Anda di halaman 1dari 2

NAMA PESERTA : AISYAH WARDINA BT NOOR AZHAR SEKOLAH :

SK PENGKALAN, LAHAT TAJUK : SINGA YANG


SOMBONG Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam
Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk Singa yang Sombong. Yang terlena, sedar-
sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-
fikirkan. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.
Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu
hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas
lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam.
Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa
yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana
hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu jawab
haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan kata Sang
Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-
kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan lain
ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya,
siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana
tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-
sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba
itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai Singa yang zalim.
Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata Tebuan
dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu
sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi
dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu
yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah, kalau
engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan
terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia
masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia
bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan.
Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama
kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian
tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak
semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita
tidak boleh bersikap malas berusahalah 3. Kita mesti berusaha jika
ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.. Sekian,
terima kasih.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai