Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA KURSUS ASAS MEMANAH

1.0 PENGENALAN

Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah

mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai

sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. Bersabda Rasulullah SAW, Kamu

harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. (Riwayat

Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: Nabi SAW melalui satu kawasan di

mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya datuk kamu, Nabi

Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu

kumpulan pemanah). Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW

bertanya: Kenapa kamu berhenti memanah? Jawab sahabat: Bagaimana kami hendak

memanah kamu berada bersama kami. Nabi SAW menjawab: Memanahlah, aku bersama

kamu semua. (Hadis riwayat Bukhari)

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak zaman dahulu. Zaman

dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan

makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai

kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan.

Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar

dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya para guru pelatih IPG

diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik,


2
membimbing dan melatih bakal guru bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Untuk itu, kursus asas memanah ini dilaksanakan sebagai satu langkah awal kepada

bakal guru yang menyertai kursus ini dalam mengenali sukan atau aktiviti riadah yang

dilakukan khususnya memanah ini. Diharapkan agar kursus ini akan memberi sedikit sebanyak

ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai sukan memanah ini yang sememangnya

jarang diberi perhatian oleh para guru pelatih akhir-akhir ini dan ilmu yang diperolehi tersebut

dapat diaplikasikan dan disampaikan kepada orang lain.

2.0 MATLAMAT

Kursus asas ini dilaksanakan dengan harapan agar dapat membina insan guru yang:

2.1 Menerima pendedahan dalam kemahiran memanah.

2.2 Secara tidak langsung akan dapat melahirkan bakal guru yang mempunyai pengetahuan

asas kemahiran memanah.

2.3 Mengembangkan ilmu tentang sukan memanah di kalangan pelajar di seluruh negara

apabila diberi penempatan kelak.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus memanah ini akan dapat :

3.1 Memberi peluang kepada para guru pelatih mendapat pendedahan asas dalam

kemahiran memanah.

3.2 Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan guru pelatih.

3.3 Melahirkan bakal guru yang sekurang-kurang mempunyai pengetahuan asas mengenai

sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di IPG dan sekolah-sekolah.
3
3.4 Memberikan pendedahan sukan memanah dari aspek kemahiran asas, pengurusan,

teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan.

3.5 Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi pensyarah, dan guru-

guru pelatih IPG.

4.0 TARIKH

1 Mac 2014 atau 12 April 2014

5.0 TEMPAT

Bilik kuliah Jabatan PJ dan Padang Hoki dan Padang Bola Jaring IPG Kampus Darulaman.

6.0 JUMLAH PESERTA

32 Orang.

7.0 FASILITATOR

Persatuan Memanah Selangor

8.0 JADUAL KURSUS

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK:

Penaung : Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Pengerusi : 1. Timbalan Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

2. Pengarah,

Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman.

Timbalan Pengerusi : 1. Pensyarah Penasihat Masjid An-Nur,

Ustaz/Ustazah...........

Setiausaha : 1. S/U Rakan Takmir Masjid An-Nur

SDR.......
4

:2. S/U Rakan Takmir Masjid An-Nur

SDRI.......

Penyelaras :

Penolong Penyelaras :

Bendahari : 1.

2.

3.

10.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA:

Pengerusi : Ketua Lajnah Sukan dan Rekeasi Takmir Masjid An-Nur,

SDR.....

Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Lajnah Sukan dan Rekeasi Takmir Masjid An-Nur,

SDRI....

Urusetia : Poniran Bin Salamon

: En. Kamaluddin Bin Mukri

Ahli Jawatankuasa :

a. Peralatan :

b. Perhubungan :

c. Pendaftaran :

d. Perasmian dan Penutupan :

e. Buku Program & Dokumentasi :

f. Pengangkutan :

g. Hadiah & Cenderamata :


5
h. Jamuan :

i. Penginapan :

j. Keselamatan :

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

1. Makan Urusetia RM 10.00 X 18 orang X 3 Hari RM 540.00

2. Minuman latihan RM 6.00 X 50 orang X 3 Hari RM 900.00

3. Kertas Laminat RM 45.00

4. Inkjet Berwarna RM 45.00 X 5 RM 225.00

1. Handle KAP Evolution 11 RM 450.00 X 25 unit RM 10,560.00

2. Limb KAP Evolution 11 RM 432.00 X 25 unit RM 7,260.00

3. Imported Beginner Arrow Quiver RM 200 X 9 dozen RM 2,600.00

4. Imported Beginner Target Sight- ARTEN U.K. RM 69.00X 25 RM 1,518.00

5. Jazz Point Easton RM 38.00 X 10 dozen RM 380.00

6. Nock RM RM 23.00 X 10 dozen RM 230.00

7. Fletchers RM 23.00 X 10 paket RM 230.00

8. Target Butt 125cm RM 482.00 X 10 RM 4,820.00

9. Target Face 122cm RM 20.00 X 20 RM 400.00

10. Target Face 80cm RM 16.00 X 10 RM 160.00

11. Target Face 60cm RM 12.00 X 10 RM 120.00

12. Target Face 40cm RM 10.00 X 10 RM 100.00

13. Finger Tap RM 20.00 X 25 RM 500.00

14. Arm Guard RM 12.80 X25 RM 320.00

15. Chest Guard RNM 24.60 X 25 RM 615.00

16. Markaman Soft Bow Case RM 56.00 X 25 RM 1,400.00


6
17. Bow Stand RM 40.00 X 25 RM 1000.00

18. CD 1 Kotak RM 50.00

19.Cartel T Gauge RM 23.00 X 8 RM 368.00

20. Stretching bend RM 45.00 X 15 unit RM 450.00

21.Target Stand RM 79.00 X 10 RM 790.00

22. String RM 18.00 X 30 RM 450.00

23. Fletching Jig RM 245.00 X 8 RM 1960.00

24. Fletchtipe Gum RM 22.00 X 10 RM 220.00

25. Tool Box dan lain-lain alatan RM 100.00

Jumlah RM 38,311.00

* Senarai harga alatan ada dilampirkan

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus pengenalan asas memanah ini, akan
membolehkan ke semua Institut Perguruan Malaysia akan melaksanakan Gerko Memanah di
institut masing-masing. Diharapkan juga di kejohanan kagum dua tahun akan datang akan ada
pertandingan memanah.

Disediakan oleh:

(PONIRAN BIN SALAMON)


Setiausaha,
Kursus Kejurulatihan Asas Memanah,
Bahagian Pendidikan Guru,
D/A, IPTI. Johor Bahru, Johor.
7

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG


IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA
KURSUS KEJURULATIHAN ASAS MEMANAH

ANJURAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


DENGAN KERJASAMA
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG
IBRAHIM
JOHOR BAHRU,JOHOR.

PADA
27 HINGGA 30 OGOS 2006

TEMPAT
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG
IBRAHIM,
JOHOR BAHRU.
9
10
Aturcara Majlis Taklimat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pegawai BPG
3. Taklimat Bahagian Penginapan
4. Taklimat perjalanan kursus

Aturcara Majlis Penutupan :

1. Bacaan Doa
2. Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus
3. Penyampaian Cenderahati kepada fasilitator
4. Ucapan penutupan kursus

Anda mungkin juga menyukai