Anda di halaman 1dari 3

SELAMAT PAGI DAN SALAM SEJAHTERA

Yang berusaha Guru Besar, Cikgu Agustine Lim anak Entoi, Yang dihormati barisan
kepimpinan pentadbir sekolah, penolong kanan pentadbiran Cikgu Ilah bin Zaini,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Fadizah binti Adenan, Penolong Kanan
Kokurikulum Cikgu Nebin Nasa, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan rakan-
rakan seperjuangan.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat pencipta kerana dengan izin-


Nya, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

NYANYIAN

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, dan Lagu
Sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk
menyanyikan bersama dengan iringan muzik.

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi.
Semua guru dipersilakan duduk.

Para guru dan murid sekalian,

Pastinya kita tidak lupa untuk mendengan laporan daripada guru yang bertugas.
Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput guru yang bertugas pada minggu ini
iaitu Cikgu ________________ untuk menyampaikan amanat beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih pada Cikgu ______________ atas amanat itu tadi

UCAPAN GURU LAIN (JIKA ADA)

Seterusnya majlis menjemput Cikgu _______________ untuk memberikan ucapan.


Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PENOLONG KANAN (JIKA ADA)

Seterusnya pula majlis menjemput Cikgu ________________, Penolong Kanan


___________ untuk menyampaikan ucapan dan pengumuman beliau. Dipersilakan.

Majlis Mengucapkan terima kasih kepada Cikgu _______________ atas ucapan dan
pengumuman sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Para guru dan rakan sekalian,

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat daripada Guru
Besar. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Cikgu
Agustine Lim anak entoi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru besar, Cikgu Agustine Lim
anak Entoi di atas ucapan beliau sebentar tadi.

IKRAR

Seterusnya, Marilah kita sama-sama melafazkan ikrar rukun negara. Diminta semua
guru dan rakan untuk berdiri tegak dan bersedia. *UP*

MAKA KAMI,

RAKYAT MALAYSIA,

BERIKRAR,

AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT,

BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT ;

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,

KELUHURAN PERLEMBAGAAN,

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

NYANYIAN

Diminta semua warga sekolah berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu
FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH dengan penuh semangat.

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan seperjuangan atas nyanyian sebentar
tadi.

BERSURAI

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita. Mohon ampun dan maaf andai ada
keterlanjuran kata atau susunan Bahasa dan kekurangan itu datangnya daripada
saya sendiri.

Sekianjumpa lagi diminggu hadapan.

Mohon rakan-rakan semua berbaris mengikut kelas masing-masing dan bergerak


masuk ke dalam kelas dengan pantas dan senyap.

Anda mungkin juga menyukai