu kaedah main sambil belajar. Subjek kajian dalam kajian ini terdiri
daripada 4 orang murid Tahun 5 Cemerlang di sebuah sekolah di negeri Melaka yang
menunjukkan prestasi yang rendah dalam lembaran kerja serta ujian diagnostik. Keempat
subjek kajian ini juga telah diuji dan disahkan mengalami kekeliruan dalam penulisan nilai
notasi muzik semasa ujian amali dilaksanakan. Bagi mengetahui dan menguji tahap
perkembangan subjek sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah Cute Music Flash Card
ini, saya telah memilih tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian
tidak berstruktur serta kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Data yang
dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos menunjukkan bahawa, selepas kedua-dua subjek
mempelajari nilai notasi menggunakan permainan kad notasi muzik, jelas ianya membawa
kesan positif dan membawa peningkatan dari segi kemahiran pengetahuan dan keupayaan
mereka menulis nilai notasi muzik dengan betul dan tepat. Berdasarkan hasil dapatan ketiga-
tiga kaedah ini telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan apabila keempat subjek
berupaya menulis nilai notasi dengan betul dan yakin. Keputusan kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah Cute Music Flash Card telah membantu subjek kajian mengingat dan
menulis nilai notasi muzik dengan baik dan membawa kesan positif terhadap pencapaian
mereka. semua subjek mengakui bahawa kaedah Cute Music Flash Card bukan sahaja
membantu mereka menulis nilai notasi dengan betul malahan mereka berasa sangat seronok
kerana permainan ini benar-benar dapat mencabar diri mereka untuk belajar notasi dalam
keadaan suasana pembelajaran yang ceria dan aktif. Jelas disini menunjukkan bahawa hasil
data analisis borang soal selidik ini selari dengan pencapaian ujian pos subjek yang
memberansangkan selepas kaedah Cute Music Flash Card dilaksanakan
ABSTRAK 225
Tan Pei Yi
Catherine Cheah
PPG Muzik
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran membaca notasi
muzik semasa memainkan rekoder dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini juga dijalankan
untuk mengenal pasti peningkatan kemahiran murid Tahun 4 membaca notasi muzik semasa
memainkan rekoder melalui Teknik Gerakan dan Not berwarna. Sampel kajian tindakan ini
adalah seramai 10 orang murid Tahun 4 Merah SJK C MIN SHING, LABU. Dalam kajian
tindakan ini, instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur dengan senarai
semak statistik deskriptif (min dan peratus) digunakan bagi menganalisis data kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan murid yang mendapat tahap pencapaian
cemerlang dalam kemahiran membaca notasi muzik semasa memainkan rekoder telah
meningkat dari 0 orang kepada 8 orang manakala tahap lemah telah menurun dari 9 orang
kepada 0 orang. Dapatan kajian ini juga menunjukkan min skor penilaian kemahiran murid
Tahun 4 membaca notasi muzik semasa memainkan rekoder melalui Teknik Gerakan dan Not
Berwarna telah meningkat.
ABSTRAK 226
PPG Muzik
Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan
komputer menggunakan perisian Powerpoint Interaktif dapat meningkatkan lagi pencapaian dan
kemahiran pelajar dalam membaca notasi melalui permainan rekoder bagi pelajar Tahun 4 Nilam.
Seramai 15 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Dayong , Seri Medan Batu Pahat , Johor
dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Modul Perisian
Powerpoint Interaktif sebagai alat bantu guru dan pelajar di dalam pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder. Kajian ini hanya tertumpu kepada topik nilai not-not yang
terdapat pada skor lagu yang dimainkan oleh pelajar. Teori muzik yang merupakan salah satu
bidang pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik asas Tahun 4 iaitu mengenal not-
not B, A dan G. Audio yang telah dibunyikan untuk memudahkan pelajar mengenal dan
mengingati bunyi not-not yang dihasilkan melalui pembelajaran dan ujian amali . Kumpulan
ujian amali akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer dengan mengunakan Modul Perisian Multimedia
Powerpoint Interaktif. Data kajian dianalisis dengan menggunakan borang hasil pemerhatian
ujian amali yang telah disediakan oleh guru
ABSTRAK 227
PPG Muzik
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid menulis simbol notasi muzik bagi
simbol semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa skor lagu dengan betul dan tepat dengan
menggunakan Kotak Dadu Besar(KDB). Subjek kajian dalam kajian yang dijalankan ini
terdiri daripada 4 orang nurid tahun 5 Mawar dari sebuah sekolah di daerah Jasin. yang
menunjukkanprestasi yang rendah dalam lembaran kerja serta ujian diagnostik. Keempat -
empat subjek kajian ini juga telah diuji dan disahkan mengalami kekeliruan dalam penulisan
simbol notasi muzik semasa ujian amali dilaksanakan. Data yang dikumpul melalui pra ujian
dan ujian pos menunjukkan peningkatan penulisan simbol notasi bagi subjek kajian A
sebanyak 81% , subjek kajian B 85%, subjek kajian L 75% manakala subjek kajian M pula
ialah 70% selepas menjalankan strategi KDB. Kajian ini dijalankan sebanyak 6 peringkat iaitu
dengan menunjukkan kad imbasan yang mempunyai simbol notasi, kad imbasan yang
mempunyai perkataan nama notasi, menunjukkan KDB, kad imbasan kotak dadu
besar(KIKDB), membaling KIKDB dan peringkat terakhir menulis simbol notasi muzik.
Keenamenam peringkat strategi tindakan ini menggunakan instrument senarai semak untuk
mengumpul data bagi menilai keberkesanan penggunaan KDB dalam mempertingkatkan
kemahiran murid untuk menulis simbol notasi muzik. Selain itu, lembaran kerja pemerhatian
dan borang soal selidik digunakan dalam membantu pengumpulan data selepas menjalankan
kaedah KDB bagi menerima maklum balas daripada keempatempat subjek kajian.
Keputusan daripada lembaran kerja, pemerhatian serta borang soal selidik jelas menunjukkan
bahawa tindakan strategi KDB ini berjaya membantu keempatempat subjek kajian saya
dalam pemerhatian dan borang soal selidik yang dijalankan dapat dilihat bahawa KDB ini
berjaya membantu keempatempat subjek kajian saya dalam mempertingkatkan kemahiran
mereka untuk menulis simbol notasi muzik bagi notasi semibrif, kuaver, krocet dan minim
tanpa skor lagu dengan betul dan tepat.
ABSTRAK 228
PPG Muzik
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 6 orang murid Tahun 4 Yakin menepuk
detik lagu dengan tekanan pada detik pertama dan ketiga dengan betul melalui penggunaan
simbol dalam kaedah Kodaly. Kumpulan sasaran saya adalah 6 orang yang terdiri daripada
murid tahun 4 Yakin Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. 6 orang murid itu telah saya kenal
pasti masalah yang mereka hadapi. Tinjauan awal melalui Ujian Pra menunjukkan ada 6
orang murid yang mendapat peratus di bawah 50%. Seterusnya, instrument kajian yang saya
gunakan adalah senarai semak, pemerhatian dan penilaian. Tindakan perlaksaan saya, saya
menggunakan aktiviti Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajar dan menggunakan
kaedah simbol atau ikon-ikon menarik untuk memberi tekanan pada detik pertama dan detik
ketiga. Hasil dapatan daripada kajian saya, 6 orang murid tersebut menunjukkan peningkatan
sebanyak lebih 80% setelah saya menggunakan simbol tersebut. Cadangan saya di masa akan
datang ialah, kaedah simbol ini boleh digunakan juga untuk permainan alat perkusi dan
permainan rekoder.
ABSTRAK 229
PPG Muzik
Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk membantu murid mengingat dan
meningkatkan kemahiran membaca notasi solfa satu oktaf nada C major pada klef trebel
dengan tepat menggunakan pendekatan permainan kad imbasan iaitu kaedah main sambil
belajar. Dalam kajian ini pendekatan permainan kad imbasan digunakan bagi menarik minat
subjek untuk belajar dalam suasana yang lebih santai disamping sifat dan tahap kecerdasan
subjek yang aktif dan suka pada permainan. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid
tahun 6 Mahir yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik yang diberikan, selepas topik
ini diajar. Bagi mengetahui dan menguji tahap perkembangan subjek sebelum dan selepas
pengaplikasian kaedah kad imbasan ini, saya telah memilih tiga kaedah pengumpulan data
iaitu ujian amali pra dan pos, pemerhatian tidak berstruktur serta kaedah tinjauan
menggunakan borang soal selidik. Berdasarkan hasil dapatan ketiga-tiga kaedah ini telah
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan apabila kedua-dua subjek berupaya membaca
notasi solfa satu oktaf nada C Major dengan tepat dan yakin. Keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah permainan kad imbasan telah membantu subjek kajian untuk
mengingat dan membaca notasi solfa dengan baik dan membawa kesan positif terhadap
pencapaian mereka.
ABSTRAK 230
PPG Muzik
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lima orang subjek
dalam menulis nama kedudukan not G, A, B, C dan D pada baluk. Ini disebabkan masalah
yang dihadapi oleh kelima-lima subjek yang mana tidak mahir menulis kedudukan not pada
baluk. Kelima-lima subjek ini merupakan murid tahun 4 dan mempunyai tahap prestasi yang
sederhana. Sepanjang perlaksanaan kajian ini, saya telah menggunakan ujian sebelum rawatan
dan ujian selepas rawatan, pemerhatian tidak berstruktur dan pemerhatian berstruktur sebagai
salah satu cara pengumpulan data. Markah ujian sebelum dan selepas rawatan dibandingkan
untuk melihat sejauhmana peningkatan pencapaian subjek seterusnya mendapatkan purata
peratus penigkatan. Dalam pemerhatian tidak berstruktur, nota lapangan yang ditulis
dirumuskan untuk membuat kesimpulan yang menyokong kepada objektif kajian tindakan ini.
Manakala untuk pemerhatian berstuktur pula, data yang dianalisis dengan melihat kepada
kekerapan jawapan YA atau TIDAK dalam setiap item soalan senarai semak. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan yang ketara hasil daripada perbandingan di antara ujian sebelum
rawatan dan ujian selepas rawatan melalui purata peratus peningkatan sebanyak 70.83%. Ini
membuktikan bahawa penggunaan warna dapat mempercepatkan penguasaan subjek terhadap
penulisan kedudukan not G, A, B, C dan Dpada baluk dengan bantuan pengamatan yang
teliti. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai dalam pengajaran dapat membantu saya
dan golongan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan
dan efektif. Dalam konteks kajian ini, warna menjadi rangsangan kepada pancaindera
(pengamatan). Penggunaan warna yang sama pada garisan baluk dan juga not akan
memudahkan murid-murid mengenal pasti kedudukan not tersebut dengan hanya melihat
kepada persamaan warna di antara garisan baluk dan not.
ABSTRAK 231
PPG Muzik
Kemahiran penjarian rekoder merupakan satu kemahiran yang amat penting. Sekiranya
kemahiran penjarian rekoder tidak dapat dikuasai oleh murid akan memberi kesan jangka
panjang kepada cara permainan rekoder untuk menghasilkan bunyi yang baik. Bertitik tolak
daripada masalah ini, satu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran
penjarian rekoder. Satu kaedah baru iaitu Kaedah Nombor telah dijalankan bagi membantu
murid meningkatkan kemahiran penjarian rekoder. Setelah beberapa sesi pengajaran dan
pembelajaran rekoder dijalankan, saya berasa kecewa kerana murid saya masih tidak dapat
mengaplikasikan teknik penjarian dengan betul untuk not B, A, G dan F walaupun saya
menggunakan teknik pengulangan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah
beberapa kali pemerhatian dilakukan saya mendapati bahawa murid-murid tidak berminat
dengan pengajaran saya disebabkan oleh cara penyampaian saya yang berulang-ulang. Saya
juga telah melakukan temubual keatas beberapa orang murid untuk mengukuhkan lagi
andaian saya. Hasil daripada temubual dengan beberapa orang murid, saya mendapati bahawa
masalah yang timbul adalah disebabkan oleh murid berasa bosan dan tidak berminat dengan
cara penyampaian saya yang berulang-ulang. Saya telah melakukan pemerhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas . Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana
pencapaian murid terhadap masalah penjarian yang dihadapi. Melalui keputusan pemerhatian
tersebut, saya turut membuat temubual ke atas beberapa orang murid untuk mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci mengenai masalah penjarian rekoder ini. Walaupun terdapat
banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya seperti masalah koordinasi murid semasa
bermain rekoder serta masalah kekaburan mata murid melihat cara guru menunjukkan contoh.
Tetapi saya hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah penjarian dengan menggunakan
kaedah nombor kerana bagi saya masalah ini di bawah kawalan saya dan saya perlu
bertanggungjawab untuk memperbaikinya demi kepentingan murid-murid saya. Melalui
kaedah nombor saya yakin murid mampu meningkatkan kemahiran penjarian semasa bermain
rekoder dan seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dan
menyeronokkan.
ABSTRAK 232
Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah talaqqi musyafahah
menggunakan bahan bantuan mengajar dapat meningkat tahap bacaan murid pada kalimah
yang mengandungi tanda syaddah.Responden dalam kajian ini terdiri daripada empat orang
murid dari kelas 1 Bijak yang mengalami masalah membaca kalimah yang mengandungi
tanda syaddah dengan betul pada Buku Iqra5. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan
instrumen rekod bacaan secara individu, pemerhatian dan ujian bacaan pada bahan bantuan
mengajar. Dapatan daripada analisis data pasca menunjukkan peningkatan positif dalam
bacaan murid pada kalimah yang mengandungi tanda syaddah. Kajian menunjukkan
respondan berjaya meningkatkan bacaan pada kalimah yang bertanda syaddah sepanjang
tempoh kajian dilakukan.Peningkatan ini menunjukkan bahawa kaedah talaqqi mushafahah
dengan sokongan bahan bantuan mengajar amat berkesan untuk meningkatkan bacaan murid
pada kalimah yang bertanda syaddah di kalangan murid Tahun 1.
ABSTRAK 233
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid mengenai huruf-
huruf jawi yang tidak boleh disambung selepasnya. Seramai 4 orang murid telah dipilih untuk
melengkapkan kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan latihan di dalam
kelas. Hasil tinjauan tersebut menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid terhadap huruf
yang tidak boleh disambung selepasnya sangat lemah. Murid tidak dapat membezakan antara
huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tidak disambung. Keputusan daripada ujian
pos menunjukkan peningkatan penguasaan murid. Berdasarkan maklum balas murid
menunjukkan teknik ini lebih bersistematik dan memudahkan murid menguasai serta
mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam penulisan tulisan jawi. Amalan penyelidikan
ini menjadikan pendekatan terbaik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping
dapat mengatasi masalah pembelajaran murid.
Kata Kunci: Penguasaan, Huruf Yang Tidak Boleh Disambung, Latih Tubi.
ABSTRAK 234
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan lampu isyarat berwarna
terhadap penguasaan lima orang murid tahun 2 dalam mengenal pasti dan menulis huruf huruf
Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung disamping menambah baik amalan kendirinya
dalam bilik darjah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pra dan pasca,
analisis dokumen dan pemerhatian. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah
analisis dokumen. Kaedah triangulasi sumber digunakan untuk menyemak data. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan murid dalam mengenal pasti dan
menulis huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung. Cadangan kajian lanjutan yang
boleh dijalankan ialah dengan menambah baik kaedah yang sedia ada dengan menggunakan
carta penulisan bentuk huruf Jawi.
Kata Kunci: lampu isyarat berwarna, mengenal pasti dan menulis, huruf Jawi.
ABSTRAK 235
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh manakah Kaedah PiramidTajwid dapat
membantu murid menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa Hakiki dan meningkatkan
tumpuan murid mengikuti pengajaran. Subjek kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan dari kelas Tahun Lima di sebuah sekolah Di Melaka.
Instrumen kajian terdiri daripada set ujian Bertulis dan ujian Bacaan serta tiga senarai
semak pemerhatian. Empat sesi intervensi dalam seminggu telah dilaksanakan dalam tempoh
empat minggu menggunakan Kaedah Piramid Tajwid. Hasil analisis data perbandingan antara
ujian bertulis, ujian lisan, serta tiga senarai semak pemerhatian membuktikan kesemua subjek
kajian menunjukkan peningkatan dalam penguasaan Hukum Ikhfa Hakiki.Kesimpulannya
dapatan kajian menunjukkan Kaedah Piramid Tajwid berkesan membantu murid menguasai
kemahiran hukum bacaan Ikhfa Hakiki dan membantu meningkatkan tumpuan dan fokus murid
mengikuti pengajaran.
ABSTRAK 236
Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah penggunaan teknik
lakaran grafik dapat memantapkan kemahiran mengingat dalam kalangan murid tahun enam
bagi tajuk Puasa Ramadhan terutamanya fakta syarat wajib dan sah puasa. Di samping itu
kajian tindakan ini juga bertujuan untuk meningkatkan tumpuan dan fokus murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Subjek kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang
murid perempuan dari kelas Enam Dedikasi di sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah.
Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik, ujian pra, latih tubi 1, latih tubi 2, latih
tubi 3 dan ujian pos. Data dikumpul melalui penyelidikan kuantitatif iaitu data berangka dan
ketepatan. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini berbentuk deskriptif yang
menggunakan peratusan dan gred. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
prestasi selepas rawatan diberikan kepada subjek kajian.
Kata Kunci: lakaran grafik , kemahiran mengingat , syarat wajib dan sah puasa
ABSTRAK 237
Hafazan surah adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid bagi
membolehkan mereka mengerjakan ibadah solat dengan baik dan sempurna. Kajian ini
bertujuan membantu murid-murid yang lemah tahap kognitifnya untuk menghafaz surah
dengan cepat dan berkesan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tikrar iaitu pengulangan
atau latih tubi. Seramai 5 orang murid tahun 4 dipilih sebagai sampel. Murid berkenaan
didapati tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam menghafaz surah pada
ujian-ujian yang lalu. Bagi mencari kaedah yang dapat membantu mereka menghafaz dengan
cepat dan betul maka kajian ini dijalankan ke atas mereka. Kaedah ini membantu murid
murid menghafaz surah di dalam kelas dengan cepat dan kejayaan yang mereka kecapi
merangsang keinginan dan minat mereka terhadap hafazan surah-surah pendek. Ia sekali gus
membuat murid-murid berkenaan berasa yakin dan mampu untuk menghafaz surah-surah
yang seterusnya. Keberkesanan kaedah ini dapat dibuktikan melalui pencapaian mereka
selepas ujian dijalankan. Adalah dicadangkan kajian seterusnya ialah untuk mengenalpasti
cara yang mudah buat mereka mengenal dan membaca al-Quran supaya mereka mampu
mambaca al-Quran dengan baik dengan sebutan yang betul.
ABSTRAK 238
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti murid Tahun 3 Dedikasi yang tertinggal atau
lemah dalam mengenal beberapa huruf hijaiyyah tunggal. Ini bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan murid di dalam menguasai huruf-huruf hijaiyyah tunggal. Seramai 4 orang
murid Tahun 3 Dedikasi dari salah sebuah sekolah Kebangsaan di Negeri Melaka dan seorang
guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui pemerhatian, latihan dan ujian. Hasil tinjauan melalui ujian pra dan pasca
menunjukkan murid tidak berminat dalam pembelajaran semasa berada di dalam bilik darjah.
Perancangan tindakan telah difokuskan dan dilaksanakan dengan membuat aktiviti-aktiviti
dan latih tubi secara berterusan di samping bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid dalam mengenal dan mengingati huruf
hijaiyyah tunggal semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga
menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRAK 239
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah dalam
kalangan murid tahun lima di salah sebuah sekolah di Daerah Alor Gajah Melaka. Kajian ini
difokuskan kepada penguasaan Hukum Nun Sakinah dengan menggunakan kaedah latih tubi.
Berdasarkan dari refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid tahun lima masih
tidak dapat menguasai hukum nun sakinah dengan baik. Saya telah melaksanakan ujian awal
dan ujian tasmik bagi mendapat maklumat mengenai penguasaan murid. Pendekatan kualitatif
digunakan dalam kajian ini dimana hasil dari ujian awal, pemerhatian dan soal selidik serta
ujian akhir dianalisis secara menyeluruh. Diakhirnya, dapatan dari kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah latih tubi dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap hukum nun sakinah
serta menambahbaikkan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid.
ABSTRAK 240
Tujuan penyelidikan tindakkan ini dijalankan ialah untuk menilai keberkesanan penggunaan
SIMBLOK dalam meningkatkan kemahiran penguasaan menyambung huruf istimewa jawi
dikalangan murid-murid tahun dua.Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid tahun 2
Cemerlang di salah sebuah sekolah di kawasan Alur Gajah, Melaka.Pemilihan subjek kajian
melalui pemerhatian buku latihan dan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Data dikumpul
melalui kaedah pemerhatian. temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian
menunjukkan peningkatan dari segi kefahaman konsep dan kemahiran menyambung huruf
dengan baik..Ini membuktikan bahawa penggunaan simblok mampu meningkatkan
kefahaman murid dalam penguasaan kemahiran menyambung huruf istimewa jawi.
Disamping itu dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam diri murid dan secara tidak
langsung melahirkan rasa minat dan rasa seronok terhadap pelajaran jawi. Dengan kajian
tindakan ini juga dapat memperbaiki mutu dan amalan pedagogi saya sebagai seorang
pendidik.
ABSTRAK 241
ABSTRAK 242
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh manakah Kaedah Nyanyian dapat
membantu murid menguasai kemahiran menyebut bunyi huruf jawi tunggal dan mengeja suku
kata terbuka dengan bunyi sebutan huruf jawi tunggal. Subjek kajian terdiri daripada tiga
orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dari kelas Tahun Dua di sebuah sekolah
Di Melaka. Instrumen kajian terdiri daripada set ujian Menyebut Huruf Tunggal dan ujian
Ejaan serta tiga senarai semak pemerhatian. Empat sesi intervensi dalam seminggu telah
dilaksanakan dalam tempoh empat minggu menggunakan Kaedah Nyanyian Huruf Tunggal dan
Nyanyian Suku Kata. Hasil analisis data perbandingan antara ujian Sebutan Huruf, ujian Ejaan,
serta tiga senarai semak pemerhatian membuktikan kesemua subjek kajian menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan Menyebut Bunyi Huruf Jawi Tunggal. Kesimpulannya dapatan
kajian menunjukkan Kaedah Nyanyian berkesan membantu murid menguasai kemahiran
menyebut bunyi huruf jawi Tunggal dan membantu meningkatkan tumpuan dan fokus murid
mengikuti pengajaran.
ABSTRAK 243
ABSTRAK 244
Kajian Tindakan ini bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
dengan cara menggunakan kaedah permainan Cari Jaya bagi meningkatkan penguasaan
murid dalam membezakan perkara-perkara sunat Abad dan sunat Haiat. Seramai empat
orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan
telah dikenalpasti tergolong dalam kumpulan yang lemah Tahun 5 Ibnu Sina Sekolah Rendah
Arab JAIM Jelatang, Alor Gajah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berasaskan
Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart(1988). Tinjauan awal melalui
pemerhatian, ujian pra, soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa murid-murid
memang terkeliru dan sukar untuk mengingat dan membezakan perkara-perkara sunat Abad
dan sunat Haiat. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan
pasca, borang soal selidik dan juga soalan-soalan temu bual. Permainan Cari Jaya ini telah
digunakan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam mengingat dan membezakan
antara perkara sunat Abad dan Haiat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang
digunakan berjaya membantu semua subjek dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam
mengingat dan membezakan perkara sunat Abad dan sunat Haiat.
Kata Kunci: Penguasaan, Perkara Sunat Abad dan Haiat, Permainan Cari Jaya
ABSTRAK 245
ABSTRAK 246
makhraj huruf berbaris yang dikhususkan di sini ialah menyebut makhraj huruf yang hampir
sama daripada surah al- Aadiyat ( ) . Subjek yang terlibat dalam kajian ini
terdiri daripada 6 orang murid Tahun 4 Melati disalah sebuah sekolah di Melaka. Sebagai
langkah permulaan mengenal pasti masalah, pengkaji telah mengadakan ujian bacaan
menggunakan buku Iqra 3. Pengkaji menyedari masih ramai murid tahun 4 Melati yang
keliru dan teragak-agak menyebut huruf yang hampir sama dengan sebutan makhraj yang
betul. Prosedur pelaksanaan kajian ini menggunakan kajian yang diadaptasi daripada Kurt
Lewin (1946). Instrumen yang digunakan ialah temu bual, ujian pra dan ujian pos. Hasil
dapatan menunjukkan kaedah talaqqi musyafahah dan tikrar 2T, telah membantu
meningkatkan kemahiran menyebut makhraj huruf berbaris dalam surah al-Aadiyat dengan
betul. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang amat
positif. Antara cadangan bagi kajian seterusnya ialah mengaplikasikan kaedah 2T dalam
surah lain, menambah jumlah subjek dan memanjangkan tempoh kajian.
ABSTRAK 247
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam
meningkatkan kemahiran mengingat hukum Idgham dengan menggunakan gabungan kaedah
Talaqi Musafahah dan penggunaan Instant Camera dikalangan murid Tahun Lima.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 5 yang mempunyai
tahap akademik yang sederhana. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, ujian pra, ujian pos,
temu bual dan soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan
serta analisis kandungan. Saya menggunakan triangulasi kaedah, sumber dan masa dalam
proses penyemakan data yang ditafsir. Keputusan kajian menunjukkan sebanyak 60% murid
yang sangat lemah dalam ujian pra meningkat kepada 100% cemerlang dalam ujian pos.
Peningkatan drastik ini menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan sekaligus
membantu menambah baik amalan pengajaran saya. Saya ingin melanjutkan kajian ini dengan
mengaplikasikan kaedah-kaedah ini dalam hukum nun mati dan tanwin agar gabungan kaedah
ini dapat menyumbangkan hasil secara optimum.
ABSTRAK 248
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan membaca kalimah
yang mengandungi hukum nun sakinah dan tanwin menggunakan teknik permainan karom
berwarna dikalangan pelajar tingkatan satu Arif khasnya dan tingkatan satu lain amnya. Fokus
kajian ini iaitu mendifinisi dan menghafaz maksud hukum nun sakinah dan tanwin, Ia juga
tertumpu kepada mengklasifikasikan huruf-huruf hijaiyah mengikut empat hukum nun
sakinah dan tanwin, memberikan contohcontoh kalimah yang mengandungi hukum nun
sakinah dan tanwin serta melafazkan bacaan pada kalimah yang mengandungi hukum nun
sakinah dan tanwin. Kajian ini melibatkan lima orang subjek kajian dari tingkatan satu Arif.
Tinjauan awal masalah kajian telah dijalankan melalui kaedah soal jawab, kaedah
pemerhatian di dalam kelas dan kaedah ujian lisan. Hasil dapatan data tinjauan masalah
menunjukkan ramai murid tidak menguasai kemahiran nun sakinah dan tanwin dari peringkat
konsep hinggalah melafazkan bacaan yang betul. Justeru itu pengkaji telah menggunakan
salah satu kaedah pengayaan iaitu teknik permainan karom berwarna. Permainan ini boleh
membantu murid menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh
tiga minggu. Keputusan ujian diagnostik membuktikan subjek kajian telah menguasai
kemahiran hukum nun sakinah dan tanwin.
ABSTRAK 249
Hafazan al-Quran merupakan salah satu daripada kemahiran yang terkandung dalam sukatan
matapelajaran Pendidikan Islam. Ianya merupakan satu bidang yang agak sukar untuk diikuti
dan kurang diminati oleh murid-murid yang pengkaji panggil subjek kajian. Berdasarkan
kepada pemerhatian penyelidik, subjek kajian menganggapnya sebagai satu kemahiran yang
sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan
kemahiran hafazan. Penyelidik memfokuskan kajian ini kepada kemahiran menghafaz surah,
dengan memilih 4 orang murid tahun 2 cerdik, di sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin,
Melaka. Prosedur pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian Kurt Lewin (1946).
Instrument yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui pemerhatian, ujian diagnostik, temu
bual, ujian bacaan, rakaman video. Data dikumpul secara deskriptif, kuantitatif dan kualitatif.
Data dianalisis menggunakan peratusan. Dapatan kajian menujukkan peratus peningkatan
daripada tidak menguasai hafazan kepada menguasai hafazan adalah tinggi. Menghafaz Surah
al-kafrun mempunyai halangan-halangan tertentu kerana mengandungi ayat yang sama dan
berulang-ulang, serta sukar menemui pengakhiran sekiranya tidak mendalami bacaannya
dengan baik. Penggunaan papan ajaib dapat mengurangkan perasaan negatif subjek kajian,
memotivasikan diri serta meningkatkan daya usaha dan minat subjek kajian untuk terus
menghafaz surah Al-Kafirun. Tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah tepat
dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini,
pengkaji amat berpuas hati apabila melihat subjek kajian yang paling malas dalam kelas ini
turut melibatkan diri dan menyatakan seronok belajar menghafal.
ABSTRAK 250
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah e-
Fon dalam membantu murid-murid menyambung huruf jawi tunggal dengan betul. Subjek
kajian dipilih daripada lima orang murid Tahun Dua dari Sekolah Kebangsaan Durian
Tunggal, Melaka. Kelima-lima subjek kajian yang dipilih telah dikenal pasti menghadapi
masalah dalam mengecam dan membezakan huruf-huruf jawi tunggal yang boleh disambung
dan yang tidak boleh disambung melalui Ujian Diagnostik yang telah dijalankan sebelum itu.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada instrumen temu bual, ujian
bertulis menyambung dua suku kata awal dan akhir dan analisis dokumen. Data kualitatif
dianalisis menggunakan analisis kandungan, manakala data kuantitatif dianalisis dengan
menggunakan peratus dan graf. Analisis secara kualitatif menekankan kepada peningkatan
kemahiran subjek kajian dalam menyambung huruf-huruf jawi tunggal, manakala analisis
kuantitatif memfokuskan kepada markah yang diperolehi oleh subjek kajian dalam Ujian
Awal dan Akhir. Dapatan kajian mendapati kelima-lima subjek kajian telah menunjukkan
peningkatan antara 20 peratus hingga 100 peratus dalam Ujian Akhir berbanding Ujian Awal
setelah mengikuti sesi bimbingan. Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah e-Fon telah
dapat meningkatkan kemahiran subjek kajian dalam menyambung huruf-huruf jawi tunggal.
Cadangan kajian seterusnya adalah memupuk minat murid untuk menulis jawi dan seterusnya
membaca jawi melalui kaedah yang pelbagai supaya dapat menarik minat murid dalam
Pelajaran Jawi.
ABSTRAK 251
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan hukum Izhar Halqi murid
tahun enam salah sebuah sekolah daerah Melaka Tengah dengan menggunakan Kelopak
Bunga Pintar (KBP). Kajian tindakan ini berfokuskan kepada penguasaan mengingat huruf-
huruf Izhar Halqi, mengenal pasti hukun Izhar Halqi dan membaca kalimah yang
mengandungi hukum Izhar Halqi secara bertajwid. Berdasarkan kepada refleksi pengajaran
dan pembelajaran, saya dapati murid tahun enam tidak membaca kalimah yang mengandungi
hukum Izhar Halqi secara bertajwid. Saya melaksanakan satu ujian awal yang mengandungi
10 soalan bertulis dan ujian tasmik yang mengandungi hukum Izhar Halqi. Subjek kajian
dalam kajian ini terdiri daripada lima orang yang mendapat markah paling rendah dalam ujian
awal. Dalam kajian tindakan ini, pendekatan yang digunakan ialah kualitatif dan kuantitatif.
Instrumen kajian ini ialah ujian awal, ujian akhir, pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Hasil analisis data perbandingan antara ujian awal dan akhir membuktikan kesemua subjek
kajian menunjukkan peningkatan dalam penguasaan hukum Izhar Halqi. Oleh yang demikian,
tindakan susulan yang boleh dijalankan selepas kajian ini ialah menggunakan kaedah ini
secara berterusan dalam membaca al-Quran.
ABSTRAK 252
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Eja-sebut
dalam meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid lemah dalam pelajaran. Ianya
dijalankan terhadap murid tahun enam, di salah sebuah sekolah di sekitar Ledang, Johor.
Subjek kajian adalah seramai lima orang, terdiri daripada mereka yang tidak boleh menyebut
kalimah-kalimah bertanda syaddah (sabdu) dan sukun (mati) dengan betul. Kaedah Eja-sebut
mengandungi dua bahagian modul iaitu modul 1 dan modul 2. Modul 1 menitikberatkan
subjek kajian mengeja dan menyebut kalimah-kalimah atau potongan ayat yang disediakan,
manakala di dalam modul 2, mereka hanya perlu menyebut terus potongan-potongan ayat
yang disediakan. Data dalam kajian ini telah dikumpul dengan melaksanakan tiga aktiviti
membaca sebelum dan selepas kaedah Eja-sebut dijalankan. Hasil analisis data menunjukkan
perubahan yang positif terhadap kelima-lima subjek kajian. Dapatan daripada kesemua
aktiviti sebelum dan selepas rawatan yang dijalankan, menunjukkan subjek kajian pertama
dan kedua meningkat bacaannya kepada 90 peratus. Manakala subjek ketiga meningkat
bacaannya kepada 86 peratus. Subjek keempat pula meningkat kepada 83 peratus dan subjek
kelima meningkat kepada 80 peratus. Dapatan keseluruhan pula meunujukkan perubahan
kemahiran membaca meningkat kepada 88 peratus bagi aktiviti pertama. Manakala pada
aktiviti kedua, perubahan kemahiran membaca meningkat kepada 86 peratus. Pada aktiviti
ketiga pula, berlaku peningkatan kepada 84 peratus. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah Eja-sebut yang telah dijalankan sangat berkesan dalam meningkatkan
kemahiran membaca di kalangan murid lemah. Ini kerana sebelum kaedah ini dijalankan,
ABSTRAK 253
Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengkaji dan menganalisa cara terbaik dan mudah
untuk murid-murid menguasai tulisan jawi.Kajian tindakan ini membincangkan kajian lepas
berkaitan dengan kaedah menjawikan perkataan.Kajian ini memilih bentuk kualitatif kerana
sesuai dengan tujuan kajian iaitu perkembangan penguasaan murid terhadap menjawikan
perkataan.Kajian ini dilaksanakan untuk membantu tiga orang murid Tahun 3 Naim,Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat,Alor Gajah,Melaka.Pemilihan peserta dilakukan melalui ujian
diagnostic yang dijalankan.Keputusan ujian menunjukkan terdapat murid yang berpotensi
untuk menguasai jawi dengan baik.Setelah menjalani kaedah pecah belah ini didapati murid-
murid tersebut mula menunjukkan minat dalam pelajaran jawi.
ABSTRAK 254
Kajian tindakan ini berfokuskan kepada kemahiran menghafaz dan membaca lafaz niat solat
iaitu salah satu bacaan dalam solat yang wajib dilafazkan ketika mendirikan solat dalam
kalangan murid tahun 2. Ini dilakukan bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan
celik calendar dalam mempertingkatkan kemahiran murid tahun 2 untuk membaca,
menghafaz dan mengingati lafaz niat solat. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas murid
Tahun 2 di salah sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Subjek kajian yang terlibat dalam
pelaksanaan kajian tindakan ini ialah seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang
lelaki dan 2 orang perempuan. Kajian dimulakan dengan membuat tinjauan masalah yang
dihadapi oleh subjek terbabit dengan lebih terperinci. Pemerhatian, temubual, ujian pra dan
pasca bacaan lafaz niat solat dilakukan sebagai instrument pengumpulan data kajian. Hasil
dapatan daripada kajian dianalisis secara kualitatif dan ujian pra dan ujian pasca itu dijalankan
untuk menguji sejauh mana subjek tersebut dapat membaca, menghafaz dan memahami serta
mengingati bacaan lafaz niat solat. Ternyata selepas ujian tersebut dijalankan, didapati
keempat-empat subjek menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan.Untuk
membantu subjek menyelesaikan masalah ini saya telah memilih satu kaedah ganjaran yang
berbentuk motivasi dan kebendaan dengan menggunakan celik kalendar sebagai bahan
bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan celik calendar ini amat
sesuai kerana di samping membaca dan menghafaz subjek dapat berseronok dengan
persaingan permainan balingan bola yang ada pada calendar tersebut dan bagi yang berjaya,
mereka begitu seronok kerana mendapat ganjaran atau hadiah di atas kemenangan mereka
dalam permainan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan
Berjaya membantu subjek memahami dan mengingati serta membaca lafaz niat solat dengan
betul serta dapat mengaplikasikan lafaz tersebut dengan baik di dalam solat. Antara kekuatan
penggunaan celik calendar adalah untuk membantu menjana pemikiran kreatif di samping
menggalakkan pembelajaran Pendidikan Islam yang bermakna. Rumusannya ternyata dengan
penggunaan bahan celik kalendar ini Berjaya meningkatkan penguasaan bacaan dalam solat
khususnya lafaz niat solat dan berharap agar penggunaan alat ini boleh dipertingkatkan lagi
supaya berguna untuk dipraktikkan bagitajuk-tajuk yang lain dalam matapelajaran Pendidikan
Islam.
Kata Kunci: Bacaan lafaz niat solat, Celik Kalendar, Kaedah Ganjaran
ABSTRAK 255
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan penggunaan kaedah belajar menggunakan
dam dadu berbantukan multimedia dalam meningkatkan penguasaan huruf hijaiyyah. Kaedah
ini digunakan untuk mengatasi masalah mengenal dan mengecam huruf hijaiyyah kepada
murid pendidikan khas kategori slow learner di samping dapat menarik minat mereka untuk
belajar huruf hijaiyyah. Peserta kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki pendidikan
khas kategori slow learner di SK Wangi (bukan nama sebenar) yang belum mengenali huruf
hijaiyyah. Data telah dikutip melalui, pemerhatian, senarai semak, dan temubual. Pengguna
analat bantu mengajar seperti dam dadu bersaiz sederhana dan ipad huruf hijaiyyah berwarna
digunakan untuk menarik minat murid. Kedua-dua peserta kajian akhirnya dapat mengenali
huruf hijaiyyah dan membunyikan huruf hijaiyyah tersebut dengan tepat. Setelah keputusan
kajian, menunjukkan kaedah belajar sambil bermain menggunakan dam dadu berbantukan
multimedia dapat meningkatkan penguasaan huruf hijaiyyah di kalangan murid-murid
pendidikan khas kategori Slow Learner. Rumusannya, kajian ini dijalankan untuk
mengekalkan ingatan murid slow learner pendidikan khas bahawa dengan menggunakan
kaedah ini dapat membantu mereka mengenal dan mengecam huruf hijaiyyah dengan betul.
Kata kunci: Damdadu, huruf hijaiyyah, multimedia (ipad), murid slow learner, Pendidikan
khas.
ABSTRAK 256
Kajian ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan tahap kelancaran
pembacaan niat solat lima waktu dan mengenalpasti tahap pengetahuan murid tentang bacaan
niat solat lima waktu dikalangan murid tahun 4 Usman. Objektif kajian ini adalah untuk
membantu beberapa pelajar yang lemah menguasai bacaan niat solat, meningkatkan
keupayaan menghafal bacaan tersebut dan meningkatkan kefahaman pelajar mengenai bacaan
niat solat serta memudahkan proses solat. Seramai 6 orang responden daripada kelas empat
Usman terlibat dalam kajian ini. Dua kaedah telah digunakan untuk mengumpul data awal
iaitu ujian kualitatif dan kuantitatif melalui pelaksanaan ujian dan soal selidik. Bentuk
pelaksanaan ujian adalah melalui ujian pra bacaan niat solat yang dijalankan secara individu
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil dapatan menunjukkan
tahap penguasaan pelajar dalam bacaan niat solat adalah pada tahap lemah di mana hanya
10% responden yang boleh membaca niat solat dengan betul. Beberapa cadangan tindakan
telah dikenal pasti untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan niat solat lima waktu.
Perancangan tindakanakan berfokuskan kepada aktiviti dalam kelas, bimbingan rakan sebaya
serta bersemuka di antara pelajar dengan guru dan penggunaan pokok ilmu.
ABSTRAK 257
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk membantu dalam menghafaz surah al-Fill dengan
menggunakan Sistem 4Ta. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri dari 10 orang murid
iaitu 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan tahun 3 Sekolah Kebangsaan
Serkam, Merlimau. Kesemua sampel dikenalpasti melalui pemerhatian, ujian diagnostik
secara lisan dan bertulis, penelitian rekod tasmi serta keputusan ujian OTI 1. Reka bentuk
kajian ini adalah gabungan reka bentuk kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini adalah melalui ujian, soal selidik dan senarai semak. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan min markah 27.15% ketika ujian pra kepada min 90.1% pada ujian
pasca 2 manakala hasil soal selidik dan pemerhatian pula telah menunjukkan peningkatan
minat dan kesungguhan sampel dalam aktiviti menghafaz. Secara kesimpulannya, kajian ini
telah mencapai objektif yang telah dirancang oleh pengkaji iaitu untuk meningkatkan
kemahiran dan minat menghafaz sampel dalam aktiviti hafazan.
ABSTRAK 258
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung huruf-huruf
jawi tunggal menggunakan Kad Huruf Jawi. Peserta kajian merupakan lima orang murid
Tahun dua dari Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Melaka. Kelima-lima peserta kajian
yang dipilih telah dikenalpasti menghadapi masalah dalam mengenal pasti dan membezakan
huruf-huruf jawi tunggal yang boleh bersambung dan yang tidak boleh bersambung melalui
Ujian Diagnostik yang telah dijalankan sebelum itu. Sebanyak empat kali sesi rawatan telah
dilaksanakan ke atas kelima-lima peserta kajian. Instrumen yang digunakan terdiri daripada
ujian bertulis awal dan akhir, analisis dokumen, temubual, dan senarai semak pemerhatian.
Data kualititatif dianalisis menggunakan analisis kandungan, manakala data kuantitatif
dianalisis menggunakan peratus dan graf. Analisis secara kualitatif menekankan kepada
peningkatan kemahiran peserta kajian dalam menyambung huruf-huruf jawi tunggal,
manakala analisis kuantitatif memfokuskan kepada markah yang diperolehi oleh peserta
kajian dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir. Dapatan kajian mendapati kelima-lima peserta
kajian Ujian Awal setelah mengikuti empat kali sesi rawatan. Secara keseluruhannya,
penggunaan Carta Huruf Jawi telah dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam
menyambung huruf-huruf jawi tunggal. Cadangan kajian seterusnya adalah memupuk minat
murid untuk menyambung huruf jawi dan seterusnya menulis Huruf jawi melalui kaedah yang
pelbagai supaya dapat menarik minat murid dalam mempelajari Pelajaran Jawi.
ABSTRAK 259
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
hafazan surah al-Adiyat terhadap murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kemendor.
Penggunaan kaedah latih tubi yang merupakan kaedah kajian untuk meningkatkan keupayaan
murid dalam menguasai hafazan surah Al-Adiyat seterusnya merangsang motivasi dan minat
murid dalam menghafaz surah. Peserta kajian yang dipilih adalah terdiri daripada 7 orang
murid yang dikategorikan pada tahap sederhana setelah Ujian lisan, pra dijalankan oleh
pengkaji secara kelas. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalan kajian ini adalah
pemerhatian, temu bual, ujian bertulis dan ujian lisan pra dan pos. Hasil dapatan kajian
mendapati terdapat peningkatan yang ketara daripada ujian lisan dan bertulis pra dan pos yang
dijalankan. Antara kekuatan kaedah latih tubi ini adalah dapat memudahkan peserta kajian
untuk menghafaz dan mengingati surah Al-Adiyat dengan baik dan lengkap. Kesimpulannya,
penggunaan kaedah latih tubi adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid
terhadap hafazan surah Al-Adiyat.
ABSTRAK 260
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan grafik berwarna
dalam penulisan sukukata tertutup jawi dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut sukakata tertutup jawi
dengan betul seterusnya membaca jawi dengan lancar. Seramai 6 orang murid Tahun 1 Arif di
Sekolah Kebangsaan Jasin, 77000, Melaka telah terlibat dalam proses kajian ini .Mereka telah
diberi satu modul pengajaran yang dibina khusus berdasarkan Sukatan Pelajaran dan sukukata
yang harus dipelajari untuk Tahun 2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini ialah
aktiviti eja dan baca yang memberikan pendedahan semula kepada pembentukan sukukata
serta menggunakan kaedah latih tubi kemahiran yang diajar dengan lebih konsisten. Objektif
kajian ini adalah bagi membolehkan murid-murid ini membezakan sukukata terbuka dan
tertutup, mengeja dan sebut sukukata tertutup dengan betul dan dapat membaca perkataan
yang mengandungi sukukata tertutup dengan betul. Bagi mendapatkan perbezaan dari segi
pencapaian murid di peringkat sebelum dan selepas kajian dijalankan, Ujian Pra dan Pos juga
dijalankan menggunakan instrumen-instrumen yang telah dibina. Selain daripada itu, proses
pemerhatian juga dibuat terhadap responden yang terlibat sepanjang kajian berlangsung.
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan grafik berwarna dapat meningkatkan kemahiran
membaca sukukata tertutup.
ABSTRAK 261
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi membaiki kelemahan murid dalam tanda bacaan
bagi penulisan jawi dalam Pendidikan Islam melalui Aktiviti Sehari Satu Tanda Bacaan.
Aktiviti ini dijalankan sewaktu pengajaran Pendidikan Islam di dalam kelas dengan
memperkenalkan sesuatu tanda bacaan dan memberikan contoh penggunaan dalam ayat.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 32 orang murid dari tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Limbongan. Data diperoleh melalui 4 jenis instrumen kajian iaitu temu bual
berstruktur dan tidak berstruktur, pemerhatian berstruktur, soal selidik dan analisis daripada
ujian pra dan ujian pos. Tindakan dilaksanakan berpandukan kepada Model Lewin, 1046 Dan
Laidlaw 1992. Berdasarkan model ini tindakan dimulakan dengan mengenal pasti aspek
amalan, kemudian membuat perancangan, seterusnya membuat tindakan, selepas itu melihat
kesan tindakan dan akhir sekali membuat refleksi. Hasil analisis dapatan pemerhatian
menunjukkan bahawa murid berminat terhadap aktiviti yang dilaksanakan dilaksanakan di
dalam kelas. Pencapaian murid dalam ujian akhir didapati meningkat berdasarkan daripada
dapatan analisis dokumen. Hasil dapatan soal selidik turut mendapat respon yang positif
dengan jumlah skor yang berada pada tahap yang baik. Rumusan kajian secara keseluruhan
membuktikan bahawa Aktiviti Sehari Satu Tanda Bacaan dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian murid-murid yang kurang mahir untuk menggunakan tanda bacaan
di dalam penulisan jawi. Bagi cadangan kajian yang berikutnya, kelemahan murid dalam jenis
tanda bacaan yang lain dalam penulisan akan cuba dibaiki. Hasil dapatan kajian ini boleh
digunakan semasa kajian lanjutan dijalankan dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu
aktiviti sehari satu tanda bacaan. Kajian lanjutan ini berupaya membantu murid-murid yang
mempunyai masalah dalam jenis tanda bacaan yang lain. Ini dapat membantu memantapkan
lagi kemahiran murid-murid menggunakan tanda bacaan dalam penulisan. Diharap menerusi
kajian ini pengkaji-pengkaji lain dapat turut sama memikirkan cara dan kaedah yang sesuai
untuk membantu murid-murid yang bermasalah dalam penulisan jawi Pendidikan Islam kelak.
ABSTRAK 262
Kajian ini dijalankan oleh saya hanya untuk membantu murid sekolah saya untuk menghafal
bacaan Tahiyyat Akhir dengan betul, baik dan sempurna. Bagi mencapai objektif tersebut,
saya telah memilih kaedah chunking iatu salah satu cara ke atas 15 orang sampel yang telah
dipilih. Mereka ini terdiri dari 10 lelaki dan 5 perempuan. Pemilihan sampel ini didasari oleh
dari ujian lisan, bertulis, pencapaian mereka dalam KBS sekolah. Peningkatan pencapaian
oleh sampel telah bertambah sebanyak 25 % semasa ujian pra dan mencapai 85 % di dalam
ujian pasca 2. Keputusan ini menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Sepanjang
kajian ini dijalankan, sampel juga telah memberi tindakbalas yang positif dan sangat berminat
serta bersungguh-sungguh untuk menghabiskan hafalan mereka.
ABSTRAK 263
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara penguasaan jawi dengan pencapaian dan
minat murid sekolah rendah dalam Pendidikan Islam. Penyelidikan ini menggunakan
pendekatan penyelidikan kuantitatif. Bagi mendapatkan maklumat tentang hubungan antara
penguasaan jawi dengan pencapaian dan minat murid terhadap Pendidikan Islam, penyelidik
menggunakan kaedah kajian atau survey bagi mengumpul data sebagai data primer iaitu
data yang dikumpul oleh penguji yang dijalankan di kawasan kajian. Alatan kajian yang
digunakan adalah ujian penguasaan jawi dari aspek kemahiran membaca dan menulis bagi
mengukur kemahiran jawi murid dan soal selidik tentang latar belakang murid serta minat
terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Sampel kajian adalah murid tahun 4 Mawar
seramai 5 orang dari SK Seri Mendapat, Melaka. Data yang dikumpul dianalisis bagi
mengenalpasti sejauhmana tahap pencapaiannya.
Kata kunci: pentingnya alif,wau dan ya,kemahiran membaca dan menulis jawi
ABSTRAK 264
Tajuk tugasan saya ialah meningkatkan penguasaan hafazan surah Al-Kaafiruun murid tahun
2 menggunakan kaedah 3 T iaitu talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmik. Objektif umum
kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan ketika membaca surah-surah pilihan
yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Objektif khusus pula
ialah meningkatkan tahap keupayaan murid menyebut kalimah dan mengingat susunan ayat
dengan betul. Fokus kajian saya ialah mengenal pasti murid yang lemah dalam menyebut
kalimah dan mengingat susunan ayat dengan betul.Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan
bagi membantu murid tahun 2 Bijak meningkatkan kemahiran menyebut kalimah dengan
betul dan mengingat susunan ayat melalui kaedah 3 T iaitu talaqqi musyafahah, tikrar dan
tasmik. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 10 orang murid. Dalam melaksanakan tinjauan
awal kajian, saya telah menggunakan pemerhatian, ujian diagnostik serta penelitian rekod
tasmik sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan menunjukkan
kesemua responden lemah dalam kemahiran mengingat susunan ayat dengan betul.
ABSTRAK 265
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis perkataan dari suku
kata terbuka jawi dengan menggunakan kaedah Permainan Kad. Responden terdiri daripada
lima orang murid Tahun 3 Kreatif Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu yang telah dikenal pasti
lemah dalam menulis jawi. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, Ujian Pra dan
Ujian Pasca dalam mengumpul data. Perbandingan ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan markah yang sangat ketara bagi setiap peserta kajian. Dapatan kajian
menunjukkan penggunaan Permainan Kad ini amat berkesan dan memberi kesan positif
dalam membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis perkataan dari dua suku
kata terbuka jawi. Kajian ini boleh diteliti oleh pihak yang berkaitan agar dapat diaplikasikan
dalam pengajaran jawi di sekolah.
Kata kunci: kemahiran menulis, dua suku kata terbuka, permainan kad
ABSTRAK 266
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau pendekatan bimbingan rukun solat
menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu murid melaksanakan solat dengan betul dan
sempurna.Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun Empat Bestari SK
Ramuan China Kechil yang mempunyai tahap pencapaian belum menguasai Rukun Solat
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Pemilihan peserta
dilaksanakan melalui Ujian Lisan yang dijalankan. Keputusan Ujian Lisan menunjukkan
tahap penguasaan mengingati Rukun Solat di kalangan murid adalah lemah. Kaedah nyanyian
dilaksanakan untuk membantu peserta kajian menguasai kemahiran mengingat Rukun Solat
dengan betul.Pelaksanaan pengajaran dengan kaedah nyanyian dilakukan secara latih tubi
individu. Data dikumpulkan melalui instrument pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen
serta senarai semak..Data yang diperoleh dikumpulkan dan dianalisis .Hasil analisis data
mendapati keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan perkembangan positif dari segi
penguasaan terhadap tiga belas Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian .
ABSTRAK 267
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan bacaan Tahiyyat
Akhir. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 2 Gemilang. Sekolah Kebangsaan
Batang Melaka, Selandar, Melaka. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan
kaedah pemerhatian dan ujian diagnostik. Hasil dapatan menunjukkan murid-murid Tahun 2
Gemilan gmenghadapi masalah dalam kemahiran mengingat menyebabkan mereka hilang
minat untuk menguasai Bacaan Tahiyyat Akhir. Kaedah Tikrar telah digunakan untuk
menangani masalah ini. Ia bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik bagi membantu murid
menguasai Bacaan Tahiyyat Akhir. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
pemerhatian, temubual, soal selidik dan ujian.Analisis data secara kualitatif digunakan dalam
kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan melalui pelaksanaan kaedah Tikrar, murid yang
selama ini tidak lancar bacaan Tahiyyat Akhir mampu menguasainya dengan baik. Dapat
dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan
kaedah yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari
pendekatan terbaik dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi
masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.
ABSTRAK 268
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan Kad Imbasan
(Kad Pintar) dalam menyambung huruf jawi tunggal dengan cara dan teknik yang betul .
Seramai 10 orang pelajar murid Kelas Pemulihan Jawi Tahun 1 Budiman Sekolah
Kebangsaan Belimbing Dalam Durian Tunggal, Melaka yang terlibat dalam kajian ini. Hasil
tinjauan awal mendapati pelajar-pelajar ini tidak berjaya melepasi Ujian Pra yang telah
dijalankan sebagai saringan ke Kelas Pemulihan Jawi. Kajian ini memfokaskan kepada
mengenal huruf mengikut warna (huruf boleh disambung dan huruf tidak boleh disambung)
serta kemahiran menyambung huruf jawi tunggal dengan teknik yang betul.Alat kajian yang
telah saya gunakan adalah Ujian Pra dan Pos , pemerhatian guru dan temu bual pelajar .Data
yang diperolehi diproses dan dianalisis bagi menjawab soalan kajian yang dibina.Kajian yang
dijalankan ini menggunakan kaedah kuantitatif. Melalui kajian ini juga saya amat berharap ia
akan dapat membantu pelajar-pelajar agar meminati pelajaran Jawi seterusnya boleh
menyambung huruf jawi tunggal.Selain itu juga agar mereka ini tidak ketinggalan dalam
kemahiran asas jawi yang perlu dikuasai sebelum mereka melangkah ke Tahun Dua.
Kata kunci: murid tahun satu budiman, kad pintar, kemahiran menyambung huruf jawi
tunggal
ABSTRAK 269
Tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf Jawi
bersambung menggunakan kaedah Rice Play bagi murid Tahun 3. Seramai 3 orang responden
yang terdiri daripada 1 orang lelaki dan 2 orang perempuan dipilih dari sebuah sekolah rendah
yang terletak di Jasin Melaka. Untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf
Jawibersambung, kaedah Rice Play telah digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pasca yang berfokuskan kepada
penggunaan kaedah Rice Play dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf Jawi
bersambung telah dijalankan bagi mendapatkan data untuk menjawab soalan kajian yang
dikemukakan. Berdasarkan keputusan yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca, nilai
min menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 50 daripada 36.6 kepada 86.6. Di samping itu,
dapatan kajian melalui temubual dan pemerhatian menunjukkan penguasaan murid dalam
penulisan huruf Jawi bersambung meningkat. Murid juga berasa gembira dan berminat
dengan sesi pengajaran yang dijalankan selepas sesi intervensi. Kesimpulannya, pelbagai
teknik boleh diterokai untuk mewujudkan sedikit perubahan dan inovasi terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRAK 270
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan murid tahun 2 terhadap ejaan dan
bacaan jawi perkataan serapan bahasa Arab. Seramai 4 orang pelajar tahun 2, SK. Chinchin
Jasin Melaka terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian
bulanan,ujian pengesanan jawi , peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil tinjauan
menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan serapan bahasa Arab kerana perkataan
ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan serapan bahasa
Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.Murid telah
didedahkan kepada teknik Al-kalimati 5M selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan
perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan
serapan bahasa Arab melalui teknik Al-Kalimati 5M.
Kata kunci: al kalimati 5M, kemahiran membaca dan menulis, perkataan serapan bahasa
arab
ABSTRAK 271
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana tahap keberkesanan kaedah sistem jiza
(token ekonomi) dalam meningkatkan tingkah laku positif murid Tahun Lima Cerdik di
dalam kelas Pendidikan Islam. Kaedah pemerhatian digunakan untuk menjalankan kajian ini.
Instrumen kajian ini diadaptasi daripada Soal Selidik Tingkah Laku Bermasalah Musa (1998).
Sampel kajian ini adalah seramai lima orang murid lelaki Sekolah Kebangsaan Merlimau
Dua. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif
kekerapan dan nisbah. Hasil kajian mendapati sebelum pelaksanaan sistem jiza (token
ekonomi) kekerapan tingkah laku positif lima orang murid tahun lima Cerdik adalah rendah.
Namun selepas pelaksanaan sistem jiza(token ekonomi) kekerapan tingkah laku positif murid
tahun lima Cerdik dalam kelas Pendidikan Islam telah meningkat. Dapatan ini menunjukkan
pelaksaan sistem jiza(token ekonomi) sebagai modifikasi tingkah laku berkesan dalam
meningkatkan tingkah laku positif murid tahun lima Cerdik dalam kelas Pendidikan Islam.
ABSTRAK 272
Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran membaca suku kata
terbuka tertutup jawi melalui aktiviti Lima Puluh Empat. Seramai 10 orang murid Tahun 4
Sekolah Kebangsaan Tengkera Dua, Melaka telah dikenalpasti menjadi kumpulan sasaran
kajian ini. Berasaskan analisis data ujian pra dan pos berlaku peningkatan peratusan skor
markah murid sebanyak 70% dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra (30%). Keputusan
ini diperolehi daripada tiga instrumen yang telah dilaksanakan sepanjang kajian iaitu melalui
pemerhatian, temubual dan ujian membaca. Berdasarkan kajian aktiviti membaca melalui
aktiviti Lima Puluh Empat ini, saya dapati ia amat membantu murid menguasai kemahiran
membaca jawi dengan begitu baik dan memberi impak yang positif dalam meningkatkan
kebolehan membaca jawi dengan berkesan. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa
kemahiran membaca suku kata terbuka tertutup jawi melalui akitiviti Lima Puluh Empat
berjaya di implimentasikan dan meningkatkan kemahiran membaca jawi di kalangan anak-
anak murid itu dengan baik.
Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata terbuka tertutup, kaedah lima puluh empat
ABSTRAK 273
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu murid mengenal Huruf Mad Asli
dengan betul. Responden terdiri daripada 5 orang murid tahun 3 Bijak yang terdiri daripada 3
orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan, Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid
Tanah, Melaka. Pemilihan responden adalah berdasarkan ujian awal yang telah dijalankan di
dalam kelas 3 Bijak. Hasil daripada ujian yang dilaksanakan didapati tahap penguasaan murid
di dalam mengenali huruf Mad Asli adalah sederhana. Didapati murid tidak dapat
menandakan bacaan Mad Asli berdasarkan potongan ayat yang diberi. Kaedah Warna Primer
dilaksanakan bagi membantu murid dapat mengenali huruf mad dengan betul. Pelaksanaan
intervensi dilakukan secara berperingkat melalui beberapa sesi yang telah dijalankan.
Beberapa instrumen telah dilaksanakan seperti mengadakan sesi temubual, ujian bacaan,
pemerhatian, ujian awal dan ujian akhir, analisis serta mengedarkan borang soal selidik. Di
dalam kajian ini, analisis data secara kualitatif telah dilaksanakan. Analisis dokumen juga
dilaksanakan semasa sesi temubual dan pemerhatian bagi menyokong data yang diperolehi.
Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan didapati kesemua responden berjaya untuk
menandakan huruf mad asli dengan menggunakan warna dengan betul. Secara tidak langsung
ia juga dapat meningkatkan mutu bacaan murid sama ada di dalam bacaan Iqra atau al-
Quran dengan lancar.
Kata Kunci: huruf mad asli, kaedah warna primer, pelaksanaan intervensi
ABSTRAK 274
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata
tertutup terbuka jawi dengan menggunakan kaedah permainan Cantuman Kasih sebagai
alat bantu mengajar. Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas 5 orang murid tahun 4, Sekolah
Rendah Arab JAIM Jelatang Alor Gajah, Melaka. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran
membaca murid dalam suku kata tertutup terbuka jawi menggunakan Model Penyelidikan
Tindakan Kemmis & Mc Taggart. Tinjauan awal mendapati bahawa murid tidak dapat
menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup terbuka jawi dengan baik. Data kajian
dikumpul secara trangulasi kaedah iaitu melalui pemerhatian, temubual, ujian awal, ujian
akhir dan soal selidik. Kesemua instrumen ini dilaksanakan untuk melihat tahap peningkatan
murid dalam kemahiran membaca suku kata tertutup terbuka jawi. Dapatan kajian
menunjukkan berlakunya peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi suku kata tertutup terbuka jawi. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan berlakunya peningkatan minat murid terhadap pelajaran Jawi selepas
menggunakan kaedah ini. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kaedah permainan
Cantuman Kasih dapat memberi kesan yang positif dalam meningkatkan kemahiran
membaca jawi murid.
Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata tertutup terbuka, Cantuman Kasih
ABSTRAK 275
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam menghafaz
Surah al-Qariah. Peserta kajian yang terlibat terdiri daripada enam orang murid tahun 4 Super
di Sekolah Kebangsaan Temiang, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor. Masalah ini telah dikenal
pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian pengkaji. Selain itu
pengkaji telah menjalankan ujian lisan hafazan dan temubual tentang amalan pengajaran guru
juga latar belakang keluarga murid. Berdasarkan analisis tersebut, murid didapati tidak dapat
menghafaz Surah al-Qariah dengan lengkap dari Ayat 1 hingga Ayat 15. Oleh itu, pengkaji
telah mencuba menggunakan kaedah Muraja'ah dan Sahabat Hafaz sebagai usaha untuk
menangani masalah peserta kajian. Pengkaji telah menjalankan kaedah tersebut selama dua
bulan. Pengkaji juga mengumpulkan data melalui ujian pra dan pos, analisis dokumen,
pemerhatian, temubual dan ujian lisan hafazan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah Muraja'ah dan Sahabat Hafaz telah berjaya meningkatkan penguasaan
hafazan Surah al-Qariah dari Ayat 1 hingga Ayat 15 dengan baik dan lancar.
ABSTRAK 276
ABSTRAK 277
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku kata terbuka tertutup. Pelaksanaan kajian adalah di Sekolah Kebangsaan
Sawah Ring, Gersik, Ledang, Johor. Peserta kajian adalah melibatkan murid Tahun 1 Al-
Ghazali seramai tiga orang yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Pemilihan peserta kajian dilaksanakan melalui ujian diagnostik. Keputusan ujian
diagnostic menunjukkan tahap penguasaan membaca suku kata terbuka tertutup dalam
kalangan murid tahun 1 Al-Ghazali ini masih lemah. Instrumen yang digunapakai dalam
kajian ini ialah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis
secara kualitatif dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Kaedah Permainan HentianIlmu
dilaksanakan bagi membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membaca suku kata
terbuka tertutup .Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Permainan Hentian Ilmu
ini berupaya meningkatkan prestasi ujian dan kemahiran membaca yang amat
memberangsangkan peserta kajian mengenai tajukt erbabit. Selaini tu, penggunaan Permainan
Hentian Ilmu ini juga dapat meningkatkan minat dan motivasi mereka untuk belajar
matapelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Jawi.
Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata terbuka tertutup, hentian ilmu.
ABSTRAK 278
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid meningkatkan Hafazan Bacaan Tahiyyat
Akhir (HBTA) dengan tepat. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2 Budi,
Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh., Melaka. Pemilihan peserta kajian dilaksanakan melalui
ujian Diagnostik yang dijalankan. Keputusan ujian diagnostik menunjukkan tahap penguasaan
HBTA dalam kalangan murid adalah lemah. Terdapat beberapa ayat yang dikenalpasti paling
kerap disebut salah oleh murid disebabkan bunyi yang hampir sama. Kaedah Poket Ajaib
dilaksanakan untuk membantu peserta kajian menguasai HBTA dengan betul. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ialah temubual, pemerhatian, ujian awal dan akhir, analisis dokumen
serta senarai semak. Analisis data secara kualitatif digunakan dalam kajian ini dan pelaporan
kajian adalah secara naratif. Analisis dokumen, senarai semak dan ujian dilakukan untuk
melihat prestasi peserta sepanjang intervensi dijalankan. Temubual dan pemerhatian
dijalankan untuk menyokong data yang diperolehi. Keputusan kajian mendapati kesemua
peserta kajian menunjukkan purata peningkatan sebanyak 50% dalam meningkatkan HBTA
setelah menjalani kaedah Poket Ajaib. Selain itu, intervensi ini juga meningkatkan minat
mereka dalam menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.
ABSTRAK 279
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan murid Tahun 2 terhadap
kosa kata bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Seramai empat orang murid yang terdiri daripada
dua orang lelaki dan dua orang murid perempuan Tahun 2 di salah sebuah sekolah rendah di
Daerah Melaka Tengah, telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data-data kajian ini
dikumpulkan serta ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu ujian, pemerhatian dan juga
temu bual. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian
pos, borang senarai semak dan juga soalan-soalan temu bual. Berdasarkan analisis borang
pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam PdP Bahasa Arab berupaya
meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian
berjaya membantu murid mengingati kosa kata Bahasa Arab agar murid dapat berkomunikasi
dengan betul.
ABSTRAK 280
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca
suku kata terbuka tertutup Jawi dengan menggunakan kaedah Cari Pasangan Saya. Kajian
dijalankan ke atas lima orang murid tahun 5 di Sekolah Rendah Arab JAIM Jelatang, Alor
Gajah, Melaka. Fokus utama kajian ialah meningkatkan kemahiran membaca suku kata
terbuka tertutup Jawi. Tinjauan awal mendapati keputusan peperiksaan pertengahan tahun
murid dalam pelajaran Jawi tidak memuaskan dan sewaktu sesi pengajaran murid tidak dapat
membaca ayat-ayat petikan yang diberikan lantas menyebabkan mereka hilang tumpuan pada
isi pelajaran yang diajar. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah permainan Cari Pasangan
Saya digunakan. Data dikumpul melalui instrumen pemerhatian, temu bual, ujian awal dan
ujian akhir. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan kemahiran membaca
suku kata terbuka tertutup Jawi pada tahap yang baik setelah intervensi dijalankan dan
berlakunya peningkatan min markah dalam ujian akhir sebanyak 87% berbanding ujian pra
sebanyak 24% . Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan berlakunya peningkatan minat
murid terhadap pelajaran Jawi selepas menggunakan kaedah ini. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa kaedah permainan Cari Pasangan Saya sangat berkesan dan sangat
sesuai digunakan ke arah meningkatkan kemahiran membaca murid.
Kata Kunci: Kemahiran Membaca, Suku kata Terbuka Tertutup Jawi, Kaedah Permainan
Cari Pasangan Saya
ABSTRAK 281
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dalam pembelajaran
Sirah iaitu Hijrah Ke Madinah. .Seramai 5 orang murid tahun 5 Teratai dari Sekolah
Kebangsaan Ayer Molek, Melaka dipilih sebagai responden dalam kajian. Instrumen
pengumpulan data yang digunakan adalah ujian Pra, ujian Pos, pemerhatian temu bual dan
soal selidik. Ujian Pra dilakukan untuk mengenal pasti daya ingatan murid manakala ujian
Pos dilakukan untuk mengenal pasti peningkatan penguasaan murid dalam tajuk Hijrah Ke
Madinah. Pemerhatian dilaksanakan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap
pembelajaran Sirah. Temu bual dilaksanakan untuk menyokong data yang diperoleh.
Intervensi yang digunakan dalam sesi rawatan ialah Bestari Sirah yang merupakan satu bahan
yang dibina berasaskan perisian Power Point. Hasil data yang diperoleh menunjukkan
peningkatan dalam ujian yang dijalankan ke atas responden iaitu peningkatan maksimum
sebayak 70% dan peningkatan minima sebanyak 15%. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa Bestari Sirah Berjaya meningkatkan daya ingatan murid terhadap bidang Sirah
Nabawiyah.
ABSTRAK 282
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 Cemerlang meningkatkan
kemahiran mengenal huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah serta
meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran, yang mengandungi hukum tajwid
tersebut melalui kaedah permainan kad huruf dan kalimah berwarna. Peserta kajian adalah
seramai 12 orang yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.
Data dalam kajian ini dikumpul melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Hasil
analisis data mendapati bahawa seramai 12 orang murid menunjukkan peningkatan markah
yang ketara dalam ujian pos berbanding ujian pra. Ini menunjukkan bahawa penggunaan
kaedah permainan kad huruf dan kalimah berwarna ini amat berkesan dalam membantu
meningkatkan bacaan al-Quran murid secara bertajwid. Bagi tindakan seterusnya, pengkaji
mencadangkan supaya kaedah ini dapat diaplikasikan bagi hukum-hukum tajwid yang lain.
ABSTRAK 283
Kajian yang dibuat ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah bercerita dengan
menggunakan kad bervisual terarah bagi murid-murid tahun dua di sebuah sekolah di Melaka.
Kajian ini telah dijalankan terhadap lima orang murid iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Dapatan
tinjauan awal mendapati prestasi subjek kajian dalam menceritakan semula kisah sirah adalah
lemah . Intervensi telah dijalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran. Data dikumpulkan
melalui ujian pra, ujian pos, pemerhatian berstruktur melalui borang senarai semak dan
analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa kelima-lima orang subjek kajian
menunjukkan peningkatan dalam ujian pos iaitu 80 % berbanding dengan ujian pra sebanyak
25 %. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan kad bervisual terarah amat berkesan
membantu murid dalam bidang sirah. Cadangan kajian seterusnya ialah meletakkan kata
kunci di bawah kad bergambar tersebut.
ABSTRAK 284
Ilmu tajwid merupakan ilmu yang sangat penting dipelajari. Sekiranya tidak dikuasai oleh
murid pada peringkat sekolah rendah akan mengganggu penguasaan pada peringkat yang
lebih tinggi. Justeru kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh manakah
penggunaan Peta Pemikiran i-Think dapat membantu murid-murid mengingat huruf-huruf
nun mati dan tanwin. Responden kajian terdiri daripada lima orang murid dari kelas Tahun
Enam di Sekolah Rendah Arab JAIM Selandar, Melaka. Tiga sesi intervensi telah
dilaksanakan dengan menggunakan teknik i-Think. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian
Pra, Ujian Pos dan Borang Analisa. Borang Analisa pula bertujuan untuk mengetahui adakah
penggunaan Peta Pemikiran i-Think dapat membantu murid mengingat huruf-huruf hukum
nun mati dan tanwin. Hasil kajian menunjukkan penggunaan Peta pemikiran i-Think berkesan
dalam membantu murid mengingat huruf-huruf nun mati dan tanwin dan membantu
meningkatkan tumpuan dan fokus murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Peta pemikiran, i-THINK, Hukum Nun Mati dan Tanwin
ABSTRAK 285
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah daya ingatan murid Tahun 4 dalam bidang
Sirah. Seramai 10 orang murid Tahun 4 Bestari dan seorang guru SK. Selandar, Jasin terlibat
dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data iaitu
temu bual, pemerhatian, ujian pos dan ujian pasca. Kajian Tindakan difokuskan kepada teknik
mengingati fakta Sirah. Analisa daripada dapatan temu bual, pemerhatian dan ujian-ujian
telah menunjukkan bahawa murid berjaya mengingati fakta Sirah. Kesimpulannya hasil kajian
menunjukkan kaedah simulasi berjaya meningkatkan ingatan murid terhadap fakta bidang
Sirah.
ABSTRAK 286
Penulisan Jawi merupakan salah satu kemahiran yang terkandung di dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan pengalaman semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas,terdapat sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk
menyambung huruf Jawi tunggal. Oleh itu, saya telah memilih dan menggunakan satu kaedah
iaitu Tiru Macam Saya bagi membantu murid-murid tersebut. Kajian ini dijalankan untuk
melihat sejauh mana pelaksanaan kaedah Tiru Macam Sayadalam meningkatkan
penguasaan murid untuk menyambung huruf Jawi tunggal. Subjek kajian yang terlibat dalam
kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 3 Bestari di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor
Gajah, Melaka. Prosedur pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian yang
dibangunkan oleh Albert Bandura. Instrumen yang saya gunakan ialah soal selidik ,ujian pra
dan ujian pos. Data dikumpul secara deskriptif, kuantitatif dan kualitatif. Data dianalisis
menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Tiru Macam Saya
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid menyambung huruf Jawi tunggal.
Berdasarkan kajian ini saya berharap agar kaedah Tiru Macam Saya dapat dipraktikkan
oleh semua Guru Pendidikan Islam (GPI) sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah
bagi membantu murid yang lemah dalam menulis Jawi. Guru juga perlu menggunakan
pelbagai teknik yang berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini dapat
menarik minat murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis Jawi dan seterusnya dapat
memartabatkan Tulisan Jawi di mata dunia.
Kata Kunci: Kaedah Tiru Macam Saya,Menyambung Huruf Jawi Tunggal, Albert Bandura.
ABSTRAK 287
Kajian ini bertujuan membantu murid dalam menulis dan menyambung huruf jawi tunggal.
Subjek kajian yang dipilih adalah seramai empat orang dari Tahun Empat Ibn Sina yang
terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Kajian ini dijalankan di Sekolah Rendah Arab
JAIM Jelatang, Alor Gajah, Melaka. Dalam kajian ini, murid didedahkan kaedah
menyambung huruf jawi tunggal menggunakan kaedah Huruf Jawi Grafik Berwarna. Mereka
juga telah menjalani lima kali intervensi untuk membantu meningkatkan penguasaan mereka
dalam menulis dan menyambung huruf jawi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
ujian awal dan akhir, analisis dokumen dan soal selidik. Ujian awal dan akhir serta analisis
dokumen dilakukan untuk melihat prestasi peserta kajian sepanjang intervensi dijalankan.
Soal selidik juga dijalankan bagi mengkaji persepsi mereka dalam pelajaran jawi. Menerusi
kajian ini data-data akan dikumpul melalui kaedah ujian, analisis dokumen dan borang soal
selidik. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana penguasaan murid dalam
kemahiran menulis dan menyambung huruf jawi tunggal dengan baik. Keputusan kajian
mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam
menguasai kemahiran menulis dan menyambung huruf jawi. Selain itu, intervensi ini juga
meningkatkan minat peserta kajian dalam bidang Jawi.
Kata kunci: Huruf Jawi Tunggal, Kemahiran Menulis, Huruf Jawi Grafik Berwarna
ABSTRAK 288
Kajian ini dijalankan ke atas 5 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah
Melaka Tengah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan kaedah AVU ZAR ZAD dalam
membantu penguasaan murid tahun 3 dalam menyambung huruf-huruf Jawi. Setelah sesi
pembelajaran menggunakan kaedah AVU ZAR ZAD ini, murid-murid diberi ujian pra untuk
menilai penguasaan murid dalam menyambung huruf Jawi. Sesi rawatan murid dijalankan
secara individu dan kelas dalam tempoh tertentu untuk membantu meningkatkan pemahaman
murid. Selepas tamat sesi rawatan murid diberi ujian pasca untuk menilai keberkesanan
kaedah ini dalam mempertingkatkan kemahiran menyambung huruf Jawi. Pemerhatian dan
temu bual yang dijalankan dapat mengukur prestasi dan motivasi mereka dalam menyambung
huruf Jawi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid dapat menyambung huruf Jawi dengan
betul dan bermotivasi. Adalah diharapkan penggunaan kaedah AVU ZAR ZAD dapat
membantu murid-murid lemah yang lain serta meningkatkan motivasi mereka dalam
pelajaran Jawi.
Kata kunci: Kaedah AVU ZAR ZAD, menyambung huruf Jawi, meningkatkan motivasi
ABSTRAK 289
Kajian penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 1
bagi tajuk Solat Dan Waktunya dengan menggunakan kaedah pembelajaran didik hibur.
Subjek kajian adalah seramai 3 orang, yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan seorang
murid perempuan dari tahun 1 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka.
Kajian ini merupakan kajian penyelidikan tindakan yang menggunakan pendekatan gabungan
secara kuantitatif dan kualitatif. Data kajian dikumpul melalui empat jenis instrumen iaitu
ujian diagnostik, ujian pra, ujian pos, dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
berlaku peningkatan peratusan skor markah murid iaitu dari 30% ke 70%. Ini membuktikan
bahawa pendekatan didik hibur dalam PdP Ibadah dapat meningkatkan penguasaan serta
ingatan murid dalam tajuk solat dan waktunya. Kesimpulannya kaedah pembelajaran secara
didik hibur dalam kajian ini dapat memberikan impak yang positif dalam meningkatkan
penguasaan dan ingatan murid dalam tajuk Solat dan Waktunya.
Kata kunci: Didik hibur, Nyanyian, Permainan pancing, Solat dan Waktunya.
ABSTRAK 290
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan dalam kalangan
murid Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) dari aspek menyebut perkataan suku kata
terbuka jawi di SK Merlimau. Kajian ini dijalankan terhadap murid Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) Tahap 2 iaitu untuk murid Permata 4 (Tahun 4). Kaedah Permainan
dilaksanakan untuk melihat keberkesanan pengajaran jawi dengan menggunakan Kaedah
Permainan Kad Suku Kata Jawi Bergambar. Responden terdiri daripada 6 orang murid dari
kelas Permata 4. Data diperolehi dengan menggunakan borang kaji selidik dan analisis
maklumat keputusan pra ujian dan pos ujian. Hasil dapatan kajian ini telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid
menguasai jawi meningkat. Ini berdasarkan kebolehan menyebut perkataan menggunakan
kaedah permainan berdasarkan cantuman kad suku kata jawi bergambar dalam pengajaran.
Kata Kunci: Suku Kata Terbuka Jawi, Sebutan Perkataan Jawi, Kad Jawi Bergambar
ABSTRAK 291
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata
terbuka tertutup jawi murid Tahun 2 melalui kaedah permainan dam berwarna. Responden
kajian ini terdiri daripada 5 orang murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jasin. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan senarai semak. Data dikumpulkan melalui
ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan peratusan markah
responden dalam membaca suku kata terbuka dan tertutup jawi dalam ujian pos melebihi 50
peratus berbanding dalam ujian pra terdapat responden yang mendapat peratusan di bawah 50
peratus. Berdasarkan daripada dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa penggunaan
permainan dam berwarna ini dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata
terbuka dan suku kata tertutup terutama dalam kalangan murid-murid yang lemah bacaan
jawi. Untuk tindakan seterusnya pengkaji berharap permainan dam berwarna ini dapat
diaplikasikan dalam mengajar mata pelajaran yang lain.
Kata kunci: meningkatkan kemahiran membaca, suku kata terbuka tertutup , kaedah belajar
sambil bermain
ABSTRAK 292
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan komik terhadap peningkatan
kemahiran mengingat dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk
mengenal Rukun Fili di dalam Solat Tahun 3 Ibnu Sina. Kajian kuantitatif ini dijalankan
berdasarkan kerangka model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Responden kajian
terdiri daripada 5 orang murid berpencapaian rendah dari kelas tahun 3 Ibnu Sina di Sekolah
Rendah Arab JAIM Selandar. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian, ujian pra
dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif
yang melibatkan kekerapan, peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 5
orang peserta kajian keseluruhannya menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca. Keputusan
ini menunjukkan penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengingat
murid. Dapatan turut menunjukkan peningkatan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran. Dicadangkan agar bahan komik terus diaplikasikan dalam tema atau topik
yang berlainan agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Kata kunci: Rukun Fili Di Dalam Solat, Kaedah Komik Bergambar, Kemahiran Mengingat
ABSTRAK 293
Kajian tindakan ini dijalankan bagi menambah baik amalan pengajaran guru dalam membantu
murid meningkatkan kemahiran mengeja bagi perkataan serapan Bahasa Arab. Responden
terdiri daripada 6 orang murid tahun 2 Amanah yang didapati lemah dalam mengeja jawi.
Berdasarkan hasil tinjauan awal yang dijalankan menunjukkan responden tidak dapat mengeja
jawi dengan betul. Setelah data kajian dikumpulkan melalui instrumen ujian pra,ujian
pos,soal-selidik dan temu bual Kajian ini berbentuk kajian penyelidikan dan pendekatan
kajian adalah secara gabungan kualitatif dan kuantitatif. Bahan bantu mengajar yang
digunakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan kad imbasan
bagi meningkatkan kemahiran mengeja murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlaku
peningkatan nilai min skor ujian daripada 32% kepada 83%. Selepas murid-murid
diperkenalkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan kad imbasan ini.
Kesimpulannya data kajian menunjukkan bahawa penggunaan kad imbasan dapat membantu
meningkatkan kemahiran mengeja perkataan jawi dalam kalangan murid.
Kata kunci: kemahiran mengeja, Kad imbasan, Perkataan Serapan Bahasa Arab
ABSTRAK 294
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid
terhadap huruf jawi tunggal yang sama bentuk melalui teknik nyanyian. Hasil tinjauan awal,
pengkaji mendapati subjek kajian lemah dalam membezakan bentuk dan cara sebutan huruf
jawi tunggal yang sama bentuk. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid tahun 1 di
Sekolah Kebangsaan Peringgit. Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan yang
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data diperolehi melalui kaedah
pemerhatian, senarai semak dan menggunakan instrumen ujian pra dan pos. Dapatan kajian
menunjukkan berlaku peningkatan peratus sebanyak 45% kepada 98 %. Ini membuktikan
bahawa penggunaan teknik nyanyian dapat membantu murid dalam mengenal huruf jawi
tunggal yang sama bentuk. Kesimpulannya teknik ini dapat meningkatkan penguasaan murid
dan menimbulkan minat murid terhadap huruf jawi tunggal yang sama bentuk serta
memudahkan guru dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci: Penguasaan Huruf Jawi Tunggal Sama Bentuk, Teknik Nyanyian.
ABSTRAK 295
Bidang Akhlak merupakan salah satu aspek penting yang terdapat dalam Pendidikan Islam
yang perlu dipelajari oleh setiap murid. Namun, terdapat sebahagian murid yang sering kali
keliru dan tidak dapat mengamalkan akhlak Islamiah yang betul. Oleh hal yang demikian,
kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan akhlak mulia murid tahun 3 dalam
kehidupan seharian dengan menggunakan kaedah grafik banding beza. Kajian ini berbentuk
kualitatif. Kajian ini dilaksanakan ke atas 10 orang murid tahun 3 Bestari SK Pengkalan
Balak, Masjid Tanah, Melaka. Terdiri dari 5 lelaki dan 5 perempuan. Kajian ini telah
dijalankan selama 4 minggu. Tiga instrumen telah digunakan bagi menganalisis dapatan
kajian iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian berstruktur dan soal selidik. Hasil analisis dapatan
kajian pengkaji mendapati berlaku peningkatan ketara selepas intervensi dilaksanakan iaitu,
keseluruhan subjek kajian memperoleh markah lebih 80% dalam ujian pos berbanding ujian
pra. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah grafik banding beza mampu menjadi alat
amalan berfikir seterusnya berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam mengaplikasikan
akhlak mulia dalam kehidupan dengan betul.
ABSTRAK 296
Tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat rukun
solat mengikut tertib menggunakan kaedah nyanyian lagu Jom Solat bagi murid Tahun 4
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Seramai 5 orang responden telah dipilih dari
sebuah sekolah rendah yang terletak di Kesang Tua, Jasin, Melaka. Untuk meningkatkan
kemahiran mengingat rukun solat, kaedah nyanyian telah digunakan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan bagi
mendapatkan data untuk menjawab soalan kajian yang dikemukakan. Berdasarkan keputusan
yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca, peratusan peningkatan skor yang diterima
oleh responden telah meningkat dan mencecah 72.5% peningkatan maksimum. Di samping
itu, dapatan kajian melalui temu bual dan pemerhatian menunjukkan penguasaan murid dalam
mengingat rukun solat telah meningkat. Murid juga berasa gembira dan berminat dengan sesi
pengajaran yang dijalankan selepas sesi intervensi. Kesimpulannya, pelbagai teknik boleh
diterokai untuk mewujudkan sedikit perubahan dan inovasi terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran.
ABSTRAK 297
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid
dalam aspek membaca dan menyebut perkataan suku kata terbuka jawi di Sk. Ayer Pa`abas.
Kajian ini dijalankan terhadap murid Tahun 3. Peserta kajian terdiri daripada 2 lelaki dan 2
perempuan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat keberkesanan
pengajaran jawi dengan menggunakan kaedah ICT seperti perisian paparan elektronik (power
point). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian awal dan akhir serta soal
selidik. Ujian awal akhir dilaksanakan adalah untuk melihat adakah terdapat peningkatan
dalam sebutan jawi peserta kajian. Soal selidik dijalankan adalah untuk melihat persepsi
murid terhadap kelas pengajaran pembelajaran jawi berbantukan komputer. Dapatan kajian ini
telah dianalisis dan dipersembahkan dalam jadual dan graf. Hasil kajian menunjukkan bahawa
tahap pencapaian peserta kajian dalam aspek membaca dan menyebut perkataan suku kata
terbuka jawi adalah meningkat setelah menggunakan kaedah ICT dalam pengajaran.
ABSTRAK 298
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 1 membaca huruf-huruf
mad bersambung yang diwarnakan dengan menggunakan kaedah iqra. Kajian ini
dilakukan di sebuah sekolah kawasan Merlimau,Melaka terhadap lima orang murid gemilang
yang tidak menguasai bacaan huruf bersambung dengan huruf mad. Tinjauan awal melalui
soal selidik ,buku latihan dan ujian-ujian yang dilakukan terhadap murid, pengkaji mendapati
seramai 5 orang murid kelas ini tidak dapat menguasai bacaan huruf bersambung dengan
huruf mad .Merujuk kepada beberapa kajian terdahulu pengkaji dapati penggunaan huruf mad
berwarna pada umumnya dapat membantu memberi kesan baik terhadap penguasaan bacaan
kalimah yang mengandungi huruf mad bagi murid-murid yang belum menguasainya .Untuk
itu pengkaji telah menjalankan rawatan dengan menerangkan huruf hijaiyyah yang
bersambung dengan huruf berwarna dibaca dengan bacaan mad. Kajian ini mendapati 3 orang
murid dapat menguasai kemahiran tersebut selepas proses rawatan pertama. Manakala 2
orang murid lagi dapat menguasai kemahiran tersebut selepas proses rawatan kedua. Pengkaji
mendapati kaedah ini dapat membantu murid menguasai bacaan huruf bersambung dengan
huruf mad. Cadangan kajian akan datang moga kaedah ini dapat disampaikan dalam bentuk
buku agar dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain dan digunakan kaedah ini dari tahun satu
hingga tahun enam.
ABSTRAK 299
Masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi sering berlaku pada masa kini.
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid mempertingkatkan kemahiran membaca
perkataan berimbuhan awalan dengan menggunakan Modul Celik Jawi. Responden terdiri
daripada 5 orang murid di Sekolah Rendah Arab JAIM Selandar, Melaka. Pemilihan
responden adalah berdasarkan murid yang lemah sahaja. Instrumen yang digunakan ialah
pemerhatian, temu bual , ujian pra dan pos serta menggunakan borang senarai semak untuk
mengumpul data. Data yang diperoleh melalui instrumen kajian menunjukkan terdapat
peningkatan prestasi dalam pembacaan perkataan berimbuhan awalan setelah mengaplikasi
Modul Celik Jawi. Markah responden meningkat dari min 19% ketika ujian pra kepada min
94 % pada ujian Pasca. Analisis temu bual mendapati responden mempamerkan peningkatan
minat mempelajari subjek Jawi ini dan mengakui Modul Celik Jawi membantu mereka
membaca perkataan berimbuhan awalan dengan betul. Justeru , harapan pengkaji agar kajian
ini diteliti pihak berkaitan agar mata pelajaran Jawi ini mendapat tempat dalam jiwa generasi
baru.
ABSTRAK 300
Kajian ini dilaksanakan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan bacaan tahiyat akhir
di kalangan murid-murid tahun empat di salah sebuah sekolah di kawasan Tanjung, Melaka.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah penguasaan murid dalam mengingati
bacaan tahiyat akhir, menguasai bacaan tersebut dengan lancar serta mengenal pasti tahap
minat murid dalam mengingati bacaan tahiyat akhir. Tinjauan awal telah dijalankan melalui
kaedah tasmik serta latihan bertulis di dapati murid tidak menguasai bacaan tahiyat akhir
dengan baik serta di tahap membimbangkan. Seramai lima peserta kajian telah dikenal pasti,
terdiri daripada tiga lelaki dan dua orang perempuan. Sebanyak empat sesi intervensi
dijalankan dalam tempoh empat minggu dengan menggunakan Kaedah Chunking. Melalui
tasmik, ujian pra dan ujian pos serta temu bual di dapati tahap penguasaan murid terhadap
bacaan tahiyat akhir meningkat. Seramai tiga daripada lima peserta berjaya menguasai bacaan
tahiyat akhir dengan baik dan lancar. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Kaedah
Chunking ini amat berkesan dan sangat membantu dalam meningkatkan penguasaan dan
kemahiran menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dan juga hafazan Al-Quran.
ABSTRAK 301
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
menyebut dan membezakan perkara Rukun Qauli dan Rukun Fili melalui pembelajaran
berbantukan kaedah permainan Teng-teng. Kajian ini melibatkan murid lemah Tahun 4 Elit.
Tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan ujian awal menunjukkan bahawa murid-
murid keliru antara perkara Rukun Qauli dan Rukun Fili. Murid-murid juga sukar untuk
menyebut dan membezakan antara perkara Rukun Qauli dan Rukun Fili. Responden kajian
ini terdiri daripada 8 orang murid tahun 4 Elit Sekolah Kebangsaan Malim. Data yang telah
dikumpul dan dianalisis dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Dapatan menunjukkan dalam
ujian 1 peserta kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 14% sehingga 28%. Manakala
dalam ujian akhir pula 2 pula, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan 28% sehingga
40 %. Permainan Teng teng ini telah digunakan untuk membantu murid-murid lemah ini
untuk menyebut dan membezakan antara perkara Rukun Qauli dan Rukun Fili. Permainan
Teng-teng ini menarik minat murid dan terbukti dapat meningkatkan kemahiran menyebut
dan membezakan perkara Rukun Qauli dan Rukun Fili.
ABSTRAK 302
Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Bidang
Ibadah adalah antara bidang terpenting di dalam mata pelajaran ini. Walaubagaimanapun,
terdapat ramai murid yang masih lemah dalam penguasaan Ibadah. Kajian tindakan ini
dilaksanakan bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan nota pintar dalam mengatasi
masalah subjek kajian yang tidak dapat mengingat bacaan doa qunut bagi murid Tahun 3.
Nota pintar ini melibatkan penggunaan teknik latih tubi membaca doa qunut dan
menghafalnya. Seramai 6 orang subjek kajian di salah sebuah sekolah dalam daerah Alor
Gajah digunakan dalam kajian ini.Pendekatan kajian secara kualitatif digunakan bagi
mengumpulkan data.Instrumen kajian berdasarkan ujian diagnostik, pemerhatian, ujian pra
dan ujian pasca.Dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian subjek kajian
telah menunjukkan peningkatan setelah intervensi dilaksanakan. Secara
keseluruhannya,teknik ini berkesan dalam membantu subjek kajian meningkatkan ingatan
mereka terhadap bacaan Doa Qunut. Sehubungan itu, disarankan agar pengkaji seterusnya
dapat mengaplikasikan teknik ini ke atas subjek kajian yang memerlukan aktiviti pemulihan
kerana teknik ini sangat berkesan dalam membantu murid berprestasi rendah untuk
meningkatkan kemahiran mengingat Doa Qunut.
Kata kunci: Teknik latih tubi, nota pintar, keberkesanan, peningkatan, pemulihan
ABSTRAK 303
Kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah ditingkatkan lagi keupayaanya
kepada yang lebih moden iaitu menggunakan kaedah i- THINK. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan
projek i-THINK untuk mencapai matlamat mengekalkan daya saing di peringkat dunia,
Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh
inovasi. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan
kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani
cabaran pada masa akan datang.Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan
kefahaman murid dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam bagi tajuk Hukum dan
Larangan Allah dengan menggunakan kaedah i- think. Kajian ini telah dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi, Melaka dengan melibatkan 6 orang responden dari kelas 3
Arif. Pemerhatian awal mendapati murid-murid tidak menunjukkan minat terhadap
pengajaran guru dengan bersembang dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ujian sebelum
intervensi juga mendapati kefahaman murid berada pada tahap sederhana. Oleh itu, saya telah
menggunakan Kaedah i- think ini berpandukan kepada minat dan kebolehan semula jadi
murid dengan menekankan kepada penggunaan serta aktiviti melukis dan mewarna dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada senarai semak pemerhatian turut memberikan
respon yang amat positif selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, penggunaan kaedah i-
think ini ternyata telah membantu meningkatkan minat dan kefahaman murid.
ABSTRAK 304
Kaedah 2T merupakan kaedah yang seringkali digunakan di dalam mata pelajaran Tilawah
Al-Quran iaitu kaedah tikrar dan tasmik. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
membaiki amalan guru dengan cara menggunakan kaedah 2T bagi meningkatkan hafazan dan
amalan bacaan tahiyyat akhir murid tahun 2. Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah murid
tahun 2 di sebuah sekolah rendah di Melaka. Data bagi kajian ini dikumpul melalui
pemerhatian dan temu bual. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
borang diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Semua data dianalisis dan diinterpretasi daripada
pelbagai kaedah pengumpulan data untuk membuat kesimpulan. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan kaedah ini sesuai digunakan kerana dapat meningkatkan hafazan dan amalan
bacaan tahiyyat akhir murid.Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan
kaedah 2T dalam kajian tindakan ini dapat meningkatkan hafazan dan amalan murid dalam
bacaan tahiyyat akhir. Kajian ini juga boleh dilaksanakan di sekolah agama petang, kelas
pemulihan J-Qaf dan digunakan oleh mata pelajaran lain.
Kata kunci: kaedah 2T, bacaan tahiyyat akhir, hafazan dan amalan
ABSTRAK 305
Latipah bt Md Yunos
Mohd Ibrohim bin Md Taha
Pelajaran Jawi merupakan salah satu bidang utama dalam mata pelajaran pendidikan
Islam.Fokus kajian ini adalah mengenai murid yang mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran menyebut dengan betul huruf tunggal jawi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penggunaan kaedah Dadu huruf dalam
membantu menguasai mengenal dan menyebut huruf . Terdapat
tiga kemahiran yang dikaji untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf
iaitu Kemahiran Menyebut, Kemahiran Mengenal Pasti dan Kemahiran Membanding
Beza.Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid aliran kelas Arus Perdana.Data telah
dikutip melalui ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian.Dapatan daripada analisis data pasca
menunjukkan subjek menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf tunggal jawi
dengan tepat.Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah dadu huruf dapat
membina pengetahuan sedia ada murid seterusnya disimpan sebagai ingatan jangka
panjang.Rumusannya, kaedah ini sangat berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan
murid dalam mengenal dan menyebut huruf melalui penggunaan kaedah dadu huruf.
Kata kunci: Kaedah Permainan, Dadu huruf, kemahiran mengenal dan menyebut
ABSTRAK 306
Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang
ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya
membaca dan memahami formula atau fakta tertentu. Kajian dibuat selepas timbulnya
masalah penguasaan murid dalam menghafaz surah-surah tertentu. Mereka menganggapnya
satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka dapat menguasai surah-surah lazim
yang mana ayat-ayatnya pendek serta sering dibaca dalam kehidupan seharian mereka.Akan
tetapi, apabila menghafaz surah-surah yang ayatnya agak panjang sedikit menjadikan mereka
kurang berminat untuk menghafaz. Ini menyebabkan ramai murid tidak boleh menguasai
hafazan Al Quran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Pemilihan 2 kaedah
iaitu, teknik Chunking dan teknik Tikrar digunakan dalam meningkatkan penguasaan
murid dalam hafazan Al Quran.Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan
murid dalam mata pelajaran hafazan Al-Quran.Responden kajian ini adalah terdiri daripada 5
orang murid yang tidak dapat menguasai hafazan surah tersebut. Instrumen kajian adalah
rekod tasmik, set ujian diagnostik, borang soal selidik, set ujian pra dan ujian pasca. Dapatan
yang diperolehi melalui kedua-dua teknik ini didapati peningkatan 90% murid yang lemah
tersebut dapat menghafaz ayat tersebut dengan baik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
teknik Chunking dan teknik Tikrar bersesuaian dengan keperluan belajar murid serta
berkesan kerana dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menghafaz Al-
Quran. Sehubungan itu, kajian lanjutan dicadangkan agar teknik Chunking dan teknik
Tikrar diteruskan dan ditambah baik dengan mempelbagaikan bahan bantu selain daripada
slide power point boleh juga digunakan kad potong ayat, kertas majung, carta berwarna dan
sebagainya. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mata pelajaran yang lain yang
memerlukan untuk menghafaz seperti ibadah, sirah akhlak dan sebagainya. Ianya juga boleh
diaplikasikan oleh murid-murid pra sekolah dan aliran perdana.Rumusannya, kajian ini sangat
berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menghafaz Al Quran.
Kata kunci: Teknik Chunking Dan Teknik Tikrar Penguasaan Kemahiran Menghafaz
Al quran, Kaedah Soal Selidik, Rekod Tasmik, Ujian Diagnostik, Ujian Pra dan Ujian Pasca.
ABSTRAK 307
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah 3T dapat membezakan sebutan
huruf-huruf hijaiyyah yang hampir sama terutama dalam pembacaan al-Quran .Kaedah ini
diinspirasi dan diinovasi daripada carta alir yang melibatkan tiga elemen iaitu Talaqi
Musyafahah, Tikrar dan Tasmi.Kajian ini melibatkan sebuah sekolah dalam daerah Segamat
yang mana Instrumen kajian seperti pemerhatian, ujian pra, pasca dan soal selidik digunakan
bagi mengumpulkan data untuk mendapatkan maklumat daripada 4 sampel yang dipilih.
Pengkaji menggunakan instrumen ujian bagi mengukur peningkatan kemahiran membaca al-
Quran iaitu menyebut makhraj huruf dengan betul dan mudah dalam bacaan surah al-
Zalzalah menggunakan Kaedah 3 T. Berdasarkan penilaian pengkaji, ke semua sampel
memberi respon yang positif dan sangat baik impak dari instrument yang telah dilaksanakan
ke atas mereka. HasiL dapatan Kaedah 3Tini telah berjaya membantu sampel untuk
menyebut makhraj huruf dengan betul dalam surahal- Zalzalah berbanding dengan pencapaian
mereka sebelum ini.
ABSTRAK 308
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk
sunat Abadh. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian
ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam mengenai masalah tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai
penggunaan Teknik Akronim dalam merangsang murid yang lemah untuk menguasai perkara-
perkara sunat Abadh. Oleh itu, kajian tindakan dijalankan bertujuan meningkatkan
kemahiran mengingat perkara sunat abad dalam kalangan murid tahun 5 menggunakan
Teknik Akronim.Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan yang dipilih melalui ujian diagnostik.Instrumen ujian, analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual telah digunakan bagi pengumpulan data.Data kualitatif telah
dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan Teknik Akronim dapat membantu semua peserta kajian meningkatkan kemahiran
mengingat perkara sunat abad. Antara kekuatan penggunaan Teknik Akronim ini dapat
memudahkan murid untuk menghafaz perkara-perkara yang terdapat dalam sunat abadh dan
ia juga boleh diaplikasikan di dalam mana-mana subjek yang memerlukan daya ingatan
penghafalan seperti menghafal sifir untuk subjek Matematik dan nama-nama mikroorganisma
dalam subjek Sains.
ABSTRAK 309
Fokus kajian ini adalah mengenai murid yang mempunyai masalah dalam tulisan dan
menguasai kemahiran mengenal huruf Jawi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan murid dalam penggunaan Kaedah Pengajaran Seni Kolaj dalam
membantu murid menguasai kemahiran mengenal huruf Jawi dan . Terdapat tiga
kemahiran yang dikaji untuk mengenal huruf iaitu Kemahiran Menulis, Kemahiran Menyurih
(Tracing) dan Kemahiran Menampal Huruf Jawi. Subjek kajian terdiri daripada lima orang
murid Tahun 1 yang mempunyai masalah dalam kemahiran mengenal huruf Jawi yang sangat
lemah. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan senarai semak manakala instrumen lain
yang turut digunakan adalah pengujian, pemerhatian dan temu bual. Dapatan daripada analisis
data pasca menunjukkan subjek telah menunjukkan tahap penguasaan mengenal huruf Jawi
yang memberangsangkan selepas menggunakan kaedah pengajaran seni kolaj. Dapatan juga
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran seni kolaj ini bukan sahaja dapat menarik minat
subjek, malah ia juga dapat membantu subjek meningkatkan kemahiran motor halusnya dan
boleh mengekalkannya sebagai ingatan jangka panjang. Rumusannya, kaedah ini sangat
berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengenal huruf
Jawi melalui penggunaan Kaedah Pengajaran Seni Kolaj.
Kata Kunci: Kaedah Pengajaran Seni Kolaj, Kemahiran Menyurih (Tracing), Kemahiran
Menampal Huruf
ABSTRAK 310
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
penggunaan kaedah membaca secara latih tubi menggunakan Kad Bacaan Berwarna dalam
penulisan suku kata terbuka dan tertutup dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan
menyebut suku kata jawi dengan betul seterusnya membaca jawi dengan lancar dan dapat
dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.Seramai 6 orang murid yang terdiri 3 orang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan di SJK Li Chi telah dipilih sebagai sampel
kajian.Hasil tinjauan mendapati murid tidak boleh membaca tulisan jawi dengan lancar dan
ada yang tidak boleh membunyikan suku kata langsung serta menunjukkan sikap kurang
minat terhadap subjek Jawi.Obkjektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti
pencapaian murid sebelum dan selepas kaedah latih tubi dengan penggunaan kad Bacaan
Berwarna dijalankan. Dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup, mengeja dan
menyebut suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan dapat membaca perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul. Pelbagai kaedah penyelidikan
telah digunakan sepanjang tempoh kajian termasuklah secara temubual, ujian pra dan ujian
pos, secara bacaan lisan dan bertulis. Mereka telah diberi satu modul pengajaran yang dibina
khusus berdasarkan Sukatan Pelajaran dan suku kata yang dipelajari untuk tahun 3.Antara
aktiviti-aktivit yang dijalankan dalam kajian ini ialah aktiviti eja dan baca yang memberikan
pendedahan semula kepada pembentukan suku kata serta menggunakan kaedah latih tubi
kemahiran yang diajar dengan lebih konsisten. Selain daripada itu, proses pemerhatian juga
dibuat terhadap respondan yang terlibat sepanjang proses kajian berlangsung. Dapatan kajian
ini akan dianalisis bagi mendapatkan keputusan sejauh manakah kejayaan kaedah yang
dijalankan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid selepas semua proses kajian
dijalankan. Diharapkan kajian ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam meningkatkan
peratus murid yang boleh membaca tulisan jawi dengan lancar.
ABSTRAK 311
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana penggunaan Teknik Garisan Warna
Berperingkat membantu meningkatkan amalan pengajaran guru di samping membantu
memperbaiki kekemasan tulisan murid dalam menulis huruf jawi di sebuah sekolah rendah di
Melaka. Murid dipilih berdasarkan kepada tulisan yang tidak kemas. Kaedah pengumpulan
data terdiri daripada temu bual, analisis dokumen dan ujian. Penggunaan Teknik Garisan
Warna Berperingkat dilaksanakan dalam tiga peringkat menggunakan set garisan yang
berbeza pada setiap peringkat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Teknik
Garisan Warna Berperingkat ini berjaya membantu guru meningkatkan amalan pengajaran
guru dalam menerapkan kemahiran menulis huruf tunggal jawi di samping membantu murid
menulis dengan lebih kemas.
ABSTRAK 312
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menangani masalah bacaan tilawah al-Quran murid
tahun 5 Usman dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dengan menggunakan kaedah
Al-Matien.Kaedah ini adalah gabungan dua kaedah iaitu gabungan kaedah baru dan
lama.Kaedah pengajarannya yang pertama mengenal huruf hijaiyah dahulu.Kemudian yang
kedua guna kaedah seperti iqra' untuk huruf berbaris tidak perlu eja cuma ajar bunyi
sahaja.Kaedah al-Matien ini melibatkan kaedah talaqqi musyafahah membaca surah Talaqqi
musyafahah membaca surah Taha bagi murid tahun 5 Usman.Sampel kajian ini melibatkan 4
orang murid di salah sebuah sekolah dalam daerah Melaka Tengah.Pendekatan secara
kualitatif digunakan bagi mengumpul data.Instrument kajian berdasarkan ujian diagnostik
pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca.Dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian subjek
kajian dalam ujian pengesanan telah menunjukkan peningkatan setelah intervensi
dilaksanakan.Secara keseluruhan teknik ini berkesan dalam membantu subjek kajian dalam
meningkatkan penguasaan mereka dalam membaca al-Quran.Sehubungan itu disarankan agar
kaedah ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran tilawah al-Quran khususnya bagi murid yang
lemah dalam bacaan al-Quran.
ABSTRAK 313
Fokus kajian ini adalah mengenai murid yang mempunyai masalah untuk berwuduk dengan
betul.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat cara-cara
berwuduk mengikut urutan yang betul dengan menggunakan kaedah nyanyian.Subjek kajian
terdiri daripada 5 orang murid tahun satu yang mempunyai masalah dalam mengingat cara-
cara berwuduk mengikut urutan yang betul. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan
instrumen ujian, pemerhatian, dan senarai semak. Dapatan daripada analisis pasca, subjek
kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengingat cara-cara berwuduk
mengikut urutan yang betul. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah
nyanyian dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid-murid seterusnya disimpan dalam
ingatan jangka panjang. Rumusannya, kaedah ini sangat berkesan dalam meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam mengingat cara-cara berwuduk dengan mengikut urutan yang betul
melalui kaedah nyanyian.
Kata Kunci: Kaedah Nyanyian, Murid Tahun Satu, Kemahiran Mengingat, Pemerhatian,
Senarai Semak, Ujian pra dan Pasca.
ABSTRAK 314
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengaplikasikan hukum Mad
Asli dengan tepat semasa membaca surah Al-Bayyinah. Hasil tinjauan awal menunjukkan
bahawa kebanyakkan murid dapat menyatakan hukum Mad Asli secara teori semata-mata dan
lemah dari aspek praktikal. Di dalam pendekatan ini, huruf-huruf mad diwarnakan dengan
warna merah bagi membantu murid-murid mengenal pasti hukum Mad Asli yang terdapat di
dalam kalimah. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun lima di sebuah
sekolah di Segamat, Johor. Instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah ujian
lisan,ujian bertulis, temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Data yang telah dikumpul
dianalisis secara statistik diskriptif. Daptan kajian menunjukkan pencapaian positif peserta
kajian dalam membaca kalimah yang mengandungi hukum Mad Asli dengan tepat. Kajian ini
turut membantu mengubah amalan pengajaran saya dan seterusnya membantu memupuk
minat murid terhadap aktiviti membaca Al-Quran. Untuk menjalankan kajian lanjutan, saya
Kata kunci: huruf-huruf Mad, Hukum Mad Asli, elemen warna, surah Al-Bayyinah
ABSTRAK 315
Murid-murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1 sering berhadapan masalah tidak
mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Mereka
tidak kenal tujuh huruf penting sebagai kunci untuk menyambung huruf-huruf dengan betul
iaitu huruf ALIF, VA, WAU, ZAI, RO, ZAL dan DAL yang diringkaskan (akronim) menjadi
AVU ZAR ZAD. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mencari suatu pendekatan terbaik dengan
menggunakan formula paling mudah iaitu melalui kaedah AVU ZAR ZAD bagi membantu
murid menyambung serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh
disambung. Kajian tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Melaka
Tengah, Melaka dan ke atas murid-murid tahun 3 yang lemah dalam menyambung huruf-
huruf tunggal jawi, dengan menggunakan latihan, ujian, pemerhatian serta temu bual.dapatan
menunjukkan berlaku peningkatan prestasi selepas murid-murid ini diperkenalkan dengan
penggunaan kaedah AVU ZAR ZAD ini.
Kata kunci: inovasi, kaedah AVU ZAR ZAD, menyambung huruf jawi.
ABSTRAK 316
Roszeta bt Md Nor
Maimun binti Abd Aziz
Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk
menghafal banyak fakta, istilah dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati
citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang
maksimun. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzik dan
nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedah dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 4
Cerdik bagi tajuk 13 perkara Rukun Solat serta memastikan murid melaksanakan solat
dengan betul dan sempurna. Rekabentuk adalah secara kualitatif dan kuantitatif.Seramai 5
orang murid Tahun 4 Cerdik di salah sebuah sekolah di daerah Segamat, telah dipilih sebagai
subjek kajian ini.Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra, Ujian Pos, pemerhatian, soal
selidik serta temubual.Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu
dari 38.4% kepada 92.3%. Berdasarkan analisis borang pemerhatian dan soal selidik,
penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berupaya
meningkatkan minat untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian
berjaya membantu murid mengingat 13 Perkara Rukun Solat Secara Tertib.
ABSTRAK 317
Fokus kajian ini adalah mengenai murid yang mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran menyebut Huruf Hijaiyah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
tahap penguasaan murid dalam penggunaan teknik Latihtubi dalam membantu murid
menyebut huruf Sad, Thad, Tha Dan Za.Terdapat dua kemahiran yang dikaji dalam mengenal
huruf iaitu kemahiran lisan dan kemahiran menunjukkan huruf. Subjek kajian terdiri daripada
lima orang murid pemulihan J-Qaf yang mempunyai masalah dalam kemahiran menyebut
huruf yang sangat lemah. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan senarai semak
manakala instrumen lain yang turut digunakan adalah pemerhatian dan temubual. Dapatan
daripada analisis data pasca menunjukkan subjek kajian telah menunjukkan tahap mengenal
huruf yang sangat memberangsangkan selepas menggunakan teknik Latihtubi.Dapatan juga
menunjukkan bahawa pelaksanaan Teknik Latihtubi dapat membina pengetahuan sedia ada
murid seterusnya disimpan sebagai ingatan jangka panjang. Rumusannya, kaedah ini sangat
berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan murid pemulihan J-Qaf bermasalah
pembelajaran dalam kemahiran menyebut huruf hijaiyah melalui penggunaan teknik
Latihtubi.
Kata kunci: Teknik Latihtubi, Pemerhatian, Temubual, Ujian Pos Dan Pasca, Huruf
Hijaiyah
ABSTRAK 318
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedahSin-
Pearl dalam meningkatkan kemahiran subjek kajin membentuk huruf Sin dan Syin.
Penyelidikan ini dijalankan dalam bentuk kajian tindakan.Membentuk huruf jawi dengan
betul merupakan perkara yang sangat penting dalam penulisan.Untuk mengatasi masalah
tersebut, saya mencadangkan dengan mengambil pendekatan menggunakan kaedah Sin-
Pearl.Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di
daerah Segamat.Data dikumpul melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.Hasil
kajian menunjukkan guru menyatakan kaedah Sin-Pearl membantu mereka menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan kepada murid.Selain itu subjek kajian lebih
berminat, bermotivasi terhadap pelajaran Jawi. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang
telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawat atau sesiapa saja yang berminat
membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Selain itu, dapat dirumuskan
kajian tindakan bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap
kreativiti dan inovasi guru.
ABSTRAK 319
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan penggunaan alat bantu Qalamiy
mengatasi masalah kemahiran menulis huruf murid bermasalah pembelajaran. Hanya
seorang responden yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis huruf . Kaedah
latih tubi turut diterapkan dalam penggunaan alat bantu Qalamiy ini. Kajian telah dijalankan
di salah sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Tinjauan awal mendapati murid tersebut
lemah dalam kemahiran menulis huruf jawi . Pengkaji telah mengambil inisiatif untuk
mengatasi masalah menulis huruf yang dihadapi oleh peserta kajian. Kajian ini
merupakan salah satu cara bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menulis huruf
jawi pada masa akan datang. Hal ini kerana kemahiran menulis merupakan asas yang sangat
penting dan akan digunakan untuk semua mata pelajaran. Pengumpulan data dalam kajian
tindakan ini adalah melalui ujian pra, pemerhatian dan ujian pasca. Data-data yang diperolehi
telah dianalisis dan dihuraikan secara terperinci. Terdapat empat aktiviti yang telah
dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Data-data yang diperolehi mendapati bahawa
intervensi yang dilaksanakan telah membolehkan murid memperbaiki tahap kemahiran
menulis huruf . Dapatan perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan subjek kajian dalam kemahiran menulis huruf menggunakan alat bantu
Qalamiy. Hal ini menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan berkesan kerana subjek
kajian menunjukkan perubahan yang positif apabila boleh menulis huruf jawi dengan
betul. Rumusannya, kajian ini berkesan dalam mengatasi masalah murid menulis huruf
melalui penggunaan alat bantu Qalamiy.
Kata kunci: Penggunaan Alat Bantu Qalamiy, Kemahiran Menulis huruf , Murid
Bermasalah Pembelajaran.
ABSTRAK 320
Kajian Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid untuk
mengenal huruf-huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung di dalam
penulisan jawi. Kajian ini telah saya jalankan terhadap 5 orang murid Tahun 2 Gigih.Tinjauan
awal dilakukan melalui pemerhatian,soal jawab,soal selidik,latihan bertulis dan ujian pra.
Hasil dapatan awal menunjukkan murid-murid ini tidak boleh menyambung huruf kerana
agak sukar untuk membezakan huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh
disambung selepasnya. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian telah dibuat untuk
memudahkan murid mengingat huruf-huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung dengan menggunakan kad huruf sombong dan mesra mengikut warna.Murid
diberi bimbingan selama 2 minggu.Terdapat peningkatan melalui kaedah ini. Hasil ujian pos
didapati ada berlaku peningkatan kemahiran penguasaan murid mengenal huruf dan prestasi
murid semakin baik. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita
mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka.Amalan penyelidikan untuk
mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah
pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.
Kata kunci: Mengenal huruf jawi. Kad huruf sombong dan mesra.
ABSTRAK 321
Fokus kajian ini adalah untuk memperbaiki hafazan bacaan tahiyat akhir. Kajian tindakan ini
di laksanakan bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah Chunking dalam mengatasi
masalah subjek kajian yang tidak dapat menghafaz bacaan tahiyat akhir dengan betul.
Kaedah Chunking ialah pemisahan daripada ayat yang panjang menjadi ayat yang pendek
dihafal oleh murid, kemudian dicantumkan menjadi ayat yang panjang. Pendekatan kajian
secara kuantitatif bagi mengumpul data. Seramai 6 orang subjek kajian murid tahun dua di
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Melaka. Instrumen kajian berdasarkan ujian pra,
ujian hafazan individu, ujian pasca dan soal selidik.Dapatan daripada analisis data pasca
menunjukkan peningkatan yang positif.Subjek kajian telah menunjukkan tahap penguasaan
hafazan tahiyat daripada 6 subjek kajian hanya 1 subjek kajian yang masih belum menghafaz
dengan lancar.Soal selidik yang dijalankan menunjukkan majoriti sampel bersetuju bahawa
kaedah Chunking telah membantu mereka untuk menghafaz bacaan tahiyat akhir dengan
betul. Rumusannnya, kaedah Chunking terbukti telah berjaya membantu subjek kajian
dalam menghafaz bacaan tahiyat akhir dengan lancar. Saya mencadangkan agar pengkaji pada
masa akan datang memberikan hadiah pada subjek kajian yang dapat menghafaz tahiyat akhir
dengan lancar.
ABSTRAK 322
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan teknik 1S1W dalam meningkatkan
penguasaaan bacaan tulisan jawi dua suku kata tertutup tertutup dengan betul. 1S1W adalah
inovasi penggunaan warna berbeza bagi setiap suku kata dalam perkataan dua suku kata
tertutup tertutup dalam bentuk tulisan di powerpoint, kad imbasan, tulisan di papan tulis dan
juga pada lembaran kerja .Seramai 8 orang murid tahun dua dari sekolah rendah di Melaka
telah terlibat sebagai sampel kajian .Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian
pos, senarai semak dan pemerhatian. Pendekatan kajian ini dibuat secara kualitatif bagi
mengumpul data. Semua instrumen kajian menunjukkan peningkatan positif dalam
perkembangan penggunaan 1S1W dan menunjukkan peningkatan markah selepas beberapa
intervensi dilaksanakan. Keseluruhannya, 1S1W terbukti berjaya membantu sampel untuk
meningkatkan penguasaaan bacaan tulisan jawi dua suku kata tertutup dengan betul dan
berkesan.
ABSTRAK 323
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi tunggal sod
dan tho dengan betul menggunakan kaedah Al-Asabi Al-Ibdaiyyah ke atas enam orang
murid pra sekolah di salah sebuah sekolah dalam daerah Kluang di negeri Johor. Terdapat 3
aktiviti dijalankan dalam kajian ini.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.Data yang
dikumpulkan ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan
analisis dokumen.Tiga jenis instrumen yang digunakan ialah seperti senarai semak, soalan
temubual dan dokumen bertulis.Data yang dikumpul dianalisis melalui senarai semak dan
analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati kemahiran menulis huruf jawi tunggalsod
dan tho meningkat. Seorang subjek kajian yang tidak boleh menulis telah mampu menulis
huruf walaupun dengan cara yang salah. 4 orang subjek kajian boleh menulis huruf jawi
tunggal sod dan tho dengan betul. Manakala seorang lagi menulis huruf jawi tunggal tho
dengan cara yang salah. Pada keseluruhannya dapat dirumuskan penggunaan kaedah Al-
Asabi Al-Ibdaiyyah dalam kajian ini memberi kesan positif dan meningkatkan kemahiran
menulis huruf jawi tunggal sod dan tho.
ABSTRAK 324
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengenal hukum Idgham Maal Ghunnah.
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Kampung Sepinang, Segamat, Johor. Sampel kajian terdiri dari 6 responden yang
dikenal pasti dan gagal mengenal hukum Idgham Maal Ghunnah.Data dikumpul dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual berstuktur, analisis dokumen dan catatan jurnal
refleksi. Penggunaan Penunjuk Berinformasi telah digunakan ke atas responden dipilih dari
pelbagai tahap penguasaan iaitu lemah dan sederhana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah Penunjuk Berinformasi dapat membantu meningkatkan penguasaan murid untuk
mengenal Hukum Idgham Maal Ghunnah serta meningkatkan pembelajaran murid untuk
belajar hukum tajwid dan seterusnya dapat membantu murid mengenal hukum tajwid yang
lain.
ABSTRAK 325
Penguasaan kemahiran asas tilawah al-Quran seperti baris fathah, kasrah dan dhommah
merupakan satu aspek yang sangat penting bagi setiap murid. Namun masih terdapat
segelintir murid tidak dapat menguasai kemahiran asas tersebut di sebuah sekolah di daerah
Segamat. Kajian ini telah dijalankan ke atas lima orang murid tahun 1. Subjek telah dipilih
berdasarkan ujian diagnostik.kajian ini dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah kemahiran
menyebut dengan menggunakan kad imbasan dan teknik bunga semun. (buka, nganga,
senyum,muncung).di samping meningkatkan motivasi dan minat subjek belajar tilawah.
Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan ujian. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa keupayaan subjek menyebut huruf Hijaiyyah berbaris atas
(fathah), bawah (kasrah) dan hadapan (Dhommah) meningkat selepas rawatan. Implikasi dan
beberapa cadangan telah diberikan.
ABSTRAK 326
Fokus kajian ini bertujuan membantu murid mengingat menggunakan pendekatan didik hibur
disamping membangkitkan keseronokan mereka untuk mempelajari salah satu cabang akidah
dalam Pendidikan Islam. Selain itu kajian ini diharap dapat menjadi kesesuaian dan berkesan
sebagai kaedah mengingat kepada nama-nama malaikat khasnya kepada murid- murid
berkeperluan khas. Kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden seramai 5 orang dari
murid berkeperluan khas Tahun 2 Harapan bagi semasa proses rawatan berlangsung.Pengkaji
menjalankan ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap
responden.Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada semua murid tahun 2 Harapan
untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Ujian pos pula dilaksanakan oleh
pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pos ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana
kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk
yang difokuskan ini. Soal selidik juga diberikan dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK' kepada
murid dimana mereka akan menjawab mengikut kesesuaian mereka. Dapatan dari kajian ini
membuktikan kemasukan aliran musik dalam kemahiran mengingat nama-nama malaikat
meningkatkan peratusan responden yang dapat menghafal nama- nama malaikat. Murid
berjaya melaksanakan ujian pos yang diberi oleh pengkaji dengan peningkatan jawapan betul
berbanding ujian pra. Rumusannya, kajian ini berkesan dalam membantu proses mengingat
maklumat disamping ia menghiburkan murid- murid, lebih- lebih lagi murid- murid
pendidikan khas.
Kata Kunci: didik hibur, nama- nama malaikat, murid bekeperluan khas, ujian pra dan pos,
soal selidik
ABSTRAK 327
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
penggunaan pensel bersaiz besar dalam meningkatkan kemahiran mengenggam pensel dengan
baik semasa menulis bagi peringkat pratulisan di kalangan murid Pendidikan Khas yang
menghadapi masalah Epilepsy dan Diplegic Cerebral Palsy (masalah perkembangan dan
saraf) tahap minima. Kajian ini mengkaji keberkesanan penggunaan pensel bersaiz besar
dalam membantu murid bermasalah saraf memperbaiki kemahiran menggenggam dengan
baik semasa menulis. Saya memfokuskan kepada menggenggam pensel dengan baik dalam
aktiviti pratulisan. Beberapa langkah telah dirancang bagi memastikan murid ini benar-benar
menguasai kemahiran yang dipelajari. Data kajian telah dikumpulkan menggunakan beberapa
instrumen iaitu ujuan pra dan ujian pos. Dapatan kajian setelah menggunakan pensel bersaiz
besar telah dapat memperbaiki kemahiran menggenggam pensel serta menunjukkan
perubahan dalam penulisan pratulisan yang lebih baik dalam kalangan murid cerebral palsy.
Berdasarkan dapatan kajian ini, saya berharap murid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran
menggenggam pensel biasa dengan baik untuk menulis serta dalam meningkatkan aspek
kekemasan tulisan pada masa hadapan.
ABSTRAK 328
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah carta garis tiga
(CAGATI) dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil g,j,p dan y pada
kedudukan yang betul semasa menulis perkataan dalam kalangan murid-murid pendidikan
khas. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah di kawasan Merlimau Melaka.
Tinjauan awal mendapati murid-murid sering kali melakukan kesalahan cara menulis huruf
kecil pada kedudukan yang betul semasa menulis perkataan. Selain itu juga, kajian dijalankan
bagi menambah baik amalan kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dari kelas pendidikan khas. Data
dikumpulkan melalui ujian pra, hasil kerja, pemerhatian, temubual dan ujian pasca. Ujian pra
dan ujian pasca dijalankan untuk menguji dan mendapatkan maklumat tentang pencapaian
murid-murid dalam menulis huruf kecil pada kedudukan yang betul. Hasil analisis data
selepas penggunaan kaedah (CAGATI) selama 6 minggu pekaji mendapati terdapat
peningkatan peratus pada ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah
(CAGATI) berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil g,j,p dan y
pada kedudukan yang betul ketika menulis perkataan. Bagi kajian lanjutan, pengkaji
mencadangkan agar tempoh masa bagi kajian dilanjutkan agar lebih banyak lagi huruf yang
dapat dipraktikkan.
ABSTRAK 329
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk Meningkatkan Penguasaan Menulis Pelajar
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran melalui kaedah ansur maju .Pelajar yang
dipilih adalah seorang pelajar yang dikategorikan sebagai Sindrom down yang mempunyai
masalah untuk menulis berikutan beberapa kelemahan sehingga menyebabkan murid ini tidak
dapat menulis dengan baik dan sempurna .Perancangan kajian memfokuskan kepada
keberkesanan kaedah ansur maju dalam membantu murid ini memperbaiki mutu penulisan
mereka yang melibatkan huruf vocal a,e,i,o dan u sahaja. Pemerhatian awal, saya mendapati
subjek tidak dapat menulis dengan betul disebabkan oleh beberapa faktor
tertentu.Perbincangan awal telah dillakukan melibatkan guru kelas dan guru matapelajaran
subjek bagi menyediakan perancangan yang sistematik dan relevan untuk membantu subjek
memperbaiki kelemahan seterusnya memaksimumkan keupayaan subjek untuk menguasai
kemahiran menulis. Kaedah yang akan digunakan untuk mencapai tujuan ini adalah antara
lainnya melalui pemerhatian, senarai semak, menilai hasil-hasil tulisan subjek melalui buku
tulis dan hasil hasil lain subjek yang melibatkan kemahiran menulis yang boleh dinilai.
ABSTRAK 330
Penulisan merupakan salah satu aspek penting dan tertinggi dalam melahirkan generasi yang
berilmu dan berbahasa. Ini ditegaskan oleh Ann Raimes melalui bukunya Techniques In
Teaching Writing (Raimes, 1983). Murid akan dapat melahirkan pemahaman mereka di
dalam bahasa melalui penulisan. Menulis juga akan dapat membantu guru menilai tahap
pemahaman murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Menyalin semula pernyataan di
papan hitam merupakan salah satu kemahiran menulis.Ia perlu dimiliki oleh murid murid
terutamanya bagi mereka yang belajar di dalam kelas aliran perdana. Mereka perlulah
menyalin dengan pantas nota ataupun latihan yang ditulis guru untuk mengelakkan mereka
ketinggalan daripada rakan rakan yang lain. Justeru, apabila seorang murid mengalami
masalah di dalam kemahiran menyalin, ianya akan mendatangkan masalah kepada diri murid
itu sendiri, rakan rakan dan juga kepada guru. Inilah yang terjadi kepada peserta kajian
saya. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian penggunaan permainan bahasa kejar duster
kejar telah dijalankan ke atas peserta kajian yang mengalami masalah ini. Saya telah
menggunakan teknik ini selama tiga bulan dan hasilnya cukup memuaskan hati semua pihak
terutama sekali peserta kajian itu sendiri.
ABSTRAK 331
Kata kunci: Penggunaan permainan kad tugasan huruf, meningkatkan, mengenal huruf,
menyebut huruf.
ABSTRAK 332
Kajian ini dilakukan untuk mengatasi masalah seorang murid Pendidikan Khas Tingkatan satu
di SMK Ade Putra untuk meningkatkan pinjaman buku di perpustakaan melalui pemberian
token ekonomi. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pinjaman buku di perpustakaan, di
samping meningkatkan penguasaan bacaan peserta kajian. Langkah awal yang saya dapati
ialah peserta kajian kurang berminat meminjam buku berbanding rakan-rakannya di dalam
kelas tersebut. Ini juga merupakan salah satu faktor kelemahan peserta kajian sendiri, dalam
penguasaan membaca dan memahami apa yang dipelajari walaupun berada di kelas insklusif.
Dengan adanya kajian ini juga dapat membantu guru bahasa dalam mengajar di dalam kelas
tersebut. Melalui token ekonomi, peserta kajian dapat meningkatkan pinjaman buku kerana
jumlah buku yang dibaca akan dicatat dan akan diberikan token ekonomi atau ganjaran.
Semakin banyak buku yang dibaca semakin banyak ganjaran yang akan diperolehi. Token
ekonomi diberikan berdasarkan catatan pinjaman murid. Setiap minggu guru akan memeriksa
buku catatan pinjaman yang dikenali sebagai Buku Nilam. Jika ada peningkatan, gambar buah
tembikai akan bertambah, pinjaman satu buku akan mendapat satu gambar buah tembikai.
Setiap minggu akan dikira gambar yang diperolehi dan jika ada peningkatan minggu
berikutnya hadiah akan diberikan. Peserta kajian akan berminat untuk meminjam lebih
banyak buku bagi memperoleh ganjaran itu. Hasilnya peserta kajian mampu untuk bersaing
dengan rakan sekelas dan dapat meningkatkan penguasaan serta keputusan peperiksaan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.
ABSTRAK 333
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan bahan pembelajaran CD interaktif dalam
mengatasi masalah membaca sukukata KV+KV dalam kalangan murid-murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah dalam
kawasan Alor Gajah. Di sekolah ini dilaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi bagi
murid-murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran, memastikan keberkesanan penggunaan bahan pembelajaran
interaktif menggunakan komputer dapat membantu murid-murid pendidikan khas mengeja
dan membaca perkataan dan untuk meningkatkan serta menggalakkan murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran boleh menggunakan bahan pembelajaran interaktif
secara kendiri.
ABSTRAK 334
Kata kunci: kaedah belajar sambil bermain, mengecam nilai nombor dan permainan
matematik.
ABSTRAK 335
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran
terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu
menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu
dikuasai oleh setiap orang murid seawal tabika lagi. Kegagalan menguasai kemahiran
membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka
tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah
diadakan bagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan
sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas, murid-murid kelas pendidikan khas di Sekolah
Kebangsaan Demang Taha, didapati seramai 2 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan
ini. Bagi membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan
data melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagi
mengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah dalam kemahiran
mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan masalah kemahiran
membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu saya begitu
mengharapkan murid-murid ini dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti
sesi pembelajaran di inklusif pendidikan khas.Cadangan pada masa hadapan ialah murid
dapat menguasai kemahiran mengeja dan membaca KV KVK.
ABSTRAK 336
Julitah Bt Minhad
Mohd Israfi B Sayati
Kajian ini dijalankan bertujuan mengatasi kesukaran murid menguasai kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV dan mengubah amalan pengajaran
guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid
Pendidikan Khas tahun 5 bermasalah pembelajaran di Jasin, Melaka. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu menggunakan soal selidik, ujian pos dan ujian pra. Hasil
dapatan ujian pra yang dijalankan didapati murid gemar mengeja suku kata serta lambat dan
kurang lancar dalam pembacaan. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan
petikan, memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis.
Dapatan daripada ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding ujian pra. Program
membaca melalui latih tubi kaedah fonik (suku kata) menggunakan Buku Belajar Membaca
Ekspress-i di dapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan suku
kata KV+KV. Kaedah ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kecekapan
murid membaca perkataan suku kata KV+KVK khususnya bagi murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran.
Kata kunci: latih tubi, kaedah fonik, Buku Belajar Membaca Ekspres-i
ABSTRAK 337
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menambah kepada murid masalah pembelajaran kelas Permata 2.Pelajar yang terlibat ialah
Mohd Ilham Bin Asnor,berumur 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Lesong Batu,Alor
Gajah,Melaka.Tinjauan awal dengan menganalisis hasil kerja dari Ujian Pra,lembaran kerja
dan latihan dalam buku tulis mendapati beliau mengalami kesukaran untuk menambah dari
jumlah asal tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 20.Pengesanan awal terhadap
masalah ini dapat membantu saya menentukan kaedah yang sesuai dan intervensi yang
sesuai.. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang pemerhatian,temu bual dengan guru
lain..Berdasarkan analisa tersebut,pelajar di dapati sukar atau pun tidak dapat menguasai
kemahiran menambah,manakala cara pengajaran guru sukar difahami.Sebagai seorang
guru,saya berasa kecewa melihat prestasi pelajar ini memandangkan beliau sudah berumur 10
tahun dan jika masalah ini tidak diatasi bagaimana beliau menghadapi masa
depannya.Masalah ini juga turut di hadapi oleh rakan saya dari beberapa sekolah berhampiran
yang mengajar kelas bermasalah pembelajaran.Tujuan awal saya ialah untuk mengesan dan
membimbing pelajar ini menguasai kemahiran menambah dan mencari kaedah sesuai untuk
mengatasinya. Bagi menangani masalah tersebut kaedah penggunaan calit digunakan bagi
merangsang kognitif pelajar serta pembelajaran kendiri. Aktiviti intervensi yang dijalankan
adalah menggunakan teknik calit ,tambah calit ,kira semua yang menfokuskan kemahiran
menambah secara pantas bermula dari aras mudah,sederhana dan sukar.Setiap aktiviti
berkesinambungan untuk menguji kemahiran menambah pelajar dalam
penambahan.Perbandingan keputusan menunjukkan adanya penambahbaikan keputusan
perbezaan skor antara Pra Ujian dan Ujian Pasca membuktikan tahap penguasaan murid
bertambah baik.Ini bermakna tindakan inovatif yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan.Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian
ini,saya berasa gembira apabila melihat murid yang agak lemah pencapaiannya berasa
seronok apabila diberi latih latihan diberi dengan bersungguh-sungguh. Saya dapati
sesetengah murid memerlukan pendekatan berbeza dalam mempelajari kemahiran yang
hendak diterapkan dalam pembelajaran.
ABSTRAK 338
Kajian berbentuk diskriptif ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan
kaedah aktiviti berkebun yang melibatkan demonstrasi dan amali dalam meningkatkan
kemahiran murid bermasalah pembelajaran mengenai peralatan perkebunan dan fungsinya
dalam matapelajaran kemahiran hidup asas. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk
melihat persepsi murid terhadap mata pelajaran ini. Kajian telah dijalankan ke atas 2 orang
murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah di Melaka Tengah. Kajian
telah menggunakan instrumen soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data yang diperolehi
dianalisis dalam bentuk peratus.Hasil kajian menunjukkan kaedah aktiviti berkebun yang
ABSTRAK 339
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5
menggunakan kaedah Visual Audio Kinestetik dan Taktil (VAKT) dalam kalangan murid
slow learner. Murid adalah seramai dua orang dari kelas Budiman 6 yang mempunyai
masalah dalam mengenal nombor. Oleh itu murid diperkenalkan dengan kaedah VAKT bagi
membolehkan murid-murid mengenal nombor tersebut. Data dikumpul melalui ujian, analisis
dokumen dan pemerhatian berstruktur. Pemerhatian dengan menggunakan borang senarai
semak telah digunakan sebagai instrumen untuk melihat perkembangan murid semasa
intervensi dijalankan. Manakala analisis dokumen digunakan untuk memberikan latih tubi
kepada murid. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua murid menunjukkan
peningkatan skor yang memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah VAKT sangat berkesan dalam membantu
murid slow learner meningkatkan kemahiran dalam mengenal nombor. Cadangan pengkaji
untuk masa hadapan adalah meningkatkan nombor kepada 6 hingga 9 dalam pengajaran dan
pembelajaran.
ABSTRAK 340
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan kekemasan tulisan bagi murid
bermasalah pembelajaran sindrom down dengan menggunakan kaedah surihan. Seramai
seorang murid keperluan khas daripada sebuah sekolah kebangsaan di sekitar daerah Batu
Pahat, Johor yang dikenal pasti sebagai peserta kajian berdasarkan tulisan yang tidak kemas
yang dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan sebelum tindakan yang telah dijalankan.
Data dalam kajian ini telah diperolehi melalui rekod anekdot, borang senarai semak, temu
bual separa struktur, analisis dokumen dan gambar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah surihan dapat mempertingkatkan kekemasan tulisan bagi murid sindrom
down di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
ABSTRAK 341
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam mempraktikkan penggunaan gergaji tangan dengan betul. Ianya melibatkan seramai 2
orang pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dari sebuah sekolah menengah
sekitar Melaka. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian mendapati produk Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) yang dihasilkan oleh pelajar tidak mencapai band 6.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk menghasilkan produk yang menarik,
berkualiti dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan hasil pelajar yang lebih menarik dan berkualiti.
ABSTRAK 342
dengan membuat tandaan pada nombor yang ditulis dan seterusnya melakukan pengiraan.
Dapatan dari kajian ini, murid tidak perlu lagi bergantung pada bahan maujud untuk
melakukan pengiraan selain dapat mengurangkan kecuaian semasa melakukan pengiraan juga
mengurangkan kebergantungan murid kepada bahan maujud. Diharap kaedah ini juga boleh
digunakan dalam operasi lain dan melibatkan nombor yang lebih besar.
ABSTRAK 343
Kajian ini dijalankan bagi membantu murid masalah pembelajaran tahun tiga mengenalpasti
operasi tolak nombor bulat dalam lingkungan 50. Kaedah nilai tempat digunakan untuk
membantu subjek meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dalam bentuk lazim. Kajian
juga melihat faktor-faktor motivasi kendiri yang mempengaruhi minat dan sikap subjek
terhadap matapelajaran Matematik sebelum intervensi dilaksanakan. Kajian ini dijalankan
secara kualitatif. Semua data dikumpulkan dan dianalisis melalui alat-alat kajian seperti rekod
anekdot, senarai semak, set latih tubi, set ujian Pra dan Pos serta rakaman fotografi. Data-data
diinterpretasikan secara penulisan naratif, menggunakan frekuensi dan peratusan. Pendekatan
intervensi dijalankan secara hands-on, berperingkat dan ansur maju membolehkan subjek
menghubungkaitkan konsep Matematik sedia ada dengan konsep nilai tempat yang baru.
Hasil analisis menunjukkan pendekatan intervensi kaedah nilai tempat yang dilaksanakan
berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan nilai tempat dalam operasi tolak. Kajian
seterusnya pengkaji mencadangkan penggunaan kaedah nilai tempat diaplikasikan dalam
kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik disamping tidak mengabaikan faktor
persekitaran.
Kata kunci: kaedah nilai tempat, operasi tolak, murid masalah pembelajaran
ABSTRAK 344
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku bergaris
tiga dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil g, j, p, q dan y dalam kalangan murid
pendidikan khas. Buku Bergaris Tiga (BUGATI) yang dilaksanakan secara latih tubi
merupakan alat yang digunakan dalam membantu peserta kajian menulis dengan betul huruf
kecil berekor, iaitu huruf kecil g, j, p, q dan y. Penyelidikan ini dilaksanakan selama enam
kali intervensi. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian, ujian
diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
nilai peratus. Selain itu, data-data juga dianalisis secara analisis kandungan melalui nota
lapangan dan kemudian disemak melalui trangulasi kaedah dan sumber. Hasil analisis
kandungan dan peratus menunjukkan bahawa subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam
kemahiran menulis huruf kecil g, j, p, q dan y serta memberi implikasi yang mendalam
terhadap penyelidikan dalam kemahiran menulis. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan
buku bergaris tiga dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil g, j, p, q dan
y dalam kalangan murid pendidikan khas. Cadangan kajian lanjutan mengenai penggunaan
Buku Garis Tiga (BUGATI) dengan mewujudkan teknik latih tubi dan mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dalam kemahiran menulis menulis huruf kecil g, j, p, q dan y dalam
kalangan murid pendidikan khas.
ABSTRAK 345
Kajian ini dijalankan untuk menambahbaik bentuk tulisan mekanis dengan mengaplikasikan
kaedah latih tubi dan ansur maju kepada murid berkeperluan khas Attention Deficit
Hyperactif Disorder (ADHD) dengan menggunakan bahan bantu belajar Kit Am. Penggunaan
Kit Am untuk mempelbagaikan aktiviti menulis selain menggunakan buku dan sebagai
peneguhan positif menyelesaikan masalah tingkahlaku murid. Hasil pemerhatian dan
penelitian dokumen mendapati murid melakukan kesilapan semasa membentuk huruf dan
tidak meletakkan huruf di atas garisan yang disediakan. Instrumen yang digunakan adalah
pemerhatian, penelitian dokumen dan soal selidik. Berdasarkan analisis akhir melalui
semakan tulisan di dalam buku dan lembaran kerja, menunjukkan kaedah latih tubi dan ansur
maju bersama Kit Am boleh membantu menambahbaik bentuk tulisan dan mengurangkan
masalah tingkahlaku. Cadangan pengkaji kepada pengkaji seterusnya adalah penggunaan
bahan bantu belajar Kit Am bersama kaedah latih tubi dan ansur maju boleh digunakan dalam
semua matapelajaran untuk kemahiran menulis dan penglibatan ibu bapa semasa murid
menggunakan Kit Am di rumah agar mereka mengetahui keupayaan anak mereka dan
berusaha untuk membantu.
Kata kunci: Tulisan Mekanis, Latih tubi dan Ansur Maju, Kit Am, Peneguhan Positif
ABSTRAK 346
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kit permainan cingting
(pancing dan ketingting) dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor
1 hingga 5 dikalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan
terhadap seorang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang mengalami masalah
dalam kemahiran mengenal nombor. Alat kajian yang digunakan ialah ujian, temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Data daripada ujian pra dan ujian pos dianalisis secara
deskriptif dengan menggunakan nilai peratus. Analisis data secara kualitatif melalui
temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Selain itu, data juga dianalisis melalui nota
lapangan dan rakaman video untuk menyokong triangulasi sumber. Pengkaji mengaplikasikan
kit permainan cingting kerana kit permainan ini dapat merangsang minat peserta kajian dalam
kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dengan
peningkatan sebanyak 35 peratus. Hasil penyelidikan tindakan ini menunjukkan bahawa
penggunaan kit permainan cingting ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal
nombor 1 hingga 5 dan dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
Cadangan kajian seterusnya adalah dengan mengaplikasikan kit permainan cingting dalam
pengajaran mengenal nombor 6 hingga 10 disamping penambahbaikan kit permainan dan
melaksanakan kaedah peneguhan semasa sesi intervensi dilaksanakan.
Kata kunci: kit, permainan cingting (pancing dan ketingting), mengenal nombor
ABSTRAK 347
Norwati bintiSulaiman
Mohd. Israfi bin Sayati
Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid pendidikan
khas menggunakan alat bantu batang ais krim bagi membina jarak antara perkataan dalam
ayat yang ditulis. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid ini
meningkatkan kemahiran menulis huruf, perkataan dan ayat di samping itu, untuk melihat
kekemasan dalam menulis. Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen
kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan dalam kekemasan tulisan.
Subjek kajian terdiri daripada seorang murid pendidikan khas. Dalam intervensi yang
dijalankan responden dibimbing menulis menggunakan batang ais krim sebagai alat untuk
membina jarak antara perkataan bagi meningkatkan kekemasan tulisan. Latihan menulis
secara latih tubi dapat membantu murid ini menguasai kemahiran menulis dengan baik.Selain
itu, penyelidikan ini juga turut memberi ruang kepada saya untuk menambah baik amalan
keguruan saya mengajar murid-murid berkeperluan khas berhubung dengan kekemasan
tulisan. Data dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian dan seterusnya
dianalisis melalui analisis kandungan dan pemerhatian. Hasil analisis mendapati bahawa
seseorang murid yang dibimbing dan diberi latihan secara latih tubi menggunakan alat bantu
batang ais krim dapat membantu mereka menulis dengan lebih baik dan kemas. Cadangan di
masa akan datang saya akan membantu murid pendidikan khas menguasai teknik menulis
tulisan berangkai dengan kemas.
ABSTRAK 348
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Kumpulan sasaran ialah murid pendidikan khas dalam
kategori slow learner atau lembam. Tinjauan awal telah dilakukan untuk mengenalpasti
masalah dan tahap penguasaan membaca murid-murid ini. Melalui pemerhatian, masalah
utama yang dihadapi oleh murid ialah kesukaran dalam membaca suku kata tertutup kv +
kvk. Oleh itu, guru telah memilih seorang murid dan menjalankan intervensi bagi membantu
meningkatkan kemahiran membaca. Intervensi melibatkan kaedah penggunaan suku kata
berwarna. Warna yang dipilih pula ialah warna kegemaran murid kajian iaitu hijau dan
kuning. Melalui latih tubi yang berterusan, hasil intervensi menunjukkan peningkatan
keputusan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
kemahiran membaca dapat ditingkatkan sekiranya menggunakan kaedah dan pendekatan yang
sesuai dengan tahap dan minat murid.
ABSTRAK 349
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis penanda wacana
seperti iaitu, selain itu, seterusnya, di samping itu dan akhirnya dengan menggunakan kaedah
memnonik yang terdiri daripada seorang murid perempuan berkeperluan khas masalah
pembelajaran dari kategori disleksia yang mengalami masalah dalam kemahiran mengingat
penanda wacana bagi kertas penulisan bahagian C di salah sebuah sekolah di daerah Jasin,
Melaka. Pemilihan peserta kajian dilakukan melalui pemerhatian dan analisis dokumen.
Peserta kajian yang dipilih menunjukkan tahap kemahiran menulis penanda wacana yang
lemah. Penggunaan kaedah memnonik dalam aktiviti pembelajaran diperkenalkan untuk
membantu meningkatkan kemahiran penulisan peserta kajian.Isntrumen yang digunakan
adalah analisis dokumen, rakaman gambar dan refleksi pengkaji.Analisis data secara kualitatif
digunakan untuk kajian ini dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Analisis dokumen
dilakukan untuk mengenalpasti pola-pola kesilapan peserta kajian semasa menulis Bahasa
Melayu bahagian C. Rakaman gambar dan refleksi pengkaji dijalankan untuk menyokong
triangulasi data yang diperolehi. Melalui penggunaan kaedah menmonik dalam aktiviti
pembelajaran ini, peserta kajian dapat membentuk penanda Wacana dengan lebih jelas
melalui pengalaman langsung yang dilaksanakan. Intervensi ini juga dapat meningkatkan
tumpuan dan minat murid terhadap aktiviti penulisan di dalam kelas.
Kata kunci: Penanda wacana, Ialah, Selain itu, Seterusnya, Disamping itu dan Akhirnya
ABSTRAK 350
Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid Asli yang sedang belajar di Program Integrasi
Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Hutan Percha, 78000 Alor Gajah, Melaka. Tujuan
utama Penyelidikan Tindakan ini adalah bagi menangani masalah ponteng sekolah dikalangan
murid-murid Orang Asli yang sedang belajar di kelas pendidikan khas. Masalah ponteng
sekolah ini dikurangkan melalui penggunaan token ekonomi sebagi imbuhan apabila murid
hadir ke sekolah setiap hari. Token in diberi sebagai perangsang dan motivasi di dalam usaha
untuk membantu responden mengubah tabiat ponteng sekolah. Pelbagai data dikumpulkan
melalui pemerhatian dan senarai semak. Memandangkan perubahan sikap responden
memerlukan masa, maka pengkaji telah memperuntukkan masa selama 2 bulan untuk melihat
perubahan tingkah laku. Tinjauan ini mendapati penggunaan token berkesan dalam
mengurangkan masalah ponteng sekolah responden untuk masa hadapan.
ABSTRAK 351
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan kaedah Indeks Jari
Tangan (INJATA) dalam mengatasi masalah murid Pendidikan Khas menjarakkan ruang
yang konsisten antara perkataan dalam tulisan serta bagaimana kaedah INJATA dapat
menambah baik amalan kendiri saya sebagai seorang guru. Subjek kajian terdiri daripada
seorang murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah tersebut. Data dikumpulkan
melalui ujian pra dan ujian pasca manakala instrumen lain yang turut digunakan adalah
pemerhatian, analisis lembaran kerja murid dan temu bual. Data dianalisis dan hasil
menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh subjek kajian dapat diatasi. Data disemak
menggunakan analisis sumber melibatkan lembaran kerja dan rakan guru yang lain. Dapatan
kajian menunjukkan, subjek kajian mampu menjarakkan tulisan meskipun tidak lagi
menggunakan INJATA sebagai alat bantu semasa menulis. Dapatan juga menunjukkan
bahawa pelaksanaan kaedah INJATA turut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
guru yang kreatif terhadap murid Pendidikan Khas. Saya berasa amat berpuas hati dengan
hasil pengaplikasian kaedah ini kerana subjek kajian bukan sahaja dapat men jarakkan ruang
yang konsisten antara perkataan dalam tulisan, malahan dapat menarik minat subjek kajian
untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Diharap kajian ini dapat diteruskan
dengan mengaplikasikan kaedah INJATA bagi murid yang menghadapi masalah yang sama
supaya ia dapat dikurangkan serta seterusnya diatasi dengan kadar yang segera.
ABSTRAK 352
Kajian berbentuk kualitatif ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan Penggunaan
Blok Acuan dalam membantu meningkatkan kemahiran mewarna dikalangan murid masalah
pembelajaran. Justeru itu, satu kajian tindakan telah dilaksanakan bagi membantu murid
meningkatkan kemahiran mewarna dalam ruangan dan bentuk dengan cara yang betul. Kajian
telah dijalankan ke atas beberapa orang murid pendidikan khas masaalah pembelajaran di
sebuah sekolah di Melaka Tengah. Guru menggunakan beberapa kaedah semasa membuat
tinjauan awal kajian iaitu kaedah ujian diagnostik, kaedah pemerhatian,temubual, kaedah
demonstrasi,kaedah senarai semak dan kaedah Ujian Awal dan Ujian Akhir. Pelaksanaan
kajian pula memperkenalkan satu kaedah baharu untuk melihat keberkesanan inovasi dalam
pendidikan iaitu penggunaan Blok Acuan. Kaedah ini diaplikasikan supaya murid dapat
mewarna pada ruangan dan mengikut bentuk dengan betul. Hasil kajian menunjukkan
penggunaan Blok Acuan dapat meningkatkan kemahiran mewarna murid dengan baik dan
sempurna. Peserta kajian menunjukkan peratusan peningkatan yang amat baik iaitu sebanyak
88 peratus di dalam kemahiran mewarna. Penggunaan Blok Acuan sekaligus dapat membantu
meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan mereka serta membantu
meningkatkan penglibatan murid di dalam subjek Pendidikan Seni.
Kata Kunci: Blok Acuan, Kemahiran mewarna, Kemahiran Motro Halus dan Koordinasi
mata tangan
ABSTRAK 353
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah bermain
SOKETAKA dalam mengatasi masalah mengenal warna asas yang dihadapi oleh murid -
murid Pendidikan Khas. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada kemahiran
pra nombor iaitu kemahiran mengenal warna asas. Fokus kajian ini, adalah terhadap seorang
murid bermasalah pembelajaran dalam kategori Sindrom Down. Murid ini berusia 8 tahun
tetapi masih tidak dapat mengenal warna asas dengan betul. Pengkaji telah menggunakan
kaedah bermain iaitu SOKETAKA bagi meningkatkan keupayaan murid dalam mengenal
warna asas dengan betul. Data dikumpul melalui Pemerhatian, Ujian pra dan Ujian Pasca .
Borang senarai semak yang mengandungi skor yang diperolehi daripada responden telah
digunakan untuk mengumpul data. Hasil analisis data mendapati responden menunjukkan
peningkatan prestasi penguasaan dalam mengenal warna asas yang ketara dalam Ujian Pasca
berbanding ujian Pra. Keputusan Kajian menunjukkan bahawa kaedah mengajar dengan
kaedah bermain SOKETAKA kepada murid-murid pendidikan khas kategori Sindrom
Down sangat berkesan bagi mengenal warna asas dalam kemahiran Pra Nombor.
ABSTRAK 354
Penyeliaan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menghasilkan gambar bunga dengan baik dan menarik.Respon dalam kajian ini terdiri
daripada dua orang murid berkeperluankhas yang mengalami masalah dalam menghasilkan
gambar bunga dengan baik.Kegagalan mereka dalam memahami serta menguasai kemahiran
menghasilkan gambar bunga telah menyumbang kepada permasalah ini.Oleh itu, saya telah
memikirkan dan merangka satu kaedah yang sesuai dalam menyelesaikan masalah ini iaitu
kaedah mengaplikasikan symbol LOVE dalam menghasilkan gambar bunga dengan baik.
Keputusan kajian menunjukkan kaedah yang telah pengkaji jalankan ini berupaya
menyelesaikan masalah tersebut dan berkesan dalam membantu murid menghasilkan gambar
bunga dengan baik dan cantik.
Kata Kunci: Simbol Love, Pendidikan Khas
ABSTRAK 355
PPG Prasekolah
Tujuan kajian adalah untuk melihat tahap keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan penguasaan perkataan KVKV. Selain itu, ia juga dapat melihat sejauh
mana lagu dapat menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
dijalankan di Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin, Kluang. Subjek kajian
seramai 3 orang. Kajian ini dijalankan menggunakan instrumen kajian melalui pemerhatian,
temubual lisan, ujian bacaan dan uji minda. Teknik nyanyian digunakan dalam kajian ini.
Subjek kajian diberi ujian bacaan sebelum kaedah nyanyian digunakan. Selepas itu dapatan
kajian diambil. Seterusnya, saya menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan
kefahaman subjek kajian terhadap tajuk tersebut. Kemudian, ujian bacaan dan ujian minda
diberi kepada murid tersebut menggunakan soalan yang sama dengan ujian sebelum kaedah
nyanyian digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian subjek kajian meningkat
setelah teknik nyanyian digunakan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk
penggunaan lagu dalam penguasaan KVKV dalam pengajaran dan pembelajaran . Teknik
nyanyian ini diharap dapat memberi satu alternatif kepada guru-guru dan pelajar untuk sama-
sama menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
ABSTRAK 356
PPG Prasekolah
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid
prasekolah yang sukar untuk mengecam dan menyebut huruf b dan d dalam subjek Bahasa
Malaysia. Seramai 3 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki, 1 orang murid
perempuan . Perancangan kajian difokuskan kepada 3 orang murid bagi meningkatkan daya
ingatan mereka dalam mengenal huruf b dan d dengan menggunakan keadah bermain kotak
beracun. Matlamat utama dalam kajian ini, adalah untuk memberi satu rangsangan atau
motivasi diri kepada murid saya untuk meningkatkan lagi daya ingatan mereka dalam
mengenal huruf b dan d secara tekal dan berkesan. Kaedah bermain kotak beracun merupakan
salah satu aktiviti pembelajaran yang aktif. Penglibatan murid secara aktif akan memberi
mereka peluang untuk berinteraksi dengan orang lain melalui deria penglihatan, pendengaran,
sentuh, dan rasa. Sentuhan dan maklum balas daripada orang lain memberi rangsangan dan
menajamkan penglihatan dan memperkukuhkan pemikiran mereka. Belajar secara bermain
kotak beracun secara tidak langsung membina pengetahuan ilmu dengan lebih mencabar dan
menarik. Pembinaan ilmu yang berbeza daripada biasa akan memberi pemahaman yang lebih
berkesan dan menyeronokkan. Sebagai guru kita hendaklah sentiasa berfikiran kreatif dan
bijak mengendalikan pengajaran untuk menarik minat murid belajar tanpa tekanan. Proses
pembelajaran akan menjadi lebih santai dan menghiburkan. Murid akan terlibat dengan aktif
dan yang penting matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dengan
berkesan.
ABSTRAK 357
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah permainan
Lompat Ketingting dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 10 dalam
kalangan murid prasekolah. Subjek dalam kajian ini terdiri daripada seorang murid
perempuan dan 2 orang murid lelaki di Prasekolah SK Seri Sabak Uni. Refleksi awal
mendapati 3 orang subjek kajian ini masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran
mengenal nombor 1 hingga 10. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian, analisis
dokumen iaitu hasil kerja, ujian dan senarai semak. Kaedah permainan Lompat Ketingting
telah digunakan bagi mengatasi masalah ini sebagai bahan bantu mengajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Tiga sesi rawatan kaedah Lompat Ketingting yang
dijalankan. Data di analisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data yang dikumpulkan adalah
melalui tinjauan awal, tinjauan sebelum tindakan dan tinjauan selepas tindakan. Keputusan
yang diperolehi daripada hasil kajian mendapati kesemua subjek telah menunjukkan minat
dan peningkatan yang sangat baik dalam mengenal nombor 1 hingga 10 bagi tunjang Awal
Matematik.
ABSTRAK 358
PPG Prasekolah
ABSTRAK 359
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah murid-
murid di prasekolah yang mengalami kesukaran untuk membezakan huruf yang hampir sama,
namun mempunyai sedikit perbezaan iaitu huruf kecil k dan huruf besar K. Kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membuat perbezaan yang tepat dengan
menggunakan kaedah surih. Subjek kajian ini terdiri daripada empat orang murid prasekolah
yang telah dikenal pasti mempunyai masalah tidak dapat membezakan antara huruf kecil k
dan huruf besar K. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian pra dan
ujian pos, kaedah pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Intervensi yang dilakukan ke
atas murid prasekolah menggunakan kaedah surih untuk membantu mereka membezakan
kedua-dua huruf tersebut. Dapatan dari kajian membuktikan bahawa kaedah surih sangat
membantu mereka membezakan kedua-dua huruf dengan lebih baik. Secara umumnya kajian
ini dapat memudahkan tugas guru di samping mampu menimbulkan keseronokan dan
pengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa melaksanakan aktiviti.
Kata kunci: Kaedah surih, membezakan, huruf kecil k dan huruf besar K
ABSTRAK 360
PPG Prasekolah
Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan tidak akan ada titik penghujungnya.
Menjadi satu tanggungjawab dan kemestian kepada setiap murid untuk menguasai kemahiran-
kemahiran bahasa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka ingin menjadi seorang
murid yang berjaya. Semasa pembelajaran di Prasekolah, murid-murid akan didedahkan
kepada pelbagai kemahiran bahasa dan pengetahuan-pengetahuan lain yang berkaitan. Antara
kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh mereka ialah dari segi sukukata, perkataan dan
ayat mudah dalam bentuk yang mantap. Permasalahannya di sini ialah murid-murid tidak
dapat menyebut suku kata digraf dengan baik. Bertitik tolak daripada permasalahan yang
dinyatakan di atas akan menyebabkan kesalahan kepada ejaan dan sebutan dan seterusnya
menjejaskan penulisan murid-murid. Menyedari akan permasalahan ini, saya mengambil
keputusan untuk menjalankan kajian tentang kaedah nyanyian dalam pengajaran sukukata
digraf terhadap murid-murid Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Kota Tinggi
Johor. Kajian ini hanya berfokuskan kepada menyebut suku kata digraf dan kaedah nyanyian
sahaja kerana mudah untuk saya memberi fokus kepada kajian yang dijalankan. Saya
menggunakan kaedah nyanyian di mana murid-murid akan diajarkan tentang kaedah yang
mudah untuk mereka menguasai sukukata digraf ini. Saya menjalankan kajian saya dengan
menggunakan ujian pra dan ujian pos, membuat analisis data terhadap ujian yang dijalankan
dan menjalankan soal selidik dengan murid -murid. Hasil kajian ini diharapkan dapat
membantu murid-murid saya dalam menguasai sukukata digraf. Selain itu juga, diharapkan
juga kajian ini juga dapat memberikan panduan kepada rakan-rakan sejawat saya untuk
membaiki cara-cara pengajaran mereka di masa-masa yang akan datang. Semoga kita akan
dapat sama-sama mempertingkatkan dan memantapkan penguasaan anak-anak didik kita
dalam kemahiran bahasa yang kita harapkan.
ABSTRAK 361
PPG Prasekolah
Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan doh dalam membantu
meningkatkan kemahiran menulis nombor 1 hingga 10. Penggunaan doh dapat meningkatkan
kemahiran motor halus kanak-kanak terutama pada bahagian otot jari. Hal ini adalah kerana
kanak-kanak tidak dapat memegang alat tulis dengan betul dan juga tidak dapat menulis
nombor mengikut cara yang betul. Terdapat tiga pola kesilapan yang dikenal pasti iaitu
menulis nombor arah bertentangan, menulis nombor secara terbalik dan menulis abjad
sebagai nombor. Subjek kajian ini terdiri daripada 5 orang kanak-kanak prasekolah Baiduri di
daerah Ledang, Johor. Instrumen yang dipilih adalah senarai semak manakala kaedah
pengajaran yang digunakan adalah menggunakan doh beserta kad nombor. Data dikumpul
melalui pemerhatian. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
deskriptif yang menggunakan peratus. Peratusan markah dalam tinjauan selepas tindakan
lebih tinggi berbanding tinjauan sebelum tindakan. Keputusan kajian telah menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan dalam kemahiran menulis nombor 1 hingga 10 menggunakan
doh beserta kad nombor sebagai satu medium yang berkesan. Cadangan kajian seterusnya
dalam meningkatkan kemahiran menulis nombor ialah dengan menggunakan tali dalam
membentuk nombor dan menulis di atas pasir.
ABSTRAK 362
PPG Prasekolah
mengenal huruf ini. Secara keseluruhan, kelima-lima murid ini telah dipilih sebagai
responden dalam kaedah aplikasi Powerpoint ini. Keputusan ujian pasca menunjukkan ada
peningkatan positif berbanding dengan ujian pra. Murid-murid mendapati penggunaan
aplikasi ini lebih menyeronokkan berbanding penggunaan kaedah konvensional. Cadangan
kajian seterusnya adalah menggunakan kaedah ini kepada murid pemulihan atau pendidikan
khas.
Kata kunci: Awal membaca, Aplikasi Powerpoint, mengenal huruf b,d dan g,y.
ABSTRAK 363
PPG Prasekolah
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau penggunaan garis empat dalam
meningkatkan kemahiran menulis huruf berbatang b, d, k, h, dan t kanak-kanak
prasekolah. Kajian ini dijalankan terhadap tiga orang kanak-kanak Prasekolah Arif di SK
Lelaki Bandar Kluang, Johor. Masalah yang dihadapi oleh subjek kajian ialah kesukaran
untuk membentuk dan menulis huruf berbatang b, d, k, h, dan t dengan betul. Strategi
Ansur Maju Garis Empat (GARIS4) digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf
tersebut. Instrumen yang digunakan untuk merekod data ialah soalan temu bual,rekod
pemerhatian dan ujian tinjauan sebelum tindakan serta tinjauan selepas tindakan. Data yang
telah diperolehi akan dianalisis menggunakan gambar sebelum tinjauan tindakan, semasa dan
selepas tinjauan tindakan. Dapatan daripada tinjauan selepas tindakan yang dijalankan
menunjukkan peningkatan dalam latihan menulis huruf berbatang b, d, k, h, dan t.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan strategi ansur maju garis empat
(GARIS4) secara latih tubi berkesan dalam meningkatan kemahiran menulis huruf serta dapat
meningkatkan keyakinan murid untuk menyiapkan tugasan yang melibatkan aktiviti menulis.
ABSTRAK 364
Zaiton bt Kasmin
Normasura Binti Hj Jani
PPG Prasekolah
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran
menggunting garisan lengkung murid-murid prasekolah dengan menggunakan latihan ansur
maju. Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan perkembangan motor halus kemahiran
pengguntingan dalam diri murid-murid. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran menggunting dalam kalangan murid prasekolah iaitu membantu
meningkatkan kemahiran menggunting garis lengkung. Pemerhatian, temu bual dan ujian
digunakan sebagai instrumen kajian. Dalam kajian yang dijalankan, seorang subjek telah
dipilih setelah menjalankan pemerhatian semasa tinjauan awal dijalankan. Data dianalisis
dengan menggunakan analisis kandungan. Berdasarkan hasil refleksi, masalah menggunting
yang dihadapi oleh murid-murid disebabkan oleh kekurangan menggunakan gunting semasa
berada di rumah mahupun di sekolah. Latihan ansur maju digunakan bagi membantu murid-
murid menguasai kemahiran pengguntingan. Dalam intervensi yang dijalankan, murid-murid
diberikan tiga jenis garisan bengkang-bengkok. Setiap jenis garisan lengkung dibuat
pengulangan sehingga murid-murid menguasainya. Implikasi yang dapat dilihat ialah murid-
murid dapat menggunting dengan lebih baik berbanding sebelum menjalankan intervensi.
Penggunaan latihan ansur maju dapat meningkatkan penguasaan murid-murid dalam
kemahiran pengguntingan.
ABSTRAK 365
Roszita Bt Tamyiz
Normasura Binti Haji Jani
PPG Prasekolah
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penguasaan kemahiran membaca
KV+KV dengan menggunakan kaedah permainan bahasa roda suku kata dalam kalangan
murid prasekolah. Kajian ini bagi menentukan pengajaran yang berfokuskan penggunaan roda
suku kata bagi meningkatkan kemahiran membaca bagi murid prasekolah di Sekolah
Kebangsaan Seri Jaya, Benut, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang
menggunakan instrumen analisis dokumen pemerhatian, nota lapangan, ujian pra dan ujian
pasca sebagai kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa
permainan roda impian telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
membaca bagi suku kata KV+KV di samping meningkatkan tumpuan dan minat murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian Muhammad Dzulhakimi telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 90% manakala Nur Amanina meningkat 80%. Kajian ini
merupakan langkah awal membendung murid lemah dalam meningkatkan kemahiran
membaca menggunakan roda suku kata. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tumpuan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran semakin baik, minat murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran juga semakin meningkat. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah
menggunakan teknik ini dalam mengajar perkataan bagi perkataan yang lebih sukar,
pengajaran dan pembelajaran murid LINUS, mempelbagaikan teknik dan penggunaan
teknologi maklumat.
ABSTRAK 366
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini dijalakan bertujuan untuk menangani masalah kekeliruan mengenal huruf
g,j dan huruf y dengan menggunakan kaedah Story Card. Bagi murid-murid
Prasekolah.Kajian ini dijalankan setelah mendapati berlakunya masalah dalam kalangan
murid untuk mengenal huruf ketika membaca dan menulis huruf secara rawak. Dua orang
murid Prasekolah yang berumur 6 tahun telah dikenal pasti sebagai subjek kajian ini. Borang
penilaian mengenal huruf telah digunakan untuk mengumpul data pada pra ujian. Seterusnyaa
teknik pemudahcaraan dengan scaffolding menggunakan Story Card sebagai langkah
mengatasi kekeliruan kanak-kanak prasekolah dalam mengenal huruf kecil g,j dan y. Dapatan
kajian ini telah menunjukkan berlakunya peningkatan melalui perbandingan antara data pra
dan pasca. Berdasarkan perbandingan kedua-dua data, didapati terdapat peningkatan di antara
kedua-dua ujian yang telah dijalankan. Antara cadangan kajian pada masa akan datang ialah
penggunaan Buku Cerita Pop-Up Bertema di mana memiliki bahagian-bahagian yang
timbul apabila dibuka atau menerapkan unsur tiga dimensi yang dihasilkan mengikut
kreativiti guru bagi setiap tema pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tidak
terkecuali juga, pembinaan Dadu Gergasi melalui kaedah bermain dalam mengatasi masalah
kekeliruan kanak-kanak prasekolah mengenal huruf.
ABSTRAK 367
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah murid-
murid yang mengalami kekeliruan dalam menyebut huruf n dan u. Subjek kajian ini terdiri
daripada empat orang kanak-kanak prasekolah yang dikenal pasti mempunyai masalah keliru
dengan huruf n dan u. Kajian ini memilih untuk melaksanakan intervensi dengan
permainan jingsaw puzzle yang diberikan nama sebagai Puzzle Minda. Data direkod
menggunakan beberapa instrumen ujian sebelum dan selepas rawatan, rekod pemerhatian dan
senarai semak. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan Puzzle Minda ini sangat
membantu kanak-kanak prasekolah dalam mengatasi kekeliruan menyebut huruf n dan u.
Secara umumnya kajian ini dapat memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan
keseronokan dan pengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti.
ABSTRAK 368
PPG Prasekolah
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji dan melihat peningkatan tahap penguasaan
fakta asas tolak dalam lingkungan10 di kalangan murid-murid prasekolah dari sebuah sekolah
di daerah Jasin, Melaka melalui aktiviti penggunaan bahan Rantai Tolak. Tinjauan awal
mendapati seramai 2 orang murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak dalam
lingkungan 10 berdasarkan hasil Ujian Pra yang dijalankan. Kedua-dua murid ini
memperolehi skor yang rendah dan tidak mencapai tahap skor yang ditetapkan. Mereka juga
sering hilang tumpuan semasa pengajaran dijalankan dan sering tidak dapat menyiapkan
latihan yang diberikan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menggunakan
rantai tolak dengan aktivti menolak pada rantai untuk meningkatkan kemahiran tolak
dalam lingkungan 10. Instrumen yang digunakan ialah lembaran kerja yang dilaksanakan
dalam Ujian Pra dan Pos serta senarai semak bagi merekod pemerhatian. Data-data daripada
ujian ini dikumpul, dianalisis, serta dinilai dan keputusannya membuktikan bahawa aktiviti
menolak pada rantai adalah sesuai untuk pembelajaran konsep operasi tolak dengan lebih
mudah disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan seronok bagi murid-
murid prasekolah.
ABSTRAK 369
PPG Prasekolah
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian membaca murid prasekolah yang
mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca dan mengubah pengajaran guru kearah
pendekatan yang lebih baik. Penggunaan kad interaktif dalam pembelajaran koperatif
mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran
di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan
kemahiran sosial yang berguna kepada murid. Melalui pembelajaran koperatif, murid
prasekolah akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian menjadikan
mereka mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Faedah utama Pembelajaran Koperatif
ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri dan menimbulkan motivasi untuk terlibat
secara aktif dalam proses pembelajaran. Penggunaan kad interaktif dalam pembelajaran
koperatif merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam kumpulan. Kad Interaktif ini dijadikan bahan inovasi untuk pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini melibatkan beberapa orang murid Prasekolah yang
kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran secara umum di dalam kelas semasa
pembelajaran bersama guru. Pengumpulan data adalah secara kualitatif dan kuantitatif
digunakan dalam penyelidikan ini.Tinjauan awal menggunakan rekod peribadi murid.
Instrument seterusnya berbentuk ujian sebelum, perkembangan dan ujian selepas
penyelidikan. Pemerhatian juga dijalankan dalam bentuk senarai semak. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi murid prasekolah dan
menimbulkan keseronokan untuk belajar serta pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna
dan menarik.
ABSTRAK 370
PPG Prasekolah
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pemulihan tulisan
menggunakan SMART SWITCHBOARD bagi mengatasi kekeliruan kanak-kanak menulis
huruf kecil b, d dan p melalui kajian-kajian yang dijalankan menggunakan instrumen
pemerhatian, temubual , ujian pra dan ujian pos. Subjek kajian adalah 4 orang kanak-kanak
prasekolah SK LKTP Pemanis 1 yang menghadapi masalah dalam penulisan mekanis. Kajian
ini dijalankan untuk mengumpul data, menganalisis dan mencari penyelesaian bagi membantu
kanak-kanak prasekolah yang menghadapi masalah penulisan mekanis ini mengatasi masalah
kekeliruan tersebut. Masalah yang dihadapi oleh mereka adalah kekeliruan mengenali huruf
kecil yang sama bentuk dan bunyi (b, d dan p), kekurangan latihan pengamatan dan
pengecaman dan kurang latihan membaca dan menulis pada peringkat asas. Hasil dapatan
instrumen tersebut diambil sebelum, semasa dan selepas kajian tersebut dilaksanakan. Hasil
dapatannya menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara kerana penggunaan konsep
permainan yang menghiburkan di dalam pembelajaran membantu kanak-kanak lebih fokus
kepada aktiviti dan seterusnya dapat melahirkan pembelajaran yang bermakna. Langkah
seterusnya adalah mengenalpasti sekiranya terdapat masalah-masalah mengenal huruf-huruf
lain selain daripada yang dikaji.
ABSTRAK 371
Tong Ji Mei
Mohd Hanafi bin Abu Bakar (Ph.D)
PPG Prasekolah
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan nombor asas satu hingga sepuluh dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah untuk mengenal, menyebut dan menulis nombor asas satu
hingga sepuluh melalui aktiviti resis. Seramai tiga orang murid prasekolah yang berusia enam
tahun kurang menguasai dalam kemahiran mengenal, menyebut dan menulis nombor asas
dengan betul dan telah dipilih sebagai sampel kajian. Berdasarkan kelemahan murid dalam
kemahiran mengenal nombor asas, maka satu kajian tindakan telah dilaksanakan dengan
tujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran nombor asas yang dihadapi dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah dan menilai keberkesanan pembelajaran dengan
menggunakan aktiviti resis terhadap pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Kajian ini
merupakan pendekatan alternatif selain teknik tradisional iaitu menghafal untuk mengingati
nombor mengikut urutan. Instrumen yang saya gunakan ialah ujian penilaian seperti ujian pra
untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam menguasai nombor asas dan ujian pos utnuk
menentukan tahap kemajuan murid dalam menguasai nombor asas. Terdapat tiga jenis
lembaran kerja yang diberikan dalam kajian ini sebagai instrumen mengumpul dapatan data.
Analisis data dibuat secara kuantitatif dan kualitatif dengan mengambil kira pemerhatian hasil
kerja, temubual dan tingkah laku. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sesi
pengajaran dan pembelajaran mengenal nombor asas dengan menggunakan aktiviti resis,
kanak-kanak prasekolah dapat menguasai dan memahami konsep matematik dengan lebih
cepat serta efisyen.
ABSTRAK 372
PPG Prasekolah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan masalah murid-murid yang belum
mengenal huruf pada peringkat prasekolah. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran mengenal dan menyebut huruf menggunakan jubin abjad dan doh dalam kalangan
murid prasekolah. Subjek kajian ini terdiri daripada empat orang murid prasekolah yang
dikenalpasti mempunyai masalah menyebut dan mengenal huruf. Data diperolehi melalui
beberapa instrument kajian seperti ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian, senarai
semak dan temubual. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolah menggunakan jubin
abjad dan doh untuk membentuk huruf dan menyebut huruf yang mereka bentuk. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan jubin abjad dan doh membantu murid-murid
prasekolah dalam mengenal dan menyebut huruf. Secara umumnya kajian ini dapat
memudahkan tugas guru disamping mampu meningkatkan kemahiran mengenal dan
menyebut huruf.
Kata kunci: Penggunaan jubin abjad, penggunaan doh, meningkatkan, mengenal huruf,
murid prasekolah
ABSTRAK 373
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik permainan
memancing sukukata untuk mengatasi masalah membatang sukukata KVKV yang dialami
oleh murid prasekolah. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang murid prasekolah di sebuah
sekolah di Melaka. Kajian ini dijalankan setelah dikenalpasti bahawa terdapat sebilangan
murid prasekolah yang tidak menguasai kemahiran bacaan KVKV berdasarkan senarai semak
tahap penguasaan bacaan KVKV. Maklumat awal mendapati 4 orang murid prasekolah ini
tidak menguasai kemahiran membatang sukukata KVKV Bagi mengatasi masalah ini,
penggunaan teknik permainan memancing sukukata telah diperkenalkan. Borang penilaian
bacaan telah digunakan untuk mengumpul data ujian pra dan pasca. Seterusnya pengkaji
memulakan fasa intervensi melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teknik permainan memancing sukukata untuk membatang sukukata KVKV . Dapatan Kajian
telah menunjukkan berlakunya peningkatan penguasaan bacaan KVKV yang ketara ke atas 3
orang peserta kajian manakala peningkatan yang sangat sedikit kepada 1 orang peserta kajian.
Peningkatan dilihat melalui perbandingan antara ujian pra dan juga ujian pasca. Murid 1 telah
meningkat sebanyak 35 peratus, murid 2 sebanyak 45 peratus dan murid 3 sebanyak 60
peratus tetapi murid 4 hanya 5 peratus sahaja. Secara keseluruhannya penggunaan teknik
permainan memancing sukukata ini telah berjaya membantu peserta kajian untuk membatang
sukukata dan menguasai bacaan KVKV. Teknik permainan memancing sukukata ini boleh
juga digunakan bagi penguasaan bacaan bersukukata yang lain.
ABSTRAK 374
PPG Prasekolah
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan kaedah fonetik dalam bacaan
untuk murid prasekolah. Kemampuan murid prasekolah untuk mengingat perkaitan antara
huruf dan bunyi suku kata perkataan menimbulkan masalah yang mengakibatkan kesukaran
untuk mereka menguasai kemahiran bacaan. Kajian ini akan member focus bagaimana proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad mimic muka gambar dilaksanakan dan
apakah kesannya terhadap kaedah fonetik. Lima subjek kajian dari Prasekolah Bijak dipilih
sebagai responden untuk kajian ini. Aktiviti bacaan menggunakan siri Bacalah Anakku
dianalisa dan didokumentasi secara deskriptif melalui pemerhatian dan temubual. Lembaran
kerja dan senarai semak menjadi instrument dalam pemerhatian dan temubual keatas subjek
kajian. Kad mimic muka gambar MIMUGA dicipta untuk meningkatkan keyakinan subjek
kajian dalam menyebut perkataan sebelum mereka mengenal dan mengingat huruf yang
membentuk perkataan itu dan seterusnya menguasai kemahiran bacaan. Kajian
seterusnya,wajar menumpukan kepada pembinaan perisian interaktif yang mengaitkan
gambar mimic muka dengan bunyi fonetik.
ABSTRAK 375
PPG Prasekolah
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kad tali pastel meningkatkan
kemahiran menulis huruf bertangkai g , j, p, dan y dalam kalangan murid prasekolah. Kajian
ini dijalankan setelah mendapati berlaku masalah dalam kalangan murid prasekolah untuk
menulis huruf bertangkai dengan betul ketika aktiviti menulis semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan Dua orang murid prasekolah telah dikenalpasti sebagai subjek
kajian ini. Latihan menyalin perkataan mengandungi huruf bertangkai digunakan untuk
mengumpul data pada ujian pra. Seterusnya, pengkaji memulakan fasa intervensi melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kad tali pastel. Kad tali pastel
digunakan sebagai intervensi kepada murid bagi memudahkan murid mengingati kedudukan
baris yang betul ketika menulis huruf bertangkai seterusnya meningkatkan kekemasan
menulis huruf melalui langkah yang telah dilaksanakan. Dapatan kajian telah menunjukkan
berlakunya peningkatan melalui perbandingan antara data pra dan pasca. Berdasarkan
perbandingan kedua-dua data, didapati terdapat peningkatan iaitu sebanyak 50 % bagi subjek
pertama dan 60% bagi subjek kedua. Keputusan ujian menunjukkan penggunaan kad tali
pastel dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf bertangkai j,g,p dan y dengan
betul. Antara cadangan kajian pada masa akan datang ialah kaedah kad tali pastel boleh
digunakan untuk kemahiran menulis huruf berbatang dan kemahiran menulis abjad Aa Zz.
Kata Kunci: kemahiran menulis, huruf bertangkai, kaedah kad tali pastel
ABSTRAK 376
PPG Prasekolah
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan suku kata berwarna dalam
pengajaran dan pembelajaran Kelas Prasekolah. Kajian ini juga bertujuan agar muridmurid
dapat membaca suku kata tertutup KVKVK dengan betul. Kajian ini melibatkan seramai dua
orang murid Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bandar Jalan Ayer Leleh 75050 Melaka.
Muridmurid ini ialah muridmurid Prasekolah yang berada di dalam Kelas Al-Hikmah.
Kajian ini menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Dan Menulis 2M (IPP2M)
untuk melihat keberkesanan penggunaan suku kata berwarna dalam pengajaran dan
pembelajaran. Instrumen ini digunakan untuk mengukur penguasaan murid agar dapat
membaca suku kata tertutup kvkvk dengan betul. Ujian-ujian selepas pengajaran dan
pembelajaran juga diberikan kepada murid untuk membuat latihan dan mengukur penguasaan
suku kata kvkvk yang telah dipelajari. Kajian mendapati penggunaan suku kata berwarna
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca muridmurid Prasekolah setelah
melaksanakan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan terhadap mereka. Peningkatan
kemahiran membaca murid-murid juga menunjukkan sikap positif terhadap pelajaran dan
mereka bermotivasi untuk belajar jika dibandingkan dengan sebelum ini.
ABSTRAK 377
PPG Prasekolah
semakan kerja murid, dan pemerhatian secara tidak berstruktur. Ujian Pra dan Ujian Pasca
turut dilaksanakan sebagai salah satu instrumen bagi kajian ini. Dapatan kajian telah
menunjukkan berlakunya peningkatan melalui perbandingan antara data pra dan data pasca.
Hal ini menunjukkan pendekatan "M-TeST" dapat membantu kanak-kanak menulis abjad
dengan teknik yang betul.
ABSTRAK 378
PPG Sains
ABSTRAK 379
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan teknik peta minda
dalam meningkatkan pencapian murid tahun 4 bagi topik Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid kelas Tahun 4 Murni,
Sekolah Kebangsaan seri Bandar, Jalan Ayer Leleh Melaka. Data dikumpulkan melalui ujian
pra, ujian pasca, dan borang soal selidik. Keputusan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pencapaian murid yang dibuat berdasarkan perbandingan antara ujian pra
dan ujian pasca yang dilakukan iaitu min skor yang diperoleh daripada ujian pasca ialah 81.75
dibandingkan dengan ujian pra iaitu 44.95. Selain itu, hasil analisis data melalui borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman
responden bertambah apabila menggunakan teknik peta minda. Secara keseluruhannya, kajian
ini telah menunjukkan bahawa teknik peta minda sangat berkesan dalam meningkatkan
pencapaian murid bagi topik Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia.
ABSTRAK 380
PPG Sains
Kajian Tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Tahun 5 di sebuah sekolah di kawasan Durian Tunggal, Alor Gajah Melaka mengenai tajuk
Rantai Makanan. Seramai enam orang murid tahun 5 terlibat dalam kajian ini secara
langsung. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan slaid
bergambar untuk meningkatkan kefahaman murid memahami rantai makanan. Tinjauan
dilakukan dengan menggunakan instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual bersama guru,
soalan kuiz dan soal selidik. Pada permulaan tinjauan menunjukkan murid lemah dalam
memahami rantai makanan. Mereka tidak dapat mengenal pasti mangsa dan pemangsa dengan
betul. Selain itu, mereka juga mempunyai kekeliruan dalam memahami aliran anak panah
dalam rantai makanan. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan
dalam tempoh satu minggu dengan menggunakan slaid bergambar untuk meningkatkan
kefahaman murid dalam memahami rantai makanan. Data telah dikumpulkan melalui
pemerhatian, temu bual bersama guru, kuiz awal dan kuiz akhir. Daripada data yang dianalisis
didapati kesemua responden menunjukkan peningkatan markah dalam kuiz akhir berbanding
kuiz awal. Empat orang responden telah memperolehi markah penuh manakala dua lagi
menunjukkan peningkatan markah. Hasil kajian ini menunjukkan penggunaan slaid
bergambar dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam memahami rantai
makanan.
ABSTRAK 381
PPG Sains
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tahun 5 bagi tajuk Makananku
dalam mata pelajaran Sains dengan menggunakan powerpoint interaktif di Sekolah
Kebangsaan Seri Duyong, Melaka. Kajian dijalankan terhadap 5 orang murid yang terdiri
daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Dapatan awal dan dapatan akhir
digunakan sebagai instrumen untuk melihat perbezaan tahap prestasi atau kefahaman sampel
bagi tajuk Makananku dibantu oleh borang soal selidik dan temubual yang telah dijalankan
untuk melihat minat sampel kajian terhadap tajuk pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian menunjukkan berlakunya peningkatan prestasi murid dalam dapatan akhir. Sampel juga
berminat dengan pembelajaran dengan penggunaan Powerpoint interaktif. Hal ini
menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Powerpoint interaktif lebih
berkesan berbanding kaedah tradisi yang biasa dilaksanakan.
ABSTRAK 382
PPG Sains
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan keupayaan murid mengingat
fakta sains dengan penggunaan inovasi melalui teknik mneumonik berbantukan grafik.
Kaedah ini diperkenalkan kepada murid tahun 4 Cerdik, di salah sebuah sekolah Daerah Jasin,
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ingatan murid semasa menyusun urutan planet
dalam sistem suria dengan betul. Kaedah ini menggunakan satu carta ringkas yang
berfokuskan kepada teknik mneumonik dan digabungkan dengan konsep grafik. Murid akan
membina sendiri mneumonik dengan melengkapkan carta menggunakan daya imaginasi
mereka sendiri. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini adalah pemerhatian dan
dokumen bertulis. Melalui dapatan kajian ini, penggunaan teknik mneumonik berbantukan
grafik telah dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan murid mengingat susunan
urutan planet dalam sistem suria dengan lebih baik, betul dan berkesan berbanding cara
sebelum intervensi.
ABSTRAK 383
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan adakah teknik mneumonik membantu
meningkatkan keupayaan murid mengenalpasti pembolehubah dalam soalan struktur bahagian
B. Pembolehubah yang perlu dikenalpasti ditumpukan kepada pembolehubah yang terdapat di
dalam bentuk graf dan jadual. Cara pengumpulan data yang digunakan ialah ujian diagnostik,
analisa dokumen dan temubual. Kaedah pemerhatian juga digunakan iaitu semasa murid
menjawab soalan. Kajian ini melibatkan 14 orang murid bagi mendapatkan data awal. Setelah
analisa dapatan diperolehi, bilangan murid yang dipilih untuk dijadikan subjek kajian adalah
seramai 5 orang. Setelah teknik mneumonik ini diperkenalkan kepada lima orang responden
yang terlibat, didapati terdapat perubahan yang amat ketara pada keupayaan murid
mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dalam soalan
struktur bahagian B. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah mneumonik dapat
membantu murid mengenal pasti pembolehubah dengan amat berkesan.
ABSTRAK 384
PPG Sains
Kajian tindakan ini saya laksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan kaedah hands-on dalam membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun
Enam tentang proses kondensasi dan sekali gus dapat menarik minat murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah. Instrumen yang
saya gunakan ialah dokumen latihan dan borang temubual. Tinajauan awal telah dilakukan
melalui semakan buku latihan dalam lembaran kerja murid serta sesi penyoalan di dalam
kelas. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak memahami dan menguasai proses
perubahan keadaan bahan yang terlibat dalam proses kondensasi. Untuk mengatasi masalah
ini saya telah menggunakan kaedah hands-on. Kaedah hands-on ialah satu kaedah di mana
murid-murid membina pengetahuan secara aktif daripada pengalaman. Ini secara tidak
langsung akan dapat membantu murid-murid saya menguasai topik pelajaran tersebut dengan
lebih baik dan sekaligus dapat meningkatkan bilangan murid lulus dengan cemerlang dalam
mata pelajaran Sains. Sebagai kesimpulan kajian ini dengan penggunaan kaedah hands-on
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun Enam dalam pembelajaran Sains.
ABSTRAK 385
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan menentukan keberkesanan penggunaan peta alir
i-THINK dalam membantu meningkatkan kefahaman terhadap konsep aliran peredaran darah.
Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati pelajar sukar
mengingati bahagian-bahagian atau struktur yang terlibat dalam sistem peredaran darah dan
keliru dengan arah aliran darah beroksigen dan terdeoksigen dalam sistem peredaran darah.
Melalui ujian ringkas dan analisis dokumen, didapati pelajar tidak dapat menjawap kesemua
soalan yang diberikan dengan tepat. Kebanyakkan mereka hanya mampu menjawap soalan
mudah yang beraras rendah. Namun begitu masih terdapat pelajar yang keliru menandakan
arah aliran darah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar yang memperolehi
markah rendah dalam ujian ringkas dan memahami kosep aliran darah melalui penggunaan
peta alir i-THINK. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki dan dua orang
pelajar perempuan dan dipilih berdasarkan ujian ringkas dan analisis dokumen. Data
dikumpulkan melalui ujian dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa
penggunaan peta alir i-THINK dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap
konsep aliran darah. Berdasarkan analisis dokumen, di dapati peserta kajian dapat
menamakan bahagian-bahagian atau struktur yang terlibat dalam proses aliran peredaran
darah dan dapat menandakan arah aliran darah beroksigen dan terdeoksigen dengan betul.
Kajian juga dapat membantu mengatasi masalah kekeliruan arah aliran darah yang dihadapi.
Kajian ini boleh dilaksanakan untuk matapelajaran lain dan melibatkan pelbagai peringkat
pelajar.
Kata Kunci: peta alir, peredaran darah dan arah aliran darah.
ABSTRAK 386
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan Power Point dalam
memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran mentafsir data bagi tajuk Sifat Kimia
Bahan. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan seorang murid perempuan
dari Tahun Lima Bestari. Pengumpulan data dilakukan menerusi pemerhatian berstruktur,
temu bual dan ujian. Dapatan kajian melalui pemerhatian berstruktur dan temu bual
menunjukkan bahawa murid-murid dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru,
pemahaman murid terhadap konsep sifat kimia bahan turut meningkat dan melibatkan diri
dalam aktiviti berkumpulan dengan aktif. Ujian yang dijalankan selepas intervensi juga
menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademik. Hasil kajian ini membuktikan bahawa
penggunaan power point dapat memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran mentafsir
data dan meningkatkan preastasi akademik bagi topik Sifat Kimia Bahan. Kajian ini boleh
dilaksanakan untuk subjek lain serta melibatkan pelbagai peringkat umur.
ABSTRAK 387
PPG Sains
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 5K dalam
konsep sains melalui peta minda, di samping memupuk minat murid dalam mempelajari
Sains. Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun 5K yang memperoleh markah rendah
bagi mata pelajaran Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.. Data
dikumpulkan melalui ujian, pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati
bahawa kelima-lima subjek kajian telah nenunjukkan peningkatan markah dalam ujian yang
telah dijalankan. Terdapat dua orang subjek mendapat markah gred B dan tiga orang subjek
memperoleh markah gred C. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan peta
minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains berjaya membantu murid lemah
meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains.
ABSTRAK 388
PPG Sains
Kajian ini dijalankan bertujuan membantu memantapkan kefahaman murid tahun 5 dalam
konsep perubahan panjang dan kedudukan bayang-bayang. Lapan orang murid telah dipilih
sebagai subjek kajian dari kelas sederhana. Tinjauan awal dilaksanakan berdasarkan latihan
kerja murid dan ujian di dalam kelas. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa tahap kefahaman
murid mengenai konsep perubahan pada bayang-bayang adalah lemah. Murid tidak dapat
menentukan kedudukan dan perubahan panjang bayang-bayang. Model digunakan sebagai
intervensi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dua instrumen digunakan bagi
menganalisis dapatan kajian iaitu ujian dan soal selidik. Ujian yang dijalankan bertujuan
untuk merekod perkembangan prestasi murid. Manakala soal selidik pula bertujuan untuk
menilai persepsi murid mengenai keberkesanan model yang digunakan. Hasil analisis dapatan
kajian menunjukkan penggunaan model telah berjaya membantu memantapkan kefahaman
murid dalam konsep perubahan pada bayang-bayang.
ABSTRAK 389
PPG Sains
Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk menambah baik amalan P & P saya dalam topik
Keadaan Jirim bagi subjek Sains Tahun 5. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah
tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan Tahun 5 Murni di sebuah sekolah di
daerah Melaka Tengah, Melaka. Strategi dan pendekatan pengajaran saya yang kurang sesuai
menyebabkan murid tidak dapat memahami dan menguasai konsep Keadaan Jirim dengan
baik. Penggunaan dua alat berfikir iaitu Peta Buih dan Peta Bulatan telah dipilih sebagai
tindakan intervensi selama tempoh kajian dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah digunakan
untuk mengumpul data iaitu analisis dokumen, soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan Peta Pemikiran berjaya membantu subjek kajian dalam
menguasai topik Keadaan Jirim melalui peningkatan pencapaian keseluruhan 3A, 2B
berbanding sebelum intervensi 1C, 3D, 1E. Malah ia dapat menambah baik amalan P & P
saya dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini boleh dilaksanakan untuk topik lain dalam Sains
Tahun 5 dan boleh juga diaplikasikan oleh pelbagai peringkat umur murid seperti murid
Tahap 1 dalam mata pelajaran DST.
Kata kunci: peta pemikiran, menambah baik amalan P & P, menguasai topik keadaan jirim
ABSTRAK 390
Maharani bt Ibrahim
Habibah bt Buang
PPG Sains
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran memerhati di kalangan murid tahun 3.
Seramai lima orang murid tahun 3 Arif terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik dan temubual. Kajian ini bertujuan
mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dalam mata pelajaran Sains merentas bahasa,
sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang
dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam kemahiran
memerhati. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak menguasai kemahiran memerhati dan
menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Masalah ini harus diatasi
lebih awal kerana kemahiran memerhati adalah kemahiran proses sains yang penting dan akan
sentiasa digunakan dalam matapelajaran sains hinggalah mereka berada di tahun 6.
ABSTRAK 391
PPG Sains
Kajian tindakan ini saya laksanakan bertujuan untuk membantu pengajaran saya
meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk Proses Perubahan Keadaan Bahan bagi murid
Tahun 5. Kajian ini juga untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran yang
menggunakan strategi Permainan Panggil Nombor atau Numbered Heads Together dapat
meningkatkan kefahaman murid dan membantu pembelajaran murid dalam menjawab soalan
tentang tajuk Proses Perubahan Keadaan Bahan. Strategi ini juga dapat meningkatkan
kebertanggungjawaban murid dalam kumpulan dan pada diri mereka sendiri. Subjek kajian
terdiri daripada enam orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan di sebuah
sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka. Data telah dikumpulkan melalui dua ujian iaitu untuk
mendapatkan dapatan awal dan akhir, kuiz dan pemerhatian. Analisis data menunjukkan
bahawa penggunaan strategi NHT berjaya meningkatkan kefahaman murid melalui aktiviti
dalam kumpulan. Peningkatan markah berlaku di dalam ujian dan kuiz yang telah diberikan
selepas pengajaran menggunakan strategi NHT. Kesimpulannya strategi NHT dalam
pengajaran berjaya membantu saya meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk Proses
Perubahan Keadaan Bahan.
ABSTRAK 392
PPG Sains
Penyelidikan tindakan ini memfokuskan kepada masalah kelemahan murid dalam mengingati
bentuk Fasa-fasa Bulan yang dihadapi oleh murid-murid saya. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji bagaimana penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang dikenali sebagai Moon
Puzzle dalam meningkatkan penguasaan murid dalam mengingati bentuk Fasa-fasa Bulan.
Bahan Bantu Mengajar dianggap satu faktor yang penting dalam menimbulkan rangsangan
dan keinginan murid untuk mengetahui sesuatu perkara terutamanya dalam mata pelajaran
Sains. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 6 di sebuah sekolah
di daerah Melaka Tengah, Melaka. Sebagai tindakan, saya telah melaksanakan kajian ini
selama empat minggu. Data kajian tindakan ini dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis
dokumen dan temu bual. Data yang dikumpulkan dianalisiskan secara kuantitatif dan
kualitatif. Dapatan hasil kajian ini menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar Moon
Puzzle ini telah memberikan kesan yang memberangsangkan dalam meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam mengingati bentuk Fasa-fasa Bulan. Melalui perlaksanaan kajian
tindakan ini juga, saya dapat memperbaiki amalan dan nilai pendidikan sebagai seorang guru
Sains.
Kata-kata kunci: mengingati, bentuk fasa-fasa bulan, Moon Puzzle, nilai pendidikan.
ABSTRAK 393
PPG Sains
Kajian ini telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 dalam tajuk
perubahan saiz bayang-bayang dengan menggunakan Kit Kotak Hitam. Subjek kajian yang
terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 4 orang dari Sekolah Kebangsaan Batu Gajah yang
terdiri daripada 3 lelaki dan seorang perempuan yang mempunyai tahap pencapaian yang
rendah dalam matapelajaran sains. Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini adalah,
analisis dokumen dan temubual berstruktur Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan selepas mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kit Kotak
Hitam. Murid menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan dalam lembaran kerja yang
diberi. Data menunjukkan Kit Pembelajaran menggunakan Kotak Hitam telah berjaya
meningkatkan murid yang berpencapaian rendah dalam memahami tajuk Perubahan Saiz
Bayang-bayang. Cadangan seterusnya untuk kajian ini adalah menggunakan instrumen yang
pelbagai serta melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan.
ABSTRAK 394
PPG Sains
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana pembinaan model mekanisma
pernafasan manusia dapat meningkatkan kefahaman murid mengenai tajuk Sistem Pernafasan
Manusia. Oleh itu, satu kajian dijalankan dengan menggunakan subjek kajian seramai 6 orang
murid tahun 4 Adil di Sekolah Kebangsaan Serkam, Merlimau , Melaka. Kajian ini bermula
dengan mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam P&P dengan cara pemerhatian, soal
selidik dan analisa dokumen. Setelah itu, guru merancang jalan penyelesaian kepada masalah
ini iaitu dengan melaksanakan aktiviti pembinaan model mekanisma pernafasan manusia
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru melaksanakan pengajaran
dengan menggunakan aktiviti pembinaan model tersebut dan mendapatkan respon daripada
subjek kajian. Hasil dari intervensi, subjek kajian menunjukkan peningkatan dari segi
kefahaman terhadap intervensi yang telah dijalankan. Sebagai rumusan, pembinaan model
mekanisme pernafasan manusia ini jelas menunjukkan bahawa ianya dapat meningkatkan
kefahaman murid bagi tajuk tersebut.
ABSTRAK 395
PPG Sains
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan fakta sains berkenaan
proses pernafasan manusia. Murid-murid yang terlibat dalam penyelidikan ini terdiri daripada
6 orang murid tahun 4 di SJKC Chung Kuo, Melaka. Tinjauan awal untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran bagi tajuk tersebut telah dijalankan
menerusi pemerhatian serta menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan yang
diberikan dalam peperiksaan pertengahan tahun. Temubual tidak berstruktur dilakukan bagi
meninjau pandangan murid terhadap pengajaran guru. Bagi menangani masalah tersebut,
kajian ini memfokus kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang paling sesuai iaitu
dengan kaedah penggunaan model inovasi yang melibatkan hands on. Data kajian ini
dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Dengan menggunakan
kaedah model inovasi, didapati dapatan kajian ini memberi impak positif dan meningkatkan
penguasaan fakta sains bagi tajuk: Proses Pernafasan Manusia.
ABSTRAK 396
PPG Sains
telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Data telah dianalisis
secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Peta
Dakap memberikan kesan yang positif terhadap subjek kajian dalam mengingat konsep
Sains dalam tajuk Tenaga Tahun 5 berdasarkan peningkatan markah dalam latihan yang
dijalankan selepas intervensi berbanding latihan sebelum intervensi dijalankan. Keputusan ini
menunjukkan bahawa subjek kajian berjaya menguasai untuk mengingat konsep Sains dalam
tajuk Tenaga Tahun5 melalui penggunaan Peta Dakap. Cadangan kajian selanjutnya ialah
penggunaan gambar dalam Peta Dakap digunakan agar subjek kajian dapat mengingat lebih
cepat.
ABSTRAK 397
PPG Sains
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambah baik kefahaman pelajar bagi tajuk Human
Digestive System tingkatan dua dengan menggunakan PA (Peta Alir). Kumpulan sasaran
dalam kajian ini terdiri daripada tiga orang pelajar tingkatan dua. Kajian ini memfokuskan
kepada penggunaan PA dalam usaha menambah baik kefahaman pelajar berkaitan sistem
pencernaan manusia dalam kalangan pelajar tingkatan dua berasaskan Model Penyelidikan
Tindakan Kemmis dan McTaggart. Tinjauan awal kajian menunjukkan pelajar tidak
memahami konsep sains yang diajar dan dikesan melalui mimik muka yang melambangkan
mereka tidak faham serta ketidakbolehan menjawab soalan selepas sesi pengajaran dalam
tajuk berkaitan. Data-data kajian dikumpulkan melalui dua jenis kaedah iaitu temu bual dan
analisis dokumen. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Borang Temu bual
Berstruktur, Latihan Sebelum Intervensi dan Latihan Selepas Intervensi. Berdasarkan analisis
Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi menunjukkan peningkatan sebanyak 100%. Intervensi
ini telah berjaya membantu menambah baik kefahaman ketiga-tiga subjek kajian bagi tajuk
Human Digestive System. Kesimpulannya, penggunaan PA dapat memberi kesan yang positif
kerana pelajar dapat memahami seterusnya mengingat konsep dengan lebih mudah.
ABSTRAK 398
PPG Sains
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengubah amalan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pembelajaran secara hands-on bagi membantu meningkatkan
pemahaman murid dalam topik asid dan alkali. Subjek kajian terdiri daripada dua orang murid
lelaki di sebuah sekolah di Melaka. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan analisis
dokumen iaitu latihan bertulis dan temu bual. Subjek kajian berada pada tahap prestasi yang
sederhana namun masih berpotensi untuk dimajukan ke tahap yang lebih baik. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pengaplikasian pembelajaran secara hands-on berjaya meningkatkan
kefahaman murid dalam topik asid dan alkali sekali gus meningkatkan pencapaian mereka
dalam Sains. Pada masa akan datang, kajian ini boleh dilaksanakan untuk topik-topik yang
bersesuaian ke atas penguasaan kemahiran saintifik dalam kalangan murid sekolah rendah dan
melibatkan pelbagai peringkat murid.
ABSTRAK 399
PPG Sains
ABSTRAK 400
PPG Sains
Kajian ini telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman murid tahun 3 dalam tajuk ciri-ciri
tumbuhan dengan menggunakan bahan maujud. Sampel dalam kajian ini adalah seramai 10
orang murid yang terdiri 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan di sebuah sekolah rendah luar
bandar yang merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) di Melaka.
Kajian ini memfokuskan aspek meningkatkan kefahaman murid dengan menggunakan bahan
maujud di dalam kelas. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik.
Dapatan kajian ini, menunjukkan peningkatan dalam markah yang diperolehi dalam ujian
pasca selepas intervensi dilakukan ke atas subjek kajian. Hasil analisis data daripada ujian pra
dan ujian pasca menunjukkan peningkatan markah antara 10 peratus hingga 32 peratus. Hasil
daripada soal selidik juga menunjukkan kesan yang positif terhadap penggunaan bahan
maujud. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan maujud adalah berkesan
dalam membantu meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk Ciri-ciri Tumbuhan.
Kata Kunci : Bahan Maujud, Ciri- Ciri Tumbuhan dan kefahaman Murid.
ABSTRAK 401
PPG Sains
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman murid supaya
menguasai proses pernafasan manusia melalui nyanyian beraksi. Subjek kajian terdiri
daripada 4 orang murid dari Tahun 4 Arif yang memperoleh markah terendah bagi mata
pelajaran Sains dalam Ujian Prestasi 1 yang lalu. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan
ujian pasca, soal selidik dan pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua
subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding
ujian pra. Kesemua subjek kajian telah memperoleh markah penuh dengan menunjukkan
jumlah peningkatan markah yang sangat tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah nyanyian beraksi membantu murid menguasi proses pernafasan manusia
adalah berkesan.
ABSTRAK 402
PPG Sains
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan murid mengingat urutan
nama-nama planet menggunakan teknik Nemonik. Murid dalam kajian ini terdiri daripada 20
orang murid dari tahun 4 Cerdik. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengingati urutan
nama-nama planet menggunakan teknik Nemonik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
analisis latihan dan temubual guru. Data dikumpulkan melalui analisis Latihan 1 dan Latihan
2 dan data soal selidik. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak dapat mengingati urutan
nama-nama planet dengan betul. Murid telah diberi pendedahan tentang teknik Nemonik
untuk membantu mereka mengingati urutan nama-nama planet. Sebanyak 4 sesi perjumpaan
telah diadakan dalam tempoh 2 minggu. Murid telah diberi pendedahan tentang teknik
Nemonik untuk membantu mereka mengingati urutan nama-nama planet. Hasil analisis data
mendapati bahawa 20 orang murid telah menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam
Latihan 2 berbanding Latihan 1. Seramai 10 daripada 20 orang murid telah mendapat markah
penuh. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik Nemonik telah memberi
impak positif dalam membantu meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan nama-
nama planet.
ABSTRAK 403
PPG Sains
Lebah Elektrik merupakan satu alat penguji mudah alih bagi menguji bahan konduktor dan
penebat elektrik. Ia merupakan alat penguji yang fleksibel dan menarik. Penyelidikan
tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan minat murid tentang tajuk Konduktor dan
Penebat Elektrik yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Sains Tahun Empat dengan
menggunakan Lebah Elektrik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 5 orang
murid Tahun 4 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, terlibat di dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui rekod anekdot, temubual dan borang soal selidik.
Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak berminat dengan tajuk pelajaran tersebut.
Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan minat murid terhadap
topik Konduktor dan Penebat Elektrik. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan temubual.
Analisa terhadap data menunjukkan Lebah Elektrik telah meningkatkan minat mereka
disamping meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik ini. Dapatan soal selidik pula
menunjukkan murid lebih seronok belajar dengan menggunakan Lebah Elektrik.
ABSTRAK 404
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mengenalpasti
perubahan warna kertas litmus melalui penggunaan KAD SAMBAL setelah saya dapati
murid keliru dalam mengenalpasti perubahan warna kertas litmus bagi bahan berasid dan
beralkali, KAD SAMBAL merupakan gabungan dua jenis bentuk pengajaran iaitu kata
kunci dan pengajaran secara interaktif. Seramai tiga orang murid tahun 5 Bijak di Sekolah
Kebangsaan Telok Mas telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Rekabentuk kajian ini adalah
kajian kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data
termasuklah dokumen latihan 1, latihan 2, latihan 3, temubual dan pemerhatian. Kefahaman
murid dalam mengenalpasti perubahan warna kertas litmus meningkat berdasarkan
perbandingan antara latihan 1, 2 dan 3. Murid juga menunjukkan kebolehan mereka dalam
mengingat fakta bagi perubahan warna kertas litmus merah dan biru untuk bahan berasid dan
beralkali apabila ditemubual. Hasil pemerhatian juga menunjukkan subjek kajian lebih
berminat dalam mempelajari topik Asid dan Alkali. Keseluruhannya, data kajian ini berjaya
meningkatkan penguasaan murid dalam mengenalpasti perubahan warna kertas litmus. Oleh
itu, dicadangkan agar penggunaan peralatan yang melibatkan kad interaktif diaplikasikan
tajuk-tajuk lain dan menambahkan bilangan murid yang terlibat.
ABSTRAK 405
PPG Sains
Kemahiran pemerhatian merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam
Kemahiran Proses Sains. Permainan Roda Impian dalam menambahbaik kemahiran
"pemerhatian" murid Tahun Empat SJKC Chin Ju, Ledang merupakan fokus penyelidikan
tindakan ini. Penyelidikan ini bertujuan membantu murid-murid menambahbaik dan
memperkukuhkan kemahiran pemerhatian Sains. Penyelidikan tindakan ini melibatkan 3
orang lelaki dan 2 orang perempuan murid Tahun 4. Data penyelidikan ini diperoleh melalui
pemerhatian dan hasil kerja murid-murid yang menunjukkan kesilapan besar dalam jawapan
bertulis. Bagi menangani masalah ini, Permainan Roda Impian digunakan untuk
menambahbaik kemahiran pemerhatian dalam Sains. Kaedah ini didapati berkesan dalam
mempertingkatkan kemahiran pemerhatian murid dengan mudah dan tepat. Selain itu, murid-
murid juga sangat berminat dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Diharapkan penyelidikan ini dapat membantu mereka yang ingin
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran proses Sains yang lain.
ABSTRAK 406
PPG Sains
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaik penguasaan murid tahun 5 dalam
mengenalpasti pembolehubah dimalarkan, pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah
bergerak balas. Kit Pembelajaran digunakan sebagai bahan intervensi untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam mengenalpasti pembolehubah. Sebanyak 4 set Kit Pembelajaran
yang mengandungi prosedur aktiviti, lembaran kerja dan senarai bahan aktiviti telah
dibina.Subjek kajian seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan
Tahun 5 dipilih berdasarkan ketidakupayaan mereka mengenalpasti pembolehubah. Dalam
melaksanakan kajian tindakan ini saya menggunakan model penyelidikan tindakan yang
diadaptasi dari Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992. Data-data kajian dianalisis secara kualitatif
dan kuantitatif. Secara kualitatif, instrumen yang digunakan adalah melalui pemerhatian.
Manakala pengumpulan data secara kuantitatif, saya menggunakan analisis dokumen. Hasil
kajian mendapati subjek kajian menunjukkan perkembangan yang positif melalui peningkatan
dalam penguasaan mengenalpasti pembolehubah. Berdasarkan analisis data peningkatan
peratusan skor markah murid secara puratanya sebanyak 90% peratus. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan Kit Pembelajaran di dalam aktiviti mengenalpasti pembolehubah berjaya
membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam mengenalpasti pembolehubah.
ABSTRAK 407
PPG Sains
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan fakta bagi mata pelajaran Dunia Sains
dan Teknologi dalam kalangan murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Gombang, Lenga, Muar.
Kaedah yang digunakan ialah teknik Akronim. Seramai 4 orang murid Tahun 2 telah dipilih
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui soalan soaljawab dan juga latihan
kerja rumah yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan murid-murid kurang mengingati fakta
dalam tajuk yang diajar. Kesukaran mengingat fakta menyebabkan pelajar tidak dapat
menjawab ujian dengan baik. Oleh itu, suatu perancangan tindakan telah dilakukan bagi
membantu meningkatkan kemahiran mengingati fakta mengenai tajuk yang dipelajari dengan
memperkenalkan kaedah Akronim. Kajian ini dijalankan semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Maklumat diperolehi daripada latihan, soaljawab
lisan serta pemerhatian kepada peserta kajian. Setelah kajian tindakan dilakukan, keputusan
ujian menunjukkan peningkatan prestasi kesemua pelajar sasaran kajian. Secara keseluruhan,
teknik akronim memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
ABSTRACT 408
USING NOUN VERB NOVE TABLE AND SUBJECT VERB OBJECT SUVEO
SENTENCE TABLE TO IMPROVE WRITING STRUCTURALLY CORRECT
SENTENCES IN DESCRIBING PICTURE
PPG TESL
Writing sentences in correct structure is a skill which obviously difficult for the primary
students to master with. Therefore the purpose of this research is to improve the pupils
writing skills particularly in writing simple sentences using the NoVe and SuVeO sentence
table as a guide in writing structurally correct sentences to describe picture specifically. The
research is implemented to four Year 6 Afnan pupils of SK (P) Sultan Ibrahim in Johor Bahru
who are weak in sentence construction and achieved poor marks when answering Question 1
in English Language Paper 2. The data from the research is analysed qualitatively and
quantitatively from the sample of respondents writing in before, while and after the
intervention plan being carried out. The intervention is a step by step technique which is to
help the pupils to organize their ideas prior writing sentences to describe the picture. The
technique is seen impactful as the respondents generally shown improvement in their writing
with better marks.
ABSTRACT 409
PPG TESL
The focus of this study is to help Year 5 students from SK Peserai to learn Subject-Verb
Agreement through the Key-S technique. The target group of this study were 10 students
which involved 5 male students and 5 female students. This research was conducted through
document analysis, observation, interview and tests. The data collected were analysed using
qualitative method. Based on both parts of the test, 6 out of 10 students were able to achieve
full marks (40 marks). Only 4 of them did not manage to answer all questions correctly and
from the interview conducted; it revealed that the problem stemmed from the students. The
Key-S technique had successfully increased the students ability in learning Subject-Verb
Agreement. In suggestion for further research, this intervention can be implemented on a
large number of respondents covering more classes and schools in order to increase the ability
of students to learn Subject-Verb Agreement.
ABSTRACT 410
PPG TESL
This study aims to help studentsto increase their ability to identify singular subject, plural
subject and correct verbs-to-be using the formula S1S2+. 4 sample of students of SJK (T)
Bukit Bertam, Linggi, has been selected as research subjects because they do not fully master
the grammar. Data for this study were collected using observation, informal short test and
interview. Short test 1 and 2 is to determine student mastery level in identifying singular
subject, plural subject and verbs-to-be after using the formula S1S2+. While observation and
informal interview were carried out to support the findings obtained. The data obtained were
analyzed in graphical form. Data analysis showed that all students achieved a good results in
short test 1and 2 compared to the initial worksheet. The findings showed that the use of
formula S1S2+ can help year 3 students to improve their skills in identifying singular subject,
plural subject and verbs-to-be.
ABSTRACT 411
Ng Shin Yee
Nor Haslynda Binti A.Rahman (Ph.D)
PPG TESL
The main purpose of this study is to find out suitable approaches or strategies in teaching
reading. Other than that, we intend to find out ways to motivate the students to read. The
focus of my research is to investigate how Readers Theatre improves students reading
comprehension. Students especially in primary school had no interest in reading and they
have poor comprehension. I used qualitative research data collection methods to collect the
data and the data were collected in the form of pre- and post-assessments and the observation
were carried out from time to time. Participants for this research were drawn from the
population of phase two students of Year five in a rural area school in Johor state. There were
five participants who were chosen after the first cycle because they were not able to answer
the questions of comprehension well. The instruments used to measure reading
comprehension were three cycles of the tests given and observation. After the research, my
targeted participants have shown some improvement in their reading comprehension. Clearly,
Readers Theatre positively improved the reading comprehension of my targeted students.
ABSTRACT 412
PPG TESL
This study is about Frog VLE as a medium to enhance year 5 Mawar students to construct
simple sentences. The objective of this study is to explore the use of Frog Virtual Learning
Environment (Frog VLE) as a tool to encourage students interest towards writing lesson.
This study is conducted to answer two research questions ; 1) Can students writing skills in
constructing simple sentences for Section A English paper 2 improve after using FROG
VLE ? and 2) How Frog VLE help students to develop their skills in constructing simple
sentences?. Frog VLE is used to help students to improve their writing skills in constructing
simple. The study was carried out towards 5 students of Year 5 in one of the primary schools
in Muar, Johor. Students were taught how to construct simple sentences through the Frog
VLE medium. Three methods of collection data were used; analysis of documents,
questionnaire and interview. The findings from the document analysis from the respondents
exercises after the intervention showed a significant improvement in their writing
performance whereas the findings from the questionnaire and interviews indicated that
majority of the respondents perceptions towards the implementation of Frog VLE in their
writing lesson were considerably positive. These findings suggested that Frog VLE has the
potential as a new learning environment and to stimulate students interest and motivation in
writing English sentences. In addition, the pedagogical implications of the present research
are explored, limitations of the present research are discussed, and recommendations for
future research with similar interest in this field are suggested as well.
ABSTRACT 413
PPG TESL
This study aims to help students of Year 5 in learning of the action verbs with the Buddy
Cards technique. This research is using a qualitative approach. This study was conducted in
Lima Dynamics SK Simpang Lima Darat, consists of four boys and two girls who have a low
level of control in the main subjects. Three instruments were used to analyze the findings of
the intervention, structured observation, documents analysis and analysis of the test. The
results of the analysis findings, found significant increase after the intervention implemented,
students showed improvement in answering questions in a worksheet and a test at the end of a
given intervention. These findings prove that the method Buddy Cards managed to increase
student proficiency in applying the verb in the sentence correctly. The proposal for this study
was to use the same method for teaching adjectives
ABSTRACT 414
PPG TESL
This study conducted on eight Year 4 Berlian pupils of SK Parit Bunga , Ledang Johor to
examine whether poetry can be an effective way to learn the simple past tense. Initial studies
were carried out using the method of document analysis. The results obtained show that eight
of the respondents could not use simple past tense in sentences correctly. Thus, poem was
introduced as a technique that can be used to teach grammar especially simple past tense.
From the results of the observation and document analysis, six out of eight respondents have
answered all the questions correctly. Therefore, poem is a suitable technique to be
implemented in the classroom to encourage students to understand and use grammar
correctly. It is hoped that this technique is used for teaching other skills in English.
ABSTRACT 415
J.P.Roslin Jayaraman
Roslina bte Mohd Rasdi
PPG TESL
Difficulty in constructing sentences independently of students in year three has resulted the
teaching and learning process cannot be run smoothly. Therefore, the researcher conducted an
action research entitled Enhancing the skills of constructing simple sentences using Simple
Present Tense by CVO Method. The aim of this research is to improve the skill of students in
year three, in constructing simple sentences with proper sentence structure especially using
simple present tense. Respondents in this study consisted of five pupils from years three who
obtain the lowest band in making sentence skill. The methods of data collection consisted of
observation, document analysis and an informal interview with questionnaire. The
quantitative and qualitative methods used to collect the data to proof that the data analyzed
accurately.
ABSTRACT 416
PPG TESL
This research studies the effects of Peer Reading as a strategy to improve the reading fluency
of the low achievement pupils in year 1, at one of the primary school in Johore state. In order,
to identify the low achievement pupils, two screening tests were conducted. As a result, 8 out
of 17 pupils were identified having problem in reading fluently. Few interview was conducted
to find the reason of this problem. From the findings, the result of the study improve the
reading ability in the schools. It also offers, new ideas on how to improve the reading
fluency especially among primary school pupils.
ABSTRACT 417
PPG TESL
The action research was done to improve reading comprehension with Year 4 pupils in a
primary school in Kluang district. The teacher intended to improve reading comprehension by
using the flow map from the i-Think maps. The research was in done in qualitative for 10
pupils. The data was collected through observation and interview. The teacher use reading
aloud strategy, introduced new vocabularies, questioning and activities as well as guiding
them to use flow map as a whole class, a small group and pair work.The teacher gathered and
analysed information before and after the intervention. As a result, the participants manage to
improve their understanding of the comprehension questions by using the flow map as a
whole class, group work and pair work.
ABSTRACT 418
PPG TESL
This study was conducted to find a solution to the problem of writing capital letters among
Year 2 pupils of SK Gembut, Kota Tinggi, Johor. A total of 10 students have been identified
to have a problem in writing capital letters. The objectives of this study are to solve problems
among the pupils and to ensure the effectiveness of imagery technique. A month was taken
for the teacher to do the data collection and do the report. This study was focusing on how to
use imagery technique in solving the problem of the respondent in writing capital letters
correctly. Initial survey was conducted using the methods of document analysis and
observation. The results obtained from the documents analysis showed that 10 out of 20
students cannot write the capital letters correctly. From the observation the researcher found
that 10 respondents could not write capital letters on the early stages. They could not write
capital letters correctly. There were 6 respondents who managed to get an average score of
fewer than 15 marks on the tests conducted. 4 respondents scored between 16 to 20.No
respondents that scored full marks. Thus, the imagery technique has been done to tackle this
problem. From the result of the observation the score increased. 8 participants managed to
write capital letters. Based on the interview, it showed that all the respondents were confident
with this imagery technique. Therefore, the imagery technique totally helps the respondents to
overcome problems in writing the capital letters. I suggest that this technique can be used in
teaching the other skills in language learning.
ABSTRACT 419
PPG TESL
The study attempts to look into how to improve simple daily conversation by using song. The
focus of my research is to improve the students speaking skills. I realized that most students
in primary schools in Malaysia are very poor in their conversation. They have minimal
vocabulary and do not have confidence to speak English. Their English are weak and they
only use their mother tongue Malay Language in the classroom all the time. The research
used data collection method. The instruments used are questionaires, checklist, field notes and
tests to identify their basic knowledge in speaking skills. The participants were the 5 year one
students of one primary school in Johor state. After the research, I found that using songs is
very effective and it helped the students to improve their speaking skills in the classroom
ABSTRACT 420
PPG TESL
This research aims to improve the reading fluency in English using the "ARRO" technique to
help the pupils to raise their interest and fluency in reading. This research investigates the
level of reading fluency and clarity of pronunciation of the words used for primary school
pupils using the "ARRO" technique. This research was performed on a 5 Year 2 pupils in a
primary school in Melaka city. The instruments used for data collecting are observation form,
questionnaire and a few interview sessions. The results of observation and document analysis
from the questionnaire after the intervention shows an increase in reading fluency of the
respondents. The respondents gave positive feedback. Result from this study also shows that
the "ARRO" technique has positive impact on the pupils. This study has produced positive
results and has its limitations and suggestions for future research are also discussed.
ABSTRACT 421
Normasita bt Abdullah
Iswander Kaur a/p Tara Singh
PPG TESL
This action research was conducted to improve the use of personal pronouns among pupils of
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 through songs. Seven pupils out of a class of thirty
four could not identify and use the personal pronouns accurately after a short test was
conducted. In order to achieve this objective, the researcher came up with the interventions of
using songs. This action research examines the effectiveness of using songs to teach personal
pronouns among weak Year 3 pupils. It is an experimental research design which was
implemented for 3 weeks. This research was conducted through three interventions and tests.
In this study, there were seven participants consisted of six boys and a girl. The participants
were required to highlighting and identify the use of the personal pronouns. Songs are one of
the most enhancing and culturally rich resources that can easily be used in language
classrooms and offer a change from routine classroom activities. As a conclusion, this
research was considered as successful because it had achieved the objective and helped the
respondents to improve the use of personal pronouns by using song as the stimulus. For
further research, this intervention can be implemented on a large number of respondents
covering more classes in order to increase the ability of students to learn Personal Pronouns.
ABSTRACT 422
PPG TESL
This is an action research using substitution tables to encourage writing among a group of
students in Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. The research aimed to use
substitution tables to obtain participants feedback on their learning effectiveness and to
enable them to improve their writing skills. I am the researcher with 4 students, 1 girl and 3
boys. To achieve this objective, the researcher came up with an intervention called
Substitution Table. Substitution Table is a table that consists of subject, is / are/, present
continuous tense and objects/places that can be used in constructing five simple sentences in
Section A English Paper 2. Two types of data sources were used throughout the interventions
that were document analysis and observation. Data were analysed qualitatively. The finding
indicated pupils improvement in constructing five simple sentences. I encouraged them to
construct simple sentences to get marks. The targeted students felt they had improved their
writing skills.