Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NUR AZRINA BINTI MOHAMMAD ZAWAWI

NO.MATRIK: A15PP0091
TAHUN/ KELAS : 2/SPPH 02
NAMA & KOD KURSUS: PEMAKANAN KOMUNITI
NAMA PENSYARAH : DR. NORNAZIRA BINTI SUHAIROM

Berdasarkan pembacaan jurnal yang berkaitan dengan hubungan diantara literasi


pemakanan serta pengambilan makanan oleh remaja oleh Rimante Vaitkeviciute, Lauren E
Ball dan Neil Harris. Dapat disimpul;kan bahawa pemahaman tentang pemakanan adalah
berkait rapat dengan cara pengambilan makanan dimana didalam jurnal ini ada menjelaskan
bahawa, jika seseorang itu tahu tentang penyediaan makanan atau dalam erti kata lain faham
tentang pemakanan maka cara pengambilan makanan juga berbeza berbanding dengan yang
tidak tahu tentang pemakanan. Menurut kajian yang dilakukan, kebanyakkan indidvidu atau
remaja yang menghidap obesiti ini adalah seorang yang tidak begitu peduli tentang
pemakanan yang baik. Kajian ini juga ada menyatakan bahawa remaja perempuan lebih
memahami tentang pemakanan lebih baik barbanding lelaki namun dari segi pengambilan
makanan ianya amat bertentangan dimana remaja perempuan tidak begitu mengamalkan cara
pengambilan makanan yang sihat berbanding lelaki. Oleh itu, orang awam perlu memainkan
peranan dalam memastikan pemahaman tentang pemakanan ini diambil berat serta diamalkan
bagi mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi jurnal pembangunan literasi kesihatan pemakan khusus dan ujian soal selidik
multidimensi yang disediakan oleh Corinna Krause, Kathrin Sommerhalder, Sigrid Beer-
Borst, Bern/Switzerland. Menerangkan tentang ujian yang dilakukan keatas peringkat umur
dewasa berkaitan dengan pemakanan yang diambil serta tahap pemahaman pemakanan yang
diketahui. Jelas disini menunjukkan pentingnya pemahaman tentang pemakanan yang perlu
diambil tahu oleh masyarakat bagi menjamin kehidupan yang sihat dan aktif. Kajian yang
dijalankan adalah penting bagi mengetahui tahap pengetahuan konsep yang penting dalam
kesihatan diri serta nutirsi pemakanan individu.

Jurnal seterusnya membincangkan tentang maksud literasi makanan dan juga


kompenen yang terdapat didalamnya. Kajian ini ditulis oleh Helen Anna Vidgen dan Danielle
Gallegos. Didalam jurnal ini, helen menyatakan tentang istilah istilah yang berkaitan
dengan pemakanan yang mana sering digunakan didalam dasar atau amalan harian. Didalam
kajian ini, helen menyatakan istilah literasi pemakanan berdasarkan dari dua perspektif yang
berbeza iaitu dari perspektif pakar pemakan serta dari perspektif individu yang mengamalkan
pemakanan. Jika dilihat dari perspektif pakar pemakanan, literasi pemakanan adalah merujuk
kepada cara atau kaedah pengambilan makanan yang baik dari segi nutrisi. Yang mana inya
adalah bagi mengekalkan nutrisi yang baik kepada tubuh manusia. Namun dari perspektif
indidvidu yang mengamalkannya pula adalah berbeza yang mana indidvidu beranggapan
literasi makanan adalah salah satu cara untuk meneruskan hidup dalam erti kata lain
pengambilan makanan tidak perlu bersesuaian dengan pemahaman tentang pemakanan.
Dengan adanya kajian yang dijalankan ini, ianya dapat membantu untuk indidvidu lebih
memenahi tentang istilah literasi makanan yang sebenar dan ianya adalah sebagai salah satu
cara yang mungkin dapat dilakukan bagi memenuhi keperluan tentang pemahaman makanan
itu sendiri.

Berdasarkan jurnal jurnal di telah dibaca, dapat saya rumuskan bahawa pemahaman
yang baik tentang pemakanan adalah sangat penting bagi memenuhi keperluan harian serta
bagi mengekalkan kesihatan yang baik untuk manusia. Dengan pengetahuan tentang
pemakanan ini dapat membantu kita dalam mencegah kadar peningkatan penyakit yang
kronik. Walaupun masih terdapat kekeliruan tentang pemahaman pemakanan namun ianya
masih boleh diubah dan dipraktikkan pada masa masa akan datang. Literasi pemakanan
amat penting bagi seseorang indidvidu itu bagi menentukan kualiti diet yang baik.

Anda mungkin juga menyukai