Anda di halaman 1dari 7

MEMAHAMI PENUKARAN IP ADDRESS

Penulis : Ahmad Zairazi Bin Shabudin


Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian : Bahagian Pengurusan Rangkaian, Unit Rangkaian Staf

Pengenalan

Memahami Penukaran IP Address Dari Binary Ke Decimal Dan Juga Penukaran Dari Decimal
Ke Binary Adalah Konsep Penting Dalam Design Rangkaian Anda

Membuat design infrastrucktur rangkaian komputer dalam suatu organisasi tidak lepas dari
pemahaman masalah IP address, bagaimana melakukan penukaran IP address dari binari
kepada decimal dan sebaliknya.

Kelas IP Address
Setiap Class IP address meliputi pembahagian antara network ID dan host ID . Kita juga harus
tahu mana bahagian dari network IP dan mana bahagian dari host.
 Class A - 1 byte untuk network, 3 bait untuk (16,777,214) hosts
 Class B - 2 byte untuk network, 2 byte untuk (65,534) hosts
 Class C - 3 bait untuk network, 1 byte untuk (254) hosts
 Class D - digunakan untuk multicast
 Class E - dicadangkan untuk experiment
Address Network dan address host

Pendaftaran IP address
Seperti diketahui bahawa TCP / IP adalah protokol yang digunakan dalam komunikasi pada
internet. Internet menghubungkan hosts dan rangkaian diseluruh dunia kedalam
suatu sambungan internetwork yang besar. Setiapdevice pada rangkaian memerlukan suatu IP
address yang unik, sehingga tidak saling konflik. Group berikut adalah yang bertanggungjawab
dalam pendaftaran IP address public.
 American Registry for Internet Numbers (ARIN) untuk wilayah Amerika utara dan selatan,
caribian, dan Afrika - Sahara
 Reseaux IP Europeens (RIPE) - untuk wilayah Eropah
 Asia Pacific Network IUnformation Center (APNIC) untuk wilayah Asia Pacific
APNIC memberikan beberapa blok IP address kepada ISP, dan anda boleh mendapatkan IP
address public dari ISP anda. Semua rangkaian yang ingindisambungkan ke dalam rangkaian
internet perlu mendapatkan IP address public sekurang-kurangnya dari ISP di mana kita
melanggan Internet. Perlu diingat bahawa jika kita mendapat IP address dari ISP, maka jika kita
berganti ISP - berganti pula IP yang kita daftarkan.
Private IP Address
Dan Jika anda ingin membina suatu rangkaian private akan tetapi tidak boleh dihubungkan ke
internet maka anda bebas menggunakan IP address mana saja dan tidak perlu didaftarkan ke
Internet. Akan tetapi untuk rangkaian private kita gunakan IP private sebagai berikut:
class Type start Address end Address

class A 10.0.0.0 10.255.255.254

class B 172.16.0.0 172.31.255.254

class C 192.168.0.0 192.168.255.254

Penukaran Binary ke Decimal


IP address dapat direpresentasikan kepada 2 cara:

 Decimal (misal 131.107.2.200)


 Binary (misal 1000 0011. 01101011. 00000010. 11001000)
Manusia menggunakan IP address dengan menggunakan format nombor bertitik seperti
131.107.2.200, sementara computer secara dalaman menggunakan system binary untuk
berkomunikasi antara hosts.

Jangan meremehkan kemampuan anda untuk melakukan penukaran dari decimal ke binari atau
sebaliknya. Kemampuan ini sangat berguna sekali untuk membuat custom network address
pada rangkaian anda.

Jadual penukaran decimal - binary


Table berikut adalah penanda aras untuk menukar decimal ke binari. Baris pertama adalah
kedudukan bit yang dari kanan menuju ke kiri bermula dari nilai 0 hingga 7. Posisi bit pertama
dengan nilai 0 dan sampai kedudukan bit terakhir (kedudukan ke 8) dengan nilai 7. Sementara
nilai bit hanya 1 atau 0 sebagai bilangan binary.

Katakan pada kedudukan bit ke 4 dengan nilai bit 1 mempunyai nilai decimal (2 pangkat 3) = 8,
dengan rumusan:
2 pangkat (n - 1) dimana n adalah kedudukan bit
Pada kedudukan bit ke 8 dengan nilai bit 1 mempunyai nilai decimal (2 pangkat 7) = 128 dst.

Table Penukaran Perduaan ke Desimal


Sebagai pedoman yang perlu kita hafalkan adalah angka 128 di sebelah kiri bawah table,
kedudukan bit ke 8 dengan bit value 1 adalah 128 (2 pangkat 7).Untuk kedudukan bit ke 7 bagi
saja dengan dua keputusan tadi jadi (128/2) = 64, kedudukan bit ke 6 (64/2) = 32 dan
seterusnya.

Dengan table ini akan sangat memudahkan kita untuk menukarkan nilai decimal ke
binari. Katakan saja untuk IP address dalam bentuk binary berikut:

11000000. 10101000. 11001000.11111110

Kita boleh mulai dari octet pertama 11000000, dengan melihat table diatas maka kita boleh
mengira nilai decimalnya sebagai berikut.

kedudukan 8 7 6 5 4 3 2 1
bit

1 1 0 0 0 0 0 0
nilai bit

128 64 0 0 0 0 0 0
decimal

Nilai decimal di baris terakhir jumlahkan, maka binary 11000000 nilai decimalnya adalah (128 +
64) = 192
Untuk octet ke dua 10101000, dengan melihat table diatas kita boleh hitung nilai decimalnya
sebagai berikut.

kedudukan 8 7 6 5 4 3 2 1
bit

1 0 1 0 1 0 0 0
nilai bit

128 0 32 0 8 0 0 0
decimal

Nilai decimal di baris terakhir jumlahkan, maka binary 10101000 nilai decimalnya adalah (128 +
32 + 8) = 168

Untuk octet ke tiga 11001000, dengan melihat table diatas kita boleh hitung nilai decimalnya
sebagai berikut.

kedudukan 8 7 6 5 4 3 2 1
bit

1 1 0 0 1 0 0 0
nilai bit

128 64 0 0 8 0 0 0
decimal

Nilai decimal di baris terakhir jumlahkan, maka binary 11001000 nilai decimalnya adalah (128 +
64 + 8) = 200

Untuk octet ke empat 11111110, dengan melihat table diatas kita boleh hitung nilai decimalnya
sebagai berikut.

kedudukan 8 7 6 5 4 3 2 1
bit

1 1 1 1 1 1 1 0
nilai bit

128 64 32 16 8 4 2 0
decimal

Nilai decimal di baris terakhir jumlahkan, maka binary 11111110 nilai decimalnya adalah (128 +
64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2) = 254
Akhirnya kita dapatkan nilai binary 11000000. 10101000. 11001000.11111110 sama dengan
192.168.200.254 dalam bentuk decimal.

Penukaran Decimal ke Binary


Terbalikan dari diatas, penukaran dari binary ke decimal boleh dijelaskan dengan menggunakan
table berikut ini, dengan masih merujuk pada table penukaran diatas. Contohnya adalah
penukaran IP address 218.132.10.55 kedalam format bisanry boleh dijelaskan sebagai berikut.

Penukaran IP address perpuluhan ke perduaan


Untuk nombor decimal pada octet pertama 218, kurangkan 218 dengan 128. Jika boleh
dikurangkan, maka pada kedudukan bit ke 8 nilai binary nya adalah 1, dan baki pengurangan =
(218-128) = 90.

Diantara pada kedudukan bit ke 7, kurangkan baki tadi (90) dengan 64, kerana boleh
dikurangkan nilai bit kedudukan ke 7 adalah 1, dan baki pengurangan adalah (90-64) = 26.

Beralih ke kanan lagi ke kedudukan bit ke 6, kurangkan angka baki tadi (26) dengan angka 32,
kerana tidak boleh dikurangkan (minus) maka kedudukan bit ke 6 adalah angka binari 0.

Tukar lagi ke kanan ke kedudukan bit ke 5, kurangkan angka baki 26 dengan angka 16. Kerana
boleh dikurangkan maka kedudukan bit ke 5 adalah 1.
lihat ke kanan lagi ke kedudukan bit ke 4, kurangkan angka selebihnya tadi (10) dengan angka
8, kerana boleh dikurangkan maka kedudukan ke 4 adalah nilai bit 1.

Lihat lagi ke kanan ke kedudukan bit ke 3, kurangkan angka sisa (2) dengan angka 4, kerana
tidak boleh maka kedudukan bit ke tiga ini adalah 0.

Slaid lagi ke kanan ke kedudukan bit ke 2, kurangkan angka sisa tadi (2) dengan angka 2,
kerana boleh dikurangkan maka kedudukan bit ke dua ini adalah 1. Dan untuk kedudukan bit
terakhir ke 1 adalah angka sisa pengurangan kedudukan bit ke 2, iaitu 0, tidak ada baki. Jadi
nombor decimal 218 = 11011010

Anda boleh menyelesakan dengan cara yang sama untuk nombor decimal 132, 10, dan 55
seperti pada contoh table diatas. Sehingga akhirnya berjaya ditemui nombor decimal IP address

218.132.10.55 adalah 11011010. 10000100. 00001010. 00110111

Jika anda sudah memahami konsep diatas, untuk lebih dan cepat gunakan saja kalkulator
scientific atau yang ada di komputer anda dalam format scientific.Sebenarnya memang perkara
yang merumitkan bagi menyelesaikan hal ini bagi anda memahami FSMO dalam konsep
windows 2003 ataupun memahami pengiraan subnet mask dan design IP address pada
rangkaian anda .
Semoga perkongsi ini memberi manfaat kepada anda.

Salam,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai