Anda di halaman 1dari 2

Definisis

Stress

Bab ini akan membincangkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai beberapa
perkara seperti persoalan tekanan itu sendiri yang mana ia dilihat dari sudut yang berbeza-beza dan
faktor yang menyumbang kepada tekanan pelajar.

Menurut Aldwin (1994), beliau mengatakan bahawa tekanan telah digunakan di dunia selewat-lewatnya
pada abad ke 18 lagi. Ini bermakna tekanan telah lama wujud dan ia mula mendapat perhatian sejak
akhir-akhir ini.

Selye pula mendefinasikan tekanan sebagai

"Everybody knows what stress is and nobody know what it is. The word stress like success, failure or
happiness, means different things ti different people and except for a new specialized scientists, no one
has really tried to define it although it has become a part of our daily vocabulary".

Burchfield ( 1979) mendefinasikan tekanan sebagai tindakbalas seseorang samada dari segi fizikal atau
psikologi terhadap sesuatu perkara yang boleh menjadi punca tekanan. Sesetengah pengkaji
mentakrifkan tekanan sebagai satu ransangan iaitu peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam hidup
seseorang. Ada pula berpendapat tekanan adalah hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa
dan kemampuan dirinya untuk menghadapi peristiwa itu.

Selye (1956,1974,1980) mendefinasikan tekanan sebagai tindak balas fizikal manusia terhadap sebarang
perkara yang berlaku dalam hidup mereka samada disedari atau tidak.

Matteson dan Irancevich (1982), tekanan bukan setakat tindak balas fizikal yang merangkumi psikologi
terhadap sebarang perkara yang dipanggil punca tekanan.

Murdock & Scutt (1993) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), mentakrifkan tekanan sebagai
ketidakpadanan antara persepsi tuntutan dengan persepsi keupayaan untuk menunaikannya. Jika
terdapat jurang atau perbezaan persepsi ini, maka individu akan mengalami tekanan. Menurut Sabitha
Marican (1989) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), tekanan dalam kehidupan bermaksud satu
tindak balas terhadap punca tekanan, rangsangan atau suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi
individu. tekanan dan beban kerja boleh membawa kesan baik dan kesan buruk kepada seseorang.
Contohnya seorang pekerja yang menghadapi tekanan akan menggunakan pelbagai mekanisma bela diri
sebagai tindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Holmes dan Rahe (1990) mengatakan kematian pasangan hidup, penceraian, kematian anggota keluarga
terdekat, kemalangan yang dialami, persaraan dan kematian kawan rapat adalah merupakan beberapa
perkara yang dianggap sebagai tekanan.
Tekanan sebagai hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan kemampuan dirinya untuk
menghadapi peristiwa tersebut. Jika ia tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa yang berlaku dalam
hidupnya maka ia akan mengalami tekanan.

Suriani dan Suraini (2005) dalam kajian mereka dalam kalangan 94 orang pelajar di Universiti Pendidikan
Sultan Idris mendapati sumber stres akademik, pensyarah, peribadi dan universiti dialami oleh lebih 70
peratus hingga 91 peratus manakala sumber stres berkaitan aktiviti kokurikulum, rakan, keluarga dan
ibu bapa dialami oleh lebih kurang 60 peratus hingga 70 peratus pelajar. Namun, didapati akademik
merupakan punca stres yang utama terutamanya disebabkan terlalu banyak tugasan, tidak cukup masa
untuk mengulangkaji, mendapat markah yang lemah dalam ujian, sukar memahami subjek yang diajar,
tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah, menunggu keputusan peperiksaan dan
tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian kepada pelajaran.

Keadaan tertekan menimbulkan kecelaruan mental dan fizikal seperti stres, kebimbangan, kemurungan,
sakit kepala dan sakit perut (Hall and Torres, 2002; Jas Laile Suzana Jaafar, 1996) serta memberi kesan
terhadap pencapaian akademik (Plucker, 1997). Kecelaruan ini akan menjadi lebih berat apabila
ditambah dengan sumber-sumber stres yang lain. Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak
dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adikberadik, rakan dan saudara mara semasa
menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar daripada kesan-kesan yang aversif (Jas Laile
Suzana Jaafar, 1996; Plucker, 1997; Hall and Torres, 2002).

Secara keseluruhannya tekanan adalah anggapan seseorang terhadap sesuatu peristiwa akan
menentukan samada peristiwa tersebut boleh menjadi tekanan atau tidak. Ini juga bermakna bahawa
sesuatu perkara yang boleh menjadi punca tekanan kepada seseorang tidak semestinya menjadi punca
tekanan kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai