Anda di halaman 1dari 6

UPACARA

MINUM TEH
HIJAU
PENGENALAN
Teh adalah sesuatu yang sangat sinonim di Negara Jepun di mana
terdapat upacara khas dalam menyediakan teh hijau. Upacara teh
dijalankan di dalam sebuah bilik khas dipanggil bilik chashitsu. Tuan
rumah majlis akan memukul gong yang dipanggil dora, untuk
memberitahu tetamu bahawa ia adalah masa untuk masuk ke dalam bilik.
Dalam majlis teh ini, tuan rumah memakai pakaian tradisional Jepun
iaitu kimono. Para tetamu boleh memakai kimono atau pakaian
konservatif. Mereka menanggal kasut mereka sebelum masuk bilik teh.
Lantai bilik teh dihampar dengan tikar jerami tenunan (tatami). Hiasan
bilik teh atau chanoyu adalah ringkas. Tuan rumah sering menghias
dengan bunga (chabana) yang dipetik segar dari taman berdekatan.
Sebelum majlis bermula, para tetamu dihidangkan dengan hidangan
lengkap atau beberapa manisan kecil. Setiap tetamu mempunyai kertas
khas iaitu kaishi, digunakan untuk memakan manisan tersebut.
PERALATAN
1. Serbuk teh hijau (Matcha)

2. Chashaku (sudu teh)


- Digunakan untuk meletakkan serbuk the ke dalam chawan

3. Chawan
- Mangkuk kecil digunakan untuk meminum teh
4. Chasen
- Alat yang digunakan untuk mengocak teh dan dibuat menggunakan
batang buluh.
LANGKAH-LANGKAH
PENYEDIAAN
1. Cawan teh (Chawan) dan semua peralatan lain perlu dibersihkan,
kemudian air akan dijerang,

2. Sementara itu tetamu akan dihidangkan dengan manisan (wagashi)


sebelum teh siap.

3. Lepas air siap dijerang, teh hijau (Matcha) akan digaulkan dengan air
panas tadi di dalam chawan menggunakan chasen sehingga berbuih
dan dihidangkan. Tujuan makan manisan dahulu sebelum minum teh
ialah supaya rasa pahit teh tersebut dapat dihilangkan dengan manisan
yang dimakan sebelum itu.

Upacara ini boleh berakhir sehingga berjam-jam lamanya.


ADAB-ADAB MINUM TEH
HIJAU
1. Tunduk (lebih kurang 45 darjah atau lebih) setelah anda menerima
'chawan'.

2. Angkat 'chawan' guna tangan kanan dan letak atas tapak tangan kiri
secara perlahan.

3. Putar 'chawan' mengikut arah lawan jam sebanyak 3 kali sebelum


minum.

4. Lepas habis minum, anda perlu buat bunyi "slurp" kuat-kuat untuk
menandakan anda 'enjoy' minum teh tersebut.

5. Kesat bekas mulut anda pada 'chawan' dengan tangan kanan. (guna
tisu atau kain)

6. Pusing semula 'chawan' ikut arah jam dan pulangkan 'chawan'


kepada tuan rumah.

Anda mungkin juga menyukai

  • Nasyid KRS
    Nasyid KRS
    Dokumen15 halaman
    Nasyid KRS
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat
  • TAKBUR
    TAKBUR
    Dokumen4 halaman
    TAKBUR
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat
  • Selimut Putih
    Selimut Putih
    Dokumen1 halaman
    Selimut Putih
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat
  • POKOK
    POKOK
    Dokumen12 halaman
    POKOK
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat
  • ANAK Derhaka
    ANAK Derhaka
    Dokumen4 halaman
    ANAK Derhaka
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat
  • Anak Yang Derhaka
    Anak Yang Derhaka
    Dokumen4 halaman
    Anak Yang Derhaka
    Aqila Qira-chan
    Belum ada peringkat