Anda di halaman 1dari 15

CABARAN MENYELURUH DALAM PELAKSANAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA


Profesor Datuk Dr Sufean Hussin
Jabatan Pengurusan, Perancangan & Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Abstrak

Gelombang transformasi tamadun manusia zaman-berzaman berlaku seiring dengan gelombang


tansformasi pemikiran dan aplikasi teknologi dalam usaha mencari kekayaan material dan kesejahteraan
hidup. Bagi Malaysia, gelombang transformasi telah berlaku dari segi budaya dan kepercayaan, sistem
kerajaan feudalisme dengan demokrasi, dan sistem ekonomi skala korporat antarabangsa. Kini, agenda
utama wawasan pembangunan Malaysia ialah pembentukan satu masyarakat dan negara bangsa yang
bertamadun maju, dengan taraf hidup rakyat yang tinggi, sistem sivil dan moral yang membayangkan
budaya tinggi, sistem perbandaran yang canggih dan ekologi hijau, dan sistem kebajikan sosial yang
berteraskan kesejahteraan komprehensif. Ini semua terlakar dalam paradigma pembangunan utopian,
iaitu hasrat mencipta ruang alam yang indah dan ideal untuk kehidupan. Dalam konteks ini, sistem
pendidikan formal dan nonformal dipercayai dapat menjadi pemangkin untuk proses pembangunan
manusia, negara bangsa, dan tamadun madani yang dihasratkan. Maka, cabaran dalam proses itu
menjelma dalam bentuk sistemik, organisasi, ilmu, pemikiran, teknologi, kompetensi, nilai, upaya politik,
dan sumber. Namun, pada asasnya, yang hendak ditransformasikan ialah murid dan pelajar yang akan
melansungkan dan mengisi rancangan transformasi kita pada hari ini. Oleh itu, adalah kritikal bagi kita
menentukan acuan falsafah penujuan transformasi yang definitif, iaitu sama ada dengan perspektif
progresivisme Darwinisme sosial atau progresivisme kesejahteraan bersama, yang satu bersifat
predatori ketamakan dan yang satu lagi bersifat perkongsian sama.

Pengenalan

Transformasi bermakna perubahan mega dan komprehnsif, iaitu yang melibatkan perubahan
kepercayaan, ilmu, sikap, struktur sistem dan organisasi, rupa bentuk sistem dan organisasi,
teknologi, budaya kerja, proses kerja, dan prestasi kerja. Contohnya, Malaya ditransformasikan
kepada Malaysia melalui penubuhan satu gagasan negara bangsa pada tahun 1963, yang diringi
dengan beberapa agenda penting iaitu pembinaan kerajaan demokrasi, mewujudkan
perpaduan kaum dan wilayah, pembasmian kemiskinan, pembasmian buta huruf, pembinaan
prasarana sosial, dan pembangunan ekonomi. Kepercayaan teras dalam pembentukan Malaysia
ialah penubuhan satu kerajaan pusat (federalisme) dengan sentralisasi pentadbiran akan
mampu menggembleng segala sumber dalam negara untuk menjamin pembangunan pelbagai
sektor dan agihan sumber yang seimbang (ekuiti) untuk semua wilayah dan lapisan masyarakat.
Kepercayaan itu masih kuat pada hari ini.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Pada dekad ini, kita bangkit semula dengan hasrat transformasi komprehensif yang
merangkumi pelbagai sektor dan bidang dalam kerajaan. Sejajar dengan Pelan Transformasi
Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengusulkan pelan transformasi
dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Apa agenda
transformasi pendidikan? Berikut ialah huraian ringkas transformasi yang dikehendaki oleh
KPM.

Agenda Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia Oleh KPM, 2013-2025

Laporan Pelan Pembangunan Malaysia ( PPPM) 2013-2025 (KPM 2013, h. E-3) menyebutkan:

PPPM 2013-2025 menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif


merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Agenda 1: Dana untuk Pengurusan dan Pembangunan Pendidikan

Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK, atau 16%
daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD
(sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam), malah adalah
setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Jepun dan Korea
Selatan. Pada 2012, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu RM36 bilion
atau 16% daripada jumlah bajet, kepada Kementerian Pendidikan. Peruntukan ini menunjukkan
komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara.

Agenda 2: Kecekapan Sistem Pendidikan Malaysia

Sistem pendidikan telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan
murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun
Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk
memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

Agenda 3: Akses Pendidikan dan Literasi Asas

Pada 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah hamper sejagat, iaitu 94% dan
peratusan murid yang tercicir daripada pendidikan rendah menurun secara signifikan (daripada
3% pada1989 kepada 0.2% pada 2011). Kadar enrolmen di peringkat menengahrendah
(Tingkatan 1 hingga 3) meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat
menengah atas (Tingkatan 4 hingga5), dengan kadar enrolmen meningkat hampir dua kali
ganda daripada 45% pada 1980-an kepada 78% pada 2011. Kadar enrolmen ini lebih tinggi

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
sekiranya enrolmen di sekolah swasta juga diambilkira, iaitu 96% peringkat rendah, 91%
menengah rendah, dan 82%menengah atas.

Agenda 4: Perpaduan Dalam Masyarakat Pelbagai Kaum, Budaya, dan Agama

Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas
perpaduan rakyat Malaysia. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar
belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati
perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina
masa hadapan Malaysia sebagai satu negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni.

Agenda 5: Prestasi dan Kualiti Pendidikan dan Murid Secara Relatif di Peringkat
Antarabangsa

Pada 2011 menunjukkan prestasi murid Tingkatan 2 di Malaysia menurun ke tahap di bawah
purata antarabangsa bagi Matematik dan Sains, disusulipenurunan dari segi kedudukan negara.
Lebih kritikal lagi, 35% dan38% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran
minimumdalam Matematik dan Sains pada 2011, penurunan dua hingga empatkali ganda iaitu
daripada 7% dan 13% masing-masing pada 1999.Murid ini dikenal pasti memiliki penguasaan
konsep asas matematikdan sains yang terhad. Keputusan PISA 2009 (penyertaan kali pertama
Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok
sepertiga terbawah (one third lower precentile) dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian
ini juga meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD. Hampir
60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran
minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai
tahap kemahiran minimum.

Rajah 1 menunjukkan Malaysia berbelanja lebih untuk pendidikan tetapi prestasi murid di
peringkat antarabangsa adalah lemah.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Rajah 1: Pencapaian Murid Malaysia Selari Perbelanjaan Kerajaan di Peringkat
Antarabangsa

Agenda 6: Masyarakat Berpendidikan untuk Demokrasi Efektif

Teori modenisasi mengandaikan bahawa masyarakat yang mempunyai sebahagian besar orang
berpendidikan tinggi adalah masyarakat maju yang dapat mengendalikan kerajaan secara
demokratik dengan berkesan. Sebaliknya, masyarakat yang mempunyai sebahagian besar
orang yang tidak berpendidikan adalah masyarakat mundur dengan pemikiran yang
terbelenggu dalam kemiskinan ilmu dan material.

Rajah 2 berikut menunjukkan peratusan rakyat Malaysia yang buta huruf dari tahun 1950
hingga 2010.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Rajah 2: Peratus Rakyat Malaysia Yang Berpendidikan

Agenda 7: Ekuiti Keberhasilan dalam Pendidikan antara Bandar dengan Luar Bandar

Sehingga kini keberhasilan murid masih kurang saksama. Negeri yang mempunyai populasi
sekolah luar bandar yang banyak, seperti di Sabah dan di Sarawak, secara purata, menunjukkan
prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang
sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar ialah 4
mata peratus dengan kelebihan pada sekolah bandar, dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
jurang pencapaian meningkat kepada 8 mata peratus. Walau bagaimanapun, kedua-dua
jurang pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5 mata peratus dan 2 mata
peratus sejak enam tahun kebelakangan ini.

Jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun
kebelakangan ini. Pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki pada semua
peringkat. Jurang pencapaian antara gender mula ketara di peringkat UPSR dan berterusan
sehingga ke universiti, iaitu 70% daripada kohort universiti terdiri daripada pelajar perempuan.
Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan perhatian bagi
memastikan negara tidak mempunyai kohort murid lelaki yang tercicir, sama ada
meninggalkan sistem persekolahan lebih awal atau merupakan kumpulan berpencapaian
rendah.

Latar belakang sosio-ekonomi masih menjadi penyebab jurang ekuiti yang paling besar. Jurang
ini dilihat berdasarkan tiga aspek: pencapaian pendidikan tertinggi ibu bapa, purata pendapatan
isi rumah bagi negeri, dan peratusan murid menerima bantuan asas kewangan melalui
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini merupakan bukti yang

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
tekal bahawa murid daripada keluarga miskin kurang cemerlang berbanding murid daripada
keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 hanya
7% sekolah Band 1 dan 2 mempunyai populasi lebih dua pertiga daripada jumlah muridnya
mendapat KWAPM berbanding 52% sekolah Band 6 dan 7 yang menerima bantuan KWAPM.

Rajah 3: Hubungan Band Presatsi Sekolah dengan Bantuan KWAPM

Agenda 8: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan

Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah
yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh
melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan
Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan
berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya,
dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan
lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar
yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi
tempoh 20 tahun lagi.

Agenda 9: Meningkatkan Prestasi Sekolah Dengan Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah

Data kebangsaan dan antarabangsa menunjukkan bahawa sekolah di Malaysia tersebar


merentas spektrum prestasi yang luas. Sebagai contoh, dalam PISA 2009+, 7% daripada sekolah
yang terlibat digredkan sebagai Baik, 13% Sederhana dan 80% Lemah. Sejak dahulu lagi,

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
banyak program dibentuk berdasarkan model satu untuk semua (one-size-fits-all). Data
antarabangsa menunjukkan bahawa sekolah memerlukan set intervensi yang berlainan supaya
bersesuaian dengan tahap prestasi sekolah yang berbeza-beza.

Setiap sekolah, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan yang baik
dan holistik kepada murid. Hal ini bermakna bahawa menjelang tahun 2020, tidak akan ada lagi
sekolah berprestasi rendah (Band 6 atau 7) di negara ini, malah lebih banyak sekolah akan
diiktiraf sebagai SBT atau Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang
ditunjukkan.

PPD bertanggungjawab dalam proses mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah


melalui program yang sistematik di semua negeri menjelang 2014. Lanjutan kejayaan Program
Peningkatan Sekolah GTP1.0, setiap PPD akan diupayakan untuk menyesuaikan sokongan yang
diberikan kepada sekolah, dan daripada aspek kehadiran murid hingga kepada penempatan
pengetua/ guru besar dan guru. Sumber itu akan dapat diagihkan kepada sekolah yang amat
memerlukan termasuk penempatan pembimbing guru dan pembimbing pengetua/guru besar
secara sepenuh masa untuk membantu guru dan pengetua/guru besar di sekolah berprestasi
rendah (Band 5, 6 dan 7).

KPM akan mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang
bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah
baik keberhasilan murid. KPM akan memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan
sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum. Pada masa
hadapan, semua sekolah akan bertanggungjawab membuat keputusan operasi tentang
peruntukan bajet dan pelaksanaan kurikulum. Sebagai contoh, pengetua/guru besar berkuasa
penuh dalam pengurusan perbelanjaan geran per kapita, dan reka bentuk jadual waktu
persekolahan.

Walau bagaimanapun, proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan SBT
dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik dan
bukan akademik), serta Sekolah Amanah (sebagai pengiktirafan terhadap model penyampaian
inovatif kerjasama awam dan swasta). Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan
diberikan hak membuat keputusan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Peningkatan
penekanan terhadap pengurusan berasaskan sekolah ini menuntut akauntabiliti yang lebih
tinggi daripada pengetua/guru besar.

Agenda 10: Aplikasi ICT Bagi Meningkatkan Proses PdP di Sekolah

ICT akan membantu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000
sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif.
Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa jurang
pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapi kemahiran
yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
KPM sedang menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah
membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif
pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling
intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di
sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Kajian oelh KPM pada 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang
satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid
menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada 2012
mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi
pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk
memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas (PPPM, h. E-21).

Agenda 11: Mentransformasi Organisasi Dan Kecekapan Pengurusan KPM

KPM yang telah mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin yang berwibawa di setiap
peringkat, proses dan struktur baharu, serta budaya berprestasi tinggi. Peranan Kementerian,
JPN dan PPD diperkemas, dengan Kementerian memberikan tumpuan kepada pembangunan
dasar dan perancangan makro. Pihak JPN dan PPD akan diperkukuh untuk memacu pelaksanaan
harian. Struktur organisasi disusun semula dengan lebih ramai tenaga kerja ditempatkan di
barisan hadapan. Semua langkah ini seharusnya menghasilkan pelaksanaan dasar yang lebih
tekal dan berkesan di semua negeri dan daerah.

Cabaran

Cabaran hampir sama makna dengan peraduan, cubaan, atau dugaan dalam konteks
persaingan atau perlawanan. Seseorang mencabar lawannya untuk untuk beradu kekuatan
atau kebijaksanaan untuk meraih sesuatu pertahuran. Maka, transformasi pendidikan ialah
satu peraduan, cubaan, atau dugaan kepada semua warga untuk mencapai satu pertaruhan
atau tahap kecemerlangan yang diinginkan. Persoalanya, siapakah perlu buat transformasi itu?
Siapakah yang dapat transformasi itu? Apakah pertaruhan atau keberhasilan yang
dikehendaki? Jawapan mengikut urutan persoalan tadi ialah: seluruh warga agensi dalam KPM,
murid dan pelajar, dan kecemerlangan modal insan dan sumber manusia.

Cabaran 1: Kepercayaan dan Keyakinan Warga Agensi KPM Pada Manfaat Transformasi

Jika kita percaya kita boleh buat, maka kita akan buat sesungguh hati dan berjaya membuat
sesuatu; jika kita percaya kita tidak boleh buat, maka kita tidak akan buat dengan sikap baik dan
kita akan gagal membuat seusatu. Kepercayaan menerbitkan keyakinan dan azam untuk
membuat sesuatu. Inilah persediaan psikologi untuk menerbitkan kesediaan motivasi dan
mental untuk melaksanakan kerja transformasi. Ia perlu ada pada warga organisasi KPM
Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
dengan azam untuk memastikan generasi masa hadapan mempunyai kompetensi dan
kecerdasan pelbagai untuk meneruskan proses pembangunan ke arah negara maju. Kita
melaksanakan transformasi bukan untuk diri kita pada hari ini, tetapi untuk generasi masa
hadapan yang akan bekerja untuk generasi seterusnya. Inilah realiti kepercayaan itu dalam
kitaran kehidupan. Maju mundur kita sebagai satu bangsa bergantung kepada kepercayaan dan
azam tentang perlunya kita menjayakan transformasi pendidikan. Laluan dan pelannya sudah
diperincikan dalam PPPM 2013-2025.

Cabaran 2: Ilmu dan Kepakaran

Kerja yang dibuat oleh orang berilmu dan pakar lebih baik daripada kerja orang yang kurang
ilmu dan kurang mahir. Orang yang tidak pandai tetapi memandai-mandai akan membawa
kerosakan dan kesusahan. Makna kiasan ini ialah proses transformasi memerlukan pengilmuan
baharu dan pembinaan kemahiran baharu (reskilling). Teori lama diganti baharu, proses kerja
lama diganti baharu, dan teknologi lama diganti baharu, sejajar dengan perkembangan ilmu
dan prasarana baharu. Misalnya, kajian KPM dan World Bank (2012) menunjukkan aplikasi
1BestariNet kurang digunakan dalam proses PdP di sekolah-sekolah, walapun kerajaan sudah
membelanjakan RM6 billion untuk melanksanakannya. Masalah penggunaan aplikasi itu
bermacam-macam, daripada kekuatan signal menara pemancar hingga ke kekuatan server,
kualiti laptop, dan kelajuan akses internet di kebanyakan tempat.

Setiap yang lama diganti baharu


Setiap yang baharu akan menjadi lama
Jika hendak tarnsformasi tentukan sasaran dan arah tujuan
Kepercayaan biarlah tetap
Ilmu biarlah cukup
Kemahiran biarlah dikagumi
Kekuatan biarlah tegap
Kaedah biarlah betul

Jika membina istana pasir, akan terbang ia dengan angin ribut


Jika tiada ilmu, jadilah pungguk rindukan bulan
Jika tiada tamadun, berceritalah apa yang dongeng
Jika kail panjang sejengkal, janganlah mengail di lautan dalam

[Sajak Paradoks, SH, Mei 2014]

Cabaran 3: Kesukaran Menerima Konsep Intensif Teknologi

Aplikasi konsep intensif teknologi sewajarnya mendorong kepada konsep lean-and-flat


organization yang kemudianya menyebakan downsizing organisasi dan pemberian kuasa dan
autonomi yang lebih kepada PPD dan sekolah. Pendekatan ini lumrah digunapakai dalam

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
pengurusan sistem pendidikan di negara-negara Eropah dan di Australia kerana ia
mengurangkan karenah birokrasi dan dapat menjamin kecekapan kerja dan kos. Namun, di
Malaysia tradisi federalisme, birokrasi, dan sentralisasi masih kuat dan sukar diubah; justeru,
PPD dan sekolah dianggap kurang berkebolehan membuat keputusan, menjalankan kuasa dan
autonomi, dan menjalankan sebahagian daripada dasar dan tanggungjawab pengurusan
sekolah. Budaya ikut arahan dan perintah dari atas masih sukar diubahkerana takut
downsizing berlaku di KPM, atau takut governan daerah menjadi kuat, atau takut dana
belanjawan pengurusan dikawal oleh PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Cabaran 4: Prasarana Sosial untuk Kawasan Pedalaman

Banyak kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak khasnya masih kekurangan
infrastruktur sosial seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, bekalan talian/ rangkaian
telekomunikasi, pusat rawatan kesihatan, dan sekolah yang baik. Keadaan daif seperti ini masih
menjadi persekitaran bagi 2,400 buah sekolah kurang murid (SKM) di seluruh Malaysia. SKM
berada dalam keadaan deprivasi dan ketidakberuntungan (disadvantage) yang mencengkam
mereka dalam kitaran kedaifan, dan ini menjadi satu cabaran kepada aspirasi ekuiti, kualiti,
demokrasi pendidikan, dan keberhasilan murid serta pencapaian National Key Result Area
(NKRA) sistem pendidikan.

Cabaran 5: Pembangunan Prasekolah dan Pendidikan Khas

Pada tahun 2013, terdapat sekitar 8,700 buah kelas prasekolah KPM di Malaysia. Kelas-kelas itu
dibuka berganding dengan sekolah rendah, iaitu biasanya dua kelas prasekolah dibina
berganding dengan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK). Jumlah sedemkian tidak cukup untuk memberi pendidikan prasekolah percuma untuk
semua kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun di Malaysia. Maknanya, tambahan jumlah sekali
ganda lagi kelas prasekolah diperlukan untuk menampung bilangan kanak-kanak yang ada,
sama ada di bandar atau luar bandar. Pada masa sekarang, tadika KEMAS dan swasta telah
dapat mengisi sebahagian besar keperluan pendidikan prasekolah, dan KPM bersikap terbuka
kepada kehendak ibu bapa yang mahukan variasi dalam pendidikan prasekolah untuk anak-
anak mereka.

Pendidikan prasekolah kebanyakannya berkonsepkan pendidikan pengkayaan (enrichment)


proses perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak. Melalui pelbagai aktiviti, kanak-kanak
didorong untuk membina kemahiran komunikasi, berinteraksi, menjaga diri, literasi asas, seni,
dan kecerdasan emosi. Justeru, prasekolah menjadi titik permulaan perkembangan hidup yang

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
positif dan baik untuk kanak-kanak. Dalam konteks ini, KPM sewajarnya memperluaskan
peruntukan pembinaan kelas prasekolah dalam tempoh lima tahun lagi, di samping melatih
guru-guru prasekolah yang mencukupi dan berkualiti. Ini adalah kerana ciri penting negara
maju ialah pendidikan prasekolah adalah di bawah tanggungan kerajaan sepenuhnya.

Satu cabaran penting bagi KPM untuk mencapai ciri negara maju ialah penyediaan sekolah khas
untuk pelbagai kategori kurang upaya, beserta dengan pakar penilai psikologi, kaunselor,
pembantu guru, dan peralatan yang relevan. Bukan setakat itu, KPM juga wajar menyediakan
sekolah vokasional khas yang lebih banyak di semua negeri untuk memastikan kelangsungan
pendidikan dan peluang kerjaya untuk golongan remaja khas.

Cabaran 6: Perluasan Pendidikan Vokasional Aras Tinggi

Pendidikan vokasional aras tinggi mengutamakan kualiti produk (product-based skill training)
yang dihasilkan oleh pelatih. Kualiti produk adalah indeks prestasi dan pembelajaran pelatih di
kolej-kolej vokasional. Ini ialah model Jerman dan indonesia yang terkini bagi menjamin
graduan vokasional mencapai taraf profesional yang sangat laris dalam pasaran kerja. Situasi di
Malaysia ialah pelatih vokasional dapat sijil kemahiran tetapi kualiti produk mereka masih
diragukan, iaitu pelatih dari kolej vokasional masih belum mencapai kompetensi tinggi dalam
melakukan kerja.

Dalam model Jerman, 70 peratus pelajar dari sekolah rendah disalurkan ke aliran vokasional
dan keusahawanan yang beraneka bidang, dan mereka belajar mengasah bakat dan kemahiran
selama 6-7 tahun untuk mencapai tahap kemahiran tinggi dan setersunya mendapat diploma.
Diploma adalah untuk membolehkan kerja dengan gaji yang baik atau untuk meneruskan
pengajian di universiti-universiti dalam program ijazah pertama dalam bidang kejuruteraaan
dan sains.

Bolehkah Malaysia mengikuti model Jerman? Tentu boleh jika Malaysia ingin mencapai taraf
negara maju yang mempunyai pool tenaga kerja vokasional berkemahiran tinggi untuk
pasaran kerja antarabangsa. Tetapi halangan utama ialah paradigma pemikiran masyarakat
Malaysia ialah kecemerlangan akademik dan kemegahan pada bilangan gred A dalam
peperiksaan, bukannya pada kecemerlangan vokasion dan industri para pelajar. Malaysia
menghasilkan lebih birokrat daripada teknokrat dan korporat.

Buat rumah janganlah ia roboh


Buat jambatan janganlah ia renggang
Buat kapal janganlah ia tenggelam
Buat stadium janganlah bumbungnya runtuh
Buat masjid janganlah ia salah qiblat
Buat menara janganlah ia condong
Buat jalan janganlah ia berlubang-lubang

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Buat ladang janganlah ia dipenuhi lalang
Buat kilang keluli janganlah ia tiada bijih besi
Buat roket janganlah ia tidak naik
Baiki sungai janganlah ia mengundang banjir
Baiki meriam janganlah ia tidak meletup
Baiki kereta janganlah ia bertambah rosak

Apapun . . .
Jika hendak belayar dalam hidup
Biarlah dengan juragan yang pandai ilmu samudera dan pelayaran.

[Sajak Aduhai Masyarakat Malang, SH, Mei 2014]

Cabaran 7: Sokongan dan Sarana Masyarakat

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di pedalaman Sarawak telah menerima jolokan permata di
dalam belantara dan ia telah dikelaskan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan memenangi
dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice
Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan
Malaysia. Pencapaian terkini ialah ia menerima anugerah UNESCO Educational International
Best Practices 2010. Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat
kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri KPM, menjelaskan hal SK Ulu Lubai:

Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah
lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan-bangunan konkrit di
sesetengah sekolah.

Tetapi kerana kepimpinan sekolah itu adalah cemerlang dan guru-guru serta ibu bapa
bersama murid-murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku
lonjakan yang amat besar.

Jika SK Ulu Lubai yang begini keadaannya boleh muncul yang terbaik, saya tidak fikir
sekolah lain tidak mampu.

Kejayaan SK Ulu Lubai bukan sahaja disebabkan oleh kepimpinan sekolah, tetapi juga oleh sikap
positif ibu bapa, sokongan dan sarana masyarakat di sekitar sekolah yang telah membina dan
membangunkan sekolah daripada apa yang ada.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Guru Besar SK Ulu Lubai sejak 1998, Jaul Bunyau berkata, kunci kepada kejayaan sekolah itu
ialah kerjasama daripada ibu-bapa kerana merekalah yang paling dekat dengan sekolah
berkenaan,

Katanya, mengharapkan orang luar untuk membantu sekolah di pedalaman seperti SK Ulu Lubai
amat sukar kerana keadaannya terpencil manakala prasarananya amat terhad. Jadi kita kena
libatkan komuniti setempat dan guru-guru pula tidak boleh terpisah dengan masyarakat,"
katanya1.

Cabaran 8: Perkhidmatan Guru

Pelbagai kisah ada dalam perkhidmatan keguruan: tanggungan kerja 75 jam seminggu, lebihan
guru di sesuatu negeri atau sekolah, kekurangan guru lelaki dan guru PJ, kerjaya yang tidak
berprestij, gaji rendah, profesionalisme rendah guru, dan kesukaran bertukar sekolah. Semua
isu ini boleh menjejaskan prestasi dan kualiti pengajaran guru, faktor utama dalam menetukan
keberhasilan murid dan sistem pendidikan. Maka cabaran besar bagi KPM ialah penyediaan
kemudahan, faedah, dan elaun yang dapat meninggikan motivasi dan komitmen guru dalam
profesion mereka. Guru di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, dan Finland mempunyai status
terbaik antara semua jenis pekerjaan.

Tidak ada bijak pandai tanpa guru


Tidak ada Presiden dan Menteri tanpa guru
Tidak ada doktor tanpa guru
Tidak ada profesor tanpa guru
Tidak ada saintis tanpa guru
Tidak ada hakim tanpa guru

Guru mengasuh manusia menjadi manusia


Mencelikkan akal menjadi bijaksana
Mencelikkan hati melentur pekerti
Membina kemahiran dan kecekapan hidup
Guru . . .kerjaya mulia

[Sajak Hormati Guru, SH, Mei 2014]

Cabaran 9: Kecekapan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah

Guru Besar SK Ulu Lebai menjadi wadah yang membuktikan bahawa pemimpin sekolah adalah
penentu prestasi dan kejayaan sekolah. Beliau menjadi lokus mobilasi idea dan sumber dalam

1
Dipetik daripada Utusan Online, 5 Feb 2011,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm#ixzz3171figwi

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
komuniti di hutan pedalaman Ulu Lubai sehingga menerima anugerah antarabangsa, Beliau
mempunyai hati, kasih, dan pengorbanan untuk SK Ulu Lubai.

Guru Besar SK Ulu Lubai. . .


Bangunan sekolah dari kayu tidak merendahkan harga diri
Kesukaran meredah hutan dan paya bukan alasan khidmat bakti
Nyamuk , pacat, dan ular sentiasa menanti
Bukan alasan untuk cabut lari
Tiada bekalan air, tiada elektrik, tiada telefon
Bukan alasan untuk mohon kenaikan gred gaji
Tiada teori, tiada kajian, tiada rujukan
Bukan alasan untuk ikhtiar melakukan inovasi
Guru Besar SK Ulu Lubai . . .pemimpin dikenangi dengan banyak legasi
Satu dalam puluhan ribu
Berkilau dengan persona tersendiri

[Sajak Kilauan Ulu Lubai, SH, Mei 2014]

Sintesis

Sejak zaman-berzaman, kerajaan di mana jua di atas muka bumi ini mempunyai idealisme yang
kuat mempengaruhi pemikiran para pemimpin untuk membina satu tamadun impian dengan
kerangka pembangunan utopia. Maharaja-maharaja impikan satu empayar yang luas dan
mewah untuk membolehkan mereka hidup dalam kota dan istana yang hebat tersergam, serta
penuh dengan keseronokan dan keasyikan. Empayar ditadbir oleh gabenor dan tentera
berkuda, dan rakyat jelata serta hamba abdi mengusahakan pelbagai aktiviti niaga dan tani dan
dikenakan cukai. Konsep kerakyatan, taat setia, dan patriotisme dicipta dan diindoktrinasikan
kepada semua dengan tujuan untuk menyokong kelestarian empayar dan maharaja. Paradigma
pemikiran sebegini telah wujud dari zaman Firaun hingga ke zaman Iskandar Zulkarnain, Shih
Huang Ti, Muawiyyah, Genghiz Khan, dan Adolf Hitler. Raja-raja, presiden, dan perdana
menteri pada zaman pasca Perang Dingin (1945-1990) juga masih meneruskan legasi dan
gelagat utopia yang sama. Maka, terhasillah teori utopia, yang memerihalkan bahawa
pemimpin mempunyai kecenderungan kuat untuk menyebarkan impian utopia mereka dan
mempengaruhi orang ramai untuk mendokong impian yang serupa, atas andaian bahawa
semua orang awam akan mendapat faedah dan kebaikan bersama-sama. Dalam dekad ini,
teori utopia berdasarkan krisis persaingan global dan perebutan kemewahan dengan teknologi
ICT. Perancangan dan dasar strategik adalah sebahagian daripada teknik untuk menjaguhi arus
krisis itu.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama
Antara manusia agung yang telah berjaya melaksanakan satu transformasi komprehensif ialah
Nabi Mohammad s.a.w. Beliau bukan maharaja, atau raja, atau gabenor, atau panglima
tentera. Beliau seorang pengembala dan peniaga kecilan. Namun, beliau telah berjaya
membawa satu arus transformasi mega pada bidang budaya, ibadah spiritual, kebajikan sosial,
pemikiran, undang-undang, pendidikan, pentadbiran, ekonomi, dan kesejahteraan hidup.
Sehubungan itu, prinsip-prinsip yang mendasari proses transformasi komprehensif yang berjaya
ialah ketauhidan, keikhlasan, keamanahan, komitmen, musyawarah, dan kebajikan bersama.

Bibliografi

Al-Quran Al Kareem (2014).

Apter, D. E. (1993). Politik Modenisasi. Kuala Lumpur: DBP.

Bellah, R. N. et al. (1991). The Good Society. New York: Vintage Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: KPM.

Maxwell, J. C. (1998). The 21 Irrefutable Laws of Leadership. Nashville: Maxwell Co.

Mohd Yusoff Mohd Nor & Sufean Hussin (2013). Demokrasi Pendidikan: Dilema Sekolah Kecil
dan Sekolah Berpusat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Naisbitt, J. (1988). Megatrends: Ten New Directions Transforming Our Lives. New York: Warner
Books.

Schrecker, E. W. (1986). No Ivory Tower: MacCarthyism & the Universities. New York: Oxford
University Press.

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama

Anda mungkin juga menyukai