Anda di halaman 1dari 17

PENYATAAN MASALAH

OBKEKTIF KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat
resam dan budaya masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini
lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa kanak-kanak dalam
membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini
terbahagi kepada lima iaitu:

1. pendidikan agama
2. madrasah
3. pendidikan istana
4. penglipur lara.
Pendidikan agama
• Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula
mendapat pendidikan agama. Pendidikan agama disampaikan oleh
guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu, pendidikan
agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid.
Sebahagian besar daripada guru agama ini mengajar menyampaikan
pengajarannya di surau atau masjid. Pada masa yang sama, guru
agama itu menjadi imam kampung di mana dia menyampaikan
pendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-
mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman.
Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju
kerana penghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah.
Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad telah
mengasaskan sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku
kekacauan di Patani, lebih ramai lagi alim ulama berpindah ke
Terengganu dan Kelantan.
Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah
Arab telah di bina di merata tempat di Tanah Melayu. Kedah, Perak,
Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-tempat di mana
terdapat banyak sekolah pondok muncul.
Madrasah
Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas
dan teratur. Madrasah menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-
ajaran reformis dari Asia Barat.
Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga
dikendalikan. Mata pelajaran seperti perdagangan, kira-kira dan cara
tanaman padi serta membuat sabun juga diajar di madrasah. Walau
bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada
pengajaran agama Islam.
Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di
Madrasah al-Masyhur,Pulau Pinang dan Madrasah di Kota Bharu. Para
lulusan dari madrasah-madrasah tersebut boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar, Mesir atau Masjidil-Haram,
Makkah.
Pendidikan Istana
Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam
mula dipelajari oleh golongan istana. Lazimnya sultan akan
menyediakan satu ruangan di istana bagi membolehkan pengajaran
agama Islam disampaikan.
Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan pengajaran di istana
juga digalakkan menterjemah buku-buku bahasa Arab kepada bahasa
Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa pengantar yang
digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana
kebanyakan kitab dalam bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa
Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Arab juga diajar.
Penglipur Lara
Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai
penglipur lara. Dia berupaya bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai
pendengar tetapi ramai daripada mereka adalah buta huruf. Lantaran itu,
cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam bentuk tulisan.
Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan
dia menceritakan semula kepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain.
Melalui cara ini, cerita-cerita itu disampaikan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain.
Cerita-cerita yang disampaikan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada
yang mengisahkan raja,pahlawan terkenal dan haiwan. Unsur-unsur dongeng
diserapkan ke dalam sesetengah cerita tersebut. Selain itu, penyerapan nilai-
nilai murni ke dalam cerita-cerita bertujuan mempengaruhi tingkah laku
pendengarnya.
SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH
• Sekolah Agama
Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang
campur tangan. Ini kerana pihak British tidak ingin campur tangan
dalam hal-hal agama dan adat resam orang-orang Melayu. Dengan itu,
pihak British tidak terlibat dalam pengelolaan dan pengendalian
sekolah-sekolah agama.
Sekolah Pondok
Sistem pendidikan pondok didapati lebih tersusun dan teratur jika
dibandingkan dengan pendidikan agama di rumah atau surau. Pada
awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak didirikan di Kelantan,
Terengganu dan Kedah.
Perkataan ‘pondok’ sebenarnya berasal daripada perkataan Arab
yang bermakna rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar. Akan
tetapi di Tanah Melayu, pondok membawa makna sebuah institusi
pendidikan agama Islam bersendirian serta mempunyai asrama.
Sekolah Vernakular
Sepertimana yang telah disebutkan, dasar pemerintahan British di
Tanah Melayu ialah ‘pecah dan perintah’. Dengan itu sikap seperti ini
menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selain daripada
sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut ialah sekolah
vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil
dan sekolah Inggeris. Sekolah vernakular bermakna sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran.
SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS ZAMAN BRITISH
Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem
pendidikan turut berubah. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan
adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini memberi jaminan bahawa
kanak-kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam
tempoh enam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan mengakui
pendidikan sebagai satu hak asasi bagi semua penduduk Negara kita.
Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuran
persekolahan. Ini bermakna masih ada lagi kanak-kanak yang tidak
berpeluang ke sekolah disebabkan kemiskinan.
Kaedah Kajian:

• Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul


maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini
antaranya adalah:
1. Kaedah Temubual:
Kaedah Temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi
adalah tepat dan benar merujuk kepada tempat kajian. Selain itu…..
Kaedah ini juga boleh membantu …….
Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah ….
Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah … Beliau telah d
itemubual pada.. di kediamanan beliau di alamat ...
• 2. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
Saya turut merujuk akhbar-akhbar untuk memastikan
kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan
perpustakaan dipilih kerana maklumat yang diperolehi
adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih
daripada akhbar-akhbar yang boleh dipercayai.
Selain itu,saya turut merujuk majalah berkaitan……... untuk
memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah Majalah
dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan
benar merujuk oleh sumber yang boleh dipercayai.
Disamping ianya menerangkan secara terperinci tentang
maklumat yang diperlukan untuk menerangkan
tentang………...
Rujukan (cara penulisan format yang betul rujuk
soalan)
• Internet
http://www.theborneopost.com/2015/09/03/14
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

• Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
• Orang Sumber:
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai