Anda di halaman 1dari 49

\

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha
saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik


Vasuthevan yang sentiasa memberi ingatan, dorongan dan prihatin dengan
perjalanan penulisan kerja kursus saya. Kedua ibu bapa, Encik Mohmad Ayob bin
Samani dan Puan Normah binti Sambang yang sering memberi dorongan, sokongan
dan kasih sayang yang tidak bertepi. Keluarga yang sentiasa menyokong tanpa jemu.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari
segi sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi
perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat
jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini.

Akhir sekali untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam pengumpulan maklumat dan data untuk penyiapan kerja kursus
ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas semua jasa-jasa baik kalian ini.
Moga Allah S.W.T. sentiasa melindungi kalian.

1
Dalam kehidupan bermasyarakat, manusia selaku agen perubahan sosial
biasanya tidakdapat hidup secara bersendirian. Setiap urusan harian sama ada yang
bersifat formal atau tidak formal yang dilakukan oleh manusia pasti akan melibatkan
komunikasi sama ada komunikasi lisan atau komunikasi bukan lisan.

Istilah komunikasi itu sendiri sangat abstrak dan mempunyai pelbagai tafsiran.
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communication yang bererti
berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada
perkongsian untuk mewujudkan satu persefahaman dalam komunikasi. Takrif mudah
bagi komunikasi yang dilihat daripada perspektif penyebaran ialah komunikasi
merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada
seseorang denagn menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukan oleh
Theodorson & Theodorson (1969). pengertian konsep komunikasi daripada perspektif
penyebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan
kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu
kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian
makna dan maklum balas. Definisi khusus berdasarkan Kamus Dewan (2005) ialah
perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan mengadakan perhubungan
berbincang, bertukar-tukar fikiran atau menyampaikan maklumat. Komunikasi boleh
dikategorikan kepada dua iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan
(non-verbal). Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea
secara lisan daripada seorang individu kepada individu yang lain, manakala
komunikasi bukan lisan adalah penyampaian mesej melalui gerak isyarat atau
bahasa badan.

Komunikasi lisan ialah satu proses komunikasi yang melibatkan suara dan
penggunaan perkataan. Komunikasi ini dikategorikan kepada tiga iaitu intonasi suara,
kejelasan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan. Setiap perkataan yang
diucapkan hendaklah selari atau sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek
muka dan gerak mata. Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga
komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan
dalam telefon, atau tele-sidang. Tiga kategori komunikasi bukan lisan pula
merangkumi ekspresi muka, kontak mata dan sentuhan.

2
Manakala komunikasi bukan lisan berlaku tanpa menggunakan sebarang
perkataan. Kandungan yang hendak disampaikan mungki memnerikan maksud
tersirat kemudian sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
Komunikasi bukan lisan boleh terbahagi kepada banyak aspek contohnya seperti
melalui pergerakan mata, badan, mimik muka, dan lain-lain yang tidak melibatkan
perkataan atau suara. Setiap pergerakan yang berlaku mampu memberi maksud
tersirat yang tertentu dalam menyampaikan sesuatu maklumat, arahan atau respon
kepada sesuatu perkara.

Salah satu contoh komunikasi lisan dan juga boleh dikategorikan sebagai
komunikasi bukan lisan (bertulis) ialah ucapan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat mendefinisikan ucapan sebagai apa yang diucapakan, perkataan (kata-kata)
yang diucapkan atau dilafazkan oleh seseorang individu. Ucapan juga merupakan
kata-kata yang mengandungi harapan, selamat, penghargaan dan sebagainya.
Ucapan adalah salah satu cara komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maklumat
iaitu berfungsi sebagai komunikasi lisan apabila merupakan satu kegiatan
melafazkan kata-kata sama ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara
terbuka kepada sekumpulan orang. Manakala juga boleh dikategorikan sebagai
komunikasi bukan lisan atau bertulis apabila skrip ucapan ditulis dalam perkataan dan
menjadi bahan bacaan atau bahan rujukan kepada pembaca sebagai contoh ucapan
yang menarik dan sesuai digunapakai. Walaubagaiamanapun, ucapan ini lebih
tertumpu sebagai komunikasi lisan dalam bidang Bahasa Melayu. Pelbagai contoh
ucapan yang boleh diguna seperti ucapan perasmian, ucapan perpisahan, ucapan
takziah, ucapan hari jadi, ucapan di perhimpunan rasmi sekolah dan majlis-majlis
istimewa yang diadakan di sekolah atau institusi. Memberi ucapan bukan semudah
yang disangka dan pelbagai cabaran serta dugaan sebelum, semasa dan selepas
yang mampu dihadapi oleh si pengucap. Ini kerana ucapan merupakan proses
komunikasi dalam pemindahan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain maka
memerlukan teknik dan cara yang berkesan untuk menghasilakn sebuah komunikasi
yang berkesan.

3
FORMAT UCAPAN

1. Pengenalan

Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada


karangan jenis syarahan dan ceramah. Kata-kata sambutan hendaklah mengikut
protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Dimulakan dengan taraf
kedudukan hadirin yang paling tinggi.

2. Isi

Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan,nasihat,


peringatan dan perangsang kepada hadirin.Isi dimulakan dengan ucapan terima
kasih, menyatakan tujuan ucapandan disusuli dengan isi-isi ucapan. Kata-kata
penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati
sekalian. Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau
peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

3. Penutup

Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulandan


disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya
tokoh yang diraikan.

Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi dan kata-kata indah

4
Terdapat empat jenis ucapan yang perlu diketahui. Pertama, ucapan spontan.
Situasi ini berlaku apabila orang yang berucap diminta untuk menyampaikan ucapan
secara tiba-tiba dan tidak dirancang serta tanpa teks yang disediakan. Ucapan ini
disampaikan tanpa apa-apa persediaan awal dan dalam keadaan terpaksa dalam
erti kata lain. Ucapan jenis ini akan memberi cabaran kepada orang yang berucap
dan memerlukan tahap keyakian yang tinggi supaya dapat meraih minat khalayak
untuk mendengar dan tanpa mereka sedar bahawa ucapan tersebut adalah secara
tidak dirancang terlebih awal. Ucapan jenis ini juga akan menjadi kelebihan kepada
pemidato atau pengucap yang berpengaaman namun amat sukar bagi yang baru
berjinak-jinak dengan pengucapan.

Jenis kedua, ucapan ekstemporanas aiaitu ucapan yang disampaikan juga


secara spontan namun pengucap telah bersedia lebih awal dan sudah dimaklum
terlebih dahulu. Persediaan dari segi mental, emosi dan idea yang sudah dirangka
memudahkan pengucap untuk bersedia dengan lebih awal. Ucapan ini lebih merujuk
kepada rangka isi kandungan dan hanya menggunakan kata kunci untuk
memudahkan pengucap memberikan ucapannya. Pengucap biasanya mempunyai
nota ringkas sebagai rujukan pantas namun ada juga mereka ini yang mampu
merangka menggunakan daya mengingat yang kuat apabila menyampaikan isi
kandungan ucapan.

Jenis ucapan seterusnya ialah ucapan manuskrip. Menerusi kaedah ini orang
yang berucap hanya membacakan teks ucapan yang telah disediakan dan sesekali
mengekalkan hubungan interaksi mata dengan audien. Biasanya teks yang tersedia
dapat mengelak manipulasi pihak tertentu terhadap ucapan tersebut sehingga boleh
memberikan kesan buruk kepada si pengucap kerana apa yang disampaikan olehnya
adalah apa yang ditulis dan tersedia di dalam teks. Kaedah jenis ini sering
digunapaka oleh orang kenamaan seperti Perdana menteri, Seri paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Jenis ucapan ini lebih tersusun dan teratur
kerana ayat-ayat yang digunakan dalam teks yang telah diolah adalah dengan gaya
bahasa dan laras bahasa yang sesuai mengikut bentuk ucapan yang hendak
disampaikan kepada pendengar.

Akhir sekali, ucapan hafalan iaitu ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan
untuk melayan khalayak. Ucapan jenis ini lebih bersifat pengacaraan dan sering kita
dengan dalam majlis hari jadi, perpisahan dan sebagainya. Ucapan ini menggunakan
daya ingatan sepenuhnya dalam menyampaikan ucapan dan memerlukan

5
persediaan yang amat rapi. Pengucap akan menghafal setiap bait teks yang telah
disediakan untuk diucapkan di khalayak.

Pelbagai unsur seni yang penting dalam sebuah ucapan yang menarik,
antaranya ialah seni memujuk yang bermaksud apek pujukan digunakan pada hujung
pengucapan. Ianya tidaklah terlalu bersifat mengada-ngada sehingga menimbulkan
kebencian audien tetapi teknik ini secara lembut atau gentleman yang
mempesonakan. Teknik ini seringkali digunakan oleh pemidato atau pendebat yang
sudah handal. Nada yang syahdu serta berkeyakinan digunakan untuk menarik
perhatian pendengar. Terdapat juga seni pegunkan audiens yang juga bertujuan
untuk menarik minat pendengar mendengar ucapan yang hendak disampaikan.
Kebanyakkan audiens selalunya membuat tanggapan atau jatuh hukum awal
terhadap topik sebelum disampaikan lagi oleh pengucap. Seorang pengucap yang
hebat akan dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercaya mereka pula.
Seni ini memerluka penelitian, bermain dengan struk ayat, bahasa dan fakta serta
tarikan humor kerana pendengar lebih suka mendengar ucapan yang berunsur santai
tetapi penuh dengan isi yang mampu terpahat dalam ingatan mereka ketika
mendengar. Selain itu, seni bahasa badan dan mimik muka juga antara aspek penting
ketika dalam penyampaian. Pengucapan yang bosan dan tidak menarik ialah
pengucap yang terlalu kaku ketika berhujah. Kepakaran menggunakan anggota
badan sangat penting untuk mempengaruhi audiens seperti senyum, bermain dengan
wajah sama ada marah, sedih, gembira dan sebagainya. Kaedah ini akan mudah
difahami oleh audiens jika kombinasi hujah dan bahasa badan digunakan sebaik
mungkin. Antara seni yang penting juga sebagai seorang pengucap ialah kemahiran
dalam mengawal suasana , situasi serta reaksi audiens. Pelbagai ragam audiens
yang akan ditemui dalam sesebuah majlis tersebut. Oleh itu, kemahiran untuk
mengemabalikan perhatian audiens itu antara cabaran yang besar kepada seorang
pengucap. Audiens yang bermacam ragam, seperti tidur, bercakap sesama sendiri,
mimik muka tidak faham, mimik muka tidak puas hati dan bermacam lagi akan
ditemui dalam kebanyakkan mana-mana majlis yang memerlukan pengucapan
awam.

Kesimpulannya, untuk mencapai komunikasi yang berkesan pembelajaran dan


pengalaman yang banyak diperlukan dalam membaiki kelemahan yang ada pada diri
setiap orang. Kebolehan berucap memerlukan kemahiran yang tinggi terutamanya
untuk berhadapan dengan khalayak ramai demi meraih perhatian dan sekaligus
dapat memberi manfaat kepada pendengar atau penonton itu sendiri.

6
CONTOH TEKS UCAPAN - MAJLIS PERASMIAN HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN SEKOLAH

Yang Berbahagia

BERSEMPENA

HARI ANUGERAH CEMERLANG KVAS 2015

PADA 27 SEPTEMBER 2015 (RABU) PUKUL 8.30 PAGI DI DEWAN WAN MOHD
SAMAN, KVAS.

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik Ridhwan Zalay, Pengarah KV Alor Setar

Yang Dihormati Encik Fuad Bin Razali Yang Dipertua PIBG KVAS, Naib YDP PIBG

Tn Hj Ahmad Bin Othman, Timbalan Pengarah Akademik ,

Tn Haji Ahmad Zakil b Nik Hamid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,

Puan Hajah Che Rohana Binti Cha , Ketua Unit jaminan Kualiti . Pengarah Kolej
Vokasional Zon Kedah dan Perlis, Pengetua-pengetua SMT, Pengetua dan Guru
Besar dalam Kompleks Pendidikan, Pengetua-pengetua SMK harian dan wakil, AJK
PIBG SMVAS, Ibu bapa / Waris Pelajar , para pensyarah, guru-guru, para pelajar
dan hadirin yang dikasihi sekalian.

7
Beras kunyit saya taburi,

Air mawar direnjis wangi.

Berkembang kasih menabur budi,

Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang KV ALOR
SETAR, bagi tahun 2015. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pihak kolej yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan
demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti
ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk
meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam
bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar
cemerlang kolej ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar
tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar
dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti
pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan
pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang
berterusan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk
melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Lantaran Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) sejak tiga tahun yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar.
Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten
iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara.

8
Hadirin sekalian,

Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit
hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai
peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan
generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku
secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha
secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan
oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan
anak-anak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara
berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah,
apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru
dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan
di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada usaha, bukannya
kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan seperti KVAS perlu memacu
penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara berterusan. Bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu
melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif terutama para pelajar di sini yang berfokuskan kemahiran. Kita perlu
berganjak daripada pendekatan model kilang penghasilan pendidikan (factory model
of producing education) kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran
yang memberangsangkan minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang
mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman
penaakulan (reasoning) para pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran
mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning) kepada
pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind stimulating learning).

Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu.
Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti
amal kalau tiada keikhlasan

9
Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur
pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik
jangan cepat berasa puas dengan pen-capaian pada hari ini. Seorang pendidik
mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar per-khidmatan
pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita
semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin
negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan,
bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah
amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai.
Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian
juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari
dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga
program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan
sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini
tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa
hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut
supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk
melangkaui sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah
pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus
mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada
prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya
para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin
pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin

10
mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang
menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut
pada tahun akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,

Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya
bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal ini,
semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha
untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu
jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan
hubungan antara warga kolej dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa
tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu
sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing.

Pemimpin dan barisan tenaga pengajar kolej ini boleh bertukar ganti; boleh datang
dan pergi, namun organisasi mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang
menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh
ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar patut memberi
sokongan padu kepada pihak pentadbir kolej jika semua mimpi indah tentang
kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak KVAS kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada
gurindam ini;

Jika murid mendengar kata

Tidak guru berkata cela

Jika ibu bapa bekerjasama

Tidaklah anak berdukacita

11
Jika kita seia sekata

Tiada timbul sengketa

Jika seiring kita berusaha

Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz


Bismillahhir-rahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi
Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah Cemerlang, tahun 2015.

Sumber : Muin Mohsein. (2015).

CONTOH TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG.

12
Laras bahasa ialah merupakan sesuatu panduan yang khusus dalam
penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya tersendiri. Laras bahasa boleh
didefinikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Selain itu, laras
bahasa adalah ragam bahasa yang digunakan untuk suatu tujuan atau pada konteks
sosial tertentu. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.
Laras bahasa biasanya berubah-uabh mengikut situasi. Antara dua konsep yang
penting dalam laras bahasa adalah antara pengguna dan penggunaan. Pengguna
ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana
sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek
Kelantan,Melaka, Sarawak dan negeri-negeri lain. Penggunaan bahasa yang
berbeza-beza ini melahirkan laras. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan
atau situasi tertentu. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza
berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut
keadaan. Erti kata mudah, laras bahasa juga ialah kelainan bahasa yang digunakan
oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah
laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung.
Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan atau dibincangkan,
suasana formal ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara
lisan atau bertulis.

Terdapat pelbagai contoh dan jenis laras bahasa yang terdapat dalam
Bahasa Melayu yang dimana penggunaannya berbeza antara satu sama lain. Laras
bahasa juga dapat dibagi kepada tiga kelompok utama iaitu tajuk wacana, cara
penyampaian wacana dan akhir, gaya penyampaian wacana.

TAJUK WACANA Adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa


contohnya seperti matematik, biologi, sukan,
perubatan dan sebagainya. Bidang ini menentukan
kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam
ayat yang digunakan. Bagi wacana ilmiah, ragam
ayat pasif akan banyak digunakan untuk
memberikan fokus kepada perkara yang hendak
dibincangkan. Manakala jika wacana merupakan
ulasan selari perlawanan bola sepak sebagai
contoh, ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang
pendek-pendek akan banyak digunakan supaya
sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak
berkenaan.

CARA PENYAMPAIAN Wacana disampaikan samaada secara lisan atau


WACANA bertulis. Contoh lisan adalah seperti wacana

13
syarahan atau ucapan. Manakala wacana tulisan,
contohnya adalah seperti laporan, surat rasmi,
surat peribadi atau iklan.

GAYA PENYAMPAIAN Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan


disampaikan dalam situasi formal atau tak
formal.contohnya seperti majlis-majlis rasmi yang
lebih mengutamakan bahasa formal dalam majlis
tersebut.

Ciri laras bahasa menurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang
berlainan ditentukan oleh dua faktor utama iaitu ciri keperihalan dan ciri linguistik. Ciri
keperihalan pula terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi
persekitaran :

A) Situasi luaran : Bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu


masyarakat bahasa yang merangkumi struktur dan kebudayaan keseluruhan cara
hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. Contohnya
wacana yang melibatkan tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan
dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

B) Situasi persekitaran : Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam


penggunaan bahasa.

Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahsa yang


berlainan yang kemudian menimbulkan laras berlainan antaranya :

i) Melalui cara penyampaian iaitu sama ada jenis bahada yang bersifat tulisan,
lisan, isyarat dan sebagainya.

ii) Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu


sebagai anggota masyarakat. Contohnya penggunaan laras bahasa yang berbeza
apabila berdasarkan perhubungan yang mesra seperti hubungan kekasih, suami
isteri dan rakan karib. Begitu juga dengan hubungan peribadi formal seperti antara
pekerja dan majikan atau kedudukan pangkat yang berbeza melibatkan jurang
perpisahan.

14
iii) Bahan yang hendak diperkatakan mempunyai isi tertentu yang menjadi
perbincangan untuk mewujudkan bahasa yang berlainan. Sama ada menggunakan
larasa bahasa yang khusus mengikut bidang yang tertentu atau sebaliknya. Contoh
bidang yang khusus ialah seperti bidang sains dan teknologi yang menggunakan
laras bahasa yang tersendiri.

Manakala ciri linguistik pula terbahagi kepada tiga aspek yang perlu dititikberatkan,
iaitu aspek kata yang digunakan dalam sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

(A) Aspek kosa kata : Merupakan penggunaan kata dalam sesuatu larasm
sama ada isitilah khusus, umum atau gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah
yang tertentu akan membolehkan dan menentukan jenis laras yang digunakan. Ini
menunjukkan bahawa setiap laras mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza
daripada laras-laras yang lain.

(B) Aspek ayat : Aspek ayat adalah segala perkara yang berkaitan dengan
jenis dan binaan ayat yang dibincangkan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras
menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras lain pula
proses pengguguran juga wujud dalam ayat-ayat yang digunakan.

(C) Aspek ketenunan : Merupakan keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah


teks. Unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh
ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan
rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu.

Oleh itu, laras bahasa terbahagi kepada dua golongan besar iaitu laras biasa
dan laras khusus. Laras bahasa biasa, banyak ditemui dan digunakan oleh
masyarakat zaman kini, misalnya bidang hiburan (syarahan, rencana), maklumat dan
penjukan (rencana, iklan). manakala laras khusus pula merujuk kepada penggunaan
untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli peminat dalam bidang tertentu dan
pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku ).

15
Terdapat banyak jenis laras bahasaa yang wujud dalam bahasa Melayu. Namun
demikian merupakan antara contoh dan perbezaan antara dua laras bahasa yang
berbeza.

Laras bahasa agama : Contoh doa

Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila


mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70
juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

Laras bahasa sastera : (petikan sajak)

Pulangkan kembali,

Pada saat ini ,

Gerak yang sejak dulu kau kumpul,

Warna-warna yang kau tusuk ke dada dinding,

Kata-kata yang kau benam ke mulut almari,

Garis-garis yang lemas,

Titik-titik yang kering,

Ke tempat asalnya.

16
Laras bahasa Perbezaan Laras bahasa Sastera
Perniagaan

Istilah-istilah khusus tidak Perbendaharaan kata / Penggunaan


digunakan kerana Istilah perbendaharaan kata
kebiasaannya untuk dalam laras bahasa kreatif
mengiklankan jenama yang mudah difahami.
barangan atau produk Laras kreatif ini tidak
yang dijual. mengandungi istilah
teknikal. Perkataan
pinjaman juga jarang
digunakan.
Kadang-kadang terdapat
penggunaan kata-kata
yang berunsur ketaksaan
dengan tujuan untuk
menimbulkan kekaburan
atau kesamaran yang
memperlihatkan nilai seni
dan estetika,

Ayat-ayat yang digunakan Tatabahasa Aspek morfologi dan


ringkas, padat, sintaksisi dititikberatkan
pendek-pendek dan tidak secara tidak lansung.
gramatis. Ayat yang Aspek morfologi
digunakan adalah terus merangkumi
dan tidak gramatis dalam pengimbuhan, manakala
usaha untuk membentuk aspek sistaksis meneliti
tanggapan tertentu atau penggunaan bentuk,
mengubah sikap, struktur dan binaan ayat.
mempengaruhi dan Pengimbuhan dalam
kemudian melakukan karya-karya sastera
tindakan. mencakupi bentuk
imbuhan awalan, apitan
dan sisipan. Ayatnya pula
terdiri daripada pelbagai
ragam, ada ayt tergantung

17
dan ayat songsang. Selain
itu, unsur penggandaan
dan klitik seperti ku,
mu, dan kau lazim
digunakan.

Gaya bahasa yang Gaya bahasa Memperlihatkan


digunakan biasanya manipulasi unsur sintaksis,
memujuk pendengar pemilihan bahasa
supaya membeli barangan figurative, ungkapan,
atau menggunakan peribahasa , kiasan dan
perkhidmatan atau produk sindiran serta unsur-unsur
menerusi cara stilistik yang lain.
penyampaian yang
menarik sekali.

Kesimpulannya, laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam


kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan
bahasaitu dan dapat menjadi ukuran maju mundurnya. Setiap laras bahasa juga
berbeza mengikut gaya bahasa, tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
tersendiri. Setiap laras bahasa juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri. In menunjukkan perbezaan laras bahasa mampu menpengaruhi pembaca
mahupun pendengar itu sendiri. Laras-laras bahasa ini seharusnya dititikberatkan
dalam usaha membangunkan bahasa jiwa bangsa itu sendiri disamping akan dapat
menarik minat pembaca atau pendengar itu sendiri. Lebih penting perbezaan laras
bahasa yang formal dan tidak formal diketahui supaya tidak timbul penggunaan laras
yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Oleh itu, laras bahasa seharusnya sudah
menjadi kemahiran kepada setiap orang terutama dipupuk dan didedah kepada
pelajar sejak dari alam persekolahan lagi.

18
Pengurusan Pertandingan Lagu Rakyat

Sebelum :

Sebelum berlansungnya pertandingan lagu rakyat, mesyuarat akan diadakan terlebih


dahulu untuk membincangkan pengurusan yang strategik dalam melansungkan
pertandingan ini. Pembinaan organisasi dalam pertandingan terlebih dahulu dipilih
iaitu pemilihan Ahli Jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi, setiausaha dan
bendahari akan dilantik. Kemudian diikuti dengan AJK yang lain seperti AJK peralatan,
AJK protokol, AJK dokumentasi, AJK borang penyertaan, AJK juri dan lain-lain yang
diperlukan untuk memudahkan kelancaran pertandingan tersebut. Setiausaha akan
bertanggungjawab untuk mencatat setiap minit mesyuarat dan agenda yang telah
dibincang dan dikemukakan dalam mesyuarat tersebut. Setelah mencapai kata
sepakat, setiausaha akan merangka satu kertas kerja untuk dikemukakan kepada
pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan diluluskan oleh Pengarah IPG Kampus Kent
sama ada menerima kertas kerja tersebut, diperbaiki atau ditolak. Setelah mendapat
kelulusan, AJK siaraya dan pendaftaran akan mengagihkan borang-borang
penyertaan kepada setiap kelas disertakan dengan syarat-syarat pertandingan untuk
pengetahuan bakal peserta pertandingan lagu rakyat ini. Manakala AJK juri juga
bertanggungjawab untuk memilih para juri yang berkaliber dan sesuai untuk
mengadili pertandingan ini nanti seterusnya mengeluarkan surat perlantikan juri
sebagai pelantikan rasmi menjadi juri pertandingan. Seterusnya, tempahan tempat
akan dilakukan terlebih dahulu supaya pertandingan dapat dilansungkan di tempat
yang sesuai dan selesa kepada peserta pertandingan. Pada malam sebelum
pertandingan berlansung juga, semua AJK akan bertungkus lumus melakukan
persediaan awal seperti menghias dewan pertandingan tersebut bersama-sama
dengan memastikan bahagian multimedia atau peralatan yang diperlukan akan dapat
digunakan dengan sempurna pada keesokan pertandingan berlansung.
Borang-borang penyertaan diedarkan dan dikutip semula sebelum tarikh tutup
penyertaan. Bagi memudahkan aturcara, cabutan undi telah dibuat terlebih dahulu
agar peserta dapat bersedia dengan awal sebelum pertandingan.

19
CONTOH MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN LAGU RAKYAT

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN LAGU RAKYAT IPG KAMPUS KENT

Tarikh : 20 Februari 2017

Masa : 2.00 3.00 petang

Tempat : Dewan Kuliah IPG Kent

Pengerusi : Puan Paridah Bt Mamat

Kehadiran:

1. Puan Paridah Bt Mamat Penyelaras Kesusasteraan P3K

2. Puan Zainab Bt Hashim Ketua Jabatan Pengajian Melayu

3. Encik Vasuthevan Guru Penasihat

4. Encik Madlaim Ejib Guru Penasihat

5. Encik Simon Gihol Guru Penasihat ..

6. Pelajar PPISMP BM1 dan BM2 (SK)

1. UCAPAN PENYELARAS

Penyelaras Kesusasteraan P3K dan Ketua Jabatan Penganjian melayu


mengalu-alukan kedatangan guru-guru penasihat yang menghadiri Mesyuarat
Pertandingan Lagu Rakyat kali pertama bagi tahun 2017. Beliau juga merakamkan
selamat datang kepada pelajar PPISMP Ambilan Jun 2016 BM1 DAN BM2 (SK).

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN

Nurazmina binti Mohamad Ayob selaku Pengerusi Persatuan mengucapkan terima


kasih kepada para Guru Penasihat dan rakan-rakannya yang hadir dari kelas
PPISMP BM1 dan BM2 (SK).

20
3. MERANCANG AKTIVITI

3.1 Penyelaras, Puan Paridah memaklumkan yang pertandingan adalah wajib untuk
pelajar di bawah Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.

3.2 Puan Zainab mencadangkan pertandingan terbuka kepada semua pelajar IPG
Kent dan disokong oleh Encik Madlaim.

3.3 Encik Vasu mencadangkan pertandinga melibatkan pelajar pelbagai bangsa dan
keturunan. Disokong oleh Encik Simon.

3.4 Encik Simon mencadangkan tayangan video lagu rakyat ditayangkan mengikut
kreativiti. Cadangan disokong oleh AJK Kelas PPISMP BM1, Nur Afiqah.

Tindakan:Makluman

4. MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN

Pertandingan Lagu Rakyat dipersetujui pada mana-mana bulan April.

Tindakan:Makluman

5. KEWANGAN

Tiada yuran keahlian dikenakan. Penyelaras Kesusteraan P3K memaklumkan yang


kewangan untuk hadiah pertandingan akan ditaja oleh pihak IPG.

Tindakan:Makluman

6. HAL-HAL LAIN

Tiada.

Tindakan:Makluman

7. PENANGGUHAN MESYUARAT

Puan Paridah mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong
oleh Puan Zainab. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

21
Disediakan oleh,

23 Februari 2017

__________________________

( Nurazmina Binti Mohamad Ayob )

Setiausaha,

Pertandingan Lagu Rakyat.

Disemak oleh,

___________________________

( Puan Paridah Bt Mamat )

Penyelaras Kesusteraan P3K

Jabatan Pengajian Bahasa Melayu

22
CONTOH KERTAS KERJA PERTANDINGAN LAGU RAKYAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KENT TUARAN,
SABAH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN LAGU RAKYAT

ANJURAN

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TARIKH

7 APRIL 2017

TEMPAT

DEWAN PERHIMPUNAN IPG KAMPUS KENT, TUARAN

23
1.0 NAMA PROGRAM

PERTANDINGAN LAGU RAKYAT

2.0 PENGENALAN

Pertandingan Lagu Rakyat merupakan satu program yang dianjurkan persatuan


Kebudayaan, Kesusasteraan dan Kebahasaan (P3K) yang dinaungi oleh guru
pelatih di bawah Jabatan Pengajian Melayu , IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih
mengenai lagu rakyat disamping menghayati elemen-elemen muzikal tradisional
Melayu.

3.0 RASIONAL

Melalui pertandingan sebegini dapat membantu guru pelatih dalam


meningkatkan pengetahuan serta memperoleh pengalaman baharu, sekaligus
melatih bakat guru mengelola serta melibatkan diri secara langsung dalam
pertandingan yang diadakan. Ilmu yang sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan
dapat membantu guru pelatih dalam mengecapi kecemerlangan pada masa
akan datang.

4.0 OBJEKTIF

1. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai medium perpaduan ke arah kesejahteraan.


2. Mencungkil bakat-bakat guru pelatih dalam bidang kesusasteraan Melayu, untuk di
ketengahkan ke peringkat kebangsaan.
3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih melalui aktiviti yang dijalankan
disamping dapat bertukar-tukar idea dan ilmu.
4. Melatih daya kepimpinan dan sifat tanggungjawab dalam diri setiap guru pelatih
khususnya dalam berorganisasi.
5. Membina semangat disiplin yang terpuji dan semangat berpasukan
6. Membina daya kreativiti dan keterampilan dalam diri guru pelatih.

24
5.0 PENGANJUR

Jabatan Pengajian Melayu

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih major Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tuaran

PPISMP JUN 2016

PISMP JUN 2016

PISMP JUN 2015

7.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

Dewan Perhimpunan IPG Kampus Kent, Tuaran

8.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM

7 April bersamaan hari Jumaat, jam 8 sehingga jam 9.30 pagi.

25
9.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi Program : Ngu Lin Na

Setiausaha : Nurazmina Binti Mohamad Ayob

Bendahari : Daniel Hoo Ting Chiang

AJK Kehakiman : Nur Kholisatun Binti Budi

AJK Protokol : Cindy Chen

AJK Persiapan Tempat : Tiong Yong Chiang

AJK Siaraya dan Pendaftaran : Nursyazwani Binti Iswandi

AJK Dokumentasi : Ha Yong Siong

AJK Teknikal dan Multimedia : Aiman bin Abdul Hamid

10.0 PENUTUP

Melalui pertandingan Lagu Rakyat kita berharap agar dapat merealisasikan


impian Negara dengan mengenali dan menghayati salah satu cabang
kesusasteraan Melayu yang diwarisi secara turun-temurun. Semoga program
ini dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.

26
Disediakan Oleh:

(NURAZMINA BINTI MOHAMAD AYOB)

Setiausaha

Pertandingan Lagu Rakyat

Tarikh:

Disemak Oleh:

(PARIDAH BINTI MAMAT)

Penyelaras Kesusasteraan P3K

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Tarikh:

27
Disokong Oleh:

(ZAINAB BINTI HASHIM)

Ketua Jabatan

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Tarikh:

Disokong Oleh:

(SYHIBIN BIN JAPAR)

Ketua Unit

Unit Kokurikulum

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Tarikh :

28
Disahkan Oleh:

(NANCY LOO KASON)

Ketua Jabatan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Tarikh:

Diluluskan Oleh:

(ROMLI BIN DARUS)

Pengarah

IPG Kampus Kent, Tuaran.

Tarikh:

29
SEMASA :

Semasa pertandingan lagu rakyat berlansung, AJK teknikal dan multimedia


memainkan peranan penting alam memastikan teknikal iaitu PA system berjalan
lancar dan dapat digunakan dengan baik. Seterusnya AJK penting seperti AJK
Protokol menyediakan dan mengikut etika protokol yang telah ditetapkan dalam
menyambut tetamu seperti mana AJK juri atau kehakiman memastikan para juri yang
telah dijemput datang pada hari tersebut bagi mengadili pertandingan tersebut. AJK
khas yang lain diberi tugas untuk memastikan setiap peserta yang menghantar
borang penyertaan hadir pada pertandingan tersebut. AJK dokumentasi akan
ditugaskan untuk mengambil gambar atau video sebagai bahan bukti dan rujukan
untuk laporan yang akan disediakan setelah selesai pertandingan lagu rakyat
tersebut. Semasa pertandingan berlansung, AJK khas bertanggungjawab
memastikan perjalanan pertandingan berlansung dengan lancar dan mengelakkan
segala gangguan agar tidak menjejaskan pertandingan yang sedang berlansung.

SELEPAS :

Setelah selesai pertandingan lagu rakyat tersebut, sesi fotografi akan diadakan
bersama-sama peserta, juri dan juga pelajar yang hadir pada pertandingan tersebut
sebagai tanda kenangan serta bahan laporan yang bakal dilaporkan.
Gambar-gamabr akan dilampirkan kedalam laporan sebagai bukti bahawa
pertandingan telah diadakan dan dilaksanakan dengan jayanya mengikut agenda
yang telah ditetapkan dalam kertas kerja. Salinan laporan akan dilakukan dan
kemudian akan disimpan oleh pihak pengerusi, setiausaha dan juga diberikan kepada
pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebagai rujukan.

30
ATURCARA PERTANDINGAN LAGU RAKYAT

IPG KAMPUS KENT

TARIKH : 7 APRIL 2017

TEMPAT : DEWAN PERHIMPUNAN IPG KAMPUS KENT

MASA ACARA

9.00 pagi : Pendaftaran para peserta

9.30 pagi : Penerangan/ Penjelasan mengenai Pertandingan oleh

Pengerusi Pertandingan.

10.00 pagi : Ketibaan Perasmi

10.30 pagi : Ucapan Pengerusi

10.50 pagi : Pertandingan dimulakan

12.00 tengahari : Pertandingan berakhir, penyampaian hadiah, sesi fotografi

dan seterusnya bersurai

31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
REFLEKSI

Saya, Nurazmina Binti Mohamad Ayob telah menerima tugasan ini oleh pensyarah
pembimbing saya iaitu Encik Vasuthevan, bagi subjek Bahasa Melayu Konstektual
(GBM1103). Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan
GBM1103 dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tugasan yang telah
diberikan ialah untuk mengelolakan pertandingan pengucapan awam yang
berlansung di kelas PPISMP BM1 (SK).Saya dan seorang rakan sekumpulan saya
Mohd Amirul Ikmal Bin Ahmad telah diberikan tugasan untuk menyampaikan
gurindam.

Sebelum itu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya kerana banyak memberi khidmat bimbingan dan bantuan
sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberikan semangat
dan dorongan supaya tidak cepat berputus asa dalam ketika mencari maklumat serta
bahan untuk tugasan ini. Seterusnya, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dari
unit PPISMP Bahasa Melayu 1 (SK) serta pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam bersama-sama membantu antara satu
sama lain untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebulan sebelum melaksanakan tugasan ini, kami telah merangka dan


mengagih tugas masing-masing serta memilih lagu gurindam yang seusia untuk
disampaikan pada hari pembentangan. Cabaran yang kami hadapi dalam tugasan ini
ialah tidak pernah mendapat pengalaman untuk menyampaikan gurindam. Kami juga
mengalami kekangan masa untuk melakukan latihan bergurindam bersama-sama
atas sebab banyak program yang perlu dihadiri, banyak kerja kursus yang perlu
diuruskan dan juga persiapan pembentangan kursus-kursus lain.
Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha sedaya yang mungkin untuk memberi
masa terhadap persiapan pembentangan gurindam ini. Cabaran dan liku-liku yang
berlaku bukanlah penghalang dan alasan untuk kami tidak melakukan tugasan
dengan baik. Input yang boleh didapati daripada pembentangan pengucapan awam
ini ialah dapat mempelajari bagaimana untuk bergurindam dengan betul dan
membezakan gurindam dengan pengucapan awam yang lain. Pengetahuan saya
tentang gurindam telah diperluaskan lagi dan banyak perkara yang sebelum ini saya
tidak tahu-menahu seperti latar belakang gurindam ,tokoh gurindam ,bentuk-bentuk
gurindam serta maksud-maksud yang ingin disampaikan oleh pencipta gurindam itu
sendiri.

46
Akhir sekali, saya berasa lega kerana keseluruhan tugasan ini dapat dapat
diselesaikan dengan jayanya walaupun banyak rintang yang datang contohnya
seperti masalah untuk mendapatkan kemudahan internet, buku-buku yang berkaitan
dan kekangan masa yang berlaku semenjak musim kerja kursus bermula. Secara
keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya dan rakan-rakan berikan menepati
kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah
saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah
kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

47
RUJUKAN

Abdul Sukor, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi.
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

Astera. (2013). Laras Bahasa Melayu. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada
http://nota-ipg.blogspot.my/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html

Faiz Mokhtar.(2011). Kemahiran Komunikasi. Diakses pada 20 Mac 2017 daripada


http://transformasi-ummah.blogspot.my/2011/12/komunikasi-awam.html.

Farid bin Rahmat. Pengenalan Kepada Komunikasi. Diakses pada 26 Mac 2017
daripada
http://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/pengenalan_komunikasi.pdf

Hamid. Kemahiran Berkomunikasi. Diakses pada 26 mac 2017 daripada


http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/gkb1053/sumber/asas_komunikasi.pdf

Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah & Rahimi Che Aman. Kemahiran Komunikasi.

Diakses pada 27 Mac 2017 daripada

http://apjee.usm.my/APJEE_24_2009/JPP24_08_NorShafrin_125-142.pdf

Mohd Amri. (2009). Laras Bahasa Melayu. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada
http://gurubahasamelayu.blogspot.my/2009/07/laras-bahasa-melayu.html

48
Muin Mohsein. (20150. Contoh teks Ucapan Rasmi Majlis Anugerah Cemerlang.

Diakses pada 27 Mac 2017 daripada

http://muinmohsein.blogspot.my/2015/09/contoh-teks-ucapan-perasmi-majlis.html

Gunadarma. (2015). Ragam Bahasa dan Laras Bahasa. Diakses pada 26 Mac 2017

daripada http://aldiunanto.com/ragam-bahasa-dan-laras-bahasa.aldi

Masnurul. (2014). Laras Bahasa. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://studentskptmab101.blogspot.my/2014/08/laras-bahasa.html

49

Anda mungkin juga menyukai