Anda di halaman 1dari 7

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru


Pendahuluan.

Dasar bukan sesuatu yang neutral dan statik kerana motif tersiratnya berkait dan
bersandar sama ada pada politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi, estetika atau etika.
Dasar secara amnya membawa maksud asas, resam, tunjang atau teras kekuhan perkara
atau objek. Dalam konteks politik dan pentadbiran negara, dasar bermakna ketetapan atau
keputusan yang diajukan oleh penggubal dengan beberapa tujuan besar yang
merangkumi mendisiplinkan rakyat, memperbaiki perkhidmatan dan kebajikan untuk
rakyat, menyelesaikan masalah yang melanda rakyat dan membuat inovasi serta
pembaharuan. Dasar-dasar kerajaan wujud akibat untuk mengisi keperluan manusia yang
berbagai-bagai. Terdapat seribu satu macam dasar yang digubal oleh kerajaan dan swasta
untuk mengisi keperluan manusia dan seterusnya untuk mengatur dan mengawal manusia
dan untuk membangunkan masyarakat. Penggubalan dasar terpengaruh dengan realii
sekitar dan trend pemikiran antarabangsa tentang berbagai-bagai isu pembangunan. Bagi
bidang pendidikan, penggubalan dasar merangkumi segala pengalaman kehidupan dalam
pelbagai bidang. Oleh itu, dasar-dasar pendidikan menyentuhi berbagai-bagai perkara dan
bidang kehidupan yang menggambarkan aspirasi manusia dan keperluan masyarakat dari
masa ke masa.

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan


masyarakat secara plural melalui amalan pecah dan perintah. Pihak British
menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Pertambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara
kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar (Ismail Said, 2010).

1
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

Selepas adat perukunan hidup bermasyarakat diasaskan oleh kerajaan, maka


tumpuan utama dan segera turut diberikan kepada penggubalan dan pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) pada tahuan 1970. Penggubalan DEB berasaskan tanggapan
bahawa kelemahan ekonomi orang Melayu dan peribumi disebabkan oleh dasar
penindasan kolonial dan kapitalis Inggeris yang yang mengaut hasil timah, balak dan
hasil ladang yang kemudiannya rangkaian perniagaan dan perindustrian dalam ekonomi
diambil alih dan dikawal oleh saudagar-saudagar Cina yang berpusat di bandar-bandar.
Orang Melayu elit dan terpelajar merasakan bahawa kedudukan ekonomi dan juga politik
orang Melayu dan peribumi dalam keadaan kritikal. Pemimpin kerajaan percaya bahawa
keadaan ekuiti ekonomi yang senget inilah menjadi faktor yang menjadikan kebencian
dan perselisihan kaum pada 13 Mei 1969. Andaian ini ada kebenarannya iaitu terdapat
jurang besar dari segi kemajuan prasarana sosial dan ekonomi antara bandar dengan luar
bandar .

DEB merupakan satu rangka rancangan yang panjang yang mencakupi tempoh
selama 20 tahun (1970-1990). Ini merangkumi 4 rancangan lima tahun Malaysia iaitu
Rancangan Malaysia 2 (1971-1975), Rancangan Malaysia 3 (1976-1980), Rancangan
Malaysia 4 (1981-1985) dan Rancangan Malaysia 5 (1986-1990) (Adnan Baharom, Anas
Suray & Haji Daud, 2009).

Rasional penubuhan Dasar Ekonomi Baru

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua
keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula mendapati kaum Melayu 68.4%, lain-lain kaum 44.8%,
India 39.2% dan Cina 26%. Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad
yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah
didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 didapati
peratusan tertinggi adalah pemilikan warganegara asing iaitu 61.7% dan peratusan
terendah adalah agensi amanah iaitu serendah 1.7% sahaja. Ketidakseimbangan yang

2
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

ketara ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat
yeng merupakan penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat
daripada peristiwa ini, DEB dilancarkan oleh kerajaan untuk membetulkan
keidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di antara kaum (Ismail Said, 2010).
Penggubalan DEB mempunyai dua matlamat besar iaitu pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi (Mok Soon Sang, 2004).

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

Matlamat utama dalam DEB adalah menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut
sektor-sektor ekonomi (Mok Soon Sang, 2010). Kemiskinan adalah sebab utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Maslaah ini bukan sahaja
terdapat di luar bandar tetapi juga bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan
negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan
paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang terumpu kepada aktiviti pertanian
tradisional (Ismail Said, 2010). Matlamat utama ini dijalankan dengan cara meningkatkan
pandapatan rakyat melalui projek-projek pembangunan pertanian dan perikanan oleh
agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, FAMA dan MARDI. Tanah-tanah
rancangan pertanian besar-besaran telah dibuka di kebanyakan negeri bagi meningkatkan
hasil pertanian negara dan juga hasil pendapatan rakyat. Subsidi pertanian berupa benih,
baja, racun dan pagar juga dibekalkan oleh kerajaan untuk rakyat luar bandar. Selain itu,
prasarana asas sosial seperti jalan raya, klinik, air paip, elektrik, telefon dan sekolah-
sekolah telah dibina oleh kerajaan di semua daerah untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat (Sufean Hussin, 2002).

Usaha telah dijalankan dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi


dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
a. Dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur memandangkan terdapat diskriminasi sektor pekerjaan mengikut

3
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

kaum. Pengangguran yang tinggi akan menyebabkan kadar kemiskinan yang


berterusan dan sekaligus memberikan kesan yang negatif kepada negara.
b. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Hal ini dapat membantu
rakyat meningkatkan hasil pendapatan agar tidak terus berada di takuk yang
lama.
c. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum di kawasan bandar
dan luar bandar dan antara wilayah. Pengurangan perbezaan pendapatan ini
dapat mengurangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terutama
dalam kalangan kaum Melayu yang merupakan kaum termiskin.
d. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Rakyat akan merasa hidup
yang lebih selesa dan mempunyai keyakinan serta semangat yang tinggi dalam
memajukan diri dan sekaligus memajukan ekonomi negara.

Kadar kemiskinan telah menunjukkan penurunan bagi semua kaum dalam tahun
1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia contohnya
kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3% dalam tahun 1970 kepada 17.3% dalam
tahun 1987 (Ismail Said, 2010).

Penyusunan semula masyarakat

Matlamat kedua dalam DEB ialah penyusunan semula masyarakat iaitu dengan
mewujudkan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihannya yang adil dan saksama di
antara rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2010). Ianya merupakan strategi bagi
mengimbangi ekuiti ekonomi antara kaum dan antara firma tempatan dengan firma
antarabangsa merupakan matlamat dalam penyusunan semula masyarakat. Untuk
menjayakan perkara ini, kerajaan bertindak sebagai pelabur besar yang membina
syarikat-syarikatnya sendiri yang memproses getah, sawit, kelapa, baja, gula, petroleum,
balak dan timah serta firma-firma perkhidmatan dalam hal ehwal penerbangan,
perkapalan, elektrik, air dan telefon. Syarikat-syarikat kerajaan ini akan diswastakan

4
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

kepada kaum peribumi dan Melayu atau dikorporatkan dengan tawaran saham awam
(Sufean Hussin, 2002).

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula DEB, strategi berikut telah


disusun:
a. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
proses memodenkan kawasan luar bandar.
b. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktut guna tenaga yang
terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan
ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum.
c. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
d. Membantuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapa membentuk dan
memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi
seperti Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Amanah Saham Nasional.
e. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah baru seperti Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara (DARA),
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan sebagainya.

Pembangunan bandar dan penyusunan semula masyarakat didapati jumlah


penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya , komposisi penduduk
Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3% pada
tahun 1985 kepada 44% pada tahun 1988 (Ismail Said, 2010) .

Penutup

Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian


kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara
yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang

5
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.


Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya
malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor
swasta. Perpaduan negara hanya dapat dicapai dengan wujudnya perseimbangan yang
lebih memuaskan antara kumpulan-kumpulan masyarakat dan kaum-kaum di Malaysia
dengan penyertaan mereka di dalam semua bidang pembangunan negara supaya bersama-
sama menikmati faedah-faedah daripada pembangunan dan kemajuan negara. Di samping
itu, setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan kelima-lima Prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan agar perpaduan yang dikecapi kini akan senantiasa menjadi milik kita.

6
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) 2010:Dasar Ekonomi Baru

Bibliografi

Adnan Baharom, Anas Suray & Daud Mohamad Saman (2009). Panduan Lengkap
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

Ismail Said (2010). Perkembangan Sejarah Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Selangor.

Mok Soon Sang (2010). Kursus Induksi Perkhidmatan Awam dan Kenegaraan.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

Mok Soon Sang (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan
Guru Bahagian I: Kompetensi Profesional. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selangor.

Sufean Hassan (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori da Analisis.


Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sufean Hassan (1993). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai