Anda di halaman 1dari 1

Nor Asyikin Binti Abdullah

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor

Pengarah,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor,
Tingkat 4,Blok A,
Wisma Persekutuan,
Jalan Ayer Molek,
8000,Johor Bahru,
Johor 27 FEBRUARI 2017

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM TAKLIMAT
PEMAKANAN SERTA KHIDMAT KOMUNITI
Merujuk perkara di atas, saya mewakili ahli kumpulan saya merupakan pelajar dari fakulti
pendidikan Universiti Teknologi Malaysia di bawah program sarjana muda teknologi serta
pendidikan ( kemahiran hidup) memohon untuk mengadakan program taklimat pemakanan
serta khidmat komuniti dirumah warga emas dibawah jabatan kebajikan masyarakat.
2. Tujuan kami untuk mengadakan program ini adalah untuk mengetahui tentang cara
penyediaan dan pemakanan warga emas sebelum taklimat dijalankan serta selepas pogram
berlangsung. Kami juga akan mengadakan sedikit khidmat komuniti bersama warga emas
selepas sesi taklimat berakhir. Bersama ini kami nyatakan tarikh dan masa.
Tarikh : 24 April 2017
Masa : 08.00 pagi 12.30 Tengahari
4.Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan
seterusnya meluluskan permohonan ini. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih,

Yang benar,

..................................
(NOR ASYIKIN BINTI ABDULLAH )

Anda mungkin juga menyukai