Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TUGASAN 1

Penulisan Individu

ANALISIS PERKARA YANG MEMBATALKAN DAN MEROSAKKAN IMAN

Nama pelajar : MOHAMED ZULFAKAR JAFNEY BIN ZULKFLI


Angka giliran : 2017162150217
No K.P : 920711-03-5229
Kumpulan/unit : 3 / TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
Kod & mata pelajaran : MPU 2042 PENDIDIKAN ISLAM
Nama pensyarah : PN. JARIYATI BINTI JAHRI
Tarikh serahan : 1 OGOS 2017
Persepsi kehidupan manusia dalam mencapai keredhaan Allah adalah
terkandung dalam rukun yang terbesar dalam pembentukan keunggulan sahsiah
keperibadian islam itu sendiri yakni rukun iman yang enam. Pertama percaya kepada
Allah,percaya kepada rasul,percaya kepada malaikat,percaya kepada kitab,percaya
kepada hari kiamat dan yang terakhir percaya kepada qada dan qadha ini adalah
modul asas pembentukan iman seseorang manusia muslim yang mukmin. Iman
seseorang itu tidak boleh diturunkan untuk anak isteri,kepada anak serta ibubapa.
Iman perlu dicapai untuk melahirkan keperibadian muslim yang mukmin. Dalam
proses mencapai tahap mukmin yang sejati, Allah datangkan ujian untuk menaikkan
tahap keimanan seseorang itu yang mana berdasarkan dakwah Rasulullah S.A.W
yang menjadi nadi penggerak kepada asas islam itu sendiri. Islam membawa rahmat
kepada seluruh ummat tanpa mengira kasta, jantina dan warna kulit. Rasulullah S.A.W
menjadi rujukan bagi setiap permasalah yang timbul. Quran dan hadis menjadi
panduan utama masyarakat muslim. Namun, setelah kewafatan Rasulullah S.A.W,
bibit-bibit perpecahan dalam kalangan ummat islam mula meresap disegenap penjuru
dan permasalahan ini timbul menyebabkan umat islam bercelaru dan masing-masing
cuba memperjuangkan ijtihad tersendiri tanpa mengambil kira ijtihad ulama yang
sahih.
Setelah berlakunya peredaran zaman yang mana pegangan yang sahih ini
semakin dipandang enteng oleh sebilangan masyarakat terhadap fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah telah membawa ancaman besar kepada akidah ummat islam
dewasa ini. Ini menyebabkan ummat islam tidak dapat beramal dengan ajaran islam
yang sebenar sehingga menjurus kepada berlakunya pelbagai masalah sosial dalam
masyarakat. Yang lebih membimbangkan lagi pegangan pada ajaran yang sesat
menyebabkan akidah mereka terpesong sehingga boleh menyebabkan mereka
terkeluar dari Islam.
Mengambil kira di negara kita, Malaysia,fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah menjadi tunggak kepada pegangan akidah muslim di negara ini. Pada 5 Mei
1996, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal
Ugama Islam telah menetapkan bahawa Umat islam di Malaysia hendaklah hanya
mengikut ajaran islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari
segi akidah, syariah dan akhlak. Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan istilah yang
berasal daripada dua perkataan iaitu ahl al-Sunnah dan al-Jamaah yang
bermaksud golongan yang mengikut pegangan atau jalan hidup Rasulullah S.A.W dan
jamaah iaitu para sahabat. Istilah ini dirumuskan oleh para ulama berdasarkan riwayat
hadis. Daripada Abdullah bin Amr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada tujuh puluh dua (72) kelompok.
Manakala ummatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) kelompok di mana
kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1) kelompok. Mereka bertanya: Siapakah
mereka itu wahai Rasulullah? Baginda S.A.W menjawab: Mereka itu adalah golongan
yang berpegang kepada ajaranku dan sahabatku. (Riwayat at-Tirmizi).
Sehubungan dengan ini, seluruh umat islam khususnya di Malaysia yang rata-
rata sangat memahami dengan mendalam tentang pegangan akidah ini haruslah
memandang dengan serius terhadap tersebarnya aktivis serta kelompok masyarakat
yang ingin mengambil jalan mudah dan senang dalam islam dengan menyertai
mereka yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudah pasti
dan jelas menyeleweng dengan ajaran islam yang hakiki. Muslim perlu tahu dan jelas
terhadap kumpulan ajaran sesat ini agar dapat memastikan masyarakat dan keluarga
kita tidak terpedaya dengan tipu muslihat serta idealogi golongan tersebut supaya
bersama mereka. Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
mentakrifkan ajaran sesat sebagai amalan yang diperkenalkan oleh orang islam atau
bukan islam yang mendakwa ianya merupakan ajaran dan amalan islam. Namun,
hakikatnya ajaran yang dibawa mereka jauh bertentangan dengan ajaran islam, al-
quran dan sunnah, mazhab yang muktabar dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Alwi.,
2007).
Jika diteliti ciri-ciri utama ajaran sesat seperti yang telah dijelaskan dengan teliti
oleh (Alwi 2007) adalah mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan hadis selain
mengamalkan akidah yang menyeleweng daripada golongan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Mereka juga mendakwa diri sendiri atau ketua mereka sebagai nabi terakhir
ataupun nabi isa, imam Mahdi dan seumpama dengannya. Tidak cukup dengan itu,
mereka berani memuliakan diri serta pemimpin kumpulan walaupun bercanggah
dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jammah. Mereka turut mempercayai
masih ada wahyu yang diturunkan selepas nabi terakhir sehingga berani mencipta
hukum-hakam baru dalam agama. Selain itu, golongan ini berani memansuhkan dan
menafikan kewajiban tertentu dalam syariat islam. Berdasarkan statistik dari Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan sebanyak 125 ajaran sesat
di Malaysia. Ianya meliputi ajaran sesat yang aktif, kurang aktif dan yang sudah
lenyap. Sebanyak 19 ajaran sesat dilaporkan masih aktif di seluruh Malaysia (A.
Hamid & A. Haris., 2002). Akhbar Sinar Harian yang bertarikh 22 September 2012
telah melaporkan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) mendakwa terdapat 30
ajaran sesat yang berselindung di sebalik pelbagai persatuan. Antara ajaran sesat
yang aktif di Malaysia adalah, fahaman syiah, anti hadis dan serangan isme seperti
kapitalisme, liberalisme, sosialisme, sekularisme dan lain-lain lagi.
Fahaman syiah sebagai contoh, amat mementingkan konsep al-imamah.
Mereka beriktikad bahawa hanya Sayyidina Ali dan keturunan Sayyidatina Fatimah
R.A. berhak memerintah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. (Hassan A., 1980).
Ianya merupakan rukun iman yang terpenting bagi golongan ini sehinggakan sesiapa
yang menolak konsep imamah ini bermaksud imannya tidak sah (Hamat, M. F., &
Ellias, M. S., 2011). Penguatkuasaan undang- undang dengan pengharaman
terhadap penularan ajaran sesat ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan
pergerakan kumpulan ini. Pihak yang melanggar arahan fatwa yang dikeluarkan akan
dikenakan hukuman di bawah seksyen 12 akta 559 dalam Akta Kesalahan Jenayah
Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1957. Apabila kerajaan mengeluarkan sesuatu
fatwa tentang sesuatu perkara,muslim yang bernaung dibawah kerajaan ini harulah
patuh dan peka terhadap perlunya kepada sesuatu penyelarasan untuk mengelakkan
kekeliruan. Kesannya juga dapat dilihat melalui pembubaran kumpulan Darul Arqam
dan sebagainya. Selain mewartakan larangan dan perharaman ajaran sesat dan juga
perlaksanaan hukuman di bawah akta 559, pemantauan oleh penguatkuasa dan polis
juga dipergiatkan dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAI).
Bagi mengelakkan ummat islam mudah terpedaya dengan dakyah golongan sesat,
JAKIM telah mencetak garis panduan untuk memudahkan masyarakat mengenalpasti
ciri-ciri ajaran sesat (Mustafa., 1995).
Parahnya penularan ini boleh menyebabkan banyak masalah yang akan timbul
dalam kehidupan masyarakat seterusnya akan menyebabkan berlakunya perpecahan
sedikit demi sedikit sehingga sampai satu tahap penularan ini sudah tidak mampu
dibendung dan kehancuran akidah akan lebih berleluasa. Jadi, usaha dalam mendidik
masyarakat untuk memahami akidah yang benar amat penting demi menjaga
kelangsungan dan kesucian iman generasi mendatang. Sebaik-baik pendidikan
adalah bermula daripada rumah dengan cara Ibu bapa memainkan peranan utama
dalam mendidik dan menyemai iman anak-anak sejak kecil lagi. Majlis-majlis ilmu
berkaitan dengan akidah perlulah diperluas dan diperdengarkan kepada mereka bagi
membolehkan mereka dapat memahami hakikat akidah yang sebenarnya sebelum
mereka terdedah dengan masyarakat luar. Kesedaran tentang bahayanya ajaran
sesat juga boleh dipupuk melalui program keagamaan yang lebih santai dan menarik
perhatian golongan sasar untuk terus mendalami dan memahami dengan lebih
mendalam.
Selain itu,media massa perlu berperanan bagi meluaskan ajaran islam yang
sahih lagi jelas agar masyarakat dapat menerima berasaskan sumber yang tepat. Di
peringkat sekolah ataupun institusi pengajian tinggi, guru atau pensyarah merupakan
pendakwah yang paling dekat dengan pelajar. Guru sebagai muallim
bertanggungjawab untuk memberi ilmu tentang kefahaman islam yang benar supaya
pelajar-pelajar ini lebih peka tentang kewujudan ajaran yang diambil daripada al-
quran dan as-sunnah. Tidak cukup dengan itu, guru juga bertindak sebagai murabbi
dalam membimbing pelajar untuk beramal sehingga menjadi muslim yang mukmin.
guru juga bertindak sebagai mudarris dan muaddib di sekolah. Ini bermaksud guru
bertanggungjawab mengembangkan kemahiran dalaman dan luaran pelajar dan juga
memupuk akhlak, adab, nilai dan disiplin pelajar bagi membentuk sahsiah yang
seimbang dari segi rohani, jasmani, intelektual dan emosi seterusnya dapat
menghindar para pelajar daripada terpengaruh dengan dakyah kumpulan ajaran
sesat. Pada masa yang sama, tanggungjawab sebagai mursyid juga dipikul oleh
golongan pendidik. Mursyid mengajar dan memimpin pelajar dalam tarbiyyah yang
teratur melalui kerohanian menuju Allah S.W.T.
Kesimpulannya,aktiviti penyebaran ajaran sesat ini semakin menjadi- jadi bak
cendawan tumbuh selepas hujan,namun kita tidak boleh membiarkan ini semakin
menjadi barah dalam masyarakat kita kerana ini boleh merosakkan keseluruhan
kehidupan kita dalam perjalanan yang hakiki. Kita haruslah berusaha untuk
mempertahankan akidah yang benar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semua
pihak haruslah memberi tangan untuk sama-sama mengangkat kembali serta
mempertahankan juga membanteras kerosakan akidah yang berlaku sekarang.
Dalam proses remaja mencari landasan hidup,mereka haruslah mempunyai model
sendiri yakni guru yang mana memegang watak sebagai
muallim,murabbi,mudarris,muaddib serta mursyid kepada generasi ini supaya
mereka lebih terpeliharan untuk kelangsungan hidup bersyariat nanti.
RUJUKAN
Hamat, M. F., & Ellias, M. S. (2011). Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli
Sunnah wal Jamaah. Sumber R&D. Jabatan Agama Islam Selangor.
Akta Kesalah Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1957, (akta 559).
Kerajaan Diminta Siasat Kemunculan Ajaran Sesat, Utusan Malaysia, 25 April 2002.
30 Ajaran Sesat Berselindung di Sebalik Persatuan Tertentu: JMNS, Sinar Harian, 22
September 2012.
Buang, A. H. (2016). Fatwa Ajaran Sesat Dari Sudut Undang-Undang dan Cabaran
Pembanterasannya di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research,
2(1).
Alwi, A. Z. E. (2007). Ajaran sesat: mengenali jalan yang terpesong. PTS Islamika.
Hamid, A., & Haris, A. (2002). Sejarah perkembangan ajaran sesat di Hulu Besut,
Terengganu/by Abdul Haris bin A. Hamid (Doctoral dissertation, University of
Malaya).
Mustafa Hj Daud, Ajaran Sesat di Malaysia: Fanemona, Kesan, Faktor dan
Penyelesaian. Prosiding Kertas Kerja Gejala Sosial, Universiti Utara Malaysia,
1995, hh 317 and 416

Anda mungkin juga menyukai