Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Keratong 10


26700 Muadzam Shah Tel : 09-44331767
Pahang Darul Makmur Email : cba8037.skk10@gmail.com

Ruj. Kami : SKK10.700-4/3/2 (01)


Tarikh : 16 JANUARI 2023

Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin


Polis Diraja Malaysia
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN POLIS PENGIRING BAGI PENGELUARAN WANG TUNAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah akan membuat pengeluaran wang tunai untuk
pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2023 kepada murid seperti ketetapan
berikut :-

Tarikh : 18 Januari 2023 (Rabu)


Masa : 9:30 pagi
Tempat : Maybank Muadzam Shah

3. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membenarkan seorang
anggota polis pengiring untuk mengawal keselamatan sewaktu proses tersebut.

4. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan.Keprihatinan pihak tuan kami dahului


dengan ucapan terima kasih.

Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MAR SANI BIN MOHAMAD)


Guru Besar
SK Keratong 10

Anda mungkin juga menyukai